Post on 10-Jan-2016
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN AKTIVITI `PEER COACHINGPeer Coaching merupakan salah satu daripada kaedah yang diguna pakai untuk program komuniti pembelajaran professional atau `professional learning community (PLC ) untuk pemerhatian khusus P & P guru dalam bilik darjah. Bagi memastikan kelancaran aktiviti `peer coaching berlaku dengan berkesan maka cadangan-cadangan berikut wajar dijadikan panduan.
1. PRA KONFERENSI (PRE CONFERENCE)
Mengenalpasti pengajaran dan pembelajaran dengan coach memberikan fokus kepada:
Mewujudkan hubungan dan meyakinkan coachee mengenai tujuan membantu aspek profesional
Mewujudkan kerangka mental tentang objektif dan kaedah pengajaran Menentukan struktur dan fokus pemerhatian
Memahami dan mempelajari isi pengajaran yang diharapkan melalui penyediaan soalan-soalan seperti; Apakah matlamat pengajaran anda? Bagaimana anda merancang pengajaran ? Apakah kandungan khusus pengajaran yang anda harapkan pelajar belajar ? Di manakah anda memerlukan bantuan ?
Apakah bahan-bahan yang diperlukan ? Apakah pengetahuan sedia ada pada pelajar sebelum pembelajaran tajuk ini ? Bagaimana anda tahu dan dapat mengesan kesukaran pada pengajaran ? Bagaimana kita tahu bahawa objjektif pembelajaran tercapai ? Perancangan terhadap strategi pengajaran
Jangkaan terhadap coachee
Wujudkan kemahiran penilaian kendiri yang profesional
2. PEMERHATIAN (OBSERVATION) Coachee seharusnya melakukan aktiviti berikut: Mengenalpasti peralatan untuk mengumpul data Mengumpul data/ maklumat melalui kaedah: Skrip Rakaman Senarai Semak Carta dan jadual Gambardan visual Melihat interaksi Mentafsir tingkahlaku coachee
Meneliti dokumen berkaitan
Menganalisis data/maklumat untuk tujuan perbincangan
3. PASCAKONFERENSI (POST CONFERENCE)
Peringkat ini seseorang coach hendaklah; Memaklumkan perlakuan dan tindakan sebenar yang berlaku semasa sesi pengajaran Memfokuskan perbincangan terhadap 2 atau 3 isu utama
Memberi peluang kepada coachee menjelaskan perlakuan pengajarannya
Membincangkan elemen-elemen yang boleh membantu kepada perubahan pengajaran
Mendorong coachee membuat semakan faktor kelebihan/kelemahan pengajaran
Wujudkan persefahaman perkara berikut untuk pengajaran akan datang: -aspek yang perlu diperbaiki atau dikekalkan