Post on 21-Mar-2019
Garis Panduan Premis Perniagaan UniMAP | 2
GARIS PANDUAN
PENGURUSAN PREMIS PERNIAGAAN UniMAP
1.0 TUJUAN
1.1 Menerangkan secara terperinci tentang tatacara pengurusan premis perniagaan
di Universiti Malaysia Perlis.
1.2 Sebagai panduan kepada semua Pusat Tanggungjawab (PTJ), syarikat yang
bernaung di bawah Universiti dan pihak-pihak luar termasuk agensi kerajaan,
agensi swasta, individu serta lain-lain dalam membuat permohonan dan
mendapatkan kelulusan penyewaan dan penggunaan premis perniagaan di
Universiti Malaysia Perlis.
1.3 Memudahkan pihak pengurusan Universiti membuat pemantauan aktiviti
penyewaan di Universiti mengikut garis panduan yang telah ditetapkan.
2.0 TAFSIRAN
Dalam garis panduan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain.
2.1 “Jenis sewaan” bermaksud aktiviti sewaan yang dijalankan secara kontrak.
2.2 “JKPP” ertinya Jawatankuasa Premis Perniagaan
2.3 “Pengusaha” ertinya orang perseorangan atau badan yang telah diberi
kebenaran serta kelulusan untuk menggunakan premis perniagaan Universiti.
2.4 “Premis perniagaan” ertinya apa-apa ruang yang digunakan untuk aktiviti
perniagaan.
2.5 “Student Mall” ertinya apa-apa ruang yang digunakan untuk aktiviti perniagaan
pelajar sahaja.
2.6 “PTJ” ertinya Pusat Tanggungjawab dalam Universiti.
2.7 “Universiti” ertinya Universiti Malaysia Perlis.
Garis Panduan Premis Perniagaan UniMAP | 3
3.0 JAWATANKUASA PREMIS PERNIAGAAN
3.1 Keahlian Jawatankuasa Premis Perniagaan 3.1.1 Timbalan Naib Canselor HEPA - Pengerusi 3.1.2 Pengetua Kolej Kediaman– Timbalan Pengerusi 3.1.3 Wakil Kolej Kediaman – Setiausaha 3.1.4 Wakil Kolej Kediaman- Ahli 3.1.5 Wakil Jabatan Bendahari – Ahli 3.1.6 Wakil Unit Perundangan & Integriti – Ahli 3.1.7 Wakil Jabatan Pembangunan – Ahli 3.1.8 Wakil Pusat Kesihatan – Ahli
3.2 Peranan Jawatankuasa Premis Perniagaan
3.2.1 Menyelaras dan menetapkan peraturan, kadar sewaan dan tempoh bagi
sewaan premis perniagaan.
3.2.2 Menentukan premis dan jenis perniagaan yang boleh disewakan.
3.2.3 Memantau keseluruhan operasi premis perniagaan (waktu operasi ,
kebersihan, bayaran sewaan, harga jualan dan susun atur premis)
3.2.4 Membuat keputusan permohonan baru / penyambungan / penamatan
kontrak sewaan premis perniagaan.
3.2.5 Menyediakan laporan kepada pihak pengurusan Universiti berkaitan
aktiviti penyewaan premis perniagaan.
3.2.6 Mengeluarkan arahan untuk menjalankan tindakan berkenaan perkara -
perkara yang berkaitan.
4.0 TAKWIM PREMIS PERNIAGAAN
Bagi memastikan operasi premis perniagaan berjalan dengan lancar, jawatankuasa
yang terlibat akan merujuk takwim premis perniagaan seperti di Lampiran 1.
5.0 KATEGORI PREMIS PERNIAGAAN
5.1 Kafeteria - Perniagaan makanan dan minuman di semua premis universiti.
5.2 Lot Kedai - Perniagaan Mini Market, Kopitiam, Kedai Aksesori Komputer,
Kedai Alat Tulis dan Pencetakan, Kedai Gunting Rambut, Kedai Basikal, Kedai
Peralatan Komunikasi, Kedai Kek dan Roti dan lain - lain premis yang
seumpamanya.
5.3 Lot Gerai Jualan - Perniagaan makanan dan minuman di semua premis
universiti.
5.4 Mesin Layan Diri - Perkhidmatan seperti mesin dobi, mesin jualan air tin,
mesin air RO dan lain - lain mesin yang seumpamanya.
5.5 Student Mall - Perniagaan dan perkhidmatan secara kecil-kecilan yang yang
diusahakan oleh para pelajar (Tidak menggunakan peralatan / penggunaan
kapasiti elektrik dan air yang tinggi)
Garis Panduan Premis Perniagaan UniMAP | 4
6.0 KADAR SEWAAN PREMIS PERNIAGAAN
6.1 Kadar Sewa
6.1.1 Kadar sewaan bagi premis perniagaan ditetapkan melalui penilaian
JKPP dan tertakluk kepada kelulusan Jawatankuasa Tetap Kewangan
dan Lembaga Pengarah Universiti
6.1.2 Harga sewaan bulanan adalah termasuk elektrik, air & GST 6%.
(Tertakluk kepada perubahan dan keputusan universiti)
6.1.3 Kadar sewa bagi premis perniagaan sebagaimana yang diluluskan oleh
Universiti seperti di Lampiran 2.
6.2 Pengecualian dan Pengurangan Sewaan
6.2.1 Kadar pengurangan separuh harga (50%) akan diberi kepada penyewa
bagi bulan yang melibatkan cuti semester pelajar. Penetapan bulan yang
terlibat adalah tertakluk kepada kalender akademik universiti. Rujuk
Lampiran 5 (Carta Alir 5.0) dan Lampiran 6 (Borang Permohonan
Pengurangan Sewaan Premis Perniagaan).
6.2.2 Pengecualian bayaran akan diberikan kepada para pelajar yang
mengusahakan „Student Mall‟ pada setiap cuti semester.
7.0 PERMOHONAN PREMIS PERNIAGAAN
7.1 Tawaran bagi premis perniagaan adalah dibuka sepanjang tahun. Notis
Tawaran dan Borang permohonan adalah seperti seperti di Lampiran 3.
