Post on 03-Feb-2018
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM HOSPITAL MESRA IBADAH
(PERSPEKTIF ISLAM) Terbitan:
Bahagian Perkembangan Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia
KKM.600-17/1/24 Jld. 2 (49) (09 November 2017)
drNA.kualiti.2017 1
Isi Kandungan
1. Pengenalan
2. Objektif
3. Organisasi Pengurusan dan Pelaksanaan Jawatankuasa Pemandu
Jawatankuasa Pelaksana / Sekretariat HMI
Organisasi HMI Hospital
Unit HMI o Struktur Organisasi
o Justifikasi Perjawatan
o Fungsi Unit
drNA.kualiti.2017 2
Isi Kandungan
4. Komponen-komponen HMI Pegawai Agama & anggota kesihatan
Latihan
Persekitaran Mesra Ibadah
Peralatan & kemudahan untuk ibadah
Hak pesakit dan persendirian (sulit) / keperluan yang istimewa
5. Borang-borang yang digunakan & format laporan Pamplet program teras
Bahan rujukan & garis panduan
drNA.kualiti.2017 3
Isi Kandungan
6. Bajet Program HMI Bahan percetakan dan penerbitan
Kursus Pengurusan Ibadah Pesakit
Kit ziarah
Bajet permulaan kit HMI di setiap wad
Peruntukan tambahan
7. Standard Program HMI
8. Modul-modul dalam Program HMI
9. Pensijilan
10. Appendiks
drNA.kualiti.2017 4
1. PENGENALAN
drNA.kualiti.2017 5
Garis Panduan Pelaksanaan Program Hospital Mesra Ibadah
(Perspektif Islam)
Pengenalan
• Program HMI merupakan hasrat Ybhg KPK Malaysia.
• Bermula dengan pelancaran Bahan Pendidikan Ibadah Pesakit pada 25 Februari 2014.
• Ia merupakan satu program penerapan dan penghayatan nilai-nilai Islam di hospital merangkumi pengurusan ibadah pesakit, penghayatan nilai-nilai Islam dalam melaksanakan tugas harian dan khidmat nasihay kerohanian.
• HMI adalah satu platform kerjasama strategik antara KKM, JAKIM, Majlis dan Jabatan Agama Islam Negeri ke arah mencapai piawaian indeks syariah dalam bidang kesihatan selaras dengan saranan YAB Perdana Menteri melalui pelancaran indeks syariah Malaysia.
• Majlis & Jabatan Agama Islan Negeri telah mula menempatkan Pegawai Agama (bukan pegawai kader) di beberapa buah hospital KKM bermula tahun 2000. Manakala JAKIM telah menempatkan Pegawai Agama kader di hospital KKM bermula tahun 2008. Pada masa ini terdapat lebih 60 orang Pegawai Agama di sekurang-kurangnya 55 buah hospital KKM.
drNA.kualiti.2017 6
2. OBJEKTIF
drNA.kualiti.2017 7
Garis Panduan Pelaksanaan Program Hospital Mesra Ibadah
(Perspektif Islam)
Objektif
a) Memastikan pesakit muslim dan waris menerima bimbingan yang betul dalam melaksanakan ibadah serta amalan keagamaan.
b) Memastikan anggota hospital mendapat latihan dan pendedahan asas mengenai fiqh ibadah serta nilai-nilai Islam dalam menjalankan tugas.
