Post on 15-Jan-2017
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015) 521
ELEMEN HIJAU DALAM BANGUNAN WAKAF KOMPLEKS
SULEYMANIYE1
Hayati Saleh2
Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV)
Universiti Sains Malaysia
Pulau Pinang
Abstrak
Kertas kerja ini membincangkan elemen bangunan hijau dalam bangunan wakaf.
Bangunan wakaf merupakan salah satu daripada bentuk wakaf harta tetap yang
dilaksanakan oleh pelbagai pihak yang terlibat dalam pengurusan wakaf. Bangunan yang
mempunyai elemen hijau dapat meningkatkan kecekapan sesebuah bangunan.
Kecekapan tersebut pula dapat menyumbang kepada nilai tambah bangunan wakaf yang
dimiliki dari segi nilai hartanah, kesejahteraan dan juga keselamatan penghuni bangunan
wakaf. Tujuan utama penulisan ini adalah untuk meneliti elemen bangunan hijau dalam
bangunan wakaf Kompleks Suleymaniye. Kertas kerja ini mengkaji kedudukan dan
bagaimana ia dikupas dalam wakaf. Adakah elemen bangunan hijau diambil kira dalam
bangunan wakaf tersebut? Bagi mencapai tujuan itu, kajian kepustakaan dan penelitian
kandungan dilakukan. Kertas kerja ini menjangkakan terdapat elemen bangunan hijau di
dalam bangunan wakaf.
Kata kunci: bangunan, bangunan hijau, Islam, wakaf
1 Kertas kerja ini dibentangkan dalam persidangan “The 9th ISDEV International Islamic Development
Management Conference 2015 (IDMAC2015) 2 Hayati binti Saleh merupakan calon siswazah Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV),
USM Pulau Pinang.
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015) 522
PENGENALAN
Bangunan wakaf Kompleks Suleymaniye dibina oleh Sultan Suleiman I (Suleiman al-
Qanuni) pada tahun 1550 dan siap pada tahun 1957. Kompleks ini dibina di atas sebuah
puncak bukit di Istanbul. Komplek Suleymaniye terdiri daripada bangunan-bangunan
yang dibina secara teratur dan bersistematik menjadi sebuah bandar yang lengkap untuk
sebuah kehidupan. Selain kompleks Suleymaniye terdapat juga komplek yang pernah
dibina sebelumnya seperti Komplek Beyazit 1, Kompleks Mehmet II dan Kompleks
Selim I. Dalam keempat-empat kompleks tersebut, Kompleks Suleymaniye merupakan
kompleks bandar terbesar dalam kerajaan Uthmaniah (Necipoğlu,1985).
Kompleks Suleymaniye merupakan sebuah kompleks sosioagama (sosioreligious)
(Necipoğlu,1985). Masjid merupakan bangunan utama dalam kompleks Suleymaniye.
Masjid dibina setinggi 53 meter dengan keluasan binaan 58 meter lebar dan 59 meter
panjang. Oleh kerana kedudukan masjid yang berada di kedudukan yang tinggi tersebut
maka bangunan masjid ini menyebabkan kompleks wakaf ini terserlah di atas puncak
bukit di Istanbul. Di sekeliling masjid pula terdapat hospital, pusat penyediaan makanan,
rumah penginapan, sekolah perubatan, madrasah, sekolah al-quran, sekolah hadis dan
rumah mandi (Necipoğlu-Kafadar, 1985). Bangunan-bangunan yang dibina dalam
kompleks wakaf ini bertujuan memenuhi keperluan spiritual dan fizikal masyarakat
Uthmaniah.
Wakaf bertujuan kebaikan (taqarrub) dan mendekatkan diri kepada Allah SWT (qurba).
Tujuan disyariatkan wakaf pula adalah untuk kebaikan Islam dan manusia. Kebaikan itu
merangkumi orang Islam ataupun bukan Islam termasuk juga kebaikan kepada haiwan
dan alam sekitar (Mohamad Akram Laldin, Mek Wok Mahmud dan Mohd Fuad Sawari,
2008). Kebaikan yang dimaksudkan terdiri daripada membasmi kemiskinan,
meningkatkan tahap pendidikan, kesihatan, perbandaran, agama dan apa saja yang
memberikan manfaat kepada masyarakat.
