Post on 15-Jan-2016
description
PEMARKAHAN
KAE 3013 EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK
TAJUK ESEI ILMIAH
TUGASAN INDIVIDU 2
DISEDIAKAN OLEH
NAMA NO. MATRIK
KUMPULAN EL-24 (A122PJJ)
NAMA TUTOR E-LEARNING:
TARIKH SERAH: 25 APRIL 2013
1
ISI KANDUNGAN
HALAMAN
Pendahuluan 3
Perkembangan Estetika Kanak-kanak 4
Perkembangan Artistik Kanak-kanak 6
► Teori Perkembangan Artistik Kanak-kanak Hurwitz dan Day (1993) 7
► Teori Perkembangan Artistik Kanak-kanak Victor Lowenfeld (1947) 11
Lukisan figura dan analisis perkembangan artistik kanak-kanak 16
Rujukan 22
2
PENDAHULUAN
Kesedaran terhadap proses perkembangan kognitif dan artistik kanak-kanak
mula mendapat perhatian di kalangan pengkaji, ahli pendidikan dan ahli psikologi seawal
tahun 1900. Perkembangan artistik kanak-kanak dipengaruhi oleh persekitaran dan
suasana mereka dibesarkan. Dalam konteks ini, persekitaran memainkan peranan
pnting kerana persekitaran yang sihat membantu perkembangan kognitif kanak-kanak
dengan cara yang lebih positif.
Hasil kajian mendapati proses perkembangan kanak-kanak adalah mengikut
peringkat-peringkat tertentu, di mana setiap peringkat diwakili dengan ciri-ciri dominan
yang dipamerkan secara berulangan dan berterusan dalam hasil seni kanak-
kanak. Peringkat-peringkat ini juga dipengaruhi dengan umur kanak-kanak dan
kematangan mereka dalam ekspresi artistik kebiasaannya jelas berdasarkan kematangan
usia mereka. Manakala perkembangan estetika kanak-kanak kerap kali
diterjemahkan menerusi gerak-geri mereka.
Kebolehan kanak-kanak meluahkan nilai estetika mereka merupakan satu bentuk
kemahiran kognitif yang bukan sahaja penting dalam perkembangan seni kanak-kanak
malah amat penting dalam perkembangan pemikiran dan intelektualiti mereka.
Menurut Light dan Barnes (2003), kajian terawal mwngenai perkembangan artistik
kanak-kanak yang pernah direkodkan adalah pada tahun 1987. Corrado Ricci yang
berbangsa Itali telah menghasilkan tulisannya di dalam buku yang bertajuk 'The Arts
of Little Children' yang mengkaji beberapa lukisan kanak-kanak. Pada tahun 1910
pula, kajian perkembangan kanak-kanak diteruskan oleh Clara dan William Stern di
German yang menerbitkan kajian mengenai lukisan yang dihasilkan oleh seorang
kanak-kanak lelaki daripada kanak-kanak tersebut berusia 4 hingga 7 tahun.
3
Pada tahun 1913 di Perancis, Georges Henri Luquet telah menerbitkan 1500 keping
katalog lukisan yang dihasilkan oleh anak perempuan beliau, dilukis semasa berusia
antara 3 hingga 8 tahun. Kesemua kajian dan penerbitan yang dihasilkan mengenai
perkembangan awal artistik kanak-kanak masih lagi menjadi rujukan utama kepada kajian
mengenai perkembangan artistik kanak-kanak pada masa sekarang.
PERKEMBANGAN ESTETIKA KANAK-KANAK
Perkembangan diterjemahkan melalui gerak-geri dan pergerakan badan mereka.
Kebolehan kanak-kanak dalam meluahkan nilai estetika mereka merupakan satu bentuk
kemahiran kognitif yang bukan sahaja penting dalam perkembangan seni dalam diri
kanak-kanak tersebut malah amat penting di dalam perkembangan pemikiran dan
intelektualiti mereka.
Luahan estetika kanak-kanak amat berbeza dengan pergerakan badan yang biasa.