Objektif ini adalah selaras dengan:
Visi program : Menjadikan esok lebih baik dari hari ini
Misi program : Berusaha mengintegrasikan rawatan fizikal,
psikososial, mental dan rohani
drNA.kualiti.2017 8
3. ORGANISASI PENGURUSAN DAN PELAKSANA HMI
drNA.kualiti.2017 9
Garis Panduan Pelaksanaan Program Hospital Mesra Ibadah
(Perspektif Islam)
3.1 Jawatankuasa Pemandu
drNA.kualiti.2017 10
Pengerusi: Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia
Ahli-ahli: Pengarah Bahagian Perkembangan Perubatan Pengarah Bahagian Perkhidmatan Farmasi Setiausaha Bahagian Kewangan Setiausaha Bahagian Sumber Manusia Penasihat Undang-undang Pengarah Bahagian Perubatan Tradisional & Komplementari Pengarah Bahagian Kejururawatan Ketua Penolong Pegawai Perubatan Lembaga Perubatan
Urusetia: Bahagian Perkembangan Perubatan
3.1 Jawatankuasa Pemandu
Terma rujukan: a) Menentukan hala tuju Program HMI
b) Menetapkan polisi, peraturan dan garis panduan
c) Menentukan pelan pelaksanaan
d) Menentukan peruntukan dan mengenalpasti sumber-sumber kewangan
e) Menetapkan kaedah pengiktirafan dan pensijilan
f) Mengawas dan menilai kemajuan pelaksanaan
JK Pemandu akan bersidang sekurang-kurangnya sekali dalam tahun semasa atau mengikut keperluan.
drNA.kualiti.2017 11
3.2 Jawatankuasa Pelaksana / Sekretariat HMI
drNA.kualiti.2017 12
Penaung: Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia
Penasihat: Pengarah Bah. Perkembangan Perubatan
Pengerusi: Pengarah Hospital Sungai Buloh
Timb. Pengerusi 1: Ketua Penolong Setiausaha Unit Integriti KKM
Timb. Pengerusi 2: Ketua Penolong Pengarah (Klinikal) Hospital Sungai Buloh
Setiausaha: Ketua Penolong Pengarah Bah. Perkembangan Perubatan
Timb. Setiausaha 1: Ketua Penolong Pengarah Bah. Perkembangan Perubatan
Timb. Setiausaha 2: Penolong Setiausaha (Pengukuhan Integriti) KKM
AJK: JAKIM, JKN, Unit Integriti KKM
JK Kecil Audit: Penyelia Hospital Shah Alam Ketua Jururawat Hospital Sungai Buloh
JK Kecil Promosi: Bahagian Pendidikan Kesihatan
JK Kecil Latihan: Pakar Perubatan Kecemasan Hospital Sungai Buloh Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Hospital Sungai Buloh Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Hospital Banting
3.2 Jawatankuasa Pelaksana / Sekretariat HMI
Terma rujukan:
a) Membentuk polisi, peraturan, garis panduan dan modul latihan
b) Merangka dan melaksanakan Program HMI
c) Melaporkan status kemajuan pelaksanaan
d) Melaksana audit dan memantau pelaksanaan HMI
e) Menambahbaik pelbagai aspek dalam Program HMI
f) Menyelesaikan isu-isu berbangkit (operasi dan teknikal)
JK Pemandu akan bersidang sekurang-kurangnya 2 kali dalam tahun semasa atau mengikut keperluan.
drNA.kualiti.2017 13
3.3 Organisasi HMI Hospital
drNA.kualiti.2017 14
Penaung: Pengarah Hospital
Pengerusi: Pegawai Kanan beragama Islam (lantikan oleh penaung)
Setiausaha: Pegawai Agama
Ahli Jawatankuasa: Timbalan Pengarah (Perubatan) Timbalan Pengarah (Pengurusan)
JK Kecil Latihan: - Peg. Perubatan - Penyelia Hospital - Ketua Penyelia
Jururawat - Pegawai Psikologi
JK Kecil Promosi: - Peg. Pendidikan
Kesihatan - Peg. Perhubungan
Awam - Wakil Sukarelawan
Hospital
JK Kecil Audit: - Peg. Perubatan - Ketua Unit Kualiti - Peg. Kerja Sosial
Perubatan
• Jawatan Penaung boleh dipegang oleh Pengarah Hospital yg bukan beragama Islam, namun jawatan-jawatan lain hendaklah diisi oleh pegawai beragama Islam.
• Pengisian ahli jawatankuasa adalah mengikut kesesuaian sesebuah hospital
3.4 Unit Hospital Mesra Ibadah
Struktur Organisasi Pada masa akan datang (apabila terdapat indikasi tertentu), dicadangkan supaya
Unit HMI diwujudkan.
