Post on 29-May-2019
MRJ NO:J-05(M)-314-08/2016 & No:J-05(M)-316-08/2016
1
DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA
[BIDANGKUASA RAYUAN]
RAYUAN JENAYAH NO: J-05(M)-314-08/2016 & NO: J-05(M)-316-08/2016
ANTARA
1. S.P. RAJNATH A/L K. SAUDRAPANDIAN 2. MARVIN KUMAR A/L BASKERAN …PERAYU/
PERAYU
DAN
PENDAKWA RAYA …RESPONDEN
[Dalam Perkara Mahkamah Tinggi Di Johor Bahru Perbicaraan Jenayah No: 45B-8-12/2013
Antara
Pendakwa Raya
Lawan
1. S.P. Rajnath a/l K. Saudrapandian
2. Marvin Kumar a/l Baskeran
KORAM:
AHMADI HJ. ASNAWI, HMR IDRUS HARUN, HMR
KAMARDIN HASHIM, HMR
MRJ NO:J-05(M)-314-08/2016 & No:J-05(M)-316-08/2016
2
PENGHAKIMAN MAHKAMAH
[1] Ini adalah rayuan perayu-perayu terhadap sabitan dan hukuman
gantung sehingga mati yang dijatuhkan ke atas mereka oleh
Pesuruhjaya Kehakiman, Mahkamah Tinggi di Johor Bahru (hakim
bicara) atas satu kesalahan membunuh.
[2] Butir-butir pertuduhan terhadap perayu-perayu dibaca seperti
berikut:
“Bahawa kamu dengan niat bersama pada 4.1.2013, jam diantara 2.00
pagi hingga 5.00 pagi bertempat di tepi jalan Taman Rekreasi
Jamaluang KM 22, Jalan Mersing/Jamaluang/Kluang, di dalam daerah
Mersing, dalam Negeri Johor Darul Ta’zim telah melakukan kesalahan
membunuh orang dengan salah hingga menyebabkan kematian keatas
Mathan a/l Mahadevan, KP No. 940825-01-6083. Oleh yang demikian
kamu telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah
seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama seksyen 34
Kanun Keseksaan.”
[3] Kami telah mendengar dan mempertimbangkan rayuan perayu-
perayu pada 12.7.2017. Kami dengan sebulat suara telah menolak
rayuan perayu-perayu dan kami mengekalkan sabitan dan hukuman
MRJ NO:J-05(M)-314-08/2016 & No:J-05(M)-316-08/2016
3
mati yang dijatuhkan oleh hakim bicara. Sekarang kami memperincikan
alasan-alasan kami dalam menolak rayuan perayu-perayu.
Kes Pendakwaan [4] Secara ringkas kes pendakwaan ialah seperti berikut.
Penyiasatan dalam kes ini bermula apabila pada pagi 4.1.2013 ketika
L/Kpl. Mohd Yazid Bin Baharom (SP3) sedang bersarapan pagi
disebuah warong di Simpang Tiga Jamaluang telah dimaklumkan oleh
seorang lelaki Melayu bahawa dia telah menjumpai satu mayat di tepi
longkang Taman Rekreasi Jamaluang (tempat kejadian). SP3 terus
bergegas ke tempat yang dimaklumkan dan tiba di sana jam lebih
kurang 8.15 pagi.
[5] Apabila sampai di tempat kejadian, SP3 telah melihat satu mayat
lelaki keturunan India yang kemudiannya dicamkan sebagai Mathan a/l
Mahadevan (Simati). SP3 terus memaklumkan tentang penemuan
mayat tersebut ke Bilik Gerakan IPD Mersing, kepada L/Kpl. Samsuriah
Binti Hj. Ostin (SP8). SP8 telah menjadikan maklumat yang diterima
sebagai laporan maklumat pertama (FIR) melalui Jemaluang Report
No. 7/2013 (P14). SP8 telah memaklumkan tentang laporan P14
kepada Pegawai Penyiasat yang bertugas ASP Abd Aziz Bin Che
MRJ NO:J-05(M)-314-08/2016 & No:J-05(M)-316-08/2016
4
Embong (SP18). SP8 turut memaklumkan laporan tersebut kepada
Inspektor Nur Aniyah Bt Ismail (SP7). Seterusnya SP8 telah
menghubungi Hospital Mersing untuk mendapatkan ambulan.
[6] Setelah dimaklumkan mengenai laporan P14, SP7 telah pergi ke
tempat kejadian dan beliau telah menemui mayat Simati dalam keadaan
tertiarap di dalam longkang. SP7 melihat jasad Simati mengalami
pelbagai kecederaan di bahagian tangan, badan dan kepala. SP7 telah
meminta bantuan Pegawai Forensik, ASP Ghazali Bin Mohamed (SP14)
untuk melakukan penyiasatan di tempat kejadian.
[7] SP14 telah melakukan siasatan di tempat kejadian dan telah
menemui dan merampas satu bilah parang panjang yang mempunyai
kesan darah berukuran 57 cm (P29A), satu puntung rokok (P26A), satu
botol kaca ‘Mai Kong Liquor’ (P32A), satu swab kesan darah pada bilah
parang (P30A), satu swab pada hulu parang (P31A) dan satu swab
pada botol kaca (P32A).
[8] ASP Mohd Faizal Bin Ibrahim (SP17) telah diarahkan untuk
membantu siasatan yang dijalankan oleh SP18. SP17 telah diminta
MRJ NO:J-05(M)-314-08/2016 & No:J-05(M)-316-08/2016
5
untuk menjalankan tugas risikan dan untuk membuat tangkapan serta
rampasan barang kes. Pada hari yang sama, 4.1.2013 jam lebih kurang
12.30 tengahari, SP17 telah membuat rampasan terhadap sebuah
kereta yang digunakan oleh Simati iaitu Perodua Viva dengan nombor
pendaftaran JMA 2044 (kereta Viva tersebut). Kereta Viva tersebut
telah ditemui ditinggalkan di atas gelanggang bola keranjang, di Jalan
Padang, Mersing Kecil. Kereta Viva tersebut dimiliki oleh sepupu Simati
yang bernama Joshua. Laporan polis dibuat sebagai Mersing Report
No: 66/2013 (P71).
[9] Pada hari yang sama (4.1.2013) jam lebih kurang 6.30 petang,
SP17 telah membuat tangkapan ke atas perayu pertama di Stesen
Minyak Esso, Jalan Jamaluang, Mersing ketika perayu pertama sedang
memandu kereta Proton Saga JCM 5788. SP17 telah merampas 2
buah telefon bimbit dan kereta Proton Saga bersama kunci kereta
tersebut. Laporan polis dibuat oleh SP17 dijadikan Mersing Report No:
73/2013 (P72).
[10] Pada 6.1.2013 jam lebih kurang 4.30 petang, dengan dipandu
arah oleh perayu pertama, SP17 telah merampas sebuah kereta Proton
Waja dengan nombor pendaftaran NBV 3785 (kereta Waja tersebut).
MRJ NO:J-05(M)-314-08/2016 & No:J-05(M)-316-08/2016
6
Rampasan dibuat disebuah rumah No. 1743, Jalan Bawal, Taman
Mersing, Mersing, Johor. Rumah tersebut adalah rumah kepada En.
Baskeran a/l Kumanair (SP5), bapa kepada perayu kedua. Perayu
pertama ada menyatakan kepada SP17 bahawa kereta Waja tersebut
telah digunakan untuk membawa Simati ke Jamaluang. Perayu pertama
berkata “Itu kereta yang bawa dekat Jamaluang” (m/s 193 RR Jld.2).
[11] Pada 7.1.2013 jam lebih kurang 10.20 pagi, SP17 telah membuat
tangkapan ke atas perayu kedua di IPD Mersing. Perayu kedua telah
dibawa oleh bapanya, SP5 dan diserahkan kepada pihak polis. Laporan
tangkapan sebagaimana Mersing Report No. 130/2013 (P79).
[12] Pada hari yang sama jam lebih kurang 12.30 tengahari, perayu
kedua telah membawa SP17 ke rumah bapanya (SP5) di alamat No.
