Post on 12-Dec-2015
description
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SARAWAK
KURSUS PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN AMBILAN JAN 2013
SEMESTER 2 TAHUN 2
WAJ3073 SENI DALAM PENDIDIKAN
Nama Pelajar : Ngu Tien Tien
Angka Giliran : 2013021340013
No. Kad Pengenalan : 930818-13-6088
Kumpulan : PRBCK4
Kod Kursus : WAJ3073
Nama Kursus : Seni Dalam Pendidikan
Nama Pensyarah : En. Sain Anak Datok
Tarikh Mula : 19 Ogos 2014
Tarikh Serahan : 19 September 2014
Pengakuan
“Saya mengakui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”
Tandatangan :
Nama Penulis : Ngu Tien Tien
Tarikh : 19 September 2014
Seni Dalam Pendidikan
Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Sarawak, Miri
Penghargaan
Dengan kesempatan ini, saya ingin merakamkan ribuan terima kasih dan
setinggi-tinggi penghargaan kepada pensyarah yang mengajar kursus ini, iaitu Encik
Sain Anak Datok, Encik Ngalai ak Belawing dan Encik Bell Suut. Mereka telah banyak
memberi bantuan kepada saya dalam menjayakan kerja kursus ini. Mereka juga banyak
memberi penerangan yang teliti kepada saya sehingga saya dapat menyempurnakan
kerja kursus ini dalam tempoh yang telah ditetapkan.
Selain itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa saya
kerana mereka sering memberikan sokongan moral dan dorongan kepada saya. Apabila
kami menghadapi masalah dalam menjalankan kerja kursus ini, ibu bapa akan sering
memberi nasihat dan ambil berat terhadap saya supaya saya tidak berasa terlalu stres
terhadap kerja kursus saya.
Tambahan pula, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan
ribuan terima kasih kepada rakan-rakan yang sentiasa membantu dan memberi
bimbingan kepada saya. Saya berasa sangat bersyukur atas kesudian rakan meminjam
buku teks Bahasa Malaysia kepada saya dan mengosingkan pendapat mereka kepada
saya. Walaupun mereka sibuk, mereka juga sudi meluangkan masa mereka untuk
memberikan idea kepada saya ketika saya menghadapi masalah dalam pelaksanaan
kerja kursus ini. Mereka juga sudi mendengar pendapat saya lalu memberikan
pandangan mereka selepas saya mengeluarkan pandangan saya terhadap cara
pelaksanaan kerja kursus ini.
Saya berasa amat bersyukur atas bantuan-bantuan yang diberi oleh pelbagai
pihak. Disebabkan adanya bantuan dan sokongan yang diterima daripada kalian, saya
dapat menyiapkan kerja kursus ini dalam tempoh masa yang telah ditetapkan.
Senarai Kandungan
Muka Surat
Halaman Pengakuan… … … … … … … … I
Penghargaan… … … … … … … … … II
Senarai Kandungan… … … … … … … … III
Pengenalan… … … … … … … … … 1
Tugasan 1
1.1 Rancangan Pengajaran Harian… … … … … … 3
1.2 Penghuraian Berkaitan Pengintegrasian Aktiviti Seni yang Dipilih … 8
Tugasan 2
2.1 Refleksi… … … … … … … … … 12
Bibliografi… … … … … … … … … … 14
Borang Kolaborasi… … … … … … … … … 15
Pengenalan
Seni Dalam Pendidikan (SDP) menjurus kepada seni visual, seni muzik dan seni
pergerakan. Seni Dalam Pendidikan penting kerana dapat membantu meningkatkan
kreativiti dan ekspresi kendiri seseorang, meningkatkan perkembangan insan dan minda
secara holistik. Demi menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran saya lebih
seronok, saya telah mengintegrasikan seni visual, seni muzik dan seni pergerakan ke
dalam tajuk mata pelajaran yang akan saya ajarkan.
