Post on 04-Dec-2015
description
KEBERKESANAN PENGGUNAAN KAEDAH PEMBELAJARAN BERBANTUKAN
KOMPUTER DAN ICT DALAM PENDIDIKAN SAINS
(PENGGUNAAN PERISIAN POWER POINT INTERAKTIF)
[TAJUK KOORDINASI BADAN MANUSIA UNTUK SAINS TINGKATAN EMPAT].
DISEDIAKAN OLEH:
ABDULLAH BIN GHAZALI [SB 1305 MD 0054]
MOHD NASRUL HADY BIN MOHD SALLEH [SB 1305 MD 0152]
MOHD IDHAM BIN MAT NOM [SB 1305 MD 0150]
ABD HADI BIN SANI [SB 1305 MD 0053]
MOHD ZAKI BIN ENGAL [SB 1305 MD 0062]
MOHD RIZAL BIN ZAKARIA [SB 1305 MD 0028]
MASTER OF EDUCATION LEADERSHIP AND MANAGEMENT
2014
BAB 1
Pendahuluan
Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji sejauh mana keberkesanan kaedah
pembelajaran yang menggunakan komputer dan ICT sebagai alat bantu dengan penggunaan
perisian power point interaktif boleh meningkatkan penguasaan pelajar terhadap sesuatu konsep
sains dan seterusnya akan meningkatkan pencapaian setiap pelajar yang diuji. Kajian ini juga
akan menguji sejauh mana perhubungan sosial melalui media maya akan meningatkan lagi
kemahiran belajar dikalangan pelajar tingkatan empat yang diuji. Disebabkan keterbatasan masa,
kajian ini hanya diberikan tumpuan kepada hanya satu topik iaitu koordinasi badan manusia yang
merupakan salah satu bidang pembelajaran dalam mata pelajaran sains Tingkatan Empat.
Latar Belakang Kajian
Kebelakangan ini ledakan maklumat bersifat saintifik dan berteknologi membawa bersama
pendekatan-pendekatan baru dalam penyampaian konsep serta alat-alat baru bagi pendidikan
terutama penggunaan komputer dan ICT. Komputer dan ICT juga telah merubah cara
penyampaian dalam sistem pendidikan terutamanya kaedah pedagogi sehingga wujudnya istilah-
istilah baru dalam sistem pendidikan seperti pendidikan jarak jauh, pendidikan siber dan proses
mencapai timbunan maklumat melalui internet dan juga cara-cara inovatif bagi perhubungan
antara perseorangan dan berkumpulan.
Menurut Heinich (1986), teknologi merujuk kepada satu produk, satu proses ataupun campuran
antara produk dan proses. Manakala dalam pendidikan ianya lebih dikenali sebagai teknologi
pendidikan. Teknologi dalam pendidikan ini sudah lama wujud namun teknologi merupakan
suatu proses yang berterusan sehinggakan terciptanya komputer pertama yang digunakan oleh
NASA bagi menyelaraskan system komunikasi di bumi dan angkasa semasa sesuatu misi
menjelajah angkasa di era 70 an sehingga 90 an rancak dilancarkan. Teknologi tersebut telah
menjadi fenomena kehidupan harian dengan berlakunya inovasi teknologi perkomputeran yang
lebih mini dan meluas penggunaannya sehinggakan telah diaplikasikan juga didalam kebanyakan
telefon pintar yang wujud dikala kini.
Media elektronik menjadi satu peralatan wajib bagi generasi Y dalam menjalani kehidupan
harian mereka samada dalam bentuk telivisyen satelit, telefon pintar serta komputer. Oleh itu,
sistem pendidikan juga wajib berubah secara pragmatik dan drastik daripada penggunaan alat
bantu mengajar secara konvensional kepada media elektronik seperti komputer dan papan putih
interaktif. Fenomena ini bukan lagi asing dalam sistem pendidikan di negara –negara maju,
manakala di Malaysia ianya dimulakan sejak Kementerian Pendidikan memperkenalkan
Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris. Walaupun program
tersebut dimansuhkan sejak tahun 2013, namun berpandukan kajian-kajian yang lepas
menunjukkan bahawa Pembelajaran Berbantukan Komputer berperanan penting dalam
pengajaran sains, terutama untuk menyelesaikan masalah miskonsepsi dikalangan pelajar. Ianya
berfungsi sebagai alat yang boleh meningkatkan minat dan fokus pelajar untuk mempelajari
matapelajaran sains dan semasa pembelajaran sains kerana ianya memberikan pengalaman yang
paling hampir dengan realiti dan menyeronokkan.
Kejayaan kaedah ini bergantung kepada kecekapan guru merancang dan menguruskan aktiviti,
penguasaan teori oleh pelajar dan kemudahan makmal yang mencukupi. Untuk mengendalikan
kelas kemahiran penggunaan komputer, setiap pelajar seharusnya dibekalkan dengan sebuah
komputer. Ini bertujuan supaya pelajar dapat berdikari dan menyelesaikan setiap tugasan yang
diberikan. Berkongsi komputer tidak digalakkan kerana pelajar sepatutnya diberi peluang
menyentuh sendiri perkakasan dan perisian untuk tujuan penghayatan dan merangsang proses
kemahiran berfikir.
Datuk Seri Dr. Mahathir Mohammad percaya bahawa kekayaan maklumat adalah amat penting
untuk merealisasikan Wawasan 2020. Masyarakat Malaysia dalam zaman maklumat ini mestilah
kaya dengan maklumat. Mewujudkan satu masyarakat yang kaya dengan maklumat tidak bole
dilengah-lengahkan lagi (Mahathir,1991).
Kesimpulannya dapatlah dirumuskan bahawa keberkesanan pembelajaran berbantukan komputer
dan ICT adalah untuk meningkatkan kemahiran berfikir dalam matapelajaran sains adalah amat
penting dalam pendidikan yang sedang membangun ke era teknologi maklumat. Oleh yang
demikian, kajian ini akan meninjau sama ada komputer akan dapat meningkatkan kemahiran
berfikir pelajar secara kreatif dan kritis terhadap sesuatu konsep sains.
Pernyataan masalah
Kebanyakkan pelajar seolah-olah telah sebati dengan persepsi di pemikiran mereka bahawa
terdapat tiga mata pelajaran yang sukar iaitu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Oleh itu,
mata pelajaran sains khususnya kurang diminati untuk di pelajari oleh pelajar. Oleh yang
demikian, menjadi satu keperluan bagi warga pendidik agar mencari suatu kaedah pembelajaran
yang berkesan agar peningkatan pengetahuan, penguasaan dan pemahaman pelajar terhadap
sesuatu konsep boleh ditingkatkan dan seterusnya memupuk minat mereka terhadap
matapelajaran sains. Kepelbagaian keupayaan penguasaan terhadap sesuatu konsep dalam mata
pelajaran sains memberikan keterbatasan pemahaman dikalangan pelajar yang lemah. Maka,
tumpuan kepada kaedah pembelajaran yang dapat membantu pelajar lemah dan menarik minat
mereka harus segera dilaksanakan.
