Bm Penulisan Sk

Post on 28-Dec-2015

88 views 2 download

Transcript of Bm Penulisan Sk

BENGKEL LAPORAN PRESTASI CALON UPSR 2012

LAPORAN PRESTASI CALON UPSR BM 012/1

2012

Panduan

KERTAS 2BAHAGIAN A

Panduan penting kepada calon:

1. Calon mesti membaca dan memahami kehendak soalan atau kata kunci soalan sama ada tentang aktiviti, suasana, situasi atau ayat lengkap tentang gambar.

2. Skor cemerlang hanya diberikan kepada ayat lengkap , gramatis dan meluas yang bertepatan dengan bahan grafik / tugasan serta tidak mempunyai sebarang kesalahan tatabahasa seperti ejaaan, tanda baca, kesalahan sruktur ayat dan penggunaan kata.

Penting! Ayat yang dibina mestilah mengikut urutan nombor. Contoh:1. _______________________________________ .2. _______________________________________ .3. _______________________________________ .4. _______________________________________ .5. _______________________________________ .

Subjek Predikat

1. Dua orang ahli pengakap pasang khemah.

2. Ali dan Abu angkat kayu.

3.

4.

5.

Subjek Predikat

1. Dua orang ahli pengakap sedang memasang khemah.

2. Ali dan Abu mengangkat seberkas kayu api .

3.

4.

5.

Subjek Predikat

1. Beberapa orang ahli pengakap sedang memasang khemah di tapak perkhemahan untuk mereka berteduh sepanjang perkhemahan.

2. Ali dan Abu mengangkat seberkas kayu api untuk memasak dan membuat unggun api.

3.

4.

5.

Langkah Menulis

Siapa / Apa?(KN) Buat apa (KK/KA) Objek(KN) Peluasan (MATA)

Langkah Menulis

Siapa / Apa?(KN) Buat apa (KK/KA) Objek(KN) Peluasan (MATA)

1. Beberapa orang ahli pengakap sedang memasang khemah di tapak perkhemahan untuk mereka berteduh sepanjang perkhemahan. (A)

2. Ali dan Abu mengangkat seberkas kayu api untuk memasak dan membuat unggun api. (A)

3.

4.

5

Jawapan tidak menarik

1. Seorang lelaki sedang membeli ikan di sebuah gerai ikan.

2. Seorang penjual ikan memasukkan ikan yang dibeli oleh

pelanggannya ke dalam beg plastik.

3. Seorang peniaga ikan di gerai yang lain pula sedang menyusun ikan-ikan yang hendak dijualnya.

4. Seorang penjual sedang melapah daging yang tergantung di gerainya.

5. Seorang pekerja sedang menimbang daging yang dibeli oleh dua orang lelaki.

11

Penggunaan Nama ?

Gunakan Kata Nama Khas - Abu, Ali

Kata Nama Am - lelaki,perempuan, pelancong

Kata Bilangan - satu, beberapa Penjodoh Bilangan - seorang,sebuah, sebatang Kata Arah - di hadapan, di tepi

Contoh : Pak Ali sedang membaca surat khabar di bawah pokok.

Bentuk Soalan

Tulis lima ayat lengkap tentang gambar di bawah.

- Anda boleh menulis apa sahaja yang terdapat dalam gambar.

- Keutamaan ialah aktiviti.

- Nyatakan lima aktiviti sahaja.- Mestilah mengandungi kata kerja (perbuatan)watak.

Tulis lima ayat lengkap tentang gambar di bawah.

Tulis lima ayat yang lengkap tentang situasi yang terdapat dalam gambar.

- Situasi melibatkan keseluruhan gambar.

- Nyatakan:

* suasana /keadaan * persekitaran *emosi

Fomula MenjawabSuasana + persekitaran + emosi

Langkah Menulis Tulis lima ayat tentang situasi

berdasarkan gambar diberi.

Siapa / Apa?(KN) Ps/Sua/Emosi Peluasan

1.

2.

3.

4.

5.

Lihat gambar di bawah dengan teliti. UPSR 2009Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti yang terdapat dalam gambar di bawah.

Memerhatikan Menabur Menanam

Menyemai Membuang Mencabut

Menyiram

UPSR 2010Gambar di bawah menunjukkan aktiviti-aktiviti di halaman rumah. Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti-aktiviti tersebut.

menyidaimenjemur

mengangkatmemegang:baju , kain

bermain :anak patung

bintang

menunggangmengayuh :

basikal

bermainmenunjukmemerhatimembalingmembidik :guli , batu

menjualmengisimembubuhmeletakmenjilatmenunggu:aiskrimkon, bekas

UPSR 2011Gambar di bawah menunjukkan suasana jamuan hari raya di sebuah rumah. Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar di bawah.

