Post on 21-Mar-2019
UN
PE
UNIV
GARIS PANDUAN MENGENAI
NGGUNAAN DAN PENGURUSAN
KOMPUTER
ERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM)
KEDAH
UNIT TEKNOLOGI MAKLUMAT
IVERSITI TEKNOLOGI MARA (UITM) KEDAH
ISI KANDUNGAN PERKARA MUKASURAT ISI KANDUNGAN
i
1. PENGENALAN
1
2. TUJUAN
1
3. SKOP
1
4. PERATURAN PENGGUNAAN KOMPUTER
4.1 PENGGUNAAN PERKAKASAN
2
4.2 PENGGUNAAN PERISIAN
2
4.3 PENGURUSAN SISTEM KOMPUTER
3
4.4 PENGGUNAAN INTERNET DAN E-MEL RASMI
4
4.5 PENGURUSAN KESELAMATAN
4.5.1 KESELAMATAN PERKAKASAN
4
4.5.2 KESELAMATAN PERISIAN
5
5. PENUTUP
5
6. LAMPIRAN
LAMPIRAN A : MENYUSUN SEMULA FAIL DALAM DISK (DEFRAGMENTATION) • Untuk Sistem Operasi Windows Vista
• Untuk Sistem Operasi Windows XP
iii vi
LAMPIRAN B : MEMBERSIHKAN DISK (DISK CLEANUP) • Untuk Sistem Operasi Windows Vista
• Untuk Sistem Operasi Windows XP
ix xii
LAMPIRAN C : MEMADAM MAKLUMAT YANG DISIMPAN SEMASA MELAYARI INTERNET (DELETE BROWSING HISTORY)
• Untuk Sistem Operasi Windows Vista • Untuk Sistem Operasi Windows XP
xvi xviii
i
Garis Panduan Mengenai Penggunaan Dan Pengurusan Komputer Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kedah
1
1. PENGENALAN Garis panduan ini adalah untuk memberikan panduan yang khusus kepada semua pegawai dan
kakitangan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kedah mengenai tanggungjawab mereka sewaktu
mengguna, mengendali dan menyimpan rekod-rekod di dalam komputer. Ia juga mengariskan
beberapa etika yang perlu dipatuhi ketika menggunakan kemudahan komputer di dalam Universiti
Teknologi MARA (UiTM) Kedah.
2. TUJUAN Tujuan panduan penggunaan dan pengurusan komputer ini adalah untuk memastikan bahawa:
2.1 Semua pegawai dan kakitangan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kedah maklum tentang
adanya panduan dan peraturan terhadap penggunaan komputer;
2.2 Kemudahan komputer digunakan selaras dengan panduan dan peraturan yang ditetapkan;
2.3 Para pengguna kemudahan komputer sedar akan tanggungjawab mereka di dalam
pengurusan rekod-rekod di dalam komputer tersebut; dan
2.4 Dapat meminimakan sebarang permasalahan kepada kemudahan komputer Universiti
Teknologi MARA (UiTM) Kedah.
3. SKOP Peraturan penggunaan dan pengurusan komputer ini meliputi:
3.1 Semua kemudahan komputer yang disediakan oleh Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kedah;
dan
3.2 Semua pegawai dan kakitangan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kedah.
4. PERATURAN PENGGUNAAN DAN PENGURUSAN KOMPUTER Peraturan penggunaan dan pengurusan komputer di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kedah
terbahagi kepada 5 kategori iaitu Penggunaan Perkakasan, Penggunaan Perisian, Pengurusan
Sistem Komputer, Penggunaan Internet dan E-mel Rasmi, dan Pengurusan Keselamatan. Peraturan-
peraturan yang dikemukakan ini hendaklah dipatuhi sepenuhnya agar satu penggunaan yang
sistematik, efisyen dan berwibawa dapat dilaksanakan secara menyeluruh.
Garis Panduan Mengenai Penggunaan Dan Pengurusan Komputer Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kedah
2
4.1 PENGGUNAAN PERKAKASAN
4.1.1 Anda adalah bertanggungjawab dalam menentukan perkakasan komputer seperti
CPU, monitor, papan kekunci, tetikus dan AVR (Pengawal Voltan Automatik) adalah
dalam keadaan baik.
