Post on 03-Feb-2018
HHHC 9401 Kemahiran Nilai, Sikap, Etika dan Profesionalisme
Tajuk:
Isu Penipuan Dalam Perniagaan Atas Talian
Nama : Lim Shye Harn (A145656)
Nuradila binti Mohd Adnan (A145658)
Syahidatun Najwa binti Abu Zahid (A145676)
Zulfazri binti Ismail (A145902)
Amnur Rodahniah binti Amir (A145563)
Pensyarah : Encik Lim Seng Joe
1HHHC 9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME
PengenalanMembeli belah secara talian / melalui alam maya (online shopping) bukanlah dianggap
perkara yang baru kerana dengan adanya penciptaan telefon pintar dan kemajuan dalam industri
teknologi maklumat, segala-galanya hanya di hujung jari. Pembelian secara ‘online’ menjadi
trend yang semakin menular dalam kalangan masyarakat tempatan terutamanya golongan wanita
dan ketika musim perayaan.
“Pembelian secara ‘online’ mencatatkan peningkatan mengejut sebanyak kira-kira empat
kali ganda sejak tiga tahun lalu." Zeffri Yusof, Ketua Komunikasi dan Perhubungan Awam
Malaysia, Pakistan dan Bangladesh, Google Malaysia.
Seiring dengan perubahan gaya hidup yang semakin sibuk, cara membeli secara ‘online’
kini semakin menerima sambutan. Dengan itu, online shopping dipilih sebagai langkah mudah
untuk berbelanja mendapatkan barang keperluan tanpa perlu beratur panjang di kaunter pusat
membeli-belah.
Pembelian secara ‘online’ juga membuka peluang kepada pembeli untuk mendapat
barangan edisi terhad atau tidak dijual di negara ini secara eksklusif, dan sesetengahnya
ditawarkan dengan harga lebih murah.
Namun, di sebalik kebaikannya terselit juga beberapa keburukan membeli belah secara
‘online’. Antara isu yang hangat diperkatakan mengenai pembelian secara ‘online’ adalah
mengenai kes penipuan yang dilakukan oleh sesetengah pihak yang mempunyai sikap tidak
bertanggungjawab dan hanya mahu mengaut keuntungan semata mata. Dengan bertambahnya
laman web jual beli secara ‘online’, contohnya melalui Facebook, isu ini menjadi semakin
meningkat.
Ada kalanya barang yang dijual tidak seperti yang dipaparkan di dalam gambar, kualiti
yang rendah berbanding harga yang ditawarkan, barang yang dijual tidak asli atau mudah rosak,
barangan yang dibeli tidak sampai tetapi duit yang dibayar lesap begitu sahaja serta pelbagai lagi
penipuan yang sering terjadi. Hal ini menyebabkan pembeli terpaksa menanggung risiko atau
kerugian yang tinggi.
2HHHC 9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME
Scenario Penipuan dalam Perniagaan atas TalianPenipuan dalam perniagaan sering berlaku melalui Facebook di mana mangsa sasaran
adalah tidak terpikat pada umur, bangsa mahupun jantina. Kes penipuan ini juga dikenali sebagai
‘scam’ yang dilaporkan kerap berlaku di Malaysia. Berikut adalah gambar-gambar yang dipetik
daripada laman sesawang Facebook yang memperlihatkan teknik penipuan peniaga-peniaga
online ini.
Melihat gambar di atas, sebelah kanan di atas menunjukkan laman Facebook yang
diwujudkan oleh scammer dan bahagian kiri merupakan komen mangsa tertipu dalam bahasa
Mandarin. (Ini merupakan kisah benar yang dialami oleh seorang rakan).
