Post on 07-Apr-2018
8/4/2019 Hubungan Etnik Assignment 2
1/18
Hubungan
Etnik
Assignment 2
Lecturer : Dr Azhar
Tajuk : Bab 6 = Cabaran Terhadap
Hubungan Etnik dan Global
8/4/2019 Hubungan Etnik Assignment 2
2/18
KEADAAN MASYARAKAT MALAYSIA
Malaysia negara yang mempunyai pelbagai etnik atau masyarakat majmuk.
Wujud hasil daripada sejarah yang berlaku beratus-ratus tahun dahulu.
Berdepan dengan persoalan hubungan etnik dan cabarannya.
Keadaan pluraliti masyarakat yang unik ini boleh menyebabkan berlaku
ketegangan.
Untuk memahami persoalan hubungan etnik dan cabarannya, persoalan
sejarah lampau ataupun latarbelakang sejarah yang membawa kepada
pembinaan masyarakat seperti yang ada sekarang perlu di fahami.
Masyarakat Sebelum Penjajahan
Sejarah awal Tanah Melayu memperlihatkan bahawa bangsa Melayu adalah
penduduk asal di Nusantara.
8/4/2019 Hubungan Etnik Assignment 2
3/18
Kemunculan kerajaan-kerajaan seperti kerajaan Kedah Tua, Srivijaya dan Majapahitadalah lambang kemunculan Tamadun Melayu.
Kegemerlapan Kerajaan Melayu Melaka memperkuatkan lagi bahawa bangsa Melayu
adalah bangsa terawal dan penduduk asal di Nusantara.
Masyarakat Semasa Penjajahan
Menjelang tahun 1875, British menjajah Tanah Melayu melalui dasar campurtangan.
mula menguasai kawasan yang mewah dengan sumber bijih timah. Kaum Cina telah
mula dibawa masuk untuk bekerja di sektor perlombongan.
menggalakkan penghijrahan orang-orang India sebagai tenaga buruh dalam sektor
perladangan, getah, sektor pembinaan seperti pembinaan jalanraya dan keretapi.
Orang-orang India yang berpendidikan juga dibawa masuk untuk berkhidmat dalam
bidang perkeranian.
Di Sarawak, British mula menjajah dengan pengisytiharan James Brooke sebagai Raja
Sarawak. Orang-orang Cina dibawa masuk untuk bekerja di sektor perlombongan,
penanaman lada hitam, sagu, gambir dan getah.
Di Sabah pula orang Cina juga dibawa masuk bagi memenuhi keperluan dalam sektor
peladangan seperti tembakau, getah, kayu balak dan perlombongan.
Kesimpulannya kesan daripada dasar British di Tanah Melayu termasuk Sarawak dan
Sabah telah menjadi titik permulaan kepada kewujudan pelbagai kaum dan
8/4/2019 Hubungan Etnik Assignment 2
4/18
melahirkan masyarakat majmuk yang hidup dalam satu negara dengan kepelbagaian
budaya, agama, bahasa dan adat resam.
Masyarakat Majmuk di Malaysia
Kemasukan orang Cina dan India telah melahirkan satu masyarakat majmuk di
Tanah Melayu.
Setiap kaum mengamalkan dan mengekalkan identiti, kebudayaan dan adat
resam masing-masing.
Pemisahan penempatan
Melalui dasar-dasar British yang bersifat pecah dan Perintah (divide and rule)
orang Melayu kekal mewarisi kegiatan nenek moyang mereka dalam bidang
pertanian dan tinggal di kawasan luar bandar.Orang Cina pula tinggal di kawasan bandar.
Orang India bekerja di estet-estet dan mereka juga menetap di situ.Perbezaan ruang dan fungsi ini menyebabkan ketiga-tiga kaum utama ini terpisah dan
mempunyai hubungan yang agak minimum
8/4/2019 Hubungan Etnik Assignment 2
5/18
Politik
kelahiran pelbagai parti politik untuk menjaga kepentingan kaum masing-masing.
Malahan pada peringkat awal kemasukan orang-orang Cina dan India menumpukan
taat setia kepada negara asal mereka.
Kepelbagaian politik di Malaysia digambarkan dengan kewujudan parti-parti politik
yang mewakili kaum, UMNO dan PAS (mewakili orang Melayu), MCA, DAP, Gerakan
(mewakili kaum Cina), dan MIC (mewakili kaum India).
