Modul sce 3111

55
[MODUL SCE 3111 : PENTAKSIRAN DALAM SAINS] IPGKDRI GOODLUCK IN EXAM 1 TAJUK 1 PENGUJIAN, PENGUKURAN, PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN SINOPSIS Topik ini membincangkan definisi istilah bagi ujian, pengukuran, pentaksiran dan penilaian.Seterusnya membincangkan beberapa tujuan pentaksiran seperti maklum balas,laporan,penempatan, perancangan dan penggredan. HASIL PEMBELAJARAN 1. Menjelaskan maksud dan konsep bagi ujian, pengukuran, pentaksiran dan penilaian. 2. Menghuraikan tujuan pentaksiran seperti untuk maklum balas, pelaporan, penempatan, perancangan serta penggredan. KERANGKA TAJUK-TAJUK Rajah 1.0 Kerangka tajuk Definisi istilah Pengujian/ujian Pengukuran Pentaksiran penilaian maklumbalas Pelaporan Penempatan Perancangan Penggredan

Transcript of Modul sce 3111

Page 1: Modul sce 3111

[MODUL SCE 3111 : PENTAKSIRAN DALAM SAINS] IPGKDRI

GOODLUCK IN EXAM 1

TAJUK 1 PENGUJIAN, PENGUKURAN, PENTAKSIRAN DAN

PENILAIAN

SINOPSIS

Topik ini membincangkan definisi istilah bagi ujian, pengukuran, pentaksiran

dan penilaian.Seterusnya membincangkan beberapa tujuan pentaksiran seperti

maklum balas,laporan,penempatan, perancangan dan penggredan.

HASIL PEMBELAJARAN

1. Menjelaskan maksud dan konsep bagi ujian, pengukuran, pentaksiran dan

penilaian.

2. Menghuraikan tujuan pentaksiran seperti untuk maklum balas, pelaporan,

penempatan, perancangan serta penggredan.

KERANGKA TAJUK-TAJUK

Rajah 1.0 Kerangka tajuk

Definisi istilah

Pengujian/ujian

Pengukuran

Pentaksiran penilaian

maklumbalas

Pelaporan

Penempatan

Perancangan

Penggredan

Page 2: Modul sce 3111

[MODUL SCE 3111 : PENTAKSIRAN DALAM SAINS] IPGKDRI

GOODLUCK IN EXAM 2

ISI KANDUNGAN

1.0 Pengenalan

Aktiviti penilaian dalam bidang sains bermula dengan kajian yang dijalankan oleh

Galton dan Binet untuk mengukur kebolehan individu. Konsep penilaian

seterusnya berkembang sehingga muncul beberapa istilah yang berkaitan

seperti pengukuran, penilaian dan pentaksiran.

1.1 Pengujian

Pengujian bolehlah dianggap sebagai proses penyerahan set soalan

yang piawai yang perlu dijawab, atau satu set instrument bagi mengukur

sampel tingkah laku atau perubahan seseorang pelajar atau individu.

Menurut Cronbach(1970), ujian ialah satu prosedur yang sistematik untuk

memerhati perlakuan atau tingkah laku seseorang individu dan

menjelaskannya dengan bantuan skala bernombor, atau satu system

yang berkategori.Menurut Raminah(1991), ujian adalah suatu cara untuk

mendapatkan contoh perlakuan yang diperlihatkan oleh murid dalam

keadaan yang dikawal atau ditentukan. Maklumat yang diperoleh akan

dijadikan dasar untuk membuat penilaian atau pengadilan.

Proses pengujian biasanya bermula dengan peringkat persediaan, diikuti

pelaksanaan/pentadbiran ujian dan berakhir dengan pemeriksaan skrip

jawapan. Melalui pengujian inilah seseorang guru mengetahui tahap

pencapaian pelajar mereka. Oleh itu kecekapan guru untuk membina alat

pengujian yang baik sangat mustahak bagi menjamin keberkesanan

pengajaran dan pembelajaran para pelajar.

1.2 Pengukuran

Pengukuran didefinisikan sebagai suatu proses untuk

mendapatkan penjelasan secara numerik(melalui angka) tentang

sebanyak mana pelajar mempunyai sesuatu ciri yang diukur

Page 3: Modul sce 3111

[MODUL SCE 3111 : PENTAKSIRAN DALAM SAINS] IPGKDRI

GOODLUCK IN EXAM 3

dengan menggunakan alat tertentu atau proses menentukan

sejauhmana seseorang individu memiliki ciri-ciri tertentu. Untuk

lebih mudah difahami tentang prestasi dan keupayaan seseorang

individu kita menggunakan sesuatu pengukuran berbentuk angka,

misalnya peratus ujian sains adalah untuk menggambarkan

prestasi pelajar dalam subjek tersebut.

1.3 Pentaksiran

Pentaksiran boleh didefinisikan sebagai proses mendapatkan

maklumat dan menggunakannya untuk membuat keputusan

tentang pelajar, kurikulum, program atau dasar. Pentaksiran ialah

aktiviti pelengkap dalam sesuatu pengajaran. Ianya dilaksanakan

secara formal atau tidak formal semasa pengajaran berjalan sama

ada secara sedar atau tidak. Aktiviti pentaksiran bergerak seiring

dengan aktiviti pengajaran serta mempunyai tujuan dan peranan

yang tertentu seperti untuk tujuan formatif, sumatif, diagnostik atau

penerokaan.

Mentaksir kebolehan pelajar secara ujian merupakan satu

kemestian dalam pengajaran. Ujian yang dilaksanakan terdiri dari

pelbagai bentuk iaitu objektif dan subjektif. Secara umumnya

pentaksiran membawa maksud yang berbeza daripada penilaian,

iaitu skop pentaksiran lebih luas daripada penilaian. Dalam

pentaksiran sudah termasuk elemen penilaian formal dan tidak

formal.

Page 4: Modul sce 3111

[MODUL SCE 3111 : PENTAKSIRAN DALAM SAINS] IPGKDRI

GOODLUCK IN EXAM 4

1.4 Penilaian

Penilaian dilakukan dengan pelbagai matlamat. Ia juga dianggap

sebagai satu cara untuk mendapatkan bukti yang tepat tentang

sesuatu perkara. Ia seringkali digunakan dalam sebarang kaedah

untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Justeru ia dianggap

sebagai proses membuat pertimbangan atau keputusan dalam

memberikan nilai, mutu, kualiti atau harga bagi sesuatu benda atau

perkara. Menurut Stufflebeam(1971), penilaian sebagai proses

menerangkan sesuatu secara terperinci melalui mencari dan

memberi maklumat yang berguna dalam mempertimbangkan

alternatif-alternatif keputusan. Menurut Gay(1985), penilaian ialah

satu proses yang sistematik semasa mengumpul dan menganalisis

data bagi menentukan sama ada sesuatu objektif yang telah

ditetapkan itu telah tercapai. Popham(1975) menyatakan penilaian

yang sistematik perlu mempunyai satu tafsiran yang formal tentang

nilai fenomena pendidikan.

Dalam bidang pendidikan penilaian mencakupi aspek-aspek hasil

pengajaran dan pembelajaran dan juga hasil sesuatu program

pengajian. Selain data kuantitatif penilaian juga boleh dibuat

melalui data berbentuk kualitatif misalnya melalui pemerhatian atau

temubual. Secara ringkasnya penilaian merangkumi tiga proses

utama iaitu, mengukur, menganalisis ukuran dan

menginterpretasikan ukuran.

Latihan

1. Dapatkan maklumat lanjut dari laman web

http://www.gao.gov/special.pubs/pe1014.pdf

2. Jelaskan perbezaan antara pengujian,pengukuran,penilaian dan

pentaksiran.

