Belaja belajar

Post on 24-Dec-2015

215 views 0 download

Transcript of Belaja belajar

Belajar cara D.U.A. ini amat memerlukan kepada persekitaran yang sesuai untuk adik-adik belajar.

Kaedah ini tidak menekankan kepada cara ulang kaji secara mendalam. Sebaliknya, lebih kepada persediaan untuk membuat ulang kaji.

D Duduk dengan baik di tempat yang adik-adik pilih untuk belajar.

Tetapkan niat bahawa adik-adik ingin belajar. Tetapkan jumlah muka surat yang ingin adik-adik baca dan fahami. Pastikan tempat adik-adik duduki itu mempunyai cahaya yang terang dan udara mengalir dengan baik.

U Ulang kaji sepenuhnya dengan cara yang sesuai dengan diri adik-adik tanpa gangguan.

Sama ada adik-adik membaca dan membuat nota sahaja, menjawab soalan yang berkaitan dengan tajuk yang adik-adik baca, atau adik-adik boleh membayangkan perkara yang adik-adik baca.

A Agihkan waktu dengan baik.

Pastikan adik-adik membuat bacaan ketika adik-adik segar dan cergas.

Sebaliknya, mencabar minda adik-adik dengan membuat latihan atau menjawab soalan ketika otak adik-adik agak letih.

Walau apapun tugas adik-adik, sesibuk mana sekalipun dalam sehari, adalah sangat baik sekiranya adik-adik membuat ulang kaji setiap hari, walaupun dalam masa yang singkat. Hanya mereka yang membuat ulang kaji sahaja berkemungkinan besar akan mendapat kecemerlangan.

Salah satu daripada cara belajar atau membuat ulang kaji ialah dengan cara S.A.T.U.

Cara ini mudah untuk dilaksanakan dan boleh diamalkan oleh adik-adik.

Bagi memulakan belajar cara ini, peralatan dan keperluan untuk belajar perlu disediakan dulu. Oleh itu, pastikan dahulu, adik-adik telah bersedia dengan buku yang hendak dibaca, alat tulis yang sepatutnya, dan kertas untuk ditulis.

Belajar cara ini tidaklah membebankan sangat dan boleh dilakukan dengan tenang.

Ikutilah langkah-langkah yang diberikan di bawah ini:

S Selak muka surat yang hendak dibaca, tidak terlalu laju tetapi cukup untuk menangkap tajuk utama dalam bab yang ingin dibaca.

A Awasi tajuk-tajuk, gambar rajah, huruf yang ditebalkan, kata kunci, graf, dan ilustrasi yang ada dalam tajuk yang hendak dibaca.

T Tuliskan tajuk utama di tengah-tengah kertas anda dan pecahkan menjadi peta minda, iaitu tajuk-tajuk kecil yang lain sebagai dahan-dahan kepada tajuk utama. Usah fikirkan kekemasan atau kecantikan peta minda. Sebaliknya, utamakanlah pecahannya dulu.

U Ulang sekali lagi dengan membaca keseluruhan kandungan yang dipilih untuk dibaca dan diulang kaji tadi. Namun, kali ini dengan melengkapkan isi kepada dahan-dahan yang telah dibina di atas kertas tadi. Tulislah secara bebas dengan tidak takut untuk melakukan kesilapan. Adik-adik boleh kemaskan nota anda. Kemudian setelah selesai, buatlah bacaan sepenuhnya. Nota yang terbaik adalah nota yang adik-adik fahami. Oleh itu, ikutlah cara adik-adik kerana adik-adik sendiri yang akan menggunakannya.

Kaedah belajar cara T.I.G.A. ini membantu adik-adik untuk membuat ulang kaji secara sistematik.

T Tinjau bahan yang hendak dibuat ulang kaji.

Dapatkan gambaran keseluruhan bahan yang akan dibaca.

Tinjau tajuk-tajuk utama yang bakal dibaca. Tinjau gambar rajah, peta, graf, ilustrasi, gambar, dan tajuk-tajuk kecil yang ada.

I Ingat apa yang adik-adik baca dengan membuat kata kunci, kod, ungkapan, dan ringkasan tertentu yang boleh membantu ingatan.

Bayangkan perkara yang adik-adik baca seolah-olah adik-adik sedang melihat perkara tersebut secara nyata di hadapan anda.

Gunakan imaginasi adik-adik sepenuhnya.

G Gabungkan imaginasi adik-adik dengan menuliskan semula pemahaman terhadap perkara yang dibaca.

Usah risau, kalau ingatan tadi tidak tersusun. Tuliskan sahaja di atas kertas.

A Atur semula perkara yang telah adik-adik tuliskan di atas kertas yang baru.

Kali ini biar tersusun dengan sebaik mungkin. Buatlah sampai adik-adik berpuas hati dengan nota itu.

Sepanjang proses ini, adik-adik sebenarnya telah membuat ulang kaji sebanyak tiga kali dalam satu masa.

Mudah bukan?