Post on 28-Jul-2015
SEKOLAH PUSAT TINGKATAN ENAM
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TINGGI KAJANG
KAJIAN LAPANGAN GEOGRAFIALAM SEKITAR MANUSIA
TEMA 2: PEMBANGUNAN EKONOMI DAN IMPAK ALAM SEKITAR “KEGIATAN PELANCONGAN”
TAJUK: MENGKAJI KEGIATAN EKONOMI PELANCONGAN DI TAMAN NEGARA KUALA TAHAN, PAHANG DARUL MAKMUR.
KAWASAN KAJIAN:TAMAN NEGARA PAHANG,KUALA TAHAN,27020 JERANTUT,PAHANG.
NAMA GURU: ENCIK NIK SUHAIMI BIN NIK JAAFAR
NAMA AHLI KUMPULAN:
WAN PEI YI WONG POI LING YAP ZHI QUAN TAMIL KODY FADHLINA BT.MANSOOR RABIATUL ADAWIYAH BT.MASNAN CHEOK CHUN HOW CHEE HANN FEI JEEVAN RAJ MOHD.SHAKIRAN
Senarai Kandungan
Bilangan Perkara Muka Surat
1.0 Pengenalan 1
2.0 Objektif Kajian 2
3.0 Kawasan Kajian 3-4
4.0 Kaedah Kajian 5
5.0 Hasil Kajian
5.1 Jenis Aktiviti
5.2 Sumbangan
5.3 Kesan
5.4 Langkah-Langkah
6-7
7-8
9
10
6.0 Kesimpulan 11
Rujukan 12
Lampiran 13-15
Tajuk Kajian:
Mengkaji Kegiatan
Ekonomi Pelancongan
Di Taman Negara Kuala Tahan,
Pahang.
Penghargaan
Salam sejahtera kepada semua pembaca, syukur dan hadrat ilahi kerana dengan
limpah kurnia-Nya dapat juga kami menyiapkan kajian luar Geografi tepat pada masa
yang telah ditetapkan.
Kami telah menjalankan kajian luar ini di Taman Negara Kuala Tahan, Pahang
Darul Makmur pada 12 Mac-14 Mac 2011. Kami ahli Kumpulan 2 terdiri daripada:
1. Wan Pei Yi
2. Wong Poi Ling
3. Yap Zhi Quan
4. Tamil Kody
5. Fadhlina bt. Mansoor
6. Rabiatul Adawiyah bt. Masnan
7. Cheok Chun How
8. Chee Hann Fei
9. Jeevan Raj
10. Mohd. Shakiran
ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru Geografi kita, Encik Nik
Suhaimi kerana telah membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada kami. Tidak
dilupakan juga ucapan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat
secara langsung atau tidak langsung dalam menyiapkan tugasan ini.
Sekian sahaja daripada kami, Kumpulan 2.
Ringkasan Eksekutif
Kajian luar geografi ini telah dijalankan di Taman Negara Kuala Tahan, Pahang
Darul Makmur pada 12 Mac-14 Mac 2011 yang lalu. Semua pelajar 6AA yang
mengambil mata pelajaran Geografi digalakkan untuk menyertai lawatan sambil
belajar ini sebagai persediaan untuk menjawab salah satu soalan dalam peperiksaan
Geografi STPM yang berkaitan dengan kajian luar. Perjalanan dari Kajang ke Taman
Negara Kuala Tahan, Pahang telah mengambil kira-kira 8 jam. Seramai 28 orang
pelajar dari kelas 6AA dan disertai oleh 6 guru pengiring berserta keluarga telah
menyertai lawatan ini. Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk memberi
pendedahan kepada pelajar-pelajar tentang jenis-jenis aktiviti pelancongan yang
dijalankan di Taman Negara. Selain itu, pelajar-pelajar juga dapat mengenal pasti
sumbangan dan kesan-kesan kegiatan ekonomi pelancongan terhadap kita. Pada masa
yang sama, pelajar-pelajar juga mendapat infomasi tentang langkah-langkah untuk
mengatasi kesan kegiatan aktiviti pelancongan di Taman Negara. Dengan segala
maklumat dan pengetahuan yang didapati di Taman Negara adalah tujuan untuk
menyiapkan kerja kursus ini. Diharapkan agar laporan kajian luar ini dapat
diselesaikan dengan lancar dan dihantar pada tempoh masa yang telah ditetapkan
sebelum ini.
