Post on 18-Jan-2016
INSTITIUT PENDIDIKAN GURU, KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZANKUALA LIPIS PAHANG
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) AMBILAN JUN 2011
TAJUK PROGRAM:
PPG SAINS 2
NAMA PELAJAR :
TAJUK KURSUS: PENILAIAN DALAM PENGAJARAN SAINS
KOD KURSUS : SCE 3111
NAMA PENSYARAH :
SEMESTER : 6(Ambilan Jun 2011)
TARIKH MULA: 8 Febuari 2014 TARIKH HANTAR : 15 Mac 2014
PENGHARGAAN
Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah bersyukur kepada tuhan kerana saya dapat menyiapkan
tugasan ini dengan jayanya.Pertama sekali saya menggucapkan ribuan terima
kasih kepada pensyarah saya kerana telah banyak memberikan tunjuk ajar
dalam menghasilkan kerja kursus SCE 3111. Beliau membantu dari mula
sehingga akhirnya saya dapat menyiapkan kerja kursus ini.
Selain itu, saya juga mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan saya
kerana kami banyak bertukar-tukar bahan rujukan, pendapat, dan kami
membantu antara satu sama lain dalam menghasilkan kerja kursus ini. Kami
belajar erti kerjasama dan berkongsi idea yang bernas dalam menghasilkan
sesuatu yang terbaik.
Saya berasa gembira kerana dapat melaksanakan seterusnya menyiapkan
tugasan ini dengan jayanya.Banyak pengalaman yang saya peroleh sepanjang
proses menyiapkan tugasan projek ini. Semasa membuat tugasan ini saya
banyak mendapat input baru tentang kaedah pentaksiran matapelajaran sains
sekolah rendah.
Selain itu, saya dapat mengeratkan hubungan silaturrahim dengan rakan-
rakan dan juga merapatkan jurang komunikasi antara saya dengan pensyarah
pembimbing.
Akhir sekali, saya berharap tugasan yang telah saya sempurnakan ini
dapat menambahkan pengetahuan saya dalam bidang pengajaran dan
pembelajaran sains seterusnya dapat dimanfaatkan semasa kembali ke sekolah
kelak. Insyallah, hal ini dapat membantu saya untuk menjadi guru yang dapat
menjana modal insan yang gemilang pada masa akan datang.
Sekian, terima kasih.
1
Isi kandungan
PERKARA MUKA SURAT
Jadual spesifikasi sains 3
Soalan ujian sains berdasarkan JSU 6
Borang indeks kesukaran 16
Borang indeks diskriminasi 17
Status item dan keputusanyang perlu diambil untuk setiap item 18
Refleksi 22
Rujukan 24
2
NAMA :________________________ TAHUN :____________________
SOALAN UJIAN SAINS TAHUN 5
Arahan : jawab semua soalan. Setiap soalan mempunyai empat pilihan jawapan
a,b,c dan d. Pilih satu jawapan sahaja bagi setiap soalan.
1.Rajah 1 menunjukkan sejenis haiwan
Bagai manakah haiwan tersebut menjaga anaknya ?
A Berada dalam kumpulan
B membawa anaknya dalam kantung
C Menyembunyikan anaknya
D Membawa anak diatas belakangnya
2.Rajah 2 buah dan dan biji benih dua jenis tumbuhan.
X Y
3
Bagaimanakah buah dan biji benih pokok X dan Y dipencarkan ?
X Y
A Mekanisme letupan haiwan
B Haiwan Air
C Angin Haiwan
D Mekanisme letupan Air
3.apakah kepentingan tumbuhan memencarkan buah dan biji benihnya ?
A Untuk mengurangkan bilangan tumbuhan
B Untuk memastikan kemandirian spesisnya
C Untuk membina rantai makanan antara hidupan
D untuk melindungi bijibenih dan buahnya daripada dimakan.
4.Jadual 1 menunjukkan dua kumpulaan tumbuhan.
Kumpulan P Kumpulan Q
Kemuncup Lalang
Rambutan Angsana
Mangga Meranti
Manakah antara berikut boleh diletakkan dalam kumpulan P dan Q
4
Kumpulan P Kumpulan Q
A Durian Kapok
B Kelapa Tembikai
C Keembong Betik
D Kacang panjang Cili
5.apa yang akan berlaku sekiranya haiwan tidak memastikan kemandirian
spesisnya ?