Secara umumnya, scammer gemar membuka ‘page’ sendiri di Facebook dan berkongsi
gambar-gambar produk yang akan ditawarkan. Mereka akan mempromosikan barangan tersebut
dengan menokok tambah ciri-ciri barang jualannya. Selain itu, mereka akan menggunakan
pelbagai alternatif untuk meningkatkan jumlah pengikut laman tersebut untuk mempertingkatkan
kepercayaan pelanggan dan pada masa yang sama menghapuskan keraguan pembeli yang
bimbang ditipu. Pembeli yang membuat pesanan akan diminta membayar melalui kaedah bank in
atau transaksi atas talian dan menangkap gambar resit sebagai bukti. Teknik ini seumpama
penjual yang lain. Selepas menghantar gambar bukti kepada penjual, pihak mereka akan
3HHHC 9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME
mengesahkan bahawa produk tersebut telah dikirim beberapa hari kemudian dan meminta
pembeli bersabar sementara menunggu. Namun, barang dibeli tidak akan tiba. Apabila
membangkitkan persoalan tersebut, pihak pembeli tidak akan memberi respons dan semua
komen akan dihapuskan secepat mungkin.
4HHHC 9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME
Bukti Penipuan
Penjelasan oleh mangsa penipuan yang berasal daripada Indonesia. Penipuan atas talian
berlaku secara berleluasa tanpa sempadan negara.
5HHHC 9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME
Banyak negara yang mengalami masalah dalam menangani penipuan dalam penjualan
secara atas talian antaranya Indonesia. Gambar di atas menunjukkan salah satu pos yang telah
diambil di dalam Facebook tentang penipuan ini.
Penipuan melalui Facebook.
6HHHC 9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME
Teknik-Teknik Penipuan Perniagaan atas Talian
1. Penawaran harga barang yang begitu murah sehingga dapat mempengaruhi seseorang untuk
membelinya.
2. Sesuatu perniagaan itu tidak menyatakan maklumat-maklumat yang sahih di perniagaan
mereka seperti alamat perniagaan, nombor telefon yang boleh dihubungi dan lain-lain.
3. Peniaga menipu pelanggan dengan menyuruh pelanggan tersebut melakukan bayaran
deposit dalam satu jumlah yang banyak. Selain itu, apabila pelanggan sudah melakukan
pembayaran, barang yang dibeli tidak sampai kerana perniagaan itu tidak wujud.
4. Penjual ataupun “scammer” akan memberi butiran peribadi mereka seperti nombor kad
pengenalan sebagai jaminan yang mereka tidak menipu pelanggan untuk mengaburi
kepercayaan pelanggan.
5. Seseorang akan menerima mesej yang menyatakan individu tersebut memenangi hadiah atau
pun peraduan. Akan tetapi, sebelum menerima hadiah, individu tersebut harus melakukan
sesuatu bayaran.
6. Penjual itu menggunakan nama seseorang yang sangat berpengaruh dan terkenal untuk
menarik perhatian pelanggan untuk membeli produk mereka.
7. Penipuan melalui e-mel dan online classified yang dilakukan oleh scammers. Contohnya
pengguna akan mendapat iklan online yang di promosikan melalui Google, Yahoo dan
sebagainya.
7HHHC 9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME
Cara Menangani Isu Penipuan di Internet1. Tindakan pihak kerajaan
Menubuhkan unit pencegahan jenayah siber
Melatih ramai pakar dalam bidang Information Technology (IT).
Melatih kakitangan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta
beberapa pekerja terpilih di bank-bank dalam negara ini dengan kemahiran dalam bidang
forensik komputer bagi menyiasat dan menganalisis data untuk mendapatkan bukti kukuh
mengenai sesuatu laporan penipuan.
Kerjasama kerajaan dengan syarikat yang ingin memulakan perniagaan e-dagang. Mereka
dinasihatkan untuk mengambil langkah keselamatan terlebih dahulu.
Mengkaji hukuman bagi jenayah tersebut yang sedia ada supaya hukuman berbentuk
pemulihan dijalankan agar kepakaran penjenayah siber dapat digunakan dengan cara yang
baik
Pemantauan pihak berkuasa di alam siber dengan kerjasama SKMM dan Cyber Security
Malaysia.
Menerapkan pengetahuan mengenai jenayah siber kepada pelajar sekolah dan masyarakat
melalui sesi ceramah, kempen, media elektronik dan media massa bagi melahirkan
masyarakat celik teknologi.
2. Tindakan individu atau pembeli barangan di internet
Mengetahui maklumat peribadi penjual atau syarikat seperti nama, alamat, e-mail, nombor
telefon dan nombor kad pengenalan.