1743, Jalan Bawal, Taman Mersing. Di sana SP17 telah merampas
pakaian yang dipakai oleh perayu kedua pada malam kejadian iaitu
sehelai seluar pendek berwarna coklat gelap (P49A), sehelai baju t-shirt
lengan pendek warna biru gelap (P50A) dan sehelai tuala mandi
berwarna merah jambu cerah (P51A). Perayu kedua ada memaklumkan
kepada SP17 bahawa “Ini pakaian yang saya pakai ketika kejadian”
(m/s 205 RR Jld.2). Laporan rampasan barang kes oleh SP17
MRJ NO:J-05(M)-314-08/2016 & No:J-05(M)-316-08/2016
7
sebagaimana Mersing Report No. 215/2013 (P85) dan Mersing Report
No. 213/2013 (P86).
[13] Pada 11.1.2013 jam lebih kurang 5.45 petang dengan dipandu
arah oleh perayu kedua, SP17 telah sekali lagi pergi ke rumah SP5.
Setibanya di rumah tersebut, ibu kepada perayu kedua, Vasantha a/p
S.Sellan (SP6) telah memberitahu SP17 bahawa dia telah membuang
satu bilah parang ke dalam sebuah perigi buta yang terletak di bahagian
belakang rumah setelah diminta oleh anaknya, perayu kedua untuk
berbuat demikian. Hasil dari pencarian di dalam perigi itu, pihak polis
telah menjumpai dan merampas 2 bilah parang (P38A dan P39A).
SP17 telah membuat laporan polis mengenainya melalui Mersing Report
No. 217/2013 (P89). Penemuan 2 bilah parang itu adalah hasil
maklumat yang telah diberikan oleh SP6.
[14] Sejumlah 37 jenis barang kes yang dirampas dan dikumpulkan
oleh SP14 dan SP17 telah diserahkan kepada SP18. Semua barang
kes itu telah diserahkan oleh SP18 kepada Pegawai Sains, Adrianee
Reeza Alwi (SP12) untuk pengnalisaan DNA profiling. Hasil analisis
yang telah dijalankan oleh SP12 adalah seperti di dalam laporan kimia
yang telah disediakan (P43).
MRJ NO:J-05(M)-314-08/2016 & No:J-05(M)-316-08/2016
8
[15] Hasil analisis yang telah dijalankan, SP12 mengesahkan kesan
darah pada swabbing bertanda 1 (kesan darah atas jalan di tempat
kejadian), bertanda 2 (juga kesan darah atas jalan tempat kejadian),
bertanda 4 (kesan darah di atas rumput di tempat kejadian), bertanda 6
(kesan darah atas daun di tempat kejadian), bertanda 7 (kesan darah
pada sebuah kerusi batu di tempat kejadian), bertanda 8A (kesan darah
pada bilah parang, P29A) dan bertanda AF1 (kesan darah pada karpet
dalam kereta Waja tersebut) adalah sepadan dengan darah Simati.
[16] SP12 juga turut mengesahkan hasil analisis beliau terhadap satu
puntung rokok bertanda 5 (P26A) yang ditemui dari tempat kejadian
adalah sepadan dengan profail DNA perayu kedua.
[17] Bedah siasat ke atas jasad Simati telah dilakukan oleh Dr. Rohayu
Binti Shahar Adnan (SP13) pada 5.1.2013 satu hari selepas jasad
Simati ditemui. Laporan bedah siasat yang disediakan oleh SP13
adalah seperti eks.P67 (di m/s 463 – 473 RR Jld.3). SP13 merakamkan
sejumlah 180 kecederaan luaran yang telah dialami oleh Simati seperti
disenaraikan oleh SP13 dalam laporan beliau. SP13 berpendapat
MRJ NO:J-05(M)-314-08/2016 & No:J-05(M)-316-08/2016
9
bahawa sebab-sebab yang membawa kematian Simati (tidak
dipertikaikan) adalah kerana “Multiple Slash Wounds to the Head”.
[18] Detik-detik terakhir sebelum Simati dibunuh telah diceritakan oleh
saksi Yeep Man Chung (SP9). Dalam keterangannya SP9 menyatakan
bahawa dia mengenali Simati sejak Simati berusia 9 tahun. Simati
tinggal berjiran dengan beliau di kampong, di Jalan Estet, Mersing Kecil.
SP9 menyatakan pada 3.1.2013 jam lebih kurang 9.15 malam perayu
pertama dan Vellavan datang mengambil beliau di rumah dan pergi
melawat bapa Vellavan di Hospital Mersing dengan menaiki kereta
Perodua Kancil milik Vellavan. Tiba di Hospital Mersing, SP9 berjumpa
Simati, perayu kedua, Ponnusamy dan Chinniah yang telahpun berada
di sana. Selepas melawat bapa Vellavan, mereka pergi ke sebuah
pondok di Hospital tersebut dan mereka telah minum minuman keras.
Lebih kurang 11.00 malam, SP9 menunggang motosikal milik perayu
kedua untuk pergi ke rumah perayu kedua kerana mahu menghantar
kasut dan parang milik perayu kedua yang berada dalam raga motosikal
perayu kedua. Apabila sampai, SP9 melihat Simati berada di rumah
perayu kedua bersama perayu kedua, perayu pertama dan juga
Vellavan. Menurut SP9 lagi semasa beliau masih berada di rumah
perayu kedua, beliau telah terima satu panggilan telefon daripada
MRJ NO:J-05(M)-314-08/2016 & No:J-05(M)-316-08/2016
10
Ponnusamy yang memberitahu mereka sedang berada di gelanggang
bola keranjang Mersing Kecil. SP9 pergi ke sana dengan menaiki
motosikal perayu kedua. Sampai di sana SP9 melihat Ponnusamy,
Vallavan dan perayu pertama sedang minum minuman keras. Mereka
berbual-bual di sana. Pada jam 12.30 tengah malam, SP9 balik ke
rumah dengan menaiki motosikal perayu kedua dan dalam perjalanan
pulang itu SP9 berselisih dengan kereta Waja tersebut yang dipandu
oleh perayu kedua seorang diri menuju ke gelanggang bola keranjang
tersebut.
[19] Pihak pendakwaan turut mengemukakan percakapan yang
dirakamkan di bawah seksyen 112 Kanun Acara Jenayah (KAJ)
daripada 2 orang saksi yang gagal dikemukakan ke Mahkamah untuk
memberi keterangan. Pelbagai usaha telah diambil untuk mengesan
dan mendatangkan dua saksi itu ke Mahkamah namun telah gagal. Dua
saksi tersebut adalah dua orang adik beradik, Ponnusamy a/l Muttiah
dan Yogesvaran a/l Muttiah yang merupakan rakan-rakan kepada Simati
dan juga rakan-rakan kepada perayu-perayu. Percakapan dua saksi
tersebut telah diterima masuk sebagai sebahagian dari keterangan kes
pihak pendakwaan melalui peruntukan di bawah seksyen 32 (1)(i) Akta
keterangan 1950 setelah hakim bicara berpuashati prasyarat di bawah
MRJ NO:J-05(M)-314-08/2016 & No:J-05(M)-316-08/2016
11
peruntukan itu telah dipenuhi oleh pihak pendakwaan. Percakapan
saksi-saksi tersebut telah ditandakan masing-masing sebagai P102 (m/s
538 – 541 RR Jld.3 – Ponnusamy a/l Muttiah) dan sebagai P103 (m/s
542 – 547 RR Jld.3 – Yogesvaran a/l Muttiah).
[20] Secara ringkasnya, apa yang diceritakan oleh Ponnusamy a/l
Muttiah dan adiknya Yogesvaran a/l Muttiah adalah seperti berikut.
Pada 3.1.2013 jam lebih kurang 9.00 malam hingga 11.00 malam
mereka berada di Hospital Mersing kerana melawat bapa rakan mereka
bernama Vellavan. Turut berada di sana termasuklah Simati, perayu
pertama, perayu kedua, Manco (SP9), Pria dan Chinniah. Di sana
mereka telah berbual-bual sambil meminum minuman keras jenama
“Mai Kong” yang dibawa oleh Vellavan. Mereka kemudian pergi ke
rumah perayu kedua untuk mengambil lampu suluh dan kemudiannya
mereka pergi berkumpul di gelanggang bola keranjang di Mersing Kecil.
Di sana juga mereka berbual dan minum minuman keras jenama “Mai
Kong”. Ponnusamy a/l Muttiah seterusnya menyatakan dia melihat
perayu-perayu telah menampar dan memukul Simati oleh kerana
perayu-perayu mengatakan “Mulut Mathan (Simati) yang kurang ajar
dan celupar”.