Unit ini diletakkan di Bahagian Perubatan dan dibawah seliaan Timbalan Pengarah (Perubatan)
Diketuai oleh Pegawai Hal Ehwal Islam (jawatan fleksi – S41/44/48/52/54) dengan dibantu oleh Pegawai Hal Ehwal Islam (jawatan fleksi – S19/22/26/29/32/36/40).
Dicadangkan Pegawai perubatan dan anggota paramedik juga menganggotai unit ini.
Penubuhan jawatankuasa kecil di setiap wad.
drNA.kualiti.2017 15
3.4 Unit Hospital Mesra Ibadah
Justifikasi Perjawatan
Permohonan perjawatan perlu dilaksanakan oleh pihak pengurusan hospital melalui aktiviti Anggaran Belanja Mengurus (ABM)
Norma perjawatan dicadangkan seperti berikut: a) Mengikut bilangan katil (300 katil & kurang)
b) Mengikut jenis hospital
drNA.kualiti.2017 16
3.4 Unit Hospital Mesra Ibadah Justifikasi Perjawatan
a) Mengikut bilangan katil
drNA.kualiti.2017 17
Katil Pengurusan &
Profesional Sokongan 1 Sokongan 2
300 & kurang S41/44/48/52/54 (1) UD44/48/52/54 (1)
S36/40 (1) S29/32 (2) U32/36 (2)
S19/22/26 (1)
3.4 Unit Hospital Mesra Ibadah Justifikasi Perjawatan
b) Mengikut jenis hospital
drNA.kualiti.2017 18
Hospital Pengurusan &
Profesional Sokongan 1 Sokongan 2
Berpakar Major
S54 (1) S48/52 (1) S41/44 (1) UD44/48/52/54 (1)
S36/40 (4) S29/32 (5) U32/36 (2)
S19/22/26 (3)
3.4 Unit Hospital Mesra Ibadah
Fungsi Unit
1. Pengurusan & Pentadbiran
2. Pengurusan Ibadah
3. Fiqh Perubatan & Kaunseling Syari’e (Perubatan Islam)
drNA.kualiti.2017 19
3.4 Unit Hospital Mesra Ibadah
Fungsi Unit
1. Pengurusan & Pentadbiran
Merancang, menyelaras dan melaksana program HMI peringkat jabatan.
Menyelaras hubungan antara agensi berkaitan seperti JAKIM, Majlis dan Jabatan Agama Islam Negeri, Jabatan Mufti, NGO dan sebagainya.
Merancang dan melaksanakan aktiviti hari-hari kebesaran Islam di peringkat jabatan sepanjang tahun.
Menyelia dan memantau perkhidmatan pengurusan jenazah Islam.
Mengurus dan menyelia kelengkapan fasiliti surau/ tempat solat di peringkat jabatan.
Membuat perancangan bajet unit tahunan serta menyediakan laporan.
Pengurusan sumber manusia dan latihan anggota.
Menjalankan tugas-tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa.
drNA.kualiti.2017 20
3.4 Unit Hospital Mesra Ibadah
Fungsi Unit
2. Pengurusan Ibadah
a) Tanggungjawab kepada Pesakit / Waris Merancang, mengurus dan melaksana aktiviti HMI kepada pesakit.
Merancang, menyedia, menerbit dan mengedar bahan risalah pendidikan keagamaan untuk rujukan dan panduan.
Mengurus dan melaksana urusan berhubung dengan tuntutan agama seperti mengazankan bayi yang baru lahir tanpa kehadiran waris, resusitasi pesakit nazak, pengurusan jenazah dan sebagainya.
Merancang, mengurus dan melaksana aktiviti ziarah yang berjadual dan bimbingan ibadah pesakit kepada pesakit-pesakit di wad.
drNA.kualiti.2017 21
3.4 Unit Hospital Mesra Ibadah
Fungsi Unit
2. Pengurusan Ibadah
b) Tanggungjawab kepada Anggota Memberi khidmat nasihat dan panduan berkaitan ajaran Islam serta bimbingan
kerohanian kepada semua anggota hospital.
Memberi latihan berkenaan tatacara pengendalian pesakit mengikut ajaran Islam.
Merancang, mengatur dan melaksanakan aktiviti kerohanian dan latihan berkonsepkan HMI kepada anggota jabatan.