Page 5: Modul sce 3111

[MODUL SCE 3111 : PENTAKSIRAN DALAM SAINS] IPGKDRI

GOODLUCK IN EXAM 5

2.0 TUJUAN PENTAKSIRAN

Matlamat utama pentaksiran yang dilaksanakan adalah untuk

memperbaiki proses pengajaran dan pembelajaran. Ianya sudah

tentu akan memberikan manfaat kepada bukan sahaja guru tetapi

juga pelajar, ibu bapa serta pembuat dasar di kementerian

pelajaran. Hasil penilaian yang dijalankan dapat dijadikan asas oleh

guru untuk mengambil sebarang keputusan berkait dengan proses

pengajaran demi untuk meningkatkan keberkesanannya.

Secara umumnya tujuan pentaksiran atau penilaian yang

dilaksanakan adalah untuk mendapatkan Maklum balas,membuat

pelaporan, penempatan, merancang aktiviti serta penggredan.

2.1 Maklum balas

Penilaian yang dilakukan oleh guru dapat memberikan

maklum balas kepada guru tentang tahap penguasaan

pelajar terhadap pengetahuan dan kemahiran yang telah

diajar. Selain itu penilaian juga dapat memberi maklum balas

tentang masalah yang dihadapi oleh pelajar. Guru dapat

mengenal pasti kemajuan seseorang pelajar serta tahap

kecerdasan dan kecepatan seseorang pelajar. Seterusnya

guru dapat mengambil tindakan yang bersesuaian bagi

menangani sebarang masalah pelajarnya.

Penilaian yang dijalankan sepanjang tempoh pengajaran

dan pembelajaran dapat menunjukkan kemajuan pelajar

dalam satu jangka masa tertentu. Ianya dapat memberi

maklum balas kepada guru tentang masalah yang dihadapi

Page 6: Modul sce 3111

[MODUL SCE 3111 : PENTAKSIRAN DALAM SAINS] IPGKDRI

GOODLUCK IN EXAM 6

pelajar seterusnya mengambil tindakan serta pendekatan

yang paling sesuai untuk membantu pelajar.

2.2 Pelaporan

Hasil penilaian yang dilaksanakan oleh guru seharusnya

dikongsi bersama oleh pelajar, ibu bapa serta pihak

kementerian. Justeru satu bentuk pelaporan yang standard

perlu disebarkan bagi makluman dan tindakan seterusnya.

Laporan yang dihasilkan juga boleh membantu pelajar

menyedari tahap kendiri serta prestasi masing-masing yang

menyumbang kepada motivasi mahu pun tindakan

penambahbaikan. Kepada ibu bapa ianya sangat mustahak

bagi mengenalpasti dan maklumat sebenar berkaitan

prestasi anak-anak mereka. Kerjasama ibu bapa di rumah

bagi membantu anak-anak dalam menguasai pengetahuan

dan kemahiran sangat membantu pelajar bagi

meningkatkan pencapaian mereka. Kepada pihak PPD,

JPN serta kementerian ianya sangat membantu dalam

menggubal atau menambahbaik kurikulum yang sedia ada

serta memperkenalkan pembaharuan di mana-mana yang

perlu dalam sistem pendidikan negara.

2.2 Penempatan

Tujuan penilaian juga adalah untuk memilih dan

menempatkan pelajar mengikut tahap penguasaan dan

kemahiran mereka. Ia juga bertujuan untuk menentukan

aliran serta kecenderungan mereka dalam bidang yang

berbeza-beza. Secara lebih khusus guru perlu

menempatkan pelajar dalam kumpulan yang sesuai supaya

guru dapat menyesuaikan pula dengan kaedah dan

Page 7: Modul sce 3111

[MODUL SCE 3111 : PENTAKSIRAN DALAM SAINS] IPGKDRI

GOODLUCK IN EXAM 7

pendekatan yang diambil semasa proses pengajaran dan

pembelajaran.

2.4 Perancangan

Pentaksiran yang dijalankan juga dapat menggambarkan

tahap penguasaan pelajar dalam isi kandungan serta

kemahiran yang dikuasai. Ini akan membantu guru

merancang aktiviti serta mengambil tindakan yang

sewajarnya serta bersesuaian dengan pelajar berkaitan.

Perancangan jangka pendek dan jangka panjang akan

membantu guru mencapai target yang ditetapkan atau yang

harus dicapai.

2.5 Penggredan

Penilaian sumatif yang dilaksanakan memerlukan intepretasi

yang lebih terperinci terutamanya bagi menentukan tahap

pencapaian pelajar dalam sesuatu subjek atau kemahiran.

Untuk itu pelajar perlu diberi gred bagi memudahkan pihak

ketiga mengenal pasti keupayaan pelajar terutama apabila

memilih aliran atau untuk menyambung pelajaran ke

peringkat yang lebih tinggi.

Latihan

1. Bagaimanakah penilaian dapat membantu memperbaiki

pengajaran dan pembelajaran?

2. Mengapakah penilaian perlu dijalankan dalam bilik darjah?

Page 8: Modul sce 3111

[MODUL SCE 3111 : PENTAKSIRAN DALAM SAINS] IPGKDRI

GOODLUCK IN EXAM 8

Ringkasan

Pengujian: Proses/prosedur yang sistematik bagi mengukur

pencapaian pelajar yang biasanya dibuat secara bertulis. Tujuan

pengujian ialah untuk menentukan pencapaian pelajar dalam

sesuatu sesi pembelajaran.

Pengukuran:Proses/prosedur yang sistematik bagi mengukur

perubahan tingkah laku pelajar yang boleh dibuat secara

pemerhatian, lisan atau secara bertulis. Tujuan pengujian ialah

untuk menentukan perubahan tingkah laku pelajar, termasuk

pencapaian akademik, penguasaan kemahiran dan sikap pelajar.

Penilaian: Proses/prosedur yang sistematik bagi membuat

pertimbangan dalam menafsir hasil pengukuran, yang bertujuan

untuk memberi maklumat tentang pencapaian akademik,

kemahiran atau sikap.

Pentaksiran: Proses/prosedur yang sistematik bagi mendapatkan

maklumat dan membuat pertimbangan tentang hasil pembelajaran.

Page 9: Modul sce 3111

[MODUL SCE 3111 : PENTAKSIRAN DALAM SAINS] IPGKDRI

GOODLUCK IN EXAM 9

TAJUK 2 Bidang pentaksiran dan Bentuk pentaksiran.

SINOPSIS

Topik ini membincangkan mengenai bidang pentaksiran dan bentuk pentaksiran

yang dijalankan dalam pengajaran dan pembelajaran sains sekolah rendah.

HASIL PEMBELAJARAN

1. Mengenal pasti bidang pentaksiran dalam pendidikan sains.

2. Menentukan bentuk pentaksiran dalam pengajaran sains di sekolah-

sekolah rendah.

KERANGKA TAJUK-TAJUK

Rajah 1.0 Kerangka tajuk

Pentaksiran

Bidang

Pengetahuan Kemahiran Sikap saintifik

dan nilai murni

Bentuk

Formatif Sumatif Autentik

Page 10: Modul sce 3111

[MODUL SCE 3111 : PENTAKSIRAN DALAM SAINS] IPGKDRI

GOODLUCK IN EXAM 10

ISI KANDUNGAN

2.1 Bidang Pentaksiran

Selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara aspek-aspek penting dalam

pendidikan di Malaysia ialah untuk melahirkan warga negara yang

berpengetahuan dan berkemahiran serta memiliki nilai murni. Manakala

bagi subjek sains aspek satu lagi aspek penting ialah untuk diterapkan

ialah tentang sikap saintifik. Oleh itu pentaksiran yang dilaksanakan

bertujuan menyemak sejauh mana bidang-bidang tersebut dapat dikuasai

oleh murid-murid.

2.1.1 Pengetahuan

Pengetahuan atau ilmu (Knowledge) merujuk kepada kefahaman manusia

terhadap sesuatu perkara, yang mana ia merupakan kefahaman yang

sistematik dan diusahakan secara sedar. Pada umumnya, ilmu

mempunyai potensi untuk dimanfaatkan demi kebaikan manusia.