MRJ NO:J-05(M)-314-08/2016 & No:J-05(M)-316-08/2016
12
[21] Dalam perjalanan pulang, Ponnusamy a/l Muttiah menyatakan di
dalam percakapannya bahawa beliau telah membuat panggilan telefon
kepada perayu kedua kerana beliau berasa tidak sedap hati. Perayu
kedua telah memaklumkan bahawa perayu kedua ada bersama dengan
perayu pertama dan Simati di sebuah kuil di Taman Wawasan 2 untuk
sembahyang. Ponnusamy dan adiknya terus bergegas ke sana dan di
sana Ponnusamy dan Yogesvaran melihat perayu-perayu menampar
muka Simati. Apabila ditanya, perayu-perayu sekali lagi menyatakan
bahawa Simati bermulut kurang ajar dan celupar. Lebih kurang jam
2.30 pagi 4.1.2013, Ponnusamy dan Yogesvaran menyatakan semasa
dalam perjalanan pulang dari Taman Wawasan 2, motosikal yang
mereka naiki diekori oleh kereta Waja tersebut yang dipandu oleh
perayu kedua dan dinaiki bersama oleh Simati dan juga perayu pertama.
Namun setibanya disatu selekoh dan persimpangan Taman Mersing
berhampiran dengan Sekolah Menengah Anjung Batu, kereta yang
dipandu oleh perayu kedua tidak lagi kelihatan. Ponnusamy
menyatakan pada malam kejadian itu perayu kedua hanya memakai
seluar pendek berwarna putih susu dan bertuala berwarna merah tanpa
memakai baju.
MRJ NO:J-05(M)-314-08/2016 & No:J-05(M)-316-08/2016
13
Keputusan hakim bicara di akhir kes pendakwaan [22] Diakhir kes pendakwaan, hakim bicara mendapati pihak
pendakwaan telah berjaya membuktikan kes prima facie terhadap
kedua-dua perayu atas pertuduhan. Hakim bicara gagal untuk
menyediakan alasan penghakiman sebelum perkhidmatan beliau
sebagai Pesuruhjaya Kehakiman ditamatkan. Walau bagaimanapun,
hakim bicara ada menyediakan alasan keputusan ringkas seperti berikut
(di m/s 297 – 298 RR Jld.2A):
“Mahkamah: KEPUTUSAN (DIAKHIR KES PENDAKWAAN)
Tertuduh 1 dan Tertuduh 2 dituduh di bawah seksyen 302 Kanun
Keseksaan melakukan kesalahan bunuh ke atas Mathan a/l
Mahadevan.
Dalam kes yang dibentangkan oleh pihak pendakwaan melalui
keterangan saksi-saksi, tiada keterangan terus (direct evidence) yang
dikemukakan untuk mengaitkan kedua-dua Tertuduh 1 dan Tertuduh 2
kepada pertuduhan.
Pihak pendakwaan mengemukakan keterangan mengikut keadaan
(circumstantial evidence).
Semasa pendengaran kes pendakwaan Mahkamah ini telah diminta
untuk membuat beberapa keputusan.
MRJ NO:J-05(M)-314-08/2016 & No:J-05(M)-316-08/2016
14
Keputusan (ruling) Mahkamah atas perkara ini adalah seperit berikut:
(1) Impeachment Prosiding:
Mahkamah ini memutuskan keboleh-percayaan SP6 adalah
tidak tercabar dan testimoninya tidak dipadamkan daripada
rekod prosiding.
(2) Keterangan SP17 bersabit seksyen 27 Evidence Act.
Mahkamah ini menerima masuk keterangan SP17.
(3) Penerimaan masuk penama Yogeswaran a/l Mutthiah dan
Ponnusamy a/l Muttiah melalui seksyen 32 (1)(i) Evidence Act
dan Exhibit ID 102 dan ID 103.
Mahkamah memutuskan ID 102 dan ID 103 diterima masuk sebagai
eksibit P 102 dan P 103 melalui pendakwaan seksyen 32 (1) (i)
Evidence Act.
Setelah membuat penilaian maksima ke atas keterangan-keterangan
yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan, Mahkamah ini memutuskan
semua elemen-elemen pertuduhan telah berjaya dibuktikan secara
prima facie.
Kedua-dua Tertuduh 1 dan Tertuduh 2 dipanggil untuk membela diri.”
Kes Pembelaan [23] Perayu pertama dan perayu kedua telah memilih untuk memberi
keterangan membela diri mereka dari kandang saksi secara bersumpah.
Perayu pertama menyatakan sebelum ditahan beliau bekerja sebagai
Jurulatih Fizikal Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Kem Nasuha,
MRJ NO:J-05(M)-314-08/2016 & No:J-05(M)-316-08/2016
15
Pagoh. Masa cuti beliau bekerja sebagai Pengawal Keselamatan
dengan perayu kedua sebagai majikannya. Perayu pertama dan perayu
kedua seterusnya tidak menafikan ada pergi ke Hospital Mersing pada
3.1.2013 sehingga jam 11.30 malam sebelum pergi ke gelanggang bola
keranjang di Mersing Kecil bersama dengan rakan-rakan yang lain
termasuk SP9, Simati, perayu kedua, Vellavan, Ponnusamy dan
adiknya, Yogesvaran. Dari gelanggang bola keranjang, jam 12.30
tengah malam perayu pertama dan perayu kedua menyatakan mereka
tidak pergi kemana-mana lagi tetapi terus balik ke rumah dan terus tidur.
Pada jam lebih kurang 5.00 pagi 4.1.2013 mereka telah pergi ke Kuala
Lumpur.
[24] Perayu pertama dan perayu kedua menafikan telah memegang
dan memukul Simati pada malam kejadian. Mereka turut menafikan
mereka adalah individu yang terakhir dilihat bersama dengan Simati.
Sebaliknya perayu-perayu mendakwa bahawa Ponnusamy dan
Yogesvaran adalah merupakan orang terakhir bersama Simati. Perayu-
perayu turut mendakwa mereka telah dipukul oleh pihak polis.
[25] Perayu pertama turut memanggil bapanya, K. Saundrapandian a/l
Kenapathy (SD2) sebagai saksi alibi. SD2 menyatakan selepas
MRJ NO:J-05(M)-314-08/2016 & No:J-05(M)-316-08/2016
16
anaknya perayu pertama tiba di rumah pada jam 12.30 tengah malam,
perayu pertama tidak ada lagi keluar rumah sehingga jam 5.00 pagi.
[26] Keterangan perayu-perayu turut melibatkan isu-isu berkaitan
dengan panggilan telefon antara perayu pertama dengan perayu kedua
pada pagi kejadian yang mereka dakwa telah gagal disiasat walaupun
telefon mereka telah dirampas oleh pihak polis. Pembelaan perayu-
perayu juga membangkitkan isu ketiadaan keterangan mengenai motif
mereka untuk membunuh Simati dan kegagalan untuk memanggil saksi
bernama Joshua untuk memberi keterangan berkaitan usaha penama
itu untuk mencari Simati pada malam kejadian.
[27] Mengenai penemuan DNA perayu kedua pada puntung rokok
yang dirampas dari tempat kejadian berhampiran dengan mayat Simati,
perayu kedua menjelaskan bahawa pada 3.1.20132 dia telah pergi ke
Kampung Pasir untuk menghantar barang dapur kepada pekerjanya.
Dalam perjalanan perayu kedua menyatakan dia telah singgah di Taman
Rekreasi Jamaluang untuk menghisap rokok.
MRJ NO:J-05(M)-314-08/2016 & No:J-05(M)-316-08/2016
17
Dapatan hakim bicara diakhir perbicaraan kes [28] Seperti dinyatakan diawal Penghakiman kami, hakim bicara telah
gagal untuk menyediakan alasan Penghakiman. Walau bagaimanapun
hakim bicara ada menyediakan alasan keputusan beliau secara ringkas
(di m/s 354 – 360 RR Jld.2A). Walaupun hakim bicara ada menyatakan
bahawa beliau akan menyediakan Penghakiman yang lebih details
namun telah gagal disempurnakan. Setelah meneliti semula keterangan
saksi-saksi pendakwaan dan membuat penilaian terhadap versi pihak
pembelaan, hakim bicara telah membuat dapatan dan keputusan seperti
berikut (m/s 360 RR Jld.2A):
“Adalah dapatan Mahkamah ini bahawa versi yang dikemukakan oleh
pihak pembelaan gagal untuk menimbulkan sebarang keraguan ke atas
kes pendakwaan kerana dengan keterangan yang diberikan oleh
Tertuduh 1 dan 2 dan juga SB2 tidak dapat dipercayai atau meyakinkan
Mahkamah ini. Secara keseluruhan Tertuduh 1 dan 2 hanya membuat
dalih dan penafian terhadap soalan-soalan yang dikemukakan oleh
TPR dan tidak dapat menggugat keterangan-keterangan terus dan
dokumentari yang telah dinilai oleh Mahkamah ini atas maximum
evaluation sebelum ini.