7.2 Proses Kerja bagi Permohonan Premis Perniagaan UniMAP adalah seperti di
Lampiran 5 ( Carta Alir 1.0).
7.3 Semua borang permohonan boleh didapati di kaunter Pejabat Majlis
Pengurusan Kolej Kediaman (RPO) dan Pejabat Pengurusan Kolej Kediaman
Tun Abdullah Ahmad Badawi (KKI)
7.4 Semua urusan permohonan hendaklah dibuat dalam waktu pejabat sahaja:
Hari Masa
Isnin- Khamis 8.10 Pagi - 1.00 Petang
2.00 Petang – 5.10 Petang
Jumaat 8.10 Pagi - 1.00 Petang
2.45Petang – 5.10 Petang
Garis Panduan Premis Perniagaan UniMAP | 5
8.0 PROSES TEMUDUGA DAN PEMILIHAN
8.1 Pihak JKPP akan mengadakan mesyuarat bagi menetapkan sesi temuduga
yang terlibat.
8.2 Pihak JKPP akan menghubungi semua pengusaha yang berkelayakan untuk
menghadiri sesi temuduga yang telah ditetapkan.
8.3 Panel bagi temuduga dan pemilihan adalah melibatkan pihak berikut:
8.3.1 TNC HEPA.
8.3.2 Pengetua Kolej Kediaman/Wakil.
8.3.3 Bendahari UniMAP/Wakil.
8.3.4 Ketua /Wakil Unit Perundangan & Integriti.
8.3.5 Pengarah Jabatan Pembangunan/Wakil.
8.3.6 Pengarah Pusat Kesihatan/Wakil.
8.3.7 Dekan HEPA /Wakil.
8.3.8 Ketua Pustakawan/Wakil.
8.4 Pihak JKPP akan mengeluarkan surat maklumbalas status temuduga kepada
semua calon temuduga. Proses Kerja bagi Temuduga & Pemilihan adalah
seperti di Lampiran 5 (Carta Alir 2.0) dan Lampiran 8 (Borang Temuduga
Premis Perniagaan)
9.0 PROSES TAWARAN BARU DAN PENYAMBUNGAN KONTRAK
9.1 Pihak JKPP akan menyediakan Surat Tawaran & Setuju Terima kepada
Pengusaha yang telah berjaya.
9.2 Tawaran Kontrak selama 3 tahun akan diberikan kepada pengusaha yang
Berjaya.
9.3 Surat Tawaran dan Surat Setuju Terima yang telah ditandatangi oleh
pengusaha dan saksi akan diserahkan kepada Jab. Bendahari untuk didaftarkan
sebagai pengusaha dalam Sistem IUS Kewangan.
9.4 Deposit 6 bulan perlu dijelaskan dalam masa 14 hari selepas pengusaha di
daftarkan di dalam sistem IUS Kewangan oleh pihak Jab. Bendahari.
9.5 Pihak JKPP akan mengeluarkan surat pembatalan tawaran sekiranya tiada
pembayaran deposit dibuat oleh pengusaha dalam masa 14 hari yang telah
ditetapkan.
9.6 Dokumen perjanjian akan disediakan oleh pihak JKPP dan akan disemak oleh
pihak perundangan dalam tempoh masa 2 bulan selepas pembayaran deposit
dijelaskan oleh pengusaha.
9.7 Proses Kerja bagi Tawaran Baru dan Penyambungan Kontrak adalah seperti di
Lampiran 5 ( Carta Alir3.0)
9.8 Tawaran penyambungan semula kontrak kepada pengusaha akan
dipertimbangkan oleh pihak JKPP berdasarkan prestasi semasa pengusahan
dan memenuhi kriteria-kriteria permarkahan yang telah tetapkan seperti di
Lampiran 7 (Jadual Penilaian Pengusaha) serta tertakluk kepada kelulusan
Pengerusi JKPP.
Garis Panduan Premis Perniagaan UniMAP | 6
10.0 WAKTU OPERASI PREMIS PERNIAGAAN
10.1 Waktu operasi premis perniagaan adalah seperti berikut:
Jenis Perniagaan Lokasi Waktu Operasi
Kafeteria
Lot Gerai Jualan
Lot Kedai
Student Mall
Kolej Kediaman/ Pusat
Pengajian/ PTJ
Dibuka Setiap Hari Sepanjang Semester
7.00 Pagi – 12.00 Malam
Mesin Layan Diri Kolej Kediaman/ Pusat
Pengajian/ PTJ
Beroperasi Sepanjang Semester Pengajian
Student Mall Kampus UniMAP Beroperasi Sepanjang Semester
Pengajian
10.2 Pengusaha Premis Perniagaan tidak dibenarkan menutup premis pada masa-
masa telah ditetapkan melainkan dengan mendapat kebenaran bertulis daripada
JKPP.
10.3 Sekiranya pengusaha ingin menutup operasi perniagaan, pengusaha perlu
mengisi borang permohonan penutupan seperti di Lampiran 4 (Borang
Permohonan Penutupan Operasi Premis Perniagaan).
10.4 Surat amaran akan dikeluarkan oleh pihak JKPP sekiranya penutupan operasi
tidak mendapat kelulusan daripada pihak JKPP dan pihak pengusaha perlu
mengemukakan surat tunjuk sebab.
11.0 PEMBAYARAN
11.1 Pengeluaran Inbois Sewaan Premis Perniagaan
11.1.1 Pihak Jab. Bendahari akan mengeluarkan senarai pengusaha aktif untuk
pengesahan oleh pihak JKPP.
11.1.2 Pihak Jab. Bendahari akan mengeluarkan Inbois kepada pengusaha
setelah mendapat pengesahan daripada pihak JKPP.
11.1.3 Inbois akan di pos kepada pengusaha melalui alamat yang telah di
daftarkan di dalam sistem IUS Kewangan.
11.2 Bayaran Sewaan Bulanan
Pengusaha perlu menjelaskan bayaran sewaan pada minggu pertama setiap
bulan ( sebelum atau pada 7 haribulan ) mengikut Inbois yang telah
dikeluarkan.
