Post on 16-Jan-2016
description
1.0 Pengenalan
Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai masyarakat majmuk, terdiri
daripada tiga kaum yang utama iaitu kaum Melayu, Cina dan India. Di samping itu juga
bangsa-bangsa lain yang turut menyumbang kepada kemajmukan di negara ini seperti
suku kaum di Sabah dan Sarawak, masyarakat Orang Asli, kaum Sikh, Baba dan
Nyonya, kaum Serani, kaum Siam dan lain-lain lagi. Sebagai sebuah masyarakat yang
majmuk, kepelbagaian telah wujud merangkumi semua aspek iaitu aspek agama, adat
resam, ekonomi, politik dan budaya.
Kepelbagaian kaum ini mewujudkan perbezaan antara individu. Henson dan Eller
(1999), dalam bukunya Educational Psychology for Effective Teaching, pula
menerangkan perbezaan individu merujuk kepada ciri-ciri atau sifat-sifat manusia yang
mempunyai potensi sama ada memajukan keupayaan seseorang (contohnya seperti
optimistik, sentiasa berani mencuba) atau membataskan keupayaan seseorang untuk
belajar dalam persekitaran sekolah (contohnya seperti takut melakukan kesilapan, takut
bertanya).
Menurut Sharifah Alwiah Alsagoff(1986), perbezaan individu ini merupakan
perbezaan ciri-ciri fizikal, ciri-ciri kecerdasan mental, social, emosi dan moral.
Berdasarkan pendapat-pendapat di atas, dapat dirumuskan bahawa aspek-aspek
perbezaan individu adalah seperti berikut: Jantina, Fizikal, Kognisi, Personaliti, Gaya
Kognitif dan Gaya Belajar Kesihatan Sosial, Bangsa/Bahasa
Sekolah merupakan satu institusi pendidikan formal yang menempatkan semua
kaum untuk mendapat pendidikan berperanan besar untuk menyatukan perbezaan
individu kearah memaksimumkan tahap pencapaian. Pendidikan ialah satu proses
pemerolehan ilmu pengetahuan dan kemahiran serta penerapan nilai-nilai sosial yang
berterusan merupakan agen yang sangat berkesan untuk membina warganegara
Malaysia yang bertanggungjawab, berakhlak mulia dan bersatu padu. Pendidikan
bertujuan untuk menggalakkan perkembangan individu yang seimbang melalui
perkembangan jasmani, rohani, intelek, emosi dan moral.
2.0 Analisis Implikasi Kepelbagaian Sosio-Budaya Terhadap
Pengajaran
Kepelbagaian sosiobudaya akan memberi impak ataupun implikasi tersendiri
kepada sesebuah organisasi. Kepelbagaian sosiobudaya ini turut dirasai di peringkat
pengurusan kelas meliputi implikasi terhadap guru, murid dan sekolah. Kegagalan guru,
murid serta sekolah dalam menghadapi kepelbagaian sosial ini akan menggagalkan
konsep 1Malaysia yang dicanangkan oleh pucuk pimpinan negara. Hal ini kerana,
sekolah merupakan tunjang atau umbi kepada 1Malaysia di mana penerapan nilai-nilai
murni dan aspirasi seperti yang termaktub dalam konsep 1Malaysia akan bermula di
peringkat sekolah.
Guru.
Menurut Mok Soon Sang (2002), guru bukan hanya menyampaikan ilmu
pengetahuan semata-mata,tetapi juga menanam sikap, nilai dan sahsiah yang
sempurna dan mematuhi peraturan masyarakat. Bertepatan dengan itu, guru perlu
bersedia dengan kepelbagaian sosiobudaya murid yang datangnya daripada pelbagai
kelas sosial dan kaum. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, perbezaan kelas
sosial dan kaum ini perlu diketepikan dan semua murid perlu di layan dengan sama rata
tanpa mengambil kira kelas sosial dan kaum mereka. Guru juga perlu peka terhadap
pembentukan kumpulan agar tidak berlaku kumpulan yang berasaskan kelas sosial dan
kaum. Ini kerana kumpulan yang mempunyai murid yang berlainan kelas sosial dan
kaum akan menggalakan interaksi serta pergaulan yang sihat. Latar belakang serta
budaya hidup mereka yang berbeza akan mempengaruhi pemikiran serta pandangan
mereka.