Apa yang menarik, adakah terdapat elemen hijau dalam kompleks wakaf ini? Oleh itu,
kertas kerja ini akan mengkaji kedudukan dan bagaimana ia dikupas dalam wakaf.
Adakah elemen bangunan hijau diambil kira dalam bangunan wakaf tersebut?
KEDUDUKAN BANGUNAN DALAM WAKAF
Bagi tujuan memahami perbincangan kertas kerja, eloklah dahulu difahami kedudukan
bangunan dalam wakaf dengan merujuk Gambar rajah 1. Dalam wakaf, bangunan
terletak di bawah perbincangan harta wakaf. Menurut Razali Othman (2014) dari segi
klasifikasi, harta wakaf dibahagi kepada dua. Pertama, diklasifikasikan mengikut
penerima manfaat harta wakaf. Klasifikasi kedua adalah mengikut harta yang
diwakafkan. Penerima harta wakaf pula dibahagikan mengikut jenis wakaf iaitu wakaf
am, wakaf keluarga dan wakaf gabungan. Harta yang diwakafkan pula terdiri daripada
dua bentuk iaitu harta alih dan harta tak alih. Harta alih adalah harta yang boleh
dipindahkan dari satu tempat ke satu tempat yang lain seperti mata wang, haiwan,
kenderaan, perabot dan barangan yang boleh disukat (Abdul Halim el-Muhammady,
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015) 523
2001). Bagi harta tak alih pula adalah melibatkan harta yang tidak boleh dipindahkan ke
tempat lain seperti bangunan, rumah dan tanah. Oleh yang demikian, bangunan terdiri
daripada klasifikasi kedua ini.
Rajah 1: Kedudukan Bangunan Dalam Harta Wakaf
Harta tak alih juga merangkumi bangunan-bangunan seperti masjid, kedai, rumah mandi,
rumah penjagaan orang tua, kandang kuda dan sekolah, hospital, perpustakaan dan apa
saja struktur yang menyerupai bangunan (Razali Othman, 2014).
Menurut Norhaliza Mohd Nor (2009) tanah juga boleh diwakaf dan dikategorikan
sebagai harta tak alih. Ini membolehkan bangunan berkaitan peribadatan dan juga sosial
turut dibina di atas tanah yang diwakafkan ini. Beliau menyenaraikan bangunan yang
dibina di atas tanah wakaf terdiri daripada masjid, surau, sekolah, bangunan komersial,
bangunan kediaman dan bangunan perindustrian kecuali perkuburan dan kebajikan atau
anak yatim tidak dinyatakan pula dari segi bangunan secara jelas. Bagi kos
penyelenggaraan dan pengurusan bangunan wakaf yang dibina pula diperolehi daripada
instrument pembiayaan Islam seperti wakaf tunai, saham wakaf, istibdal, keuntungan
daripada sewaan hartanah.
Daripada Razali Othman (2014) dan Norhaliza Mohd Noor (2009) di atas dapat
difahami bahawa wakaf dari aspek bangunan dapat dikategorikan mengikut bangunan
wakaf dan wakaf bangunan. Istilah bangunan wakaf dan wakaf bangunan dibina
berdasarkan pemahaman saham wakaf dan wakaf saham yang telah dikemukakan oleh
oleh Siti Mashitoh Mahamood, Asmak Ab Rahman, Hasnol Zam-Zam Ahmad dan
Syarqawi Muhammad (2007). Kedua-dua ini berbeza seperti mana bezanya saham
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015) 524
wakaf (SW) dan wakaf saham (WS) yang dinyatakan oleh Siti Mashitoh Mahamood,
Asmak Ab Rahman, Hasnol Zam-Zam Ahmad dan Syarqawi Muhammad (2007).
Perbezaan bangunan wakaf dan wakaf bangunan ditunjukkan dalam Jadual 1 dibawah.