1.0 Pengenalan
Taman Negara Kuala Tahan, Pahang Darul Makmur dibuka pada 1938/1939
sebagai Taman Negara King George V. Ia dinamakan sebagai Taman Negara selepas
kemerdekaan. Keluasan Taman Negara ialah 4343km². Taman Negara terletak di
antara sempadan 3 negeri iaitu Pahang, Terengganu dan Kelantan.
Taman ini menjadi sebuah destinasi ekopelancongan terkenal di Malaysia.
Gunung Tahan merupakan titik tertinggi di Semenanjung Malaysia terletak di Taman
Negara. Taman Negara mempunyai banyak haiwan mamalia yang jarang ditemui dan
semakin pupus seperti harimau, tenuk, seladang, gajah, rusa dan babi hutan. Sungai
Tahan menjadi kawasan habitat kepada ikan kelah, sejenis ikan pertandingan.
Daya tarikan lain boleh ditemui di Kuala Tahan seperti laluan kanopi, Gua
Telinga dan Lata Berkoh. Pengunjung dapat menikmati keindahan hutan hujan
tropika, kicauan burung dan permandangan sungai ketika melalui Sungai Tahan.
Semua pengunjung mesti mendapat permit daripada Jabatan Perlindungan Hidupan
Liar dan Taman Negara sebelum menjejakkan kaki ke Taman Negara.
Pelancong juga boleh memilih untuk menyertai aktiviti memancing terutamanya
di Lata Berkoh dan Sungai Kenyam. Terdapat 300 spesies ikan terutamanya dari
keluarga kap seperti ikan kelisa dan ikan kelah. Pelancong juga boleh menyewa bot
untuk aktiviti memancing dan sukan air. Aktiviti paling popular di Taman Negara
ialah bersampan di sungai dan meneroka laluan trek hutan. Laluan kanopi yang
terdapat di sini juga sungguh menarik bagi memberikan pelawat permandangan jarak
dekat aktiviti dan tumbuhan di bahagian kanopi hutan yang tinggi.
Pondok pemerhatian juga disediakan bagi keselesaan pelawat unutk memerhati
hidupan liar di sini. Pondok kecil yang dibina tinggi dari atas tanah membolehkan
pelawat bermalam bagi memerhati hidupan liar di dalam habitat semulajadinya.
Pelawat juga boleh meneroka gua sama ada menggunakan bot atau pun berjalan kaki.
Taman Negara adalah sebuah hutan hujan tertua di dunia yang dianggarkan
berusia 130 juta tahun. Kekayaan dan kepelbagaian flora dan fauna di sini sangat
menakjubkan dan menjadikannya salah satu ekosistem yang paling rumit di dunia.
2.0 Objektif Kajian
2.1 Mengenal pasti jenis-jenis aktiviti pelancongan di Taman Negara.
2.2 Menilai sumbangan kegiatan ekonomi pelancongan terhadap sosioekonomi
penduduk sekitar.
2.3 Mengenal pasti kesan-kesan aktiviti pelancongan.
2.4 Mencadangkan langkah-langkah mencegah/mengatasi kegiatan aktiviti
pelancongan di Taman Negara.
3.0 Kawasan Kajian
Kami bertolak dari sekolah pukul 8.30 pagi dan sampai ke Taman Negara
hampir pukul 5 petang. Perjalanan kami telah mengambil masa selama 8 jam.
Kami menjalankan kajian di Taman Negara, Kuala Tahan, Pahang. Kami
menjalankan kajian kami di Hutan Taman Negara, dan Laluan Kanopi. Hutan Taman
Negara tersebut menpunyai 4,343km² perluasan yang terletak di antara sempadan 3
negeri iaitu Pahang, Terengganu dan Kelantan.
Taman ini menjadi sebuah destinasi ekopelancongan terkenal di Malaysia. Gunung
Tahan merupakan titik tertinggi di Semenanjung Malaysia terletak di Taman Negara
yang mempunyai banyak haiwan mamalia yang jarang ditemui dan semakin pupus.
Laluan kanopi yang terdapat di situ juga sungguh menarik bagi memberikan
pelawat permandangan jarak dekat aktiviti dan tumbuhan di bahagian kanopi hutan
yang tinggi. Projek ini telah kami diusahakan secara besar-besaran iaitu dalam
sebahagian luas dalam 4343km, dan kami pun telah menggunakan 3 hari 2 malam
bagi mengenalkan dan mengumpulkan maklumat-maklumat di Taman Negara Kuala
Tahan, Pahang.