Seni dalam pendidikan meletakkan Teori Kecerdasan Manusia (1983) oleh
Howard Gardner sebagai asas pemupukan minda murid untuk mencapai
kecemerlangan. Teori ini jelas menyokong seni yang mengambil peranan penting dalam
kurikulum yang ada. Oleh itu, guru perlu menggalakkan murid untuk mengenal dan
menggunakan kelebihan yang ada pada diri mereka. Selain itu, guru juga perlu
merancang aktiviti pembelajaran yang pelbagai dan bersepadu untuk memenuhi
keperluan murid yang mempunyai gaya belajar yang berbeza, keinginan mencuba idea
serta pendekatan dan teknik yang baru seiring dengan persekitaran yang memberikan
inspirasi.
Konstruktivisme ialah perspektif psikologi dan falsafah yang menyatakan individu
membentuk atau mengkonstruk tentang apa yang dipelajari dan difahami oleh mereka.
Ia menekankan tentang kepentingan interaksi sosial individu dalam pemerolehan
kemahiran dan pengetahuan. Konstruktivisme merupakan teori pembelajaran deskriptif
iaitu cara seseorang belajar dan bukan teori pembelajaran preskriptif iaitu cara yang
sepatutnya seseorang individu belajar. Ia juga menegakkan fahaman bahawa
pembelajaran merupakan proses membina makna daripada pengalaman yang dilalui.
Pengintegrasian seni visual dalam Bahasa Malaysia merupakan salah satu pengajaran
konstruktivis yang mempunyai ciri-ciri seperti pengajaran pemusatan pelajar,
pengalaman pembelajaran aktif, lebih kepada interaksi pelajar-pelajar dan guru-pelajar,
lebih bekerja dengan bahan konkrit dan penyelesaian masalah realistik (Shuell 1996).
Dalam sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran saya, strategi yang saya
laksanakan ialah strategi pemusatan murid dan strategi pemusatan bahan pelajaran.
Peranan murid dan peranan bahan bantu mengajar diutamakan dalam proses
pengajaran saya. Saya telah menggunakan teknik penyoalanan, tunjuk cara dan
memberi bimbingan kepada murid supaya komunikasi dua hala dapat diwujudkan dan
objektif pembelajaran murid dapat diutamakan. Dari segi bahan bantu mengajar pula,
saya telah bergantung kepada Powerpoint, bahan konkrit dan muzik untuk mencapai
objektif pembelajaran. Hal ini disebabkan ia dapat mewujudkan pengajaran yang
menarik dan berkesan. Selain itu, murid juga dapat dilatih dalam kemahiran, kefahaman
dan berdikari.
Seni Dalam Pendidikan akan menjadikan mata pelajaran yang dipelajari oleh
murid di sekolah menjadi lebih seronok. Selain itu ia membantu guru untuk memahami
diri sendiri. Ia juga membantu perkembangan intelek terutamanya dari aspek
menyelesaikan masalah, memotivasikan guru untuk menjadi lebih kreatif, inovatif, peka,
berpersonaliti yang seimbang, berketrampilan dan professional. Seni Dalam Pendidikan
juga membantu perkembangan insan secara seimbang dan menyeluruh
Tugasan 1
1.1 Rancangan Pengajaran Harian
Nama : Ngu Tien Tien Kelas : 1C
Mata Pelajaran : Bahasa Malaysia Tahun Satu Bilangan Murid : 16
Tarikh : 23 Ogos 2014 (Selasa) Kehadiran : 16
Masa : 0740-0840 (60 minit)
Tema : Keluarga
Tajuk : Sayang Ayah
Standard Kandungan 2.1: Asas membaca dengan sebutan yang betul.
Standard Pembelajaran 2.1.3: Mengeja dan membatang suku kata tertutup dengan
sebutan yang betul.
Pengetahuan Sedia Ada i. Murid pernah belajar menyebut, mengeja dan
membatangkan suku kata terbuka.
ii. Murid boleh menyatakan ahli keluarga yang utama
dalam keluarga seperti ibu dan bapa.
