huraian RPH

Post on 26-Nov-2015

15 views 3 download

description

cikgu

Transcript of huraian RPH

Pembelajaran kumpulan

- Kumpulan heterogeneous dibentuk supaya murid yang berbilang kaum dan juga berbeza latar belakang dapat saling mengenali antara satu sama lain.

- Murid juga dapat membina kemahiran pembelajaran secara koperatif dengan melakukan tugasan secara berkumpulan.

Saling berinteraksi

- Melalui interaksi, murid belajar untuk menerima pendapat orang lain. Mereka juga belajar untuk menghormati idea dan perbezaan individualiti di antara mereka.

Mengenali budaya kaum lain

- Murid dapat belajar mengenai budaya kaum lain melalui aktiviti jual beli yang melibatkan makanan tradisional antara kaum.

- Melalui aktiviti seperti ini, dapat membina perpaduan dalam kalangan murid kerana mereka perlu bekerjasama dalam menyelesaikan masalah jual beli.

Sejarah abakus

- Menggunakan teknologi yang telah dihasilkan oleh masyarakat cina purba dalam menyelesaikan masalah matematik. Dengan ini, murid dapat mengenali serba sedikit tentang sejarah kaum cina.

lagu yang bertemakan 1 Malaysia

- Lagu matematik yang diselitkan unsur-unsur kepelbagaian kaum dapat menarik minat murid yang pelbagai kaum.

- Murid berminat untuk menyanyikan bersama lagu tersebut kerana mereka dapat rasakan ciri-ciri kesamarataan di dalamnya.