Garis Panduan Premis Perniagaan UniMAP | 7
11.3 Amaran Pertama Tunggakan Bayaran
11.3.1 Pihak Jab.Bendahari akan mengeluarkan surat amaran pertama kepada
pengusaha yang mempunyai tunggakan hutang selama 3 bulan berturut-
turut. Bayaran hendaklah dibuat dalam tempoh 14 hari daripada surat
amaran diterima.
11.3.2 Proses kerja bagi Amaran Pertama Tunggakan Bayaran adalah seperti
di Lampiran 5 ( Carta Alir 6.0).
11.4 Amaran Kedua Tunggakan Bayaran
11.4.1 Pihak JKPP akan mengeluarkan surat amaran kedua kepada pengusaha
yang gagal menjelaskan tunggakan sewaan selama 4 bulan berturut-
turut. Bayaran hendaklah dibuat dalam tempoh 14 hari selepas surat
amaran kedua diterima.
11.4.2 Proses kerja bagi Amaran Kedua Tunggakan Bayaran adalah seperti di
Lampiran 5 ( Carta Alir 7.0).
12.0 PENAMATAN KONTRAK
12.1 Pihak JKPP akan mengeluarkan Surat Amaran Penamatan kepada pihak
pengusaha yang gagal menyelesaikan tunggakan hutang selama 5 bulan
berturut-turut.
12.2 Pihak JKPP akan menyerahkan Surat Penamatan dan Arahan Pengosongan
Unit Premis Perniagaan kepada pengusaha yang gagal menyelesaikan hutang
sewaan premis dalam tempoh 14 hari daripada Surat Amaran Penamatan
diterima.
12.3 Proses kerja bagi penamatan pengusaha yang gagal menjelaskan tunggakan
adalah seperti di Lampiran 5 ( Carta Alir 8.0).
13.0 PEMANTAUAN PREMIS PERNIAGAAN
13.1 Pemantauan Premis Perniagaan akan dilakukan oleh JKPP mengikut
perancangan yang telah ditetapkan didalam Takwim JKPP.
13.2 Proses kerja bagi Pemantauan Premis Perniagaan UniMAP adalah seperti di
Lampiran 5 (Carta Alir 4.0) dan Lampiran 7.
Garis Panduan Premis Perniagaan UniMAP | 8
14.0 HAK-HAK UNIVERSITI
14.1 Universiti berhak mengenakan sebarang peraturan tambahan berhubung
penyewaan premis dari semasa ke semasa sekiranya difikirkan perlu.
14.2 Universiti berhak membatalkan tawaran premis perniagaan yang dijalankan
sekiranya pihak pengusaha melanggar syarat-syarat garis panduan ini dan
peraturan – peraturan lain yang berkuatkuasa di Universiti.
14.3 Universiti berhak menyenarai hitamkan pihak pengusaha yang telah didapati
melanggar syarat – syarat garis panduan ini dan peraturan – peraturan lain
yang berkuatkuasa di Universiti.
14.4 Universiti berhak untuk mengambil gambar atau membuat rakaman audio visual
aktiviti yang dijalankan oleh pengusaha dengan tujuan untuk simpanan atau
dokumentasi dan bukan untuk tujuan dagangan.
14.5 Wakil pihak Universiti atau JKPP berhak membuat pemeriksaan semasa aktiviti
perniagaan sedang dijalankan.
15.0 TANGGUNGJAWAB PIHAK-PIHAK YANG TERLIBAT
15.1 Tanggungjawab Universiti Malaysia Perlis
15.1.1 Universiti bertanggungjawab memberi akses kepada pengusaha premis
perniagaan mengikut tempoh yang telah diluluskan selagi pengusaha
mematuhi peraturan – peraturan yang berkuatkuasa di Universiti.
15.2 Tanggungjawab Pengusaha
15.2.1 Pengusaha perlu menjelaskan bayaran sepertimana yang telah
ditetapkan.
15.2.2 Pengusaha yang ditawarkan mengendalikan perniagaan di premis
universiti mestilah bersedia untuk mengusaha sendiri dan tidak boleh
menyewa premis kepada pihak ketiga.
15.2.3 Sekiranya pihak universiti atau JKPP mendapati pengusaha
menyewakan premis kepada pihak ketiga, penamatan perjanjian
kontrak sewaan akan dikenakan serta-merta.
15.2.4 Pengusaha bertanggungjawab sepenuhnya terhadap sebarang
kemalangan yang berlaku di premis sepanjang tempoh penyewaan.
15.2.5 Pengusaha adalah bertanggungjawab sepenuhnya ke atas
kerosakan, kemusnahan dan kehilangan peralatan milik Universiti
akibat kecuaiannya sepanjang tempoh penyewaan.
15.2.6 Pengusaha tidak dibenarkan menambah atau mengurangkan
sebarang peralatan teknikal sedia ada di ruang/tempat yang disewa.
Sebarang penambahan perlu mendapat kelulusan bertulis daripada
Universiti.
15.2.7 Pengusaha boleh dengan persetujuan Universiti membawa perabot
atau kelengkapan lain milik penyewa selain daripada yang disediakan
oleh Universiti.
Garis Panduan Premis Perniagaan UniMAP | 9
15.2.8 Pengusaha adalah bertanggungjawab untuk menjaga kebersihan di
semua bahagian ruang/tempat yang digunakan sepanjang tempoh
sewaan dan perlu membawa keluar semua sampah atau segala
terbitan sisa dari premis perniagaan dan kemudahan Universiti.
15.2.9 Pengusaha tidak dibenarkan melakukan sebarang kerja/aktiviti yang
boleh menyebabkan kecacatan atau perubahan kekal kepada struktur
atau rupa fizikal ruang dan kemudahan yang disewa.
15.2.10 Pengusaha tidak dibenarkan menampal/melekat/menggantung bahan-
bahan hebahan seperti banner, bunting, poster, brosur atau gambar
di dalam kawasan Universiti melainkan setelah mendapat kelulusan
bertulis daripada Universiti.
15.2.11 Pengusaha hendaklah mematuhi had masa yang ditetapkan oleh
Universiti.
15.2.12 Pengusaha dikehendaki mengeluarkan segala peralatan kepunyaan
sendiri daripada ruang sewaan serta merta selepas tamat tempoh
sewaan.
