Post on 27-Sep-2015
Microsoft Word - Item BM 012 Set4.doc
JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU1. Kertas soalan ini mengandungi tiga bahagian iaitu
BAHAGIAN A, BAHAGIAN B, dan BAHAGIAN C.
2. Kamu dikehendaki menjawab ketiga-tiga bahagian.
3. Bagi BAHAGIAN B, kamu boleh memilih sama ada menjawab Soalan 1, Soalan 2, atau Soalan 3.
4. Jawapan hendaklah ditulis pada ruangan yang disediakan. Sekiranya helaian kertas jawapan tidak mencukupi, sila dapatkan kertas jawapan tambahan daripada pengawas peperiksaan. Kertas jawapan tambahan (jika ada) hendaklah diikat dan dihantar bersama-sama buku soalan.
Bahagian A[Masa yang dicadangkan : 15 minit][10 markah]
1. Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar.
Bahagian B[Masa dicadangkan : 40 minit][30 markah]
Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 80 patah perkataan.
1. Anda menerima pelawaan daripada sepupu anda untuk tinggal di rumahnya pada cuti akhir tahun. Rumahnya terletak di perkampungan nelayan. Ceritakan pengalaman anda di situ.
ATAU2. Alat-alat permainan di taman perumahan tempat kamu tinggal banyak yang telah rosak.Sebagai setiausaha di taman itu, kamu dikehendaki menulis surat bagi melaporkan perkara tersebut kepada pihak yang berwajib. Tulis surat aduan itu selengkapnya.
ATAU3. Kamu telah terpilih menyertai pertandingan syarahan di peringkat daerah. Tajuk syarahan itu ialah Kepentingan Menyertai Kegiatan Kokurikulum.
Tulis syarahan kamu itu selengkapnya.
Bahagian C[Masa dicadangkan : 20 minit][20 markah]
1. Tulis beberapa pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.
Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.
Teman
Kaulah rakan sejati
Engkau adalah pendorong Semangat dan ketabahan buatku Kuharungi onak ranjau kehidupan Kukenali keperitan dan kepayahan
Pabila aku rebah kecundang Engkau rela bersama-samaku Pabila aku ketawa girang Engkau turut berkongsi gembira
Teman ...
Susah senang kehidupan ini
Bersama-sama kita harungi
Ke bukit dan ke lembah nan jurang
Kita tempuhi penuh ketabahan
Tapi teman
Aku mengerti, aku pasrah
Kita sama-sama ada hala tujuan Punyai matlamat yang terbentang Kita sama-sama ada wawasan.
Kod
Pemeriksa:
Bahagian
No. Soalan
Markah
A
B
C
JUMLAH MARKAH
60