Memasang, menyala,

mencucuh, menghidupkan

pelita.

bermain :bunga api,

mercun

Bersalam-salaman, berjabat tangan, bermaaf-maafan,

menyambut tetamu

Beramah mesra, berbual-bual, bersembang,

bercakap, berborak.

Menghidang makanan , menatang , membawa juadah

Menjamu selera, makan , menikmati juadah.

Memberi / menghulur duit raya/ angpau.

Beratur untuk mengambil duit raya.Mengambil / menerima duit raya.

UPSR 2012 BAHAGIAN A

Gambar di bawah menunjukkan suasana di sebuah kedai makan.

Tulis lima ayat yang lengkap tentang lima suasana di kedai makan tersebut

Suasana :1. Bersih2. Sibuk3. Cermat4. Sopan5. Berhati-hati6. Teratur7. Seronok8. Gembira9. Kemas10. Tenang

Memasak, menggoreng, menyediakan

makanan

Mengelap, mencuci,

membersih meja

Membayar, menjelaskan, menghulur

Menerima, mengira,

menjumlah. menghitung

Membersih,

mencuci, membasuh

tangan

Menatang, membawa,

mengangkat,dulang

Mencatat, menulis,

menerima pesanan

Memilih, meneliti,

menyemak menu

Menyuap, memberi, melayan

1. Cef Abdullah sedang menggoreng mi untuk dihidangkan kepada pelanggannya.

3. Pak Cik Abu sedang mengelap meja dengan menggunakan kain yang bersih.

4. Ahmad sedang membasuh tangan di singki sebelum menikmati makanannya .

5. Suasana di kedai makan itu sangat bising kerana ramai pelanggan yang hadir.

2. Mak Cik Aminah sedang mencatat pesanan makanan yang diminta oleh Ali.

MAKLUMAT UNTUK BAHAGIAN A…

1. Perkataan sedang boleh digunakan.2. Tiada penetapan jumlah perkataan contohnya mesti

tulis antara 9 hingga 12 patah perkataan.

3. Tidak boleh guna penanda wacana.

4. 5 ayat tersurat sahaja- tersirat (situasi) penerang.

5. Ayat yang ditulis mesti ada subjek dan predikat.6. Pastikan tiada kesalahan bahasa iaitu ejaan, tanda baca , imbuhan, penggunaan perkataan, struktur ayat atau ayat berulang.

7. Untuk mendapat markah penuh, tidak ada kesalahan.

PENTING

IMBAS KEMBALI BAHAGIAN A

UPSR 2009

UPSR 2011

UPSR 2010

UPSR 2012

BAHASA MELAYU KERTAS 2BAHAGIAN B(MENULIS KARANGAN)

Fokus Karangan• Cerita/menyudahkan dan akhiri cerita/situasi• Surat Kiriman • Ucapan• Catatan• Autobiografi/biografi• Dailog

BILANGAN PERKATAAN

* Tidak kurang 80 patah perkataan.

*Bilangan perkataan yang tidak mencukupi menyebabkan aras markah turun.

Jumlah Perkataan (dicadangkan)

• Pendahuluan : 15 patah perkataan• Idea 1 : 25 patah perkataan• Idea 2 : 25 patah perkataan• Idea 3 : 25 patah perkataan• Idea 4 : 25 patah perkataan• Penutup : 15 patah perkataan

130 patah perkataan

PEMERENGGANAN

• Sekurang-kurangnya satu perenggan dan sebaik-baiknya enam perenggan seperti berikut;

Pendahuluan - Perenggan 1 Idea - Perenggan 2,3,4 dan 5 Penutup - Perenggan 6• Pastikan setiap satu idea dalam satu perenggan.

PENDAHULUAN

• Jangan lebih satu perenggan.• INGAT! Pendahuluan bukan idea.• Memadai 1 – 2 ayat.

Cuti sekolah adalah saat yang ditunggu-tunggu oleh ibu bapa dan murid-murid. Pelbagai aktiviti yang menyeronokkan diatur oleh ibu bapa untuk memenuhi waktu percutian tersebut.Tulis pengalaman kamu dan keluarga ketika mengisi percutian tersebut.