Ilmu merupakan pemahaman bermakna ataupun sesuatu yang

memberikan makna kepada diri individu apabila datangnya sesuatu

sumber maklumat yang dikatakan berkaitan dengan sesuatu kajian

ataupun memerlukan kefahaman.Ilmu adalah berbeza dengan maklumat

iaitu sesuatu maklumat tidak bererti atau bermakna sekiranya ia tidak

dapat dijadikan makna atau mendatangkan makna kepada seseorang

contohnya data-data dari komputer (binary code) tidak bermakna

sekiranya tidak dirangkumkan untuk dijadikan perisian yang berguna

kepada manusia dan ianya hanya akan kekal sebagai data.

Bagi subjek sains pengetahuan adalah berasaskan kepada metodologi

empirikal, bermakna ilmu sains berkembang melalui penerokaan,

Page 11: Modul sce 3111

[MODUL SCE 3111 : PENTAKSIRAN DALAM SAINS] IPGKDRI

GOODLUCK IN EXAM 11

penyiasatan dan eksperimen. Disiplin sains menekankan kepada dapatan-

dapatan atau bukti-bukti yang konkrit seterusnya membina teori-teori dan

konsep-konsep sains yang seterusnya berkembang membentuk

pengetahuan baru kerana ilmu itu adalah sesuatu yang dinamik.

Sebagai satu bidang ilmu pengetahuan, sains membekalkan satu rangka

konsep yang membolehkan kanak-kanak memahami alam sekeliling

mereka. Ilmu pengetahuan sains ini akan menjadi lebih bermakna kepada

murid jika mereka dibantu menghubungkan fakta dan konsep, membuat

pengitlakan dan mengaitkan pembelajaran baru dengan ilmu yang sedia

ada. Ini membolehkan mereka memahami situasi dan maklumat baru.

Berasaskan kaedah inkuiri, sains dapat memperkembangkan kemahiran

untuk menyiasat alam sekitar mereka di samping mendapatkan ilmu

pengetahuan. Inkuiri secara saintifik juga memerlu dan membolehkan

murid memperkembangkan sikap yang positif.

2.1.2 Kemahiran

Kemahiran proses sains perlu ditekankan kerana pertama, nilai

penguasaan kemahiran proses sains dari segi intelek adalah lebih tinggi

daripada semata-mata penguasaan fakta dan prinsip sains. Kemahiran

proses yang dipelajari dalam sains adalah sebenarnya boleh diaplikasikan

dalam kehidupan harian kita. Apabila murid-murid telah menguasai

kemahiran ini, mereka boleh mengemukakan soalan dan mencari jawapan

tentang alam sekeliling serta membentuk idea dan konsep dengan sendiri

.Kedua, menurut kajian yang telah dijalankan oleh beberapa universiti di

luar negara, mendapati murid-murid membentuk idea masing-masing

tentang fenomena alam semulajadi sejak kecil lagi. Oleh itu, mereka

sebenarnya bukanlah semata-mata mempelajari sesuatu yang baru di

Page 12: Modul sce 3111

[MODUL SCE 3111 : PENTAKSIRAN DALAM SAINS] IPGKDRI

GOODLUCK IN EXAM 12

sekolah tetapi membina atau mengubahsuai pengalaman yang sediada

melalui pendekatan inkuiri yang digunakan oleh guru.

Kemahiran Proses Sains terbahagi kepada:

* Memerhati

* Mengelas

* Mengukur dan menggunakan nombor

* Membuat inferens

* Meramal

* Berkomunikasi

* Menggunakan perhubungan ruang dan masa

* Mentafsir maklumat

* Mendefinisikan secara operasi

* Mengawal pembolehubah

* Membuat hipotesis

* Mengeksperimen

2.1.3 Sikap saintifik

Sikap saintifik ialah merujuk kepada sikap yang perlu ada pada seseorang

khususnya pelajar-pelajar kearah membentuk pemikiran, kemahiran dan

sikap sesuai sebagaiamana seorang saintis. Terdapat beberapa sikap

saintifik yang perlu ada iaitu;

1. Bersikap inkuiri

2. Mempunyai objektif (Objectivity)

3. Berfikiran terbuka (Open-mindedness)

4. Perseverance

5. Kemanusiaan (Huminity)

6. Sanggup menerima kegagalan (Ability to

accept failure).

7. Skeptikal

Page 13: Modul sce 3111

[MODUL SCE 3111 : PENTAKSIRAN DALAM SAINS] IPGKDRI

GOODLUCK IN EXAM 13

2.2 Bentuk Pentaksiran

2.2.1 Penilaian Formatif

Penilaian dijalankan secara berterusan dalam proses pengajaran dan

pembelajaran.

Maklumat yang diperoleh daripada penilaian formatif dapat memberi

maklum balas tentang sejauh mana sesuatu hasil pembelajaran telah

dikuasai.

Maka guru dapat mengetahui tentang kelemahan dan kekuatan serta

potensi seseorang murid dan mengambil tindakan susulan yang

sewajarnya.

Guru juga boleh menilai kemajuan murid dalam pelbagai aspek termasuk

aspek-aspek yang tidak dapat dinilai secara berpusat.

2.2.2 Penilaian Sumatif

Penilaian sumatif dikaitkan dengan penilaian pada akhir tahun atau pada

akhir semester.

Penilaian ini memberikan nilai yang membezakan pencapaian seorang

murid dengan murid lain dan seringkali digunakan untuk membuat

pemilihan.

Penilaian secara berpusat iaitu UPSR, PMR, SPM dan STPM biasanya

dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.

Keputusan penilaian secara berpusat dapat memberi maklumat tentang

pencapaian murid di seluruh negara.

Page 14: Modul sce 3111

[MODUL SCE 3111 : PENTAKSIRAN DALAM SAINS] IPGKDRI

GOODLUCK IN EXAM 14

2.2.3 Autentik

Pentaksiran autentik menurut Pert (1990) merupakan bentuk penilaian

yang berdasarkanpencapaian sebenar yang ditunjukkan oleh kanak-kanak

di dalam bilik darjah.

Pentaksiran autentik ini meliputi pentaksiran dari pelbagai aspek merangkumi pengetahuan pelajar, pemahaman mendalam, penyelesaian masalah, kemahiran sosial, sikap terhadappersekitaran, dan simulasi terhadap situasi dunia sebenar.-

Dalam erti kata lain, pentaksiran autentik ini juga merupakan suatu proses yang melibatkanpelbagai bentuk pengukuran prestasi yang boleh mereflek tahap pembelajaran pelajar,kejayaan, motivasi dan sikap pada aktiviti yang releven.-

Kepentingan Pentaksiran Autentik dan Pentaksiran Performance BasedAutentik

- Menghendaki pelajar menggunakan pengetahuan dengan

bermakna

- Menghendaki pelajar mahir menggunakan pelbagai kemahiran

(contohnya, penulisan,penyelidikan, perdebatan, kemahiran

komunikasi dan kemahiran berfikir secara kritis)

- Memberi pelajar peluang untuk memperbaiki dan melakukan

penambahbaikan melaluipemikiran kritis dari masa ke semasa dalam memperoleh kejayaaan pada masa hadapan.

- Merangsang pelajar menggunakan kombinasi kemahiran,

pengetahuan, kemampuan yangada dalam dunia sebenar.

- kurang kepada kertas dan pensel lebih kepada amali, portfolio, persembahan, pemerhatian, penulisan, lisan, pameran dan eksperimen

Page 15: Modul sce 3111

[MODUL SCE 3111 : PENTAKSIRAN DALAM SAINS] IPGKDRI

GOODLUCK IN EXAM 15

Latihan

Jawab soalan-soalan berikut.

