FORUM KESIHATAN BH Dua jenis barah pula jadi tumpuan · 2014-05-12 · langan anggota masyarakat...

Post on 22-Mar-2019

223 views 0 download

Transcript of FORUM KESIHATAN BH Dua jenis barah pula jadi tumpuan · 2014-05-12 · langan anggota masyarakat...

ENUR DHUHA ESOOFnurdhuha@sph.com.sg

AKHBAR Berita Harian (BH) akanmenganjurkan satu lagi forum kesihatan bu-lan ini bagi meningkatkan kesedaran di ka-langan anggota masyarakat tentang dua je-nis barah yang paling kerap dihidapi lelakidan wanita Melayu di Singapura.

Forum setengah hari itu akan membin-cangkan tentang barah usus besar dan buahdada, siapa berisiko menghidapinya danbagaimana mengesan simptom-simptomnya.

Forum itu juga akan menerangkan secaraterperinci tentang pemeriksaan kesihatanyang boleh dijalani golongan berisiko sertamanfaatnya dalam mengesan dan mengha-puskan ketumbuhan dalam tubuh sebelumia membesar dan merebak menjadi barah.

Ia akan dianjurkan secara percuma mulai2 petang pada 25 Mei ini di Hospital TanTock Seng (TTSH).

Ia dianjurkan akhbar ini dengan soko-ngan TTSH.

Forum kesihatan itu menyusuli forum per-

tama yang dianjurkan bulan lalu yang ber-jaya menarik penyertaan lebih 200 orang.

Dalam forum itu, beberapa karyawan sek-tor kesihatan dan perubatan diundangberkongsi pengalaman dan pengetahuan ten-tang isu kesihatan seperti masalah kegemu-kan dan panduan mengawal berat badan.

Dalam forum kali ini, dua doktor pakar

dari TTSH akan dijemput berkongsi pengala-man dan pengetahuan mereka tentang barahusus besar dan buah dada.

Seorang daripada mereka ialah Dr DewiNorwani Basir, 35 tahun, dari Jabatan Gas-troenterologi hospital itu.

Beliau akan berkongsi pengetahuan ten-tang cara mengelakkan diri daripada meng-

hidapi barah usus besar melalui pengesananawal.

Seorang lagi pakar perubatan ialah kon-sultan khidmat buah dada, Dr Melanie Seah,juga dari TTSH.

Dr Seah akan menerangkan tentangperkembangan barah buah dada di Singapu-ra dan beberapa faktor risiko yang wujudberkaitan penyakit tersebut serta cara men-guruskannya.

Setiausaha Parlimen (Kesihatan merang-kap Pengangkutan), Profesor Madya Dr Mu-hammad Faishal Ibrahim, akan turut hadirdalam forum kali ini bagi mengulas me-ngenai peri pentingnya mengamalkan gayahidup sihat bagi mengelakkan penyakit.

Dalam forum itu, peserta juga berpeluangmengajukan soalan kepada penceramah.

Orang ramai yang ingin menyertai forumkesihatan BH/BM boleh mengirimkan e-melke bhpromo@sph.com.sg.

Tiada bayaran dikenakan, namun tempatterhad dan yang dahulu akan didahulukan.

Forum ini juga adalah sebahagian daripa-da usaha berterusan BH dalam mendekatipembaca dan masyarakat Melayu amnya.

Melalui Forum Kesihatan yang pertamadianjurkan pada bulan lalu itu, orang ramaidiberi pendedahan dan teknik menjaga pe-makanan dan pengamalan gaya hidup sihat.

Ini di samping kaedah rawatan terkinidalam melangsingkan badan dan menjagakerapian tubuh.

Forum itu telah menampilkan empat pa-kar kesihatan – Konsultan Pusat Pengurusandan Pembedahan Obesiti, Hospital Universi-ti Nasional (NUH), Dr Asim Shabbir; Doktor

Residen Kanan Pusat Perubatan Sukan, Hos-pital Besar Changi (CGH), Dr FadzilHamzah; Pengasas dan Doktor Residen EhaClinic, Dr Elias Tam; dan pengurus jurura-wat klinikal kanan, Yayasan Buah PinggangKebangsaan (NKF), Encik Adzhari Boimin.