Sebagai contoh, murid yang beragama islam dan murid beragama budha
pastinya mempunyai pandangan tersendiri terhadap agama dan budaya mereka. Oleh
hal demikian, guru perlu peka dengan perbezaan pemikiran itu dan mendengar segala
pandangan atau idea yang murid sampaikan. Guru pelu memberi respon dan ulasan
yang positif yang boleh menyebabkan mereka saling menghormati dan sedia
mendengar pandangan sahabat mereka. Respon yang baik daripada guru akan
meningkatkan pemahaman mereka dan meningkatkan perasaan ingin tahu dalam diri
murid. Di samping itu, guru juga perlu menekankan budi bahasa dan tutur kata yang
sopan ketika menyampaikan pandangan bersesuaian dengan nilai-nilai murni. Di dalam
kelas, guru perlu mengelakkan diskriminasi kaum agar murid daripada kaum lain tidak
merasakan diri mereka dipinggirkan oleh guru dan muri-murid lain. Perancangan proses
pengajaran dan pembelajaran perlulah seiring dan sesuai dengan semua agama, nilai
dan kepercayaan mereka. Bahasa pengantar juga perlu diberi penekanan serius oleh
guru.
Murid.
Kepelbagaian sosio budaya ini turut memberi kesan kepada murid. Murid-murid
mempunyai pendirian tersendiri hasil daripada pengaruh budaya, agama dan
persekitaran. Oleh itu, kewujudan murid pelbagai kaum dan sosio budaya di dalam
kelas menjadikan mereka prejudis terhadap murid yang berbeza daripada gaya hidup
mereka. Maka, murid perlu dibersihkan minda dan fahaman mereka terhadap rakan-
rakan mereka yang berlainan agama, budaya dan jantina agar tidak ada jurang antara
mereka bagi memudahkan proses pembelajaran. Penggunaan bahasa standard perlu
diamalkan oleh murid ketika di dalam kelas ataupun ketika berada di kawasan sekolah.
Penggunaan bahasa ibunda ataupun dialek di dalam kelas seharusnya di kawal bagi
memastikan proses pembelajaran berjalan lancar. Penggunaan laras bahasa yang
betul juga perlu ditekankan dalam kalangan murid bagi mengelakkan pergaduhan dan
salah faham antara satu sama lain. Perbendaharan kata yang tepat dan betul turut
membantu murid mencapai kematangan sosial.
Murid perlu mengambil peluang daripada kepelbagaian sosio budaya di dalam
kelas untuk berinteraksi antara kaum dan jantina berlainan. Corak pemikiran antara
lelaki dan perempuan adalah berbeza dan interaksi yang sihat seperti belajar secara
berkumpulan dapat memberi gambaran kepada murid tentang sesuatu perkara dengan
lebih jelas. Dalam masa yang sama, batas pergaulan antara jantina perlu diberikan
penekanan agar tidak bertentangan dengan tuntutan agama. Agama dan kepercayaan
merupakan sesuatu isu yang amat sensitif. Oleh hal demikian, agama dan kepercayaan
murid tidak harus dipertikaikan. Proses sosiolisasi antara kaum tanpa mengira anutan
agama hendaklah dikembangkan supaya proses pembentukan kendiri murid dapat
dilaksanakan.
Kelas yang mempunyai pelbagai kaum dan sosio budaya memerlukan sikap
percaya antara satu sama lain. Aktiviti yang di rangka mestilah berupaya untuk
menanam semangat saling mempercayai dalam jiwa murid. Semangat kepercayaan
yang tinggi akan meruntuhkan tembok perkauman dan secara tidak langsung
perpaduan antara kaum akan terjalin. Kepelbagaian sosio budaya di dalam kelas turut
merangsang kewujudan masalah didiplin. Rakan sebaya amat mudah mempengaruhi
tingkah laku seseorang. Sebagai contoh, seorang murid yang baik akan terpengaruh
dengan tingkah laku sahabatnya yang bermasalah apabila sering berinteraksi dan
bergaul. Guru perlu peka terhadap perubahan murid agar tingkah laku yang tidak
dingini dapat di bendung dan murid bermasalah dapat di kawal dan di ubah sikapnya.
