Bersama memajukan lagi bahasa ibunda - sim.edu.sg BH Advancing native... · TABIK kepada Majlis...

1
TABIK kepada Majlis Bahasa Melayu Si- ngapura (MBMS) kerana berhasil mengada- kan sambulan Bulan Bahasa dan Anugerah Persuratan tahun ini yang agak gah. Kecuali beberapa acara sahaja yang dida- pati dingin sambutannya, umumnya seluruh acaranya memang meriah. Bulan Bahasa kali ini boleh dikatakan gah dengan sekitar 65 acara (termasuk acara sampingan) diadakan di pelbagai tempat ter- utama tumpuannya (sekitar 16 acara) di Mu- zium Tamadun Asia (Empress Place) yang menarik penyertaan 8,000 orang. Di sini ju- ga diadakan pameran artifak yang melibat- kan relawan daripada Institut Pendidikan Nasional (guru pelatih) dan pelajar Ma- drasah Aljunied Al-Islamiah. Acara-acara lain pula disemarakkan di sejumlah kelab masyarakat seperti di Ma- rine Parade dan Siglap South, perpustakaan awam di Woodlands, Bedok dan Geylang East, Taman Warisan Melayu, laluan Busso- rah Street dan Pasar Geylang Serai. Benarlah kata pengerusi Bulan Bahasa, Encik Zaqy Mohamad, Anggota Parlimen GRC Choa Chu Kang, bahawa kegiatan kali ini menarik ribuan penyertaan. Malah ketika makalah ini ditulis, ada juga acara sudah dijadualkan tetapi belum dilak- sana iaitu Simfoni Seni III di Kelab Ma- syarakat Jurong Green pada 2 November. MASALAH DANA Mengadakan Bulan Bahasa bukanlah mudah kerana skalanya memang besar – banyak penyelarasan perlu dilakukan oleh pihak pengurusan atau urus setia demi me- mastikan setiap acara berjalan menurut jadu- al, cukup relawan untuk bertugas dan adan- ya peserta atau selebriti bagi menarik minat ramai. Pernah pada awalnya, Bulan Bahasa di- akhiri dengan Anugerah Persuratan. Namun hal ini amat mencabar tenaga kerja relawan yang menjadi teras utama penganjuran. Di samping itu, terdapat masalah pembiayaan yang besar. Saya masih teringat usaha Pengerusi Per- tama MBMS, Haji Sidek Saniff, yang perlu menjadi pengumpul dana dengan menemui beberapa dermawan termasuk syarikat un- tuk mengisi dana. Namun suasana MBMS agak berbeza mu- takhir ini. Menurut Encik Tajudin Jaffar, Setiausaha Kehormat MBMS, sejak tahun lalu Bulan Ba- hasa diadakan bersama Anugerah Persura- tan. “Kami bertuah kerana ada acara yang me- mang diadakan di peringkat balai rakyat atau kelab masyarakat. Jadi, kegiatan-ke- giatan sedemikian kami selaraskan saja. “Ada kegiatan lain yang melibatkan guru dan murid. Ini mendapat sokongan dana daripada Jawatankuasa Pembelajaran dan Penggalakan Bahasa Melayu,” kata Encik Tajudin. Untuk tahun ini, MBMS pimpinan Men- teri Negara Kanan, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, telah mendapat peruntukan $100,000 bagi membiayai kegiatan Bulan Bahasa dan Anugerah Persuratan kali ini. MBMS juga dibantu dengan urus setia yang le- bih teguh berbanding masa- masa awal penubuhannya. PENJADUALAN Masalah penjadualan kegiatan sering meme- ningkan MBMS sejak ditu- buhkan. Lazimnya awal tahun cuba dielakkan kerana kesi- bukan guru dan sekolah. Bulan Ogos juga cuba di- hindarkan kerana serentak dengan acara sambutan Hari Kebangsaan di sana sini. Dalam pada itu, timbul masalah cuti sekolah yang lazimnya dalam Jun. Juga di- elakkan Ramadan