Pada cuti sekolah yang lalu, ayah saya bercadang untuk pergi ke Pulau

Pangkor untuk bercuti di sana. Kami berasa sangat gembira apabila mendengarnya. Sebelum pergi, emak saya memasak makanan untuk dibawa ke sana. Saya menolong emak memasukkan makanan itu ke dalam bakul. Kami bersiap-siap untukpergi. Kami juga membawa baju kerana kami hendak tidur di sana. Kami bertolak ke sana pada petang itu juga. Ayah saya memasukkan barang-barang yang hendak dibawa ke dalam kereta. Kami semua masuk ke dalam kereta untuk pergi. Di dalam kereta, adik-beradik saya menyanyi dengan gembira sambil melihatpemandangan di luar tingkap kereta. Kami tidak sabar untuk sampai ke tempat yangdituju.

Contoh pendahuluan yang sepatutnya; Pada cuti sekolah yang lalu, saya dan keluarga bercuti di Pulau Pangkor.

IDEA KARANGAN

Karangan tanpa idea dianggap TIDAK MENEPATI TUGASAN.Pecahan bagi satu idea : i. Idea utama (ayat pertama) ii. Huraian kecil idea (ayat kedua) iii. Huraian terperinci idea / contoh (ayat ketiga)

Memadai 3- 4 ayat sahaja.

PENUTUP KARANGAN

• Penutup bukan idea karangan.

• Memadai 1- 2 ayat sahaja.

CONTOH PENUTUP

• Nyatakan sekian, terima kasih. (ucapan,surat,syarahan,perbahasan, laporan. dailog)

• Kesimpulannya aktiviti kokurikulum merupakan satu gerak kerja yang penting di sekolah bagi membentuk peribadi dan memupuk semangat kepimpinan pelajar.(fakta)

Contoh Soalan

Hari semakin gelap.Aku mengayuh basikal dengan laju kerana tidak mahu terperangkap dalam hujan.Apabila tiba di satu simpang, tiba-tiba……Lengkapkan cerita di atas. Mulakan karangankamu dengan ‘ Apabila tiba di satu simpang, tiba-tiba……

Menyudahkan cerita dan mengakhiri cerita…

Contoh soalan: Akhir cerita dengan ayat berikut.“… Impian saya tercapai juga akhirnya. Saya

muncul sebagai johan dalam pertandingan itu”.

# ingatan : Jangan tambah atau kurangkan perkataan diberi.

Soalan

Contoh soalan.Anda berbasikal bersama rakan-rakan andasemasa pulang dari sekolah. Dalam perjalanan anda ternampak seorang budak hampir lemas di sungai. Apakah tindakan yang harus anda dan rakan-rakan anda lakukan?

BAHAGIAN CMEMAHAMI DAN MENGULAS

20 MINIT20 MARKAH

Cadangan Nilai Murni

• Baik Hati

• Berdikari

• Hemah Tinggi

• Kesederhanaan

• Semangat Bermasyarakat

• Rasional

• Kerajinan

• Kesyukuran

• Kerjasama

• Hormat menghormati

• Kasih sayang

• Keadilan

• Kebebasan

• Keberanian

• Kejujuran

• Kebersihan fizikal dan mental

• Mesti mengambil nilai atau pengajaran dan contoh daripada petikan sahaja.

• Jelmakan nilai yang tersirat terdapat dalam petikan.

• Jelmakan nilai yang tersurat dalam petikan dengan nilai yang seerti .

Fomula menjawab

I3C2ingat tiga cari dua

Ingat 3 – Penanda Wacana, Kata Bantu dan Kata Hubung

Cari 2 – Nilai dan ulas (idea teks merujuk petikan)

Fomula Berkesan Menjawab Bahagian C

• Mulakan ayat dengan, “Antara pengajaran atau amalan baik atau nilai murni yang terdapat dalam petikan ialah…

• Gunakan penanda wacana. i. Antara nilai murni / amalan baik / pengajaran… A ii. Seterusnya… S iii. Selain itu… S iv. Di samping itu… D v. Akhirnya … A

‘Anak Siput Sedut Dalam Almari’

Cara membuat ulasan

+ + + +ASSDA KATA BANTU NILAI

Seperti(watak)

ULASAN(Rujuk idea teks dalam petikan)

denganuntuk

I3C2

Latihan Menulis (ASSDA)

Antara nilai murni / pengajaran yang terdapatdalam petikan ialah kita mestilah……………………………………………. . Seterusnya, kita perlulah…………..………………….………………………………………………………Selain itu, kita hendaklah…………………………..……………………………. Di samping itu, kita sewajarnya….……………………………. . Akhirnya, kita sepatutnya……………………………………………………………………………

Tulis lima nilai yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Sang Semut sering keluar mencari makanan untuk kumpulannya. SangSemut bersungguh-sungguh dalam menjalankan tugas yang diberikan.

