Faktor Mempengaruhi Pembentukan KBSR

Post on 23-Jun-2015

661 views 5 download

Transcript of Faktor Mempengaruhi Pembentukan KBSR

Faktor Mempengaruhi Pembentukan

KBSR

Kelemahan Kurikulum Sekolah Rendah (KLSR)

Isi kandungan sukatan pelajaran kadangkala berulang dan tidak ada kaitan antara mata pelajaraan atau antara darjah.

Sukatan pelajaran mengandungi butiran yang terlalu banyak. Ini membeban dan membosankan murid.

Guru dan murid selalu terdesak untuk menghabiskan sukatan pelajaran, terutamanya apabila ada peperiksaan.

Pengajaran dan pembelajaran terlalu bergantung kpd buku teks. Ini akan menghadkan penggunaan teknik dan bahan pengajaran lain yang lebih menarik dan berkesan.

Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) bercorak pendidikan asas dgn memberi penegasan kpd pendidikan dlm bidang 3M, iaitu membaca, menulis dan mengira.

Perkembangan Individu yang Menyeluruh

• KBSR dirancang untuk membolehkan murid-murid mencapai kemahiran dlm tiga bidang asas, iaitu bidang komunikasi, bidang manusia dengan alam sekelilingnya dan bidang perkembangan diri individu sesuai

dengan keperluan, minat, bakat dan kemampuan mental serta kesediaan murid-murid.

Ini adalah untuk mencapai matlamat pendidikan bagi perkembangan yang menyeluruh seta dijadikan faktor asas dlm KBSR.

Cita dan Ideologi Negara

Cita dan ideologi negara adalah mewujudkan perpaduan rakyat berbilang bangsa berpandukan prinsip Rukun Negara.

Kurikulum sekolah harus mengandungi unsur aktiviti yang dapat membentuk keperibadian dan perwatakan murid ke arah perpaduan

supaya mencapai cita negara.Faktor pertimbangan asas dlm

Pembentukan KBSRF ialah melalui kurikulum yang seragam dan sukatan pelajaran yang sama, aktiviti kokurikulum yang seragam melalui sukatan pelajaran yang sama, aktiviti kokurikulum yang sama dan menduduki peperiksaan awam yang sama untuk semua aliran sekolah.

Falsafah Pendidikan Sekolah Rendah

Pembentukan KBSR mementingkan faktor kehendak individu.

Mengikut Falsafah Sekolah Rendah, rancangan KBSR harus memberi pendidikan secara menyeluruh.

• Ini adalah untuk menghasilkan insan yang menyeluruh supaya murid dpt perkembangan yang seimbang di dlm bidang intelek, rohani, sosial dan jasmani.

• Melalui KBSR, murid dpt membaca, menulis dan mengira,serta memperolehi ilmu pengetahuan yang cukup, sesuai dengan peringkat umur dan perkembangan diri mereka.

• Selain itu, murid dapat dipupuk supaya mempunyai akhlak yang mulia, mengamal nilai murni serta memelihara tubuh badan yang sihat.

• Melalui program KBSR, minat murid dan bakat akan diperkembagkan dan dicungkilkan secara menyeluruh.

Faktor Politik

Pembentukan kurikulum dibangun berdasarkan ideologi dan politik sesebuah negara. Sesuatu ideologi dan politik dalam sesebuah negara adalah berbeza di antara satu sama lain dan dasar yang telah dibentuk oleh sesebuah negara dan berdasarkan ideologi yang dipegang.

Francis P. Hunkin (1987) dalam bukunya "Curriculum Planning menyatakan " :

 "Curriculum Development is also a political process. It requires dealing with people and their various power bases and their views of what makes for good education"

Wiles Bondi (1989) dalam bukunya `Curriculum Development : A Guide to Practice’ turut menjelaskan :-

Perkembangan kurikulum dipengaruhi oleh proses politik, kerana setiap kali pucuk pimpinan sesebuah negara itu bertukar, maka setiap kali itulah kurikulum pendidikan akan dikaji semula.