Menurut Yakop (1995), kaedah pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer ini boleh
digunakan bagi mengatasi masalah pelajar yang mempunyai kebolehan dan potensi yang
berbeza. Di mana, pelajar-pelajar yang cerdas boleh belajar dan menyelesaikan latihan dengan
cepat mengikut tahap pemahaman mereka manakala bagi pelajar lemah pula dapat mempelajari
topik yang sukar dengan berulang-ulang kali sehingga mereka faham. Ini dapat memotivasikan
pelajar yang lemah untuk meningkatkan prestasi mereka. Dengan kaedah pembelajaran
berbantukan komputer ini juga boleh meringankan beban guru dalam menangani masalah-
masalah yang timbul akibat kepelbagaian kebolehan dikalangan pelajar serta kepelbagaian
tugasan yang guru-guru sendiri terpaksa hadapi. Menurut Jean Piaget (1950) kecerdasan adalah
kebolehan individu berfikir dan menaakul dalam usahanya menyesuaikan diri dengan
persekitaran. Kalat (1999) pula berpendapat kecerdasan adalah gabungan antara kebolehan
umum dan kemahiran praktis. Pembelajaran yang menggunakan ICT dan berbantukan komputer
dapat memberikan peluang kepada pelajar-pelajar belajar secara berdikari dan memahami
sesuatu konsep sains mengikut keupayaan mereka sendiri. Rashidi (1989) berpendapat kaedah
pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer ini dapat mewujudkan persekitaran
pembelajaran yang baru dan suasana pembelajaran yang sihat dan menyeronokkan. Namun
begitu, menurut Rashidi (1986) lagi, sebenarnya komputer tidak boleh menggantikan guru dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Ini kerana guru masih lagi berperanan sebagai fasilitator
dan pembimbing yang bertanggungjawab untuk menggerakkan dan menghidupkan perbincangan
dan penerokaan pengetahuan baru dikalangan pelajar. Pelajar dikehendaki mentafsir sendiri
melalui garis panduan yang diberikan oleh guru. (Thomas, 1994). Menurut (Yusuf Hashim,
1998), memandangkan penggunaan komputer telah berkembang dengan pesat, maka tumpuan
seharusnya diberikan untuk menghasilkan produk yang menggunakan perisian yang berkualiti.
Perlaksanaan kaedah ini seharusnya dilaksanakan dengan segera bagi melihat dan meninjau
keberkesanannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran sains.
Tujuan Kajian
Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk melihat dan menilai keberkesanan kaedah
pembelajaran berbantukan komputer (penggunan perisian power point interaktif) terhadap
penguasaan pelajar terhadap konsep sains dan juga mengkaji keberkesanan penggunaan program
power point yang diolah dan dibina oleh guru dapat membantu peningkatan minat pelajar kepada
mata pelajaran sains. Disamping itu, kajian ini juga ingin mengupas sejauh mana perhubungan
sosial di medium maya boleh dimenafaatkan oleh pelajar dengan mengadakan perbincangan
berkenaan sesuatu konsep dalam pembelajaran sains.
Objektif Kajian
Objektif kajian ini adalah bagi mengenal pasti Pembelajaran Berbantukan Komputer dan ICT
sama ada:
1. Boleh berperanan sebagai alat pengajaran yang berkualiti dan berkesan.
2. Sesuai dalam pengajaran topik koordinasi badan manusia berbanding kaedah tradisional
dan konvensional.
3. Boleh meningkatkan minat dan motivasi pelajar terhadap mata pelajaran sains
4. Terdapat perbezaan pencapaian di antara pelajar yang didedahkan dengan Pembelajaran
Berbantukan Komputer dan pelajar yang diajar dengan kaedah tradisional atau
konvensional.
5. Menggalakkan pelajar untuk lebih celik IT sebagai persediaan mereka bagi menempuhi
persaingan alam ciber dan letusan maklumat melalui media maya.
Persoalan Kajian
Berdasarkan objektif kajian, persoalan-persoalan yang akan dijawab adalah:
1. Adakah pengajaran yang menggunakan power point interaktif dapat memupuk minat dan
motivasi pelajar dalam pembelajaran sains?
2. Adakah terdapat perbezaan penguasaan konsep sains di antara pelajar yang didedahkan
dengan pembelajaran berbantukan komputer dan pelajar yang diajar dengan kaedah
tradisional sebelum kajian dijalankan?
3. Adakah terdapat perbezaan pencapaian di antara pelajar yang didedahkan dengan
pembelajaran berpandukan komputer dan pelajar yang diajarkan dengan kaedah
tradisional?
4. Adakah pelajar dapat meningkatkan kemahiran dalam pencarian maklumat melalui
sumber-sumber medium maya?
Hipotesis Kajian.
Kajian ini akan menguji beberapa hipotesis-hipotesis berikut:
1. Tidak terdapat perbezaan penguasaan konsep sains yang signifikan di antara pelajar yang
didedahkan dengan pembelajaran berbantukan komputer dan pelajar yang diajar dengan
kaedah tradisional sebelum eksperimen.
2. Tidak terdapat perbezaan minat murid yang ketara di antara pelajar yang didedahkan
dengan kaedah pembelajaran berbantukan komputer dengan pelajar yang diajarkan
dengan kaedah tradisional selepas eksperimen.
3. Tiada perbezaan pencapaian yang ketara di antara pelajar yang didedahkan dengan
kaedah pembelajaran berpandukan komputer dan pelajar yang diajarkan dengan kaedah
tradisional.
Kepentingan kajian
Kajian ini diharapkan dapat mendedahkan kemantapan dan keberkesanan pembelajaran
berpandukan komputer dan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta dapat
memotivasikan diri pelajar dan menarik minat pelajar terhadap mata pelajaran sains. Diharapkan
juga kaedah ini dapat membantu pelajar meningkatkan pengetahuan dan penguasaan pelajar
terhadap topik koordinasi badan manusia dengan lebih berkesan. Kepelbagaian keupayaan
kecedasan pelajar menjadi satu masalah kepada tenaga pengajar, diharapkan dengan pembinaan
perisian interaktif ini akan dapat membantu pelajar meneruskan pembelajaran mengikut
keupayaan sendiri, dimana pelajar yang cerdas dapat mempelajarinya dengan cepat sebagai
pengayaan untuk mengukuhkan lagi pemahaman mereka manakala bagi pelajar yang sederhana
dan lemah dapat mempelajarinya sebagai pengukuhan dan pemulihan dengan membuat ulangkaji
yang berulang-ulang sehingga mereka dapat menguasainya dengan bantuan guru dan rakan
mereka yang lebih cerdas. Kajian ini mempunyai nilai yang penting kepada guru-guru sains,
pelajar dan penggubal kurikulum agar mereka dapat menilai keberkesanan kaedah ini dan
dilaksanakan secara menyeluruh di sekolah-sekolah. Hasil kajian ini juga diharapkan dapat
mangubah tanggapan pelajar terhadap mata pelajaran sains dan juga menggalakkan penggunaan
teknologi dalam bidang pendidikan moden. Persepsi pelajar juga diharapkan lebih positif
terhadap mata pelajaran sains daripada satu pelajaran yang “killer” kepada mata pelajaran yang
mencabar dan menyeronokkan.
Batasan Kajian
Dalam setiap kajian yang dijalankan sudah pasti ada keterbatasannya dalam pencarian dapatan
yang tepat. Ianya banyak bergantung kepada maklumbalas sample kajian iaitu dari segi
kesungguhan dan keikhlasan semasa menjawab soalan –soalan ujian pra dan ujian pos serta soal
selidik yang dikemukakan kepada mereka. Antara batasan-batasan yang ada pada kajian ini
adalah seperti berikut:
1. Kajian ini hanya melibatkan pelajar-pelajar disebuah sekolah di Daerah Nabawan, Sabah
sebagai sample kajian. Maka dengan itu, hasil kajian ini tidak boleh digeneralisasikan
kepada semua pelajar tingkatan empat di seluruh Negara.