Objektif Pembelajaran Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:
i. Mengeja sekurang-kurangnya 5 daripada 7 suku kata
tertutup dengan sebutan yang betul.
ii. Membatang sekurang-kurangnya 5 daripada 7 suku
kata tertutup dengan sebutan yang betul
Nilai Murni Kasih sayang, Kerjasama
Kemahiran Bernilai Tambah Kemahiran Berfikir: Menghubungkait
Kecerdasan Pelbagai: Verbal-linguistik, interpersonal,
Muzik, visual-ruang, kinestetik
Elemen Merentas Kurikulum Kreatif
Sistem Bahasa Tatabahasa : Kosa kata –datuk, adik
Bahan Bantu Mengajar Komputer, Powerpoint, kotak, keratan gambar ayah, muzik
“Secret Garden”, kad manila berwarna oren, kad manila
berwarna hijau, muzik “Sayang Semuanya”.
Fasa/Masa Isi Pelajaran Cadangan Aktiviti Catatan
Set induksi
(5 minit)
Aktiviti:
“Cantumkan Keratan
Gambar”
Kotak:
Keratan Gambar:
Soalan:
1. Gambar itu
menunjukkan siapa?
- Bapa/ Ayah.
Aktiviti:
“Cantumkan Keratan Gambar”
1. Guru menyediakan satu kotak
yang mengandungi keratan
gambar ayah.
2. Murid diminta untuk
mengedarkan kotak tersebut
mengikut muzik “Secret Garden”
yang dimainkan oleh guru.
3. Apabila muzik dihentikan, murid
perlu berhenti untuk
mengedarkan kotak tersebut.
Murid tersebut harus mengambil
satu keratan gambar sekiranya
kotak diedarkan sampai di
depannya.
4. Pengedaran kotak akan
diteruskan sehingga keratan
gambar ayah di dalam kotak
tersebut diambil habis.
5. Sesiapa murid yang mengambil
keratan dikehendaki
mencantumkannya menjadi
gambar yang lengkap iaitu
gambar ayah.
6. Guru bertanya soalan 1 kepada
murid.
7. Murid dibawa kepada tajuk pada
hari ini iaitu “Sayang Ayah”.
Bahan Bantu
Mengajar:
Kotak, keratan
gambar ayah,
muzik “Secret
Garden”,
komputer
Nilai Murni:
Kerjasama
Kemahiran
Berfikir:
Menghubungkait
Kecerdasan
Pelbagai:
interpersonal,
muzik, visual-
ruang
Langkah 1
(10 minit)
Kad suku kata tertutup 1. Murid dibimbing menyebut suku
kata tertutup.
2. Murid mengeja suku kata tertutup
berpandukan kad suku kata yang
ditunjukkan dalam slaid
Powerpoint.
3. Murid mengeja dan membatang
suku kata tertutup mengikut
barisan tempat duduk di dalam
kelas.
Bahan Bantu
Mengajar:
Komputer,
Powerpoint
Langkah 2
(10 minit)
Gambar: Keluarga
Bahagia
Soalan:
1. Siapakah yang
sedang membaca
surat khabar?
- Datuk
2. Siapakah yang
sedang menjahit?
- Nenek
3. Emak sedang
bermain dengan
siapa?
- Adik
Gambar: Keluarga Bahagia
1. Guru menunjukkan gambar
tunggal kepada murid dengan
menggunakan Powerpoint.
2. Murid diminta melihat gambar
tunggal dengan teliti.
3. Guru membimbing murid untuk
membaca, mengeja dan
membatang setiap perkataan di
dalam gambar tersebut.
4. Guru bertanya soalan 1 hingga 4
kepada murid.
5. Murid menjawab soalan
berdasarkan gambar tunggal.
6. Murid diminta untuk mengeja dan
membatangkan suku kata bagi
setiap perkataan yang terdapat
dalam gambar tersebut.
Bahan Bantu
Mengajar:
Komputer,
Powerpoint
Kecerdasan
Pelbagai:
Verbal-linguistik,
visual-ruang
nek
tuk
mak
yahpan
dik
pal
4. Siapakah yang
membeli epal?
- Ayah
Langkah 3
(27 minit)
Aktiviti:
“Marilah Buat Pohon
Keluarga”
Kad manila berwarna
oren:
Kad manila berwarna
hijau:
Contoh pohon keluarga:
Aktiviti:
“Marilah Buat Pohon Keluarga”
1. Guru mengedarkan sekeping kad
manila berwarna oren dan
sekeping kad manila berwarna
hijau kepada setiap murid.