Kurikulum pendidikan menjadi saluran penting bagi setiap badan pemerintahan menguatkan pengaruh mereka. Pemerintah bertanggungjawab menetapkan ‘Dasar Pendidikan Negara’ sejajar dengan hasrat pemerintah.

Di Malaysia misalnya, ketika British berkuasa di negara ini, dasar pelajaran antaranya hanya bertujuan menjadikan anak-anak Melayu petani dan nelayan yang lebih baik daripada ibubapa mereka. Pihak British tidak langsung menitikberatkan perpaduan rakyat berbilang kaum pada masa itu. Ianya sesuai dengan polisi mereka mentadbir Tanah Melayu pada masa itu dengan dasar ”Devide and Role”.

• Apabila negara mencapai kemerdekaan, Dasar Pelajaran Kebangsaan turut berkembang dan berubah. Dasar Pelajaran Kebangsaaan yang termaktub dalam Akta Pelajaran 1961 menitikberatkan aspek-aspek yang berkaitan dengan perpaduan negara dan penghasilan tenaga kerja.

Faktor Perpaduan Kaum

• Walaupun negara Malaysia yang mempunyai rakyat yang berbilang kaum serta agama, corak kurikulum yang disajikan masih dapat mencerminkan jati diri masyarakat dan intregasi kaum masih dapat dipelihara dengan sebaik-baiknya.

• Kurikulum yang dibina akan merapatkan lagi jurang perbezaan di antara kaum-kaum dan merapatkan perpaduan kaum yang majmuk Dengan menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraan untuk semua kaum bagi menikmati kurikulum tersebut.

Faktor Sosio Budaya

Kurikulum juga terbentuk berdasarkan kepentingan-kepentingan tertentu dari kumpulan-kumpulan tertentu. Kurikulum tersebut dibentuk berdasarkan tuntutan budaya nenek moyang mereka selain daripada faktor kepentingan masyarakat.

Contohnya semua masyarakat perlu mempelajari bahasa Inggeris di dalam matapelajaran sains & matematik sekiranya ianya menjadi kepentingan negara ke arah pembangunan ekonomi sosio budaya.

Kehendak Masyarakat

Kurikulum digubal dan dilaksanakan mengikut kehendak dan desakan masyarakat. Masyarakat juga menentukan samada Kurikulum itu sesuai atau pun tidak dengan kehendak mereka.

Hilda Taba ( 1962 :24) menyatakan :

" It is not an easy task to establish what demands society makes on education and what contribution education can or should make to culture, especially in a complex society in which vast and rapid changes are occuring."

Faktor Pembangunan Negara Dan Perkembangan Dunia Negara yang ingin maju dan

membangun tidak seharusnya mempunyai kurikulum yang statik. Oleh itu ia harus diubahsuai mengikut peredaran masa dan kemajuan sains dan teknologi. Menurut Hida Taba (1962) :

"Technology has changed and is changing not only the face of the earth and the institutions of our society, but man itself "

Faktor Perancang Dan Pelaksana Kurikulum

Perubahan yang begitu pesat dalam masyarakat dan dunia membuat kurikulum hari ini perlu disesuaikan mengikut peredaran masa. Sehubungan dengan itu perancang kurikulum bertanggungjawab menyemak semula dari masa ke semasa. Pengguguran, perubahan atau pertambahan terhadap kurikulum harus dilakukan mengikut peredaran masa, kehendak masyarakat dan kemajuan negara.

Faktor Perkembangan Ilmu Dan Kepentingannya

Masa yang berlalu turut membawa perubahan kepada masyarakat yang seterusnya menuntut mereka menerima pendidikan yang lebih sempurna selaras dengan keperluan kemajuan yang kian pesat. Ilmu yang bersifat dinamik menyebabkan ia sentiasa berkembang.

Penemuan baru dalam pelbagai bidang seperti perubatan, teknologi dan sebagainya menjadikan bidang itu terus berkembang. Perkembangan ini penting dalam pembentukan kurikulum supaya ia dapat dikemaskini dari masa ke semasa agar ilmu-ilmu baru ini dapat disalurkan kepada murid-murid bagi mengimbangi keperluan zaman.