2. Kajian ini juga terhad kepada satu topik sahaja iaitu Koordinasi Badan Manusia dan tidak
meliputi keseluruhan tajuk tingkatan empat akibat daripada masa yang terhad.
3. Dalam kajian juga amat sukar untuk manghindari daripada pembolehubah luar yang
memesongkan tujuan kajian seperti pemalsuan maklumat yang diberikan oleh sampel
kajian.
4. Keterbatasan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang ICT dan perkomputeran
mungkin akan menjejaskan kualiti perisian yang direkabentuk menjadikan dapatan kajian
kurang memuaskan dan kurang diyakini.
Ringkasan
Bab ini menghuraikan secara terperinci barkaitan dengan okjektif, hipotesis , kepentingan dan
keterbatasan kajian yang dijalankan. Perlaksanaan kajian ini adalah untuk menguji keberkesanan
kaedah berbantukan komputer menggunakan perisian power point interaktif terhadap
peningkatan pemahaman dan penguasaan konsep sains serta sejauh manakah kaedah ini dapat
membantu pelajar yang pelbagai kecerdasan yang ada di sekolah boleh meningkatkan
pencapaian mereka dalam subjek sains disamping boleh menarik minat dan meningkatkan
motivasi mereka terhadap mata pelajaran sains.
BAB 2
TINJAUAN LITERATUR
Pendahuluan
Dalam bab ini akan meninjau beberapa hasil kajian yang berkaitan keberkesanan penggunaan
ICT dalam pendidikan dan keberkesanan pembelajaran berbantukan komputer. Antara perkara-
perkara yang akan dibincangkan adalah beberapa hasil kajian yang berkaitan dengan penggunaan
kaedah pembelajaran berpandukan komputer dan kesannya terhadap pencapaian pelajar
menguasai konsep dan memahami sains dengan lebih baik dan dapat menarik minat pelajar
terhadap sains serta kelebihan-kelebihan dalam menggunakan perisian multimedia dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. (Aszoura, 2007).
Kaitan Teori Konstruktivisme Dengan Pembelajaran Berbantukan Komputer
Pembelajaran sains yang menggunakan komputer sebagai alat bantu mengajar adalah
berpandukan teori pembelajaran Konstruktivisme. Konstruktivisme merupakan teori
pembelajaran yang menganggap bahawa pengetahuan tidak boleh wujud di luar minda pelajar
tetapi dibina dalam minda berdasarkan pengalaman sebenar (Driver et al.,1985).
Konstruktivisme menegaskan kepentingan membina pengetahuan secara aktif melalui proses
saling pengaruh antara pembelajaran terdahulu dangan pembelajaran terbaru. Perkaitan ini dibina
sendiri oleh pelajar. Unsur teori konstruktivisme yang paling penting adalah bahawa seseorang
membina pengetahuan secara aktif dengan cara membandingkan maklumat baru dengan
pemahamannya yang sedia ada (Taber, 2003; Baker, 2000; Poh, 1997)
Salah satu model pembelajaran yang menggunakan teori Pembelajaran Konstruktivisme ialah
Model Needham Lima Fasa (Needham & Hills, 1987). Model ini mencadangkan lima fasa yang
berturutan dalam pengajaran dan pembelajaran iaitu fasa orientasi idea, fasa pencetus idea, fasa
penstrukturan semula idea, fasa aplikasi idea dan fasa refleksi.
Dalam fasa oreintasi idea, pelajar-pelajar berfokus kepada topic pengajaran hari itu melalui deria
mereka. Dalam fasa pencetusan idea, pelajar-pelajar mencetuskan idea mereka yang berlainan
dan mungkin berbeza daripada idea saintifik. Inilah fasa bagi guru mengecamkan miskonsepsi
pelajar ataupun kerangka alternative pelajar dan memperbetulkan miskonsepsi pelajar melalui
aktiviti-aktiviti ‘hands-on’ dan ‘minds-on’ dengan menggunakan komputer dan ICT untuk
mendapatkan gambaran yang hampir kepada reality dan maklumat-maklumat tambahan di
internet yang pelajar boleh perolehi. Dalam aplikasi idea, segala idea dan maklumat baru pelajar
digunakan dalam situasi baru ataupun kegiatan-kegiatan harian mereka. Dalam fasa refleksi,
pelajar dapat membuat refleksi terhadap perubahan idea kerangka alternative mereka kepada idea
saintifik melalui aktiviti-aktiviti menjawab soalan-soalan yang juga mereka perolehi dalam
perisian power point interaktif yang disediakan.
Penggunaan ICT dan Komputer Dalam Pendidikan
Menurut (Zurida,2006), perubahan dalam amalan pengajaran daripada:
Membekalkan maklumat
Bertanyakan soalan aras rendah
Menggunakan sumber dalam media cetak
Kepada perubahan proses pengajaran seperti:
Membekalkan tugas yang mencabar dan memerlukan penyiasatan dan analisis
Lebih menyoal
Bertanyakan soalan aras tinggi
Dan menggunakan sumber multimedia khususnya komputer.
Nik Azis (1989) menyatakan pendidikan komputer dalam kurikulum melibatkan tiga peranan
penting. Pertama ialah Pembelajaran tentang perisian, perkakasan dan pengaturcaraan komputer.
Kedua, penggunaan komputer untuk menyelenggara dan memproses data seperti data perkataan
dan penyelidikan dan ketiganya ialah penggunaan komputer untuk membantu proses pengajaran
dan pembelajaran.
Pembelajaran Berpandukan Komputer
Menurut (Aszoura, 2007), di Malaysia pendidikan komputer telah mula diperkenalkan pada
tahun 1993 dengan melibatkan 60 buah sekolah. Sekolah-sekolah tersebut dibekalkan dengan 20
buah komputer. Pembelajaran Berpandukan Komputer mula berkembang dengan wujudnya
sekolah bestari dan terkini Kementerian Pelajaran telah melaksanakan program Pembestarian
Sekolah.
(Rusdina, 1993), berpendapat kaedah Pembelajaran Berbantukan Komputer dapat menguji tahap
kefahaman pelajar dengan memberi ujian pendek tentang bahan yang telah dipelajari. Selepas
pelajar menjawab ujian tersebut komputer dapat menilai jawapan yang diberi oleh pelajar sama
ada betul atau salah. Sekiranya terdapat kesalahan pelajar diberi peluang untuk mengulangi
soalan tersebut. Menurut (Rusdina, 1993) lagi, kaedah ini juga dapat membantu pelajar-pelajar
lemah yang menghadapi masalah-masalah dalam menguasai dan memahami sesuatu pelajaran
yang dipelajarinya dalam pendidikan pemulihan. Komputer berupaya memberi penerangan
mengenai masalah pembelajaran kepada pelajar. Dengan adanya ciri-ciri penerangan ini,
pendidikan pemulihan dapat dilakukan dengan segera.
Faedah Penggunaan ICT Dan Pembelajaran Berbantukan Komputer
Menurut (Mohd Ali, 2006), banyak kajian menunjukkan, sekiranya proses pengajaran dan
pembelajaran dibantu ataupun dikukuhkan oleh penggunaan ICT, ia memberi banyak faedah
seperti:
1. Pelajar didapati lebih banyak melibatkan diri secara aktif dalam proses pembelajaran,
menunjukkan minat yang lebih serta mempamerkan masa penumpuan yang lebih
panjang.