1. Kurikulum Sains Rendah mengintegrasikan pengetahuan, kemahiran

dan nilai-nilai dalam pengajaran dan pembelajaran sains. Dengan

merujuk kepada Falsafah Pendidikan Negara cuba kenal pasti perkara-

perkara tersebut.

2. Cadangkan satu contoh aktiviti penilaian dan bidang yang dinilai

dengan melengkapkan jadual berikut;

Bidang

Contoh Aktiviti Penilaian

Page 16: Modul sce 3111

[MODUL SCE 3111 : PENTAKSIRAN DALAM SAINS] IPGKDRI

GOODLUCK IN EXAM 16

TAJUK 3 Alat pentaksiran

SINOPSIS

Topik ini membincangkan mengenai alat-alat pentaksiran yang digunakan untuk

tujuan penilaian dan pentaksiran sains sekolah rendah.

HASIL PEMBELAJARAN

1.Mengenal pasti alat-alat pentaksiran yang digunakan dalam pengajaran

sains di sekolah-sekolah rendah.

2. Menjelaskan bagaimana alat-alat tersebut digunakan sesuai dengan

tujuan dan aktiviti pentaksiran.

KERANGKA TAJUK-TAJUK

Rajah 1.0 Kerangka tajuk

Alat Pentaksiran

Potfolio

Sampel Kerja Pelajar

Contoh: Jurnal

Buku Nota

Laporan amali

Peta Konsep

Projek

Aktiviti Bilik Darjah

Cth: Perbincangan

Sumbang saran

Teknik Penilaian Kumpulan

Ujian Kertas Pensel

Ujian objektif

Ujian Subjektif

Page 17: Modul sce 3111

[MODUL SCE 3111 : PENTAKSIRAN DALAM SAINS] IPGKDRI

GOODLUCK IN EXAM 17

ISI KANDUNGAN

3.0 Alat-alat Pentaksiran

3.1 Portfolio

Portfolio pelajar adalah dokumen yang merupakan koleksi bukti-bukti yang

disediakan oleh pelajar untuk menunjukkan penguasaan, kefahaman,

aplikasi dan sintesis konsep-konsep sains. Pentaksiran menggunakan

strategi portfolio mengambil masa yang agak lama namun dapat memberi

ruang kepada pelajar untuk mendalaminya. Bagi menyediakan portfolio

yang berkualiti pelajar perlu menyusun, sintesis dan menerangkan dengan

jelas apa yang telah dipelajari. Oleh itu portfolio merupakan refleksi

pelajar keatas proses pembelajaran mereka sendiri.

3.2 Sampel kerja pelajar

Hasil kerja pelajar boleh digunakan sebagai alat pentaksiran. Antara hasil kerja pelajar yang boleh digunakan sebagai bukti pembelajaran pelajar dan dinilai ialah;

a. Jurnal Jurnal pembelajaran adalah koleksi nota, pemerhatian, pemikiran dan bahan yang relevan dimana telah dibina dalam satu jangka

masa tertentu. Jurnal pembelajaran membantu pelajar membuat refleksi pembelajaran dan berpeluang untuk berkomunikasi mengenai proses berfikir tentang apa yang telah dilakukan. Ia adalah bersifat peribadi kepada pelajar berkenaan dan menggambarkan personaliti, kecenderungan dan pengalaman seseorang pelajar.

b. Buku Nota Bahan-bahan pembelajaran samada yang disampaikan oleh pelajar

atau dicari sendiri oleh pelajar dikumpul sebagai nota subjek.

Berdasarkan buku nota tersebut penilaian boleh dilakukan dari

Page 18: Modul sce 3111

[MODUL SCE 3111 : PENTAKSIRAN DALAM SAINS] IPGKDRI

GOODLUCK IN EXAM 18

aspek adakah nota itu lengkap, merangkumi semua topik dan

maklumat yang detail. Persembahan nota juga boleh dinilai

samada tersusun, menggunakan pengurusan grafik, jelas dan

menarik

c. Laporan amali

Laporan amali adalah satu laporan berformat yang dibuat selepas

selesai sesuatu sesi amali atau penyiasatan sains. Kandungan

laporan amali adalah terdiri dari tujuaneksperimen, prosedue,

keputusan dan perbincangan. Laporan amali berfungsi sebagai alat

yang efektif dalam usaha memberi makna kepada apa yang telah

dilakukan oleh pelajar semasa sesi amali.

d. Peta Konsep

Otak manusia boleh diibaratkan sebagai hutan di mana terdapat

puluhan ribu pohon dengan ratusan ribu cabang besar, jutaan

dahan dan ranting. Peta konsep dibuat dengan cara yang sama

seperti pohon yang mempunyai cabang-cabang dan ranting. Dalam

menyusun peta konsep otak kiri dan otak kanan dilibatkan. Ketika

informasi baru diserap dengan menggunakan peta-peta konsep,

kapasiti penyimpanan akan meningkat.Peta konsep atau peta

pembelajaran adalah cara dinamik untuk menangkap fakta-fakta

utama informasi yang signifikan. Mereka menggunakan format

global atau umum, yang memungkinkankan informasi ditujukan

dalam cara mirip seperti otak kita berfungsi dalam pelbagi arah

secara serentak. Dengan demikian, proses menyajikan dan

menangkap isi pelajaran dalam peta-peta konsep mendekati

operasi asas dalam berfikir tentang suatu subjek secara global dan

memungkinkan keluwesan pemikiran .

Page 19: Modul sce 3111

[MODUL SCE 3111 : PENTAKSIRAN DALAM SAINS] IPGKDRI

GOODLUCK IN EXAM 19

e. Projek Kaedah projek yang diasaskan oleh John Deney, menggalakkan

pelajar mempelajari sesuatu melalui pengalaman, permerhatian

dan percubaan. Biasanya kaedah ini memberi peluang kepada

pelajar menggunakan kemudahan alat deria mereka untuk

membuat pengamatan dan penanggapan secara berkesan.

Kaedah ini member peluang kepada pelajar untuk menunjukkan

kreativiti, imaginasi dan bakat mereka dalam menyiapkan tugasan

yang telah diberikan oleh guru mengikut cara mereka sendiri.

Pelajar merasa seronok menjalankan ujikaji aktiviti lain yang

dilakukan dalam situasi sebenar dan bermakna.

3. Aktiviti bilik darjah

Aktiviti-aktiviti dalam bilik darjah seperti pembentangan, perbincangan,

dan sumbang saran dapat dijadikan sebagai alat pentaksiran melalui

pemerhatian oleh guru atau penilaian rakan sebaya. Untuk tujuan

pelaksanaan pentaksiran guru perlu bersedia untuk membuat

pemerhatian denganmembuat keputusan tentang jenis tingkahlaku,

tindakan, dan kemahiran yang ingin diperhatikan. Masalah yang mungkin

timbul dalam penilaian berdasarkan pemerhatian adalah unsur subjektif

ketidakadilan. Masalah ini sebenarnya tidak akan timbul sekiranya

tingkahlaku yang ingin diperhatikan diberi definisi secara objektif dan

boleh dilihat sebagai ada atau tiada. Sebagai satu panduan dalam

menggunakan kaedah pentaksiran ini, berikut adalah perkara-perkara

yang perlu dilakukan ialah dengan memahami asas pemerhatian dan

membezakan di antara tingkahlaku yang subjektif dan objektif. Pemerhati

juga perlu membezakan di antara deskripsi dan membuat inferens.

Supaya lebih tekal dan sistematik pemerhati perlu menyediakan borang

pemerhatian untuk merekod kekerapan sesuatu tingkahlaku, tindakan,

dan kemahiran itu timbul.

Page 20: Modul sce 3111

[MODUL SCE 3111 : PENTAKSIRAN DALAM SAINS] IPGKDRI

GOODLUCK IN EXAM 20

4. Ujian kertas pensel.

Pentaksiran menggunakan alat ujian kertas dan pensel amat popular

untuk mendapat maklumbalas atau data mengenai prestasi pelajar. Ujian

boleh dibina samada ujian objektif atau ujian subjektif. Penggunaan ujian

gemar digunakan oleh penilai kerana ia boleh digunakan dalam jangka

masa yang singkat dan mudah dikendalikan. Cabaran utama penggunaan

alat ini ialah dalam pembinaan item ujian samada objektif dan subjektif.

