Post on 11-Oct-2015
description
BAHASA FIGURATIF DALAM PENGACARAAN MAJLIS
BAHASA FIGURATIF DALAM PENGACARAAN MAJLIS
Pantun Awal PengacaraanBunga manggar si sirih junjung
palu-paluan pelbagai bunyi
Jemputan diterima budi dijunjung
hadirmu tuan menambah seri.
Tuan datang berwajah seri
kami menyambut berhati ria
Selamat datang ke majlis ini
majlis perlancaran bulan bahasa.
Berjabat tangan tanda mesra
palu-paluan pelbagai bunyi
Jemputan diterima penuh budi bahasa
hadirmu tuan menambah seri
Songket direntang bersulam intan
tenunan hiasan kilauan keemasan
Selamat datang ke hari Q Pendidikan
Kejayaan wawasan teras pendidikan.
Ikan tengiri masak kari
sayang tak dihidang malam ini
Salam mesra Pesta PSKPP
Yang pahit tolak ke tepi.
Ke pekan kita membeli tepung
tepung dibeli bersama kari
Di dewan ini kita berkampung
menjayakan majlis yang penuh berseri.
Anak Mak Limah bernama Dihi
Anak Kak Eton bernama Hartini
Bersyukur kita ke hadrat Ilahi
Kerana mempertemukan kita di majlis yang mulia ini.
Sirih berlipat sirih pinang
sirih dari pulau mutiara
Pemanis kata selamat datang
awal bismillah pembuka bicara
Bukan lebah sebarang lebah
lebah bersarang di ruas buluh
Bukan sembah sebarang sembah
sembah berkarang jari sepuluh
Sayang Sarawak sungainya sempit
Buah barangan lambung-lambungan
Lambat makan kena gastrik
segera hidangkan juadah makanan
Dalamnya muara Sungai Samarahan
ramai nelayan menangkap ikan
Majlis diadakan merapatkan persaudaraan
semoga ianya berakhir dengan kebaikan
Segarnya melor kembangan pagi
Indahnya alam ciptaan Tuhan
Dengan adanya majlis nasyid ini
semoga dapat meningkatkan perpaduan.
Daun selasih si pucuk mangga
ramuan mandian si anak puteri
Andai bukan hari keluarga
tidaklah kita datang ke mari.
Joran patah disentap haruan
padi dituai memerah keringat
Al-Quraan tinggi kita martabatkan
sebagai penyuluh hari akhirat
Hari ini mengutip koyong
hari esok mengutip kepah
Hari ini kita sebumbung
hari esok kita berpisah
Apa diharap padi seberang
Entah berbuah entah tidak
Entah dimakan pipit melayang
Sedia sudah aneka hidangan
Di depan mata jauhnya tidak
Sudilah kira tuan mulakan.
Padi berbuah sawah berair
batas ditanam pisang berangan
Azam pelajar SRK Telaga Air
tekad menuju ke arah kecemerlangan
Pagi hari mencari lokan
lokan dicari merata-rata
Kehadiran tuan kami alukan
semoga berseri majlis kita.
Ikan sepat ikan haruan
banyak dijual di dalam pasar
Dijemput untuk ucapan aluan
daripada yang dihormati tuan guru besar.
Meniti batas di permatang
padi berbuah sawah berair
Kami ucapkan selamat datang
bersama kami di SRK Telaga Air
Mendung berakhir beraraklah awan
anak-anak bermain jerami
Terima kasih kehadiran tuan
datang menyeri majlis kami.
Mudik ke hilir di tengah malam
berbekal nasi bergulai tidak
Pantun syair seloka dan gurindam
Puisi tradisi tertinggal tidak.
Pokok angsana pokok di rimba
Tempat bermain ungka dan kera
Dewan Bahasa dan Pustaka
Penyuluh bahasa penyuluh sastera
PRIVATE Pantun Pertengahan Pengacaraantc \l 4 "Pantun Pertengahan Pengacaraan"Tanam selasih di tepi halaman
selasih berbunga buat hiasan
Terima kasih kami abadikan
lewat sebuah cenderamata tanda kenangan
Terbang tinggi si merpati
terbang melayang melawati awan
Tetamu kehotmat sudah menanti
untuk berucap penuh wawasan
Hujan gerimis lebat di hulu
haba di muara terasa nyaman
Arena kuiz sudah berlalu
tiba masanya ke arena persembahan
Terurai rasa yang resah
terlerai rasa yang gelisah
Bijak sungguh tuan bermadah
madah indah penuh amanah
Burung belatuk burung kedidi
terbang hinggap di pinggir kali
Cenderamata pengikat budi
sebagai kenangan kekal abadi
Pulau Pandan jauh ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga
Hancur badan dikandung tanah
budi yang baik dikenang juga.