Sekolah
Pendidikan yang lebih khusus adalah penting bagi memastikan kepelbagaian
pendidikan untuk memenuhi minat dan potensi, kecenderungan dan kebolehan murid
di pelbagai jenis sekolah. Pada masa ini terdapat pelbagai pilihan jenis sekolah dalam
sistem pendidikan negara. Oleh itu, pelbagai aktiviti dirancang dengan teliti agar ia
berkesan untuk mengatasi kepelbagaian sosio budaya yang wujud.Sekolah
merupakan ruang untuk guru menerapkan kepercayaan dan nilai dalam masyarakat.
Oleh itu, murid perlu diterapkan dengan nilai-nilai yang baik tanpa mengira latar sosio
budaya mereka. Murid juga haruslah sentiasa siingatkan agar sentiasa mengikut
aktiviti yang dianjurkan oleh sekolah.
Selain daripada meningkatkan pengetahuan murid, hubungan di antara setiap
murid dapat dijalinkan melalui aktiviti yang dirancang oleh pihak sekolah. Pihak
berkuasa juga perlu memainkan peranan dalam membina perhubungan tersebut selain
daripada sekolah/Program Ntegrasi Untuk Perpaduan (RIMUP) adalah salah satu
aktiviti yang diusahakan oleh Kementerian Pelajaran bagi memastikan perpaduan
dipupuk dalam kalangan murid tanpa mengira latar belakang, agama, kaum, jantina
dan sebagainya. Sekolah Wawasan ditubuhkan untuk mewujudkan perpaduan dalam
kalangan murid di sekolah. Sekolah ini adalah antara sekolah yang dahulunya terasing
antara satu sama lain, kini disatukann dalam satu sistem pendidikan yang seragam.
Kurikulum tersirat
Kurikulum merujuk kepada perancangan bertulis yang sistematik merangkumi
objektif, kandungan, strategi penyampaian dan penilaian untuk dilaksanakan.
Kurikulum tersirat pula merujuk kepada norma, nilai dan kepercayaan yang disebarkan
melalui pendidikan formal dan interkasi di sekolah. Masyarakat yang terdiri daripada
pelbagai sosio budaya ini memberikan implikasi kepada kurikulum sekolah. Melalui
kurikulum tersirat, kementerian berusaha membentuk bangsa yang bersatu dan saling
menerima perbezaan budaya antara kaum. Pihak sekolah berusaha mengaplikasikan
penerapan nilai budaya masyarakat dengan melaksanakan aktiviti sampingan
khususnya melalui aktiviti ko kurikulum. Kurikulum tersirat boleh diaplikasikan melalui
aktiviti berpesatuan, kegiatan panitia dan aktiviti dalam unit beruniform. Semasa
merancang aktiviti guru bolehlah menyelitkan nilai yang dapat memenuhi hasrat
Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
3.0 Pembinaan Persekitaran Pengajaran Dan Pembelajaran Mesra
Budaya
3.1 Pengurusan persekitaran fizikal
Pengurusan bilik darjah bermaksud satu proses mendapatkan penyertaan
dan kerjasama ahli untuk mencapai objektif organisasi atau kumpulan dalam
sesuatu gerakerja. Ini termasuklah proses merancang, mengelola, memimpin,
mengarah dan mengawal. Pengurusan bilik darjah yang dinamik dapat
mencapai objektif ke arah pembinaan Modal Insan yang menjurus kepada
pembinaan JERIS. Guru seharusnya memiliki gaya kepimpinan, kemahiran
merancang, kecekapan mengurus, kepelbagaian dalam pengajaran dan
pembelajaran, kebijaksanaan interpersonal, kemahiran berkomunikasi,
kemahiran kaunseling dan mampu mengendalikan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (TMK).
Kemudahan asas dalam bilik darjah mestilah mencukupi serta dihiasi
dengan keceriaan dan kebersihan. Pengurusan fizikal bilik darjah bolehlah
dirumuskan meliputi aspek keselamatan termasuklah menyediakan peraturan
dan amalan bilik darjah. Peraturan diwujudkan berpandukan Pekeliling dan
Peraturan Sekolah. Ruang dan pergerakan harus diurus supaya lebih fleksibel.
Penyediaan ruang yang sesuai akan memberikan keselesaan kepada murid
ketika belajar. Aspek pencahayaan, pengudaraan dan kedudukan murid juga
akan mendorong murid untuk memberikan tumpuan kepada proses Pengajaran
dan Pembelajaran.
3.2 Pengurusan Persekitaran Sosioemosi
Pengurusan Sosio-Emosi yang berkesan akan menjadi perangsang dan
membangkitkan minat, sikap dan tingkah laku terhadap pembelajaran mereka.