2. ICT berupaya menintegrasikan penggunaan teks, imej kaku, imej beranimasi dan juga
bunyi.
3. ICT dapat menyediakan sumber pengajaran dan pembelajaran yang luas serta berkulaiti
tinggi. Perkara ini berguna sekiranya berlaku ketika dalam penyampaian konsep sains
yang kompleks dimana amalan pengajaran yang biasa tidak mencukupi
4. Penggunaan komputer dan program aplikasinya membenarkan pelajar mengulangi tugass
yang sama pada masa yang singkat. Maka masa yang selebihnya dapat digunakan bagi
perbincangan berkenaan dapatan yang terjana. Perkongsian bestari begini, mengurangkan
beban kognitif pada pelajar dan membenarkan mereka menghasilkan keputusan yang
lebih baik
5. Penggunaan ICT dalam pengajaran oleh guru dan semasa pembelajaran oleh pelajar
membenarkan mereka menjadi lebih kraetif dan inovatif dalam tugas-tugas mereka.
Manakala (Aszoura, 2007) berpendapat, kelebihan menggunakan pembelajaran berbantukan
komputer adalah seperti berikut:
1. Kaedah ini dapat memenuhi kebolehan dan keperluan pembelajaran individu. Pelajar
boleh belajar mengikut kadar kecepatan proses pembelajaran masing-masing justeru itu
dapat menyelamatkan masa pembelajaran berbanding dengan kaedah pembelajaran biasa
dalam bilik darjah. Pelajar dapat mengawal kadar dan urutan pembelajaran.
2. Tindakbalas serta-merta dan secara peribadi memberi kesan peneguhan yang sangat
positif.
3. Komputer dapat membantu menyelesaikan masalah guru dalam pengajaran. Ciri-ciri
komputer yang lebih mesra, tidak jemu, tidak penat , tidak sakit hati dan sabar semasa
membuat dan menggunakan program menjadikan ia sesuai untuk pelajar terutama bagi
pelajar-pelajar yang kurang cerdas. Ini jelas sekali dalam strategi latih tubi di mana
beberapa percubaan perlu dilakukan oleh pelajar.
4. Atrubit media yang terdapat dalam bahan ini seperti warna, muzik, animasi dan visual
menambahkan realism (Levie, 1976) dalam pembelajaran secara latih tubi, uji kaji dalam
makmal, permainan, simulasi dan sebagainya.
5. Komputer juga dapat menyediakan pembelajaran yang konsisten dan terjamin. Ia tidak
tertakluk kepada kesediaan guru, masa dan lokasi proses pengajaran itu berlaku.
Kajian-kajian berkaitan dengan Pengajaran Dan Pembelajaran Berbantukan Komputer.
R.P. Margerison, D & Walker, S.M. (1990) mendapati bahawa Pembelajaran Berbantukan
Komputer dalam peroses pengajaran dan pembelajaran membawa banyak kebaikan berbanding
dengan kaedah biasa atau tradisional. Antara kebaikan-kebaikan itu adalah:
I. Pelajar-pelajar memberikan tumpuan yang sepenuhnya kepada pelajaran. Ini kerana
terdapat pemaparan grafik berwarna-warni yang dapat menarik perhatian pelajar.
Penjelasan sesuatu konsep pelajaran yang lebih berkesan beranding cara melukis di papan
putih atau hitam.
II. Pengiraan yang kompleks dapat diselesaikan denga mudah, cepat dan tepat. Ini dapat
menjimatkan masa pelajar dengan memberi arahan yang sesuai kepada komputer untuk
melakukan kerjanya kerana pelajar hanya perlu memasukkan data ke dalam komputer
sahaja seterusnya komputer yang akan memproses data dan memberi semua output yang
ada. Pelajar akan menperolehi hasil output melalui paparan skrin komputer.
III. Pelajar dapat menjelajah skrin komputer. Ini memberikan pembelajaran yang tidak dapat
dilakukan melalui buku teks seterusnya secara langsung memberi peluang kepada pelajar
untuk membiasakan diri mereka dengan teknologi.
Qi Chen (1995) dalam kajiannya mendapati pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer
dapat menggalakkan penglibatan pelajar secara aktif dalam aktiviti kelas semasa pengajaran dan
pembelajaran dilaksanakan. Pelajar-pelajar boleh mengawal kandungan pembelajaran
terutamanya dari segi susunan bahan pembelajaran. Pelajar juga boleh mengawal strategi
pembelajaran seperti cara persembahan dan jumlah latihan yang dibuat. Pelajar juga diberi
peluang belajar mengikut kadar sendiri dan seterusnya menguasai pelajaran mereka. Ternyatalah
Pembelajaran Berpandukan Komputer dapat meningkatkan kualiti proses pengajaran dan
pembelajaran.
Pengajaran Berbantukan Komputer dapat memberikan kebaikan-kebaikan dalam pengajaran
terancang, pengajaran individu, pengajaran pengayaan dan pengajaran pemulihan. Melalui
pengajaran terancang, guru dapat membina program-program yang dirancang khas untuk
keperluan para pelajar mengikut thap kebolehan pengetahuan dan jangka masa yang sesuai
dengan diri mereka. Dalam pengajaran individu, pelajar dapat berinteraksi dengan komputer
tanpa rasa segan atau takut kepada persekitarannya kerana persekitaran mereka hanya melibatkan
komputer dan individu pelajar sahaja. Pembelajaran Berbantukan Komputer juga dapat
memperkayakan lagi pegetahuan pelajar-pelajar yang telah memahami sesuatu konsep melalui
latih tubi atau ujian yang sesuai dalam pengajaran pemulihan. Ianya juga dapat membantu
pelajar-pelajar yang lemah di dalam sesuatu mata pelajaran atau topic dalam pengajaran
pemulihan. Penyampaian secara tutorial, latih tubi atau simulasi dapat membantu mereka
memahami konsep yang disampaikan oleh guru.(Rashid Azizan & Abdul Razak Habib, 1995).
Kelebihan Multimedia Dalam Pengajaran dan Pembelajaran.
Zackeriya (1995) menyatakan bahawa multimedia ialah kombinasi grafik, bunyi, video, teks dan
animasi yang menghasilkan persembahan yang menakjubkan. Multimedia mempunyai interkatif
yang tinggi maka ia digunakan dalam program yang memerlukan interaksi guru. Pelajar sekolah
beriteraksi melalui multimedia untuk memperolehi pengetahuan yang berguna dalam proses
pengajaran dan pembelajaran mereka.
Kajin yang dilaksanakan di sekolah-sekolah daerah Scramento, California, Amerika Syarikat
mulai 1987 telah membuktikan bahawa multimedia telah menjadikan proses pengajaran dan
pembelajaran lebih menarik dan memuaskan. Bahan pelajara adalah mudah untuk difahami dan
juga kaedah penyampaian lebih menyeronokkan melalui multimedia. Kombinasi pelbagai media
dalam penerangan memberi penjelasan yang lebih menyeluruh tentang sesuatu konsep, proses
atau kejadian. Program multimedia telah membolehkan pelajar mengambil bahagian yang lebih
aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran (Floyd,1991).
Kelebihan Microsoft Power Point Sebagai Bahan Bantu Mengajar.
