Bab 3 Penggabungan Sumber Intelek, Manusia Dan Kewangan

Post on 17-Jan-2016

264 views 1 download

description

harta intelek

Transcript of Bab 3 Penggabungan Sumber Intelek, Manusia Dan Kewangan

Bab 3: Penggabungan sumber intelek, manusia

dan kewangan

3.1 perlindungan undang- undang terhadap harta intelek3.2 Pembiayaan perniagaan baru

APA ITU HARTA INTELEK?

Merujuk kepada hasil ciptaan berasaskan fikiran seseorang.

Contoh: rekacipta, hasilkarya, rekabentuk dan penggunaan imej atau simbol

Nama “Harta Intelek” itu diberi kerana segala penciptaan atau hasilkarya yang bernilai itu melibatkan daya pemikiran atau keintelektualan seseorang

Hak Cipta Paten

Tanda Perdaganga

n Kerahsiaan

Undang-undang Intelek

Hak cipta biasanya dikaitkan dengan hasil karya sastera dan seni iaitu ciptaan tulen dari sudut kesusasteraan dan kesenian.

Karya sastera

Karya seni

Hak cipta

Hasil karya tersebut biasanya diluahkan dalam bentuk perkataan, simbol, muzik, lukisan, objek tiga dimensi atau gabungan daripada ke semuanya.

Pada masa kini, ruang perlindungan hak cipta diperluaskan kepada hasil karya yang lebih canggih seperti hasil karya siaran dan penerbitan elektronik seperti yang dipaparkan di televisyen dan di internet.

Pada asalnya, undang-undang hak cipta memberi penekanan kepada perlindungan kepada:

Kemudian, Akta Hak cipta telah mengkategorikan enam hasil karya hak cipta yang utama. Antaranya ialah:

Karya sastera

Karya seni

Karya sastera

Karya seni

Karya muzik

Filem Rakaman bunyiSiaran

4 Syarat Perlindungan Dalam Undang-undang Hak Cipta:

Perkara yang ingin dilindungi merupakan

hasil karya yang dilindungi di bawah

Akta Hak cipta 1987.

Hasil karya tersebut mestilah asli

Hasil karya perlu ditetapkan dalam

bentuk bahan (reduce to material

form)

Pencipta hasil karya hak cipta merupakan

seorang yang berkelayakan.

1 2

3 4

Akta Hak cipta 1987 tidak mensyaratkan pendaftaran rasmi dibuat terhadap sesuatu hasil karya hak cipta .

Pencipta telah memenuhi syarat yang ditetapkan akan dilindungi di bawah Akta Hakcipta 1987 dengan mendapat beberapa hak eksklusif.

Perlanggaran hak cipta berlaku sekiranya seseorang yang bukan pemilik hasil karya hakcipta tersebut melakukan hak-hak eksklusif pemilik hak cipta tanpa kebenaran pencipta.

Pemilik boleh mengambil tindakan sivil dengan menyaman orang yang melakukan cetak rompak tersebut atau membuat aduan kepada pihak berkuasa agar tindakan undang-undang selanjutnya boleh diambil.

hak untuk membuat pengeluaran semula

karya tersebut dalam apa-apa bentuk bahan

hak untuk membuat pertunjukan,

tayangan atau permainan kepada

orang awam

melakukan penyampaian

kepada orang awam

hak untuk mengedar salinan

hasil karya hakcipta kepada orang awam

hak untuk menyewa secara komersil

kepada orang awam

menjualkannya atau melalui cara-cara

pemindahan pemunyaan yang

lain

Hak-hak Eksklusif

Maklumat tambahan Salah satu syarat perlu dipenuhi:-

i. Pencipta adalah seorang warganegara atau residen tetap di Malaysia.

ii. Hasilkarya itu diterbitkan di Malaysia.

iii. Hasilkarya dibuat di Malaysia.

iv. Hasilkarya itu dibuat oleh atau di bawah kawalan kerajaan Malaysia.

v. Warganegara atau residen tetap sesebuah negara yang menjadi pihak dalam triti.

Paten

• Paten adalah satu hak eksklusif yang dianugerahkan oleh pihak kerajaan untuk suatu rekacipta baru sama ada ia adalah satu produk atau satu proses.

• Perlindungan Paten adalah selama 20 tahun dari tarikh pemfailan.

Ciri-ciri Paten

Baru (Novelti)

Boleh digunakan

dalam mana-mana

industri.

Melibatkan langkah

mereka cipta

Pemohonan

• Mengemukakan permohonan paten di dalam borang yang telah ditetapkan di Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).

• Memfailkan permohonan paten secara online melalui laman web MyIPO.

• Pemeriksaan akan dijalankan oleh pihak MyIPO untuk menentukan sama ada permohonan layak dianugerahkan paten atau tidak berdasarkan syarat-syarat di bawah Akta Paten 1983 dan Peraturan-Peraturan Paten 1986.

Kriteria untuk mendapatkan paten

Reka cipta mestilah :• Baru, iaitu rekacipta itu masih belum dizahirkan

kepada orang awam di mana-mana di dunia.• Melibatkan langkah merekacipta yang mana

rekacipta itu tidak ketara kepada seseorang yang mempunyai pengetahuandan kemahiran dalam bidang teknologi tersebut.

• Dapat digunakan dalam mana-mana industri.

Rekacipta yang tidak boleh dipatenkan

• Penemuan, teori-teori saintifik dan kaedah-kaedah matematik.