Menurut Woolfork (1990), motivasi dan kuasa dalaman akan mengawal
tingkahlaku murid. Guru boleh memberi pujian, galakan, ganjaran, dan lain lagi.
Peneguhan Positif penting untuk menambah kebarangkalian gerak balas
daripada murid. Emosi murid yang stabil membolehkan murid mengikut aliran
semasa tanpa kehilangan identiti. Murid yang mempunyai emosi yang stabil
mempunyai minat yang mendalam, suka berjenaka, disenangi kawan, boleh
menerima demokrasi secara terbuka, suka berjenaka serta menanggung konflik
yang berlaku dalam bilik darjah. Emosi murid perlu diurus dengan penuh
kebijaksanaan supaya mereka tidak sentiasa berada dalam kebimbangan
apabila berada dalam kelas.Hubungan Positif antara guru dan murid haruslah
dibina terlebih dahulu. Guru mestilah mengamalkan kepimpinan Demokrasi serta
mengambil berat tentang fisiologi dan akademik murid. Murid mestilah diberi
peluang untuk bersosial sesama mereka dalam aktiviti Pengajaran dan
Pembelajaran. Dengan cara ini, mereka akan dapat memahami emosi rakan
sebaya dan mengenali perasaan orang lain.
3.3 Perhubungan antara Kelompok Etnik
Menurut Ralp Linton (1945),Kebudayaan ialah segala yang dipelajari dan
diulangi dalam sesebuah masyarakat iaitu warisan sosial ahli-ahli masyarakat.
Mesra Budaya ini merupakan Budaya yang dipersetujui oleh semua ahli dalam
satu komuniti dan mereka mengiktiraf Budaya tersebut sebagai suatu amalan
murni bersama. Perlembagaan Persekutuan perlu memahami Perlembagaan
Persekutuan yang menjamin hak setiap rakyat Malaysia. Etnik merujuk kepada
kelompok manusia yang ditentukan menerusi perbezaan ciri budaya seperti adat
resam, pakaian, bahasa, kegiatan ekonomi dan sebagainya..
Unsur tradisi itu dianggap faktor utama mewujudkan identiti Malaysia dan
memupuk persefahaman ke arah perpaduan kerana unsur tradisi ini sebahagian
daripada Kontrak Sosial. Usaha untuk mewujudkan kesepaduan daripada
kepelbagaian ini mesti sentiasa dilakukan dengan teliti dan mengambil kira
sensitiviti etnik lain. Sifat Akomodasi serta kesanggupan menerima etnik lain
yang berbeza cara hidup, kebiasaan, adat-resam dan agama adalah penting
sebagai pembuka jalan kepada kerjasama dan kesepakatan demi melanjutkan
hubungan etnik harmoni. Interaksi lebih rapat antara kelompok dan etnik yang
berbeza boleh dijamin keutuhannya oleh sikap saling menghormati dan
menghindari konflik dalam segala bentuk Setiap program serta aktiviti yang
dilakukan haruslah tidak menyentuh isu-isu sensitif yang mampu mengguris
perasaan mana-mana pihak. Setiap Etnik perlu diberi peluang untuk mengambil
bahagian dalam aktiviti pembelajaran.
3.4 Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran
Guru perlu menjadi seorang pengurus bilik darjah yang berkesan supaya
objektf pelajaran tercapai. Guru berperanan sebagai pendidik, pemudahcara,
pemimpin, pembimbing, penilai, perancang, perunding dan pendorong ke arah
kecemerlangan murid. Guru perlu merancang kurikulum, sukatan, huraian
sukatan, buku teks, bahan rujukan tambahan atau maklumat tambahan daripada
pelbagai sumber. Guru perlu menggunakan pelbagai kaedah, model, teknik
dengan menggunakan kemahiran berkomunikasi, interpersonal, bimbingan dan
kaunseling dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran.
Guru perlu berperanan sebagai penggerak kepada pembelajaran
berpusatkan murid. Guru perlu menjadikan pembelajaran semakin aktif, Interaktif
dan Konstruktif. Pelaksanaan tugasan boleh dijalankan dengan lebih berkesan
berasaskan penggunaan ‘Pendekatan Koperatif dan Kolaboratif’. Pelaksanaan
aktiviti dapat dikawal mengikut masa yang ditetapkan. Guru juga boleh memberi
murid ruang untuk merehatkan minda (‘Brain Breaks’) untuk mengelakkan murid
berasa bosan. Pengurusan pembelajaran yang terancang akan menjadikan
murid lebih berani, yakin dan berwibawa.