2. Setiap kad manila tersebut telah
dilukis dengan titik-titik hitam,
murid diminta untuk
menyambungkan titik-titik hitam
tersebut dengan menggunakan
pensel.
3. Seterusnya, murid harus
menguntingkan keluar gambar
yang dilukis pada kedua-dua
keping kad manila tersebut.
4. Guru menunjuk cara dan
membimbing murid untuk
membentuk pohon dengan
menggunakan gambar yang
telah digunting.
5. Selepas itu, murid mengeluarkan
foto pasport ahli keluarga mereka
yang dipesan bawa semalam.
6. Guru membimbing murid cara
untuk melekat foto-foto tersebut.
7. Murid menuliskan panggilan
hormat seperti datuk, nenek,
ayah, emak dan sebagainya di
Bahan Bantu
Mengajar:
Kad manila
berwarna oren
dan hijau.
Nilai Murni:
Kasih sayang
bawah foto-foto tersebut.
8. Semasa menulis, murid harus
menggunakan pen merah untuk
menuliskan suka kata tertutup
bagi setiap perkataan tersebut.
9. Murid boleh mencantikkan pohon
keluarga mereka mengikut
kreativiti masing-masing.
Penutup
(8 minit)
Aktiviti:
“Marilah Kita Menyanyi
dan Menari”
Lirik Lagu:
Satu satu saya sayang
datuk.
Dua dua juga sayang
nenek.
Tiga tiga sayang emak
ayah.
Satu, dua, tiga sayang
semuanya.
Empat empat saya
sayang abang.
Lima lima juga sayang
kakak.
Enam enam sayang
adik saya.
Satu hingga enam
sayang semuanya.
(Mengikut irama lagu
“Sayang Semuanya”)
Aktiviti:
“Marilah Kita Menyanyi dan Menari”
1. Guru menunjukkan lirik lagu dan
meminta murid untuk
membacanya.
2. Guru memainkan muzik lagu
“Sayang Semuanya”.
3. Guru membimbing murid cara
menyanyi lagu tersebut dan
melakukan pergerakannya.
4. Guru sambil membimbing murid
menyanyi lagu tersebut, sambil
membimbing murid untuk
melakukan pergerakannya.
5. Murid diminta untuk membuat
persembahan di depan kelas.
Bahan Bantu
Mengajar:
Komputer,
Powerpoint,
muzik “Sayang
Semuanya”
Nilai Murni:
Kasih sayang
Kecerdasan
Pelbagai:
Muzik, kinestetik
1.2 Penghuraian Berkaitan Pengintegrasian Aktiviti Seni yang Dipilih
Mata Pelajaran yang saya pilihkan ialah Bahasa Malaysia Tahun Satu. Temanya
ialah Keluarga dan bertajuk Sayang Ayah. Objektif pembelajaran ini ialah murid dapat
mengeja dan membatang sekurang-kurangnya lima daripada tujuh suku kata tertutup
dengan sebutan yang betul pada akhir pengajaran dan pembelajaran.
Teori Kecerdasan Manusia (1983) oleh Howard Gardner mengesyorkan bahawa
terdapat sekurang-kurangnya tujuh jenis kecerdasan yang seharusnya disuburkan di
kalangan murid melalui pengenalan pelbagai mata pelajaran di sekolah. Howard
Gardne, (1983) menyatakan bahawa jika hanya satu sahaja pendekatan digunakan di
dalam pengajaran, murid tertentu sahaja akan mendapat bahan yang disampaikan. Ini
disebabkan murid mempunyai kebolehan menaakul dan menanggap dalam keadaan
yang berbeza. Pendekatan yang berintegrasi terhadap pelbagai jenis kecerdasan
memudahkan penerimaan pemikiran murid kepada yang lebih kreatif. Demi menjana
kecerdasan minda murid dengan lebih menyeluruh, saya telah mengintegrasikan aktiviti
seni visual, aktiviti seni muzik dan aktiviti seni pergerakan ke dalam proses pengajaran
dan pembelajaran saya.