15.3 Tanggungjawab Pengendali Makanan dan Minuman di Premis UniMAP
15.3.1 Pengusaha perlu menyediakan Pakaian Seragam Yang Lengkap
Mengikut Spesifikasi Yang Ditetapkan Oleh Pihak Universiti /
Jawatankuasa Kepada Semua Pekerja (Baju, Penutup Kepala Dan
Apron)
15.3.2 Tiada Penggunaan Polisterin / Plastik / Surat Khabar Dan Lain-lain
Peralatan Yang Tidak Dibenarkan Oleh Pihak Kementerian Kesihatan
15.3.3 Pengusaha Yang Terpilih Mestilah Sentiasa Menjaga Kebersihan Dan
Keselamatan Di Premis Masing-masing
15.3.4 Pengusaha Yang Terpilih Hendaklah Bersetuju Untuk Menjalani
Pemeriksaan Kesihatan Di Premis Dan Kepada Semua Pekerja
Sepertimana Yang Dikehendaki Oleh Pihak Universiti / Jawatankuasa /
Kementerian Kesihatan
15.3.5 Secara tegas, pengusaha hanya dibenarkan menyediakan dan menjual
produk makanan dan minuman yang HALAL sahaja.
15.3.6 Pengusaha perlu memaparkan senarai harga makanan dan minuman
di premis perniagaan
16.0 PENGECUALIAN
Pengecualian kepada peruntukan garis panduan ini hendaklah mendapat kelulusan
Naib Canselor.
17.0 PEMAKAIAN
Garis Panduan ini adalah terpakai di Universiti sahaja.
Garis Panduan Premis Perniagaan UniMAP | 11
TAKWIN PREMIS PERNIAGAAN UniMAP
Bulan Proses Kerja Tindakan Mei Pengeluaran Inbois Bagi Bulan April
Surat Pengurangan Sewaan Premis Bagi Bulan Jun/Julai/Ogos Permohonan Baru Premis Perniagaan
Jab. Bendahari JKPP JKPP
Jun Pengeluaran Inbois – Mei Penghantaran Surat Pengurangan Bagi Bulan Jun/Julai/Ogos Sesi Temuduga Pengusaha Baru
Jab. Bendahari JKPP JKPP
Julai Pengeluaran Inbois Pengurangan Bagi Bulan Jun Proses Tawaran Baru/Penyambungan
Surat Setuju Terima
Surat Tawaran
Kontrak Perjanjian
Jab. Bendahari JKPP
Ogos Pengeluaran Inbois Pengurangan Bagi Bulan Julai Kontrak Perjanjian Diterima Oleh Pengusaha Makluman Tarikh Operasi Kafeteria Sidang Baru Makluman Jumlah Anggaran Pelajar Baru
Jab. Bendahari Pengusaha JKPP JKPP
September Pengeluaran Inbois Pengurangan Bagi Bulan Ogos Makluman Jumlah Anggaran Pelajar Baru /Lama Sidang Baru Aktiviti Perniagaan Bermula
Jab. Bendahari Pengusaha
Oktober Pengeluaran Inbois Bagi Bulan September Bendahari
November Pengeluaran Inbois Bagi Bulan Oktober Pemantauan Premis Perniagaan
Bendahari JKPP
Disember Pengeluaran Inbois Bagi Bulan November Surat Pengurangan Sewaan Premis Jan/Feb Surat Amaran Tunggakan Bayaran Pertama
Bendahari JKPP Bendahari
Januari Pengeluaran Inbois Bagi Bulan Disember Penghantaran Surat Pengurangan Bagi Bulan Januari/Februari Surat Amaran Tunggakan Bayaran Kedua Makluman Tarikh Operasi Kafeteria Sidang Baru Makluman Jumlah Anggaran Pelajar Baru /Lama Sidang Baru
Jab. Bendahari JKPP JKPP JKPP JKPP
Februari Pengeluaran Inbois Pengurangan Bagi Bulan Januari Surat Penamatan Pengusaha Gagal Menjelaskan Tuggakan
Jab. Bendahari JKPP
Mac Pengeluaran Inbois Pengurangan Bagi Bulan Februari
Jab. Bendahari
April Pengeluaran Inbois - Mac Pemantauan Premis Perniagaan
Jab. Bendahari JKPP
LAMPIRAN 1
Garis Panduan Premis Perniagaan UniMAP | 12
SENARAI KAFETERIA DAN PREMIS PERNIAGAAN (UniMAP)
SENARAI KAFETERIA
BIL JENIS PERNIAGAAN LOKASI UNIT SEWAAN/BULAN *TERMASUK 6% GST
1. KAFETERIA KOLEJ KEDIAMAN TUN ABDULLAH AHMAD BADAWI 1 RM 530.00
2. KAFETERIA KOLEJ KEDIAMAN PAUH PUTRA 2 RM 530.00
3. KAFETERIA KOLEJ KEDIAMAN TUNKU ABDUL RAHMAN 2 RM 350.00
4. KAFETERIA KOLEJ KEDIAMAN TUN ABDUL RAZAK 9 RM 1060.00
5. KAFETERIA KOLEJ KEDIAMAN TAN SRI AISHAH GHANI 1 RM 530.00 6. KAFETERIA STUDENT CENTRE, KAMPUS UniMAP PAUH PUTRA 1 RM 530.00 7. KAFETERIA PPK PEMBUATAN PAUH PUTRA 1 RM 530.00
8. KAFETERIA PPK MIKROELEKTRONIK 1 RM 530.00 9. KAFETERIA PUSAT KEJURUTERAAN 1 RM 530.00 10. KAFETERIA KAMPUS KUBANG GAJAH 1 RM 159.00 11. KAFETERIA PP IKOM JEJAWI 1 RM 159.00 12. KAFETERIA PP INOVASI PERNIAGAAN & TEKNOUSAHAWAN (PPIPT) 1 RM 530.00 13. KAFETERIA PPK BIOPROSES JEJAWI (DRAGON) 1 RM 159.00
SENARAI LOT GERAI JUALAN
BIL JENIS PERNIAGAAN LOKASI UNIT SEWAAN/BULAN *TERMASUK 6% GST
