Post on 18-Aug-2015
Kepada Sesiapa Yang Berkenaan,
MEMOHON SUMBANGAN / DERMA UNTUK TUJUAN PROGRAM R.A.I.N.B.O.W
BERSAMA ANAK-ANAK YATIM DI PANTI SOSIAL ASUHAN ANAK, INDONESIA
Perkara di atas dirujuk.
2. Untuk makluman pihak Dato‟ / Datuk / Datin / Tuan / Puan / Encik / Cik, Pelajar Perubatan
Tahun Satu Program Berkembar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) – Universitas Padjadjaran
Indonesia (Unpad) akan menganjurkan sebuah program khidmat masyarakat di Panti Sosial Asuhan
Anak bersama anak-anak yatim di Bandung, Indonesia.
3. Program ini bertujuan utama untuk membantu anak-anak yatim di Panti Sosial Asuhan Anak
untuk membersihkan serta mencantikkan tempat kediaman mereka. Ini disebabkan oleh keadaan
anak-anak yatim di Indonesia sedikit berbeza dengan anak-anak yatim di Malaysia dan mereka amat
memerlukan pertolongan dari segi penjagaan kebersihan. Objektif program kami adalah untuk
membersihkan kawasan Panti Sosial Asuhan Anak dengan mengadakan gotong-royong serta
membina mural untuk menceriakan kawasan tersebut.
4. Program kami juga bukan sahaja tertumpu kepada kebersihan sahaja, malahan dari segi
pendidikan dan kesihatan. Kami juga akan mengadakan sesi LDK mengenai penjagaan kesihatan yang
berkait rapat dengan kebersihan melalui aktiviti mencuci tangan dengan cara yang ditetapkan oleh
World Health Organization (WHO) disamping menyampaikan pengisian mengenai serangan penyakit
demam denggi, serangan parasit dan cacing serta membantu mereka dalam penyediaan langkah
berjaga-jaga daripada serangan penyakit tersebut. Hal ini diharap dapat membantu meningkatkat
kesedaran dalam diri ahli Panti Sosial Asuhan Anak tentang penjagaan diri dari aspek kebersihan.
5. Butiran program khidmat masyarakat ini adalh seperti berikut;
Program : R.A.I.N.B.O.W
Lokasi : Panti Sosial Asuhan Anak
Tarikh : 8 Disember 2013
Masa : 0600 – 1700
Bilangan Ahli UKM-Unpad : 36 orang
Bilangan Ahli Pusat Asuhan : 35 orang
6. Sehubungan dengan ini, saya memohon budi dan jasa baik daripada pihak Dato‟ / Datuk /
Datin / Tuan / Puan / Encik / Cik agar dapat menghulurkan sejumlah sumbangan yang akan
membantu menjayakan program khidmat masyarakat ini. Untuk pengetahuan pihak Dato‟ / Datuk /
Datin / Tuan / Puan / Encik / Cik, pihak kami kekurangan sebanyak RM 3,000 (Ringgit Malaysia tiga
ribu) dalam menjayakan program ini. Sebarang sumbangan berbentuk wang ringgit boleh disalurkan
melalui „online banking‟ di dalam akaun Timbalan Ketua Pengarah (2) Program, Niezamudin bin
Hushin yang bernombor 0108-004-060-8528 (Bank CIMB Berhad).
7. Sekiranya pihak Dato‟ / Datuk / Datin / Tuan / Puan / Encik / Cik memiliki sebarang
kemusykilan mengenai program ini, pihak Dato‟ / Datuk / Datin / Tuan / Puan / Encik / Cik boleh
menghubungi Ketua Pengarah Program R.A.I.N.B.O.W, Amir Thaqiff bin Hamzah di talian
+6281910170952 atau melalui emel, amirthaqiff@gmail.com ataupun Timbalan Ketua Pengarah (2),
Zuhur Al Hayat binti Saleh Mohamed Garbaa di talian +6287821189217 emel,
zuhurelle@yahoo.com
8. Bersama dengan surat ini disertakan angaran belanjawan untuk program khidmat masyarakat
R.A.I.N.B.O.W di Pusat Asuhan sebagai bahan rujukan pihak Dato‟ / Datuk / Datin / Tuan / Puan /
Encik / Cik. Kerjasama daripada pihak Dato‟ / Datuk / Datin / Tuan / Puan / Encik / Cik amatlah kami
hargai dan didahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
PERBELANJAAN PROJEK R.A.I.N.B.O.W
BIRO ANGGARAN JENIS
PERBELANJAAN
ANGGARAN
PERBELANJAAN
Biro Protokol dan Acara
Majlis Peralatan Modul
Sumbangan kepada pihak Panti
Sosial Asuhan Anak
(Barangan dapur)
Hadiah
Alatan untuk LDK Universal
Awareness
- “Hand soap” (bottle)
- “Hand soap” (refill)
- “Hand sanitizer”
- Tisu
JUMLAH
IDR 150,000
IDR 3,000,000
IDR 350,000
IDR 15,000
IDR 13,000
IDR 20,000
IDR 15,000
= IDR 3,563,000
RM 50.00
RM 1,000.00
RM 116.00
RM 5.00
RM 4.50
RM 6.50
RM 5.00
= RM 1187.00
Biro Multimedia Banner
Poster
Pamplet
Tag nama
PA System
JUMLAH
IDR 300,000
IDR 90,000
IDR 30,000
IDR 75,000
IDR 2,000,000
= IDR 2,495,000
RM 100.00
RM 30.00
RM 10.00
RM 25.00
RM 666.000
= RM 901.00
Biro Makanan Sarapan Pagi
Makan Tengahari
Minum Petang
Makan Malam
VIP
JUMLAH
IDR 560,000
IDR 760,000
IDR 560,000
IDR 600,000
IDR 60,000
= IDR 4,000,000
RM 190.00
RM 254.00
RM 187.00
RM 200.00
RM 20.00
= RM 1333.00
Biro Logistik dan
Pengangkutan Alatan mengecat
(Berus, roller, bekas cat,
minyak tanah)
Cat dinding
Peralatan gotong-royong
(Penyapu, peyapu lidi, plastik
sampah, penyodok sampah,
sarung tangan)
Pengangkutan bas
JUMLAH
IDR 2,000,000
IDR 3,000,000
IDR 500,000
IDR 1,000,000
= IDR 6,500,000
RM 667.00
RM 1000.00
RM 167.00
RM 333.00
= RM 2167.00
Biro Keselamatan First Aid Kit
Emergency
JUMLAH
IDR 120,000
IDR 1,000,000
= IDR 120,000
RM 40.00
RM 333.00
= RM 373.00
JUMLAH PERBELANJAAN KESELURUHAN IDR 17,678,000 RM 5,961