Post on 14-Apr-2018
7/30/2019 Isu&Trenda
1/12
1.0 PENGENALAN
Terdapat banyak isu-isu yang diketengahkan samada melalui media cetak dan
elektronik serta media massa. Pendidikan di Malaysia juga tidak terkecuali namun tidak
ramai yang tahu atau tidak mahu ambil tahu tentang isu-isu yang terdapat dalam
pelaksanaan program Pendidikan Khas di sekolah. Oleh itu, setiap dari kita perlu
segera membuka mata dan minda supaya kita dapat memberikan tumpuan sejenak
untuk menyelami duania kecil pendidikan di Malaysia iaitu Pendidikan Khas.
2.0 ISU DALAM PELAKSANAAN PROGRAM PENDIDIKAN KHAS DI SEKOLAH
2.1 PIHAK PENGURUSAN SEKOLAH
Pihak pengurusan merupakan tunjang kepada sesebuah organisasi
termasuklah di sekolah-sekolah. Malang jika sesebuah program yang diadakan
di sekolah tidak mendapat sokongan daripada pihak pengurusan khususnya
program seperti Pendidikan Khas. Masalah ini merupakan masalah utama yang
boleh terdiri daripada beberapa isu berbangkit iaitu isu pertama: isu layanan
kelas kedua yang diterima oleh guru-guru dan murid Pendidikan Khas daripada
pihak pentadbir. Guru pendidikan khas dan murid pendidikan khas sering
mendapat layanan kelas kedua daripada pihak pentadbir mahupun daripada
guru-guru aliran perdana. Mengapa guru pendidikan khas(PK) dan murid
pendidikan khas? Hal ini kerana tanggapan pihak pengurusan dan guru-guru
aliran perdana yang memandang enteng kepada bidang pendidikan khas. Pihak
Kementerian Pelajaran Malaysia(KPM) telah menetapkan nisbah 1 orang guru :
4 orang murid pendidikan khas. Jadi dengan keadaan kognitif dan fizikal murid
pendidikan khas yang dianggap tidak boleh berjaya dan tiada perkembangan,
7/30/2019 Isu&Trenda
2/12
jadi apalah gunanya menetapkan terlampau ramai guru untuk murid-murid yang
tidak akan memberikan apa-apa kejayaan.
Kenapa guru Pendidikan Khas? Jawapannya kerana mereka tidak
menerima layanan yang sepatutnya apabila sering diperkecilkan oleh guru-guru
daripada aliran perdana. Contohnya, guru Pendidikan Khas diperlekeh kerana
mengajar murid-murid yang rata-rata terencat akal, mempunyai masalah
tingkahlaku dan masalah pengurusan diri. Selain itu ini berlaku juga kerana di
aliran perdana terdapat peperiksaan yang harus dikejar untuk mencapai peratus
yang baik bagi menjaga nama sekolah. Akan tetapi di pendidikan khas pula lebih
memfokuskan kepada pengurusdan hidup. Oleh itu pada pihak sekolah markah
adalah lebih penting daripada menjadikan pelajar sebagai manusia. Guru-guru
dari aliran perdana menganggap tugas mengajar murid-murid ini tugas yang sia-
sia dan tidak kurang juga yang merasa jijik. Selain itu, isu elaun yang diterima
oleh guru Pendidikan Khas turut menjadi pertikaian kerana melalui anggapan
mereka mengajar murid-murid khas lebih senang berbanding mengajar murid
aliran perdana. Manakala murid-murid khas pula dipinggirkan dan tidak diberikan
perhatian dimana Guru Besar sekolah tidak mengamalkan pendemokrasian
pendidikan. Contohnya Md Aziz B. Haji Lani (n.d.) melalui dapatan yang
dijalankan oleh Jabatan Pendidikan Negara, mendapati terdapat Guru Besar
yang merasakan tumpuan perlu diutamakan kepada murid aliran perdana yang
ramai berbanding murid-murid khas yang sedikit.