Terdapat beberapa isu-isu undang-undang teknikal yang tidak akan
dihuraikan di sini akan dihuraikan di dalam Penghakiman yang lebih
details selepas ini.
MRJ NO:J-05(M)-314-08/2016 & No:J-05(M)-316-08/2016
18
Keputusan Mahkamah: Atas alasan yang diberikan Mahkamah ini mendapati Tertuduh 1 dan
Tertuduh 2 bersalah dan disabitkan atas pertuduhan dan dihukum
dengan satu-satunya hukuman yang diperuntukkan oleh undang-
undang iaitu hukuman gantung sampai mati.”
Rayuan Perayu-Perayu [29] Di hadapan kami, peguam bela terpelajar bagi perayu pertama
telah mengutarakan tiga isu sahaja iaitu isu pertama bahawa hakim
bicara telah terkhilaf dan tersalah arah apabila memutuskan untuk
menerima masuk P102 dan P103 sebagai keterangan melalui seksyen
32 (1)(i) Akta Keterangan 1950. Peguam bela berhujah bahawa usaha-
usaha telah diambil oleh pihak pendakwaan untuk mengesan
Ponnusamy dan Yogesvaran yang telah memberi percakapan dalam
P102 dan P103 adalah tidak memadai dan tidak memenuhi kehendak di
bawah seksyen 32(1)(i) Akta itu. Walaupun P102 dan P103 telah
dikemukakan melalui saksi SP18, Pegawai Penyiasat, namun usaha-
usaha untuk mengesan kedua-dua penama tersebut telah dilakukan
oleh saksi SP7, Pegawai Penyiasat awal kes pembunuhan ini.
MRJ NO:J-05(M)-314-08/2016 & No:J-05(M)-316-08/2016
19
[30] Isu kedua dibangkitkan oleh peguam bela perayu pertama adalah
hakim bicara telah tersalah arah apabila hakim bicara telah membuat
keputusan untuk menerima masuk percakapan P102 dan P103 selepas
penutupan kes pendakwaan. Dihujahkan tindakan ini telah
memprejudiskan perayu pertama. Sekiranya keputusan itu dibuat
sebelum pihak pendakwaan menutup kesnya, perayu pertama
mempunyai peluang untuk menyoal-balas saksi-saksi pendakwaan
terhadap perkara-perkara yang matan yang terdapat di dalam kedua-
dua percakapan tersebut.
[31] Isu ketiga perayu pertama adalah mengenai kegagalan hakim
bicara untuk membuat penilaian dengan secukupnya pembelaan perayu
pertama. Dihujahkan kes pendakwaan bergantung sepenuhnya kepada
keterangan mengikut keadaan. Dihujahkan juga bahawa hakim bicara
telah terkhilaf apabila menerima keterangan P102 dan P103 dalam
mensabitkan perayu pertama sedangkan keterangan dalam P102 dan
P103 tidak diuji dalam soal-balas. Peguam bela berhujah sekiranya
percakapan P102 dan P103 ditolak maka tidak ada sebarang
keterangan yang kukuh dan mencukupi untuk mensabitkan perayu-
perayu dengan pertuduhan.
MRJ NO:J-05(M)-314-08/2016 & No:J-05(M)-316-08/2016
20
[32] Peguam bela terpelajar bagi perayu pertama telah merujuk nas-
nas berikut bagi menyokong hujahan beliau, iaitu Leong Hong Khie v.
PP [1986] 2 MLJ 206; Allied Bank (Malaysia) Berhad v. Yau Jiok Hua
[1998] 6 MLJ 1; PP v. Lam Peng Hoa & Anor [1996] 5 MLJ 405; Sim
Tiew Bee v. PP [1973] 2 MLJ 200; PP v. Mohamed Said [1984] 1 MLJ
50; Lee Kwan Woh v. PP [2009] 5 MLJ 301; PP v. Jamil bin Yahya &
Anor [1993] 3 MLJ 702; PP v. Tukiman bin Demin [2008] 4 MLJ 79
dan PP v. Resty Agpalo [2011] 4 MLJ 284.
[33] Walaupun peguam bela perayu kedua telah mengemukakan 19
alasan dalam Petisyen Rayuan yang difailkan, namun di hadapan kami
peguam bela meneruskan dengan 4 isu dalam penghujahannya. Selain
itu peguam bela menerima pakai hujahan peguam bela perayu pertama
mengenai isu penerimaan masuk percakapan P102 dan P103 sebagai
sebahagian dari keterangan kes pihak pendakwaan. 4 isu yang
dihujahkan oleh peguam bela perayu kedua adalah seperti berikut:
(a) kegagalan hakim bicara dalam membuat pertimbangan terhadap
keberatan keterangan P102 dan P103 sama ada terdapat
kekurangan, kelompangan atau percanggahan dalam P102 dan
P103 tersebut. Hakim bicara juga gagal untuk menguji
MRJ NO:J-05(M)-314-08/2016 & No:J-05(M)-316-08/2016
21
kebolehterimaan P102 dan P103 memandangkan Ponnusamy
dan Yogesvaran adalah saksi-saksi berkepentingan dan telah
turut ditangkap bersama dalam kes pembunuhan ini. Hakim
bicara juga dikatakan telah gagal membuat penilaian secara
maksima P102 dan P103 apabila hakim bicara telah gagal
memutuskan terdapat perbezaan dan percanggahan yang
material antara kedua-dua percakapan P102 dan P103 tersebut;
(b) hakim bicara telah gagal untuk membuat pertimbangan dengan
sewajarnya kepada pembelaan alibi yang telah dikemukakan
oleh perayu pertama melalui keterangan perayu kedua sendiri
yang disokong oleh ketarangan SP6, ibunya dan juga melalui
keterangan SP18, Pegawai Penyiasat kes;
(c) kes pendakwaan bergantung sepenuhnya kepada keterangan
mengikut keadaan. Dihujahkan hakim bicara telah khilaf dalam
membuat penilaian terhadap ketarangan mengikut keadaan
yang ada terhadap perayu-perayu yang dihujahkan tidak
menjurus sepenuhnya kepada hanya satu konklusi terhadap
kebersalahan perayu-perayu. Selain itu peguam bela juga
menghujahkan tiada keterangan dikemukakan oleh pihak
pendakwaan terhadap apa yang berlaku kepada Simati selepas
jam 12.00 tengah hari 3.1.2013; dan
(d) pihak pendakwaan telah gagal untuk memberikan penjelasan
yang munasabah mengenai alasan-alasan mengapakah barang-
barang kes yang dirampas dalam kes ini diserahkan kepada ahli
kimia terlewat selama 45 hari.
MRJ NO:J-05(M)-314-08/2016 & No:J-05(M)-316-08/2016
22
Dapatan dan Keputusan Kami Penerimaan masuk P102 dan P103 sebagai keterangan di bawah Sekeyen 32(1)(i) Akta Keterangan [34] Hakim bicara telah membuat keputusan untuk menerima masuk
P102 dan P103 sebagai sebahagian keterangan kes pihak pendakwaan
di bawah seksyen 32(1)(i) Akta Keterangan. Hakim bicara tidak
menyatakan alasan-alasan beliau dalam menerima masuk P102 dan
P103 tersebut sebagai keterangan di dalam alasan keputusan beliau.
Bagaimanapun, hanya terdapat satu alasan sahaja di bawah undang-
undang yang membolehkan percakapan di bawah seksyen 112 KAJ
dapat diterima masuk sebagai keterangan, iaitu, sekiranya pra-syarat
yang diperuntukkan di bawah seksyen 32(1)(i) Akta Keterangan telah
dipenuhi.
[35] Seksyen 32(1)(i) Akta Keterangan merupakan salah satu
kekecualian kepada prinsip keterangan dengar cakap. Ini
memandangkan penerimaan masuk percakapan di bawah seksyen
32(1)(i) Akta Keterangan dilakukan tanpa kehadiran pembuat atau saksi
yang memberikan percakapan tersebut hadir untuk diperiksa balas.