Memberi khidmat rundingcara berkenaan tatacara patuh Syariah dalam isu-isu kesihatan.
drNA.kualiti.2017 22
3.4 Unit Hospital Mesra Ibadah
Fungsi Unit
3. Fiqh Perubatan & Kaunseling Syari’e (Perubatan Islam)
a) Fiqh Perubatan Menyediakan perkhidmatan khidmat nasihat berkaitan isu Fiqh Perubatan
mengikut keperluan.
Menganjur dan menyelaras aktiviti kesedaran dan pengukuhan tentang Fiqh Perubatan di kalangan pelanggan.
Memantau pelaksanaan khidmat nasihat Fiqh Perubatan kepada pelanggan.
Memudahcara dalam menangangi isu-isu Fiqh Perubatan bagi pesakit di jabatan klinikal sekiranya perlu.
Sebagai pusat rujukan kepada pesakit dan waris.
Merancang, menyelaras dan melaksanakan latihan berkaitan kepada anggota.
drNA.kualiti.2017 23
3.4 Unit Hospital Mesra Ibadah
Fungsi Unit
3. Fiqh Perubatan & Kaunseling Syari’e (Perubatan Islam)
b) Kaunseling Syari’e Menyediakan perkhidmatan kaunseling syari’e untuk pesakit, waris dan anggota.
Menyelaras aktiviti latihan anggota dalam bidang kaunseling syari’e.
Memantau pelaksanaan penyampaian perkhidmatan kaunseling syari’e agar sentiasa memenuhi keperluan pelanggan dan ditambahbaik dari semasa ke semasa.
Menyelaras perkhidmatan Perubatan Islam yang diberikan oleh pihak Pengamal Pengubatan Islam.
drNA.kualiti.2017 24
drNA.kualiti.2017 25
4. KOMPONEN-KOMPONEN HMI
drNA.kualiti.2017 26
Garis Panduan Pelaksanaan Program Hospital Mesra Ibadah
(Perspektif Islam)
Komponen-komponen HMI
1. Pegawai Agama & Anggota Kesihatan
2. Latihan
3. Persekitaran Mesra Ibadah
4. Peralatan dan Kemudahan untuk Ibadah
5. Hak Pesakit dan Persendirian (sulit) / Keperluan yang Istimewa
drNA.kualiti.2017 27
Komponen-komponen HMI
1. Pegawai Agama & Anggota Kesihatan Pegawai Agama = seseorang yang ahli dalam bidangnya
Memahami keperluan kerohanian anggota dalam melaksanakan tugas harian di hospital dan pesakit serta waris sewaktu menjalani rawatan.
Anggota membantu pesakit melaksanakan ibadah di samping menyampaikan tugas merawat dan memantau keadakan klinikal pesakit.
drNA.kualiti.2017 28
Komponen-komponen HMI
2. Latihan Latihan berkaitan HMI dan orientasi hospital hendaklah diberi kepada
semua Pegawai Agama dan anggota hospital mengikut keperluan bidang tugas masing-masing.
Satu modul latihan yang khusus hendaklah dibangunkan bagi setiap kategori.
Buku log latihan yang standard hendaklah digunakan.
KKM sentiasa menggalakkan perkembangan kerjaya di kalangan anggota pelaksana HMI melalui pengajian berstruktur di universiti.
drNA.kualiti.2017 29
Komponen-komponen HMI
3. Persekitaran Mesra Ibadah Ia meliputi anggota hospital, pesakit dan waris serta suasana kerja di
hospital.
Amalan mesra ibadah bukan sahaja perlu diterapkan dalam tugasan harian anggota tetapi ia meliputi keperluan kerohanian anggota itu sendiri.