Isu kedua berkaitan pihak pengurusan sekolah ialah dari aspek
peruntukan kewangan. Setiap sekolah akan mendapat peruntukan dimana
peruntukan ini merupakan salah satu perkara utama yang dirancang dalamRancangan Malaysia sejak dari Rancangan Malaysia pertama bertujuan
menaiktaraf kemudahan sekolah serta bantuan kepada murid-murid yang
memerlukan. Setiap sekolah akan mendapat peruntukan kewangan daripada
pihak kementerian dan akan disalurkan kepada pejabat pendidikan daerah(PPD)
dan akan diberikan kepada pihak pengurusan sekolah atau guru besar untuk
7/30/2019 Isu&Trenda
3/12
diagihkan mengikut nilai yang ditetapkan. Peruntukan kewangan untuk PK ialah
bertujuan untuk pelaksanaan aktiviti dan penyediaan kemudahan alatan untuk
sesi pengajaran dan pembelajaran. Namun begitu, adakah semua pihak
mendapat manfaat daripada peruntukan yang diberikan ini terutamanya program
Pendidikan Khas? Masalah yang sering berlaku ialah pihak pengurusan tidak
memberikan peruntukan yang sepatutnya kepada kelas PK. Peruntukan akan
diberikan oleh pihak pengurusan tetapi tidak mengikut nilai sebenar yang
sepatunya. Hal ini dapat dilihat perbezaannya melalui pengalaman saya
menjalankan pengalaman berasakan sekolah(PBS) dan praktikum di sekolah
yang berbeza. Perbezaan yang amat ketara yang dapat dilihat adalah dari aspek
penyediaan kemudahan alatan. Contohnya, di satu buah sekolah mempunyai
kelengkapan yang pelbagai seperti ketuhar, mesin basuh, dapur gas, penapis
air, mesin fotostat, computer, mesin pencetak, bilik urus diri yang lengkap
dengan katil, tilam dan bantal dan pelbagai lagi. Manakala sekolah yang lain
mempunyai dapur gas dan bilik urus diri sahaja.
Namun, adakah semua pihak mendapat manfaat daripada peruntukan
yang diberikan ini terutamanya program Pendidikan Khas?. Perkara begini
menyulitkan para guru Pendidikan Khas untuk menjalankan pelbagai aktiviti
untuk murid-murid khas seperti aktiviti lawatan sambil belajar kerana kekurangan
sumber kewangan. Selain kesulitan menjalankan aktiviti-aktiviti, kemudahan
yang terdapat di program Pendidikan Khas juga tidak dapat dibaikpulih. Rata-
rata kelas yang digunakan untuk Program pendidikan Khas mempunyai ruang
yang sempit dan tidak kondusif yang akan mempengaruhi proses pembelajaran
murid-murid.
Isu ketiga pula adalah berkaitan dengan peperiksaan yang diambil oleh
murid-murid Pendidikan Khas. Ari (2008) menyatakan Isu ini timbul kerana rasa
kurang senang pihak pentadbiran apabila murid khas mengikuti peperiksaan
umum di negara kita seperti Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Sijil
7/30/2019 Isu&Trenda
4/12
pelajaran Malaysia(SPM). Pihak pentadbiran tidak begitu menggemari situasi ini
kerana mereka takut perkara ini akan menjatuhkan graf peperiksaan sekolah.
Isu keempat pula merupakan isu berhubung aspek pembangunan fizikal
sekolah. Fokus isu keempat ini adalah kepada program Pendidikan Khas
terutamanya program Integrasi dimana aspek pembangunan fizikalnya tidak
mengikut keperluan murid-murid khas. Secara umumnya berdasarkan
pengalaman semasa menjalankan Pengalaman Berasaskan sekolah(PBS) dan
praktikum, kebanyakan kelas-kelas di program Pendidikan Khas mempunyai
ruang yang terhad dan keadaan biliknya pula sangat uzur. Ruang yang terhad
menyekat pergerakan murid untuk melakukan aktiviti dan masalah yang serupa
berlaku kepada guru Pendidikan Khas. Sedangkan murid-murid normal pun
berasa tidak selesa belajar di kelas yang sempit, apatah lagi mereka yang terdiri
dari murid khas. tambahan lagi, program pendidikan Khas selalunya ditempatkan
di blok bangunan-bangunan lama yang keadaannya teruk dan uzur, tidak
kondusif untuk sesi pengajaran dan pembelajaran.
Isu kelima ialah isu berkenaan mencipta rangkaian perhubungan dengan
pihak yang sepatutnya berkenaan program Pendidikan Khas. Pihak pentadbiran
sekolah khususnya guru-guru daripada program Pendidikan Khas tidak
mengetahui saluran yang perlu dirujuk bagi mendapatkan bantuan berkenaan
murid-murid khas. Kadangkala guru buntu dan tidak tahu alternatif lain bagi
menambahkan dana supaya dapat melakukan penambahbaikan kepada
program Pendidikan Khas sendiri walaupun terdapat banyak saluran yang boleh
dirujuk dan sedia membantu guru-guru.