4.1.2 Anda adalah bertanggungjawab dalam menentukan persekitaran perkakasan
komputer dalam keadaan selamat seperti tidak terdedah kepada haba yang keterlaluan, tidak berkeadaan basah atau berair dan berminyak, tidak di tempat berhabuk, tidak menambah beban berlebihan di atas perkakasan komputer seperti meletakkan fail atau buku yang berlebihan ke atas CPU atau monitor.
4.1.3 Anda hendaklah memastikan semua komputer dan suis utama serta soket penyambungan elektrik ditutup selepas waktu pejabat atau setelah tidak digunakan lagi.
4.1.4 Anda dinasihatkan supaya tidak selalu atau kerap memindah lokasi perkakasan
komputer. Ini adalah untuk mengelakkan daripada getaran dan kesan terkena
hentakan (tidak sengaja) pada perkakasan komputer yang boleh memendekkan
jangka hayat perkakasan komputer tersebut.
4.1.5 Anda adalah dilarang menggunakan kemudahan komputer dan perkakasan komputer
di luar waktu pejabat. Walau bagaimanapun anda boleh menggunakan kemudahan
tersebut di luar waktu pejabat jika mendapat Pengesahan Kerja dari Ketua Bahagian/
Ketua Unit.
4.1.6 Bagi komputer riba, anda adalah diamanahkan untuk memastikan komputer riba tidak jatuh, terhempas atau mengalami gegaran yang keterlaluan.
4.2 PENGGUNAAN PERISIAN
4.2.1 Anda adalah bertanggungjawab dalam menentukan komputer menggunakan perisian yang sah sahaja. Anda dilarang memasang atau memasukkan perisian tidak sah atau ‘cetak rompak’ ke dalam komputer sama ada melalui floppy disk atau CD/DVD-ROM atau memindah turun dari Internet atau mana-mana media tanpa kebenaran dari Unit Teknologi Maklumat (UTM). Perisian yang sah boleh
diinstalasi oleh Juruteknik Komputer.
Garis Panduan Mengenai Penggunaan Dan Pengurusan Komputer Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kedah
3
4.2.2 Anda dilarang sama sekali memindah turun (download) fail dari Internet atau mana-mana program yang memerlukan penggunaan memori besar serta mempengaruhi kepantasan rangkaian dan jangka hayat komputer.
4.2.3 Anda adalah dilarang menggunakan komputer untuk tujuan pemasangan video CD atau DVD atau muzik atau permainan komputer dan aktiviti-aktiviti yang tidak
berkaitan dengan urusan pejabat pada bila-bila masa.
4.2.4 Anda adalah dilarang menggunakan komputer untuk tujuan komunikasi peribadi dan aktiviti-aktiviti yang tidak berkaitan dengan urusan pejabat pada bila-bila masa.
4.3 PENGURUSAN SISTEM KOMPUTER
4.3.1 Anda digalakkan untuk melaksanakan penyelenggaraan komputer sekurang-kurangnya sebulan sekali untuk memastikan prestasi komputer sentiasa berada
pada tahap yang optimum dengan:
4.3.2 Menyusun semula kedudukan fail dalam disk dengan kaedah ‘Defragmentation’ untuk memastikan kedudukan fail sentiasa berada dalam keadaan yang mudah
diambil oleh sistem (sila rujuk lampiran B).
4.3.3 Membersihkan disk dengan kaedah ‘Disk Cleanup’ untuk memadamkan fail yang
tidak diperlukan oleh sistem komputer (sila rujuk lampiran C).
4.3.4 Memadam maklumat yang disimpan semasa melayari Internet dengan kaedah ‘Delete Browsing History’ (sila rujuk lampiran D).
4.3.5 Anda dilarang untuk mengubah sebarang konfigurasi sedia ada dalam komputer.
Anda perlu memaklumkan kepada Juruteknik Komputer sekiranya sistem komputer
mengeluarkan sebarang mesej asing.
4.3.6 Anda perlu menyimpan semua dokumen di dalam folder dan diletakkan di dalam
Local Disk (D:) untuk memudahkan proses penyelenggaraan sekiranya komputer
perlu di format.
4.3.7 Anda tidak digalakkan untuk menyimpan dokumen di Desktop dan menggunakan interaktif ‘wallpaper’ kerana ia akan melambatkan operasi sistem komputer.
Garis Panduan Mengenai Penggunaan Dan Pengurusan Komputer Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kedah
4
4.4 PENGGUNAAN INTERNET DAN E-MEL RASMI
4.4.1 E-mel yang mempunyai nama domain kedah.uitm.edu.my adalah e-mel rasmi jabatan
dan ia hanyalah untuk tujuan rasmi sahaja.