A.Bilangan haiwan dan tumbuhan akan meningkat
B.bilangan haiwan dan tumbuhan akan berkurangan
C.Haiwan dan tumbuhan tidak membiak
D.sumber makanan akan berkurangan dan spesis yang lain akan turut pupus
6.Rajah 3 menunjukkan pelbagai jenis haiwan.
R S T U
Rajah 3
5
Antara pengelasan berikut yang manakah benar berdasarkan tabiat pemakanan
mereka ?
Herbivor Karnivor Omnivor
A S R dan T U
B R dan T U S
C R S dan T U
D S R T dan U
7.Maklumat dibawah menunjukkan empat jenis benda hidup.
Manakah antara berikut menunjukkan rantai makanan yang betul ?
A Tumbuhan Belalang Ular tedung Burung Pipit
B Tumbuhan Belalang Burung pipit Ular tedung
C Tumbuhan Ular tedung Burung pipit Belalang
D Tumbuhan Burung pipit Belalang Ular tedung
8.Rajah 4 menunjukkan siratan makanan.
6
* Tumbuhan * Burung Pipit* Belalang * Ular tedung
Ramalkan apa yang akan berlaku kepada belalang jika bilangan katak
bertambah.
A Bilangan belalang bertambah
B Bilangan belalang masih sama
C Bilangan katak masih sama
D Bilangan belalang berkurang
9.Rajah 5 menunjukkan benda dalam suatu habitat.
Antara berikut yang manakah benar tentang siratan makanan di atas ?
I. Terdapat tujuh rantai makanan dalam siratan makanan diatas
II. Burung hantu makan empat jenis makanan dalam siratan makanan diatas
III. Hanya padi yang dimakan oleh burung pipit dan tikus
IV. Belalang dimakan oleh burung pipit dan katak
A I dan II
B I, II dan III
C I, II dan IV
D I, II, III dan IV
10.Rajah 6 menunjukkan satu siratan makanan.
7
Burung hantu
Ular
katak
Burung pipit
Belalang Padi
Tikus
RAJAH 6
Apakah X ?
A Angsa
B Katak
C Cacing
D Berudu
11.Rajah 7 menunjukkan sejenis haiwan.
RAJAH 7
Antara haiwan berikut yang manakah mempunyai tabiat pemakanan yang sama
seperti haiwan diatas ?
I. Harimau
II. Arnab
III. Helang
IV. Tikus
A I dan II
B I dan III
C I, II dan III
D I, II, III dan IV
12.Haiwan S dan T mempunyai ciri-ciri seperti di bawah.
Berdasarkan ciri-ciri berikut ramalkan haiwan tersebut.
I. Singa8
Melahirkan anak Mempunyai gigi yang tajam Menyerang musuh untuk melindungi anaknya apabila diganggu
X
II. Kuda
III. Harimau
IV. Zirafah
A I sahaja
B II sahaja
C I dan III
D I, II, III dan IV
13.Kenyataan yang manakah tidak menunjukkan kenapa kita memerlukan
tenaga ?
A Untuk bergerak
B Untuk kelihatan cantik
C Untuk Bernafas
D untuk Bergerak
14.Manakah antara berikut boleh dilakukan dengan tenaga ?
I. Tidur
II. Melompat
III. Memegang buku
IV. Mengangkat tong gas
A II, III dan IV
B I, II dan III
C I, III dan IV
D I, II, III dan IV
15.Manakah antara rajah berikut tidak menunjukkan sumber tenaga ?
A C
9
B D
16.Rajah 8 menunjukkan sebuah mentol yang sedang menyala.
RAJAH 8
Yang manakah antara berikut menunjukkan perubahan bentuk tenaga yang
berlaku ?
A Tenaga elektrik tenaga haba
B Tenaga Elektrik tenaga cahaya
C Tenaga elektrik tenaga cahaya + tenaga haba
D Tenaga Haba tenaga kinetik
17. Maklumat berikut menunjukkan perubahan bentuk tenaga.
10Tenaga solar tenaga elektrik tenaga cahaya
A C
B D
18.Yang manakah antara berikut sumber tenaga yang boleh diperbaharui.