7/30/2019 Isu&Trenda
5/12
2.2 GURU KHAS
Guru-guru pendidikan khas juga mempunyai isunya yang tersendiri. Isu
utama yang akan dikupas ialah bebanan kerja sebagai guru pendidikan khas.
Seperti sedia maklum, sememangnya guru pendidikan khas dibayar elaun untuk
mengajar murid PK . Elaun yang dibayar adalah berdasarkan tugas yang perlu
mereka laksanakan dengan menghadapi pelbagai jenis masalah murid dan untuk
membentuk perkembangan murid PK yang optimum. Semua ini memerlukan
kesabaran yang tinggi untuk guru-guru. Bebanan tugas guru PK bukan sahaja
dalam aspek P&P malah juga dari aspek lain iaitu seperti kerja perkeranian.
Seperti contoh, guru perlu menyediakan persediaan untuk mengajar murid,
bahkan guru juga perlu menyediakan fail-fail peribadi, rancangan pencapaian
individu(RPI) murid pendidikan khas. Tambahan pula dengan adanya sistem
pentaksiran berasaskan sekolah(PBS) yang memerlukan setiap murid
mempunyai fail-fail evidens murid, fail pengurusan PBS, fail showcase dan
bermacam lagi. Hal ini mempengaruhi komitmen guru dalam melaksanakan P&P
dan menjadi salah satu beban tugas guru PK.
Guru khas juga mempunyai isu-isu yang mengganggu tugas mereka bagi
membolehkan anak-anak khas menerima pendidikan seperti murid-murid lain.
Isu yang pertama ingin diketengahkan merupakan isu berkaitan bebanan tugas
semasa di sekolah. Menjadi seorang guru memerlukan kesabaran dan ini
merupakan perkara yang seharusnya diketahui oleh guru-guru sejak dari mula
menjejakkan kaki ke bidang ini lebih-lebih lagi mereka yang terlibat dengan
program Pendidikan Khas, namun setiap perkara ada batasannya kerana guru
juga manusia biasa dengan keperluan sama seperti orang lain. Guru Khas
selalunya diberikan dibebankan dengan waktu ganti (relief class) kelas perdana.
ini akan mengganggu perjalanan sesi pengajaran guru pendidikan Khas yang
terpaksa meninggalkan kelas kerana menggantikan kelas guru aliran perdana
yang tidak hadir ke sekolah. Selain itu, guru Pendidikan Khas juga dibebankan
dengan tugas-tugas bukan mengajar kerana dilantik memegang jawatankuasa
yang mempunyai tugasan berat seperti setiausaha sukan di sekolah. melalui
7/30/2019 Isu&Trenda
6/12
jawatankuasa seperti ini, guru pendidikan Khas perlu guru sentiasa
meninggalkan kelas untuk bermesyuarat dan menjalankan menghadiri aktiviti
luar yang akan menyebabkan murid-murid khas terabai.
Isu kedua yang membabitkan guru-guru khas ialah berkenaan sikap dan
minat mereka sendiri. Sikap guru Pendidikan Khas yang negatif membawa kesan
buruk kepada murid-murid khas dan sekolah itu sendiri. Seorang guru
Pendidikan Khas yang tidak berminat selalunya menjalankan tanggungjawabnya
dengan tidak komited. Bak kata pepatah, seperti melepaskan batuk di tangga.
Malang bagi murid-murid khas yang mendapat guru seperti ini. Contohnya,
mengajar tanpa menggunakan rancangan pengajaran harian, tiada inisitif
menggunakan bahan bantu mengajar semasa mengajar dan lain-lain.
Isu ketiga pula merupakan isu kemahiran guru Pendidikan Khas sendiri.
Kebanyakan guru-guru yang mengajar di Program Pendidikan Khas adalah tidak
terlatih untuk mengajar murid-murid Pendidikan Khas. Melalui kajian yang
dilakukan oleh Aliza Alias dan Mohd Mokhtar Tahar dari fakulti Pendidikan,
Universiti Kebangsaan Malaysia melalui petikan akhbar Utusan Malaysia (2007),
menyatakan bahawa :
Hanya 13.3 peratus sahaja guru yang terlibat dalam kajian ini mempunyai
bidang pengkhususan masalah pembelajaran. Secara keseluruhannya 86.7
peratus guru yang mengajar dalam program ini adalah guru yang tidak dilatih
mengajar kanak-kanak masalah pembelajaran, menurut kajian itu.
