Bab 3 : Kepimpinan dan Kerja Berpasukan

Post on 14-Dec-2014

319 views 5 download

description

 

Transcript of Bab 3 : Kepimpinan dan Kerja Berpasukan

BAB 3 : KEPIMPINAN DAN KERJA BERPASUKAN

TOKOH: TOK GURU NIK ABDUL AZIZ NIK MAT

Ahli kumpulan:

1.Ehsan

2.Puteri

3.E’zzati

4.Aqilah Team 3+1

BIODATA : Dilahirkan tahun 1931, Pulau Melaka- berumur 82

tahun Anak kedua daripada sembilan adik-beradik,

sepuluh orang anak Pendidikan: 1.Sekolah Kebangsaan Kedai Lalat, 2.Sekolah Pondok Tok Kenali Kubang Kerian, 3.Sekolah Pondok Tok Guru Haji Abbas Besut

Terengganu, 4.Universiti Deobon, India, 5.Universiti Lahore, Pakistan (ilmu tafsir al-Quran), 6.Universiti Al-Azhar (Ijazah Sarjana Muda Bahasa

Arab) 7.Universiti Al-Azhar Mesir (Sarjana Perundangan

Islam)

PEKERJAAN

1.Guru sekolah menengah Agama Tarbiyah Mardiyah, Panchor

2.Guru sekolah menengah agama darul anwar Pulau Melaka

3.Penyelia kelas dewasa-KEMAS4.Guru sekolah Maahad

Muhammadi Kota Bharu

Pemimpin Berjiwa Rakyat

TRIVIA

Setiap pagi akan menjadi imam subuh di masjid sebelah rumahnya dan memberi tazkirah subuh.

40% daripada gajinya akan digunakan untuk rakyat.

Rumah beliau diperbuat daripada kayu, tangga daripada simen, tiada batu marmar, mozek dan perhiasan mahal. Tiada pagar, pengawal dan orang gaji. Sesiapa sahaja boleh masuk untuk berjumpanya.

Warak dan zuhud. Sejak dulu elaun rumah, elaun keraian, elaun

buka puasa, elaun hari raya tidak pernah diambil.

Berpesan kepada semua ahli exco supaya tidak pernah menerima rasuah yang boleh menyebabkan korupsi dan kejatuhan.

Satu-satunya tokoh politik yang paling komited dan gigih memperjuangkan islam sebagai ad-deen yang perlu ditegakkan di negara ini. Berkat kesabaran, kegigihan dan komitmennya dalam perjuangan ini akhirnya Kelantan telah pun ditawannya kerana dipilih untuk mengetuai kabinet kerajaan islam di negeri ini.

Beliau mengambil pelbagai langkah bagi mewujudkan kerajaan adil, islamik dan bersih.

Keakraban pembina ukhwah

BUKTI KETOKOHAN Antara 50 orang pemimpin Islam yang

berpengaruh di dunia setanding dengan pemimpin-pemimpin luar negara.

Memandangkan kepada ketokohan dan kewibaannya sebagai ulama beliau telah diberi kepercayaan oleh pucuk pimpinan PAS untuk mengetuai dewan ulama PAS Pusat mulai akhir tahun 1960an sehingga sekarang.

Beliau sering mengingatkan ahli-ahli PAS dan umat Islam negara ini agar mematuhi kesemua ajaran Rasulullah, bukannya mengambil bahagian-bahagian tertentu dan membuang bahagian-bahagian lain yang dirasa bercanggah dengan kepentingan peribadi.

Walaupun dalam kesibukannya dalam menjadi ketua pentadbiran bagi sebuah negeri tetapi beliau masih mampu meneruskan ceramah mingguannya setiap pagi Jumaat yang terletak di tengah-tengah pusat Kota Bharu.

Di sini lah setiap pagi jumaat ribuan rakyat berkumpul untuk mengikuti ceramah mingguan beliau.

Ceramah Nik Abdul Aziz di Kota Bharu

Pada PRU ke 12 , beliau bersemuka dengan Dato Dr. Nik Mohd Zain Omar , yang bertanding atas tiket BN. Secara peraturannya, Nik Aziz menag tanpa bertanding apabila lawannya terlupa menandatangani boring penamaan calon. Namun, beliau tidak mahu menang dengan cara begitu lalu meminta calon BN itu menandatangani semula boring pencalonan tersebut. Keputusan pilihanraya kali ini menyaksikan Nik Aziz menang dengan majority undi yang lebih besar.

PENGAJARAN

Kita hendaklah bertanggungjawab atas kepimpinan yang telah diamanahkan.

Menjadi seorang pemimpin bermula dengan akhlak yang terpuji – “Lead by Example”

Kesederhanaan, wawasan, pemikiran dan segalanya menjadi sandaran dalam membentuk kepimpinan yang dipercayai.