Pada suatu hari, ketika Sang Semut asyik mencari makanan, Sang Semut telah

terjatuh ke dalam sungai. Sang Semut dihanyutkan air dan hampir lemas.

Sang Merbuk yang melihat kejadian itu segera menjatuhkan sehelai daun agar

Sang Semut dapat berpaut. Sang Semut berjaya menyelamatkan dirinya dengan bantuan Sang Merbuk.

Pada suatu petang, Sang Semut terlihat seorang pemburu sedang mengacukan

senapang ke arah Sang Merbuk. Sang Semut segera mengiggit kaki pemburu itu. Pemburu terkejut lalu tembakannya tersasar. Sang Merbuk segera terbang untuk menyelamatkan diri. Sang Merbuk mengucapkan terima kasih kepada Sang Semut.

Sejak peristiwa itu, Sang Semut dan Sang Merbuk bersahabat baik.

UPSR 2009

Sang Semut sering keluar mencari makanan untuk kumpulannya.

Nilai – rajin

Contoh ulasan 1 : Kita mestilah rajin mencari rezeki untuk membantu kumpulankita.

Contoh ulasan 2 :Kita mestilah rajin mencari rezeki seperti Sang Semut yangsering keluar mencari makanan.

Ali seorang yang boros berbelanja. Dia akanmenghabiskan semua duit belanja yang diberikan oleh ayahnya.

Ulasan 1 :Kita hendaklah tidak boros semasa berbelanja. X

Ulasan 2 :Kita hendaklah jangan boros semasa berbelanja. X

Ulasan 3 :Kita hendaklah berjimat cermat semasa berbelanja. √

Azman sering tidak menyiapkan kerja sekolah yangdiberi oleh gurunya.

Nilai : rajin/kerajinan

Ulasan 1:Kita mestilah rajin dengan menyiapkan kerja sekolah yang diberi oleh guru.

Amir mengambil anak kucing dari dalam longkangitu.

Nilai : baik hati/belas kasihan

Ulasan 1:Kita hendaklah baik hati seperti Amin yangmenyelamatkan anak kucing dari dalam longkang.

Amran mengucapkan selamat malam kepadakedua-dua ibu bapanya.

Nilai : menghormati (ucapan selamat malam)Ulasan 1:Kita hendaklah menghormati ibu bapa denganmengucapkan selamat malam sebelum tidur.

Ulasan 2 :Kita hendaklah menghormati ibu bapa seperti Amran yang mengucapkan selamat malam kepadaibu bapanya sebelum tidur.

Tulis lima nilai yang kamu peroleh daripada petikan di bawah . Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Sahabatku Fadhil,Tujuan saya menulis warkah ini adalah untuk menceritakan pengalaman

saya semasa menyertai lawatan ke Pulau Langkawi anjuran Kelab Bahasa Melayu sekolah saya.

Kami memperoleh ilmu pengetahuan yang banyak. Setiap detik dilalui, kami manfaatkan dengan mengunjungi pelbagai tempat bersejarah seperti Beras Terbakar, Makam Mahsuri dan Pantai Pasir Hitam. Ketika menaiki Kereta Kabel Langkawi menuju ke puncak Gunung Machinchang, kami kagum akan keindahan alam semula jadi. Cuacanya sejuk manakala udaranya segar dan nyaman.

Semasa di Pantai Cenang, kami meminta kebenaran untuk mandi tetapi guru pengiring melarang kami kerana ombak besar. Kami akur akan nasihat guru tersebut. Lawatan seterusnya ke ‘Underwater World’ , iaitu tempat pelbagai jenis hidupan air dipamerkan. Kami berbaris sebelum masuk untuk mengelakkan kesesakan.

Sebelum pulang kami singgah di Pekan Kuah untuk membeli-belah. Saya hanya membeli barang-barang yang perlu sahaja kerana itulah yang dipesan oleh ibu. Saya juga membeli cenderamata untuk kawan-kawan dan keluarga.

UPSR 2010

Tulis lima nilai murni yang kamu peroleh daripada petikan di bawah . Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

UPSR 2011Hadirin yang saya hormati, Saya, mewakili kawan-kawan ingin mengucapkan selamat berpisah kepada Cikgu Farzana

yang akan melanjutkan pelajaran ke universiti.

Cikgu Farzana merupakan guru yang sanggup berkorban untuk murid-muridnya. Beliau menjalankan tugas tanpa mengharapkan balasan. Beliau sentiasa bersedia membimbing dan membantu kita untuk menyelesaikan masalah yang kita hadapi. Seluruh warga sekolah amat menghargai beliau. Walaupun lemah lembut, beliau merupakan guru yang tegas dan sentiasa memastikan murid-muridnya mematuhi peraturan.

