Fonem Segmental Bahasa Melayu

Post on 19-Jan-2016

1.465 views 31 download

description

Untuk rujukan

Transcript of Fonem Segmental Bahasa Melayu

KUMPULAN 6:ARZILAH AZIEALICIA BINTANGJACQUELINE JASMIN

FONEM SEGMENTAL DALAM BAHASA

MELAYU

- Vokal Hadapan, Tengah, Belakang, Nasalisasi

- Diftong

BMM 3083 – FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

Vokal Hadapan, Tengah, Belakang,

Nasalisasi

VOKAL DEPAN VOKAL DEPAN SEMPIT [ i ]

 • depan lidah diangkat setinggi-tingginya

• depan lidah dinaikkan hingga hampir menyentuh lelangit keras,

• sementara hujung lidah didekatkan pada gusi.

• Lelangit lembut diangkat untuk menutup rongga hidung. 

• Contoh: bilik, titik, ipar, jari, cari 

VOKAL DEPAN SEPARUH SEMPIT [e-taling]

• depan lidah diturunkan sepertiga• contoh perkataan : epal, elok, enak

VOKAL DEPAN LUAS [ a ]

• depan lidah diturunkan serendah-rendahnya

• Lelangit lembut berkeadaan terangkat rapat ke belakang tekak

• contoh perkataan: barang, sayang, abang

VOKAL TENGAHVOKAL TENGAH [ e-pepet ]

• dihasilkan dengan meletakkan lidah seperti biasa di lantai rongga mulut.

• Bahagian tepi lidah dilengkungkan sedikit

• rongga mulut berkeadaan sederhana luasnya.

• Contoh: enam, empat, kenduri, gerai

VOKAL BELAKANGVOKAL BELAKANG SEMPIT [ u ]

• dihasilkan dengan mengangkat belakang lidah setinggi mungkin ke atas

• tetapi tidak menutup ruang aliran udara. Bentuk bibir dibundarkan.

• Contoh: ubat, ulat, undang, udang, ulang 

VOKAL BELAKANG SEPARUH SEMPIT [ o ]

• dihasilkan dengan menurunkan belakang lidah 1/3

• di antara tempat yang paling tinggi dan tempat yang paling rendah.

• Contoh: obor, solo, polo, toko, orang 

NASALISASI (PENYENGAUAN)

Penyengauan atau nasalisasi merupakan artikulasi tambahan yang berlaku pengaruh daripada proses penyebutan bunyi perkataan yang mengandungi konsonan sengau yang diikuti oleh vokal.

• Semasa menyebut bunyi sengau, misalnya m, n, ny, ng seperti dalam perkataan malam, nasi, nyamuk, ngantuk pengaruh bunyi sengau m, n, ny dan ng merebak kepada bunyi vokal kerana rongga hidung tidak sempat ditutup sepenuhnya semasa menyebut bunyi vokal dalam perkataan tersebut. 

 

• Proses nasalisasi ditandakan dengan [~] atas lambang vokal.

• contoh, nyanyi [ ɲaɲi ], udara tidak seratus peratus keluar melalui rongga mulut semasa kita menuturkannya, tetapi apabila [ ɲ ] disebutkan ada aliran udara melalui rongga hidung dan terjadilah sengauan.

• Vokal nasal banyak terdapat dalam dialek Kelantan, bahasa Acheh dan Perancis 

DIFTONG

•Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), diftong bermakna ‘gabungan dua bunyi vokal yang disebut dalam satu suku kata akibat perubahan kedudukan lidah seperti ai, au dan oi.’

•Profesor Nor Hashimah Jalaludin dalam bukunya Asas Fonetik (DBP, 1998: 41)

“Bunyi diftong melibatkan dua rentetan vokal yang hadir serentak. Bunyi diftong terhasil apabila bunyi vokal yang hadir

selepas bunyi vokal yang satu lagi menggeluncur ke arah vokal yang mula-mula hadir tanpa menunjukkan sebarang puncak kelantangan. Ketiadaan puncak kelantangan semasa penghasilan bunyi

diftong menjadikan bunyi tersebut sebagai satu suku kata sahaja.” 

•Bunyi diftong ialah percantuman dua bunyi vokal yang dikeluarkan dengan satu hembusan nafas. Diftong bersifat satu suku kata dan mempunyai satu puncak kelantangan kerana berlaku geluncuran dari satu vokal yang mendahului vokal yang mengikutinya. 

•Terdapat tiga bunyi diftong dalam bahasa Melayu, iaitu  [ ai ], [ au ], dan [ oi ]. Contoh kata yang mengandungi bunyi diftong seperti di bawah :

a ) diftong [ ai ] – aising, hairan, pandai.b ) diftong [ au ] – aurat , saudara, kerbau.c ) [ oi ]- boikot, amboi.

DIFTONG DARIPADA KATA PINJAMAN

• diftong /ei/ dari kata pinjaman

• contohnya: Mei, esei.

BIBLIOGRAFI

Buku:

Asmah Haji Omar. (1985). Susur galur Bahasa Melayu. Selangor:

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Indirawati Zahid & Mardian Shah Omar. (2006). Fonetik dan Fonologi.

Kuala Lumpur: PTS Publishing.

Nik Safiah Abdul Karim & Wan Malini Ahmad. (2006). Teks Bahasa

Melayu STPM. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti.

Nor Hashimah Jalaluddinl. (1998). Asas Fonetik. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka.

SEKIAN, TERIMA KASIH