Pada set induksi, saya telah mengadakan aktiviti “Cantumkan Keratan Gambar”.
Tujuan mengadakan aktiviti ini adalah untuk merangsangkan rasa ingin tahu para
murid. Selain itu, murid dapat meneka tajuk selepas mereka berjaya mencantumkan
semua keratan gambar tersebut. Menurut ahli piskologi kognitif dan ahli teori
konsturktivisme, kanak-kanak tidak memperoleh sesuatu ilmu pengetahuan melalui
cara yang pasif. Mereka membina pengetahuan secara aktif. Pembelajaran melalui
muzik ini adalah merupakan satu pembelajaran yang aktif. Oleh itu, saya akan
mengintegrasikan seni muzik iaitu memainkan muzik “Secret Garden” dalam aktiviti ini.
Peranan muzik ini dalam aktiviti ini adalah untuk mengawal pengedaran kotak tersebut
dari semasa ke semasa. Sekiranya muzik dihentikan, murid harus berhenti untuk
mengedar kotak tersebut kepada rakan. Murid tersebut harus mengambil satu keratan
gambar sekiranya kotak diedarkan sampai di depannya. Pengedaran kotak akan
diteruskan sehingga keratan gambar ayah di dalam kotak tersebut diambil habis.
Kepentingan muzik dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah untuk menarik
minat murid. Dalam aktiviti ini, murid akan berasa seronok dengan mengedarkan kotak
mengikut muzik. Hal ini kerana aktiviti ini akan meningkatkan kadar denyutan
jantung,secara tidak langsung ia membangkitkan semangat murid untuk belajar tajuk
“Sayang Ayah”.
Pada langkah 3 pula, saya akan membimbing murid untuk membuat pohon
keluarga. Aktiviti ini merupakan pembelajaran bermakna. Mengikut John Dewey (1966),
“belajar dengan membuat” dapat membantu pelajar berfikir dan membentuk kefahaman
tentang masalah yang cuba dihuraikan. Tambahan pula, aktiviti ini juga
mengintegrasikan tajuk dengan seni visual. Aktiviti ini menggalakkan murid membuat
penerokaan dan percubaan dalam mempelbagaikan kegiatan kreatif dengan
menggunakan alat dan bahan. Proses ini akan memperkembang aspek psikomotor dan
kemahiran asas seni visual berhubung dengan manipulasi alat dan bahan serta teknik-
teknik mudah seperti menyambungkan titik-titik hitam, mengunting dan membentuk.
Tujuan mengadakan aktiviti ini adalah untuk memupuk nilai kasih sayang terhadap ahli
keluarga. Selain itu, ia dijalankan untuk meningkatkan pengekalan tajuk ini dalam
minda murid. Murid akan dipesan untuk membawa foto pasport ahli keluarga, gunting,
gam dan pen merah untuk digunakan dalam sesi ini. Dalam aktiviti ini, saya akan
menyediakan satu kad manila berwarna oren dan satu kad manila berwarna hijau
kepada setiap murid. Saya perlu memastikan setiap keping kad manila telah ditulis
dengan titik-titik hitam sebelum diedarkan kepada murid. Contohnya, murid akan
diminta untuk menyambungkan titik-titik hitam pada permukaan kad manila dengan
menggunakan pensel. Murid harus menguntingkan keluar gambar yang dihasilkan
daripada penyambungan titik-titik hitam tersebut. Saya akan membimbing murid untuk
membentuk pohon dengan menggunakan gambar yang telah digunting. Kemudian,
saya akan membimbing murid cara untuk melekat foto-foto ahli keluarga pada pohon
yang telah dibentuk. Murid juga akan diminta menggunakan pen merah untuk
menuliskan suku kata tertutup dalam perkataan “datuk, nenek, ayah, emak, abang,
kakak dan adik” di bawah setiap foto masing-masing. Murid juga boleh mencantikkan
lagi pohon keluarga mereka mengikut kreativiti masing-masing. Kreativti murid dalam
menghasilkan pohon keluarga mereka dapat menunjukkan hubungan interaksi sosial
mereka bersama ahli keluarga. Pokok keluarga ini bukan sahaja boleh dijadikan
sebagai perhiasan di atas meja, ia juga dapat mengingatkan kita agar kita sentiasa
mengambil berat terhadap ahli keluarga kita.
