Post on 13-Sep-2015
description
Infaq Ramadhan.
11 Ramadhan. SMK Chini Timur. Satu
program yang dikenali sebagai Infaq Rama-
dan telah dianjurkan oleh Bina Insan SMK
Chini Timur. Program yang telahpun menjadi
aktiviti tahunan ini bermula sejak 1 Ramad-
han lagi sudah memasuki tahun yang ketiga.
Ianya dilaksanakan bertujuan mendidik jiwa
pelajar agar sentiasa mempunyai keinginan
untuk menginfaqkan harta sebagai fii sabiilil-
lah khususnya dalam bulan yang barakah ini.
Pelaksanaan infaq Ramadan ini lakukan
sebanyak 2 kali seminggu iatu pada hari Isnin
dan Jumaat. Beberapa pelajar yang juga oleh
pengawas bertugas dengan mengedarkan
tabung infaq kepada rakan dan guru semasa
perhimpunan rasmi di Dataran Ibnu Sina.
Menurut guru Pendidikan Islam sekolah,
Ustazah Zaleha binti Bakar. hasil kutipan
pada hari tersebut akan diserahkan kepada
Bendahari Bina Insan yang kini dianggarkan
berjumlah RM150.00.
Berdasarkan jumlah tersebut, ianya
mengambarkan sambutan yang amat meng-
galakan di kalangan warga SMK Chini Timur
ini. Difahamkan hasil sumbangan ini akan
disalurkan kepada anak-anak yatim dan juga
digunakan untuk majlis Khatam al-Quran, se-
lain daripada dimasukkan ke dalam tabung
kebajikan sekolah.
WAKTU BERBUKA DAN IMSAK BAGI
KAWASAN CHINI TIMUR
11-12 RAMADHAN (0910 JUL) 7:23 PM / 5:32 AM 13-15 RAMADHAN (07 08 JUL) 7.24PM / 5.33 AM
BIL 03 | 11 - 15 RAMADHAN 1435 H | 09 - 13 JUL 2014 M | PERCUMA
BILA KEMANISAN RAMADHAN ITU
DIRASAI Terdapat 6 langkah untuk mencapai kesem-purnaan dalam berpuasa. 1. Mata : Hendaklah dijaga daripada melihat perkara- perkara maksiat. 2. Mulut : Hendaklah dijaga daripada menge-luarkan perkataan-perkataan maksiat seperti fitnah mengumpat dan sebagainya. 3. Telinga : Hendaklah dijaga daripada mendengar perkataan-perkataan maksiat. 4. Perut : Hendaklah sentiasa diisi dengan makanan yang halal dan tidak berlebih-lebihan. 5. Tangan dan kaki : Hendaklah sentiasa di-hindarkan dari melakukan dan menuju ke tempat-tempat maksiat. 6. Hati : Hendaklah sentiasa bermohon agar dikurniakan sifat sabar, taqwa dan redha.
Indahnya andai kita sama-sama dapat mera-sai kemanisan bulan ramadhan. Berlumba-lumba untuk berbuat amal selagi Allah masih memberi nikmat umur yang panjang dan kesi-hatan kepada kita untuk beribadat. Hayati keindahan dan kemuliaan bulan Ramadhan ini dan hargai peluang yang Allah kurniakan kepada kita.
Infaq Ramadhan
Bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana
kita dipertemukan sekali lagi dengan bulan
Ramadhan yang penuh kemuliaan. Bulan yang
dinanti-nanti ketibaannya terutama sekali oleh
orang-orang yang beriman. Inilah peluang bagi
kita untuk mempertingkatkan ketakwaan kita
kepada sang pencipta, Allah Azza Wajalla.
Dalam bulan ini, kita boleh memperbaiki
diri kepada yang lebih baik, mendekatkan diri
dengan masjid mahupun surau dan memperban-
yakkan amalan sedekah termasuklah membelan-
jakan harta sementara kita ini kepada golongan mustadafin yang amat memerlukan.
Tangan yang di atas lebih baik daripada tangan yang di bawah. Tangan di atas adalah orang
yang memberi dan tangan yang di bawah adalah
orang yang meminta. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Hadis ini menunjukkan betapa kita perlu mem-
bantu golongan yang memerlukan seperti fakir-
fakir miskin, anak-anak yatim, ibu-ibu tunggal
dan gelandangan terutama dalam bulan Ramad-
han.
Banyak cara kita boleh mempraktikkan
amalan sedekah dalam bulan yang mulia ini
antaranya menyediakan juadah untuk moreh di
masjid, menganjurkan majlis berbuka dan bersa-
hur di rumah orang tua dan rumah anak yatim,
menderma wang untuk program-program di
masjid, menghulurkan juadah berbuka untuk ge-
landangan dan banyak lagi.
Perumpamaan (derma atau nafkah) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah
adalah seperti sebiji benih yang menumbuhkan
tujuh batang tangkai; setiap tangkai itu pula
mengandungi seratus biji. Allah melipatganda-
kan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya
dan Allah Maha Luas (kurnia-Nya), lagi Maha
Mengetahui. (Surah Al-Baqarah, ayat 261)
Ini janji Allah bagi mereka yang
menderma atau bersedekah di jalan Allah iaitu
ganjaran sehingga 700 kali ganda untuk setiap
sedekah yang dihulurkan.
Selain itu, terdapat banyak lagi kelebihan
bersedekah terutama dalam bulan Ramadhan ini
seperti dibebaskan dari seksa kubur, dikurniakan
dada yang lapang dan hati yang gembira, Allah
melipatgandakan pahala orang yang bersedekah,
sedekah membawa keberkatan pada harta dan
banyak lagi.
Akhirnya, setiap ibadah yang kita jalani
tidak kira dalam Ramadhan mahupun luar
Ramadhan, ianya perlu disulami dengan niat
yang ikhlas kerana setiap amalan itu bergantung
kepada niat individu itu sendiri.