yang ‘beralih’ menurut takwim Islam berbanding kalendar Masihi. Saya teringat kegigihan Almarhum Mohd Almuddin Hashim, antara perintis MBMS dan lama juga menjadi setiausaha kehormat- nya. Beliau sering diburu masa untuk menga- tur jadual MBMS terutama menje- lang Bulan Bahasa. Masalah penjadualan akan ber- terusan, kata Pendeta Dr Haji Mu- hammad Ariff Ahmad. “Pada zaman saya, sudah ada Bulan Bahasa Kebangsaan. Cuba ki- ta tingkatkan kegiatan agar berteru- san. Yang elok jangan adakan satu bulan saja untuk tumpukan semua kegiatan persuratan. “Kita adakan Harian Bahasa iaitu bila-bila saja ada cuti umum yang sesuai boleh diadakan kegia- tan bahasa. Yang utama, mesti ada penjadualan sepanjang tahun, jika mampu. Sekali-sekala adakan acara bahasa yang gah seperti seminar atau simposium, baca puisi dan se- bagainya,” katanya. Dengan penjadualan sepanjang tahun, bererti MBMS perlu bertindak proaktif de- ngan menghubungi semua pihak yang berke- pentingan pada bahasa Melayu – daripada sekolah, kelab masyarakat sehingga badan persuratan. Memang ini suatu tugas berat namun bu- kan mustahil diselaraskan. Jadual kegiatan bahasa boleh disebarluaskan awal-awal lagi bagi diketahui umum. KESAN PADA JELATA Bahasa merupakan suatu yang merakyat untuk diguna dan dikembangkan. Untuk mengetahui keberkesanan Bulan Bahasa atau Anugerah Persuratan, maka tin- jauan dari masa ke masa boleh diadakan. Melayu Singapura bertuah kerana mem- punyai tiga jabatan pakar bahasa dan persu- ratan Melayu di Universiti Nasional Singapu- ra (NUS), Universiti Teknologi Nanyang (NTU) dan UniSIM. Bahkan terdapat Pusat Bahasa Melayu yang turut menatar guru ba- hasa Melayu. Tentulah tidak sukar untuk mengadakan tinjauan yang boleh melibat- kan tenaga mahasiswa yang diberi upah un- tuk melaksanakannya. Hasil tinjauan boleh diterbitkan secara terbuka untuk diketahui ramai mengenai maklum balas orang Melayu terhadap ke- giatan bahasa dan sasteranya. Dengan mengetahui sikap umum pada bahasa Me- layu, dapat dilakarkan kegiatan yang lebih merakyat atau sampai ke akar umbi. Media termasuk akhbar ini juga perlu di- gerakkan untuk menguar-uarkan kegiatan bahasa dan persuratan kerana di sinilah ter- papar falsafah ‘seperti aur dengan tebing’. Jika dasar dwibahasa dapat terus disemar- akkan lewat acara kebahasaan setiap kaum di sini, termasuk orang Melayu, bahasa ibun- da akan tetap mekar walaupun berdepan dengan suasana bahasa Inggeris yang domi- nan. Itu saranan Profesor Madya Dr Roksana Bibi Abdullah. Saya akur. Bagaimana pula anda? Bersama memajukan lagi bahasa ibunda ACARA BULAN BAHASA 2013: Pelbagai acara daripada berjual-beli pantun sehingga mukun (acara sastera asal Brunei dan Sarawak) menyeri Bulan Bahasa tahun ini yang berakhir dengan Anugerah Persuratan pada 5 Oktober lalu. – Foto fail Dengan lebih 60 acara, Bulan Bahasa tahun ini, yang berakhir 5 Oktober lalu, mungkin yang terpadat dalam sejarahnya sepanjang tiga dekad. Tetapi, sudahkah ia cukup merakyat? MOHD RAMAN DAUD ([email protected]) meninjau. 18 Berita Harian | Sabtu, 19 Oktober 2013 Rencana PANDANGAN

Transcript of Bersama memajukan lagi bahasa ibunda - sim.edu.sg BH Advancing native... · TABIK kepada Majlis...