Di dalam kehidupan seharian, kita berkomunikasi secara verbal ataupun bukan verbal.
Komunikasi bukan verbal melibatkan pergerakan tangan, memek muka, pandangan mata
dan pergerakan bahagian badan yang lain. Pergerakan estetika pula menjurus
kepada isyarat virtual. Isyarat virtual ini merupakan jendela kepada emosi dalaman
kanak-kanak dan juga jiwa dan pemikiran mereka.
Walaupun perkembangan estetika kanak-kanak secara keseluruhannya masih belum
dapat di kenalpasti, para pengkaji telah menemui beberapa pergerakan yang menjadi
refleksi kepada perkembangan estetika kanak-kanak. Pergerakan estetika awal
kanak-kanak mempunyai kaitan langsung dengan emosi mereka kerana persepsi deria
yang mengeluarkan isyarat tersebut selalunya mempunyai hubungan terus dengan
bahagian otak yang meransang emosi.
Kanak-kanak pada umur 2 hingga 4 tahun selalunya mengeluarkan isyarat-isyarat
tertentu yang lebih berbaur emosi daripada rasional atau intelektualiti. Isyarat-isyarat
4
biasa seperti tunduk memberi hormat atau pergerakan biasa yang dilakukan ketika
beribadat mempunyai implikasi emosi. Apabila usia mereka meningkat ke-3 dan ke-4
tahun, kanak-kanak menjadi lebih sensitif kepada gerakan-gerakan dinamik
yang melibatkan imbangan, arah, konsisten, daya dan juga keintiman. Pada usia ini
mereka dapat mengimbangkan diri mereka dengan baik di atas sebuah kerusi yang
kecil dan mengekalkan langkah yang konsisten semasa mencuba tarian yang mudah.
Mereka juga dapat membezakan kiri dan kanan, atas dan bawah.
Pada usia ke-6 tahun, kanak-kanak akan mengetahui bahawa gerak-geri mereka
juga mempunyai elemen psikologi. Contohnya meluahkan rasa sedih dengan
menundukkan muka atau menunjukkan ekspresi orang sedang berfikir dengan
meletakkan tangan di bawah dagu. Semua pergerakan ini adalah luahan estetika mereka
dan sebagai orang dewasa, pemerhatian terhadap pergerakan-pergerakan mereka akan
dapat membantu kita menentukan apa yang bermain di dalam kotak fikiran dan jiwa
mereka.
Perkembangan estetika kanak-kanak boleh diamati menerusi aktiviti kreatif seperti
melukis dan mewarna, kraftangan, muzik, pantun, puisi, pergerakan kreatif dan
drama kanak-kanak. Pengalaman estetika kanak-kanak dalam aktiviti seni kreatif lebih
menjurus ke arah visual, emosi, jiwa dan pemikiran mereka. Contohnya,
apabila guru melaksanakan aktiviti kreatif untuk kanak-kanak, guru akan
mendapati bahawa pergerakan badan kanak-kanak yang nyata akan berbeza dengan
pergerakan badan yang biasa. Pergerakan badan mereka mempunyai makna
tersendiri dan kadan-kala hanya mereka yang memahaminya. Oleh yang demikian,
guru perlu selalu berbual dan bertanya kepada kanak-kanak apabila mereka diperhati
melakukan pergerakan badan yang sama berulang kali. Hanya dengan cara ini guru
dapat memahami maksud yang terselindung di sebalik pergerakan atau perlakuan yang
ditunjukkan.
5
PERKEMBANGAN ARTISTIK
Terdapat bermacam-macam model perkembangan telah dikemukakan yang
membantu menerangkan perkembangan artistik kanak-kanak. Antara model-model
termuka telah diformulasikan oleh Lowen Feld (1975) Chapman (1972). Model-
model ini secara umumya berbeza namun mempunyai corak perkembangan yang
lebih kurang sama. Antara persamaan yang ketara ialah transisi perkembangan daripada
peringkat contengan kepada peringkat perwakilan sebenar. Antara persamaan-persamaan
yang lain ialah:
i) Faktor sosio-ekonomi dikatakan mempunyai pengaruh yang amat terbatas dalam
peringkat awal pertumbuhan kanak-kanak. Kanak-kanak lelaki dan perempuan
didapati melukis dengan cara yang sama di peringkat awal pertumbuhan.