Pengisian kerohanian seperti ceramah, tazkiran, khidmat nasihat agama serta latihan berkenaan aktiviti HMI bagi anggota akan sentiasa dianjurkan di peringkat hospital.
drNA.kualiti.2017 30
Komponen-komponen HMI
3. Persekitaran Mesra Ibadah Pelaksanaan melalui 4 pendekatan:
a) Lawatan oleh Pegawai Agama Hospital
b) Bimbingan oleh anggota hospital yang terlatih dan kompeten kepada pesakit
c) Edaran poster dan risalah/ bacaan
d) Peralatan audio visual
Penerapan amalan adalah seperti: a) Pengisian kerohanian melalui ziarah ‘mahabbah’
b) Pengurusan ibadah sewaktu sakit
c) Pengumuman waktu solat
d) Pengurusan ketika hamil dan kelahiran
e) Pengurusan pesakit nazak dan kematian
drNA.kualiti.2017 31
Komponen-komponen HMI
3. Persekitaran Mesra Ibadah Ia perlu dihayati oleh semua anggota bagi memudahkan mereka
memberi bimbingan kepada pesakit.
Suasana di hospital perlu kondusif dan menyokong pelaksanaan program ini. Contoh: waktu pesakit menerima rawatan atau menjalani prosedur sewajarnya disesuaikan supaya pesakit boleh melakukan ibadah seperti solat dalam waktu.
Digalakkan juga Solat Fardhu dilakukan secara berjemaah bersama-sama dengan pesakit.
drNA.kualiti.2017 32
Komponen-komponen HMI
4. Hak Pesakit dan Persendirian (sulit) / Keperluan yang Istimewa Kerahsiaan dan hak pesakit sentiasa dijaga dan dihormati termasuk
aurat pesakit, menyediakan pengiring (chaperon) dan layanan berhemah oleh anggota termasuk menjaaga tutur kata dan menggunakan bahasa yang sopan.
Pesakit diberikan hak untuk mendapat perkhidmatan berkaitan hal ehwal agama: a) Rujukan hukum dan fatwa
b) Khidmat nasihat agama
c) Kemudahan pengurusan jenazah
d) Perkhidmatan rundingcara patuh syariah
drNA.kualiti.2017 33
5. BORANG-BORANG YANG DIGUNAKAN & FORMAT LAPORAN
drNA.kualiti.2017 34
Garis Panduan Pelaksanaan Program Hospital Mesra Ibadah
(Perspektif Islam)
Borang-borang yang digunakan & Format Laporan (a) Borang Rujukan
(b) Borang Laporan
drNA.kualiti.2017 35
drNA.kualiti.2017 36
Borang-borang yang digunakan & Format Laporan Pamplet Program Teras
a) Adab Ziarah Pesakit
b) Kehamilan dan Kelahiran:- • Panduan Solat Wanita Hamil di Wad • Amalan dan Persediaan Menghadapi Kelahiran Menurut Islam • Penjelasan Anak Tidak Sah Taraf dari Sudut Syara’ • Tanggungjawab Bapa kepada Anak selepas Kelahiran, serta Wanita dan Darah
c) Pengurusan Ibadah Pesakit • Panduan Tayamum Semasa Sakit • Panduan Wuduk Semasa Sakit Menggunakan Penyembur Air • Panduan Solat Pesakit
drNA.kualiti.2017 37
Borang-borang yang digunakan & Format Laporan Pamplet Program Teras
d) Pengurusan Pesakit Nazak dan kematian: • Peranan Waris Menghadapi Pesakit Nazak dan Kematian • Etika Bedah Siasat Menurut Islam
e) Doa: • Doa Harian • Doa Tukar Shift • Doa Perhimpunan Bulanan • Doa Harian Pesakit • Doa Pembedahan Pesakit • Doa Sembuh Penyakit • Doa Menziarahi Pesakit
drNA.kualiti.2017 38
Borang-borang yang digunakan & Format Laporan Bahan Rujukan dan Garis Panduan
a) Penjelasan Terhadap Fahaman Sesat
b) Solat, Wudhuk & Tayamum
c) Garis Panduan Bersuci dan Bersolat
d) Garis Panduan Bacaan Doa
e) Garis Panduan Bedah Siasat
f) Garis Panduan Bertayamum
g) Garis Panduan Kawalan Ubat
drNA.kualiti.2017 39
6. BAJET PROGRAM HMI
drNA.kualiti.2017 40
Garis Panduan Pelaksanaan Program Hospital Mesra Ibadah
(Perspektif Islam)
Bajet Program HMI
1. Bahan Percetakan dan Penerbitan • Dicetak oleh Bahagian Pendidikan Kesihatan mengikut keperluan. • JAKIM dan Jabatan Agama Islam Negeri memantau isi kanduangan
bahan cetakan.