3.5 Pedagogi Relevan Budaya dan Kepelbagaian Kelompok
Pedagogi yang releven menggunakan pelbagai strategi pengajaran dan
pembelajaran supaya pembelajaran menjadi lebih bermakna kepada murid-
murid. Menurut ahli Sosiologi, konsep Kebudayaan dikatakan sebagai cara hidup
yang dipelajari, diubahsuai dan diturunkan dari satu generasi ke generasi lain.
Menurut pandangan ahli Fungsionalisme, sekolah dilihat berfungsi sebagai
Proses Sosialisasi mendidik kanak-kanak mengikut kehendak masyarakat.
Modal Budaya merujuk kepada seseorang individu yang mewarisi dan
memperoleh keupayaan Bahasa dan Budaya dari keluarga dan masyarakat.
Guru seharusnya memilih strategi, kaedah dan teknik dalam pedagogi
pendidikan telah dinyatakan.
Antaranya, Kaedah Direktif- Murid belajar melalui penerangan dan diikuti
ujian kefahaman dan latihan, Kaedah Mediatif- Guru menggunakan bahan
media dalam pembelajaran, Kaedah Generatif- Guru boleh menjana idea murid,
Kaedah Kontekstual- Murid mengaitkan bahan P&P kepada situasi dunia
sebenar, Kaedah Metakognitif- Ia memberi peluang kepada murid-murid
memikirkan proses pembelajaran, rancangan pembelajaran, pemantauan dan
penilaian kendiri tentang tugasan yang diberi, Kaedah Kajian Luar/ Konteks
Luar- Aktiviti P&P yang dilakukan oleh guru di luar bilik darjah, Kajian Masa
Depan- Murid-murid mengambil bahagian dalam penciptaan masa depan dan
Kaedah Kooperatif- Diaplikasikan dalam kelas yang mengandungi murid-murid
dari pelbagai Budaya supaya mereka dapat belajar secara berkumpulan dalam
keadaad harmonis serta Kaedah Kolaboratif- Kerjasama erat di antara dua
pihak atau lebih. Murid berusaha untuk mencapai matlamat pembelajaran.
Selain itu terdapat pedagogi kelas bercantum, diwujudkan apabila
bilangan murid dalam satu tahun persekolahan adalah kurang daripada 15
orang. Kelas Bercantum wujud apabila bilangan murid tidak melebihi 145 orang
dan bilangan guru termasuk guru besar tidak melebihi 5 orang. Seseorang guru
akan mengajar lebih daripada satu tahun persekolahan secara serentak dalam
kelas bercantum. Murid dari pelbagai kebolehan dikelompokkan dalam kumpulan
yang dibina. Guru perlu bijak menggunakan pengajaran kerana terdapat aras
perbezaan yang agak ketara dalam diri murid.
3.6 Sosiolinguistik
Bidang ilmu adalah perpaduan Sosiologi dengan Linguistik. Sosiolinguistik
adalah ilmu inter-disiplin yang membincangkan dan menyusun teori-teori tentang
perhubungan masyarakat dan bahasa yang dituturkan dalam komunikasi
seharian. Maksud istillah masyarakat dalam ilmu Sosiolinguistik adalah
mencakupi kajian mengenai pihak-pihak yang terlibat dalam interaksi kelompok
besar mahupun kecil, fungsi kelompok, pertembungan antara kelompok, sektor
sosial, perhubungan dan perbezaan dari segi bahasa. Kesemuanya diamati
dengan memberi perhatian kepada ciri-ciri pola bunyi dan sebutan, kosa kata,
ciri-ciri gramatika, dan lain lagi.
Sosiologi adalah ilmu kemasyarakatan yang mutlak dan abstrak. Bidang
ini memberi pengertian umum, rasional dan empirikel serta bersifat umum
(Soekanto, 1982). Linguistik memiliki rumus-rumus yang menjelaskan sistem,
rasional, empirikel, kenyataan struktur, penggolongan dan rumus bahasa Ahli
linguistik Antropologi berpendapat bahawa Bahasa dan Kebudayaan sebagai
keseluruhan yang bersifat Monolitik (Satu) (Fishman, 1968). Sosiologi bahasa
membidangi faktor-faktor sosial seperti bahasa dialek, bahasa pembakuan,
perancangan bahasa. Sosiologi Bahasa pula mengkaji kesan Bahasa terhadap
masyarakatnya. Aspek-aspek ini terdiri daripada norma dan nilai masyarakat,
harapan masyarakat, suasana yang wujud dalam masyarakat.