Masak kuning si buah kuini
makan bersama Cik Ali dan Cik Alang
Sungguh rancak tarian tadi
Mengenang kembali budaya yang gemilang
Sungguh merdu suaramu adik
bagai sembilu menikam kalbu
Rasa hati tidak mahu balik
kerana mahu dan menunggu.
Kuih berlapis manis seri kaya
penghias sajian selepas makan
Elok langkah lenggok bergaya
berbilang bangsa pelbagai kebudayaan.
Encik Ali dari pekan
memakai baju kain sutera
Semua juadah sudah dihidangkan
persilakan hadirin menjamu selera
Dari Madinah ke pangkal;an Jeddah
sarat bermuat buah pala
Berucap sudah makan pun sudah
marilah kita berhibur pula.
Pohon mempelam si bunga dedap
jangan dibiar hingga ranum
Bersalam sudah duduk pun sudah
makan sahaja kita belum.
Timun Cina tumbuh melata
dimakan ulat disambar kera
Hidangan sudah di depan mata
sudilah kira membuka selera.
Merah-merah si bunga dedap
harum mewangi bunga angsana
Rakyat jelata datang mengadap
Seri Paduka kebanggaan bangsa.
Tempa kapak dengan beliung
hendak tetak kayu berduri
Tuan di atas kemuncak gunung
kami di bawah menjunjung duli
Pohon selasih si pucuk mangga
ramuan mandian si anak puteri
Andai bukan hari keluarga
tidaklah kita datang ke mari.
Dari Mekah bawa kurma
kurma mentah kurma muda
Ilmu sudah kami terima
untuk menambah bekalan yang ada
Entemu bernama entemu kunci
jangan ditanam di tanah rengas
Dengan ilmu yang ada ini
buat azimat menjalankan tugas.
Ada padi adalah beras
bertanak nasi periuk tembaga
Ada budi ada balas
orang berbudi kita berbahasa
Gunung Bentara gilang gemilang
air laut tenang-tenangan
Budi sedikit tidaklah hilang
itu menjadi kenang-kenangan
Anak haruan lima-lima
mati ditimpa punggur berdaun
Budi YAB Ketua Menteri kami terima
jadi kenangan bertahun-tahun
Buah pauh masak di peti
disimpan bersama daun keladi
Sungguh pilu rasanya hati
mendengar amanat baginda tadi.
PRIVATE Pantun Akhir Pengacaraantc \l 4 "Pantun Akhir Pengacaraan"Kapal Labuan berlabuh di sini
memunggah beras di pelabuhan abadi
singgah sebentar lalu pergi
Majlis ini tamat di sini
tetapi kenangan kekal abadi
panjang usia berjumpa lagi.
Kalau ada sumur di ladang
boleh kita menumpang mandi
Kalau umur panjang
boleh kita berjumpa lagi.
Kalau ada jarum yang patah
jangan disimpan dalam peti
Kalau ada silap dan salah
jangan disimpan di dalam hati.
Dari mana hendak ke mana
panjang rumput darilah padi
Bulan sama hari yang sama
tahun depan berjumpa lagi.
Kalau benar jalanku salah
tolong ajar cara berlari
Kalau ada silap dan salah
jangan disimpan di dalam hati.
Kalau kerbau dah masuk kandang
tak payah kita tercari-cari
Kalau diberi nafas yang panjang
di lain kali ketemu kembali.
Rasa hati begitu resah
bila kekasih melangkah pergi
Hari ini kita berpisah
tahun hadapan berjumpa lagi.
Dari mata turun ke hati
hati indah cerah menawan
Ramah mesra baiknya budi
semangat kekeluargaan kita terus kekalkan.
Walaupun penat terasa lelah
senyum masih berseri-seri
Walaupun majlis berakhirlah sudah
namun, tahun depan insyaallah kita akan berjumpa lagi.
Gelang si paku gelang
gelang beramai-ramai
Pulang marilah pulang
marilah pulang bersuka ria.
Burung nuri burung tempua
jinak-jinak burung merpati
Insyaallah kiranya dipanjangkan usia
tahun hadapan berjumpa lagi.
Kalau buih menyusuru kolah
raga jarang tidak bertali
Apa yang lebih datangnya dari Allah
apa yang kurang datangnya dari pihak kami
Gadis manis berbaju kurung
sopan santun berbudi tinggi
Gembira hati dapat berkampung
Insyallah semoga tahun depan berjumpa lagi.
Terima kasih daun keladi
panjang umur jumpa lagi
Kepada Perdana Menteri dan juga isteri
kehadiran malam ini amat disanjungi.