BANGKOK: Polis Thailand melepaskan gaspemedih mata ke atas penunjuk perasaanyang berazam menggulingkan kerajaan se-mentara Thailand selepas bekas PerdanaMenteri, Cik Yingluck Shinawatra, diarahmeletak jawatan oleh Mahkamah Perlem-bagaan sebelum agensi antirasuah mengundisebulat suara untuk mendakwanya.

Parti Puea Thai yang dipimpin Cik Ying-luck masih menguruskan kerajaan sementa-ra dan berharap dapat menganjurkan pilihanraya pada 20 Julai ini.

Namun, penunjuk perasaan antikerajaansemalam mahu supaya kerajaan sementaradibubarkan, pilihan raya ditangguhkan danpembaharuan dilaksanakan bagi menghenti-kan pengaruh abang Cik Yingluck, bekas per-dana menteri, Encik Thaksin Shinawatra.

Pemimpin penunjuk perasaan, EncikSuthep Thaugsuban, yang bercakap kepadapenyokongnya semalam, menggesa merekamengadakan bantahan di luar parlimen, peja-bat perdana menteri dan lima stesen televi-syen bagi menghalangnya daripada di-gunakan oleh kerajaan Thailand.

“Kami akan menyapu bersih rejimThaksin dari negara ini,” kata Encik Suthep,bekas timbalan perdana menteri dalam kera-jaan yang diperintah Parti Demokrat.

Agensi antirasuah, Suruhanjaya Pencega-han Rasuah Kebangsaan (NACC) sebelumini sebulat suara mendapati Cik Yingluck ber-salah mengendalikan skim beras yang kon-troversial.

Sekiranya didapati bersalah oleh DewanSenat, Cik Yingluck akan dilarang daripadamenyertai politik selama lima tahun.

Sebelum ini, Mahkamah Perlembagaanmemutuskan Cik Yingluck telah bertindak diluar batas undang-undang apabila menggan-tikan Ketua Majlis Keselamatan Negara, En-cik Thawil Pliensri, dua tahun lalu.

Tindakan tersebut telah disifatkan mahka-mah sebagai “tidak sah, melanggar perlem-bagaan dan tidak beretika” kerana Cik Ying-luck dikatakan ada muslihat peribadi yangmenguntungkan anggota keluarganya.

Cik Yingluck dan sembilan menteri kabi-netnya telah diarah meletak jawatan.

Encik Suthep semalam memimpin satu

kumpulan penunjuk perasaan ke Rumah Ke-rajaan, iaitu pejabat rasmi Perdana MenteriThailand, tetapi ia telah dikosongkan sejakJanuari lalu.

Beliau berkata penunjuk perasaan akanberkhemah di luar semalaman.

Sementara itu, kegelisahan meletus ditapak bantahan apabila polis melepaskangas pemedih mata terhadap beratus-ratuspenunjuk perasaan apabila mereka cuba me-rempuh masuk pekarangan polis yang me-nempatkan kumpulan keselamatan kerajaandi utara Bangkok. – Agensi berita.

Polis lepaskan gas pemedih mata ke atas penunjuk perasaan

Dua jenis barah pula jadi tumpuan

KONGSI PENGALAMAN DAN PENGETAHUAN: Dr Melanie Seah (kiri) akan bercakap tentang barah buahdada dan risiko yang wujud berkaitan penyakit itu, sementara Dr Dewi Norwani Basir pula akanbercakap tentang cara mengelakkan diri daripada menghidapi barah usus besar menerusi pengesananawal. – Foto-foto KHALID BABA

Tarikh: Ahad, 25 Mei 2014Masa: 2 petang

Tempat: Theatrette Foyer,Hospital Tan Tock Seng (TTSH)(Berhampiran MRT Novena)

Masuk:Percuma tetapi perlumendaftar. Tempat terhad danyang dahulu akan didahulukan.

Pendaftaran:Kirimkan e-mel kebhpromo@sph.com.sgBerikan nama penuh, alamat,nombor telefon dan alamate-mel anda

Penceramah:Dr Dewi Norwani Basir dariJabatan Gastroenterologi,TTSH

Dr Melanie Seah,Konsultan Khidmat Buah Dada,Jabatan Pembedahan Am,TTSH

KEMELUT POLITIK DI THAILAND

BUTIRAN FORUMDua doktor pakardari Hospital Tan TockSeng akan menyentuh

tentang barah buah dadadan usus besar

FORUM KESIHATAN BH

2 Berita Harian | Sabtu, 10 Mei 2014

Berita