• Varieti tumbuhan atau binatang atau proses yang ada pada dasarnya adalah proses biologi.

• Skim, aturan atau kaedah bagi menjalankan perniagaan, melakukan perbuatan-perbuatan mental semata-mata atau permainan.

• Kaedah-kaedah merawat tubuh manusia atau binatang melalui pembedahan atau terapi, dan kaedah-kaedah diagnosis.

APAKAH MAKSUD TANDA PERDAGANGAN?

• Sesuatu cap dagangan adalah tanda yang dapat membezakan barangan dan perkhidmatan seseorang peniaga daripada yang lain.

• Cap dagangan termasuklah perkataan, logo, gambar, nama, huruf, nombor atau gabungan ini.

• Sesuatu cap dagangan digunakan sebagai alat pemasaran yang membolehkan pengguna mengenali produk seorang peniaga tertentu

Fungsi Tanda Perdagangan

Fungsi

Asal

• Cap dagangan membantu untuk mengenal pasti punca dan mereka yang bertanggungjawab bagi produk dan perkhidmatan yang dijual di pasaran.

Pilihan

Fungsi

• Sesuatu cap dagangan membolehkan pengguna untuk memilih barangan dan perkhidmatan dengan mudah sambil membeli-belah.

Fungsi Kualiti

•Pengguna memilih cap dagangan untuk kualiti yang dikenali.

Fungsi pemasaran

• Cap dagangan memainkan peranan yang penting dalam pengiklanan. Biasa kepada pengguna untuk membuat pembelian berdasarkan pengaruh berterusan pengiklanan

Fungsi Ekonomi

• cap dagangan ditubuhkan adalah satu aset yang bernilai. Cap dagangan boleh dilesenkan atau francais.

TEMPOH PENDAFTARAN

• Cap dagangan pendaftaran adalah sah untuk sepuluh tahun dari tarikh permohonan dan boleh diperbaharui setiap sepuluh tahun.

CARA MEMOHON?

• Mengemukakan permohonan untuk mengelakkan memohon untuk cap

dagangan yang serupa atau sama dengan yang difailkan sebelum ini.

Semua carian boleh dilakukan di Cari Bilik Awamebelum Memohon -

Pemohon dinasihatkan untuk membuat carian sebelum, MyIPO. Satu

kadar bayaran RM20 sejam akan dikenakan.

• Borang Permohonan (TM5) - Semua permohonan hendaklah dibuat

dalam Borang TM5. Lima salinan TM5 yang lengkap hendaklah

dikemukakan bersama-sama dengan fi yang ditetapkan. Untuk tanda

berbeza, permohonan yang berasingan mestilah difailkan.

Contoh Trademark

KERAHSIAAN

Rahsia : ada kaitan dengan penjagaan & pemeliharaan bahan dan alat / objek , bahan bertulis seperti peta .

Pengurusan yang efektif & sistematik dapat memelihara &

membina unsur-unsur kerahsiaan.

Menjaga & memelihara ‘ bahan ’ dan alat / objek ,

bahan bertulis 

Seorang pemegang amanah , pentadbir

atau pekerja perkhidmatan awam tidak bersubahat dan menyebarkan sesuatu

bahan sulit kepada pihak lain.

MICROSOFT

Microsoft Mempunyai rahsia tersendiri untuk membangun & memajukan teknologinya.

Kini – penggunaan jenamanya digunakan secara meluas di serata dunia

Pemeliharaan nilai-nilai kerahsiaan dapat mempertingkat & memperkukuhkan organisasi .

NILAI-NILAI KERAHSIAAN

Harus dipelihara terutamanya penggunaan alat komunikasi seperti komputer.

Maklumat peribadi [status kewangan, Insurans, kesihatan, tempat tinggal ] perlu dirahsiakan . 

Hantar data, imej atau grafik melalui emel .Pengguna teknologi mesti berhati-hati &

bertanggungjawab mengendalikan data yang diterima bagi mengelakkan maklumat tersebar ke pihak yang mempunyai agenda negatif.

Teknologi maklumat digunakan untuk membina & memelihara kerahsiaan pembangunan dalam pengurusan dan pentadbirannya .

 Kaedah kerahsiaan yang dilaksanakan melalui amalan penguatkuasaan undang-undang , peraturan , perlesenan & praktis penguatkuasaan pentadbiran .

SAMBUNGAN….

Demi menjaga keselamatan organisasi & negara, pihak yang dipertanggungjawabkan untuk menerima maklumat tersebut mestilah terdiri daripada mereka yang benar-benar bertanggungjawab, amanah & jujur . Jika tidak, kecuaian boleh membawa padah kepada organisasi tersebut.Pendidikan harus mementingkan aspek pemeliharaan kerahsiaan selain penguasaan kemahiran teknologi supaya dapat membina kekuatan mental pelajar daripada pengaruh anasir-anasir negatif .

KESIMPULAN

BERITA MENGENAI UNDANG-UNDANG INTELEK

McDonald vs McCurry

“Michael Curry,” awal nama Inggris “Mc”, dan McDonald’s serupa, tetapi ada tanda yang serupa, dan kerana itu McDonald’s dakwa bahawa “Michael Curry” kelompok pelanggaran tanda dagang.

Soalan

1. Sila nyatakan dua jenis karya yang layak mendapat hak cipta di bawah Seksyen 7(1).

2. Sila nyatakan satu perbezaan antara Hak cipta dengan Paten.

3. Sila nyatakan 3 contoh tanda perdagangan. 4. Sila nyatakan maksud kerahsiaan.