4.0 Kaedah Kajian
Kaedah atau metodologi kajian yang telah digunakan di dalam kajian ini ialah:
4.1 Penggunaan buku rujukan:
- Teks Pra-U STPM, Geografi Alam Sekitar Manusia
4.2 Menilai melalui pemerhatian:
- Memerhati kawasan kajian dengan teliti sambil menangkap gambar di sekitar
kawasan kajian.
4.3 Menemu bual responden:
- Fasilitator Kumpulan 2, Labang.
4.4 Merujuk laman web:
- www.taman negara.com ( oleh Habli Basir).
- www.wikipedia.com.
5.0 Hasil Kajian
5.1 Jenis Aktiviti
Berdasarkan kepada hasil pemerhatian kumpulan kami, kami mendapati terdapat
pelbagai aktiviti-aktiviti ekonomi dijalankan di sekitar Taman Negara Pahang.
Aktiviti-aktiviti tersebut adalah pertanian, penternakan, perniagaan, pembalakan,
pengangkutan dan juga terdapat perkhidmatan pelancongan.
Salah satu aktiviti ekonomi yang dijalankan di sekitar Kuala Tahan adalah
pertanian. Sepanjang perjalanan kami ke Taman Negara Pahang (Lampiran 1) , kami
mendapati terdapat banyak tanaman kelapa sawit yang berkonsepkan sistem
perladangan ekstensif. Kami juga mendapati terdapat banyak pusat mengumpul buah
kelapa sawit dan penjualan benih kelapa sawit yang bermutu. Penduduk di sekitar
Taman Negara Pahang turut menjalankan pertanian tetap seperti penanaman ubi kayu
dan pokok buah-buahan seperti durian dan rambutan.
Aktiviti ekonomi seterusnya ialah penternakan. Berdasarkan pemerhatian kami,
terdapat banyak lembu yang dibiarkan berkeliaran di sekitar ladang kelapa sawit.
Kami juga dapat memerhatikan terdapat banyak ikan Kelah dan Patin dijual dari
Sungai Tembeling semasa perjalanan ke Taman Negara Pahang.
Selain itu, aktiviti perniagaan juga merupakan salah satu aktiviti ekonomi yang
dijalankan oleh penduduk di Taman Negara Pahang. Terdapat kedai-kedai makan,
kedai cenderamata dan kedai runcit berdekatan dengan jeti Taman Negara (Lampiran
2). Aktiviti perniagaan yang dijalankan adalah untuk menyara kehidupan penduduk
dan perniagaan yang dijalankan merupakan pekerjaan tetap penduduk-penduduk.
Salah satu faktor Taman Negara ini menjadi kawasan pilihan pelancong adalah
disebabkan kos yang murah dan berpatutan dikenakan terhadap para pelancong.
Keempat, semasa perjalanan kami ke Taman Negara, kami mendapati terdapat
aktiviti pembalakan dijalankan secara giat. Hal ini terbukti apabila kami nampak
terdapat lori-lori yang mengangkut balak-balak. Pembalakan ini dijalankan untuk
tujuan pembinaan. Pembalakan ini akan menyumbang kepada perubahan bentuk muka
bumi dan menjadikan kawasan tersebut menjadi tandus. Ini juga akan menyebabkan
hutan primer menjadi hutan sekunder.
Kelima, terdapat aktiviti pengangkutan dijalankan. Terdapat perkhidmatan
pengangkutan seperti van untuk menghantar pelancong-pelancong dari kawasan
penginapan ke jeti. Juga disediakan perkhidmatan bot-bot berenjin untuk menghantar
pelancong-pelancong ke kawasan hutan simpan Taman Negara dan untuk menghayati
permandangan sepanjang Sungai Tembeling tersebut. Ini akan memudahkan
pergerakan pelancong-pelancong dan meningkatkan darjah ketersampaian Taman
Negara.
Seterusnya, terdapat banyak perkhidmatan dan servis pelancongan yang
disediakan kepada pelancong-pelancong. Kebanyakan pelancong dari Australia dan
New Zealand. Wujudnya resort dan chalet sebagai tempat penginapan pelancong.
Contohnya seperti Persona Resort dan chalet Mat Leon yang terletak bersekitaran
dengan Sungai Tembeling. Terdapat juga perkhidmatan yang menyediakan pemandu
pelancong untuk membimbing dan memberitahu para pelancong tentang ciri-ciri
geografi, sejarah dan juga aktiviti-aktiviti menarik yang ditawarkan.
