B1.8 EDU3093 PPPM 2013-2025 Satu Analisis

Post on 04-Nov-2015

46 views 0 download

description

edu

Transcript of B1.8 EDU3093 PPPM 2013-2025 Satu Analisis

(Pelajar-pelajar, anda boleh baca pandangan berikut, satu renungan bersama. Bagaimanapun jika anda ingin quote, pastikan terdapat sumber yang ada kebolehpercayaannya. Selamat membaca)Dimuat turun pada 14 Julai 2014

PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN 2013-2025: SUATU ANALISIS

Sambil baring melalui cuti sakit lepas pembedahan spine pada 29 Ogos 2012 dan diberi cuti oleh doktor hingga 6 November 2012, saya berkesempatan mengikuti ucapan YAB Perdana Menteri dalam Pelancaran Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025. Saya hampir pasti bersama rakan-rakan lain di KLCC hari ini 11 September 2012 jika sihat. Ada perasaan sedih, terharu dan bangga bercampur baur saat itu kerana dalam beberapa bengkel dan perbincangan penyediaan pelan, saya turut sama tetapi saat pelancaran saya hanya mampu baring di depan televisyen.

Saya terus menghantar mesej kepada Y.Bhg.Tan Sri Abdul Ghafar Mahmud, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (KPPM) dan Dato Dr Rosli Muhamad, KSU KPM mengucapkan tahniah.Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YAB Tan Sri Muhyidin Yasin selaku Menteri Pelajaran atas kejayaan melancarkan Pelan atau Blueprint Pembangunan Pendidikan 2013-2025.

Seperti disebut beberapa rakan, tugas semua pihak terutama peneraju pendidikan banyak lagi yang boleh disumbang untuk mendaging dan mengisi segala mekanisma kerangka pelan itu sehingga dapat bergerak lancar dalam tempoh 13 tahun mendatang.

Syukur, saya diberi kesempatan bersama sejak awal perbincangan dengan YAB Tan Sri Haji Muhyidin Yasin dan pegawai-pegawai tinggi KPM di Melaka sebaik sahaja YAB Tan Sri memasuki pejabat di KPM.Tiga atau empat tahun sebelum itu pun semasa YB DS Hishamuddin Tun Hussein Menteri Pelajaran, perkara mengubah sistem pendidikan kebangsaan telah dibincang.

Walaupun tidak dapat mengikutinya di KLCC, saya masih berpeluang mendapat salinan digital executive summary dan buku untuk pembentangan YAB Menteri dalam kedua-dua versi bahasa. Terima kasih kepada penghantarnya melalui email saya pada hari yang sama dengan pelancaran.

Sedikit penilaian awal saya terhadap laporan awal yang dapat saya ikuti melalui siaran televisyen dan executive summary setebal 48 muka surat sahaja. Laporan penuh setebal 248 muka surat belum sempat baca. Saya akan menulis beberapa artikel mengenainya untuk beberapa keluaran.

Saya tertarik untuk mengulas tentang kedudukan Malaysia dalam pendidikan dalam ranking antarabangsa berdasarkan laporan McKinsey yang diketuai Sir Micheal Barber. Kedudukan Malaysia telah jatuh dari kategori Fair dengan markah 470 dalam laporan yang sama yang dikeluarkan 2010 kepada kategori Poor dengan markah 410 yang dikeluarkan 2012. Standard pendidikan antarabangsa ukuran McKinsey dibuat berdasarkan lima kategori iaitu excellent (>560), great (520-560), good (480-520), fair (440-480) dan poor (560), great (520-560), good (480-520), fair (440-480) dan poor (