Aszoura (2007) dalam kajiannya berpendapat, Microsoft power point merupakan salah satu
daripada perisian persembahan grafik yang popular. Program ini dapat membantu guru-guru
untuk menghasilkan persembahan slaid yang menarik, sama ada pada skrin komputer atau pun
dalam bentuk slain transperensi. Program ini menyediakan beberapa cara mudah untuk membina
sesuatu persembahan yang profesional. Guru boleh memilih cara yang sesuai dengan kehendak
atau kemahiran mereka. Perisian ini juga menyediakan pelbagai alatan yang akan diperlukan
untuk membina sebuah perisian persembahan. Power point juga merupakan program yang
mudah untuk dipelajari dan dikendalikan. Perisian ini juga mempunyai unsur-unsur multimedia
yang dapat menarik minat pelajar untuk mempelajari apa yang terkandung dalam perisian
persembahan. Adalah diketahui bahawa pelajar akan minat dan bermotivasi untuk belajar jika
mereka diajar dengan suasana pembelajaran yang berbeza maka situasi ini akan meningkatkan
kualiti pembelajaran mereka.
Menurut Leong Mei Wei (1998) kelebihan penggunaan komputer dalam prosen pengajaran dan
pembelajaran secara umumnya adalah seperti berikut:
I. Membantu Pelajar Lemah
Pelajar yang lemah boleh belajar mengikut keupayaannya. Pelajar ini juga boleh
mengulangkaji pelajaran sehingga berjaya memahami konsep-konsep yang diajar tanpa
mengganggu perjalanan pelajar lain yang lebih cerdas. Dengan ini, perbezaan yahap
kognitif dan psikologi antara pelajar akan berkurangan jika teknologi komputer dijadikan
sebagai satu pendekatan dalam membantu proses pengajaran dan pembelajaran.
II. Maklumbalas Yang Cepat
Komputer berupaya untuk memberi maklum balas yang cepat terhadap jawapan yang
diberikan oleh pelajar. Ini membolehkan pelajar mengambil tindakan sewajarnya jika
jawapan pelajar salah.
III. Membantu Dalam Pemahaman
Bahan pelajar dapat difahami dengan baik dan cepat. Ini kerana penggunaan grafik,
animasi, warna, muzik, simulasi dan dialog akan mempercepatkan lagi proses
pemahaman perkara-perkara atau konsep-konsep yang ingin disampaikan dengan
berkesan.
IV. Jangka Masa Pendek
Seseorang pelajar berupaya memahami suatu konsep lebih cepat dengan kaedah
Pemelajaran Berbantukan Komputer berbanding konvensional. Ini kerana penggunaan
komputer berupaya memberikan motivasi dalam pembelajarn pelajar.
V. Mutu dan Perhatian
Apabila komputer membantu tugas yang biasanya dilakukan oleh guru. Perhatian yang
lebih dapat diberikan kepada kepekaan seseorang pelajar. Guru juga mempunyai masa
yang lebih untuk memperbaiki mutu bahan pelajar serta merancang dan menghasilkan
perisian yang lebih baik untuk kesesuaian pengajaran dan pembelajaran mengikut tahap
pelajar-pelajarnya.
VI. Meringankan Beban
Pelajar yang lemah dapat menggunakan dan mengulangkaji topic yang mereka lambat
kuasai dan ini meringankan beban guru untuk mengulangkaji pelajaran yang sama
berkali-kali.
VII. Sikap positif
Kebanyakkan perisian kursus mempunyai ciri ineraksi dengan pelajar secara tidak
langsung ini memaksa pelajar menjadi aktif apabila menggunakan perisian Pembelajaran
Berpandukan Komputer. Ini dapat mengatasi sikap pelajar yang negative dan
menggalakkan pelajar mengambilkan bahagian dalam perhubungan pelajaran.
VIII. Mengamalkan Kemajuan Pencapaian Pelajar
Rekod-rekod yang disimpan dalam program komputer yang sesuai memudahkan tugas-
tugas guru dan memantau kemajuan pencapaian pelajar-pelajar. Dengan ini guru dapat
merancang pemulihan untuk pelajar yang lemah dan pengayaan untuk pelajar cerdas.
IX. Paparan menarik
Kombinasi warna dan muzik yang tepat menghasilkan paparan yang menarik.
Penggunaan permainan dan susunan teks yang teratur akan memberikan persembahan
yang menarik. Semua ini dapat menghasilkan cara pembelajaran yang berkesan.
Ringkasan
Kajian sentiasa dilakukan untuk menambahbaik kaedah pengajaran dan pembelajaran dan sintem
pendidikan seiring dengan perkembangan teknologi dan persekitaran pelajar. Pelajar-pelajar
sekarang sebenarnya telah terdedah dengan peralatan-peralatan berteknologi dan “compact” yang
sangat sesuai untuk mereka jadikan trend. Oleh itu, dalam menempuhi alam persekolahan
umumnya dan semasa menjalani proses pengajaran dan pembelajaran khususnya mereka
mendambakan pembaharuan terutama diperingkat penyampaian ilmu. Generasi pelajar masa kini
tidak lagi static menerima sahaja apa yang disampaikan malah mereka ingin sekali untuk turut
sama dalam proses mencari ilmu, mempersoal kebenaran ilmu, mengaplikasi ilmu dan merasai
serta mengalami proses-proses itu melalui panca indera mereka sendiri. Oleh itu, dari tinjauan
literature yang dibuat, banyak sekali rangsangan-rangsangan dan cabaran itu boleh diperolehi
daripada kaedah pembelajaran yang menggunakan ICT dan berbantukan komputer. Ini
disebabkan ICT yang berbantukan komputer menyediakan lapangan yang luas buat pelajar
berkooperatif sesama mereka malah juga dengan pelajar-pelajar daripada Negara lain. Hasil
tinjauan literature menunjukkan kegiatan penggunaan komputer dan ICT wajib dipergiatkan
untuk meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran agar membenihkan lagi minat pelajar
untuk mengeksplorasikan bidang sains dengan pemahaman konsep yang dipermudahkan dengan
gambaran-gambaran yang realistic, inovatif, logik dan hidup.
BAB 3
METODOLOGI KAJIAN
Pendahuluan
Kajian terdahulu banyak memberikan gambaran positif penggunaan ICT dan komputer dalam
meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran pelajar. Metodologi bagi kajian ini
memberikan focus kepada kesan penggunaan perisian yang dibina berdasarkan perisian Power
Point untuk membantu pelajar-pelajar meningkatkan penguasaan mereka kepada konsep sains
yang rumit. Disamping itu juga, menjadi objektif kepada kajian ini untuk meningkatkan motivasi
dan minat pelajar terhadap subjek sains berbanding dengan kaedah konvensional yang biasa
digunakan oleh kebanyakkan pengajar sekarang di sekolah-sekolah.
Rekabentuk Kajian
Metodologi yang akan digunakan untuk kajian ini adalah kaedah kaian tindakan secara kuasi
eksperimen (rekabentuk pra dan pasca). Pelajar-pelajar yang dijadikan sampel eksprimen akan
dibahagikan kepada dua kumpulan dimana satu kumpulan dijadikan kumpulan kawalan iaitu
kumpulan pelajar yang diajar secara konvensional dan kumpulan ekperimen yang diberikan
rawatan intervensi iaitu dengan didedahkan kepada kaedah pembelajaran berbantukan komputer.