5.2 Sumbangan Terhadap Sosioekonomi
Sumbangan terhadap sosioekonomi kawasan kajian, Taman Negara Kuala Tahan,
Pahang Darul Makmur ialah sebagai penyumbang kepada pendapatan negara,
menyediakan peluang pekerjaan, menggalakkan rantaian ekonomi, dan menggalakkan
perkembangan teknologi.
Sektor pelancongan di Taman Negara Kuala Tahan, Pahang memberi sumbangan
yang besar kepada pendapatan negara melalui pertukaran mata wang asing. Menurut
fasilitator Kumpulan 2, Encik Labang (Lampiran 3) dan Encik Isma Saring (Lampiran
4) mengatakan banyak pelancong asing berasal dari negara Australia dan Singapura
mempunyai nilai mata wang yang tinggi. Hasil perbelanjaan untuk penginapan,
pengangkutan dan komunikasi telah menambahkan pendapatan negara.
Sumbangan kedua adalah menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk
tempatan. Dengan ini, kadar pengangguran dapat dikurangkan dan taraf hidup
penduduk dapat ditingkatkan. Contoh peluang pekerjaan yang wujud adalah peniaga
kedai runcit dan cenderahati, pemandu bot dan juga pemandu pelancong. Keadaan ini
juga dapat menambahkan pendapatan perkapita penduduk tempatan.
Selain itu, sumbangan ketiga adalah menggalakkan rantaian ekonomi. Contohnya
penghasilan kraf tangan, perniagaan makanan dan perhotelan. Terdapat juga penjualan
T-Shirt dan anyaman unik ditawarkan kepada pelancong-pelancong asing. Produk
yang menarik dijual dapat menarik perhatian pelancong asing untuk dibawa balik ke
negara mereka.
Sumbangan keempat adalah sektor pelancongan dapat menggalakkan
perkembangan teknologi penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam negara.
Contohnya badan kerajaan akan bekerjasama dengan badan bukan kerajaan (NGO)
untuk mengadakan pameran pelancongan, forum dan juga memperhebatkan iklan
tentang bidang pelancongan di media elektronik dan cetak. Ini dapat memberitahu
orang ramai tentang kejayaan sektor pelancongan di negara kita dan dapat
menggalakkan orang ramai untuk melancong di dalam negara kita.
5.3 Kesan Aktiviti Pelancongan Di Sekitar Kawasan Kajian
Berdasarkan kepada pemerhatian, kami mendapati banyak kesan aktiviti
pelancongan di sekitar kawasan kajian. Kesan-kesannya adalah perubahan bentuk
muka bumi, ketidakstabilan suhu, pencemaran air, dan gangguan kepada ekosistem
daratan.
Kesan pertama aktiviti pelancongan terdapat alam sekitar adalah menyebabkan
perubahan bentuk muka bumi. Kawasan hutan di sekitar kawasan kajian ditarah dan
digondolkan untuk membina resort. Contohnya, pembinaan Resort Mat Leon, hutan
terpaksa diterokai untuk tujuan pembinaan.
Kesan kedua adalah menyebabkan ketidakstabilan suhu setempat. Apabila hutan
telah ditebang secara besar-besaran, tumbuh-tumbuhan yang berperanan untuk
membekalkan oksigen dan menyerap karbon dioksida akan musnah. Penebangan
pokok juga akan menyebabkan kandungan oksigen di udara berkurangan dan suhu
setempat akan meningkat 2ºc-3ºc.
Kesan ketiga aktiviti pelancongan telah menyebabkan pencemaran air. Sisa
kumbahan domestik dan pembuangan sampah berpunca dari chalet, resort, restoran
dan gerai. Akibatnya, kualiti air akan tercemar dengan bakteria E-Coli seperti
ammonia yang boleh memusnahkan ekosistem sungai.
Seterusnya, didapati bahawa aktiviti pelancongan telah membawa gangguan
kepada ekosistem daratan daripada penerokaan hutan. Hutan adalah berfungsi sebagai
habitat haiwan, membekalkan oksigen dan sebagai pengeluar dalam rantaian makanan
untuk pelbagai hidupan. Akibatnya, hutan terpaksa dimansuhkan dan pelbagai spesies
flora dan fauna akan pupus.