Ini bermakna bilangan guru yang mengajar pendidikan Khas pada waktu
itu bukanlah guru yang datang dari opsyen Pendidikan Khas yang mana mereka
ini tidak terlatih. Contohnya ialah ada segelintir guru yang menjadikan bidang
pendidikan khas sebagai wahana yang mudah untuk mereka menjawat jawatan
sebagai pegawai kerajaan. Tambahan pula, guru-guru ganti juga ditempatkan
dengan mudah dalam bidang pendidikan khas. Mereka meletakkan guru ganti
dengan sewenang-wenangnya tanpa memikirkan kemahiran yang perlu ada
pada guru tersebut. Hal ini kerana, berdasarkan pengalaman saya terdapat
7/30/2019 Isu&Trenda
7/12
perbezaan kemahiran guru dalam cara mendekati dan mengajar murid PK di
antara guru PK dengan guru ganti. Guru PK lebih fokus kepada perkembangan
optimum diri murid sebaliknya guru ganti lebih kepada matlamat penyelesaian
tugas sahaja tanpa mementingkan pencapaian murid. Menurut kajian itu lagi,
guru perlulah mempunyai ilmu dan kemahiran tentang ciri kanak-kanak supaya
perhatian terhadap keperluan mereka dapat ditumpukan dengan berdasarkan
keupayaan murid untuk belajar. Kekurangan ilmu dan kurangnya latihan
pedagogi untuk mengajar murid-murid khas akan mencetuskan rasa tidak puas
hati oleh ibu bapa yang terdiri daripada golongan berpendidikan.
Isu keempat adalah isu berhubung kemahiran bersosial guru Pendidikan
Khas. Melalui pengalaman praktikum semasa berada di sekolah, didapati
kebanyakan guru yang berada di program Pendidikan Khas tidak mempunyai
hubungan interpersonal yang rendah dengan guru-guru daripada aliran perdana.
Sudahlah blok bangunan program Pendidikan Khas terletak berasingan dengan
bangunan lain, guru-gurunya pula tidak bercampur gaul dengan guru-guru lain
walaupun mereka boleh memilih untuk tidak berbuat demikian. Contohnya,
mereka lebih selesa makan di bilik rehat yang terdapat di bilik program
Pendidikan Khas daripada makan di kantin. Melalui sikap dan tindakan sebegini,
mereka akan mengundang persepsi negative dari guru-guru lain.
Isu kelima ialah isu kekurangan guru-guru Pendidikan. Guru Pendidikan
Khas menghadapi masalah untuk cuba menyelaraskan pelajaran apabila murid-
muridnya terdiri daripada pelbagai jenis kecacatan malah akan menjadi lebih
sukar sekiranya menerima murid-murid yang dalam kategori berat seperti
autisme dan hyperaktif. Pada hari ini, seorang guru akan mengajar enam hingga
lapan orang murid khas di sebuah kelas dan untuk menjalankan satu sesi
pengajaran. Masalah ini boleh diatasi jika terdapat guru Pendidikan Khas yang
terlatih dalam bilangan yang ramai
7/30/2019 Isu&Trenda
8/12
2.3 MURID KHAS
Selain isu yang melibatkan pihak pengurusan sekolah dan guru
Pendidikan Khas terdapat juga isu-isu yang datang daripada murid-murid khas
sendiri. Isu pertama ialah isu kehadiran murid. Murid-murid khas ini didapati
kerap tidak hadir ke sekolah. Antara faktor penyebab kepada masalah ini ialah
masalah pengangkutan dan masalah kesihatan. Terdapat Ibu bapa yang tidak
berkemampuan serta tidak memiliki kenderaan yang menyukarkan mereka untuk
menghantar anak-anak ke sekolah. Pernah saya lihat seorang tua yang
menghantar cucunya ke sekolah dengan menaiki basikal setiap hari, namun
apabila dia jatuh sakit maka cucunya tidak dapat hadir. Namun perkara ini
adalah satu masalah kerana kehadiran merupakan salah satu perkara penting
yang termaktub dalam undang-undang sekolah dan menjadi perhatian Penolong
Kanan Hal Ehwal Murid di sekolah.