Bangunan wakaf dan wakaf bangunan dapat dibezakan dan difahami mengikut tujuan,
aset terlibat dan proses yang terlibat. Bangunan wakaf melibatkan penukaran wang tunai
atau keuntungan pelaburan yang diwakafkan bertujuan pembinaan bangunan seperti
yang dibincangkan oleh Norhaliza Mohd Noor (2009). Manakala, wakaf bangunan pula
melibatkan bangunan yang dimiliki seseorang atau sesuatu badan sebagai harta yang
diwakafkan.
Jadual 1: Perbezaan Sahan Wakaf, Wakaf SAham, Bangunan Wakaf dan Wakaf
Bangunan
Dari sudut syariah pula, menurut pandangan Mazhab Hanafi dan Shafii wakaf berupa
bangunan adalah sah dan diterima (Reazul Karim, 2007). Ini kerana sifat bangunan itu
sendiri iaitu benda yang kekal berada di atas tanah dan bersifat berpanjangan. Bangunan
juga bersifat patuh pensyariatan wakaf. Ini kerana bangunan memenuhi tiga prinsip asas
sah wakaf dari segi hukum iaitu muktamad (irrevocability), kekekalan (perpetual) dan
tidak boleh dipindah milik (inalinability). Dengan maksud lain, bangunan tersebut
wujud kekal dan tidak musnah. Bagi Mazhab Maliki pula ketiga-tiga prinsip asas sah
wakaf turut diterima. Walaupun begitu, Mazhab Maliki juga meraikan dan menerima
pihak yang ingin mewakafkan bangunan secara bertempoh namun melarang bangunan
masjid untuk tujuan sedemikian. (Reazul Karim, 2007).
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015) 525
Dari sudut sejarah pula, wakaf berbentuk bangunan sudah dilaksanakan sejak zaman
Rasulullah SAW lagi sehingga kemuncaknya di zaman kerajaan Uthmaniah. Ketika
zaman kerajaan Uthmaniah, wakaf untuk tujuan pembinaan bangunan dilakukan secara
meluas dan diterima oleh masyarakat dan empayarnya pada abad ke-15. Wakaf untuk
tujuan pembinaan bangunan yang dilaksanakan mampu memakmurkan masyarakat
Uthmaniah ketika itu. Pembangunan sosioekonomi juga terserlah dengan wujudnya
bangunan yang memberi perkhidmatan sosial kepada masyarakat, bangunan yang
mampu menjana pendapatan dan bangunan yang mempunyai syiar Islam dan juga
bangunan yang mesra alam.
Semasa pemerintahan kerajaan Uthmaniah sebuah kompleks bersepadu telah dibina
dikenali sebagai Kompleks Suleymaniye yang dibina pada tahun 1556 di Istanbul.
Kompleks ini merupakan bangunan wakaf yang masih bertahan sehingga melebihi satu
abad (Murat Cizakca, 2011). Kompleks ini terdiri daripada sebuah masjid, dua buah
makam, empat buah madrasah pendidikan, sekolah perubatan, hospital, kolam mandi,
pusat penyediaan makanan, rumah-rumah penginapan dan pusat-pusat perniagaan.
Kertas kerja ini akan melihat elemen-elemen hijau yang mungkin wujud dalam
kompleks ini dibahagian seterusnya. Sebelum itu, eloklah diteliti dahulu peranan dan
sumbangan bangunan dalam wakaf.
PERANAN BANGUNAN DALAM WAKAF
Rumah merupakan keperluan daruriyah yang merupakan perkara-perkara keperluan asas
manusia serta membolehkan manusia meneruskan kehidupan seharian (Zahari Mahad
Musa, 2014). Rumah dapat dikategorikan sebagai bangunan yang memenuhi keperluan
asas tempat tinggal manusia (Asiah Abdul Rahim, 2009). Antara lain keperluan asas
yang dimaksudkan adalah terdiri daripada makanan, minuman dan pakaian. Tetapi
dengan hanya keperluan makanan, minuman dan pakaian sahaja tidak mencukupi untuk
memenuhi keperluan asas manusia. Bangunan merupakan tempat perlindungan yang
penting untuk diambil perkiraan dalam memenuhi keperluan daruriyah.