I. Solar
II. Angin
III. Air
IV. Petroleum
A I sahaja
B I, II dan III
C II, III, dan IV
D I, II, III, dan IV
19.Rajah 9 menunjukkan sebuah radio.
11
RAJAH 9
Apakah bentuk tenaga yang tidak terlibat dalam perubahan tenaga radio
tersebut.
A Tenaga bunyi
B Tenaga cahaya
C Tenaga Elektrik
D Tenaga Kinetik
20. Manakah antara berikut boleh menjimatkan tenaga ?
I. Berkongsi kereta untuk pergi bekerja
II. Tidur dengan membiarkan lampu terpasang
III. Memasang lebih banyak pendingin hawa
IV. Menghadkan masa untuk menonton televisyen
A I sahaja
B I dan IV
C I, II dan IV
D I, II, III dan IV
12
13
Status item dan keputusan yang perlu diambil untuk setiap item.
ANALISA ITEM BERANEKA PILIHANJadual 1 Jadual 2
NO ITEM INDEKS KESUKARAN INDEKS DISKRIMINASI1 0.9 0.332 0.5 0.833 0.5 0.5
14
4 0.8 0.55 0.4 0.56 0.4 0.337 0.9 0.168 0.7 09 0.35 0.3310 0.8 0.1611 0.6 0.8512 0.8 0.6613 0.5 0.8314 0.8 0.6615 0.1 0.3316 0.5 0.3317 0.15 -0.518 0.25 0.3319 0 020 0.55 0
Jadual 1
Bagi soalan objektif, indeks kesukaran menggambarkan peratusan pelajar yang
menjawab sesuatu item dengan betul. Lebih tinggi peratusan pelajar yang
menjawab sesuatu item dengan betul, lebih mudahlah item tersebut (Wood,
1960). Indeks kesukaran dikira menggunakan rumus berikut:
IK= bilangan pelajar yang memberi jawapan betul Jumlah pelajar yang menjawab
Berdasarkan jadual di atas, dapat dirumuskan bahawa soalan 15, 17 dan 19
mempunyai indeks kesukaran paling rendah iaitu terletak dalam item
pengkelasan terlalu sukar iaitu 0.00 hingga 0.20, ini menunjukkan soalan
tersebut terlalu sukar untuk dijawab oleh murid.
Bagi soalan 5,6, dan 9 mempunyai nilai indeks kesukaran masing – masing
0.40,0.40 dan 0.35 menunjukkan soalan tersebut termasuk dalam kategori
sukar iaitu dalam lingkungan 0.21-0.40 mengikut jadual aras kesukaran dan
pengkelasan item.
Bagi soalan 2,3,5,6,11,13,16 dan 20 mempunyai indeks kesukaran antara 0.41
hingga 0.60. Ini bermakna soalan tersebut dikategori dalam kumpulan soalan
sederhana sukar.
15
Bagi soalan 4, 8, 10, 12, dan 14 pula berada dalam kumpulan mudah dengan
indeks kesukarannya antara 0.61 hingga 0.80. Manakala soalan 1 dan 2
termasuk dalam kategori terlalu mudah iaitu 0.81- 1.00. Biasanya soalan yang
terlalu mudah tidak dapat menguji keupayaan murid dan perlu diperbaiki aras
kesukarannya supaya lebih sesuai.
Namun begitu, indeks kesukaran soalan bukanlah ukuran yang psikometrik
untuk mengukur tahap penguasaan murid yang sebenar. Ini kerana jika soalan
yang terlalu mudah pasti dapat dijawab oleh hampir semua murid, begitu
sebaliknya jika soalan terlalu sukar sudah tentu hanya segelintir murid yang
dapat menjawabnya. Justeru, soalan – soalan tidak dapat membezakan pelajar
yang lebih rendah keupayaan dengan yang lebih tinggi keupayaan.