Isu kedua merupakan isu komunikasi. Kebanyakan murid-murid khas
mempunyai masalah komunikasi yang menyukarkan proses pengajaran dan
pembelajaran terjadi diantara guru dengan murid. Contohnya masalah tiada
nahu tentang bahasa yang mana mereka menghasilkan bunyi yang tidak
mempunyai sebarang makna.
Isu ketiga pula ialah dari segi Rancangan Pengajaran Individu (RPI). Isu
ini berkenaan keberkesanan pelaksanaan RPI terhadap murid-murid khas di
sekolah. Rancangan pengajaran Individu yang terdapat disekolah kurang
berkesan dalam membantu murid-murid. Ini kerana bagi seorang pelajar, harus
ada seorang penilai supaya perkembangan murid dapat lebih diperhatikan dan
dilaksanakan.
Isu keempat yang melibatkan murid adalah berkenaan pelabelan murid
semasa berada di program Pendidikan Khas. murid-murid khas sering dilabel
dengan panggilan-panggilan yang buruk. Ini membuatkan mereka tertekan
secara emosi. Kadangkala ia akan menimbulkan masalah tingkahlaku seperti
7/30/2019 Isu&Trenda
9/12
bersembunyi bagi mengelakkan daripada diejek oleh murid-murid lain ataupun
terdapat murid yang bertindak lebih ganas sehingga memukul.
Isu kelima pula merupakan isu gangguan seksual dan ketidakseimbangan
hormone yang berlaku kepada murid-murid khas. Murid-murid khas yang tidak
mengerti apa-apa selalu dijadikan mangsa gangguan seksual oleh rakan-rakan
malah guru Pendidikan Khas sendiri. Isu ini merupakan isu serius yang perlu
diberikan perhatian kerana ia merupakan satu jenayah pedofilia. Lain pula
dengan ketidakseimbangan hormone yang berlaku sesama murid-murid
Pendidikan Khas. Murid-murid khas juga manusia yang diciptakan oleh tuhan
dan mempunyai keinginan untuk berpasangan seperti orang lain, namun mereka
tidak pandai mengawal keterujaan mereka sekiranya mereka menyukai
seseorang. Contohnya, murid daripada kategori sindrom Down. Isu-isu seperti ini
akan membawa kepada masalah-masalah lain jika tidak dibendung seperti
hubungan jenis sesame murid.
2.4 IBU BAPA/ WARIS
Antara isu-isu yang melibatkan ibu bapa atau waris dalam pelaksanaan
program Pendidikan Khas di sekolah-sekolah ialah : isu pertama, kerjasama oleh
pihak ibu bapa kepada pihak sekolah. Melalui isu ini, pihak ibu bapa didapati
tidak memberikan kerjasama kepada pihak sekolah khususnya program
Pendidikan Khas. Terdapat ibu bapa yang enggan membenarkan anak-anak
mereka mengikut program yang dianjurkan oleh pihak program Pendidikan Khas
untuk anak-anak mereka. Sebagai contoh, aktiviti luar kelas seperti lawatan
sambil belajar dan aktiviti-aktiviti yang melibatkan unsure-unsur terapi seperti
terapi renang dan terapi berkuda kerana khuatir keselamatan anak-anak mereka.
Malah ada yang tidak membenarkan anak anak mereka mengikuti aktiviti yang
7/30/2019 Isu&Trenda
10/12
diadakan kerana takut jika pihak sekolah meminta bayaran daripada mereka.
Selain itu, ibu bapa mahupun waris juga tidak memberikan kerjasama apabila
tidak hadir ke program bersama yang dianjurkan di sekolah terutamanya yang
berkaitan dengan Pendidikan Khas seperti perbincangan Rancangan Pengajaran
Individu (RPI).
Isu kedua pula merupakan isu tanggungjawab ibu bapa terhadap anak-
anak mereka. Maksud tanggungjawab ibu bapa di sini menjadi isu apabila
mereka kurang memberikan perhatian terhadap pelajaran, pemakanan dan
kesihatan anak-anak mereka sebaliknya melepaskan tanggungjawab tersebut
kepada guru Pendidikan Khas. Antara contoh yang boleh diperhatikan ialah
apabila ibu bapa tidak mengambil inisiatif untuk melakukan tindakan susulan
dirumah seperti aktiviti berbentuk intervensi ataupun bagi yang ibu bapa yang
berkemampuan, mereka boleh mendapatkan khidmat daripada pakar-pakar
terapi untuk membantu mengurangkan masalah anak-anak mereka. Selain
daripada contoh di atas, terdapat ibu bapa yang menganggap program
Pendidikan Khas di sekolah sebagai pusat asuhan apabila menghantar anak-
anak pada awal pagi tetapi lewat mengambil mereka.