ii) Lukisan kanak-kanak dapat memberi lebih banyak maklumat tentang perkembangan
mereka daripada catan kerana ianya menggunakan krayon, pensel dan pen. Alatan
ini lebih mudah dikawal oleh kanak-kanak daripada menggunakan berus dan
warna. Oleh yang demikian, kanak-kanak perlu diberi lebih peluang untuk
menggunakan media krayon, pensel warna dan pensel dalam menghasilkan aktiviti
melukis.
iii) Terdapat pertindihan yang agak ketara di antara peringkat-peringkat
perkembangan (contengan ke perwakilan sebenar). Lukisan kanak-kanak
mungkin mempunyai elemen dua peringkat serentak dan tidak semestinya
elemen satu peringkat perkembangan sahaja.
Perkembangan artistik ini akan lebih difahami jika melakukan aktiviti yang
dicadangkan ini bersama kanak-kanak. Katakan anda merancang untuk mengajar benda
hidup, iaitu pokok.
Langkah 1: Berikan kertas yang mempunyai gambar pokok dan menyuruh kanak-kanak
mewarna gambar pokok tersebut.
Langkah 2: Berikan gambar pokok dan minta kanak-kanak menekap gambar tersebut.
minta mereka menambah elemen lain seperti memasukkan buah, ranting dan
dahan.
Langkah 3: Kemudian minta mereka mewarna gambar pokok yang lengkap dengan
6
penambahan elemen tadi dan seperti pokok yang berada di persekitaran
rumah mereka. Minta kanak-kanak tersebut bercerita tentang gambar.
Langkah 4: Akhirnya, barulah meminta kanak-kanak melukis gambar pokok.
Jika diperhatikan, perancangan aktiviti di atas tidak bermula dengan terus meminta
kanak-kanak melukis gambar pokok seperti yang selalu dilakukan oleh guru baru. Dalam
aktiviti pertama, kanak-kanak diterapkan dengan konsep sebatang pokok. Dalam langkah
kedua pula, kanak-kanak memasukkan elemen realiti dan ini membolehkan kanak-kanak
meluahkan apa yang bermain dalam pemikiran simbolik mereka. Dalam langkah ketiga
pula, mereka mula bermain dengan warna bagi mencantikkan lagi lukisan. Apabila
kanak-kanak bercerita tentang garisan yang dihasilkan bagi menggambarkan
pokok, mereka mula merealistikkan gambaran fikiran mereka. Hasil daripada latihan
yang diberi, kanak-kanak akan dapat menggambarkan sebatang pokok dengan lebih
berfokus kepada ciri-ciri kecil seperti batang, dahan malah melukis diri sendiri dalam
lukisan mereka.
A. TEORI PERKEMBANGAN ARTISTIK KANAK-KANAK OLEH HURWITZ
DAN DAY (1995)
Hurwitz dan Day (1995) telah merumuskan peringkat perkembangan artistik
kanak-kanak ke pada tiga bahagian utama. Peringkat-peringkat ini dikenali
sebagai peringkat Manipulatif,
peringkat membuat simbol dan peringkat pra-remaja.
Important Notes
"Stages of artistic development are useful norms that can enlighten the
Teacher, but they should not be considered as goals for education"
- Hurwitz dan Day (2001)
7
TEORI PERKEMBANGAN ARTISTIK OLEH HURWITZ DAN DAY
1.PERINGKAT MANIPULATIF 2-4 TAHUN
2.PERINGKAT MEMBUAT SIMBOL 6-9 TAHUN
3.PERINGKAT PRA REMAJA 10-13 TAHUN
Rajah peringkat perkembangan artistik oleh Hurwitz dan Day (1995)
Peringkat perkembangan artistic oleh Hurwitz dan Day (1995):
1. Peringkat Manipulatif atau Zaman Awal Kanak-kanak (2-4 tahun)
Pada peringkat ini, kanak-kanak tidak mempunyai kawalan pada pergerakan tangan
kerana usia mereka yang masih mentah dan muda, selalunya dalam lingkungan dua
hingga lima tahun. Hasil karya atau lukisan yang terhasil kebiasaannya tidak terkawal
dan banyak terdapat di dinding, di atas meja dan kertas lukisan dengan menggunakan
pelbagai jenis bahan dan medium seperti krayon, pensel srta bahan-bahan lain.