Dalam konteks ini, bangunan merupakan keperluan daruriyah yang berupaya memberi
perlindungan kepada manusia daripada ancaman cuaca, ancaman keselamatan dan
tempat bagi melaksanakan aktiviti kehidupan yang berterusan dan mengembangkan
zuriat. Oleh itu, bangunan adalah aset utama di dalam wakaf. Kewujudan wakaf yang
merangkumi bangunan kediaman, bangunan peribadatan dan bangunan sosial dapat
memberi keamanan jiwa, kekhusyukan ibadah serta mampu menyelamatkan seseorang
daripada kekufuran akibat kepayahan hidup. Jelasnya, bangunan bermatlamatkan wakaf
memberi kebaikan dan mendekatkan diri kepada Allah SWT.
SUMBANGAN BANGUNAN WAKAF KOMPLEKS SULEYMANIYE
Semasa pemerintahan Uthmaniah, bangunan yang dibina daripada sumber pembiayaan
wakaf terbukti memberi sumbangan yang besar dalam ekonomi dan kewangan
masyarakat (Murat Cizakca, 1996). Secara tidak langsung, pelaksanaan wakaf turut
menjadi pemangkin kepada keharmonian dan kesamarataan dalam sistem pemerintahan
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015) 526
Islam (Razali Othman, 2013). Pembangunan ketika pemerintahan Uthmaniah
memfokuskan tiga aspek iaitu rohani, sosial dan ekonomi. Ketiga-tiga aspek ini pula
saling menyokong antara satu sama lain. Aspek-aspek ini menjadi asas kepada
pembinaan bangunan-bangunan di dalam Kompleks Suleymaniye.
Bangunan-bangunan yang dibina di dalam Kompleks ini dibahagikan mengikut aspek-
aspek tersebut. Bahagian pertama dikenali sebagai hayrat yang bertujuan menyediakan
berbagai-bagai perkhidmatan yang diperlukan oleh masyarakat. Bahagian ini terdiri
daripada rumah ibadat, rumah penjagaan warga tua, hospital, sekolah, kolej, universiti,
perpustakaan, rumah tetamu, pusat pengedaran makan, perkhidmatan air awam dan
tanah perkuburan. Kompleks Suleymaniye mempunyai empat buah madrasah
pendidikan dan sebuah sekolah perubatan.
Bahagian kedua pula dikenali sebagai akarat yang bertujuan sebagai penjana pendapatan
untuk pembiayaan kos dan penyelenggaraan segala kemudahan yang dibina di bahagian
pertama iaitu hayrat. Bahagian akarat terdiri daripada bangunan-bangunan komersial
seperti kedai, perkhidmatan mandi (hamam), bazaar, pasar tertutup (bedestan) dan
rumah persinggahan pedagang (carravanseraei). Hasilnnya, bangunan-bangunan yang
dibina atas dasar ini berjaya menjana modal hampir sepuluh kali lebih besar daripada
jumlah yang diterima oleh kerajaan Uthmaniah daripada kutipan cukai pakaian sutera
mereka (Razali Othman, 2014).
Manakala bahagian ketiga terdiri daripada kawasan kediaman penduduk yang
mengelilingi hayrat. Bangunan-bangunan dibina untuk keperluan kediaman penduduk.
Apa yang menarik, masjid dibina ditengah-tengah Kompleks Suleymaniye ini bagi
memudahkan masyarakat sekeliling menunaikan tanggungjawab mereka kepada Allah
SWT. Ketiga-tiga bahagian yang disebutkan tadi telah menjadikan Kompleks
Suleymaniye bersifat unik dan menarik.
Kompleks wakaf ini merealisasikan sifat kemanusian pada setiap keperluan dan
perkhidmatan yang ditawarkan di dalam bangunan. Tambahan pula, setiap perkhidmatan
yang diberikan sama ada pendidikan mahupun perubatan adalah percuma tanpa mengira
bangsa, agama dan taraf. Ia dapat dikecapi dan dicapai oleh semua golongan (Aktuglu,
Altin, Tanac Kiray, Yilmaz Karaman, Secer, Bozdag & Kahraman, 2007).