4.0 Program Mesra Budaya Di Dalam Bilik Darjah
Saya memilih satu program mesra budaya melibatkan perhubungan antara kelompok
etnik iaitu Majlis Mini Rumah Terbuka bagi setiap kaum di Malaysia.
a. Pendahuluan
Majlis rumah terbuka ini adalah satu cadangan untuk menjadikan 5 Ceria
sebagai bilik darjah yang mampu melahirkan murid dan warga yang memiliki kesedaran
dan kehormatan terhadap budaya kaum lain. Melalui majlis ini mereka mendapati sikap
bertanggungjawab, tolong menolong, hormat-menghormat serta bekerjasama.
Berbekalkan semangat kekitaan, sikap tanggugjawab, hormat menghormati warga 5
Ceria diharapkan dapat mencapai matlamat keceriaan bilik darjah.
b. Rasional
Unsur tradisi itu dianggap faktor utama mewujudkan identiti Malaysia dan
memupuk persefahaman ke arah perpaduan kerana unsur tradisi ini sebahagian
daripada Kontrak Sosial. Usaha untuk mewujudkan kesepaduan daripada
kepelbagaian ini mesti sentiasa dilakukan dengan teliti dan mengambil kira sensitiviti
etnik lain. Interaksi lebih rapat antara kelompok dan etnik yang berbeza boleh dijamin
keutuhannya oleh sikap saling menghormati dan menghindari konflik dalam segala
bentuk. Sifat Akomodasi serta kesanggupan menerima etnik lain yang berbeza cara
hidup, kebiasaan, adat-resam dan agama adalah penting sebagai pembuka jalan
kepada kerjasama dan kesepakatan demi melanjutkan hubungan etnik harmoni.
c. Kepentingan
Salah satu kepentingan menganjurkan rumah terbuka ialah majlis ini mendorong
murid-murid mengeratkan silaturahim tanpa mengira kaum dan agama. Dalam majlis
yang diadakan, semua murid yang menghadiri majlis rumah terbuka itu dapat
bertanyakan khabar dan berkenalan antara satu sama lain sambil menikmati makanan
yang disajikan. Dengan itu hubungan silaturahim dapat dipererat dan secara tidak
langsung perpaduan dapat dicapai. Tegasnya, konsep penyatuan antara kaum dapat
dihidupkan melalui amalan rumah terbuka.
Di samping mengeratkan silaturahim, amalan rumah terbuka ini juga dapat
membantu murid-murid mengenali budaya sesuatu kaum. Mereka hanya akan
merayakan perayaan itu bersama-sama walaupun mereka berbeza latar belakang,
budaya dan juga agama. Amalan ini juga membolehkan setiap kaum mengenali juadah
kaum-kaum lain, memahami antara satu sama lain selain didedahkan kepada adat
resam dan pantang larang dalam kalangan rakan-rakan mereka sendiri. Hal ini dapat
membantu mereka mempelajari budaya dan adat kaum lain lain serta budaya yang
sihat juga dapat diwujudkan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di negara kita.
Pendek kata, budaya dan adat resam kaum lain dapat dipelajari melalui amalan murni
ini.
Selain itu, amalan rumah terbuka dapat melahirkan perasaan hormat dan
bermaaf-maafan. Hal ini wujud apabila kita menghadiri rumah terbuka yang tuan
rumahnya lebih berusia, tetamu yang muda akan berasa hormat dan menyalamnya.
Bukan itu sahaja, amalan bermaaf-maafan juga menjadi tradisi apabila datangnya hari
perayaan. Di samping itu, amalan rumah terbuka dapat mengurangkan perasaan
rendah diri akibat perbezaan taraf hidup.
d. Aktiviti yang diadakan
Semua murid akan membawa pakaian tradisional yang dipakai semasa
perayaan mereka. Setiap murid akan membawa masakan atau kuih muih yang akan
dibuat semasa perayaan mereka. Sebelum majlis ini, murid hendaklah mengumpul
maklumat mengenai kaum lain dan membuat sebuah buku skrap. Contohnya, murid
beragama Hindu akan membuat buku skrap mengenai agama Islam. Mereka hendaklah
mempamerkan buku tersebut pada majlis rumah terbuka. Melalui langkah ini, murid-
murid akan mendapat peluang untuk memakai pakaian tradisional kaum lain serta
dapat merasakan makanan perayaan kaum-kaum lain.