Soalan-soalan yang dibina perlu berkualiti, menepati sukatan pelajaran

dan memenuhi dari aspek kesahan dan keboleh percayaan.

Latihan

Jawab soalan-soalan berikut;

1. Ada pandangan yang mengatakan bahawa sekiranya tiada penilaian dan

pentaksiran murid-murid tidak akan serius dalam pembelajaran mereka.

Apa komen anda?

2. Laporan amali atau eksperimen perlu digabungkan dengan pantaksiran

pemerhatian. Adakah anda bersetuju dengaan pendapat tersebut dan beri

justifikasi anda.

3. Penilaian secara ujian pen dan pensel lebih mudah dan lebih baik

berbanding potfolio. Beri komen anda.

4. Pendekatan semasa yang mementingkan alat ujian dan peperiksaan tidak

menggalakkan kreativiti dalam kalangan pelajar. Apa pendapat anda?

Kini pihak Kementerian Pelajaran Malaysia telah mula beralih kepada Penilaian

Berasaskan Sekolah. Jelaskan implikasinya kepada tugas guru di sekolah.

Page 21: Modul sce 3111

[MODUL SCE 3111 : PENTAKSIRAN DALAM SAINS] IPGKDRI

GOODLUCK IN EXAM 21

TAJUK 5 REKA BENTUK DAN PEMBINAAN UJIAN

SINOPSIS

Tajuk ini akan membincangkan berkaitan objektif ujian,tempoh masa dan jenis ujian, jadual spesifikasi ujian, taksonomi Bloom dan taksonomi SOLO.

HASIL PEMBELAJARAN

1. Mengenal pasti beberapa objektif ujian yang dilaksanakan di

sekolah.

2. Mengenal pasti tempoh masa dan jenis ujian yang biasa dijalankan

di sekolah

3. Membina jadual spesifikasi ujian berdasarkan jenis ujian yang akan

dilaksanakan.

4. Mengkaji dan memahami taksonomi SOLO dan taksonomi Bloom

KERANGKA TAJUK

Rajah 2 : Kerangka Tajuk-Tajuk

Reka Bentuk dan Pembinaan Ujian

Objektif ujian

Tempoh masa dan jenis ujian

jadual spesifikasi ujian

Taksonomi SOLO dan Taksonomi

Bloom

Page 22: Modul sce 3111

[MODUL SCE 3111 : PENTAKSIRAN DALAM SAINS] IPGKDRI

GOODLUCK IN EXAM 22

ISI KANDUNGAN

5.1 Objektif Ujian

Dalam pembinaan ujian langkah pertama ialah menentukan tujuan atau objektif

ujian tersebut. Perkara ini sangat penting kerana ia akan menentukan

bagaimana jadual spesifikasi ujian akan disediakan. Dalam konteks bilik darjah,

tujuan ujian dikelaskan kepada empat iaitu ujian penempatan, ujian diagnostik,

ujian formatif dan ujian sumatif.

Ujian penempatan bertujuan untuk memperoleh maklumat yang dapat digunakan

untuk menempatkan murid dalam kumpulan tertentu. Ujian diagnostik pula

bertujuan untuk menentukan punca masalah supaya langkah pemulihan dapat

diambil dengan segera dan betul. Ujian formatif bertujuan untuk menentukan

kemajuan murid serta tahap penguasaan mereka dalam pelajaran. Ujian sumatif

pula mengukur pencapaian murid pada akhir tahun atau pada akhir sesuatu

kursus untuk tujuan penggredan dan pemeringkatan.

5.2 Tempoh Masa dan Jenis Ujian

Secara umumnya terdapat dua jenis ujian berdasarkan tujuan penilaian itu

dibuat, iaitu ujian rujukan norma dan ujian rujukan kriteria. Ujian rujukan norma

dijalankan bagi membandingkan pencapaian seseorang murid dengan murid

yang lain dalam satu ujian yang sama. Ujian rujukan norma biasanya meliputi

satu bidang pelajaran yang luas dan selalunya untuk penilaian sumatif. Ia juga

digunakan untuk mengukur perbezaan pencapaian individu. Ujian ini disediakan

menggunakan jadual spesifikasi ujian serta merangkumi pelbagai tahap

kesukaran untuk mendapatkan diskriminasi maksimum antara calon.

Page 23: Modul sce 3111

[MODUL SCE 3111 : PENTAKSIRAN DALAM SAINS] IPGKDRI

GOODLUCK IN EXAM 23

Ujian rujukan kriteria pula digunakan untuk membandingkan pencapaian dengan

kriteria yang ditentukan. Ia lebih tertumpu pada tugas-tugas pembelajaran yang

terhad. Bagi menyediakan ujian ini kriteria secara terperinci perlu disediakan.

Taraf mutlak menentukan peringkat pencapaian calon. Ia digunakan dalam

penilaian formatif iaitu untuk mengukur penguasaan sesuatu kemahiran.

Peringkat kesukarannya hampir sama.

5.2.1 Ujian Pencapaian

Ujian pencapaian ialah ujian yang digubal oleh guru bagi mengukur sejauh mana

sesuatu kumpulan murid atau seseorang murid berkenaan telah menguasai

sesuatu topik yang telah dipelajari. Ujian pencapaian boleh dijalankan dalam

bentuk membuat perbandingan dengan pelajar lain dalam sesuatu bilik darjah

(rujukan norma) atau membuat rujukan tertentu bagi sesuatu aras dalam topik

(rujukan kriteria) sesebuah dalam kurikulum. Kebanyakan pembinaan ujian

pencapaian serta penskoran adalah berteraskan ujian rujukan norma. Ujian

pencapaian boleh digunakan untuk mengukur aspek pencapaian akademik,

attitud, siasah, minat, sikap dan sebagainya. Ujian pencapaian akademik dapat

mengukur kebolehan, pengetahuan serta kemahiran pelajar dalam pengajaran

dan pembelajaran di bilik darjah.

Ujian ini dibina oleh guru dan pada peringkat institusi seperti Lembaga

Peperiksaan Malaysia (LPM) dan Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM).

Penggubalan pada peringkat perseorangan dikenali ujian di bilik darjah.

Manakala bagi pencapaian peringkat pusat dikenali sebagai UPSR, PMR, SPM,

STPM dalam sebagainya.

5.2.2 Ujian Kecerdasan

Ujian kecerdasan dikenali juga ujian mental. Ujian ini cuba mengukur perbezaan

di antara individu. Ujian ini banyak mengalami perubahan serentak dengan

perkembangan bidang psikologi. Sejarah ujian ini bermula sejak tahun 1796.

Page 24: Modul sce 3111

[MODUL SCE 3111 : PENTAKSIRAN DALAM SAINS] IPGKDRI

GOODLUCK IN EXAM 24

Ujian ini mula berkembang sejak Galton pada tahun 1969 apabila beliau cuba

mengukur ketajaman deria, gambaran mental serta pencapaian intelektual di

antara pelajar genius. Tokoh-tokoh lain yang turut terlibat dalam mengukur aspek

mental termasuklah Wundt, Cattell d n Binet (Abu Bakar, 1986). Ujian

kecerdasan kanak-kanak terawal ialah skala Binet-Simon.

Bagi kanak-kanak ujian kecerdasan tidak menekankan aspek kebahasaan. Ujian

ini mencerminkan pengalaman pada peringkat kanak-kanak. Ujian kecerdasan

memberikan bukti secara tidak langsung tentang potensi yang ditunjukkan murid-

murid berdasarkan prestasinya. Ujian ini kerap digunakan untuk membuat

telahan pencapaian di sekolah atau institusi pendidikan tinggi. Contoh ujian

kecerdasan lain seperti Ujian IQ, Skala Stanford-Binet, Weschler, Ujian Lorge-

Thorndike dan lain-lain.