Isu seterusnya ialah jangkaan atau harapan ibu bapa yang tinggi terhadap
anak-anak dan guru-guru. Isu ini terjadi apabila ibu bapa mendatangkan tekanan
ke atas guru-guru Pendidikan Khas kerana inginkan peningkatan dalam
pencapaian anak-anak dalam masa yang singkat. Melalui isu ini, ibu bapa akan
sentiasa memberikan komen-komen yang negatif kerana apa yang mereka
harapkan tidak menjadi.
Isu keempat merupakan isu penyalahgunaan bantuan murid-murid khas.
terdapat ibu bapa yang menyalahgunakan bantuan yang diterima oleh anak-anakmereka terutaamanya ibu bapa yang tidak bekerja. Contoh penyalahgunaan
yang melabtkan bantuan kepada murid-murid khas ialah elaun murid-murid khas
dan elaun Orang Kurang Upaya (OKU).
7/30/2019 Isu&Trenda
11/12
Isu yang kelima merupakan isu ibu bapa yang tidak mengetahui jenis
bantuan dan saluran yang perlu dirujuk bagi membantu anak-anak mereka.
Terdapat ibu bapa yang prihatin terhadap keadaan anak-anak mereka dan
mereka ingin membantu anak-anak mereka namun mereka tidak mengetahui
kemanakah hala yang patut ditujui dan apakah jenis bantuan atau khidamat yang
boleh diberikan kepada anak-anak mereka selain daripada sekolah. ini juga
merupakan isu yang dihadapi oleh segelintir pihak waris atau ibu bapa.
4.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya, setiap pihak mempunyai isu yang perlu diketengahkan
dalam pelaksanaan program Pendidikan Khas di sekolah. Maka, pihak tersebut
iaitu pihak pengurusan pentadbiran, guru Pendidikan Khas dan ibu bapa perlu
menjalankan peranan masing-masing dan melalui kerjasama yang dibentuk,
segala isu yang timbul diharapkan dapat diselesaikan. Selain itu kesedaran juga
harus diujudkan kepada masyarakat bertapa pentingnya Program Pendidikan
Khas dan bukan hanya berfokus kepada markah dan pencapaian sekolah.
7/30/2019 Isu&Trenda
12/12
Refleksi
Bersyukur keatas ilahi dimana saya telah diberi peluang berada dalam Program
Pendidikan Khas. Banyak yang telah saya pelajari daripada guru guru, pihak
pentadibaran sekolah, waris dan tidak ketinggalan daripada murid pendidikan khas itu
sendiri. Setiap kebaikan ada dugaannya dan tidak ketinggalan Program Pendidikan
Khas. Program ini haruslah diketengahkan dan masyarakat haruslah diberi pendedahan
dan kesedaran bertapa penting dan unik program ini.
Pada pihak pentadbiran haruslah memainkan peranan yang penting ini kerana
tanpa pihak pentadbiran terdapat banyak pekara dan program tidak dapat dijalankan
dengan lancar. Ini amat penting kerjasama diantara pihak pentadbiran dan guru guru
pendidikan khas. Bagi memacu program ini lebih maju dan dilandasan yang betul.
Pada pihak guru juga haruslah sedar bertapa beruntung nya mereka sebagai
guru pendidikan khas dan berada didalam kalangan ahli syurga. Para guru haruslah
sedar dan haruslah iklas dalam mengajar. Selain itu guru guru yang berada didalam
aliran perdana haruslah sekurang kurang nya mengetahui apa tujuan sebenar
program ini. Jika bukan para guru siapa lagi yang akan menjadi pencetus pemikiran
baru kepada generasi akan datang.
Para ibu bapa dan murid sendiri juga memaikan peranan penting dalam
meningkatkan pembangunan dan memberi kerjasama dalam segala aktiviti yang
dijalankan bagi memastikan pekembangan murid itu sendiri. \
Oleh itu dapat saya rangkulkan dimana bertapa pentingnya semua pihak
berkerjasama dalam memastikan hala tuju yang cerah terhadap program pendidikan
khas.