Bersama memajukan lagi bahasa ibunda - sim.edu.sg BH Advancing native... · TABIK kepada Majlis...

Post on 14-Aug-2019

229 views 0 download

Transcript of Bersama memajukan lagi bahasa ibunda - sim.edu.sg BH Advancing native... · TABIK kepada Majlis...

TABIK kepada Majlis Bahasa Melayu Si-ngapura (MBMS) kerana berhasil mengada-kan sambulan Bulan Bahasa dan AnugerahPersuratan tahun ini yang agak gah.

Kecuali beberapa acara sahaja yang dida-pati dingin sambutannya, umumnya seluruhacaranya memang meriah.

Bulan Bahasa kali ini boleh dikatakangah dengan sekitar 65 acara (termasuk acarasampingan) diadakan di pelbagai tempat ter-utama tumpuannya (sekitar 16 acara) di Mu-zium Tamadun Asia (Empress Place) yangmenarik penyertaan 8,000 orang. Di sini ju-ga diadakan pameran artifak yang melibat-kan relawan daripada Institut PendidikanNasional (guru pelatih) dan pelajar Ma-drasah Aljunied Al-Islamiah.

Acara-acara lain pula disemarakkan disejumlah kelab masyarakat seperti di Ma-rine Parade dan Siglap South, perpustakaanawam di Woodlands, Bedok dan GeylangEast, Taman Warisan Melayu, laluan Busso-rah Street dan Pasar Geylang Serai.

Benarlah kata pengerusi Bulan Bahasa,Encik Zaqy Mohamad, Anggota ParlimenGRC Choa Chu Kang, bahawa kegiatan kaliini menarik ribuan penyertaan.

Malah ketika makalah ini ditulis, ada jugaacara sudah dijadualkan tetapi belum dilak-

sana iaitu Simfoni Seni III di Kelab Ma-syarakat Jurong Green pada 2 November.

MASALAH DANA

Mengadakan Bulan Bahasa bukanlahmudah kerana skalanya memang besar –banyak penyelarasan perlu dilakukan olehpihak pengurusan atau urus setia demi me-mastikan setiap acara berjalan menurut jadu-al, cukup relawan untuk bertugas dan adan-ya peserta atau selebriti bagi menarik minatramai.

Pernah pada awalnya, Bulan Bahasa di-akhiri dengan Anugerah Persuratan. Namunhal ini amat mencabar tenaga kerja relawanyang menjadi teras utama penganjuran. Disamping itu, terdapat masalah pembiayaanyang besar.

Saya masih teringat usaha Pengerusi Per-tama MBMS, Haji Sidek Saniff, yang perlumenjadi pengumpul dana dengan menemuibeberapa dermawan termasuk syarikat un-tuk mengisi dana.

Namun suasana MBMS agak berbeza mu-takhir ini.

Menurut Encik Tajudin Jaffar, SetiausahaKehormat MBMS, sejak tahun lalu Bulan Ba-hasa diadakan bersama Anugerah Persura-tan.

“Kami bertuah kerana ada acara yang me-mang diadakan di peringkat balai rakyatatau kelab masyarakat. Jadi, kegiatan-ke-giatan sedemikian kami selaraskan saja.

“Ada kegiatan lain yang melibatkan gurudan murid. Ini mendapat sokongan danadaripada Jawatankuasa Pembelajaran danPenggalakan Bahasa Melayu,” kata EncikTajudin.

Untuk tahun ini, MBMS pimpinan Men-teri Negara Kanan, Encik Masagos Zulkifli

Masagos Mohamad, telahmendapat peruntukan$100,000 bagi membiayaikegiatan Bulan Bahasa danAnugerah Persuratan kaliini. MBMS juga dibantudengan urus setia yang le-bih teguh berbanding masa-masa awal penubuhannya.

PENJADUALAN

Masalah penjadualankegiatan sering meme-ningkan MBMS sejak ditu-buhkan.

Lazimnya awal tahuncuba dielakkan kerana kesi-bukan guru dan sekolah.

Bulan Ogos juga cuba di-hindarkan kerana serentak dengan acarasambutan Hari Kebangsaan di sana sini.