Dalam kes Leong Hong Khie v. PP, supra, Mahkamah Persekutuan
menyatakan mengenai isu yang sama seperti berikut:
MRJ NO:J-05(M)-314-08/2016 & No:J-05(M)-316-08/2016
23
“The general rule is that hearsay evidence is not admissible as proof of
a fact which has been stated by a third person. This rule has been long
established as a fundamental principle of the law of evidence. To quote
Lord Normand in Teper v R [1952] AC 480 486:
“The rule against the admission of hearsay evidence is fundamental. It
is not the best evidence, and it is not delivered on oath. The
truthfulness and accuracy of the person whose words are spoken by
another witness cannot be tested by cross-examination and the light
which his demeanour would throw on his testimony is lost.”
In our opinion, another reason is the danger that hearsay evidence may
be concocted, fabricated and tailored to suit the witness’s testimony.
Notwithstanding this general rule certain exceptions have been
recognized upon the ground of necessity or convenience. In Malaysia,
these exceptions are set out in section 32 of the Evidence Act 1950.”
[36] Begitu juga dalam kes PP v. Lam Peng Hoa & Anor, supra, Kang
Hwee Ghee H (ketika itu) telah menyatakan dengan panjang lebar
mengenai isu yang sama seperti berikut:
“It was held in the Federal Court case of Sim Tiew Bee v PP [1973] 2
MLJ 200 that before the court could admit the statement of a witness
evidence under s 32 of the Evidence Act, the condition precedent
contemplated under the section must be satisfied. The condition
precedent that the prosecution ought to satisfy in the present case was
either to prove that the witness could not be found or that her
MRJ NO:J-05(M)-314-08/2016 & No:J-05(M)-316-08/2016
24
attendance could not be procured, without an amount of delay or
expense. The learned authors of Sarkar’s Law of Evidence (14th Ed) at
p 649 state (relying on Indian authorities) that where no diligent search
and reasonable exertion were made to procure the witness, the court
could not come to a finding that the witness could not be found and
therefore his statement could not be admitted under the section. Mere
ignorance of the whereabouts of the witness is not sufficient to invoke
the section. As the interpretation appears to be somewhat sound, I will,
for the present case, adopt their view. It stands to reason that unless
stringent conditions are prescribed and fulfilled, the established rule
against the reception of hearsay evidence would be eroded; courts
would have to accept as evidence statements which may not stand the
vigours of cross-examination had the maker been called to give
evidence.
In PP v Mohamed Said [1984] 1 MLJ 50, Mohamed Azmi J (as he then
was) observed, at p 51:
If a particular witness is material to the prosecution’s case, it is the duty
of the police to keep track of his whereabouts and take all
precautionary measures that they be informed of any change of
address. Under s 34(ii) of the CPC, the responsibility of serving
summonses or subpoenas on the accused persons and witnesses is
with police officers, unless the court otherwise directs. If a particular
witness is very material to the prosecution’s case, it stands to reason
that the police must exercise extra diligence in applying for summonses
early and in taking all necessary steps to ensure that the correct
address of the witness has been obtained, bearing in mind the
unreliability nowadays of the addresses given on identity cards. The
correct addresses of the material witnesses should be obtained at the
first opportunity and, if necessary, the police can invoke ss 111 and
112 of the CPC at the investigation stage. Section 111 of the CPC
empowers the police to require their attendance at the police station so
MRJ NO:J-05(M)-314-08/2016 & No:J-05(M)-316-08/2016
25
that they can be questioned under s 112 of the CPC. If they do not
attend, then under sub-s (ii) of s 111, they may be compelled to attend
by a magistrate (see Chong Fook Kam & Anor v Shaaban & Ors
[1968] 2 MLJ 50 at p 54). Where the person to be summoned cannot
by the exercise of due diligence be found, then under s 35(iv) of the
CPC, the summons may be served by leaving a copy thereof for him
with some adult member of his family or with his servant residing with
him. If service under s 35(iv) of the CPC cannot be effected, then the
prosecution should invoke s 36 of the CPC, by affixing a copy of the
summons to some conspicuous part of the house of other place in
which the person summoned ordinarily resides, if so directed by the
court. When a witness fails to appear in court after being served under
ss 35 or 36 of the CPC, the prosecution is then entitled to apply for
warrant of arrest under s 47 of the CPC. In the present case, it would
appear that none of these powers given by the CPC to compel the
appearances of the two material witnesses had been exhausted by the
police, either in the first or second prosecution.
In the present case it is clear to me that no diligent or exertive attempt
had been made to procure the witness. The fact that the witness was
no longer staying at the place of the incident or at her former address in
Kuala Lumpur was already known to the investigating officer, as long
ago as November 1995. Yet no attempts were made beyond trying to
locate her at addresses the police knew she was no longer keeping.
The requirements proposed in PP v Mohamed Said [1984] 1 MLJ 50
may appear stringent and cumbersome; but these are prescribed
avenues under the CPC which the prosecution must go through to trace
a witness, without which the court may not be able to act to admit a
statement under s 32 of the Evidence Act.
The same considerations would apply to the other conditions precedent.
Unless it is proved to the satisfaction of the court that they had
MRJ NO:J-05(M)-314-08/2016 & No:J-05(M)-316-08/2016
26
employed due diligence and reasonable exertion to attempt to locate
the witness and were able to assess the chances of the success of
procuring her, there could be no basis to find that she could not be
procured without an amount of delay or expense.”
[37] Seksyen 32(1)(i) Akta Keterangan 1950 memperuntukkan dalam
bahasa asalnya, seperti berikut:
“32.(1) Statements, written or verbal, of relevant facts made by a person
who is dead or who cannot be found, or who has become incapable of
giving evidence, or whose attendance cannot be procured without an
amount of delay or expense which under the circumstances of the case
appears to the court unreasonable, are themselves relevant facts in the
following cases:
(i) when the statement was made in the course of, or for the purposes
of, an investigation or inquiry into an offence under or by virtue of any
written law: and”
[38] Pihak pendakwaan telah mengemukakan keterangan mengenai
usaha-usaha yang telah diambil untuk mengesan pemberi percakapan
dalam P102, Ponnusamy a/l Muttiah dan P103, Yogesvaran a/l Muttiah
melalui keterangan saksi SP7. Percakapan-percakapan tersebut telah
dikemukakan ke Mahkamah melalui saksi Pegawai Penyiasat, SP18.
Keterangan SP7 mengenai tindakan dan usaha-usaha yang telah beliau
MRJ NO:J-05(M)-314-08/2016 & No:J-05(M)-316-08/2016
27
lakukan untuk mendapatkan dua saksi tersebut adalah seperti terdapat
di m/s 286 – 287 RR Jld. 2A, seperti berikut:
“Saya ada ambil tindakan untuk kesan 2 saksi iaitu Yogeswaran a/l
Muttiah dan Ponnusamy a/l Muttiah.
Tindakan yang telah saya ambil iaitu telah pergi ke rumah Ponnusamy
4 kali untuk kesan beliau dan untuk Yogeswaran saya telah pergi 4 kali
ke rumah sebanyak 4 kali.
Alamat kedua-dua mereka berlainan. Alamat Ponnusamy di alamat 166, Jalan Mahkota, Taman Mahkota 1,
Mersing.
Saya dapati saksi tidak tinggal di situ lagi. Untuk Yogeswaran saya telah pergi ke nombor 157, Jalan Nakhoda 8,
Taman Seri Nakhoda 1, Mersing dan dapati setelah pergi 4 kali beliau
tidak lagi tinggal di situ.
Alamat kedua-dua mereka saya dapati dari waktu repot tangkapan
kedua-dua mereka.
Saya ada buat permohonan alamat terakhir kedua-dua mereka di
Jabatan Pendaftaran Negeri Johor pada 21.2.2016 (minggu lepas).
Saya boleh cam permohonan itu (dicam) P1 – 5 – Permohonan ke JPN. Saya dapat jawapan JPN beritahu 21.1.2016. [Surat jawapan JPN dicam (A-C)]
MRJ NO:J-05(M)-314-08/2016 & No:J-05(M)-316-08/2016
28
P106(A-C) – 3 jawapan JPN. Ikut P106(A-C) alamat terakhir Ponnusamy ialah di nombor 25, Jalan
Bayan 24, Taman Kota Puteri, Masai, Johor.
Alamat terakhir Yogesaran ialah di No. 157, Jalan Seti Nakhoda 8,
Taman Seri Nakhoda 1, Johor.
Saya telah pergi ke alamat terakhir Ponnusamy pada 23.1.2016 dan
dapati penama tidak tinggal di alamat itu.