Pada penutup, saya mengintegrasikan tajuk dengan seni muzik dan seni
pergerakan. Tujuan melaksanakan aktiviti ini adalah untuk memupuk nilai kasih sayang
terhadap ahli keluarga dalam kalangan murid. Irama lagu yang akan saya gunakan
ialah lagu “Sayang Semuanya”. Demi mengaitkan ilmu yang diajar pada hari ini, saya
telah mengubah lirik lagunya. Saya telah menerapkan perkataan-perkataan yang diajar
ke dalam lirik lagu tersebut. Sebelum murid belajar cara menyanyikan lagu ini, murid
diminta untuk membaca lirik lagu tersebut. Kemudian, saya membimbing murid untuk
menyanyi dan melakukan pergerakannya dengan mengikut muziknya. Aktiviti “Marilah
Kita Menyanyi dan Menari” bukan sahaja dapat memberi kecekapan psikomotor di
kalangan murid, ia juga dapat mengelakkan kebosanan pengajaran dan pembelajaran
ini.
Strategi yang saya aplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran ini
ialah strategi pengajaran berpusatkan pelajar. Dalam pelaksanaannya, murid
berpeluang untuk melibatkan diri dalam proses pengajaran dan pembelajaran ini seperti
aktiviti mencantumkan keratan gambar, sesi soaljawab, aktiviti membuat pokok
keluarga, aktiviti menyanyi dan menari. Teknik pengajaran yang saya gunakan ialah
teknik soal jawab, tunjuk cara dan membimbing. Contohnya pada langkah 2, saya telah
bertanya beberapa soalan untuk menilai tahap kefahaman murid terhadap perkataan
yang dipelajari dan gambar tunggal yang ditunjukkan. Saya telah membimbing dan
menunjuk cara kepada murid semasa membuat pohon keluarga agar murid dapat
faham lalu menjalankan aktiviti ini dengan sabar dan yakin.
Dalam sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran saya, saya telah
menyediakan bahan bantu mengajar untuk melancarkan pengajaran dan pembelajaran
saya. Menurut Moldstat (1974), beliau berpendapat bahawa alat dan bahan jika
digunakan bersama pengajaran ala tradisional akan meningkatkan proses
pembelajaran. Dalam tajuk “Sayang Ayah”, saya menyediakan kotak, keratan gambar
untuk digunakan pada set induksi. Semasa menjalankan aktiviti pada set induksi, saya
juga telah mencari muzik yang sesuai untuk digunakan. Muzik ini bernama “Secret
Garden” bertujuan untuk mengawal pengedaran kotak tersebut dari semasa ke
semasa. Pada langkah 2 dan 3, saya telah menyediakan slaid Powerpoint untuk
membimbing murid menyebut suku kata tertutup, membaca, mengeja dan membatang
perkataan-perkataan yang harus dipelajari. Bagi melaksanakan aktiviti seni visual, saya
telah meminta murid untuk membawa alat-alat yang diperlukan seperti gam, gunting,
pen merah; manakala saya akan menyediakan kad manila berwarna oren dan hijau
kepada murid. Saya telah melaksanakan aktiviti seni muzik dan seni pergerakan pada
bahagian penutup pengajaran saya. Demi memupuk nilai kasih sayang terhadap ahli
keluarga dalam kalangan murid, saya telah membimbing murid untuk menyanyi lagu
“Sayang Semuanya” dengan lirik lagunya yang diubah. Selain itu, saya juga
mengintegrasikan seni pergerakan dengan membimbing murid untuk melakukan
pergerakan semasa menyanyikan lagu tersebut. Melalui aktivti ini, murid berpeluang
untuk mewujudkan suasana yang harmonis.