Mengkaji mengenai produk, program atau sistem yang diperkenalkan seperti kesan
sampingannya jika ingin membeli produk kecantikan. Melihat testimoni di internet yang
telah membeli dan menggunakan produk berkenaan. Pastikan “rate” yang diberikan oleh
pelanggan adalah tinggi. Lihat iklan dan page jualan tersebut untuk lebih mengetahui sikap
penjual dan maklumat lengkap perniagaannya.
Meminta pendapat orang lain sebelum membeli sesuatu produk terutama barangan bernilai
tinggi atau mengikuti sebarang program yang memerlukan pelaburan wang.
8HHHC 9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME
Jika terdapat sebarang kebimbangan atau keraguan, jangan malu untuk bertanya kepada
peniaga tersebut atau orang yang lebih mengetahui dan jangan takut untuk membuat
laporan kepada pihak berwajib jika terjadi penipuan di internet.
Jangan terburu-buru membuat pembelian. Bandingkan harga di internet, kedai-kedai atau
peniaga barangan online yang lain.
Jika ingin membeli kenderaan, atau seumpamanya, mintalah untuk melihat keadaan
barangan tersebut terlebih dahulu supaya ia masih dalam keadaan baik dan bukan barangan
curi.
Jika barang yang dijual adalah grey set atau tiada waranti, pastikan harganya jauh lebih
murah. Sekiranya membeli kamera second hand yang masih dalam waranti, pastikan
mendapat sekali kotak dan kad waranti berserta resit belian.
Jika membeli barangan elektronik, pastikan ada COD atau Cash on Delivery. Ini adalah
untuk mengelakkan pembeli menerima barangan yang telah rosak. Sebelum melakukan
pembayaran, uji dahulu fungsi barang tersebut agar harga yang ditawarkan seiring dengan
keberkesanan fungsi alat itu. Pastikan juga COD dilakukan di tempat yang terbuka dan
ditemani rakan agar keselamatan terjamin.
Seeloknya, belilah barangan dari peniaga yang menawarkan pengembalian wang sekiranya
barang yang sampai kepada penerima adalah tidak elok.
Lakukan pembayaran dengan betul iaitu tentukan nama peniaga, bank yang digunakan,
nombor akaun peniaga, tarikh dan masa pembayaran, cara barangan dihantar dan jumlah
duit yang dibayar adalah lengkap. Pastikan pembeli menyimpan slip pembayaran untuk
dijadikan sebagai bukti jika berlaku sebarang penipuan.
9HHHC 9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME
Saranan kepada Pengguna Internet
1. Pembeli harus mencari informasi tentang peniaga yang menjual online di internet. Contoh
informasi yang boleh diperoleh adalah nama peniaga, alamat, nombor telefon dan
sebagainya.
2. Pembeli harus memeriksa tentang laman sesawang penjual untuk memastikan perniagaan itu
wujud ataupun tidak. Lebih baik jika kita mencari testimoni – testimoni tentang perniagaan
tersebut.
3. Pembeli harus berhati-hati dengan mesej yang di beri oleh penjual yang mana penjual
meminta butiran peribadi tentang si pembeli.
4. Pembeli tidak harus sewenang-wenangnya memberi wang pendahuluan atau down payment
dalam jumlah yang besar untuk memastikan si peniaga tidak melakukan sebarang penipuan.
5. Pembeli harus melebihkan kaedah COD (cash on delivery) untuk memastikan kepuasan
apabila melihat barang dan keadaan barang yang ingin dibeli.
6. Pembeli harus memastikan produk-produk yang dijual mendapat pengiktirafan dari pihak
yang berkaitan.
Rujukan1. Irfan Khairi. 2010. Formula mengelak penipuan scam-“NO SCAM”:
http://www.irfankhairi.com/blog/tip-kewangan/formula-mengelak-penipuan-scam-no-
scam/
2. Afiq Hanif. 2013. Wanita paling mudah ditipu:
http://www2.hmetro.com.my/articles/Wanitapalingmudahditipu/Article
3. Shahabudeen Jalil. 2012. Skim Penipuan Internet Dengan Cara Order Barang Dari
Supplier: http://www.shahabudeenjalil.com/2012/05/skim-penipuan-internet-dengan-
cara-order-barang-dari-supplier/