Saya ada buat carian imigresen ke atas kedua-dua saksi pada
21.1.2016.
[Surat permohonan ke Jabatan Imigresen dirujuk dan dicam] P107 – surat permohonan ke Jabatan Imigresen. Jabatan Imigresen telah beri jawapan. (Dicam) P108 – Pengesahan pergerakan oleh Jabatan Imigresen. Hasil semakan kedua-dua penama, rekod pergerakan tidak wujud.”
[39] Semasa disoal-balas, SP7 mengakui bahawa beliau tidak ada
menyiasat mengenai keberadaan dua saksi itu dengan penjamin-
penjamin mereka atas bon jaminan sewaktu mereka dibebaskan. Begitu
juga SP7 mengakui tidak membuat penyiasatan dengan pihak
telekomunikasi atas alasan mengikut pengalaman beliau pihak
MRJ NO:J-05(M)-314-08/2016 & No:J-05(M)-316-08/2016
29
telekomunikasi enggan memberikan butir-butir pelanggan mereka
walaupun diminta oleh pihak polis.
[40] Kami tidak ingin membuat sebarang spekulasi mengenai alasan
mengapa kedua-dua penama telah menghilangkan diri mereka. Kami
tidak bersetuju dengan cadangan peguam bela bahawa kedua-dua saksi
itu merupakan saksi berkepentingan dan telah menyembunyikan diri
oleh kerana mereka orang sebenar yang telah membunuh Simati.
Penyiasatan pihak polis menunjukkan dua penama tersebut tidak terlibat
dalam pembunuhan Simati walaupun mereka turut ditangkap dalam
membantu siasatan awal pihak polis. Tidak dapat disangkal bahawa
dua penama tersebut merupakan saksi yang penting yang dapat
mensabitkan perayu-perayu dengan kematian Simati dalam kes ini. Dua
saksi ini merupakan rakan-rakan bukan sahaja kepada Simati malahan
merupakan rakan kepada perayu-perayu dalam kes ini.
[41] Setelah meneliti keterangan yang telah diberikan oleh SP7
mengenai usaha-usaha dan tindakan yang telah dilakukan oleh SP7
untuk mengesan kedua-dua saksi penting tersebut, kami bersetuju
keterangan-keterangan yang diberikan oleh SP7 telah memenuhi
prasyarat di bawah seksyen 32(1)(i) Akta Keterangan. Kami bersetuju
MRJ NO:J-05(M)-314-08/2016 & No:J-05(M)-316-08/2016
30
dengan keputusan hakim bicara dalam menerima masuk P102 dan
P103 sebagai sebahagian keterangan kes pihak pendakwaan
berdasarkan fakta dalam kes ini.
Penerimaan masuk P102 dan P103 diakhir penutupan kes pendakwaan [42] Komplain utama oleh peguam bela terpelajar mengenai isu ini
adalah berkaitan dengan dakwaan peguam bela bahawa tindakan hakim
bicara dalam membuat keputusan menerima masuk P102 dan P103
sebagai keterangan di akhir penutupan kes pendakwaan telah
memprejudiskan perayu-perayu. Dihujahkan prejudis berlaku oleh
kerana perayu-perayu tidak dapat menyoal-balas saksi-saksi
pendakwaan terhadap fakta matan yang disebutkan oleh saksi-saksi
dalam P102 dan P103. Kami tidak bersetuju dengan hujahan peguam
bela. Prosedur yang diikuti oleh hakim bicara dalam menerima masuk
P102 dan P103 adalah betul iaitu di akhir penutupan kes pendakwaan
selepas mendengar hujahan pihak-pihak, termasuk hujahan mengenai
penerimaan masuk percakapan P102 dan P103 tersebut. Dalam buku
“Criminal Trial: Advocacy For The Defence,” pengarang yang bijaksana
Hisyam Abdullah @ Teh Pok Teik menyatakan seperti berikut (di m/s
220):
MRJ NO:J-05(M)-314-08/2016 & No:J-05(M)-316-08/2016
31
“When the prosecution tenders the 112 statement it will be marked as
either an “ID” or “P” exhibit. Either way it does not prejudice the
defence as inadmissible evidence always remain inadmissible.
Submission on admissibility can be made at the end of the case
for prosecution’s case.
Even though the 112 statement is admitted, it can be challenged
on weight as the statement is untested.” (penekanan oleh kami).
[43] Hujahan peguam bela bahawa perayu-perayu telah diprejudiskan
atas alasan tidak dapat untuk menyoal-balas saksi-saksi utama
pendakwaan terhadap intipati utama percakapan P102 dan P103 adalah
jauh tersasar dan tidak dapat diterima. Alasan kami menolak hujahan
peguam bela didasarkan kepada peruntukan yang terdapat di bawah
seksyen 425 KAJ yang memperuntukkan seperti berikut:
“425. Any Court may at any stage of an inquiry, trial or other proceeding
under this Code Summon any person as witness, or examine any
person in attendance though not summoned as a witness, or recall and
re-examine any person already examined, and the Court shall summon
and examine or recall and re-examined any such person if his evidence
appears to it essential to the just decision of the case.”
MRJ NO:J-05(M)-314-08/2016 & No:J-05(M)-316-08/2016
32
[44] Berdasarkan kepada Rekod Rayuan, tidak ada sebarang
permohonan telah dibuat kepada hakim bicara oleh perayu-perayu untuk
memanggil semula mana-mana saksi pendakwaan pada peringkat kes
pembelaan untuk menyoal balas tentang perkara-perkara matan yang
timbul dalam P102 dan P103. Pihak perayu-perayu haruslah
menyalahkan diri mereka sendiri apabila gagal mengambil peluang dan
kesempatan seperti diperuntukkan di bawah seksyen 425 KAJ tersebut.
Hakim bicara gagal membuat pertimbangan dengan secukupnya Pembelaan Perayu-Perayu [45] Asas pembelaan perayu pertama adalah bahawa dia dan perayu
kedua bukanlah orang-orang yang terakhir dilihat bersama Simati.
Sebaliknya, perayu-perayu mendakwa Ponnusamy dan adiknya,
Yogesvaran adalah orang-orang yang terakhir dilihat oleh mereka
bersama dengan Simati. Perayu-perayu tidak menafikan lain-lain fakta
dalam keterangan SP9 yang disokong oleh percakapan P102 oleh
Ponnusamy dan P103 oleh Yogesvaran. Perayu-perayu mengakui fakta
mereka telah berjumpa dengan Simati di Hospital Mersing. Di sana
mereka telah minum minuman keras yang dibawa oleh Simati. Mereka
kemudian ada berjumpa Simati di rumah perayu kedua. Mereka
kemudian telah sekali lagi berjumpa dengan Simati di gelanggang bola
MRJ NO:J-05(M)-314-08/2016 & No:J-05(M)-316-08/2016
33
keranjang di Mersing Kecil. Di sana mereka juga telah minum minuman
keras sambil berbual-bual. Pada kali ini minuman keras itu telah dibawa
ke sana oleh rakan mereka bernama Vellavan.
[46] Fakta yang dipertikaikan oleh perayu-perayu adalah bahawa
mereka telah menampar dan memukul Simati semasa berada di
gelanggang bola keranjang atas alasan yang mereka katakan bahawa
Simati bermulut celupar dan kurang ajar seperti dalam P102 dan P103.
Begitu juga perayu-perayu menafikan mereka telah membawa Simati
kesebuah Kuil Hindu dengan menaiki kereta Waja tersebut yang
dipandu oleh perayu kedua. Mereka juga menafikan telah menampar
dan memukul Simati semasa berada di Kuil Hindu tersebut. Akhirnya,
perayu-perayu juga menafikan mereka telah membawa Simati ke tempat
kejadian di Taman Rekreasi Jamaluang dengan menaiki kereta Waja
tersebut dan telah menyerang Simati dengan menggunakan parang-
parang P29A dan P39A.
[47] Selanjutnya perayu-perayu menyatakan selepas pertemuan di
gelanggang bola keranjang, mereka terus balik ke rumah masing-
masing untuk tidur sebelum mereka bangun pada jam 4.30 pagi untuk
pergi ke Kuala Lumpur. Perayu pertama menyatakan beliau berada dan
MRJ NO:J-05(M)-314-08/2016 & No:J-05(M)-316-08/2016
34
tidur di rumah antara jam 12.30 t/malam hingga 4.30 pagi, waktu matan
dalam pertuduhan. Perayu pertama telah memanggil bapanya, K.