Dari sudut ekonomi, wujud peluang-peluang pekerjaan daripada pembinaan bangunan
komersial ini. Bangunan komersial yang dibina pula berjaya berfungsi sebagai
mekanisme pengagihan semula kepada rakyat. Pendapatan yang diperolehi daripada
bangunan komersial ini juga dilaburkan semula untuk membina dan menyediakan
bangunan dalam hayrat seperti pembinaan masjid, sekolah, perpustakaan dan yang
berkaitan. Selain itu, pendapatan yang diperolehi diagihkan juga kepada masyarakat
dalam bentuk pembiayaan, membayar gaji pendidik dan pekerja penyelenggaraan
bangunan (Razali Othman, 2014).
Untuk tujuan penyelenggaraan, bangunan-bangunan ini mempunyai pelan-pelan
bangunan yang disimpan di setiap siling untuk tujuan penyelenggaran. Untuk
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015) 527
memantapkan lagi urusan penyelenggaraan bangunan, sebuah organisasi yang begitu
tersusun dan bersistematik diwujudkan. Mereka mempunyai jawatan seperti penyelia
bangunan, jurutera, akauntan, pemasang paip, tukang batu dan pencuci dan pemasang
lampu mengikut kemahiran yang dimiliki. Mereka juga mempunyai gelaran seperti nazir
untuk penyelia bangunan, mi’mar bagi jurutera, shahid al-‘imara bagi akauntan,
murakhkhim bagi tukang batu. Oleh kerana, sistem penyelenggaraan yang dibina adalah
tersusun dan bersistematik maka bangunan wakaf yang dibina mampu bertahan (Razali
Othman, 2013).
Daripada penjelasan yang disebut di atas, Kompleks Suleymaniye telah menyumbang
kepada kemajuan pendidikan, kesihatan, menstabilkan dan mengukuhkan ekonomi,
membela dan meningkatkan nilai keinsanan, (Razali Othman, 2013). Sumbangan
tersebut turut diakui oleh Farabi yang menyatakan perbandaran seperti Kompleks
Suleymaniye mempunyai konsep spiritual, intelektual dan memenuhi keperluan biologi.
Ketiga-tiga elemen ini mendorong beliau menganggap Kompleks Suleymaniye ini
sebagai bandar untuk keamanan.
ELEMEN HIJAU DALAM WAKAF BANGUNAN
Slogan Menuju hijau (Go Green) adalah slogan yang sering menjadi perbincangan di
kebanyakan negara-negara membangun terutamanya barat. Media arus perdana
mahupun media sosial menjadi arena perbincangan dan sumber maklumat terhadap isu-
isu terbaru krisis-krisis alam dan kesan terhadap manusia. Negara-negara Islam juga
tidak berkecuali dalam isu ini termasuklah Malaysia. Untuk mengurang krisis-krisis
alam serta kesan terhadap manusia satu usaha yang bersungguh-sungguh perlu
dilakukan.
Menuju hijau (Go Green) yang biasa dibincangkan ketika ini bermatlamatkan usaha
mengurangkan masalah alam sekitar, mengatasi masalah kekurangan sumber tenaga,
mengurangkan masalah alam sekitar, meningkatkan keprihatinan dan kemanusiaan
sepanjang bangunan wujud dan kekal. Salah satu cara dalam mencapai matlamat
tersebut adalah dengan merealisasikan bangunan hijau. Antara elemen hijau dalam
bangunan terdiri daripada kecekapan tenaga, kecekapan air, perancangan dan
pengurusan persekitaran bangunan, bahan dan sumber binaan bangunan dan kualiti
udara dalaman.
Bangunan-bangunan yang dibina sebelum abad ke-19 adalah berbeza dengan bangunan
yang dibina sekarang. Ini kerana pendekatan pembinaan bangunan yang berbeza
(Aktuglu, Altin, Tanac Kiray, Yilmaz Karaman, Secer, Bozdag & Kahraman, 2007).