Tugasan 2
2.1 Refleksi
Dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia, saya telah mengintegrasikan Seni
Dalam Pendidikan bagi tajuk “Sayang Ayah”. Objektif pembelajarannya ialah murid
dapat mengeja dan membatang sekurang-kurangnya lima daripada tujuh suku kata
tertutup dengan sebutan yang betul pada akhir pengajaran dan pembelajaran.
Pada set induksi, murid diminta menjalankan aktiviti “Cantumkan Keratan
Gambar”. Murid yang mendapatkan keratan gambar tersebut haruslah bekerjasama
agar gambar yang lengkap dapat dicantumkan dengan berjaya. Kebaikan aktiviti ini ialah
ia dapat merangsangkan perasaan ingin tahu para murid. Murid akan berasa hairan
terhadap hasilan mereka selepas sesi ini. Kebaikan kedua ialah ia dapat memupuk nilai
kerjasama dalam kalangan murid. Namun begitu, aktiviti ini juga mempunyai
kelemahannya. Kelemahan pertama, aktiviti ini tidak dapat melibatkan semua murid. Hal
ini disebabkan bilangan keratan gambar tidak sebanyak dengan bilangan murid.
Kumpulan murid yang tidak mendapat keratan gambar tersebut akan berasa bahawa
mereka diketepikan dalam aktiviti ini. Selain itu, kemungkinan seorang murid mendapat
keratan gambar yang lebih daripada satu adalah tinggi. Untuk menambahbaikkan aktiviti
ini, saya perlu memastikan bilangan keratan gambar adalah cukup untuk semua murid.
Saya juga harus memastikan semua murid mendapat bilangan keratan gambar yang
sama agar keadilan terhadap semua murid dipeliharakan.
Pada langkah 1 dan 2, saya telah menggunakan kaedah oral aural untuk
membimbing murid menyebut suku kata tertutup, membaca, mengeja dan membatang
setiap perkataan dalam gambar tersebut. Berdasarkan Kamarudin Hj. Husin (1997),
beliau menyatakan kaedah oral-aural ini menggunakan dialog untuk dihafaz dan diikuti
secara ajukan. Kedah ini bermula dengan sebutan lisan. Dialog dianggap realistik dan
dilatih tubi secara berulang kali. Latih tubi dan dialog dijalankan secara realistik dengan
memberi perhatian kepada intonasinya yang betul. Kaedah ini membolehkan murid
untuk mudah mengingat dan menyebut dengan tepat. Tambahan pula, kaedah ini juga
dapat dijadikan sebagai asas pembelajaran bacaan dan tulisan.
Dalam tajuk ini, pengintegrasikan aktiviti seni visual ialah saya membimbing
murid untuk membuat pohon keluarga, iaitu pada langkah 3. Murid boleh mencantikkan
pohon keluarga mereka mengikut kreativiti masing-masing. Aktiviti ini bukan sahaja
dapat meningkatkan pemahaman dan pengekalan ingatan tajuk ini dalam minda pelajar,
bahkan ia juga dapat mengingatkan murid supaya murid sentiasa mengambil berat
terhadap ahli keluarga mereka. Namun, kemungkinan sesetengah murid tidak suka
aktivti ini disebabkan kadar kekuatan dan kemahiran mereka dalam seni visual tidak
tinggi. Cara untuk mengatasi masalah ini ialah pengagihan murid ke dalam beberapa
kumpulan, seterusnya melatih seorang ketua dalam setiap kumpulan untuk membantu
murid yang menghadapi masalah dalam aktiviti ini. Saya juga boleh memberi motivasi
kepada murid agar mereka tidak mudah berputus asa.