Penghasilan karya pada usia ini tidak bersifat realistik dan banyak menggunakan
lukisan garisan bagi menggambarkan sesuatu imej. Pada usia ini, kanak-kanak lebih
gemar untuk mencuba sesuatu yang baru dan bereksperimentasi dengan pelbagai jenis
garisan yang boleh dihasilkan oleh pelbagai media.
8
Secara umumnya terdapat empat peringkat contengan pada peringkat manipulatif iaitu
i ) Contengan garisan tidak terkawal
ii) Contengan garisan terkawal
iii) Contengan rupa terkawal
iv) Contengan rupa
Contengan garisan tidak terkawal berlaku kerana kanak-kanak tidak mempunyai daya
kawalan dan garisan yang dihasilkan biasanya berulang-ulang. Di peringkat garisan
terkawal pula garisan yang dihasilkan lebih menampakkan kawalan yang matang
dibandingkan dengan peringkat pertama. Sementara itu, contengan rupa terkawal
memperlihatkan kebolehanan kanak-kanak yang mula melukis rupa dan mengulangi-
nya mengikut kehendak mereka.
Akhir sekali adalah contengan rupa, di mana pada peringkat ini kanak-kanak berupaya
mengenalpasti rupa dan menyebut rupa yang dihasilkan. Pada peringkat ini juga
lukisan yang dihasilkan adalah lebih kepada kepuasan dan keseronokan kerana
mereka diberi peluang untuk melukis dengan menggunakan alatan atau medium
seperti krayon, pen atau pensel.
Antara perkara yang perlu diberi perhatian adalah cara kanak-kanak memeganag alatan
untuk melukis. Pada usia ini alatan tulis yang dipegang adalah mengikut keupayaan
cara dan gaya yang disukai oleh mereka. Keupayaan menconteng sangat bergantung
kepada keupayaan otot dan keselarasan koordinasi di antara mata dan tangan. Fokus
imej yang dihasilkan pada peringkat ini adalah lukisan garisan yang pelbagai.
2. Peringkat Membuat Simbol (6-9 Tahun)
Daripada peringkat lukisan contengan, kanak-kanak mula beralih ke peringkat
menghasilkan simbol. Peringkat penghasilan simbol bermula pada umur empat
sehingga kanak-kanak berumur lapan tahun. Pada peringkat ini, kanak-kanak
sangat terpengaruh dengan keadaan sekelilingnya.
9
Persekitaran memainkan pengaruh besar dan lukisan yang biasa dihasilkan adalah
seperti rumah, kereta, bunga, alat permainan dan sebagainya. Imejan dalam lukisan
figura merupakan imej yang paling dominan. Simbol dan imejan yang dilukis oleh
kanak-kanak ini biasanya didahului dengan imej mereka sendiri, kemudian diikuti
dengan keluarga terdekat seperti ibu bapa diikuti rakan-rakan. Pada peringkat ini juga,
simbol yang dihasilkan oleh kanak-kanak mudah untuk di kenalpasti kerana kanak-
kanak mempunyai kawalan yang seimbang dan teratur dari segi pergerakan tangan.
Di peringkat awal penghasilan imej simbolisma, imej-imej yang dihasilkan melalui
lukisan terdiri daripada pelbagai saiz. Umumnya sseorang yang penting dalam ke
hidupan kanak-kanak tersebut digambarkan dengan saiz yang lebih besar berbanding
dengan imej figura yang lain. Sebagai contoh di dalam gambar keluarga imej bapa
akan digambarkan dalam saiz yang paling besar kerana ia melambangkan kekuasaan
dan kekuatan yang dimiliki oleh bapa selaku ketua keluarga. Dalam situasi yang lain
imej diri kanak-kanak itu sendiri digambarkan dalam saiz yang lebih besar
berbanding dengan imej figura yang lain.