Bumi kenyalang bumi tercinta
alamnya indah sungainya bersih
Pemimpin negeri bersemangat waja
punya kekuatan berjiwa gigih.
Anak haruan lima-lima
sakit ditimpa punggur berdaun
Budi tuanku kami terima
jadi kenangan bertahun-tahun
Akar keladi melilit selasih
selasih tumbuh di hujung taman
Kalungan budi junjungan kasih
mesra kenangan sepanjang zaman
Daun kelapa daun palas
mari dianyam dibuat ketupat
Jasa TUN KPN tidak terbatas
akan kami kenang sepanjang hayat
Budi setahun sigunung intan
beras kuning direnjis-renjis
Terima kasih sungguh kami ucapkan
kesudian tuan melangsungkan majlis.
Anak-anak menanam kacang
kacang ditanam tepi perigi
Andainya ada umur nan panjang
tahun hadapan berjumpa lagi.
Lebat sungguh buah kuini
ditanam Pak Abu di tepi perigi
Berakhirlah sudah majlis kita ini
Insyaallah tahun depan jumpa lagi.
Hari ini menanam jagung
hari esok menanam serai
Hari ini kita berkabung
hari esok kita bercerai.
Kalau pagi katakan pagi
tidak saya datang petang
Terima kasih kepada PPD
atas kesudian tuan datang.
Sungai Rejang sungai yang panjang
tempat penduduk mencari rezeki
Kalau ada umur yang panjang
boleh kita berjumpa lagi.
Malam ini menanam jaugung
malam esok bertanam serai
Sudahlah bersama kita berkampung
tibalah masanya untuk kita bersurai.
Pantai Damai indah berseri
tampak bersih penghibur hati
Selesai sudah majlis ini
terima kasih daun keladi.
Pergi ke sungai menahan lukah
segar suasana menawan hati
Upacara kita selesailah sudah
cenderamata kenangan abadi.
Tingkap papan kayu bersegi
sampan sarat di pulau Angsa
Indah tampan kerana budi
Tinggi bangsa kerana bahasa.
PRIVATE Bahasa-Bahasa Figuratif Dalam Pengacaraantc \l 4 "Bahasa-Bahasa Figuratif Dalam Pengacaraan"1.Dilihat pokok dari buahnya
Dilihat manusia dari bahasanya.
2.Majlis merakamkan stinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih.
3.Semakin meruntun selera
4.Menyemai semangat kecintaan terhadap tanah air
5.Satu budaya warisan mekar menghias taman tamadun bangsa.
6.Kumpulan DEWASARA baru saja melancarkan album mereka yang
pertama.
7.Sekarang saat yang ditunggu-tunggu sudah tiba.
8.Aktiviti bagi memenuhi hasrat dan agenda tersirat.
9.Sampai kita ke pokok acara.
10.Sebagai rakaman rasa kasih mengabdikan kenangan
11.Sebagai pembuka tirai acara.
12.Doa dipanjat semoga majlis bertambah berkat
13.melupakan segala yang pahit dan mengaut yang manis-manis untuk dibawa pulang.
14.Tuan-tuan dan puan-puan kerana sudi hadir mewarnakan perayaan kita pada tahun ini.
15.Sebagai menutup sampul perayaan kita pagi ini.
16.Sekarang tiba kita acara yang ditunggu-tunggukan
17.Hadiah pertama disandang oleh
18.menjamu selera
19.Nyanyian yang begitu mendayu dan syahdu
20.Pelajar contoh 1996 jatuh kepada
21.Tiba masanya kita ke arena kemuncak.
22.Sebagai penutup tirai kita pada pagi ini.
23.Semoga seri budaya kita tak luput ditelan arus kemodenan
24....dipersilakan untuk menyempurnakan majlis
25.Kita akan hanyut dan alpa dibawa arus kemodenan
26.Kita sama-sama menyingkap kembali tirai sejarah lama...
27....agar ianya meniupkan semangat anak-anak.
28.Saat dinanti saat ditunggu
Tuan bestari istimewanya tamu
29.Sampai juga hajat di hati
menjemput tuan datang ke mari
30.Terurai rasa yang resah
Terlerai rasa yang gelisah
Bijak sungguh tuan bermadah
Madah indah penuh amanah
31.Disulam puisi kata-kata
Disulam majlis dengan amanat
32.Berucap sudah bermadah sudah
Eloklah pula ditambahkan seri
33.Untaian madah kata aluan
Untaian ingatan sepanjang zaman
34.Titis hujan di bumi tercinta
Pelangi pagi menyeri wajah
Setaman cempaka
Wangi sempurna
Bersusun kasih
Berjunjung sayang
Menenun bakti
Menyulam budi
Sesantun susila
Sehalus sutera hati.