4.4.2 Anda yang mempunyai kemudahan akaun e-mel dikehendaki untuk menyemak dan mengemaskini email tersebut sekurang-kurangnya sekali sehari.
4.4.3 E-mel yang telah menghampiri saiz maksimum simpanan perlu dipadam untuk
membolehkan kemudahan e-mel dapat berfungsi dengan baik.
4.4.4 Anda tidak digalakkan mengirim e-mel yang mempunyai lampiran bersaiz besar melebihi 2 Mb. Ini adalah untuk mengoptimumkan kadar kelajuan kiriman dan
membuka e-mel tersebut. Anda dinasihati supaya menggunakan format .zip atau
compress fail yang bersaiz besar sebelum membuat kiriman.
4.4.5 Anda tidak digalakkan untuk mengirim e-mel yang tidak berkaitan dengan tugas rasmi kepada kumpulan pengguna yang tidak berkaitan kerana ruang e-mel yang
diberikan untuk setiap staf adalah terhad.
4.4.6 Anda ditegah daripada melayari laman web yang tidak berkaitan dengan tugas kerja.
4.5 PENGURUSAN KESELAMATAN
4.5.1 KESELAMATAN PERKAKASAN
4.5.1.1 Kemudahan komputer yang diamanahkan kepada anda yang terletak di dalam
bilik atau pejabat terdedah kepada ancaman yang menjejaskan
keselamatannya. Oleh itu, anda hendaklah sentiasa memastikan komputer
hendaklah diletakkan di tempat yang mempunyai kawalan fizikal yang selamat
daripada penceroboh atau sebarang bentuk capaian tidak sah.
4.5.1.2 Apabila disedari sebarang kejadian kehilangan perkakasan komputer, anda
hendaklah dengan segera melaporkan kejadian tersebut kepada Bahagian Keselamatan UiTM Kedah berserta butir-butir lengkap perkakasan yang hilang.
Garis Panduan Mengenai Penggunaan Dan Pengurusan Komputer Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kedah
5
4.5.2 KESELAMATAN PERISIAN
4.5.2.1 Virus komputer merupakan salah satu ancaman kepada keselamatan
perisian komputer yang tersebar luas. Antara langkah yang perlu anda
praktikkan supaya tidak mengalami ancaman virus ialah:
i) Mengemaskini paten pakej antivirus dalam komputer anda.
ii) Mengimbas pen drive/ disket menggunakan pakej antivirus terlebih
dahulu sebelum membukanya di komputer anda.
iii) Tidak muat-turun pakej atau aplikasi baru terutamanya dari sumber yang
tidak dapat dipastikan keselamatannya.
iv) Jangan muat-turun fail tertentu yang dikirimkan melalui e-mel
terutamanya fail yang boleh dilarikan seperti .vbs, .pl, .exe, atau apa
sahaja jenis fail yang berkemungkinan mengandungi virus.
4.5.2.2 Anda dinasihatkan supaya tidak meninggalkan komputer anda ketika sedang
menggunakan aplikasi atas talian kerana dibimbangi akan berlaku
pencerobohan. Pastikan anda telah keluar dari aplikasi tersebut apabila tidak
digunakan.
5. PENUTUP Garis Panduan ini mengandungi amalan-amalan terbaik mengenai penggunaan dan pengurusan
komputer yang patut diikuti oleh semua kakitangan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kedah. Garis
Panduan ini akan dikemaskini dari masa ke semasa selaras dengan perkembangan teknologi
maklumat.
Untuk Sistem Operasi Windows Vista
iii
BIL PAPARAN SKRIN LANGKAH 1
Skrin 1: Desktop
1. Tutup semua
aplikasi dan
dokumen.
2. Klik kanan pada
ikon Computer.
3. Pilih Open.
2
Skrin 2: Computer
1. Klik kanan pada
Local Disk (C:).
2. Pilih Properties.
iv
3
Skrin 3: Local Disk (C:)
Properties
1. Klik pada tab
Tools.
2. Pada ruangan
Defragmentation,
klik butang
Defragment Now...
4
Skrin 4: Disk
Defragmenter
1. Klik pada butang
Defragment now....
5
Skrin 5: Disk
Defragmenter:
Defragment Now...
1. Tandakan pada
ruangan yang
berkenaan.