Dalam mengetengahkan elemen hijau dalam bangunan terdapat dua strategi yang biasa
digunakan sama ada strategi aktif atau strategi pasif. Kedua-duanya berbeza dari segi
pendekatan tetapi sama bermatlamatkan elemen hijau. Strategi aktif adalah bangunan-
bangunan berasaskan pengunaan teknologi dalam mengetengahkan elemen hijau.
Sebaliknya, strategi pasif pula adalah bangunan-bangunan berasaskan reka bentuk dan
fungsi reka bentuk dalam mengetengahkan elemen hijau.
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015) 528
Bangunan-bangunan yang dibina sebelum abad ke-19 menggunakan strategi pasif3
dalam bangunan. Strategi pasif ini telah diaplikasikan pada bangunan-bangunan seperti
era pemerintahan Islam terdahulu seperti pemerintahan Abbasiyah dan Umaiyyah.
Begitu juga bangunan-bangunan wakaf dalam pemerintahan kerajaan Uthmaniah. Antara
bangunan yang terkenal dalam kerajaan Uthmaniah adalah Kompleks Suleymaniye.
Oleh itu, bagi memahani lebih lanjut mengenai elemen hijau dalam bangunan wakaf,
eloklah diteliti salah satu bangunan dalam Komplek ini seperti Masjid Suleymaniye.
Binaan masjid wakaf ini menarik untuk dilihat kerana ia dibina dengan begitu terancang
sehingga dapat membuktikan suatu yang luar biasa (Aktuglu, Altin, Tanac Kiray,
Yilmaz Karaman, Secer, Bozdag, & Kahraman, 2007).
Masjid Suleymaniye dibina setinggi 53 meter dengan keluasan binaan 58 meter lebar
dan 59 meter panjang. Oleh kerana binaan bangunan masjid ini tinggi, maka masjid ini
mempunyai tingkap sebanyak 249 unit. Bilangan tingkap yang banyak ini juga
dibahagikan kepada tujuh aras ketinggian yang berbeza. Tingkap ini pula mempunyai
berbeza saiz dan bentuk mengikut fungsi yng tertentu. Ada tingkap yang berfungsi
sebagai memberi pencahayaan terang ke bahagian dalaman masjid. Ada juga tingkap
yang berfungsi memberi cahaya suram agar tidak mengganggu jemaah ketika solat di
siang hari.
Tingkap yang berbeza saiz dan berbeza bentuk bertujuan memberi kesan rasa ruang
yang hidup dan penghuni tidak merasa bosan akibat warna dalaman masjid yang senada.
Kesan-kesan ini melibatkan elemen pencahayaan. Bilangan tingkap yang banyak dan
pelbagai saiz dan rupa membenarkan cahaya semulajadi dari luar memasuki bangunan
sebagai sumber pencahayaan dalam bangunan. Ini menjelaskan pencahayaan semulajadi
secara optimum telah diaplikasikan secara cekap tenaga di dalam masjid ini.
Lilin dinyalakan bagi pencahayaan waktu malam. Asap daripada lilin yang memenuhi
ruang dialirkan secara semulajadi ke sebuah bilik yang dibina pada pintu masuk. Aliran
udara yang melalui bilik ini akan membawa asap bersama dan berkumpul pada siling
bilik tersebut. Ini bertujuan bagi memastikan pengudaraan dalaman masjid adalah bersih
dan sihat.
Bahan buangan seperti arang yang terkumpul daripada nyalaan lilin tidaklah dibuang
begitu sahaja. Malah mereka mengitar semula arang yang terhasil dan digunakan sebagai
dakwat untuk menulis. Dakwat yang dihasilkan itu pula adalah dari jenis yang terbaik
(Aktuglu, Altin, Tanac Kiray, Yilmaz Karaman, Secer, Bozdag, & Kahraman, 2007).
