Post on 04-Dec-2015
Folio
Pjpk
NAMA : MUHAMMAD ADZEEM BIN RASHID.
KELAS : 3 KINDI
TAJUK : GIMNASTIK PENDIDIKAN.
DEFINISI
Gimnastik Pendidikan adalah satu bidang aktiviti yang kreatif serta memberi kepuasan dan mempunyai manfaatnya tertentu. Pelajar dapat mencipta rangkaian-rangkaian pergerakan dengan
atau tanpa alat hanya dengan memepelajari gimnastik pendidikan. Bagaimanapun, suasana selamat harus disediakan serta bimbingan, sokongan dan rangsangan perlu diberi setiap
masa kepada pelajar agar mereka boleh mencipta dan mengubahsuai. Pelajar juga hasrus disedarkan bahawa semua
pergerakan adalah berkait antara satu sama lain dalam rangkaian yang licin dan efisien. Pelajar adalah dibenarkan melakukan apa yang mereka yakin di dalam kemampuan mereka. Mereka tidak
harus dipaksa atau digertak untuk melakukan perkara diluar kemampuan mereka. Ruang juga penting kerana pelajar mesti
berkeyakinan bahawa mereka dapat bergerak dengan bebas dan tidak terasa diri mereka diperhati atau dihalang oleh apa jua
halangan yang mungkin menyebabkan ketakutan atau kerisauan. Atas sebab keselamatan dan untuk mengelak berlakunya
kecwederaan seperti terhantuk, tidak boleh digunakan untuk memberi alas yang selamat serta membina keyakinan pelajar.
SUMBER : http://www.zairedin.com/2012/02/gimnastik-pendidikan.html
Kesedaran beban
Terdapat 8 tema dalam gimnastik pendidikan. Namun begitu, salah satu tema utama dalam gimnastik pendidikan ialah kesedaran beban.
Konsep kesedaran beban berkait rapat dengan tenaga yang digunakan dalam tempoh tertentu semasa melakukan pergerakan.
Terdapat beberapa kualiti dalam tema kesedaran beban.
Kualiti kesedaran beban.
1) Pergerakan Beban
- Misalnya~ Berkawad
2) Pergerakan Bergetar- getar.
- Misalnya~ bunyi alat penggera kecemasan.
3) Pergerakan Bercirikan Prekuensi
- Misalnya~ pergerakan yang cepat, tajam, bertenaga dan agak berat.
4) Pergerakan Staccato.
- Misalnya~ pergerakan yang terputus-putus, tajam, cepat dan ringan.
5) Pergerakan Yang Bercirikan Bandul
- Misalnya~pergerakan yang berayun-ayun melalui laluan yang berbentuk lengkok.
6) Pergerakan Runtuh
- Misalnya~ pergerakan yang menunjukkan keadaan runtuh atau pengsan.
Kualiti pergerakan bertenaga
Kualiti berat dan ringan
Sampai di sini sahaja…..