Kaedah Belajar Al-Quran (IQRA)

Post on 10-Apr-2016

148 views 2 download

description

77777777777777777777777777777777777777777777777777777777777777777777777777777777777777777777777777777777777777777777777777777777777777777777777777777777777777777777777777777777777777777777777777777777777777777777777777777777777777777777777777

Transcript of Kaedah Belajar Al-Quran (IQRA)

PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAMKaedah Belajar al-Quran (IQRA)

Akmal Ridhwan LipohPISMP Pendidikan Islam 2012PEDADOGI PENDIDIKAN ISLAM

APA ITU IQRA?

Kaedah Iqra’ adalah suatu kaedah pengajaran membaca al-Quran yang disusun sebagai usaha untuk mempercepatkan  penguasaan  bacaan al-Quran dalam tempoh yang singkat.

Disusun oleh :  Al-Marhum Ustaz Hj As’ad Humam (Pengarah Kumpulan Tadarus Angkatan Muda Masjid dan Musholla Yogyakarta).

SEJARAH KAEDAH IQRA’

Digunakan dalam Majlis Tadarrus Remaja di Wilayah Yogyakarta dan sekitarnya yang diadakan di masjid-masjid dan musollah seminggu sekali. 

Lebih 600 Majlis Tadarrus Remaja berjaya ditubuhkan yang kemudiannya dikembangkan oleh aktiviti Tadarrus Remaja ini dengan membimbing anak-anak pengajian di kelompok masing-masing. 

SEJARAH DI MALAYSIA

Kaedah Iqra’ di Malaysia bermula  pada tahun 1992 dan dikembangkan selepas tempoh percubaan pertama.

Kementerian Pendidikan telah menetapkan pengajaran tilawah al-Quran  tahun satu sekolah-sekolah kebangsaan pada sesi persekolahan 1995 .

Kerajaan telah menetapkan agar kaedah Iqra’ ini diguna pakai sehingga kini.

Keputusan ini telah diputuskan oleh kerajaan kerana hasil drpd ujian yg dibuat pada tahun 2006. Iaitu ujian untuk mengetahui kesesuaian kaedah Iqra’ dgn kaedah pembelajaran al-Quran pada masa kini.

Kaedah Iqra’ dikenalpasti sebagai antara kaedah yang dapat membantu mempercepatkan kanak-kanak menguasai kemahiran membaca al-Quran dengan baik.

CONTOH IQRA’

BAGAIMANA KAEDAH IQRA’ DIJALANKAN

1. Bacaan terus (Tanpa dianalisis atau dieja) * Murid tidak diperkenalkan terlebih dahulu kepada nama-nama huruf Hijaiyah dan tanda–tanda bacaan. Mereka terus diperkenalkan bunyi satu-satu huruf dengan menggunakan bahan pengajaran.

2. Penggunaan Teks Tertentu.

* Pengajaran dan pembelajaran menggunakan satu set buku yang mengandungi 6 naskhah.Murid menggunakan buku mengikut tahap.Masing-masing bermula daripada buku pertama.

3. Teknik Pengajaran Cara Belajar Murid Aktif (CBMA).

* Murid yang belajar, bukan gurunya, jadi setelah guru menerangkan pokok pengajaran dan murid sudah jelas serta mengulangi beberapa kali (Talaqqi Musyafahah), maka murid disuruh membaca sendiri bahan berikutnya.

4. Talaqqi Musyafahah

* Dalam mempelajari bacaan Al-Quran murid mesti berhadapan secara langsung dengan gurunya. Faktor ini sangat ditekankan supaya murid tahu betul bagaimana makhraj dan sifat-sifat huruf yang sebenarnya.

5. Tahap Berasaskan Pencapaian Individu.

* Tahap pencapaian murid dalam kaedah Iqra’ adalah bergantung kepada kecekapan individu. Untuk penilaian dan, rekod prestasi perlu disediakan seperti yang dicadangkan.

6. Tenaga Pembimbing/Pembantu.

* Seorang guru membimbing lapan hingga sepuluh orang murid dalam satu masa. Jika dalam situasi kekurangan tenaga pengajar, guru boleh mengambil murid tertentu untuk menjadi

pembantu dan penyemak bagi murid lain di peringkat bawah.

Kaunter Soalan dibuka sekarang…..

Thanks to:

Ustaz Kamarul Zaman as Tutor Pai

Pijo as KUSarah as PKU

UmarSirul

HaikalNain JerryAsriAkimPikokUja

Shana EydaSida

Kak EmiNessZahWaniShar