Cikgu Farzana juga aktif dalam Kelab Tunas Kebudayaan. Hasil bimbingan beliau, sekolah kita telah muncul sebagai johan dalam pertandingan drama peringkat negeri melalui drama ‘Si Tanggang’. Sekolah kita juga telah menjadi johan dalam pertandingan bola jaring peringkat daerah kerana kegigihan beliau melatih para pemain.

Tahniah kami ucapkan kepada cikgu. Segala nasihat dan bimbingan yang cikgu berikan itu akan kami patuhi. Akhir kata, saya mewakili kawan-kawan memohon maaf atas kesilapan yang pernah kami lakukan. Sebelum berpisah, terimalah serangkap pantun daripada kami.

Pucuk pauh delima batu,

Anak sembilang di tapak tangan.Sungguh jauh beribu batu,

Hilang di mata di hati jangan.

Tulis lima nilai murni yang kamu peroleh daripada petikan di bawah . Berikan contoh yang sesuai berdasarkan petikan tersebut. Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan. UPSR 2012

Imran, Aidil dan Rajesh berkawan rapat. Pada suatu hari, ketika berjalan-jalan, mereka melalui kawasan dusun rambutan Pak Harun. Mereka ternampak buah rambutan yang masak.

Aidil mengajak Imran dan Rajesh memanjat pokok rambutan, namun tidak dipersetujui oleh kawan-kawannya. Aidil berdegil dan terus memanjat pokok rambutan itu. Sedang leka memetik buah rambutan, dahan yang dipijaknya patah. Aidil terjatuh dan meraung kesakitan. Imran dan Rajesh yang masih berada di kawasan itu cuba membantu. Kebetulan Pak Harun melalui kawasan dusunnya itu dan ternampak mereka bertiga.

Pak Harun menghantar Aidil ke hospital. Tangan Aidil yang patah telah dirawat. Imran dan Rajesh pula menghubungi keluarga mereka itu. Aidil berasa kesal atas perbuatannya dan memohon maaf daripada Pak Harun.

Nilai tersurat dari petikan Nilai tersirat yang dijelmakan

berkawan rapat

namun tidak dipersetujui oleh kawan-kawannya

berdegil dan terus memanjat

dahan yang dipijaknya patah

cuba membantu

Memohon maaf

menghubungi keluarga

menghantar Aidil ke hospital

kesal

Kasih sayang, setiakawan, erat silaturahim

berpendirian tegas, rasional, sepakat, bertindak bijak

Mendengar kata/nasihat, berfikiran positif

Berhati-hati, berwaspada, menjaga keselamatan

Bertindak pantas, prihatin, baik hati

Baik hati, bertanggungjawab, simpati , ambil berat

Bertindak pantas/bijak, peka

Mengakui kesalahan, insaf, sedar atas kesilapan

Berhemah tinggi, rendah diri

GUNAKAN BANTUAN !!!PENANDA WACANA

KATA BANTU Nilai yang dijelmakan

BUKTI

Nilainya, kita mestilah

Selain itu, Kita hendaklah

Seterusnya, Kita perlulah

Di samping itu,

kita sewajarnya

Akhir sekali, kita haruslah

menjaga keselamatan

Mengambil berat

prihatin

insaf

baik hati

Memanjat pokok rambutan.

menghantar kawan yang sakit ke hospital

menghubungi keluarga kawan yang berada di hospital .

kesal atas perbuatan salah yang telah dilakukan.

membantu kawan yang dalam kesakitan

SEKIAN TERIMA KASIH

KUMPULAN BM SK PENULISAN 012:

- JENSANI BIN ILIAS – SK TAMAN SKUDAI, JOHOR BAHRU- ABD AZIZ BIN ABD RAHMAN – SK BANDAR TANGKAK, MUAR- ROMAIZI BIN MUHAMAT – SK SINAR BAHAGIA, KULAIJAYA- ABD RAHIM BIN OTHMAN – SK LKTP BELITONG, KLUANG- SUHAIMI BIN RAMLI – SK FELCRA SG. ARA, KOTA TINGGI- NORIBAH BINTI JAAFAR – SK SERI INTAN, KLUANG- NORIAH BINTI MD JIDIN – SK TAMAN SURIA, JOHOR BAHRU- NOR AZLINA BINTI SHAARI – SK CONVENT BATU PAHAT, BATU PAHAT.