Seterusnya analisis item dapat menghasilkan indeks diskriminasi item. Indeks
diskriminasi digunakan untuk menentukan perbezaan keupayaan pelajar dan
untuk matlamat tertentu seperti melanjutkan pelajaran ke universti dalam bidang
tertentu. Indeks diskriminasi dapat diukur melalui langkah – langkah Mehrens &
Lehmann(1991). Pada mulanya murid akan dibahagikan kepada tiga kumpulan
iaitu kumpulan murid berpencapaian rendah (27%), sederhana (46%) dan tinggi
(27%). Indeks diskriminasi dikira dengan membahagikan perbezaan murid yang
menjawab betul dari kumpulan tinggi dengan murid yang menjawab betul dari
kumpulan rendah dengan separuh jumlah pelajar berpencapaian rendah dan
tinggi. Ringkasan rumus adalah seperti berikut:
ID = RU-RL
1 T(L+U)
Jadual 2
Jadual 2 menunjukkan indeks diskriminasi bagi item – item objektif.
Berdasarkan jadual soalan 17,19 dan 20 adalah tidak baik dan perlu diperbaiki
atau dibuang. Ini kerana soalan – soalan tersebut mempunyai indeks disriminasi
0.00 bermaksud soalan tersebut tidak berupaya mendiskriminasikan pelajar
yang pandai daripada pelajar yang lemah.
16
Manakala bagi soalan 7 dan10 pula dikelaskan dalam kumpulan soalan
kurang baik untuk penilaian rujukan norma kerana mempunyai nilai indeks
diskriminasi 0.16. Justeru itu, soalan ini tidak berupaya membezakan pelajar
pandai dan lemah. Soalan itu perlu dibuang atau diperbaiki agar aras kesukaran
lebih sesuai.
Bagi soalan 1,6,15,16dan 18 pula dikategorikan sebagai sederhana baik kerana
nilai indeks diskriminasi antara 0.21-0.30, yang juga bermakna soalan tersebut
adalah sederhana baik dan boleh diterima untuk penilaian rujukan norma kerana
ia dapat membezakan pelajar yang berpencapaian tinggi dengan pelajar yang
berpencapaian rendah.
Bagi soalan 2,3,4,5,11,12, 13, dan 14 pula dikategorikan sebagai baik kerana
nilai indeks diskriminasi hampir kepada 1.00, yang juga bermakna soalan
tersebut adalah baik untuk penilaian rujukan norma kerana ia dapat
membezakan pelajar yang berpencapaian tinggi dengan pelajar yang
berpencapaian rendah.
Akhirnya, bagi soalan 17 (-0.55) dikatakan tidak baik kerana nilai
diskriminasinya negatif . Ini bermaksud soalan ini secara songsang
membezakan pelajar pandai daripada pelajar lemah, iaitu lebih ramai pelajar
lemah dapat menjawab soalan ini dengan betul berbanding pelajar pandai.
Justeru, secara kesimpulannya item soalan yang baik mestilah mempunyai nilai
indeks diskriminasi melebihi 0.30. Soalan ini boleh diguna pakai untuk menilai
murid. Sebaliknya soalan yang berada dalan kumpulan item tidak baik perlukan
penambaikan atau diabaikan dan digantikan dengan soalan lain.
Kesimpulan
Dalam menghasilkan penilaian yang adil dan bermutu, guru perlu menyediakan
kaedah yang amat praktikal dan relevan untuk semua tahap penguasaan
pelajarnya. Guru perlu menganalisis soalan dan ujian supaya dapat memastikan
soalan dan ujian sesuai digunakan pada masa akan datang. Analisis soalan
dibuat untuk menilai kesesuaian soalan tersebut, terutama dari segi aras
kesukaran dan kuasa diskriminasinya. Oleh itu, soalan yang kurang sesuai akan 17
diperbaiki atau digantikan dengan soalan yang lain. Indeks kesukaran pula dikira
dengan menggunakan nisbah calon yang memberi jawapan betul bagi item
tertentu kepada jumlah calon yang menjawab item tersebut. Manakala indeks
diskriminasi dilakukan untuk mengenal pasti dan melaporkan kekuatan dan
kelemahan konsep dan tajuk yang telah dipelajari namun tidak dapat dijawab
oleh pelajar. Secara tidak langsung guru – guru yang telah mengenal pasti
masalah penguasaan murid dapat memperbaiki dan merancang pengajaran dan
pembelajaran yang lebih bermakna.