Pada permulaan peringkat pertama simbolismaini, penggunaan warna terhadap imej
Tidak menjadi fokus utama dan tidak ketara. Pada peringkat ke dua pula, penggunaan
warna ke atas imej mula diperlihatkan. Sebagai contih imej langit dikaitkan dengan
warna biru, warna kuning untuk matahari, dan warna hijau bagi menggambarkan
rumput ataupun tumbuhan. Pada peringkat ke tiga simbolisma ,lukisan yang dihasil
kan lebih menumpukan kepada imej yang konkrit iaitu imej yang dilihat berbanding
dengan imej yang mereka tahu.
3. Peringkat Pra Remaja(10- 13 tahun)
Peringkat pra-remaja dikatakan peringkat transisi zaman kanak-kanak ke zaman
remaja. Terdapat percubaan untuk melukis figura dengan saiz yang betul. Lukisan
figura pula mula dilukis dengan menitikberatkan daya saiz sebenar objek. Sebagai
contoh, figura manusia mula dilukis dengan melihat kadar bandingan pada objek
tersebut tanpa membuat penambahan. Lukisan pada peringkat ini dikatakan lebih
10
rasional kerana selain daripada kedudukan dan saiz figura yang betul, mereka juga
telah mula mementingkan warna yang tepat selain dari memasukkan bayng-bayang
pada objek supaya imej yang dihasilkan nampak lebih realistik. Pada peringkat ini
juga mereka mula menggunakan kaedah perspektif yang membezakan saiz imej
di mana mereka cuba memahami konsep ruang, iaitu objek yang jauh bersaiz lebih
kecil jika dibandingkan denga objek yang berada lebih dekat dengan mereka.
B. TEORI PERKEMBANGAN ARTISTIK KANAK-KANAK OLEH VIKTOR
LOWENFELD (1947)
Seorang tokoh penting dalam seni visual iaitu Viktor Lowenfeld. Beliau ialah profesor
dalam bidang pendidikan seni di Universiti Pennsylvania di Macmillan. Lowenfeld (1947)
menyatakan bahawa sejak kecil lagi proses pembelajaran kanak-kanak dibantu oleh alat
bantuan sensori seperti peta, gambar-gambar dan peralatan-peralatan sains. Ini kerana
pemikiran abstrak tanpa penterjemahan visual bukanlah banyak membantu perkembangan
minda yang lebih holistic
Lowenfeld juga menyatakan bahawa dalam bidang seni halus,
pengetahuan teknik-teknik yang penting untuk meningkatkan kemahiran
memanipulasikan ciri-ciri lukisan dan seni dapat memainkan peranan yang penting
dalam perkembangan minda kanak-kanak. Pengetahuanyang lebih mendalam
dan berstruktur dari segi konvensi-konvensi artistik
mewujudkan bahan perantaraan untuk kanak-kanak mengembangkan
kreativiti. Pengetahuan ini memerlukan penganalisis, kemahiran
11
pemikiran rasional dan pemprosesan maklumat secara kognitif. Oleh itu,
keupayaan kognitif boleh ditingkatkan melalui keupayaan individu untuk membentuk
dan mencipta, memahami da menginterprstasi hasil atau karya seni
Lowenfeld menjelaskan bahawa perkembangan artistik kanak-kanak dan
hubungannya secara langsung terhadap perkembangan mental dan boleh dilihat dari
klasifikasi tahap yang berikut: peringkat contengan (2-4 tahun), peringkat praskematik
(4-7 tahun), peringkat skematik (7-9 tahun), peringkat kesedaran realisma (9-12 tahun),
peringkat rasional (12-14 tahun) dan peringkat period if decision atau adolescent art (14-
17 tahun).
i) Peringkat Contengan (Scribbling, 2-4 Tahun)
Pada peringkat ini kanak-kanak menghasilkan contengan secara rawak dan tidak terkawal.