TABIK kepada Majlis Bahasa Melayu Si-ngapura (MBMS) kerana berhasil mengada-kan sambulan Bulan Bahasa dan AnugerahPersuratan tahun ini yang agak gah.

Kecuali beberapa acara sahaja yang dida-pati dingin sambutannya, umumnya seluruhacaranya memang meriah.

Bulan Bahasa kali ini boleh dikatakangah dengan sekitar 65 acara (termasuk acarasampingan) diadakan di pelbagai tempat ter-utama tumpuannya (sekitar 16 acara) di Mu-zium Tamadun Asia (Empress Place) yangmenarik penyertaan 8,000 orang. Di sini ju-ga diadakan pameran artifak yang melibat-kan relawan daripada Institut PendidikanNasional (guru pelatih) dan pelajar Ma-drasah Aljunied Al-Islamiah.

Acara-acara lain pula disemarakkan disejumlah kelab masyarakat seperti di Ma-rine Parade dan Siglap South, perpustakaanawam di Woodlands, Bedok dan GeylangEast, Taman Warisan Melayu, laluan Busso-rah Street dan Pasar Geylang Serai.

Benarlah kata pengerusi Bulan Bahasa,Encik Zaqy Mohamad, Anggota ParlimenGRC Choa Chu Kang, bahawa kegiatan kaliini menarik ribuan penyertaan.

Malah ketika makalah ini ditulis, ada jugaacara sudah dijadualkan tetapi belum dilak-

sana iaitu Simfoni Seni III di Kelab Ma-syarakat Jurong Green pada 2 November.

MASALAH DANA

Mengadakan Bulan Bahasa bukanlahmudah kerana skalanya memang besar –banyak penyelarasan perlu dilakukan olehpihak pengurusan atau urus setia demi me-mastikan setiap acara berjalan menurut jadu-al, cukup relawan untuk bertugas dan adan-ya peserta atau selebriti bagi menarik minatramai.

Pernah pada awalnya, Bulan Bahasa di-akhiri dengan Anugerah Persuratan. Namunhal ini amat mencabar tenaga kerja relawanyang menjadi teras utama penganjuran. Disamping itu, terdapat masalah pembiayaanyang besar.

Saya masih teringat usaha Pengerusi Per-tama MBMS, Haji Sidek Saniff, yang perlumenjadi pengumpul dana dengan menemuibeberapa dermawan termasuk syarikat un-tuk mengisi dana.

Namun suasana MBMS agak berbeza mu-takhir ini.

Menurut Encik Tajudin Jaffar, SetiausahaKehormat MBMS, sejak tahun lalu Bulan Ba-hasa diadakan bersama Anugerah Persura-tan.

“Kami bertuah kerana ada acara yang me-mang diadakan di peringkat balai rakyatatau kelab masyarakat. Jadi, kegiatan-ke-giatan sedemikian kami selaraskan saja.

“Ada kegiatan lain yang melibatkan gurudan murid. Ini mendapat sokongan danadaripada Jawatankuasa Pembelajaran danPenggalakan Bahasa Melayu,” kata EncikTajudin.

Untuk tahun ini, MBMS pimpinan Men-teri Negara Kanan, Encik Masagos Zulkifli

Masagos Mohamad, telahmendapat peruntukan$100,000 bagi membiayaikegiatan Bulan Bahasa danAnugerah Persuratan kaliini. MBMS juga dibantudengan urus setia yang le-bih teguh berbanding masa-masa awal penubuhannya.

PENJADUALAN

Masalah penjadualankegiatan sering meme-ningkan MBMS sejak ditu-buhkan.

Lazimnya awal tahuncuba dielakkan kerana kesi-bukan guru dan sekolah.

Bulan Ogos juga cuba di-hindarkan kerana serentak dengan acarasambutan Hari Kebangsaan di sana sini.

Dalam pada itu, timbul masalah cutisekolah yang lazimnya dalam Jun. Juga di-elakkan Ramadan yang ‘beralih’ menuruttakwim Islam berbanding kalendar Masihi.