35.Selesai sudah upacara seri
Upacara indah penuh bererti
36.Adat berbahasa menyampaikan pesan
Adat upacara menyampaikan ucapan.
37.Yang ditunggu sudah tiba
Yang dinanti sudah tersedia
38.Dilafaz salam diucapkan selamat
Bersama-sama mendapat berkat
Majlis mulia majlis bererti
Mendaulat bahasa negara ini.
39.Penyeri majlis pembuka acara
Persembahan syair dan persembahan koir
40.Menurut adat dan tradisi pelancaran
Dilafaz ikrar bahasa kebangsaan
Disusli oleh upacara penyerahan
Kepada Ketua Menteri ikrar diserahkan.
41.Berjabat tangan tanda mesra
palu-paluan pelbagai bunyi
Jemputan diterima penuh budi bahasa
hadirmu tuan menambah seri.
42.Terukir salam nan ikhlas
Terungkap kata nan sopan
43.Tersimpan di dalam hati
Termeterai di dalam ingatan
Pesanmu tuan tetap berharga
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih.
44.Kecil tapak tangan nyiru kami tadahkan
45.Masakan kami lupa tujuan mengundang
Bicara pemimpin yang tidak pernah gersang
Menyemarak semangat terangsang
Untuk dibilas, diperah..pun tidak
Hampasnya untuk dibuang
Amanat Dato sebagai pesanan
Kepada anak didik yang tersayang.
46.Orang berbudi kita berbahasa
Orang memberi kita merasa.
47.Hebat juga lakonan itu tadi
buat orang tak kering gusi.
48.Bismillah awal bicara
Dibuka majlis indah serinya
Masjlis bersama anugerah sastera
Menempa sejarah ulung kalinya.
49.Sungguh bernas ucapan tuan
Setinggi-tinggi penghargaan kami ucapkan.
50.Ucapan disampaikan penuh bermakna
Semoga menjadi dorongan untuk semua
51.Melati Sarawak nama penanya
Menulis cerpen puisi juga rencana
Karya tersiar di pelbagai media
Warta Malaya dan Warta Jenaka antaranya.
52.Orang berbudi kita berbahasa
Budi suci perlu dipelihara.
53.Terhulur salam nan ikhlas
Terungkap kata nan sopan
Dimulakan majlis ini
Majlis bernama Perasmian Bangunan DBP Sarawak.
54.Bismillah mula asal yang baku
Demikian kata orang tua
Demikian jugalah dimulakan majlis ini.
55.Disulam puisi dengan kata
Disulam majlis dengan amanah
56.Untaia madah kata aluan
Untaian ingatan sepanjang zaman
57.Sampai juga hajat di hati
Menjemput tuan datang ke mari
58.Saat dinanti saat ditunggu
Tuan bestari istimewanya tamu
59.Berucap sudah bermadah sudah
Eloklah pula ditambah seri
60.Terurai rasa yang resah
Terlerai rasa yang gelisah
Bijak sungguh tuan bermadah
Madah indah penuh amanah.
61.Selesai sudah upacara seri
Upacara indah penuh bestari
62.Adat berbahasa menyampaikan pesan
Adat upacara menyampaikan ucapan aluan
63.Yang ditunggu sudahlah tiba
Yang dinanti sudah tersedia
Acara kemuncak majlis ini
Ucapan dan amanat Ketua Menteri
Tokoh unggul yang kita cintai.
64.Dilafaz salam diucapkan selamat
Bersama-sama mendapat berkat
Majlis mulia majlis bererti
Mendaulat bahasa negara ini.
65.Ampun maaf kami pohonkan
Andai terdapat kesilapan
Terima kasih juga kami ucapkan
Jumpa lagi tahun hadapan
66.Sudah menjadi tradisi sesebuah institusi
Yang berjaya penghormatan diberi
Yang cemerlang pasti dijulang
Yang akan pergi dirai
67.Kalau tidak dipecahkan ruyung
Mana kan dapat sagunya
68.Tiada lagu tanpa irama
Tiada irama pincanglah ia...
69.Setiap yang baik pasti dibalas baik,
Yang rajin pasti mendapat ganjarannya
Bak kata pepatah
Menabur biji tentu ada hasilnya.
70.Setiap bermula pasti berakhir
71.Yang baik kita jadikan teladan
Yang kurang manis dijadikan sempadan
72.Sebagai memulakan sekapur siirih seulas pinang majlis kita petang ini...
73.Tiada seri malam tanpa bulan dan bintang. Begitulah dengan majlis kita pada petang ini tanpa mendengar ucapan daripada YB Menteri.
PRIVATE
PAGE 1