Pendidikan
setiap kaum di peringkat awalnya mempunyai sekolah aliran tersendiri sukatan
pelajaran yang masih lagi berdasarkan kepada sukatan yang diamalkan di negara
asal mereka.
8/4/2019 Hubungan Etnik Assignment 2
6/18
Kesan daripada dasar British dalam bidang
ekonomi, sosial dan politik
melahirkan satu interaksi yang tidak sihat antara kaum.
Dasar British yang tidak membangunkan sesuatu kawasan secara seimbang telah
mewujudkan jurang pemisah antara satu kaum dengan kaum yang lain.
konflik antara kaum disebabkan oleh beberapa perkara berikut:
i. perbezaan dalam unsur-unsur kebudayaan seperti bahasa, agama dan adat
resam.
ii. Timbulnya jarak sosial antara anggota masyarakat kerana kurangnya interaksi
disebabkan tempat tinggal dan bidang pekerjaan yang berbeza.
iii.prasangka dan prejudis yang menebal.
iv.Keengganan anggota masyarakat membuka dunia sosialnya kepada
masyarakat lain dan cenderung untuk mengekalkan identiti masing-masing.
v. Adanya penguasaan dalam bidang-bidang tertentu seperti politik atau
perniagaan yang hanya didominasi oleh sesuatu kaum sahaja.
PEMBINAAN JATI DIRI
Pembinaan jati diri sepatutnya mengambil kira semua elemen asas yang telah pun
wujud dan bertapak di Malaysia
i.kedudukan agama Islam
8/4/2019 Hubungan Etnik Assignment 2
7/18
ii. pluraliti masyarakatiii.kekuatan ekonomi kaum Cina
iv.kedudukan kaum-kaum minoriti yang lain.
Kedudukan Agama Islam
Kedudukan Islam sebagai agama rasmi termaktub dalam Perlembagaan
Persekutuan Perkara 3 (1).
Justeru itu kedudukan Islam sebagai agama rasmi mestilah dihormati
kerasmiannya.
Walaupun begitu agama lain bebas dianuti dan diamalkan.
Jumlah orang Islam di negara ini lebih daripada 10 juta orang dan ini
menjadikan agama Islam sebagai agama yang mempunyai penganut yang
terbesar dan agama Islam telah wujud di negara ini semenjak abad ke 13 lagi.
Oleh kerana kerasmiannya maka keutamaan adalah diberikan kepada agama
Islam dalam perancangan-perancangan yang dibuat umpamanya Penerapan
Nilai-Nilai Islam. Namun apa yang lebih penting lagi yang perlu dilihat juga
8/4/2019 Hubungan Etnik Assignment 2
8/18
ialah kebebasan beragama dan tiada paksaan dalam beragama dan setiap
manusia harus seharusnya saling kenal mengenali antara satu sama lain.
Ketuanan Melayu
Ketuanan Melayu boleh dikaitkan dengan hak-hak istimewa orang-orang
Melayu seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan Per 153.
Walau bagaimanapun setiap rakyat adalah sama disisi undang-undang dengan
setiap rakyat berhak untuk mengundi dalam pilihanraya.
pembinaan jatidiri juga harus mengambil kira faktor ketuanan Melayu ini.
kewujudan kaum-kaum besar yang lain seperti kaum Cina dan India harus juga
diberikan perhatian dalam membina perhubungan yang sejahtera dalam
negara Malaysia.
Kaum-kaum minoriti yang lain seperti Kadazan, Dusun, Iban dan lain juga tidak
boleh dipinggirkan dalam membentuk jatidiri rakyat Malaysia.
Ekonomi
8/4/2019 Hubungan Etnik Assignment 2
9/18
Kekuatan kaum Cina dalam bidang ekonomi adalah jelas berbanding dengankaum yang lain.
Kaum Cina kebanyakannya terlibat dalam bidang perniagaan dan kemajuan
sesebuah negara juga dinilai dari sudut kekuatan ekonominya.
Namun untuk menjamin keutuhan ekonomi setiap kaum saling perlu memerlukan
antara satu sama lain.
Jelas kepada kita kaum Melayu, India dan kaum-kaum yang lain kurang
melibatkan diri dalam bidang ekonomi tetapi peranan mereka sebagai pengguna
tidak boleh dipinggirkan.