5.2.3 Ujian Prestasi

Ujian prestasi memerlukan para pelajar membuat beberapa tugasan lain sebagai

tambahan kepada menjawab soalan. Penekanan yang diberikan tertumpu

kepada kebolehan murid-murid melakukan sesuatu tugasan yang diberi

berbanding hanya menjawab soalan sahaja. Hal ini kerana maklumat personaliti

seseorang tidak bernilai jika dia menyedari bahawa dia sedang dinilai. Dengan

itu dia akan melakukan dengan sebaik yang mungkin. Dalam konteks ujian

prestasi, tidak ada gerak balas boleh dianggap sebagai `baik’. Misalnya tidak ada

ukuran baik atau buruknya minat seseorang itu pada dunia perladangan. Individu

yang berminat boleh meneruskan ladang dan sebaliknya boleh memilih bidang

lain yang bersesuaian dengan minatnya.

Pada umumnya, ujian prestasi adalah rumit. Guru bebas menggunakan apa

sahaja kaedah seperti pemerhatian atau laporan kendiri untuk mendapatkan

maklumat pelajar. Pemerhatian boleh dilaksanakan semasa murid melaksanakan

tugas yang diberikan, misalnya perbincangan kumpulan, peranan murid dalam

aktiviti. Manakala melalui laporan kendiri pelajar sendiri menilai diri sendiri

melalui soal selidik tertentu yang menilai peribadi diri.

Page 25: Modul sce 3111

[MODUL SCE 3111 : PENTAKSIRAN DALAM SAINS] IPGKDRI

GOODLUCK IN EXAM 25

5.2.4 Ujian Diagnostik

Ujian ini mengenal pasti sesuatu perkara atau masalah yang berlaku dalam

pengajaran dan pembelajaran dan menentukan punca-punca yang

menyebabkan masalah berkenaan berlaku. Pentadbiran ujian ini bertujuan untuk

menentukan kedudukan murid dalam pelajarannya dan mengenal pasti sebab-

sebab berlakunya kelemahan murid dalam pembelajarannya. Apabila sesuatu

sebab dapat dikenal pasti maka tindakan selanjutnya dalam merancang dan

memulihkan keadaan yang berlaku dapat dilaksanakan.

Ciri-ciri ujian diagnostik termasuklah ujian tidak memberikan skor atau gred

kepada murid. Disebabkan ujian ini untuk memperbaiki kelemahan tertentu,

maka ujian ini dilaksanakan pada masa pengajaran dan pembelajaran masih

berjalan bukan pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran. Maklumat

daripada ujian dalam ujian ini diterjemahkan dalam bentuk profil individu

berasaskan skor tentang aspek-aspek pembelajaran. Profil yang dibuat dapat

memperlihatkan kepada guru tentang aspek yang belum dikuasai sepenuhnya

oleh murid-murid. Contoh ujian diagnostik seperti ujian menilai bacaan murid

yang bertujuan mengenal pasti kemahiran murid untuk mengenal huruf dan

menyebut huruf.

Ujian ini penting kerana ia dapat mengenal pasti kelemahan murid dan ini

memberikan peluang kepada guru untuk menjalankan langkah pemulihan

kepada murid-murid berkenaan. Di samping mengadakan secara formal iaitu

melibatkan pensel dan kertas, ujian ini juga boleh dijalankan secara soal jawab,

inventory, pemerhatian dan tugasan dari semasa ke semasa.

Page 26: Modul sce 3111

[MODUL SCE 3111 : PENTAKSIRAN DALAM SAINS] IPGKDRI

GOODLUCK IN EXAM 26

5.2.5 Ujian Kecekapan

Ujian kecekapan ialah ujian yang digunakan oleh seseorang guru untuk menguji

kebolehan atau kecekapan seseorang murid atau calon dalam melaksanakan

sesuatu tugas atau aktiviti yang diberikan. Lazimnya ujian ini melibatkan

penggunaan instrumen yang konkrit seperti penggunaan gambar dan radas serta

tidak semata-mata tertumpu kepada aspek bahasa dan pensel-kertas melainkan

sewaktu mendapatkan arahan. Contoh ujian kecekapan seperti ujian pada

peringkat pra-persekolahan dengan meminta murid mencantum-cantumkan

perkataan dengan gambar yang diberikan atau membina semula gambar dengan

lengkap daripada potongan-potongan gambar yang diberi atau menjalankan uji

kaji menggunakan radas tertentu.

5.2.6 Ujian Bakat

Ujian yang dikaitkan dengan aktiviti membuat telahan ke atas calon. Suatu waktu

dahulu bakat dikenal sebagai kebolehan istimewa semulajadi yang dimiliki oleh

seseorang individu. Pada umumnya ujian bakat dapat dibahagikan kepada dua

kumpulan, iaitu: (i) ujian bakat yang berasaskan kajian secara besar-besaran.

Misalnya pada tahun 1930, kajian yang dijalankan oleh Universiti Minnesota

tentang bakat mekanikal; dan (ii) ujian bakat yang berasaskan kepada tujuan

sesuatu ujian itu dijalankan bagi keperluan tertentu.

Pada umumnya, ujian ini memberikan maklumat asas dalam membuat telahan

prestasi masa depan calon. Ujian ini lazimnya digunakan untuk pemilihan calon

melakukan pekerjaan tertentu, kemasukan ke program latihan, permohonan

biasiswa dan sebagainya. Ujian ini juga digunakan bagi tujuan mengelompokkan

individu dalam kumpulan tertentu mengikut kebolehan calon atau individu.

Page 27: Modul sce 3111

[MODUL SCE 3111 : PENTAKSIRAN DALAM SAINS] IPGKDRI

GOODLUCK IN EXAM 27

5.2.7 Ujian Personaliti

Ujian personaliti ialah ujian yang disediakan untuk mengenal pasti potensi diri,

personaliti, tahap kemahiran, keupayaan , minat, nilai dan sikap seseorang yang

diukur melalui alat-alat (instrumen psikologi) yang berbentuk ujian, inventori,

indikator dan indeks. Contoh ujian personaliti seperti Ujian Keirsey

Temperament.

5.2 Jadual Spesifikasi Ujian

Jadual spesifikasi ujian(JSU) merupakan pelan utama kepada penggubal item

ujian. JSU merupakan satu jadual dua hala yang membekalkan maklumat-

maklumat penting kepada penggubal ujian. Maklumat yang didapati dalam JSU

ialah:

1. Tajuk atau topik yang akan diuji

2. Bentuk dan panjangnya ujian

3. Aras kesukaran dan juga aras kemahiran yang diuji

4. JSU yang dirancang dengan baik akan menolong dalam penentuan

kesahan dan kebolehpercayaan ujian itu.

5. Pembahagian soalan untuk tiap-tiap unit kandungan mesti sama dengan

penegasan yang diberi dalam pengajaran.

6. Kepentingan aras mesti bersesuaian dengan kebolehan murid-murid yang

akan diuji.

7. Terdapat dua jenis soalan yang boleh digunakan iaitu soalan objektif dan

soalan subjektif.

8. Penggubal soalan mesti menentukan jumlah soalan untuk ujian itu.

Masa mestilah cukup supaya 80% daripada murid-murid dapat menjawab.

9. Bilangan item mengikut tajuk,kemahiran dan aras kesukaran.

Page 28: Modul sce 3111

[MODUL SCE 3111 : PENTAKSIRAN DALAM SAINS] IPGKDRI

GOODLUCK IN EXAM 28

Bilangan item ujian bagi setiap topik ditentukan oleh jumlah masa yang

diperuntukkan untuk pengajarannya di bilik darjah. JSU juga menetapkan

bilangan soalan senang, sederhana dan sukar mengikut aras kesukarannya.

