Kata Jamak

Post on 19-Jun-2015

1.029 views 4 download

description

Presentation Kelas Bahasa Melayu Kontekstual

Transcript of Kata Jamak

Kata Jamak

DISEDIAKAN OLEH

SITI NURLELA MOHD TERMIZINURUL IZZATY ZULKIFLI

RUJUKAN

Kata jamak merujuk maksud bilangan

Senarai kesalahan yang sering dilakukan dalam pembentukan

kata jamak ialah apabila kata nama selepas kata jamak digandakan dan

merujuk maksud bilangan.

Peringatan!

Terdapat kata ganda yang tidak merujuk maksud bilangan,

misalnya kura-kura, jentik-jentik, kanak-kanak, biri-biri.

Bagi kata ganda yang tidak

merujuk maksud bilangan kata

jamak perlu digunakan untuk

menunjukkan maksud bilangan.

Misalnya ‘semua kanak-kanak’,

‘kebanyakan biri-biri’ ataupun

‘semua rama-rama’.

Kata bilangan seperti setengah-setengah,

tiap-tiap, berbagai-bagai dan kedua-dua

tidak boleh disingkatkan.

Salah

a. setengah orangb. tiap muridc. berbagai warnad. kedua mempelai

betul

a. setengah-setengah orang b. tiap-tiap murid c. berbagai-bagai warna d. kedua-dua mempelai

Kata para tidak boleh diulang.

Para-para penduduk perlu bekerjasama. ( salah )

Para penduduk perlu bekerjasama. ( betul )

Kata bilangan tentu seperti satu, dua, tiga

dan seterusnya tidak boleh didekatkan

dengan kata bilangan pecahan seperti suku

dan setengah untuk penghitungan.

• dua setengah meter ( salah )• dua suku jam ( salah )• tiga setengah ringgit ( salah )

• dua meter setengah ( betul )• dua jam suku ( betul )• tiga ringgit setengah ( betul )

Kesalahan dari segi bentuk jamak;

Kata nama/frasa nama tidak boleh

mengikut kata bilangan yang membawa

maksud banyak

Beberapa masalah-masalah berkaitan remaja perlu ditangani segera. ( salah )

Beberapa masalah berkaitan remaja perlu ditangani segera. ( betul )

Kata nama/frasa nama tidak perlu digandakan menjadi

penggandaan berentak/kata nama ganda berentak

yang membawa maksud jamak tidak boleh hadir selepas

kata bilangan tak tentu.

Di daerah ini banyak bukit-bukau. ( salah )

Di daerah ini banyak bukit . ( betul )

Kata nama am/frasa nama am yang mendukung maksud jamak

tidak perlu diulang.

Generasi-generasi muda hari ini semakin goyah keimanannya. ( salah )

Generasi muda hari ini semakin goyah keimanannya. ( betul )

Kaum petani-petani itu sedang mengerjakan tanah. ( salah )

Kaum petani itu sedang mengerjakan tanah. ( betul )

Kata nama majmuk yang membawa maksud jamak tidak perlu diulang

sama ada sebahagian atau keseluruhannya.

Sultan Mansur Shah suka mendampingi alim-alim ulama. ( salah )

Sultan Mansur Shah suka mendampingi alim ulama. ( betul )

Kata nama/frasa nama yang didahului oleh kata bilangan yang membawa makna/kumpulan tidak

perlu diulang atau digandakan.

Kata ganti nama diri ketiga iaitu mereka tidak boleh diulang kerana sudah membawa maksud jamak.

Mereka-mereka itu ialah kawan saya. ( salah ) Mereka itu ialah kawan saya. ( betul )

Kata nama di bahagian subjek tidak perlu diulang jika unsur predikatnya terbina daripada kata adjektif yang

digandakan atau sebaliknya.

Baju-baju itu cantik-cantik belaka. ( salah ) Baju-baju itu cantik belaka. ( betul )

Baju itu cantik-cantik belaka. ( betul )