Mereka mula melukis dari peringkat contengan kepada lukisan garisan lurus dan
melintang kepada melukis bulatan apabila kanak-kanak itu telah mampu menguasai
pergerakan tangan dan badan mereka. Contengan yang dibuat oleh kanak-kanak pada
tahap ini tidak dihasilkan secara sesuka hati dan tanpa tujuan. Sebaliknya, kanak-kanak
mempamerkan kesedaran tentang corak dan koordinasi otot motor tangan.
Lama-kelamaan selepas menconteng, mereka akan menamakan apa yang telah mereka
lukis. Lebih kurang pada umur dua tahun, kanak-kanak akan memberitahu apa yang akan
mereka lakukan sebelum mereka melukis. Apabila umur mereka meningkat kepada tiga
tahun, kanak-kanak mula menambah maklumat dengan lebih terperinci dan sudah boleh
bercakap mengenai lukisan mereka dari segi warna bentuk dan sebagainya.
ii ) Peringkat Praskematik ( Preschematic :4-7 tahun)
Pada peringkat ini ialah peringkat peningkatan daripada contengan bulatan kepada
percubaan pertama untuk melukis objek yang terdapat di sekitarnya dengan
menggunakan garisan. Pada tahap ini, kanak-kanak biasanya melukis gambar
bentuk yang mudah seperti melukis satu bulatan kecil untuk kepala, satu bulatan lain
untuk badan dan dua garisan ke bawah sebagai kaki. Mereka akan melukis tanda-
tanda yang kecil, dalam bulatan untuk mata, hidung dan mulut. Cara melukis yang sama
digunakan untuk melukis
12
binatang. Lukisan mereka pada tahap ini dikatakan berciri simbolik di mana
simbol-simbol digunakan untuk mewakili sesuatu objek. Sebagai contoh, ibu bapa dan
orang yang rapat dengan mereka dilukis dengan mempunyai karakter tangan dan kaki
dan dilukis seolah-olah terapung dengan saiz imej yang berbeza-beza.
iii) Peringkat Skematik (Schematic: 7-9 Tahun)
Pada peringkat ini, kanak-kanak kurang cenderong untuk melukis imej objek berbanding
pada peringkat awal tadi. Lukisan mula dihasilkan mengikut skema atau konsep tertentu.
Penekanan lebih diberikan kepada cara penyusunan objek dalam imej selain daripada
imej manusia dan objek yang terdapat di sekelilingnya. Lukisan yang dihasilkan
adalah spontan, bebas dan berskala besar. Ciri-ciri lukisan pada tahap ini menunjukkan
apa yang difikirkan oleh kanak-kanak berbanding dengan apa yang sebenarnya
dilihat oleh kanak-kanak. Tahap ini juga melibatkan bentuk lukisan x-ray iaiatu
lukisan myang mempunyai ciri-ciri luaran dan dalaman sesuatu objek. Ini
menunjukkan kanak-kanak melukis sesuatu yang mereka ketahui melalui pengalaman.
Contohnya, lukisan sebuah kotak dan kanak-kanak itu melukis isi di dalam kotak
berkenaan. Pada tahap ini juga kanak-kanak melukis objek yang jauh dengan saiz yang
kecil manakala objek yang dekat dengan saiz yang besar. Ini menunjukkan permulaan
pemahaman konsep perspektif.