Selain itu, semua murid akan cuba menari tarian tradisional semua kaum.
Contohnya, murid agama Cina akan menari tarian Kadazan yang akan ditunjuk ajar
oleh murid kaum Kadazan. Sebelum sehari majlis ini murid-murid akan menghias bilik
darjah dengan alat menghias mewakili setiap kaum. Contohnya, pelita hari raya, kolam,
ang pau dan lain-lain lagi. Murid-murid akan bekerjasama dalam menghias bilik darjah
dengan ini sikap perpaduan dapat dipupukan. Guru akan menjelaskan setiap aspek
yang terdapat dalam majlis rumah terbuka ini kepada murid supaya mereka lebih
memahami.
5.0 Kesimpulan
Kesimpulannya, Adalah tanggungjawab setiap rakyat untuk mengenali dan
mempelajari mengenai kepelbagaian budaya dalam Negara kita. Dalam hal ini apa
yang penting ialah, setiap rakyat perlu memahami serta menerima kepelbagaian
budaya ini secara hati terbuka. Kesudian setiap rakyat akan sentiasa mengamankan
negara kita. Selain itu, sistem pendidikan merupakan titik permulaan kepada
pemahaman kepelbagaian budaya. Oleh itu ianya penting dalam pendidikan untuk
diajar dengan betul mengena kepelbagaian budaya. Pedagogi yang relevan disarankan
supaya dapat menggunakan pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran di dalam
sekolah. Sekiranya pemilihan strategi serta kaedah penyampaian adalah sesuai maka
pembelajaran akan menjadi lebih bermakna kepada murid. Ini akan meningkatkan
pemahaman murid dan seterusnya membuka jalan kearah perpaduan. Tambahan
pula ,Penekanan perlu diberikan kepada pengintegrasian pengetahuan, kemahiran
asas serta nilai murni bagi perkembangan menyeluruh dari kepelbagaian kebolehan
dan budaya murid. Konsep kebudayaan dalam sosiologi, dikatakan cara hidup yang
dipelajari, diubahsuaikan dan diturunkan dari generasi ke generasi. Dari sudut
perspektif ahli fungsionalisme, sekolah dilihat berfungsi sebagai proses sosialisasi
mendidik kanak-kanak mengikut kehendak masyarakat mereka dan guru
bertanggungjawab memenuhi keperluan murid tanpa prejudis. Konsep modal budaya
merujuk kepada inidividu yang mewarisi dan memperolehi keupayaan bahasa dan
budaya dari keluarga dan masyarakatnya. Pierre Bourdieu (1930) dalam kajiannya
menyatakan pencapaian persekolahan seseorang individu adalah berkaitan rapat
dengan latar belakang kebudayaan ibu bapanya dan tahap pendidikan ibu bapa
mempengaruhi pencapaian persekolahan anak-anak mereka daripada kedudukan
kerjaya mereka dalam masyarakat.
6.0 Refleksi
Budaya dan Pembelajaran EDU 3106 merupakan satu kursus yang perlu diambil
oleh semua guru pelatih PISMP semester 5. Ia banyak memberi pendedahan tentang
pelbagai kelompok masyarakat di Malaysia dan memberi saya kesedaran tentang
kepelbagaian kaum dan pengetahuan tentang adat resam selain struktur masyarakat.
Selain itu, kursus ini sangat sesuai bagi pelajar guru latar belakang masyarakat
Malaysia yang terdiri daripada pelbagai ras dan etnik. Pada pendapat saya kursus ini
merupakan satu agen perpaduan dan perubahan yang boleh menyatupadukan
masyarakat kita dengan menerapkan ilmu adat resam pelbagai kaum di Malaysia.
Dengan ini, semua orang akan menghormati masyarakat kaum sendiri dan kaum lain
dan tidak akan melakukan perkara yang bercanggah dengan sesuatu kaum di Malaysia.