Saundrapandian a/l P. Kenapathy (SD2) bagi mengesahkan
keterangannya. Manakala perayu kedua pula telah memasukkan satu
notis alibi dan telah mengemukakan keterangan alibi melalui keterangan
ibunya, SP6 dan keterangan beliau sendiri.
[48] Perayu-perayu telah menjelaskan pemergian mereka ke Kuala
Lumpur pada awal pagi (subuh) 4.1.2013 untuk mengambil sijil dari
kolej. Perayu kedua juga telah memberi penjelasan terhadap penemuan
DNA beliau pada puntung rokok (P26) yang ditemui berdekatan dengan
mayat Simati. Penjelasan perayu kedua ialah bahawa pada malam
3.1.2013 beliau memandu lori dan telah berhenti di sana untuk
menghisap rokok. Penjelasan perayu-perayu mengenai perjalanan
mereka ke Kuala Lumpur dan penjelasan perayu kedua tentang
penemuan puntung rokok mengandungi DNA beliau nampaknya seperti
satu kebetulan, remeh dan tidak munasabah dan tidak dapat diterima
oleh hakim bicara serta gagal menimbulkan keraguan yang munasabah
terhadap kes pendakwaan.
MRJ NO:J-05(M)-314-08/2016 & No:J-05(M)-316-08/2016
35
[49] Dua fakta matan yang lain gagal diperjelaskan oleh perayu-
perayu, terutama oleh perayu kedua. Fakta pertama adalah mengenai
penemuan darah Simati pada pelapik kaki dalam kereta Waja tersebut
yang dipandu oleh perayu kedua dan dinaiki bersama oleh perayu
pertama pada malam kejadian pembunuhan itu. Keduanya, tiada
penjelasan dari pihak pembelaan mengenai fakta arahan perayu kedua
kepada ibunya, SP6 untuk membuang parang P39A yang kemudiannya
dibuang oleh SP6 ke dalam telaga buruk di belakang rumah perayu
kedua. Arahan itu telah diberikan oleh perayu kedua melalui panggilan
telefon kepada SP6 ketika perayu kedua sedang berada di Kuala
Lumpur.
[50] Pihak polis yang mengambil tindakan susulan telah menemui dua
bilah parang di dalam telaga yang ditunjukkan oleh SP6. Selain P39A,
pihak polis turut menemui sebilah pedang samurai P38A dalam perigi
yang sama. Juga tiada penjelasan daripada perayu kedua walaupun
P38A tiada berkaitan secara langsung dengan kes pembunuhan
terhadap Simati. Inferen boleh dibuat berdasarkan kepada keterangan
fakta yang sama (similar fact evidence) bahawa P38A turut telah
MRJ NO:J-05(M)-314-08/2016 & No:J-05(M)-316-08/2016
36
digunakan dalam satu kesalahan yang lain. Menurut SP6, P38A telah
beliau campakkan ke dalam telaga yang sama atas arahan anaknya
perayu kedua pada satu masa sebelum kejadian pembunuhan Simati ini
berlaku.
[51] Keseluruhan keterangan telah dipertimbangkan oleh hakim bicara
dan beliau mendapati pembelaan perayu-perayu telah gagal untuk
menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pihak
pendakwaan. Sebaliknya, hakim bicara mendapati pihak pendakwaan
telah berjaya membuktikan pertuduhan terhadap perayu-perayu
melampaui sebarang keraguan yang munasabah. Keputusan hakim
bicara di m/s 360 RR Jld.2A, seperti berikut:
“Adalah dapatan Mahkamah ini bahawa versi yang dikemukakan oleh
pihak pembelaan gagal untuk menimbulkan sebarang keraguan ke atas
kes pendakwaan kerana dengan keterangan yang diberikan oleh
Tertuduh 1 dan 2 dan juga SB2 tidak dapat dipercayai atau meyakinkan
Mahkamah ini. Secara keseluruhan Tertuduh 1 dan 2 hanya membuat
dalih dan penafian terhadap soalan-soalan yang dikemukakan oleh
TPR dan tidak dapat menggugat keterangan-keterangan terus dan
dokumentari yang telah dinilai oleh Mahkamah ini atas maximum
evaluation sebelum ini.”
MRJ NO:J-05(M)-314-08/2016 & No:J-05(M)-316-08/2016
37
[52] Berdasarkan Rekod Rayuan, kami bersetuju dengan dapatan dan
keputusan hakim bicara. Kami mendapati hakim bicara tidak khilaf
dalam membuat pertimbangan terhadap pembelaan perayu-perayu
apabila memutuskan pembelaan perayu-perayu telah gagal untuk
menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah terhadap kes pihak
pendakwaan.
Keberatan Keterangan P102 dan P103 [53] Peguam bela perayu kedua menghujahkan hakim bicara gagal
untuk mengambil kira bahawa percakapan P102 dan P103 telah tidak
diuji dalam soal-balas, terdapat kelompangan dan percanggahan dalam
keterangan tersebut. Selain itu dihujahkan juga bahawa hakim bicara
telah gagal untuk mengambilkira Ponnusamy dan adiknya turut
ditangkap dalam kes ini menjadikan mereka saksi yang mempunyai
kepentingan. Hujahan peguam bela atas isu ini hanya sepintas lalu
tanpa merujuk kepada mana-mana bahagian keterangan yang dikatakan
bercanggah dan lompang. Walau apapun pada pandangan kami seperti
dinyatakan oleh hakim bicara dalam keputusannya di m/s 360 RR Jld.
2A, hakim bicara telah membuat pertimbangan secara maksima
keseluruhan keterangan dan telah menerima P102 dan P103 dengan
MRJ NO:J-05(M)-314-08/2016 & No:J-05(M)-316-08/2016
38
berhati-hati dan telah menerima keterangan itu setelah mendapati lain-
lain keterangan sokongan yang gagal dijelas dan gagal dipatahkan oleh
pihak pembelaan.
Pembelaan Alibi Perayu-Perayu [54] Peguam bela perayu kedua berhujah, hakim bicara telah gagal
untuk membuat pertimbangan kepada pembelaan alibi perayu kedua.
Kami mendapati alasan keputusan oleh hakim bicara diakhir kes
memang langsung tidak menyebut mengenai pembelaan alibi perayu
kedua. Walaupun begitu, kami mendapati hakim bicara telah menerima
masuk keterangan dalam P102 dan P103. Antara lain keterangan yang
telah disampaikan oleh saksi Ponnusamy dan Yogesvaran adalah
bahawa mereka melihat Simati berada bersama perayu-perayu dalam
kereta Waja tersebut sebaik sebelum kejadian pembunuhan ini berlaku.
Dua saksi tersebut melihat kereta Waja tersebut mengekori motosikal
yang dinaiki oleh dua saksi tersebut sebelum kereta Waja tersebut
hilang dari pandangan dua saksi apabila sampai di satu selekoh
berhampiran Sekolah Menengah dimana di sana terdapat satu simpang
yang menuju kearah Taman Rekreasi Jamaluang dimana mayat Simati
telah ditemui. Saksi-saksi dalam P102 dan P103 pasti dalam kereta
Waja tersebut dinaiki oleh perayu-perayu dan Simati. Identiti perayu-
MRJ NO:J-05(M)-314-08/2016 & No:J-05(M)-316-08/2016
39
perayu adalah jelas kepada Ponnusamy dan Yogesvaran. Kereta Viva
Simati telah ditinggalkan dan ditemui di gelanggang bola keranjang di
Mersing Kecil.
[55] Perayu kedua telah memberi keterangan yang terjumlah kepada
pembelaan alibi dan telah memberi notis alibi. Perayu kedua
menyatakan antara 12.30 tengah malam hingga 5.00 pagi beliau berada
di rumahnya dan beliau menamakan ibunya sebagai saksi alibi.
Manakala perayu pertama langsung tidak mengemukakan sebarang
notis alibi walaupun pembelaan beliau melalui keterangannya sendiri
dan keterangan bapanya, SD2 berbentuk pembelaan alibi.