2. Klik butang OK.
6
Skrin 6: Skrin Disk
Defragmenter
Skrin menunjukkan
sistem sedang dalam
proses defragmentasi.
v
Untuk Sistem Operasi Windows XP
BIL PAPARAN SKRIN LANGKAH 1
Skrin 1: Desktop
1. Tutup semua
aplikasi dan
dokumen.
2. Klik kanan pada
ikon My Computer.
3. Pilih Open.
2
Skrin 2: My Computer
1. Klik kanan pada
Local Disk (C:).
2. Pilih Properties.
vi
3
Skrin 3: Local Disk (C:)
Properties
1. Klik pada tab Tools.
2. Pada ruangan
Defragmentation,
klik butang
Defragment Now...
4
Skrin 4: Disk
Defragmenter
1. Sila pilih volume
untuk defragment.
2. Klik pada butang
Defragment.
5
Skrin 5: Skrin Disk
Defragmenter
Skrin menunjukkan
sistem sedang dalam
proses defragmentasi.
vii
Untuk Sistem Operasi Windows Vista
BIL PAPARAN SKRIN LANGKAH-LANGKAH
1.
Skrin 1: Desktop
1. Klik kanan pada ikon
Computer. 2. Pilih Open.
2.
Skrin 2: Computer
1. Klik kanan pada Local Disk (C:)
2. Pilih Properties.
ix
3.
Skrin 3: Local Disk (C:)
Properties
1. Klik pada tab General. 2. Klik pada butang Disk
Cleanup.
4.
Skrin 4: Disk Cleanup
Options
1. Pilih antara 2 jenis fail.
2. Klik pada pilihan
tersebut.
5.
Skrin 5: Disk Cleanup
Skrin menunjukkan sistem
sedang mengimbas fail-fail
yang akan dipadam.
x
6.
Skrin 6: Disk Cleanup for
(C:)
1. Pada ruangan Files to delete, tandakan pada
kotak yang berkenaan.
2. Klik butang OK.
7.
Skrin 7: Disk Cleanup
1. Klik butang Delete Files.
8.
Skrin 8: Disk Cleanup
Skrin menunjukkan sistem
sedang dalam proses
memadam fail.
xi
Untuk Sistem Operasi Windows XP
BIL PAPARAN SKRIN LANGKAH-LANGKAH
1.
Skrin 1: Desktop
1. Klik kanan pada ikon My
Computer. 2. Pilih Open.
2.
Skrin 2: My Computer
1. Klik kanan pada Local Disk (C:)
2. Pilih Properties.
xii
3.
Skrin 3: Local Disk (C:)
Properties
1. Klik pada tab General. 2. Klik pada butang Disk
Cleanup.
4.
Skrin 4: Disk Cleanup
Skrin menunjukkan sistem
sedang mengimbas fail-fail
yang akan dipadam.
xiii
5.
Skrin 5: Disk Cleanup for
(C:)
1. Pada ruangan Files to delete, tandakan pada
kotak yang berkenaan.
2. Klik butang OK.
6.
Skrin 6: Disk Cleanup for
(C:)
1. Klik butang Yes.
7.
Skrin 7: Disk Cleanup
Skrin menunjukkan sistem
sedang dalam proses
memadam fail.
xiv
Untuk Sistem Operasi Windows Vista
PAPARAN SKRIN LANGKAH
1.
Skrin 1: Desktop
1. Klik kanan pada
Internet Explorer.
2. Pilih Properties.
2.
Skrin 2: Internet
Properties
1. Klik pada tab
General.
2. Pada ruangan
Browsing History, klik
butang Delete....
xvi
3.
Skrin 3: Delete Browsing
History
1. Klik butang Delete
all....
4.
Skrin 4: Delete Browsing
History
1. Tandakan kotak Also
delete files setting
stored by add-ons.
2. Klik butang Yes.
5.
Skrin 5:Delete Browsing
History
Skrin menunjukkan fail-
fail sedang dalam
proses pemadaman.
xvii
Untuk Sistem Operasi Windows XP
BIL PAPARAN SKRIN LANGKAH
1.
Skrin 1: Desktop
1. Klik kanan pada
Internet Explorer.
2. Pilih Internet
Properties.
2.
Skrin 2: Internet
Properties
1. Klik pada tab
General.
2. Pada ruangan
Temporary Internet
Files, klik pada
butang Delete
Cookies....
xviii