Rawatan intervensi ini akan dilakukan ke atas pelajar selama 4 minggu atau 800 minit waktu
mengajar. Ujiaan sikap atau persepsi terhadap mata pelajaran sains dijalankan sebelum
eksperimen dijalankan (Ujian pra). Selepas eksperimen selesai, pelajar sekali lagi akan diuji
dengan ujian persepsi pasca terhadap mata pelajaran sains (Ujian pasca). Disamping itu juga
pelajar-pelajar akan diberikan ujian pencapaian berhubung topic yang diajar untuk menilai dan
membuat perbandingan kemajuan mereka sebelum dan selepas eksperimen dijalankan.
Pelajar yang sedia ada didalam satu kelas serta yang mempunyai latar belakang dan pencapaian
yang sama akan dibahagi kepada 2 kumpulan iaitu kumpulan eksperimen dan kumpulan
kawalan. Kumpulan kawalan diajar oleh guru sains mereka yang menggunakan kaedah
konvensional manakala kumpulan eksperimen akan diajar oleh pengkaji dengan menggunakan
kaedah pembelajaran berbantukan komputer.
Ujian pra akan diberikan kepada kedua-dua kumpulan untuk menentukan tahap pemahaman dan
pencapaian mereka terhadap topic Koordinasi Badan Manusia. Terlebih dahulu pelajar-pelajar
tersebut diberitahu mengenai topic tersebut sebelum ujian pra dijalankan agar persediaan awal
dapat mereka lakukan. Jawapan-jawapan pelajar akan dikumpulkan dan dianalisis bagi
mendapatkan markah untuk setiap pelajar selapas ujian pra. Kumpulan eksperimen kemudiannya
diajar dengan menggunakan kaedah pembelajaran berbantukan komputer selama empat minggu
manakala kumpulan kawalan diajar dengan pengajaran biasa oleh guru sains mereka.
Setelah selesai pengajaran selama 4 minggu tersebut, kedua-dua kumpulan akan diberikan ujian
pos. Ujian pos adalah ujian yang akan melihat keberkesanan kaedah pembejalaran berbantukan
komputer yang telah dijalankan terhadap pelajar-pelajar kumpulan eksperimen. Kemudian,
kumpulan eksperimen juga diberikan ujian sikap iaitu ujian untuk menilai sikap dan persepsi
baru mereka terhadap kaedah pembelajaran berpandukan komputer yang telah digunakan dalam
proses pengajaran dan pembelajaran mereka.
Ringkasan langkah-langkah kajian yang dijalankan diillutrasikan seperti gambarajah grafik
dibawah.
Instrumen kajian.
Dalam kajian ini, instrument yang digunakan adalah borang maklumat pelajar untuk kajian
pelajar, 2 kertas ujian iaitu kertas ujian pra dan kertas ujian pos serta satu kertas soal selidik.
Ujian pra digunakan untuk menilai pencapaian pelajar sebelum kaedah pembelajaran
berbantukan komputer dijalankan manakala ujian pos dilaksanakan selepas 4 minggu
perlaksanaan kaedah pembelajaran berbantukan komputer untuk menilai keberkesanannya
terhadap pencapaian pelajar dalam kumpulan eksperimen. Kedua-dua ujian pra dan pos diuji
pada topic yang sama iaitu Koordinasi Badan Manusia. Untuk soal selidik tujuannya adalah
ujian Pra Ujian
Kumpulan kawalan- Pembelajaran secara
konvensional
Ujian Pasca Sikap dan ujian pencapaian
Kumpulan eksperimen- Pembelajaran
berbantukan komputer
Ujian Pasca Sikap dan Ujian Pencapaian
untuk melihat sikap dan persepsi pelajar dalam kumpulan eksperimen terhadap kaedah
pembelajaran berbantukan komputer.
Borang maklumat pelajar juga digunakan dalam kajian ini bagi tujuan untuk mendapat maklumat
latar belakang sampel kajian ( lampiran 1). Maklumat yang ingin diperolehi adalah nama,
jantina, bangsa, tahap kemahiran menggunakan komputer, minat pelajar terhadap sains, tempat
tinggal, pekerjaan ibubapa, markah ujian sains sebelumnya serta beberapa maklumat lain yang
berkaitan dengan diri pelajar.
Ujian Pra dan Ujian Pos
Ujian yang deberikan kepada pelajar adalah menepati kepada huraian sukatan pelajaran sains
tingkatan empat dimana soalan-soalannya dirujuk daripada bank-bank soalan panitia sains dan
buku-buku rujukan untuk dijadikan instrumen. Item-item soalan adalah berdasarkan kepada
Sukatan Pelajaran Sains KBSM tingkatan empat. Ujian-ujian pra dan pos mengandungi 50 item
soalan jenis aneka pilihan (lampiran 3 dan lampiran 4) dimana kedua-dua ujian ini mempunyai
soalan yang sama cuma diubahkan kedudukan nombor soalan yang baru bagi ujian pos.
Ujian pra akan diambil oleh kedua-dua kumpulan pada hari yang sama dan diberikan masa
menjawab selama 1 jam 15 minit. Ujian pos dengan masa menjawab yang sama serta pada hari
yang sama juga akan diambil oleh kedua-dua kumpulan setelah kumpulan eksperimen melalui
proses pembelajaran berbantukan kumputer selama empat minggu.
Borang Soal Selidik
Borang soal selidik digunakan untuk menyoal selidik keatas pelajar kumpulan eksperimen
selepas tamat penggunaan kaedah pembelajaran berbantukan komputer menggunakan perisian
power point interaktif dalam tajuk koordinasi badan manusia selama empat minggu. Tujuannya
meninjau persepsi pelajar terhadap penggunaan kaedah pembelajaran berbantukan komputer
menggunakan perisian Power point yang telah mereka lalui. Borang mengandungi 20 item soalan
kajian (lampiran 2) yang dibuat berdasarkan skala Likert.
Langkah-langkah Analisis Data.
Data-data dianalisis dengan menentukan markah skor bagi kedua-dua ujian iaitu ujian pra dan
ujian pos. Skor maksimum dalam setiap ujian ialah 100. Skor-skor yang diperolehi akan
dikategorikan kepada tahap-tahap pencapaian pelajar iaitu baik, sederhana dan lemah seperti
yang ditunjukkan dalam jadual 3.2
Skor Tahap Pencapaian
80 - 100 Sangat Baik
60 - 79 Baik
40 - 59 Sederhana
20 - 39 Lemah
0 - 19 Sangat Lemah
Jadual 3.2 : Skor Markah Ujian dan Tahap Pencapaian Pelajar
Bagi skor minat pula, skala minat adalah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 3.3 di bawah.
Skor Tahap Minat
3.4 – 5.0 Tinggi
1.8 – 3.3 Sederhana
1.0 – 1.7 Rendah
Sample kajian
Kajian ini dijalankan di sebuah sekolah menengah di daerah Nabawan , Sabah. Sekolah ini
mempunyai 5 kelas tingkatan empat dan ditempatkan kedua-dua jantina di dalam setiap kelas.
Namun yang terlibat dengan kajian ini hanya 2 kelas sahaja dimana kedua-dua kelas ini
ditempatkan pelajar-pelajar yang sederhana yang lebih kurang setara sahaja keputusan
peperiksaan sebelumnya. Majoriti pelajar disekolah ini berbangsa Murut dan pekerjaan mereka
juga sama iaitu petani dan mengutip hasil hutan. Disebabkan kepayaan mereka yang setara maka
dua kelas ini dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan kawalan dan kumpulan
eksperimen.