1. LOT GERAI JUALAN KOLEJ KEDIAMAN TAN SRI AISHAH GHANI 5 RM 265.00
2. LOT GERAI JUALAN PPK PEMBUATAN PAUH PUTRA 8 RM 265.00
3. LOT GERAI JUALAN PPK PEMBUATAN PAUH PUTRA 1 RM 424.00
4. LOT GERAI JUALAN DEWAN KULIAH KAMPUS PAUH PUTRA 1 RM 159.00
LAMPIRAN 2
Garis Panduan Premis Perniagaan UniMAP | 13
SENARAI LOT KEDAI & MINI MARKET
BIL JENIS PERNIAGAAN LOKASI UNIT SEWAAN/BULAN *TERMASUK 6%
GST
1. MINI MARKET KOLEJ KEDIAMAN TUN ABDULLAH AHMAD BADAWI 1 RM 530.00
2. MINI MARKET KOLEJ KEDIAMAN PAUH PUTRA 1 RM 530.00
3. MINI MARKET KOLEJ KEDIAMAN TUNKU ABDUL RAHMAN 1 RM 530.00
4. MINI MARKET KOLEJ KEDIAMAN TUN ABDUL RAZAK 2 RM 2650.00
5. MINI MARKET PP INOVASI PERNIAGAAN & TEKNOUSAHAWAN (PPIPT) 1 RM 530.00 6. MINI MARKET PPK MEKATRONIK 1 RM 530.00 7. KEDAI ALAT TULIS & PERCETAKAN PPK KOMPUTER & PERHUBUNGAN 1 RM 530.00
8. KEDAI ALAT TULIS & PERCETAKAN KOLEJ KEDIAMAN TUNKU ABDUL RAHMAN 1 RM 530.00 9. KEDAI MAKANAN RINGAN KOLEJ KEDIAMAN TUNKU ABDUL RAHMAN 1 RM 530.00 10. KEDAI KEK & ROTI KOLEJ KEDIAMAN TUNKU ABDUL RAHMAN 1 RM 530.00 11. KEDAI BASIKAL KOLEJ KEDIAMAN TUN ABDUL RAZAK 1 RM 636.00 12. KEDAI KOMPUTER KOLEJ KEDIAMAN TUN ABDUL RAZAK 1 RM 1060.00
13. KEDAI PERALATAN KOMUNIKASI KOLEJ KEDIAMAN TUN ABDUL RAZAK 1 RM 1060.00 14. KEDAI PAKAIAN KOLEJ KEDIAMAN TUN ABDUL RAZAK 1 RM 636.00 15. KEDAI KEK & ROTI KOLEJ KEDIAMAN TUN ABDUL RAZAK 1 RM 1060.00
SENARAI MESIN DOBI
BIL JENIS PERNIAGAAN LOKASI UNIT SEWAAN/UNIT/BULAN *TERMASUK 6% GST
1. MESIN DOBI KOLEJ KEDIAMAN TUN ABDULLAH AHMAD BADAWI 20 RM 63.60
2. MESIN DOBI KOLEJ KEDIAMAN PAUH PUTRA 18 RM 63.60
3. MESIN DOBI KOLEJ KEDIAMAN TUNKU ABDUL RAHMAN 16 RM 63.60
4. MESIN DOBI KOLEJ KEDIAMAN TUN ABDUL RAZAK 30 RM 63.60
5. MESIN DOBI KOLEJ KEDIAMAN TAN SRI AISHAH GHANI 32 RM 63.60
Garis Panduan Premis Perniagaan UniMAP | 14
SENARAI MESIN LAYAN DIRI
BIL JENIS PERNIAGAAN LOKASI UNIT SEWAAN/UNIT/BULAN *TERMASUK 6% GST
1. MESIN AIR (RO WATER) PP INOVASI PERNIAGAAN & TEKNOUSAHAWAN (PPIPT) 1 RM 106.00 2. MESIN AIR (RO WATER) KOLEJ KEDIAMAN PAUH PUTRA 4 RM 106.00 3. MESIN AIR (RO WATER) KOLEJ KEDIAMAN TAN SRI AISHAH GHANI 4 RM 106.00 4. MESIN AIR (RO WATER) KOLEJ KEDIAMAN TUN ABDULLAH AHMAD BADAWI 1 RM 106.00 5. MESIN AIR (RO WATER) KOLEJ KEDIAMAN TUN ABDUL RAZAK 15 RM 159.00
6. MESIN AIR (RO WATER) KOLEJ KEDIAMAN TUNKU ABDUL RAHMAN 4 RM 106.00 7. MESIN AIR TIN KOLEJ KEDIAMAN TUN ABDUL RAZAK 10 RM 233.20
8. MESIN AIR TIN KOLEJ KEDIAMAN TAN SRI AISHAH GHANI 3 RM 106.00 9. MESIN AIR TIN KOLEJ KEDIAMAN TUNKU ABDUL RAHMAN 1 RM 106.00 10. MESIN AIR TIN KOLEJ KEDIAMAN PAUH PUTRA 1 RM 106.00 11. MESIN AIR TIN PERPUSTAKAAN, PAUH PUTRA 1 RM 106.00 12. MESIN AIR TIN PPK BIOPROSES 1 RM 106.00 13. MESIN AIR TIN PPK MIKROELEKTRONIK 2 RM 106.00 14. MESIN AIR TIN PPK ALAM SEKITAR 1 RM 106.00 15. MESIN AIR TIN DEWAN KULIAH 1 RM 106.00
SENARAI STUDENT MALL
BIL JENIS PERNIAGAAN LOKASI UNIT SEWAAN/UNIT/SEMESTER *TERMASUK 6% GST
1. STUDENT MALL KAMPUS UniMAP TERTAKLUK KEPADA KELULUSAN JAWATANKUASA TETAP KEWANGAN DAN LEMBAGA PENGARAH UNIVERSITI
Garis Panduan Premis Perniagaan UniMAP | 15
TAWARAN PERKHIDMATAN
KAFETERIA DAN PREMIS PERNIAGAAN DI
UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UniMAP)
JAWATANKUASA KAFETERIA & PREMIS PERNIAGAAN UniMAP (JKPP) D/a: Pejabat Pengurusan
Kolej Kediaman Tun Abdullah Ahmad Badawi (KKI) Universiti Malaysia Perlis
Kuarters Institusi Pendidikan Simpang Empat, 02700 Simpang Empat, Perlis Tel: 04-980 5199 / 5197 Faks: 04-980 5195
\
LAMPIRAN 3
Garis Panduan Premis Perniagaan UniMAP | 16
NOTIS TAWARAN
KENYATAAN TAWARAN PERKHIDMATAN KAFETERIA DAN PREMIS PERNIAGAAN DI UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UniMAP)
Adalah dimaklumkan bahawa satu tawaran PERKHIDMATAN KAFETERIA DAN PREMIS PERNIAGAAN DI UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UniMAP) akan dibuka seperti berikut:
Tajuk Tawaran
TAWARAN PERKHIDMATAN KAFETERIA DAN PREMIS PERNIAGAAN DI UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UniMAP) 2017