Bukan itu sahaja, konsep akustik dalam masjid ini turut diaplikasikan (Mutbul Kayili
(2005). Kubah yang dibina ditengah-tengah binaan masjid mampu memyumbang kepada
refleksi bunyi yang dipanggil gema. Gema tertunda yang dihasilkan akibat reka bentuk
kubah yang cekung telah menjadi isu kepada Oleh kerana bangunan masjid itu sendiri
bersaiz besar maka gema yang dihasilkan bukan bunyi bising sehingga mengganggu
3 Istilah yang sering digunakan berkaitan strategi pasif adalah senibina hijau, senibina lestari, reka bentuk
tradisional dan reka bentuk lestari
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015) 529
ketenteraman. Namun apa yang menarik, dalam binaan Masjid Suleymaniye, kubahnya
mencapai satu tahap inovasi apabila gema tertunda yang dihasilkan akibat reka bentuk
kubah yang cekung dapat diatasi dengan meletakan cavity resonators (Mutbul Kayili,
2005). Penggunaan cavity resonators ini banyak diaplikasi dalam bangunan
pemerintahan Seljuk dan Uthmaniah. Malah ia dapat dikawal dengan menggunakan
kaedah semulajadi yang tidak mengugat manusia dan alam.
Maka, elemen pencahayaan semulajadi, pengudaraan semulajadi, akustik dan kitar
semula dalam bangunan wakaf seperti Masjid Sualaimaniye merupakan elemen-elemen
hijau yang sememangnya sudah dipertimbangkan oleh orang terdahulu. Elemen-elemen
ini sudah tentu tidak menggunakan tenaga eletrik seperti sekarang. Oleh itu, isu alam
seperti pencemaran yang sudah pasti tidak wujud pada zaman tersebut. Penyelesaian
yang dikemukan oleh mereka pada abad tersebut lebih mesra alam berbanding mengugat
alam semulajadi dan juga kehidupan manusia.
Elemen-elemen hijau yang dikemukan daripada bangunan wakaf seperti Masjid
Suleymaniye itu sendiri mampu menunjukan betapa perkara yang kini kita titik beratkan
sudah pun diambil kira sejak 400 tahun dahulu. Mereka membina bangunan bukan
sahaja untuk kepentingan zaman mereka malah turut menjaga kepentingan generasi yang
akan datang. Ini kerana dari awal bangunan dibina elemen hijau sudah difikirkan dan
dimasukkan dalam rekabentuk (Aktuglu, Altin, Tanac Kiray, Yilmaz Karaman, Secer,
Bozdag & Kahraman, 2007).
Dengan yang demikian, bangunan wakaf Kompleks Suleymaniye bukan sahaja ada
elemen hijau yang memberi perlindungan, keamanan kepada manusia serta menjaga
kesejahteraan alam malah dalam masa yang sama dapat mendekatkan diri kepada Allah
SWT. Bangunan wakaf ini bersifat lebih komprehensif berbanding dengan elemen hijau
yang sedia ada. Elemen hijau yang sedia ada hanya menitikberatkan perkara-perkara
yang berkaitan dengan duniawi yang bersifat fizikal dan material seperti kecekapan
tenaga, kecekapan air, perancangan dan pengurusan persekitaran bangunan, bahan dan
sumber binaan bangunan dan kualiti udara dalaman.
Sebaliknya, elemen hijau yang terdapat dalam Kompleks Suleymaniye dan bangunan itu
sendiri yang terbina di atas tujuan wakaf sudah menunjukkan ciri-ciri yang
komprehensif iaitu merangkumi semua peringkat dalam masyarakat, dunia dan akhirat,
fizikal dan spiritual. Ini kerana wakaf bertujuan kebaikan (taqarrub) dan mendekatkan
diri kepada Allah SWT (qurba). Dengan berwakaf sebagai individu mahupun organisasi
segala keperluan masyarakat terutamanya fakir miskin, anak-anak yatim, ibu tunggal
serta ibn sabil mendapat pembelaan serta dapat menenangkan perasaan mereka yang
memerlukan. Tetapi sekiranya, kemiskinan dan kemelaratan hidup mereka tidak dibela
dikhuatiri mereka terjerumus ke arah kekufuran. Dengan yang demikian,
membelanjakan harta kekayaan kepada orang yang memerlukan antara amal soleh yang
disukai oleh Allah SWT. Maka, elemen hijau yang terdapat dalam bangunan wakaf
Kompleks Suleymaniye cukup komprehensif kerana turut merangkumi aspek spiritual
iaitu hubungan manusia dengan Pencipta, hubungan manusia dengan manusia dan
hubungan manusia dengan alam.