Pengumpulan Data
Data yang dikumpul akan dianalisis dengan menggunakan statistic deskriptif dan inferens.
Melalui stastistik dapat ditentukan min, sisihan piawai, frekuensi dan peratusan serta
membandingkan tahaap pencapaian pelajar dalam ujian pra dan ujian pos. Persepsi dan sikap
pelajar tehadap kaedah pembelajaran berbantuka komputer akan ditafsirkan melalui peratusan
dan min skor setiap item dalam soal selidik. Jika purata min tinggi akan menunjukkan
penerimaan pelajar yang positif manakala jika purata min yang rendah menunjukkan penerimaan
pelajar yang negative. Keseluruhan analysis dan kajian ini menggunakan program dari pakej
SPSS supaya keputusan yang diperolehi di analisis dengan cepat dan tepat.
Rekabentuk Perisian
Perisian akan direkabentuk dalam bentuk perisisan multi media dengan perisian tapaknya adalah
perisian power point. Kemudiannya diserta unsur hyperlink dengan perisisan words, excel serta
internet terutama you tube untuk tayangan video. Perisian tapak dan hyperlink ini amat sesuai
dalam pencarian maklumat dan isi kandungan untuk topik Koordinasi Badan Manusia. .
Disamping itu, perisian ini telah di “link”kan kepada Facebook yang dibentuk dalam kumpulan
yang khsusus agar pelajar dapat berinteraksi secara maya bersama-sama rakan dan guru. Pelajar
juga boleh menggunakan skype untuk berbicara dan berbincang secara “live” dengan pengajar
dan rakan jika perlu kerana perisian telah dihubungkan dengan program tersebut. Bagi pencarian
maklumat yang meluas, perisian juga ada menghubungkannya dengan internet. Untuk bank-bank
soalan dari sumber-sumber lain pelajar-pelajar dan guru boleh menggunakan “dropbox” yang
mana pelajar-pelajar dapat mengaksesnya di facebook kemudiannya. Rekabentuk antara muka
yang jelas dan menarik dipersembahkan agar pelajar-pelajar senang untuk mengakses program
tersebut serta mengelak kebosanan pelajar. Perisian disertakan dengan butang-butang navigasi
agar pelajar mudah mengeksplore dan melompat dari satu muka ke muka yang lain sama ada
untuk ke hadapan, kebelakang atau ke kembali ke menu pilihan. Butang-butang yang disediakan
adalah seperti dibawah:
Rajah 2 : menunjukkan contoh butang-butang navigasi
Pelajar boleh mengendalikan program tersebut secara individu atau berkumpulan sehingga
semua slaid selesai. Latihan yang diediakan adalah untuk membantu pelajar dalam menguasai
konsep yang terdapat dalam topik Koordinasi Badan Manusia serta diharapkan akan memberikan
rangsangan untuk meneruskan pembelajaran. Pelajar tidak perlu bimbang yang mereka tidak
dapat melaksanakan sepenuhnya arahan-arahan yang diberikan kerana pengkaji memastikan
perisian tersebut berkualiti serta dapat bergerak lancar semasa menggunakannya. Tindakan ini
amat perlu dalam sistem operasi komputer di sekolah.
Berikut adalah gambaran secara grafik bagi rekabentuk perisian yang akan digunakan semasa
kajian.
Rajah 3 : Carta alir perisian
Ringkasan
Dalam bab ini dapat diterangkan tentang metodologi kajian. Penerangan merangkumi rekabentuk
kajian, sampel kajian, instrument yang digunakan, pengumpulan dan pemprosesan data yang
akan digunakan dalam kajian ini. Huraian juga termasuk bagaimana perlaksanaan kaedah
cadangan di laksanakan didalam kelas dan rekabentuk perisian yang akan digunakan semasa
kajian.
skrin tapak
menu utama
nota objektif
latihan
keluar
Lampiran 1
A. Soalan-soalan ujian pra.
Kertas ujian ini mengandungi 20 soalan. Jawab semua soalan.
1. Apakah jenis tindakan bagi membaca?
A. Tindakan terkawal
B. Tindakan automatik
C. Tindakan reflek
D. Tindakan luar kawal
2. Aktiviti yang manakah melibatkan reseptor regang?
A. Membaca buku
B. Menyanyi tanpa melihat lirik
C. Mengedip mata untuk mencegah kemasukan habuk
D. Memakai butang baju tanpa melihat
3. Apakah maksud koordinasi badan?
A. Menyelaras pertumbuhan badan
B. Menyelaras gerak balas badan terhadap sebarang rangsangan
C. Menyelaras gerak balas badan terhadap sebarang rangsangan
D. Menyelaras perembesan hormone oleh kelenjar endoktrin.
4. Antara bahagian badan yang berikut, yang manakah mengawal sentakan tangan daripada
objek panas?
A. Serebrum
B. Saraf tunjang
C. Saraf spina
D. Medula oblongata.
5. Seorang remaja perempuan tidak menunjukkan perkembangan ciri-ciri seks sekundernya.
Antara berikut yang manakah gagal berfungsi dengan baik?
A. Ovari
B. Adrenal
C. Pankreas
D. Tiroid
6. Rajah 6 menunjukkan system saraf manusia. Antara bahagian A, B, C dan D yang
manakah merupakan saraf spina?
Rajah 6
7. Rajah 7 menunjukkan struktur suatu neuron. Antara bahagian A, B, C dan D, yang
manakah adalah akson?
Rajah 7
8. Rajah 8 menunjukkan lintasan impuls dalam sentakan lutut manusia.
Rajah 8
Apakah X?
A. Otak
B. Otot
C. Tendon
D. Saraf tunjang
9. Rajah 9 menunjukkan struktur otak manusia.
Rajah 9
Apakah yang dikawal oleh X?
A. Tindakan reflex
B. Tindakan terkawal
C. Postur badan
D. Keseimbangan badan
10. Rajah 10 menunjukkan sejenis neuron. Antara bahagian A, B, C dan D, yang manakah
dendrit?
Rajah 10
11. Aktiviti manakah yang melibatkan reseptor regang?
A. Menyanyi
B. Membaca
C. Berbasikal
D. Berfikir
12. Seorang remaja perempuan menjerit-jerit sewaktu menonton tayangan seram. Kelenjar
manakah yang berkaitan dengan aksi beliau?
A. Ovary
B. Tiroid
C. Adrenal
D. Pancreas
13. Pernyataan berikut adalah berkaitan dengan kempen keselamatan jalanraya.
Apakah kaitan antara pernyataan itu dengan koordinasi badan?
A. Kebanyakkan neuron dimusnahkan
B. Kadar denyutan jantung menurun
C. Aktiviti otak menjadi cepat
D. Penghantaran impuls menjadi lambat
14. Antara yang berikut, yang manakah komponen system pusat?
A. Otak
B. Cranium
C. Saraf spina
D. Saraf somatik
15. Pernyataan manakah yang betul mengenai reseptor?
A. Kelenjar yang merembeskan hormon
B. Sel yang menghasilkan gerak balas
C. Kelenjar dan otot adalah contoh-contoh reseptor
D. Sel yang khusus untuk mengesan rangsangan tertentu
“JANGAN MEMANDU DALAM KEADAAN MABUK”
16. Aktiviti yang manakah tindakan terkawal?
A. Menari
B. Bersin
C. Sentakan lutut
D. Denyutan jantung
17. Kelenjar endokrin yang manakah yang juga dikenali sebagai kelenjar induk?
A. Ovary
B. Pancreas
C. Tiroid
D. Pituitary
18. Dadah manakah yang boleh meningkatkan kadar metabolism?
A. Candu
B. Morfina
C. Ganja
D. Kafiena
19. Maklumat manakah yang melibatkan system saraf?
A. Pertumbuhan
B. Tindakan terkawal
C. Amaun air dalam badan
D. Aras glukosa dalam darah.
20. Rajah 20 menunjukkan system indokrin bagi seorang remaja perempuan. Dia mengalami
kitar haid yang tidak teratur. Antara organ A, B, C dan D yang manakah tidak berfungsi
dengan baik?