Selain itu, pendedahan tentang pelbagai perkara berhubung pembelajaran murid
yang ada kaitan tentang budaya pembelajaran di bilik darjah sangat berguna apabila
saya ke sekolah nanti mahupun semasa saya mengharungi sesi praktikal mahupun
menjadi guru kelak. Saya juga mendapat pendedahan tentang interaksi dan cara
menjalinkan hubungan dengan murid dalam bilik darjah yang terdiri daripada pelbagai
etnik supaya bilik darjah sentiasa dalam kawalan saya.
Dalam pada itu,dalam perbincangan berkaitan pedagogi dalam kursus ini, saya
telah mendapat pendedahan tentang pedagogi relevan budaya dan kepelbagaian
budaya yang sering terdapat di kawasan pedalaman atau terpencil. Saya telah
menguatkan pengetahuan saya dalam membuat rancangan harian kelas bercantum
selain cara menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran kelas bercantum melalui
pembacaan tambahan,nota kuliah dan carian dalam internet. Saya berpendapat dengan
melengkapkan diri saya dengan ilmu ini saya dapat mewujudkan satu suasana bilik
darjah mesra budaya selain melancarkan proses pengajaran saya pada masa kelak.
Perkara paling penting yang menarik minat saya ialah pengurusan fizikal bilik
darjah yang dapat melainkan suasana bilik darjah setiap kali pengajaran dan
pembelajaran mengambil tempat. Saya berpendapat dengan cara ini murid dapat
menyerap ilmu dengan lebih gembira dan cepat melekatkannya dalam minda mereka.
Dengan ini, pencapaian murid dapat ditingkatkan. Saya juga akan sentiasa
menguasahakan melainkan keadaan pembelajaran semasa saya di sekolah nanti.
Seperkara lagi yang menarik pandangan saya ialah kelas bercantum. Saya
sangat tertarik semasa saya berada dalam kuliah kelas bercantum. Saya kagum
melihat kebolehan seorang guru mengurus kumpulan murid yang terdiri daripada
pelbagai kebolehan. Contohnya lemah,sederhana dan pandai. Dalam situasi ini saya
berasa seorang guru perlu melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran yang
dilaksanakan selain membimbing murid-murid secara individu.
Secara keseluruhannya, dengan mengikuti kursus ini pada semester ini saya
telah banyak memperbetulkan diri saya dari segi konsep mengajar kepada murid selain
mempelajari pengurusan sebuah bilik darjah secara holistik.
Bibliografi
Dari buku:
Che Su Mustaffa dan Rasilah Mohd Rosdi (2005). Budaya Masyarakat Malaysia.
Sintok : Penerbit Universiti Utara Malaysia
Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad dan Zuraidah
A. Majid (2011), Budaya dan Pembelajaran, Selangor :Penerbitan Oxford Fajar
Sdn.Bhd.
Ralph W. Tyler (1997), Prinsip Asas Kurikulum dan Pengajaran, Selangor :
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Syed Ismail Bin Syed Mustapa dan Ahmad Subki Bin Miskon (2010 ), Budaya
dan Pembelajaran , Selangor : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd
Dari internet:
http://www.scribd.com/doc/11460992/Kepelbagaian-Murid-Dan-Implikasinya-Terhadap-Perlaksanaan-Kurikulum (dilayari pada 23 March 2011)
http://www.scribd.com/doc/2882268/Dasar-Pendidikan-Di-Malaysia
http://www.scribd.com/doc/31686103/Konsep-Kepelbagaian-Budaya
http://www.google.com.my/url?sa=t&rct=j&q=implikasi+pelbagai+budaya+pendidikan&source=web&cd=10&ved=0CFwQFjAJ&url=http%3A%2F%2Fjpt.mohe.gov.my%2FRUJUKAN%2FPelan%2520Hala%2520Tuju%2520GTP.pdf&ei=ig9NT6ufKMS3rAfrmZGgDw&usg=AFQjCNEzwAcjC7xLdK1skKUjS8jN2GDuqw&cad=rja
http://www.scribd.com/doc/78635738/Implikasi-Kepelbagaian-Sosio-Budaya
http://www.scribd.com/doc/50835801/IMPLIKASI-KEPELBAGAIAN-SOSIO-BUDAYA
http://emisportal.moe.gov.my/
http://www.sosiohumanika-jpssk.com/sh_files/File/4.mior.usm.mei.2011.pdf
http://www.moe.gov.my/
L
AM
PIR
AN