Syarat Kelayakan
1. Warganegara Malaysia
2. Berdaftar Dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
3. Berdaftar Dengan Kementerian Kewangan Malaysia (Sekiranya Ada)
4. Sijil Perakuan Pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia Dan Kementerian Kewangan Malaysia
Yang Masih Sah Sekurang-Kurangnya Dalam Tempoh 6 Bulan Dari Tarikh Iklan Ini Dikeluarkan
Borang Permohonan
Boleh Didapati / Diambil Di : Pejabat Pengurusan Kolej Kediaman Tun Abdullah Ahmad Badawi (KKI) Kampus UniMAP, Simpang Empat, Perlis Pejabat Majlis Pengurusan Kolej Kediaman (RPO) Kolej Kediaman PFI2, Kampus UniMAP Pauh Putra
Maklumat Yang Perlu Dihantar Bersama
Profile Syarikat (3 Salinan)
1. Salinan SSM Yang Lengkap
2. Salinan Kad Pengenalan Pemilik Syarikat
3. Sijil – Sijil Berkaiatan Pengurusan Makan dan Berkaitan Dengan Jenis Perniagaan Yang Dipohon (Sekiranya Ada)
4. Pengalaman Menjalankan Perniagaan (Sekiranya Ada)
5. Proposal Lengkap (Senarai Makanan / Perkhidmatan Yang Dipohon Beserta Senarai Harga Dan Gambar Makanan / Perkhidmatan)
Tarikh Buka & Tutup Permohonan
Sepanjang Tahun
Lokasi
Seluruh Kampus UniMAP
Garis Panduan Premis Perniagaan UniMAP | 17
SENARAI SEMAK
Profail Syarikat
Gambar Ukuran Pasport
Salinan Kad Pengenalan
Proposal / Cadangan Perniagaan Yang Dipohon (Sekiranya Ada Beserta Gambar)
Salinan Sijil Perakuan Pendaftaran Syarikat (SSM – Perakuan Pendaftaran Akta Pendaftaran Perniagaan)
Salinan Sijil Perakuan Pendaftaran Syarikat (SSM – Maklumat Perniagaan)
Salinan Sijil Perakuan Pendaftaran Syarikat (SSM – Pemilik Masa Kini)
Salinan Sijil Perakuan Pendaftaran Syarikat Kementerian Kewangan Malaysia (Sekiranya Ada)
Salinan Sijil – Sijil Kursus (Sekiranya Ada)
Salinan Akaun Bank / Penyata Bank / Dokumen Berkaitan (6 Bulan – Sekiranya Ada)
Lampiran Perkara 7, 9, 10, 12 & B
SYARAT – SYARAT TAMBAHAN
1. Borang Permohonan Yang Dikeluarkan Oleh Pihak Jawatankuasa (JKPP) Sahaja Yang Akan Diproses (3 Salinan)
2. Pemohon Perlu Mengemukakan Profail Syarikat Yang Lengkap Beserta Lampiran Dan Proposal / Cadangan Perniagaan Dan
Semua Maklumat Di Senarai Semak)
3. Pemohon Perlu Menyenaraikan Semua Jenis Jualan / Perlatan / Menu / Perkhidmatan Yang Lengkap Serta Harga Mengikut Jenis
Perniagaan Yang Dipohon (Jualan / Sewaan)
4. Segala Kerja-kerja Pengubahsuaian, Keceriaan, Pembaikan Dan Penyelenggaraan Premis Adalah Dibawah Tanggungjawab
Pengusaha Sepenuhnya.
5. Masa Operasi Adalah Bermula Pada Jam 7.00 Pagi – 12.00 Malam Sepanjang Tempoh Kontrak Sewaan (Kecuali Mendapat
Kebenaran Daripada Pihak Universiti / Jawatankuasa)
6. Pengusaha Yang Terpilih Mestilah Menyediakan Pakaian Seragam Yang Lengkap Mengikut Spesifikasi Yang Ditetapkan Oleh
Pihak Universiti / Jawatankuasa Kepada Semua Pekerja (Baju, Penutup Kepala Dan Apron)
7. Tiada Pengurangan / Pengecualian Sewaan Semasa Cuti Semester (Kecuali Mendapat Kelulusan Daripada Pihak Universiti /
Jawantankuasa)
8. Pengusaha Yang Terpilih Perlu Menjalankan Kerja-kerja Pembersihan Kawasan Premis Sekurang-kurangnya 2 Kali / Semester
9. Tiada Penggunaan Polisterin / Plastik / Surat Khabar Dan Lain-lain Peralatan Yang Tidak Dibenarkan Oleh Pihak Kementerian
Kesihatan
10. Deposit Bayaran Selama 6 Bulan (Mengikut Harga Sewaan Bulanan)
11. Pengusaha Terpilih Yang Gagal Membayar Sewaan Bulanan Sebanyak 3 Bulan Berturut-turut Akan Ditamatkan Perkhidmatan Dan
Akan Diambil Tindakan Undang-undang Seperti Yang Terkandung Di Dalam Tawaran Kontrak Sewaan
12. Harga Sewaan Bulanan Adalah Termasuk Elektrik, Air & Gst 6%
13. Kontrak Sewaan Akan Diberikan Selama 2 Hingga 3 Tahun (Maksimum) – Tertakluk Kepada Keputusan Jawatankuasa Panel
Pemilihan
14. Pengusaha Yang Terpilih Mestilah Bersedia Untuk Mengusaha Sendiri (Tidak Boleh Menyewa Kepada Pihak Ketiga)
15. Sekiranya Pihak Universiti / Jawatankuasa Mendapati Pihak Pengusaha Menyewakan Premis Kepada Pihak Ketiga, Penamatan
Perjanjian Kontrak Sewaan Akan Dikenakan Serta-merta.
