GPP1063 : Sumbangan Aminuddin Baki Terhadap Sistem Pendidikan di Malaysia

Post on 16-Feb-2017

1.678 views 17 download

Transcript of GPP1063 : Sumbangan Aminuddin Baki Terhadap Sistem Pendidikan di Malaysia

Sumbangan Aminuddin Baki

terhadap pendidikan Malaysia

Institut Pendidikan GuruKampus Kent, Tuaran

BY: ATIFAH RUZANA BINTI ABD WAHAB

PPISMP SAINS AMBILAN JUN 2014

GPP1063PENGANTAR PENGAJIAN PROFESIONAL

Sepanjang hayat Aminuddin Baki, beliau telah banyak memberi sumbangan dan idea bernas dalam bidang pendidikan.

Beliau merupakan wakil tunggal yang dipilih untuk menganggotai kesemua jawatankuasa yang terlibat dalam menggubal, meminda dan menghapuskan undang-undang berkaitan sistem pendidikan.

1) The National School of Malaya 1953

Mencadangkan untuk mewujudkan sekolah kebangsaan yang menggabungkan semua kaum dan bangsa.

Aminuddin tidak bersetuju dengan sekolah vernakular yang terhasil daripada dasar pecah dan perintah pada zaman British.

Dasar ini menyebabkan wujudnya lima jenis persekolahan dalam sistem pendidikan di Tanah Melayu iaitu Sekolah Vernakular Melayu, Sekolah Vernakular CIna, Sekolah Vernakular Tamil, Sekolah Vernakular Inggeris, dan Sekolah Agama Madrasah. 

Menyatupadukan murid-murid untuk menjadi warganegara Tanah Melayu yang boleh hidup harmoni sebagai sebuah Negara yang mempunyai masyarakat majmuk

2) Penyata Razak dan Rahman Talib British melantik Aminuddin Baki sebagai ahli jawatankuasa bagi Laporan

Razak. Menggubal Laporan Razak kerana beliau telah mencadangkan satu

Memorandum on the suggested System of National Education kepada Jawatankuasa Pelajaran 1956

Antara cadangan penting dalam penyata itu adalah menubuhkan sekolah rendah bahasa pengantar Melayu, sekolah rendah Inggeris, Tamil dan Cina.

Kedua, menubuhkan sekolah menengah kebangsaan dan memastikan sukatan pelajaran yang sama di semua peringkat.

Ketiga, sukatan yang sama di semua sekolah.

Keempat adalah menyusun semula sistem perguruan Persekutuan Tanah Melayu dengan menyamai taraf kedudukan mereka

Akhir sekali, setiap penuntut mempunyai peluang yang sama maju tanpa mengira jenis sekolah yang dimasuk.

Beliau juga merupakan ahli jawatankuasa penting pelajaran iaitu Jawatankuasa Penyata Rahman Talib 1960.

Mengkaji semula pelaksanaan cadangan yang terkandung dalam Laporan Razak 1956.

3) Penyata Aminuddin Baki

Selepas setahun beliau dilantik sebagai Ketua Penasihat Pelajaran Persekutuan Tanah Melayu, beliau telah memperkenalkan satu jawatankuasa pelajaran kebangsaan iaitu Penyata Aminuddin Baki 1960.

Jawatankuasa ini mempunyai 9 anggota di mana Aminuddin Baki merupakan ketua.

Jawatankuasa ini ditubuhkan untuk menyiasat beberapa perkara :- 

Sebab-sebab keputusan peperiksaan masuk ke Sekolah Menengah lemah dan mencari jalan mengatasinya.

Sebab-sebab sedikitnya bilangan murid-murid Sekolah Kebangsaan yang masuk Peperiksaan Masuk Sekolah Menengah.

Kelemahan keputusan peperiksaan murid-murid Melayu di dalam Peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran dan cara-cara untuk mengatasinya.

Beliau telah mencadangkan dua belas cadangan kepada kerajaan tentang kemunduran anak-anak Melayu ini di dalam Penyata Kelemahan Pelajaran Melayu Aminuddin Baki. 

Antara masalah-masalah yang dikenalpasti adalah kesesuaian bentuk soalan di dalam peperiksaan, masalah dan sikap guru, kemantapan latihan perguruan, pelaksanaan kaedah pengajaran, hubungan guru-guru dan ibu bapa, serta kemudahan fizikal di sekolah-sekolah.

4) Gerakan Obor Program ini diperkenalkan selepas tiga tahun beliau menjadi Ketua

Penasihat Pelajaran Kerajaan Malaysia. Gerakan ini merupakan siri ceramah beliau yang pertama hingga ketiga

di mana Aminuddin menyuntik semangat kepada anak bangsa supaya terus gigih berjuang dalam memajukan pelajaran dan terus mengejar ilmu

Selain semangat dan azam yang tinggi daripada anak bangsa, Aminudin menegaskan bahawa kerajaan akan membantu mereka dari segi pemberian biasiswa kepada para pelajar, menyediakan asrama kepada para guru dan pelajar, serta bantuan peralatan untuk belajar.

5) Buku-buku Sekolah Rendah & Menengah Buku-buku Sekolah Rendah dan Menengah mempunyai masalah apabila

sistem persekolahan yang menggunakan bahasa Melayu sebagai Bahasa pengantar.

Masalah yang dihadapi adalah penggunaan buku-buku pelajaran yang kurang sesuai dan tidak mencukupi, dan kekurangan bahan-bahan bacaan kepada guru dan murid.