Secara umumnya JSU mempunyai kepentingan yang tidak dapat disangkalkan

antaranya:

1. Mengelakkan ujian yang dibuat secara sembarangan

2. Menjamin kesahan dan kebolehpercayaan ujian

3. Satu panduan dan penentu kepada penggubal ujian

4. Menentukan bidang serta pemberatan yang akan diberi dalam sesuatu

ujian

5. Memantapkan taraf serta aras kesukaran dari semasa ke semasa

6. Membolehkan perbandingan dibuat antara satu ujian dengan ujian yang

lain

7. Membolehkan sesuatu ujian dibina oleh penggubal soalan yang lain.

Bagi memudahkan guru menyediakan JSU ada beberapa langkah yang perlu

diikuti;

Langkah pertama

1. Menyenaraikan tajuk-tajuk yang hendak diuji

2. Mengira jumlah masa bagi setiap tajuk yang diajar.

Langkah dua

1. Menentukan soalan yang ingin dibina.

Contohnya;

soalan subjektif atau soalan objektif (bergantung kepada format)

2. Meletakkan jumlah soalan bagi setiap topik.

Langkah tiga

1. Menentukan aras kesukaran

2. Menentukan model aras kesukaran model (JSU)

Page 29: Modul sce 3111

[MODUL SCE 3111 : PENTAKSIRAN DALAM SAINS] IPGKDRI

GOODLUCK IN EXAM 29

3. Lazimnya JSU mengamalkan Taksonomi Objektif Pendidikan Bloom.

Langkah empat

1. Memastikan jenis ujian yang akan/ hendak diuji.

2. Jenis soalan yang boleh digunakan; ujian objektif, ujian esei, dan lain-lain.

(bergantung kepada format)

Langkah Lima

1. Menentukan bilangan soalan bagi setiap komponen

2. Penentuan aras kesukaran soalan ( soalan mudah kepada soalan susah)

3. Menetapkan pemarkahan.

Langkah enam

1. Menyatakan matapelajaran

2. Tingkatan atau kelas

3. Susunan nombor soalan mengikut tajuk.

Berikut adalah satu contoh bentuk JSU ringkas

Jenis soalan : Objektif

Bil Topik Pengetahuan Kefahaman Aplikasi Jumlah

1 a 1 2 2

2 b 3 , 4 5 3

3 c 6 7, 8, 9 10 5

10

Page 30: Modul sce 3111

[MODUL SCE 3111 : PENTAKSIRAN DALAM SAINS] IPGKDRI

GOODLUCK IN EXAM 30

5.3 Taksonomi Bloom

Taksonomi ialah kajian tentang prinsip, peraturan, dan amalan dalam

pengelasan organisma berdasarkan persamaan dan perbezaan sifat organisma

itu. Dalam bidang pendidikan, taksonomi ialah satu model yang biasa digunakan

untuk menganalisis bidang-bidang pendidikan. Ia berkaitan dengan objektif-

objektif pendidikan yang melibatkan bidang-bidang seperti pengetahuan, sikap

dan psikomotor. Terdapat tiga domain dalam pendidikan iaitu yang pertama

domain kognitif yang melibatkan pemikiran pelajar yang menekankan aspek

intelektual seperti pengetahuan, pengertian, dan ketrampilan berfikir. Domain

afektif pula melibatkan perkembangan sikap, perasaan ,emosi, nilai pelajar

seperti minat, sikap, apresiasi dan cara penyesuaian diri. Seterusnya adalah

domain psikomotor yang melibatkan perkembangan kemahiran fizikal pelajar.

Domain Kognitif Taksonomi Bloom merupakan satu aras yang digunakan

sebagai elemen di dalam pentaksiran. Ia pertama kali diperkenalkan oleh

Benjamin S. Bloom pada tahun 1959. Taksonomi di dalam konsep ini bermaksud

cabang kognitif iaitu elemen yang melibatkan otak dan pemikiran manusia.

5.3.1 Domain Taksonomi Bloom

Domain taksonomi Bloom menitik beratkan aspek kognitif atau pengetahuan.

Taksonomi ini bercorak hierarki iaitu dari tahap rendah kepada tahap tinggi.

Terdapat enam elemen dalam domain kognitif Taksonomi Bloom. Elemen –

elemen tersebut pula telah dibahagikan kepada dua aras pemikiran iaitu

pemikiran aras rendah dan pemikiran aras tinggi. Berikut adalah hierarki

Taksonomi Bloom berdasarkan apa yang telah dinyatakan oleh Benjamin S

Bloom.

Page 31: Modul sce 3111

[MODUL SCE 3111 : PENTAKSIRAN DALAM SAINS] IPGKDRI

GOODLUCK IN EXAM 31

Rajah 1 : hierarki Taksonomi Bloom

5.3.2 Elemen-elemen dalam Aras Taksonomi Bloom

Elemen pertama adalah aras pengetahuan iaitu aras taksonomi yang paling

rendah. Aras ini menguji sejauh mana keupayaan pelajar untuk mengingat

kembali fakta atau pengetahuan yang telah dipelajari. Terdapat tiga peringkat

dalam aras pengetahuan ini iaitu yang pertama pengetahuan fakta khusus

berkaitan dengan istilah berbentuk perkataan atau simbol. Aras yang kedua

adalah pengetahuan tentang proses, aliran, pemeringkatan, pengkelasan, teknik

atau prosedur tertentu dalam menyelesaikan masalah. Aras yang ketiga adalah

pengetahuan tentang perkara yang bersifat sejagat dan abstrak dalam sesuatu

bidang contohnya seperti siapa, apa, di mana, bila dan bagaimana. Ciri-ciri

khusus soalan aras pengetahuan ini ialah murid perlu menggunakan proses

mental untuk mengingat semula apa yang telah dipelajari seperti istilah, fakta,

prinsip dan prosedur bergantung kepada apa yang telah diajar oleh guru di

dalam kelas.

Page 32: Modul sce 3111

[MODUL SCE 3111 : PENTAKSIRAN DALAM SAINS] IPGKDRI

GOODLUCK IN EXAM 32

Elemen yang kedua ialah aras kefahaman. Aras ini memerlukan keupayaan

murid memberi huraian atau makna sesuatu perkara. Aras kefahaman ini

terbahagi kepada tiga iaitu yang pertama penterjemahan yang memerlukan

murid menerangkan makna tanpa menggubah makna asal. Yang kedua adalah

mentafsir atau intepretasi iaitu mentafsir idea dan menerangkan idea atau

maksud tersurat dalam ayat sendiri. Manakala yang ketiga adalah ekstrapolasi

iaitu membuat ramalan tentang apa yang akan berlaku pada masa hadapan

berdasarkan maklumat yang diberi. Ciri-ciri soalan bagi aras kefahaman adalah

seperti membuat interpretasi mudah dan menunjukkan bukti kefahaman dan

dapat menggunakan ayat dan maklumat untuk diubah kepada bentuk yang baru.

Perkataan yang sering digunakan dalam soalan bagi aras kefahaman ini adalah

seperti jelaskan, huraikan, terangkan, mengapakah, bezakan, nyatakan dan

kelaskan.

Elemen yang ketiga adalah aras aplikasi. Aras ini menguji keupayaan pelajar

menggunakan konsep, teori, prinsip, hukum dan prosedur. Aras ini memerlukan

murid benar-benar memahami segala konsep, teori, hukum untuk menyelesaikan

masalah. Soalan aras aplikasi biasanya memerlukan penggunaan proses

aplikasi mental. Soalan aras ini biasanya melibatkan tiga frasa. Perkataan yang

sering digunakan dalam soalan bagi aras ini adalah seperti selesaikan, tunjukkan

dan susunkan.