Dalam pada itu, timbul masalah cutisekolah yang lazimnya dalam Jun. Juga di-elakkan Ramadan yang ‘beralih’ menuruttakwim Islam berbanding kalendar Masihi.

Saya teringat kegigihan Almarhum MohdAlmuddin Hashim, antara perintis MBMSdan lama juga menjadi setiausaha kehormat-nya. Beliau sering diburu masa untuk menga-

tur jadual MBMS terutama menje-lang Bulan Bahasa.

Masalah penjadualan akan ber-terusan, kata Pendeta Dr Haji Mu-hammad Ariff Ahmad.

“Pada zaman saya, sudah adaBulan Bahasa Kebangsaan. Cuba ki-ta tingkatkan kegiatan agar berteru-san. Yang elok jangan adakan satubulan saja untuk tumpukan semuakegiatan persuratan.

“Kita adakan Harian Bahasaiaitu bila-bila saja ada cuti umumyang sesuai boleh diadakan kegia-tan bahasa. Yang utama, mesti adapenjadualan sepanjang tahun, jikamampu. Sekali-sekala adakan acarabahasa yang gah seperti seminaratau simposium, baca puisi dan se-

bagainya,” katanya.Dengan penjadualan sepanjang tahun,

bererti MBMS perlu bertindak proaktif de-ngan menghubungi semua pihak yang berke-pentingan pada bahasa Melayu – daripadasekolah, kelab masyarakat sehingga badanpersuratan.

Memang ini suatu tugas berat namun bu-kan mustahil diselaraskan. Jadual kegiatanbahasa boleh disebarluaskan awal-awal lagibagi diketahui umum.

KESAN PADA JELATA

Bahasa merupakan suatu yang merakyatuntuk diguna dan dikembangkan.

Untuk mengetahui keberkesanan BulanBahasa atau Anugerah Persuratan, maka tin-jauan dari masa ke masa boleh diadakan.

Melayu Singapura bertuah kerana mem-punyai tiga jabatan pakar bahasa dan persu-ratan Melayu di Universiti Nasional Singapu-ra (NUS), Universiti Teknologi Nanyang(NTU) dan UniSIM. Bahkan terdapat PusatBahasa Melayu yang turut menatar guru ba-hasa Melayu. Tentulah tidak sukar untukmengadakan tinjauan yang boleh melibat-kan tenaga mahasiswa yang diberi upah un-tuk melaksanakannya.

Hasil tinjauan boleh diterbitkan secaraterbuka untuk diketahui ramai mengenaimaklum balas orang Melayu terhadap ke-giatan bahasa dan sasteranya. Denganmengetahui sikap umum pada bahasa Me-layu, dapat dilakarkan kegiatan yang lebihmerakyat atau sampai ke akar umbi.

Media termasuk akhbar ini juga perlu di-gerakkan untuk menguar-uarkan kegiatanbahasa dan persuratan kerana di sinilah ter-papar falsafah ‘seperti aur dengan tebing’.

Jika dasar dwibahasa dapat terus disemar-akkan lewat acara kebahasaan setiap kaumdi sini, termasuk orang Melayu, bahasa ibun-da akan tetap mekar walaupun berdepandengan suasana bahasa Inggeris yang domi-nan.

Itu saranan Profesor Madya Dr RoksanaBibi Abdullah. Saya akur. Bagaimana pulaanda?

Bersama memajukan lagi bahasa ibunda

ACARA BULAN BAHASA 2013: Pelbagai acara daripada berjual-belipantun sehingga mukun (acara sastera asal Brunei dan Sarawak)menyeri Bulan Bahasa tahun ini yang berakhir dengan AnugerahPersuratan pada 5 Oktober lalu. – Foto fail

Dengan lebih 60 acara, Bulan Bahasa tahun ini, yang berakhir 5 Oktober lalu,mungkin yang terpadat dalam sejarahnya sepanjang tiga dekad. Tetapi, sudahkah ia cukup merakyat?

MOHD RAMAN DAUD (raman@sph.com.sg) meninjau.

18 Berita Harian | Sabtu, 19 Oktober 2013

Rencana PANDANGAN

jaimedev
Rectangle