Sebagai contoh, kanak-kanak mula membuat percubaan dengan membahagikan ruang
pada kertas lukisan kapada dua bahagian iaitu satah udara dan tanah. Bagi permandangan
satah bawah objek disusun secara melintang dan sama, manakala objek udara pula
dibiarkan kosong. Selain itu, kanak-kanak ini tidak peka dengan karya mereka sendiri
dan tidak kisah denga lukisan yang dihasilkan oleh rakan sebaya mereka dan gemar
untuk berkongsi.
iv) Peringkat Kesedaran Realisma (Dawning Realism: 9-12 Tahun)
Pada peringkat ini, kanak-kanak terus melukis dengan mengekalkan konsep dan skema
tertentu. Imej yang dilukis adalah secara realistik dan lebih teliti. Imej lukisan
mula mengecil dari segi saiz dan kanak-kanak mula menunjukkan sifat kritikal dengan
hasil karya sendiri. Mereka mula membandingkan karya dengan karya rakan sebaya
dan ini
13
menjadikan mereka lebih berhati-hati dan sedikit individualistik serta menitikberatkan
kualiti karya yang dihasilkan. Lukisan kanak-kanak pada peringkat ini lebih
cenderong untuk melukis objek seperti objek yang sebenar. Kesukaran mereka untuk
menyamai ciri-ciri yang sebenar kerap-kali mengecewakan mereka. Pada tahap
ini, ramai kanak-kanak telah mula menunjukkan kurang minat untuk melukis kerana
tidak berpuas hati dengan hasil kerja mereka. Inilah puncanya, mengapa orang
dewasa mengaggap kemahiran melukis mereka masih berada pada tahap ini.
v ) Peringkat Rasional ( Pseudonaturalistic atau Reasoning :12-14 Tahun)
Pada peringkat ini kanak-kanak mula peka dengan konsep realistik di dalam
menghasilkan lukisan. Mereka menitkberatkan konsep kedudukan dan saiz rasional imej.
Mereka lebih gemar untuk melukis konsep peniruan atau melalui objek di depan mata
berbanding dengan melukis gambaran imaginasi dari kotak pemikiran mereka. Lukisan
yang dihasilkan jarang dikongsi bersama rakan sebaya dan perasan malu dan rendah diri
akan timbul sekiranya lukisan yang dihasilkan tidak menarik dan memuaskan hati
mereka.
vi ) Peringkat Period If Decision atau Adolescent Art in High School : 14-17 Tahun
Peringkat ini merupakan peringkat penekanan terhadap proses penghasilan karya seni dan
penciptaan objek. Peringkat ini juga menunjukkan kematangan di dalam membuat
keputusan dan pemilihan bahan yang sesuai untuk menghasilkan karya seni.
14
PERKEMBANGAN ARTISTIK OLEH LOWENFELD (1947)
PERINGKAT CONTENGAN (2-4 TAHUN)
PERINGKAT PRASKEMATIK(4-7 TAHUN)
PERINGKAT SKEMATIK (7-9 TAHUN)
PERINGKAT KESEDARAN REALISMA (9-12 TAHUN)
PERINGKAT RASIONAL (12-14 TAHUN)
PERIOD IF DECISION ATAU ADOLESCENT ART IN HIGH SCHOOL
(14-17 TAHUN)
15
LUKISAN FIGURA DAN ANALISIS PERKEMBANGAN ARTISTIK
KANAK-KANAK
Lukisan figura bagi setiap peringkat umur 3 hingga 12 tahun dan analisis tentang
perkembangan artistic kanak-kanak berdasarkan lukisan tersebut.
3 TAHUN
4 TAHUN
16
5 TAHUN
Pada usia 3 tahun ,berdasarkan lukisan yang dihasilkan jelas menunjukkan kanak-kanak
menghasilkan lukisan secara rawak dan tangan mereka masih tidak terkawal. Ini adalah
kerana usia mereka yang masih muda.Apabila usia kanak-kanak menjangkau 4 dan
5 tahun lukisan yang dihasilkan menampakkan kawalan yang matang kerana
terdapat contengan rupa,di mana pada peringkat ini lukisan yang dihasilkan
adalah kepada kepuasan dan keseronokan kerana mereka melukis menggunakan
alatan melukis. Keupayaan menconteng pada peringkat ini bergantung kepada
keupayaan otot dan keselarasan koordinasi di antara mata dan tangan.Fokus imej
yang di hasilkan pada peringkat ini adalah lukisan garisan yang pelbagai.Menurut
teori perkembangan artistik Hurwitz dan Day umur 3 hingga 5 tahun adalah
peringkat manipulatif, manakala mengikut teori perkembangan artistik Viktor
Lowenfeld ini merupakan peringkat contengan.