Saya teringat kegigihan Almarhum MohdAlmuddin Hashim, antara perintis MBMSdan lama juga menjadi setiausaha kehormat-nya. Beliau sering diburu masa untuk menga-

tur jadual MBMS terutama menje-lang Bulan Bahasa.

Masalah penjadualan akan ber-terusan, kata Pendeta Dr Haji Mu-hammad Ariff Ahmad.

“Pada zaman saya, sudah adaBulan Bahasa Kebangsaan. Cuba ki-ta tingkatkan kegiatan agar berteru-san. Yang elok jangan adakan satubulan saja untuk tumpukan semuakegiatan persuratan.

“Kita adakan Harian Bahasaiaitu bila-bila saja ada cuti umumyang sesuai boleh diadakan kegia-tan bahasa. Yang utama, mesti adapenjadualan sepanjang tahun, jikamampu. Sekali-sekala adakan acarabahasa yang gah seperti seminaratau simposium, baca puisi dan se-

bagainya,” katanya.Dengan penjadualan sepanjang tahun,

bererti MBMS perlu bertindak proaktif de-ngan menghubungi semua pihak yang berke-pentingan pada bahasa Melayu – daripadasekolah, kelab masyarakat sehingga badanpersuratan.

Memang ini suatu tugas berat namun bu-kan mustahil diselaraskan. Jadual kegiatanbahasa boleh disebarluaskan awal-awal lagibagi diketahui umum.

KESAN PADA JELATA

Bahasa merupakan suatu yang merakyatuntuk diguna dan dikembangkan.

Untuk mengetahui keberkesanan BulanBahasa atau Anugerah Persuratan, maka tin-jauan dari masa ke masa boleh diadakan.

Melayu Singapura bertuah kerana mem-punyai tiga jabatan pakar bahasa dan persu-ratan Melayu di Universiti Nasional Singapu-ra (NUS), Universiti Teknologi Nanyang(NTU) dan UniSIM. Bahkan terdapat PusatBahasa Melayu yang turut menatar guru ba-hasa Melayu. Tentulah tidak sukar untukmengadakan tinjauan yang boleh melibat-kan tenaga mahasiswa yang diberi upah un-tuk melaksanakannya.

Hasil tinjauan boleh diterbitkan secaraterbuka untuk diketahui ramai mengenaimaklum balas orang Melayu terhadap ke-giatan bahasa dan sasteranya. Denganmengetahui sikap umum pada bahasa Me-layu, dapat dilakarkan kegiatan yang lebihmerakyat atau sampai ke akar umbi.

Media termasuk akhbar ini juga perlu di-gerakkan untuk menguar-uarkan kegiatanbahasa dan persuratan kerana di sinilah ter-papar falsafah ‘seperti aur dengan tebing’.

Jika dasar dwibahasa dapat terus disemar-akkan lewat acara kebahasaan setiap kaumdi sini, termasuk orang Melayu, bahasa ibun-da akan tetap mekar walaupun berdepandengan suasana bahasa Inggeris yang domi-nan.

Itu saranan Profesor Madya Dr RoksanaBibi Abdullah. Saya akur. Bagaimana pulaanda?

Bersama memajukan lagi bahasa ibunda

ACARA BULAN BAHASA 2013: Pelbagai acara daripada berjual-belipantun sehingga mukun (acara sastera asal Brunei dan Sarawak)menyeri Bulan Bahasa tahun ini yang berakhir dengan AnugerahPersuratan pada 5 Oktober lalu. – Foto fail

Dengan lebih 60 acara, Bulan Bahasa tahun ini, yang berakhir 5 Oktober lalu,mungkin yang terpadat dalam sejarahnya sepanjang tiga dekad. Tetapi, sudahkah ia cukup merakyat?

MOHD RAMAN DAUD ([email protected]) meninjau.

18 Berita Harian | Sabtu, 19 Oktober 2013

Rencana PANDANGAN

jaimedev
Rectangle