Rajah 20
B. Soalan-soalan ujian-Pos
Jawab semua soalan dibawah.
1. Maklumat manakah yang melibatkan sistem saraf?
A. Pertumbuhan
B. Tindakan terkawal
C. Amaun air dalam badan
D. Aras glukosa dalam darah.
2. Dadah manakah yang boleh meningkatkan Kadar metabolism?
A. Candu
B. Morfina
C. Ganja
D. Kafiena
3. Kelenjar endokrin yang manakah yang juga dikenali sebagai kelenjar induk?
A. Ovary
B. Pancreas
C. Tiroid
D. Pituitary
4. Aktiviti yang manakah tindakan terkawal?
A. Menari
B. Bersin
C. Sentakan lutut
D. Denyutan jantung
5. Pernyataan manakah yang betul mengenai reseptor?
A. Kelenjar yang merembeskan hormone
B. Sel yang menghasilkan gerak balas
C. Kelenjar dan otot adalah contoh-contoh reseptor
D. Sel yang khusus untuk mengesan rangsangan tertentu
6. Antara yang berikut, yang manakah komponen system pusat?
A. Otak
B. Kranium
C. Saraf spina
D. Saraf somatic
7. Pernyataan berikut adalah berkaitan dengan kempen keselamatan jalanraya.
Apakah kaitan antara pernyataan itu dengan koordinasi badan?
A. Kebanyakkan neuron dimusnahkan
B. Kadar denyutan jantung menurun
C. Aktiviti otak menjadi cepat
D. Penghantaran impuls menjadi lambat
8. Seorang remaja perempuan menjerit-jerit sewaktu menonton tayangan seram. Kelenjar
manakah yang berkaitan dengan aksi beliau?
A. Ovary
B. Tiroid
C. Adrenal
D. Pancreas
. 9. Apakah jenis tindakan bagi membaca?
A. Tindakan terkawal
B. Tindakan automatic
C. Tindakan reflex
D. Tindakan luar kawal
“JANGAN MEMANDU DALAM KEADAAN MABUK”
10. Aktiviti yang manakah melibatkan reseptor regang?
A. Membaca buku
B. Menyanyi tanpa melihat lirik
C. Mengedip mata untuk mencegah kemasukan habuk
D. Memakai butang baju tanpa melihat
11. Apakah maksud koordinasi badan?
A. Menyelaras pertumbuhan badan
B. Menyelaras gerak balas badan terhadap sebarang rangsangan
C. Menyelaras gerak balas badan terhadap sebarang rangsangan
D. Menyelaras perembesan hormone oleh kelenjar endoktrin.
12. Antara bahagian badan yang berikut, yang manakah mengawal sentakan tangan daripada
objek panas?
A. Serebrum
B. Saraf tunjang
C. Saraf spina
D. Medula oblongata.
13. Seorang remaja perempuan tidak menunjukkan perkembangan ciri-ciri seks sekundernya.
Antara berikut yang manakah gagal berfungsi dengan baik?
A. Ovari
B. Adrenal
C. Pankreas
D. Tiroid
14. Rajah 14 menunjukkan system saraf manusia. Antara bahagian A, B, C dan D yang
manakah merupakan saraf spina?
Rajah 14
15. Rajah 15 menunjukkan struktur suatu neuron. Antara bahagian A, B, C dan D, yang
manakah adalah akson?
Rajah 15
16. Rajah 16 menunjukkan lintasan impuls dalam sentakan lutut manusia.
Rajah 16
Apakah X?
A. Otak
B. Otot
C. Tendon
D. Saraf tunjang
17. Rajah 17 menunjukkan struktur otak manusia.
Rajah 17
Apakah yang dikawal oleh X?
A. Tindakan reflex
B. Tindakan terkawal
C. Postur badan
D. Keseimbangan badan
18. Rajah 18 menunjukkan sejenis neuron. Antara bahagian A, B, C dan D, yang manakah
dendrit?
Rajah 18
19. Aktiviti manakah yang melibatkan reseptor regang?
A. Menyanyi
B. Membaca
C. Berbasikal
D. Berfikir
20. Rajah 20 menunjukkan system indokrin bagi seorang remaja perempuan. Dia mengalami
kitar haid yang tidak teratur. Antara organ A, B, C dan D yang manakah tidak berfungsi
dengan baik?
Rajah 20
BIBLIOGRAFI
Ismail Zain.(2002). Aplikasi Multimedia dalam Pengajaran. Kuala Lumpur: Utusan
Publications& Distributors Sdn. Bhd
Aszoura Abdullah (2007). Keberkesanan PBK dalam pembelajaran sains
Mok soon Sang. (2008). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku. Selangor: Penerbitan
Multimedia Sdn. Bhd
Omardin Ashaari. ( 1998). Tugas Dan Tanggungjawab Guru di Sekolah. Kuala Lumpur: Utusan
Publications& Distributors Sdn. Bhd
Salhah Abdullah. ( 2005). Guru Sebagai Fasilitator. Kuala Lumpur: Pts Professional Publishing
Sdn. Bhd
Ahmad Nizar (1997). Sejauh manakah Keberkesanan Kaedah Pengajaran Dan Pembelajaran
Berbantukan Komputer Bagi Mata Pelajaran Dalam Operasi Asas Matematik Murid-
Murid Tahun 5 Sek. Keb. Jabi Dari Aspek Minat Dan Pencapaian.
Azizi Yahaya Et. Al. (2007). Menguasai Penyelidikan Dalam Pendidikan – Teori, Analisis &
Interpretasi Data. Kuala Lumpur : PTS Professional.
Mohd Majid Konting (2004). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa Dan Pustaka.
Sim Ah Hock, Dr. Et. Al. (1997). Kesan Strategi Pemetaan Konsep Terhadap Pemprosesan
Maklumat Sains Dalam Tutorial Pembelajaran Berbantukan Komputer. Jurnal Penyelidikan
Pendidikan 1997. Maktab Perguruan Sultan Abdul Halim. Hlm, 124 – 141.
Zoraini Wati Abas (1992). Komputer Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur : Fajar Bakti.
Kamus Dewan (2005). Edisi Ketiga Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka
Tetty Henny dan Nik Zafri (2006). Inovasi Dalam Pedagogi, Kurikulum dan Pendidikan
Malaysia.
Sarton,George (1975), Introduction to the History of Science, New: York: Robert E Krierger, v.3
Stipek, D.J.(1984). Motivation to learn. From theory to practice. Englewood Cliffs, New Jersey : Prantice Hall, 1988.
Abdul Rahman Hj. Abdullah, Falsafah Dan Kaedah Pemikiran (2001), Kuala Lumpur: Utusan Publication.