17
6 TAHUN
7 TAHUN
18
8 TAHUN
Pada usia 7, 8 dan 9 tahun,kanak-kanak mula beralih mempamerkan simbol dalam hasil
karya mereka. Kanak-kanak ini telahpun dipengaruhi dengan situasi yang berada di
persekitaran mereka. Pergerakan tangan kanak-kanak diperingkat ini sudah
terkawal. Seimbang dan teratur. Penggunana warna telah mula diterapkan dan diberi
perhatian. Penghasilan imej adalah berbentuk konkrit, pengalaman apa yang dilihat
dengan mata mereka sendiri. Menurut Hurwitz dan Day ini adalah peringkat
Membuat membuat simbol. Manakala menurut Lowenfeld pula kanak-kanak di
peringkat ini adalah peringkat Skematik. Menurut beliau juga kanak-kanak telah mula
melukis dengan lebih skema atau konsep tertentu. Kanak-kanak di peringkat ini telah
pandai menggunakan ruang dan tahu untuk mengelaskannya kepada ruang tanah dan
langit.
19
10 TAHUN
11 TAHUN
20
12 TAHUN
Pada peringkat ini dalam lingkungan 10,11 dan 12 tahun, kanak-kanak ini sudah
semakin matang. Walaupun mereka masih mengekalkan konsep dan skema yang
tertentu, hasil karya mereka adalah lebih realistik dan teliti.. Mereka sudah pandai
membuat penilaian pada hasil kerja masing-masing dan membuat perbandingan denga
rakan sebaya. Ada perasaan malu dalam diri jika terdapat kekurangan pada hasil kerja
mereka. Penggunaan warna yang mengandungi tona dan corak pada pakaian
diperincikan lagi. Lowenfeld meletakkan kanak-kanak ini dalam peringakat Dawning
Realism, manakala Hurwitz dan Day meletakkan mereka di peringkat pra remaja di
mana ciri-cirinya ialah kanak-kanak itu transisi dari zaman kanak-kanak ke alam
remaja. Mereka cuba melakar figura dalam saiz yang betul, meletakkan bayang-bayang
pada figura agar hasil karya akan menjadi lebih realistik. Perspektif gambar dalam
keadaan jauh dan dekat juga diaplikasi dalam peringkat ini.
21
RUJUKAN
Buku Ilmiah
1. Abdul Shukor Hashim, Badrul Isa, Khairezan dan Zuraimi (2007) HBAE1203
Perkembangan Seni Kanak-kanak.Seri Kembangan, Selangor:Meteor Doc.Sdn ,Bhd
2. Bate J.K, (2000). Becoming an Art Teacher, United Kingdom : Wadsworth
Thomson Learning.
3. Eva L.Essa, (2003). Introduction to Early Childhood Education, Kanada: Delmar
Learning
4. MohdAzhar Abd Hamaid, (2004). Kreativiti, Konsep dan Teori Praktis,
Johor:Universiti Teknolgi Malaysia
5. Schirrmacher, R & Fox L.E, (2009). Art and Creative Development for Young
Children, New York:Thomson Delmar Learning
Jurnal
1. Shirley D. et. All, 2005. Children Artistic And Aesthetic Development. Sage Journals
Online.
2. Laurie E.M., 2006. Artistic Practices, Learning and Development. Cambridge
Journals.
Sumber Internet
1. Jerry S., Your Child's Artistic Development Through Drawings and Paintings (laman
web), diambil pada April 2013 daripada http: / /w w w .simp l y r e a lmoms.com/pos t s / y o u r -
childs-artistic-development-through-drawings-and-paintings
2. Lauren V.W, Artistic Expression And Child Development (laman web), diambil pada
April 2013 daripada http://laurenvwalling.com/art-education/children-art-experience
3. The Artistic Development Of A Child (laman web), diambil pada April 2013 daripada
http://www.enfocamp.com/newsletter/2013/en/psychology/artistic-development.html
22