Kelima, penarahan dan pemotongan bukit di bawah 45ºbukit untuk tujuan
pembinaan infrastruktur seperti jalan raya dan pembangunan akan menyebabkan
keseimbangan bukit terganggu. Tanah runtuh dan gelongsoran tanah akan berlaku giat
apabila sesuatu kawasan dihakis oleh air hujan dan air larian permukaan secara
langsung. Akhirnya kawasan tersebut akan menjadi tidak stabil kerana akar tumbuhan
yang berfungsi untuk mencengkam tanah daripada dihakis musnah.
5.4 Langkah-Langkah Untuk Mengatasi Kesan Aktiviti
Pelancongan Di Sekitar Kawasan Kajian
Aktiviti pelancongan telah mendatangkan banyak masalah dan kesan kepada alam
sekitar kita. Oleh itu, langkah-langkah perundangan, pengurusan dan pendidikan perlu
diambil untuk mengatasi kesan aktiviti pelancongan di sekitar kawasan kajian.
Langkah perundangan yang boleh diambil adalah melalui penguatkuasaan
undang-undang. Contohnya, penguatkuasaan Akta Perhutanan Negara yang melarang
penebangan, memotong atau penorehan pokok di hutan simpan Taman Negara. Akta
ini juga melarang sesiapa sahaja untuk membawa balik, mengumpul dan mengambil
sebarang tumbuh-tumbuhan di hutan simpan Taman Negara.
Hukuman dan denda seperti denda kompaun, sebatan dan penjara boleh
dikenakan terhadap sesiapa sahaja yang yang melanggar peraturan berkaitan dengan
alam sekitar. Pemantauan juga harus dijalankan dengan lebih aktif lagi oleh pegawai-
pegawai Jabatan Alam Sekitar untuk mencegah aktiviti seperti pembalakan haram
dijalankan.
Langkah pengurusan yang boleh diambil adalah dengan menubuhkan bank-bank
genetik. Bank genetik ini perlu menyimpan pelbagai spesimen seperti DNA setiap
haiwan dan tumbuh-tumbuhan bagi mengelakkan flora dan fauna ini terus lenyap.
Melalui penubuhan bank-bank genetik ini, harap kualiti flora dan fauna dapat
dipertingkatkan dan masalah kepupusan dapat diatasi.
Melalui kempen-kempen kesedaran tentang kepentingan memelihara dan
memulihara alam sekitar perlu diadakan secara global. Kempen-kempen kesedaran
yang dijalankan boleh memberi infomasi dan pendedahan kepada masyarakat tentang
cara untuk menjaga dan mempertingkatkan kualiti alam sekitar, yang betul. Melalui
kempen ini juga, masyarakat akan sedar tentang kepentingan melindungi alam sekitar
dan berusaha untuk melindungi flora dan fauna kita.
Kesimpulan
Taman Negara Kuala Tahan, Pahang Darul Makmur merupakan sebuah kawasan
pelancongan yang terkenal di seluruh dunia. Para pelancong dari seluruh pelosok
dunia berkunjung ke tempat ini setiap tahun dan sekaligus membantu ekonomi negara
dari segi pelancongan meningkat dengan begitu pesat sekali.
Terdapat pelbagai jenis aktiviti ekonomi yang dijalankan di sekitar Taman
Negara. Antaranya ialah pertanian, penternakan, pengangkutan dan sebagainya.
Aktiviti-aktiviti yang dijalankan telah banyak menyumbangkan kepada sosioekonomi
penduduk setempat. Antara sumbangannya adalah dapat membantu meningkatkan
pendapatan negara dan menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk-penduduk
setempat.
Walau bagaimanapun, kegiatan-kegiatan ekonomi yang dijalankan di Taman
Negara Kuala Tahan, Pahang telah membawa impak terhadap alam sekitar fizikal
tempatan. Oleh itu, pelbagai langkah telah diambil untuk membendung masalah yang
tidak diingini menimpa alam sekitar kita.
Akhirnya, kami berasa sungguh gembira kerana dapat menjayakan kajian kuar
kami dengan lancar dan sempurna. Kami juga berjanji bahawa akan berusaha untuk
menjaga khazanah negara yang tidak ternilai ini supaya tidak ditelan zaman moden.
Rujukan1) Hj. Rusly Musa dan Hjh. Nurashikin Abdullah, 2009, Geografi Alam Sekitar
Manusia, Longman Petaling Jaya.
2) www.taman negara.com.
3) www.wikipedia/taman negara.com.