Pada penutup pula, saya telah mengintegrasikan aktiviti seni muzik dan seni
pergerakan dengan membimbing murid untuk menyanyikan lagu “Sayang Semuanya”
sambil membuat gaya pergerakannya. Demi mengaitkan lagu dengan isi tajuk ini, saya
telah mengubah lirik lagunya. Oleh itu, saya akan meminta murid membaca lirik lagu
tersebut sebelum menyanyikannya. Kebaikan aktiviti ini ialah ia memberi kecekapan
psikomotor dalam kalangan murid. Aktiviti ini juga boleh menimbulkan minat pelajar
terhadap pengajaran yang disampaikan oleh guru kerana murid berasa seronok. Fitrah
kanak-kanak yang cenderung kepada pembelajaran lebih menarik. Aktiviti ini boleh
menimbulkan minat bagi pelajar yang mempunyai jenis kecerdasan muzik. Ia juga dapat
mencetuskan hubungan mesra antara guru dengan murid dan murid dengan murid.
Bibliografi
Buku:
Siti Sarah binti Abdul Malek, Amir Hazlin bin Lin, Khadijah binti Yusuf. (2010). Bahasa
Malaysia Tahun 1 Sekolah Kebangsaan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Laman Web:
_______. (2010). Kurikulum Standard Sekolah Rendah Bahasa Malaysia Sekolah
Kebangsaan Tahun Satu.
https://vmc7bq.dm2301.livefilestore.com/y2mPSaj70mHv9iEfyOK41oI_oIWtX55L
E6LGvsi5-eXzb5awSHJZlvQsZpyevqlnAPSIduez2olD_7d-vBk61-pg2-
exMWqDMf_jTjJjQk_jVs/dokumen%20standard%20bahasa%20malaysia%20tah
un%201%20sk.pdf?download&psid=1. Diambil pada 25 Ogos 2014.
_______. (-). Hbef1403-Seni Dalam Pendidikan.
http://www.oocities.org/zulmz65/hbef1403seni.pdf. Diambil pada 24 Ogos 2014.
BORANG KOLABORASI
NAMA KUMPULAN : NGU TIEN TIEN
NO. KAD PENGENALAN : 930818-13-6088
KUMPULAN / UNIT : PISMP – PRBCK4
TAHUN : 2
SEMESTER : 2
KOD DAN KURSUS : WAJ 3073 – SENI DALAM PENDIDIKAN
NAMA PENSYARAH KURSUS : ENCIK SAIN AK DATOK
JABATAN : PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN
TARIKH PERKARA YANG DIBINCANGKAN
CATATAN T/TANGAN
19 Ogos 2014Menerima soalan tugasan daripada pensyarah.
Kerja kursus perlu dihantar pada 19 September 2014.
Membincangkan soalan kerja kursus ini.
Encik Sain Ak Datok
20 Ogos 2014 - 22 Ogos 2014
Mencari maklumat tentang seni dalam pendidikan.
Memilih mata pelajaran.
Memilih teks yang sesuai bagi penulisan
Mencari dan membaca maklumat-maklumat yang sesuai dari laman web.
Memilih teks dari buku teks KSSR Bahasa Malaysia Tahun 2.
NGU TIEN TIEN
RPH.
23 Ogos 2014 - 03 September 2014
Penulisan Rancangan Pengajaran Harian.
Merancang aktivti-aktiviti pengintegrasi seni visual, muzik dan pergerakan yang sesuai bagi tajuk “Sayang Ayah”.
Menulis Rancangan Pengajaran Harian mengikut format yang betul.
NGU TIEN TIEN
04 September 2014 - 07 September 2014
Penyediaan bahan bantu mengajar.
Menyediakan Powerpoint.
Menggunakan bahan kitar semula untuk menghasilkan bahan bantu mengajar.
NGU TIEN TIEN
08 September 2014 - 15 September 2014
Melengkapkan Tugasan 1.
Menulis penghuraian berkaitan pengintegrasian aktiviti seni tentang rancangan pengajaran harian yang telah ditulis.
NGU TIEN TIEN
17 September 2014 Penulisan laporan refleksi tugasan.
Menulis refleksi terhadap kerja kursus ini.
NGU TIEN TIEN
18 September 2014
Mengemaskini kerja kursus pada peringkat akhir.
Segala maklumat telah lengkap dan dibetulkan.
Menyusun semua maklumat mengikut susunan.
NGU TIEN TIEN
19 September 2014 Menghantar kerja kursus.
Menghantar kerja kursus yang lengkap kepada pensyarah.
Encik Sain Ak Datok