Jurang ekonomi yang terlalu ketara antara satu-satu kaum juga sebenarnya tidak
akan membantu sesebuah negara untuk maju malahan berkemungkinan boleh
menyebabkan berlakunya ketidakpuasan hati satu kaum yang lain.
Oleh itu pembinaan jatidiri juga hendaklah mengambil kira faktor ini supaya
kemewahan negara tidak diwarisi oleh satu-satu kaum sahaja.
Hasil dari pekerjaan yang berbeza ini maka wujud jurang pendapatan antara
setiap etnik
setiap etnik berusaha merebut kek ekonomi yang lebih
mewujudkan ketidak seimbangan dan persaingan yang berlaku melahirkan
ketidakstabilan dalam masyarakat.
Untuk mengeratkan perpaduan maka penyusunan semula masyarakat perlu
dilakukan.
Aspek yang perlu diberi perhatian
8/4/2019 Hubungan Etnik Assignment 2
10/18
-keadaan tidak seimbang yang wujud dari segi tingkat pendapatan, corak gunatenaga, pemilikan saham dan penyertaan pelbagai kaum dalam semua bidang
Cabaran intraetnik dan interetnik
Sistem demokrasi yang diamalkan di Malaysia membolehkan penubuhan parti-
parti politik untuk bertanding dalam pilihanraya.
Kewujudan parti politik yang pelbagai kadangkala boleh mencetuskan konflik
antara satu sama lain.
Sejarah pernah memaparkan keadaan genting yang melanda negara akibat
daripada keadaan berpolitik yang tidak sihat.
Gejala berikut perlu dielakkan dalam usaha untuk bersatu
-terlalu extremism dalam melaksanakan sesuatu
-bersifat chauvanism atau taksub dengan hanya menganggap kumpulannya sahaja
yang betul dan orang lain tidak
-fanaticism atau membabi buta dalam melaksanakan sesuatu tanpa
mempedulikan pendapat orang lain bahkan menolak sekeras-kerasnya
pandangan orang lain.
8/4/2019 Hubungan Etnik Assignment 2
11/18
Cabaran hubungan intra etnik contohnya kewujudan pelbagai parti politik yangmewakili kelompok kaum yang sama umpamanya dalam masyarakat Melayu ada
parti UMNO dan PAS.
menyebabkan berlaku ketidak sefahaman antara sesama kaum.
kewujudan parti politik yang berbeza tetapi mewakili dan didominasi oleh etnik
yang sama juga sedikit sebanyak telah menimbulkan hubungan tidak baik antara
etnik.
Perbezaan nilai dan agama
setiap kumpulan etnik mempunyai agama, kebudayaan dan bahasa yang berbeza.
Orang Melayu, China dan India terus dengan sistem hidup yang berteraskan
kebudayaan dan tradisi mereka.
Setiap kumpulan etnik mempertahankan kebudayaan dan adat resam mereka,
mengutamakan etnik mereka dan mungkin juga menganggap kebudayaan
mereka sahaja yang terbaik.
Selain daripada itu kewujudan akhbar yang pelbagai bahasa dengan
mengutamakan kelompok etnik mereka akan memperkukuhkan lagi perasaan
kumpulan etnik masing-masing.
CABARAN GLOBALISASI
8/4/2019 Hubungan Etnik Assignment 2
12/18
Globalisasi dunia tanpa sempadan dimana perhubungan menjadi semakin pintasdan cepat. Kita boleh mengetahui keadaan dunia luar dengan pantas dan cepat
dan segala maklumat boleh disalurkan tanpa ada sekatan.
Globalisasi yang berjalan sekarang menguntungkan sebelah pihak sahaja iaitu
Barat
-proses pembaratan corak hidup berasaskan ekonomi, politik dan social.
-penjajahan bentuk baru
-menyelitkan unsur-unsur sosial seperti kehidupan bebas dan budaya hedonisme.
Kejayaan mereka ini dibantu oleh masyarakat tempatan yang menganggap segala
yang datang dari barat adalah baik dan moden.
Pengaruh luaran dalam menentukan keamanan dan kestabilan sesebuah negara
juga tidak boleh dipandang ringan.
Era selepas Perang Dingin memperlihatkan U.S dan sekutunya mendominasi
politik dunia.
Kuasa Barat ini akan lebih cepat bertindak dan memainkan peranan mereka
dengan melibatkan diri dalam hal ehwal sesebuah negara jika ianya melibatkan
kepentingan mereka.