Refleksi
Pentaksiran Sains Sekolah Rendah (SCE 3111) merupakan salah satu
matapelajaran yang agak mencabar memandangkan kami merupakan guru
sains yang jarang terlibat dalam membina item ujian. Walaubagaimanapun saya
mengangap tugasan ini sebagai satu tugasan yang dapat membantu saya
memahami kaedah pentaksiran mata pelajaran sains. Namun setelah
18
berminggu-minggu cuba menyiapkan tugasan ini, saya mendapati tugasan ini
boleh dilaksanakan dengan bantuan dan bimbingan daripada pensyarah saya
iaitu En Mohd Nazri Bin Hassan serta rakan-rakan seperjuangan. Bahan-bahan
bagi matapelajaran ini juga mudah didapati dan rakan-rakan turut berkongsi
maklumat dalam melaksanakan tugasan ini.
Melalui tugasan ini, saya dapat memperolehi banyak pengetahuan dan
ilmu baharu yang sebelum ini saya agak kurang arif. Pembinaan item soalan
objektif merupakan tugasan yang utama bagi semester ini. Jadual Spesifikasi
Ujian atau Jadual Penentuan Ujian merupakan komponen yang amat penting
sebelum membina ujian. JSU banyak membantu pendidik dalam menentukan isi
pelajaran yang hendak diuji dan aras kesukarannya. Bilangan soalan juga dapat
ditentukan melalui jadual ini. Tanpa penggunaan JSU, guru mungkin akan
berhadapan dengan pembinaan ujian yang sistematik dan merumitkan.
Langkah-langkah pembinaan JSU perlulah diikuti dengan betul untuk
mengelakkan kekeliruan dalam pembinaan soalan. Apabila JSU sudah siap
dibina, barulah guru boleh membina item soalan berdasarkan JSU tersebut.
Pada kali ini, saya membina item soalan objektif untuk murid tahun 5.
Pembinaan item ini agak mengelirukan kerana saya terpaksa membezakan aras
kesukaran bagi setiap soalan berdasarkan Taksonomi Bloom.
Situasi penilaian disekolah sedang dan bakal berubah. Merujuk kepada proses
pelaksanaan kurikulum baru iaitu Kurikulum Sepadu Sekolah Rendah (KSSR)
yang mana sedang dijalankan sejak tahun lalu. Ketika ini, murid tahun dua dan
satu menggunakan penilaian individu bagi setiap aktiviti yang mereka lakukan.
Contohnya, pada hari tersebut guru melakukan aktiviti membaca dan selepas itu
guru akan menilai pengajaran mereka pada hari tersebut untuk dimasukkan
kedalam data murid.
Perangkaan KSSR adalah bertujuan untuk menilai murid melalui potensi
kendiri dari semasa ke semasa. Ia adalah penilaian yang berterusan dan
merangkumi keseluruhan aspek yang ingin dinilai. Guru berperanan sebagai
pendidik dan kemudian sebagai panel penilai murid. Daripada penilaian dapatlah
guru merangka strategi untuk membantu murid yang lemah atau menambah baik
19
kualiti pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, guru dapat melihat
perkembangan yang murid tampilkan semasa dalam sesi penilaian.
Daripada tugasan SCE 3111 saya telah belajar jenis-jenis soalan objektif
yang boleh dibina dan dapat mempelajari kaedah menentukan indeks kesukaran
dan indeks dikriminasi dalam melaksanakan sesuatu pengujian untuk murid-
murid. Pada pendapat saya tugasan ini patut diteruskan demi melengkapkan
pendidik seperti saya tentang ilmu membina soalan dan kemahiran ini boleh
diaplikasikan semasa disekolah nanti.
Rujukan
20
1. http://www.slideshare.net/niena17/pembinaan-soalan
2. http://www.slideshare.net/rielsyah90/pmbntngn-konsep-pengujian-
pntksiran-pnilaian
3. http://www.slideshare.net/aimanrais/panduan-skima-pemarkahan-
bahasa-melayu-kertas-terkini
4. http://www.slideshare.net/nadzanis_89/perancangan-ujian
5. http://www.slideshare.net/huuriyahbahiirah/klasifikasi-ujian-2
6. Mok Soon Sang, Pedagogi 3, Kumpulab Budiman Sdn. Bhd. Subang
Jaya, Edisi Ke-3 2002.
21