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015) 530
KESIMPULAN
Dalam kertas kerja ini, bangunan wakaf Kompleks Suleymaniye bukan sahaja
mempunyai elemen hijau yang bersifat fizikal dan duniawi malah merangkumi spiritual
dan akhirat. Elemen hijau yang wujud dalam Kompleks Sulaeymaniye mampu
menghubungkan manusia dengan Pencipta, manusia dengan manusia dan manusia
dengan alam. Elemen hijau dan berwakaf yang wujud dalam Kompleks Suleymaniye
mampu membawa manusia mencapai mardhatillah. Apabila mardhatillah dapat dicapai
Allah SWT akan mengurniakan al-falah iaitu kebahagian di dunia dan kebahagian di
akhirat.
Rujukan
Aktuglu, Y. K., Altin, M., Tanac Kiray, M., Yilmaz Karaman, O., Secer, M., Bozdag,
O., & Kahraman, I. (2007). Sustainability of Constructions. Suleyman’s Mosque,
Istanbul. Proc. Portugal SB07 Sustainable Construction, materials and Practices,
Challenge of the Industry for the New Millennium. Part, 2, 1110-1117.
Asiah Abdul Rahim (2009). Home and Neighbourhood: An Islamic Perspective. Dlm.
An Anthology of Essays on Integrating Islamic Values in the Theory and
Practice of Architecture and the Built Environment: Collection of Works by the
Academic Staff of the Kulliyyah of Architecture and Environment Design,
IIUM. International Islamic University Malaysia, Kulliyyah of Architecture and
Environment Design, 2009.
Kayili, M. (2005). Acoustic solutions in classic ottoman architecture. Foundation for
Science technology and Civilization.
Laldin, M. A. (2008). Mek Wok Mahmud dan Mohd Fuad Sawari. Maqasid Syariah
Dalam Pelaksanaan Waqaf. Jurnal Pengurusan JAWHAR, 2(2), 13.
Murat Cizakca (1996). The Relevance of the Ottoman Cash Waqfs (Awqaf al Nuqud)
for Modern Islamic Economics. In Financing Development is Islam, Jeddah:
Islamic Research and Training Institute/Islamic Development Bank, Seminar
Proceedings Series (No. 30).
Necipoğlu-Kafadar, G. (1985). The Süleymaniye Complex in Istanbul: An
Interpretation. Muqarnas, 92-117.
Norhaliza Mohd Nor & Mustafa Omar Mohammed (2009). Categorization of Waqf
Lands and their Management Using Islamic Investment Models: the Case of the
State of Selangor, Malaysia. In International Conference on Waqf Laws &
Management: reality and Prospects, IIUM, 20-22 October 2009.
Razali Othman (2013). Institusi Wakaf : Sejarah dan Amalan Masa Kini. Kuala Lumpur
: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Razali Othman (2014). Penggunaan Wang Sebagai Instrumen Wakaf Tunai : Satu
Kajian Teoritis. Tesis Dotor Falsafah (tidak diterbitkan). Universiti Sains
Malaysia.
Reazul Karim, 2007. “Zakat and Wafq Bank- For Social Developmentand Improved
Management of Endowments”. Diperolehi daripada
http://www.ihmsaw.org/resourcefiles/1260066873.pdf Diakses pada 11/11/2015
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015) 531
Siti Mashitoh Mahamood, Asmak Ab Rahman, Hasnol Zam-Zam Ahmad & Syarqawi
Muhammad (2007). “Konsep Wakaf Sebagai Instrumen Pembangunan Hartanah
di Wilayah Pembangunan Iskandariah (WPI)”, dlm. Jurnal Pengurusan
JAWHAR, 1(2), hlm.1-32.
Zahari Mahad Musa (2014). Kerangka Prinsip Privasi Berkaitan Rumah Kediaman
Dalam Islam= Principles of Pri acy ramework Related to Dwelling House in
Islam. ʻ l m Isl miyyah Journal, 12(NA), 105-125.