[56] Kedudukan undang-undang mengenai pembelaan alibi dalam
kedua-dua situasi melibatkan perayu pertama dan perayu kedua telah
dibincangkan dan diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes
Duis Akim & Ors v. PP [2013] 9 CLJ 692. Dalam situasi identiti perayu-
perayu telah jelas dan dicamkan oleh saksi-saksi SP9, Ponnusamy dan
Yogesvaran, notis alibi dan pembelaan alibi oleh perayu-perayu akan
gugur dengan sendirinya. Kedudukan perayu pertama lebih teruk
kerana beliau gagal untuk memberikan sebarang notis alibi. YAA
MRJ NO:J-05(M)-314-08/2016 & No:J-05(M)-316-08/2016
40
Richard Malanjum HB (Sabah & Sarawak) dalam menyampaikan
penghakiman Mahkamah Persekutuan menyatakan seperti berikut:
“(82) However, alibi could not prevail over the positive identification of
an accused person especially so in the face of categorical statements
coming from credible witnesses who had no ill motives in testifying.
[83] Thus, in Mutachi Stephen v. Uganda ([2003] UGCA 9) the
accused said that on the night the offence took place he was already
asleep with his wife. However, there was a witness who had positively
identified him. As such his alibi collapsed. He has been squarely put at
the scene of crime.
[84] Similarly in the present case, it was the finding of the learned trial
judge, which we agree, that the appellants had been positively identified
by PW1. As such, the alibi defence of the first and second appellants
collapsed. And since the third appellant did not rely on alibi it was
therefore not relevant to him. Yet the learned trial judge appeared to
have also allowed the defence of alibi for the third appellant.
[85] Interestingly, we note that all the appellants claimed to be
together that night yet the third appellant did not find it necessary to
plead alibi as his defence. And it should also be noted that a senior
counsel represented him right from the beginning of the case. Basically
his defence was on of bare denial. But upon being positively identified
his denial collapsed as well.
MRJ NO:J-05(M)-314-08/2016 & No:J-05(M)-316-08/2016
41
[86] Accordingly, for the above reasons there is no necessity for us to
deal with the alibi defence but merely to consider whether the
prosecution had established its case beyond reasonable doubt in order
to uphold the convictions of the appellants.”
[57] Ingin kami tekankan prinsip undang-undang mantap mengenai
pendekatan Mahkamah dalam membuat penilaian dan keputusan
terhadap penerimaan pembelaan alibi. Pendekatan yang betul ialah
dengan mempertimbangkan pembelaan alibi bersama dengan
keseluruhan keterangan yang berada di hadapan Mahkamah dan tidak
mempertimbangkan pembelaan alibi secara berasingan.
[58] Dalam kes terhadap perayu-perayu, jika keseluruhan keterangan
dinilai secara total dengan ujian penilaian yang maksima, terdapat
keterangan mengikut keadaan yang cukup kuat melalui keterangan
P102 dan P103 yang disokong oleh keterangan dari SP9, keterangan
penemuan dua bilah parang, kereta Waja yang ada kesan darah Simati,
puntung rokok mengandungai DNA perayu kedua di tempat kejadian
sudah cukup untuk membuktikan kebersalahan perayu-perayu atas
pertuduhan melampaui sebarang keraguan yang munasabah. Kami
MRJ NO:J-05(M)-314-08/2016 & No:J-05(M)-316-08/2016
42
bersetuju dengan dapatan hakim bicara bahawa pembelaan alibi
perayu-perayu adalah gagal dan tidak dapat dipertahankan.
Keterangan mengikut keadaan [59] Peguam bela berhujah, hakim bicara gagal untuk membuat
pertimbangan secara maksima dan gagal untuk memutuskan
keterangan mengikut keadaan yang dikemukakan oleh pihak
pendakwaan telah gagal untuk membuktikan kebersalahan perayu-
perayu. Kami tidak bersetuju. Setelah meneliti Rekod Rayuan dan
berdasarkan keterangan-keterangan yang berada di hadapan
Mahkamah sebagaimana yang telah kami bincangkan diawal
penghakiman ini, kami mendapati hakim bicara tidak terkhilaf apabila
mensabitkan perayu-perayu dengan pertuduhan.
Kelewatan barang-barang kes diserahkan kepada Ahli Kimia untuk dianalisa [60] Isu ini telah ditimbulkan oleh peguam bela perayu kedua. Melalui
keterangan ahli kimia, SP12, saksi telah menerima sejumlah 37 barang
kes pada 19.2.2013 daripada SP17. Barang-barang diserah kembali
kepada SP12 pada 13.6.2013. Barang-barang kes tersebut telah
MRJ NO:J-05(M)-314-08/2016 & No:J-05(M)-316-08/2016
43
dirampas dan dikumpulkan diantara 4.1.2013 hingga 11.1.2013. Oleh
itu terdapat kelewatan selama 45 hari yang gagal dijelaskan oleh pihak
pendakwaan.
[61] Setelah meneliti Rekod Rayuan, kami mendapati keterangan
menunjukkan bahawa barang-barang kes telah dirampas oleh SP17 dari
pelbagai tempat termasuk dari tempat mayat Simati ditemui, dari rumah
perayu-perayu dan tempat-tempat lain. Barang kes terakhir ditemui
termasuk parang P38A dan P39A telah ditemui dari rumah perayu
kedua pada 11.1.2013. Kesemua barang kes telah diserahkan oleh
SP17 kepada Pegawai Penyiasat, SP18 secara berperingkat-peringkat.
Kami mendapati peguam bela perayu-perayu langsung tidak pernah
menyoal balas SP17 dan SP18 mengenai kelewatan serahan barang
kes kepada SP12. Saksi SP12 juga tidak disoal-balas apakah kesan
terhadap kelewatan serahan barang kes tersebut terhadap hasil analisa
yang SP12 telah jalankan. Walaupun begitu peguam bela perayu kedua
ada menimbulkan isu mengenai kelewatan ini dalam hujahan bertulis
beliau di Mahkamah bawahan (lihat m/s 659 RR Jld.4 dan di m/s 755
RR Jld.4) di kedua-dua peringkat perbicaraan.
MRJ NO:J-05(M)-314-08/2016 & No:J-05(M)-316-08/2016
44
[62] Kami tidak bersetuju dengan hujahan peguam bela perayu kedua
bahawa ketiadaan penjelasan terhadap kelewatan dalam penyerahan
barang-barang kes untuk analisa oleh ahli kimia sebagai fatal terhadap
kes pihak pendakwaan. SP12 tidak disoal mengenai kelewatan telah
menyebabkan hasil penganalisaan oleh SP12 menjadi tergugat dan
tidak tepat. SP12 hanya menyatakan sekiranya barang kes terdedah
terlalu lama, dikendalikan dengan tanpa memakai sarung tangan dan
terendam di dalam air (P38A dan P39A) menjadikan barang kes
tercemar dan penganalisaan sukar dijalankan. Barang-barang kes
penting seperti puntung rokok, parang yang ditemui di tempat kejadian
dan kesan darah atas pelapik kereta Waja tersebut telah berjaya
dianalisa dengan sempurna dan mencapai keputusan seperti
diterangkan oleh SP12 dalam keterangannya. Kami tidak mendapati
sebarang prejudis atau kegagalan keadilan terhadap perayu-perayu
dalam kes ini akibat kelewatan serahan barang-barang kes kepada ahli
kimia untuk dianalisa. Kami dapati hujahan peguam bela perayu kedua
atas isu ini tidak bermerit.
MRJ NO:J-05(M)-314-08/2016 & No:J-05(M)-316-08/2016
45
Konklusi [63] Atas alasan-alasan yang telah kami sebutkan, kami mendapati
rayuan perayu-perayu tidak mempunyai sebarang merit. Sabitan
terhadap perayu-perayu adalah selamat dan disokong oleh keterangan
yang berada di hadapan Mahkamah. Dengan itu, rayuan perayu-perayu
ditolak. Sabitan dan hukuman oleh Mahkamah Tinggi disahkan dan
dikekalkan.
Bertarikh: 24 Ogos 2017
t.t ………………………………. (KAMARDIN BIN HASHIM)
Hakim Mahkamah Rayuan Malaysia
Peguam cara: Bagi Pihak Perayu Pertama: Gobind Singh Deo (Mohd Haijan Omar, bersamanya) Tetuan Gobind Singh Deo & Co. No. 5, Tingkat 2, Jalan Setiapuspa Medan Damansara 50490 Kuala Lumpur.
MRJ NO:J-05(M)-314-08/2016 & No:J-05(M)-316-08/2016
46
Bagi Pihak Perayu Kedua: Rajehgopal Velu Tetuan Rama Velu & Associates Room 203, Tingkat 2, Jalan Besar Bumiputra Commerce Building Kuala Langat 42700 Banting Bagi Pihak Responden: Ku Hayati binti Ku Haron Timbalan Pendakwa Raya Jabatan Peguam Negara Putrajaya.