16. Pengusaha Yang Terpilih Mestilah Bersetuju Mematuhi Semua Syarat-syarat Dan Peraturan Universiti / Jawatankuasa Yang Telah
Ditetapkan
17. Pengusaha Yang Terpilih Mestilah Sentiasa Menjaga Kebersihan Dan Keselamatan Di Premis Masing-masing
18. Pengusaha Yang Terpilih Hendaklah Bersetuju Untuk Menjalani Pemeriksaan Kesihatan Di Premis Dan Kepada Semua Pekerja
Sepertimana Yang Dikehendaki Oleh Pihak Universiti / Jawatankuasa / Kementerian Kesihatan
19. Borang Permohonan Dan Profile Syarikat Yang Telah Lengkap Boleh Dihantar Ke Pejabat JKPP Ataupun RPO
Garis Panduan Premis Perniagaan UniMAP | 18
BORANG PERMOHONAN NO.SIRI: /
PREMIS PERNIAGAAN UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UniMAP)
JAWATANKUASA KAFETERIA & PREMIS PERNIAGAAN UniMAP D/A: PEJABAT PENGURUSAN, KOLEJ KEDIAMAN TUN ABDULLAH AHMAD BADAWI (KKI), UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS KUARTERS INSTITUSI PENDIDIKAN SIMPANG EMPAT, 02700 SIMPANG EMPAT, PERLIS TEL: 04-980 5199 / 5197 FAKS: 04-980 5195
Borang Ini Perlu Diisi Dalam 3 Salinan JENIS PERNIAGAAN YANG DIPOHON (Senarai Jenis Perniagaan) JENIS PERNIAGAAN : ................................................................................................................
…………………………………………………………………………………..
A. BUTIRAN PEMOHON
1. NAMA : ...........................................................................................................................................................
2. NAMA SYARIKAT : ........................................................................................................................................................... (Jika Memohon Atas Nama Syarikat) 3. NO. K/P : ......................................................................................
4. ALAMAT
Alamat Tetap : ...........................................................................................................................................................................
..................................................................................................................................................................................................
Alamat Surat Menyurat: .............................................................................................................................................................
....................................................................................................................................................................................................
5. NO. TELEFON
Rumah : ........................................................................................
Bimbit : ........................................................................................
Pejabat : ........................................................................................
6. PEKERJAAN SEKARANG: .......................................................................................................................................................
(Sekiranya Bekerja, Sila Nyatakan) Nama Majikan : ............................................................................................................................................................
Alamat Majikan : ............................................................................................................................................................
7. MODAL PERNIAGAAN : RINGGIT MALAYSIA (RM) .................................................................................
(Sila Kemukakan Salinan Terkini Penyata Akaun Bank / Dokumen Yang Berkaitan Sekurang-kurangnya 6 Bulan Jika Ada)
8. HARGA SEWAAN BULANAN : RINGGIT MALAYSIA (RM) ................................................................................. (Harga Sewaan Bulanan Mengikut Kemampuan Pemohon)
9. JENIS PERNIAGAAN YANG DIJALANKAN SEKARANG : .............................................................................................
LOKASI : ............................................................................................................................................................................ (Sila Sertakan Gambar Perniagaan Sedia Ada / Gambar-gambar Berkaitan Perniagaan)
Gambar Ukuran Pasport
Garis Panduan Premis Perniagaan UniMAP | 19
10. PENGALAMAN BERNIAGA (Sila Sertakan Lampiran Sekiranya Ada)
TEMPOH
NAMA SYARIKAT TEMPAT / LOKASI JAWATAN JENIS
PERNIAGAAN DARI HINGGA
11. KURSUS – KURSUS YANG DIHADIRI (Sila Sertakan Lampiran Yang Berkaitan Dengan Perniagaan / Salinan Sijil Yang Berkaitan)
NAMA KURSUS TARIKH PENGANJUR
12. BILANGAN PEKERJA YANG DICADANGKAN (Sila Sertakan Lampiran Sekiranya Ditawarkan Kontrak)
BIL JAWATAN JUMLAH
1
B. SENARAI JENIS JUALAN / PERALATAN / MENU / PERKHIDMATAN YANG LENGKAP SERTA HARGA MENGIKUT JENIS PERNIAGAAN YANG DIPOHON (JUALAN / SEWAAN) (Sila Sertakan Lampiran Yang Lengkap)
BIL JENIS JUALAN / PERALATAN / MENU / PERKHIDMATAN HARGA (RM)
1
C. PENGAKUAN
Saya Dengan Ini Mengaku Bahawa Segala Maklumat Yang Diberikan Adalah Benar. Saya Juga Bersetuju Untuk Mengusahakan Sendiri
Perniagaan Yang Dipohon (Tidak Menyewakan Perniagaan Kepada Pihak Ketiga) Dan Mematuhi Segala Peraturan Dan Syarat Yang
Telah Ditetapkan Oleh Pihak Universiti / Jawatankuasa. Pihak Universiti / Jawatankuasa Berhak Untuk Mengambil Sebarang Tindakan
Sekiranya Maklumat Yang Diberikan Adalah Tidak Benar Serta Melanggar Peraturan Dan Syarat Yang Telah Ditetapkan Oleh Pihak
Universiti / Jawatankuasa.