Antara dominasi kuasa Barat ke atas dunia seperti memiliki dan mengendalikan
sistem perbankan antarabangsa (IMF, World Bank); mengawal mata wang utama
dunia dimana USD dijadikan pengukur nilai wang antarabangsa; mendominasi
8/4/2019 Hubungan Etnik Assignment 2
13/18
pasaran modal dunia; mendominasi akses ruang angkasa dan industri
aeroangkasa dunia; mengawal laluan maritim dunia; mendominasi industri senjata
teknologi tinggi dunia
setiap campurtangan mereka mempunyai agenda yang tersendiri malahan
mereka boleh berperanan untuk menentukan samada mewujudkan keamanan
atau menghancurkan sesebuah negara. Konflik di Iraq memperlihatkan
keangkuhan kuasa-kuasa luar dalam menentukan hala tuju negara tersebut.
Selain dari itu kemelut yang berlaku didunia luar seharusnya dijadikan iktibar oleh
rakyat Malaysia supaya menghargai dan menjaga perpaduan kaum, umpamanya
kemelut Bosnia-Herzegovina, isu Kashmir, isu Acheh, isu Katholik dan Proteston
dan lain-lain lagi.
Untuk membentuk dan menjaga perpaduan kaum beberapa faktor penting perlu
diatasi antaranya hak asasi, agihan kekayaan, peluang pendidikan, peluang
pekerjaan dan lain yang perlu dikendalikan atas semangat perpaduan.
Setiap hak-hak ini perlu dipertimbangkan supaya tidak ada kaum yang merasakan
mereka disisihkan, dianaktirikan, tidak dipedulikan dan akibatnya tidak mendapat
keadilan yang sebenarnya.
Penduduk Malaysia juga harus menjadikan setiap konflik yang berlaku di dunia
luar sebagai pengajaran bahawa pentingnya perpaduan, perasaan faham
8/4/2019 Hubungan Etnik Assignment 2
14/18
memahami di kalangan rakyat Malaysia dan keharmonian kaum dijaga dengan
seeloknya.
Aspek-aspek yang boleh mendatangkan sensitiviti sesuatu kaum perlulah
dielakkan
setiap aspek perhubungan kaum seperti adil dan saksama, hak kekayaan dan lain-
lain hak perlulah sentiasa diberi perhatian agar tidak ada pihak yang tertinggal.
kesan globalisasi
Globalisasi merubah segala budaya masyarakat tempatan dan akhirnya budaya-
budaya luhur yang terdapat dalam masyarakat berbilang kaum mula hancur.
Setiap yang datang dari barat samada dalam bidang pemikiran, politik dan budaya
mula diterima dan dikatakan baik.
Kesannya masyarakat mula mengiktiraf setiap budaya dan pemikiran barat dalam
segenap aspek kehidupan. Akhirnya globalisasi ini tidak lebih hanyalah suatu
bentuk atau proses penjajahan baru barat ke atas dunia lainnya yang dipandang
rendah dan tidak bertamadun
Kesimpulan
Kesimpulannya cabaran-cabaran di atas boleh menyebabkan berlaku
ketegangan kaum andai tidak diurus dengan baik.
8/4/2019 Hubungan Etnik Assignment 2
15/18
Cabaran ini perlu difahami dan ditanggani kerana kegagalannya akanmembawa perselisihan dan prasangka yang memang telah sedia wujud di hati
setiap kaum.
Selain dari itu akan muncul juga tanggapan yang kurang tepat tetapi menjadi
pegangan dan terus dipercayai oleh kebanyakan rakyat Malaysia, antara
tanggapan-tanggapan tersebut ialah;
i kaum Melayu mendapat hak dan keistimewaan melebihi kaum lain.
ii orang Melayu miskin kerana malas.
iii Dasar Ekonomi Baru hanya untuk orang Melayu sahaja.
iv kaum Cina kaya kerana pandai menipu dalam perniagaan.
v orang Cina didiskriminasi oleh orang Melayu
vi setiap kegagalan dasar ekonomi di negara ini adalah disebabkan oleh
sabotaj orang-orang Cina.
vii orang Cina dan bukan Melayu yang lain tidak mempunyai taat setia
kepada negara ini.
8/4/2019 Hubungan Etnik Assignment 2
16/18
Gambar
8/4/2019 Hubungan Etnik Assignment 2
17/18
8/4/2019 Hubungan Etnik Assignment 2
18/18