2. Kursus Pengurusan Ibadah Pesakit (6 siri / tahun) • Makan minum RM20/peserta bagi 200 peserta = RM 4000 • Bayaran penceramah RM1000 • RM5000 untuk 6 siri kursus = RM30,000 (tahunan)
3. Kit Ziarah • 1 kit ziarah = RM10 • 2000 kit ziarah = RM20,000 (tahunan)
drNA.kualiti.2017 41
Bajet Program HMI 4. Bajet permulaan keperluan
kit HMI di setiap wad Bergantung pada jumlah wad yang ada
Bukan semua item perlu dibeli setiap tahun.
5. Peruntukan tambahan boleh dipohon daripada pihak Baitulmal/ Lembaga zakat Negeri.
drNA.kualiti.2017 42
Ruang solat RM200
Penunjuk arah kiblat RM10
Sejadah RM30
Pakaian Solat RM100
Al-Quran RM50
Surah Yasin RM5
Buku Panduan Ibadah Pesakit RM10
Risalah Ibadah Pesakit RM10
Risalah Adab Menziarahi Pesakit RM10
Poster Cara Solat Pesakit RM10
Bekas Letak Buku/ Risalah / Debu Tayamum RM30
Botol semburan wuduk RM5
Jam di ruang solat RM20
Takwim solat di ruang solat Sumbangan
Rak pakaian solat dan sejadah RM50
Risalah doa (tepi katil pesakit) RM10
JUMLAH RM550
7. STANDARD PROGRAM HMI
drNA.kualiti.2017 43
Garis Panduan Pelaksanaan Program Hospital Mesra Ibadah
(Perspektif Islam)
Standard Program HMI
• KKM berhasrat untuk mengiktiraf program ini dengan kerjasam JAKIM. Pembangunan KPI dan Standard Program akan dilaksanakan bagi menjamin kualiti perkhidmatan dan akreditasi program.
• Standard program akan meliputi perkara berikut: a) Organisasi dan Pengurusan
b) Pembangunan dan Pengurusan Sumber Manusia
c) Polisi dan Prosedur
d) Peralatan dan Kemudahan
e) Keselamatan dan Aktiviti Peningkatan Kualiti
drNA.kualiti.2017 44
8. MODUL-MODUL DALAM PROGRAM HMI
drNA.kualiti.2017 45
Garis Panduan Pelaksanaan Program Hospital Mesra Ibadah
(Perspektif Islam)
Modul dalam Program HMI
1. Penerapan amalan agama
2. Pengurusan ibadah
3. Sokongan rohani pesakit
4. Bimbingan / khidmat nasihat agama
5. Pengurusan jenazah
6. Penerapan kerja sebagai ibadah
7. Integriti
drNA.kualiti.2017 46
APENDIKS
drNA.kualiti.2017 47
Garis Panduan Pelaksanaan Program Hospital Mesra Ibadah
(Perspektif Islam)
Latihan yang sesuai bagi membina kompetensi dan sahsiah 1. Bengkel Sokongan Kerohanian Pesakit kepada semua anggota.
2. Seminar / Kursus Fiqh Perubatan (anjuran JAKIM).
3. Seminar Pendidikan Halal (ubat-ubatan).
4. Seminar / Kursus Perubatan Islam.
5. Bengkel Pengurusan dan Pengendalian Ibadah Pesakit.
6. Bengkel Pengurusan Jenazah dan Post-Mortem.
7. Kursus Kaunseling Syari’e.
8. Kursus Basic Life Support.
9. Kursus Occupational Safety and health termasuk Kawalan Infeksi.
10. Etika Perubatan Islam.
11. Kursus Basic Anatomy dan Basic Medical Terms.
12. Seminar Pendermaan Organ menurut Perspektif Islam.
13. Kursus Perkaderan serta lain-lain kursus yang berkaitan dan bersesuaian. drNA.kualiti.2017 48
TERIMA KASIH
drNA.kualiti.2017 49