…………………………………………………. …………………………………………………... (Tandatangan Pemohon) (Tandatangan Saksi) Nama : Nama : Tarikh : Tarikh : Cop Syarikat :
UNTUK KEGUNAAN JAWATANKUASA KAFETERIA & PREMIS PERNIAGAAN UniMAP
Garis Panduan Premis Perniagaan UniMAP | 21
CARTA ALIR TEMPOH
Bulan Mei
21 Hari
1 Hari
1.0 CARTA ALIR BAGI PERMOHONAN PREMIS PERNIAGAAN UniMAP
Mula
Membuat Hebahan Iklan Tawaran Tender Premis Perniagaan UniMAP
Syarikat / Pengusaha Mengambil Borang Permohonan
Premis
Rekod
Terima Borang Permohonan
Semak Borang Permohonan
Lengkap
Borang Permohonan Diasingkan Mengikut Jenis Perniagaan
Rekod
Ya
Tidak
Tamat
LAMPIRAN 5
Garis Panduan Premis Perniagaan UniMAP | 22
Mula
Mesyuarat Diadakan Bagi Menentukan Tarikh, Masa, Tempat Dan Ahli Panel
Borang Permohonan & Maklumat Difailkan
Syarikat / Pengusaha Dihubungi
Proses Temuduga Dijalankan
Ya Tidak
SBU & TNC HEPA Meluluskan Syarikat / Pengusaha
Berjaya
Surat Sukacita & Surat Tawaran Dikeluarkan
Tamat
Surat Dukacita
JKPP / RPO Cadangkan Syarikat / Pengusaha Kepada SBU & TNC HEPA
CARTA ALIR TEMPOH
1 Hari
4 Hari
4 Hari
5 Hari
2 Hari
2 Hari
3 Hari
2.0
CARTA ALIR BAGI TEMUDUGA DAN PEMILIHAN SYARIKAT / PENGUSAHA PREMIS PERNIAGAAN UniMAP
Garis Panduan Premis Perniagaan UniMAP | 23
CARTA ALIR TEMPOH
3.0 CARTA ALIR BAGI TAWARAN BARU/ PENYAMBUNGAN KONTRAK
Mula
Terima surat Penawaran & Setuju Terima oleh Jab. Bendahari
Kelulusan Pendaftaran Pengusaha oleh Bendahari
Daftar Pengusaha (Debtor‟s Registration) dalam IUS Kewangan
Tamat
3 Hari
3 Hari
2 Hari
Penyediaan Dokumen Kontrak Perjanjian/
Semakan
Penyediaan Surat Penawaran & Setuju Terima
Proses Pembatalan Tawaran
Pembayaran Deposit oleh Pengusaha
Bayaran
Ya
Tidak
Tandatangan Kontrak Perjanjian
14 Hari
2 Hari
14 Hari
7 Hari
Garis Panduan Premis Perniagaan UniMAP | 24
Mula
Mesyuarat Diadakan Bagi Menentukan Tarikh Pemantauan
Pemantauan Dijalankan Mengikut Zon
Borang & Laporan Pemantauan Dihantar Kepada Jawatankuasa Induk
Mesyuarat Penilaian Diadakan
Rekod Maklumat
Bersih & Ikut Peraturan Ya
Tamat
Diberikan Notis Amaran/ Diarahkan Tutup 2 Minggu Sehingga Masalah Selesai
Premis Diberi “Grade” Berdasarkan Markah Dinilai
Tidak
CARTA ALIR TEMPOH
1 Hari
2 Hari
1 Hari
1 Hari
1 Hari
1 Hari
4.0 CARTA ALIR BAGI PEMANTAUAN PREMIS PERNIAGAAN UniMAP
Garis Panduan Premis Perniagaan UniMAP | 25
Lulus
Mula
Surat Permohonan Diterima Daripada Syarikat / Pengusaha
RPO /JKPP Majukan Surat Permohonan kepada SBU Untuk Sokongan
Surat Permohonan Yang Telah Disokong Oleh SBU Akan Dimajukan Kepada TNC
HEPA Untuk Kelulusan
Surat Permohonan Yang Telah Diluluskan Diserahkan Kepada RPO / JKPP - Rekod
Ya
Tamat
Maklumkan Kepada Syarikat / Pengusaha
Surat & Permohonan Yang Diluluskan Diserahkan Kepada Jabatan Bendahari
Tidak
CARTA ALIR TEMPOH
1 Hari
1 Hari
1 Hari
2 Hari
1 Hari
5.0
CARTA ALIR BAGI PENGURANGAN BAYARAN SEWAAN PREMIS PERNIAGAAN UniMAP
Garis Panduan Premis Perniagaan UniMAP | 26
CARTA ALIR TEMPOH
6.0 CARTA ALIR BAGI AMARAN PERTAMA TUNGGAKAN BAYARAN
Mula
Semakan senarai pengusaha yang mempunyai tunggakan bayaran 3 bulan
Keluarkan surat peringatan kepada pengusaha
Hantar surat amaran kepada pengusaha
Tamat
2 Hari
2 Hari
2 Hari
Garis Panduan Premis Perniagaan UniMAP | 27
CARTA ALIR TEMPOH
7.0 CARTA ALIR BAGI AMARAN KEDUA TUNGGAKAN BAYARAN
Mula
Semakan senarai pengusaha yang mempunyai tunggakan bayaran 4 bulan
Keluarkan surat peringatan kepada pengusaha
Hantar surat amaran kepada pengusaha
Tamat
2 Hari
2 Hari
2 Hari
Garis Panduan Premis Perniagaan UniMAP | 28
CARTA ALIR TEMPOH
8.0 CARTA ALIR BAGI PENAMATAN PENGUSAHA GAGAL JELAS TUNGGAKAN
Mula
Semak senarai pengusaha mempunyai tunggakan lebih daripada 5 Bulan
Surat Amaran Penamatan Jika Gagal Jelas dalam masa 14 hari
Bayaran
Surat Penamatan & Arahan Pengosongan Unit Premis Perniagaan
Tiada
Ya
Tamat
2 Hari
1 Hari
2 Hari
14 Hari
Garis Panduan Premis Perniagaan UniMAP | 29
CARTA ALIR TEMPOH
9.0
CARTA ALIR BAGI PENGELUARAN INBOIS SEWAAN KAFETERIA & PREMIS PERNIAGAAN
Mula
Pengeluaran Debtor Listing
Semakan Debtor Listing oleh JKPP
Lengkap
Penghantaran/Pos Inbois kepada Pengusaha
Pengeluaran Inbois
Ya
Tidak
Tamat
3 Hari
1 Hari
1 Hari
2 Hari