Elemen yang berikutnya adalah aras analisis. Aras ini mengkehendaki murid

untuk memecahkan sesuatu perkara kepada unsur-unsur kecil dan

memperlihatkan pertalian antara unsur-unsur. Aras ini menekankan keupayaan

pelajar mengenalpasti unsur – unsur dan struktur. Jenis-jenis aras analisis

adalan yang pertama aras analisis unsur iaitu memerlukan murid menentukan

unsur-unsur. Murid juga perlu mencari bukti untuk menyokong unsur yang sedia

ada. Aras kedua adalah analisis hubungan iaitu membuat perkaitan bukti dan

hipotesis. Dan yang ketiga adalah aras analisis prinsip iaitu murid perlu

mengenal pasti prinsip sesuatu organisasi yang digunakan untuk menghasilkan

sesuatu dengan menganalisis tujuan, pandangan dan pendirian. Ciri-ciri soalan

Page 33: Modul sce 3111

[MODUL SCE 3111 : PENTAKSIRAN DALAM SAINS] IPGKDRI

GOODLUCK IN EXAM 33

aras analisis ialah soalan tersebut menggunakan proses mental analisis dan

memerlukan pemahaman perhubungan khasnya dengan memecahkan kepada

komponen dan melihat perkaitan antara komponen.

Elemen yang kelima adalah aras sintesis. Aras ini memerlukan keupayaan murid

untuk menggabungkan sesuatu struktur yang lebih jelas. Kategori soalan bagi

aras sintesis ini penghasilan satu komunikasi unik iaitu pembinaan suatu

komunikasi dimana murid cuba menyampaikan suatu idea, perasaan atau

pengalaman kepada orang lain. Contohnya kebolehan menulis dengan susunan

dan gaya yang menarik untuk menyampaikan buah fikiran. Kategori yang kedua

adalah penghasilan suatu rancangan atau pelan operasi dan yang ketiga adalah

kategori membina suatu hubungan yang abstrak. Ia melibatkan kebolehan

membina atau membangunkan set hubungan yang abstrak seperti teori,

hipotesis untuk menghuraikan sesuatu fenomena atau mengklasifikasikan fakta.

Contohya kebolehan membuat deduksi berdasarkan maklumat yang diberikan

dan dapat membuat suatu teori daripada data atau faktor yang diberi.

Elemen yang terakhir adalah aras penilaian. Aras ini menguji keupayaan murid

menilai sesuatu perkara berasaskan kriteria yang perlu diketahui. Murid perlu

membuat pertimbangan tentang nilai sesuatu idea hasil kerja penyelesaian

bahan, sesuatu idea atau sebagainya. Pertimbangan dibuat dengan piawaian

tertentu seperti tepat, berkesan, memuaskan, baik, buruk dan lain-lain. Ciri-ciri

khusus aras penilaian ini adalah murid perlu membuat pertimbangan nilai ke atas

sesuatu bahan, idea, kaedah bagi sesuatu tujuan. Membuat penelitian dan

pertimbangkan sejauh mana sesuatu bahan atau kaedah memenuhi sesuatu

kriteria. Pertimbangan dalam penilaian juga dikategorikan kepada dua iaitu

pertimbangan dari segi bukti dalaman iaitu menilai ketepatan sesuatu,

menggunakan bukti-bukti logik, ketekalan dan lain-lain. Contoh kebolehan

menunjukkan kesilapan-kesilapan dari segi logik dalam sesuatu hujah yang

dikemukakan oleh seseorang. Kategori kedua adalan pertimbangan dari segi

kriteria luaran iaitu penilaian bahan yang merujuk kepada beberapa kriteria yang

Page 34: Modul sce 3111

[MODUL SCE 3111 : PENTAKSIRAN DALAM SAINS] IPGKDRI

GOODLUCK IN EXAM 34

dipilih atau yang diingati. Contohnya perbandingan mengenai teori-teori utama,

generaliasasi dan fakta mengenai kebudayaan tertentu.

Rumusan

Taksonomi Bloom menghuraikan aras yang terdapat dalam domain kognitif yang

melibatkan perilaku-perilaku yang menekankan aspek intelektual, seperti

pengetahuan, pengertian, dan ketrampilan berfikir. Domain kognitif ini

mengandungi enam elemen yang terdiri dariapda dua aras iaitu aras pemikiran

mudah dan aras pemikiran tinggi. Elemen tersebut adalah pengetahuan,

pemahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian.

Elemen ini disusun secara menaik mengikut aras pemikiran iaitu dari aras mudah

kepada aras pemikiran tinggi.

5.4 Taksonomi SOLO

Taksonomi SOLO singkatan dari:

Structure (Struktur),Observed(Pengamatan),Learning(Belajar),Outcomes(Hasil)

Ini dikembangkan oleh Biggs dan Collis (1982), dan juga dijelaskan dalam Biggs

dan Tang (2007)Taksonomi ini menggambarkan tahap kefahaman pelajar.

Melalui lima tahap, yang menggambarkan peringkat-peringkat kefahaman pelajar

ke atas sesuatu tajuk atau konsep yang dipelajari. Ada lima tahap kefahaman

pelajar iaitu;

Page 35: Modul sce 3111

[MODUL SCE 3111 : PENTAKSIRAN DALAM SAINS] IPGKDRI

GOODLUCK IN EXAM 35

1. Prastruktur: Di sini pelajar memperoleh maklumat

yang tidak berhubungan antara satu dengan yang lain. Justeru kefahaman

yang diperoleh juga secara kabur dan tidak jelas

2. Unistruktur: Menunjukkan perhubungan yang

sederhana dan jelas,namun belum cukup kuat untuk memberikan

penjelasan.

3. Multistruktur: Berlaku banyak perhubungan antara

maklumat. Namun masih tidak dapat membuat penjelasan atau kesimpulan

secara menyeluruh

4. Perkaitan: Pelajar telah dapat mengaitkan kesemua

fakta dan maklumat serta dapat menjelaskan sama ada secara khusus atau

pun secara menyeluruh.

Page 36: Modul sce 3111

[MODUL SCE 3111 : PENTAKSIRAN DALAM SAINS] IPGKDRI

GOODLUCK IN EXAM 36

5. Abstrak: Pelajar mampu melakukan hubungan secara

menyeluruh tidak hanya dalam ruang lingkup tertentu, tetapi juga

merangkumi persekitarannya. Mampu melakukan generalisasi dan

memindahkan prinsip-prinsip dan idea-idea yang dipelajari.

Dikutip dari :

http://www.learningandteaching.info/learning/solo.htm

Latihan

1. Bincangkan bagaimanakah jenis dan tujuan ujian mempengaruhi

pelaksanaan ujian yang dilaksanakan di sekolah sepanjang sesi

pembelajaran.

2. Dengan merujuk kepada Sukatan Pelajaran Sains Tahun 5, bina

satu JSU yang akan digunakan oleh guru untuk menyediakan

kertas peperiksaan pertengahan tahun.

3. Bincangkan secara banding-beza antara Taksonomi Bloom dan

Taksonomi SOLO.

Page 37: Modul sce 3111

[MODUL SCE 3111 : PENTAKSIRAN DALAM SAINS] IPGKDRI

GOODLUCK IN EXAM 37

TAJUK 6 REKA BENTUK DAN PEMBINAAN UJIAN

SINOPSIS

Tajuk ini akan membincangkan berkaitan kebolehanpercayaan item ujian

dan kesahan item ujian

HASIL PEMBELAJARAN

1. Membincangkan kepentingan kebolehpercayaan dan kesahan bagi

sesuatu item ujian.

2. Mengenal pasti jenis-jenis kebolehpercayaan dan kesahan yang

berkaitan dengan item ujian.

Rajah 6.0 Kerangka Tajuk

Reka Bentuk dan Pembinaan ujian

Kebolehpercayaan item ujian

Kesahan item ujian

Page 38: Modul sce 3111

[MODUL SCE 3111 : PENTAKSIRAN DALAM SAINS] IPGKDRI

GOODLUCK IN EXAM 38

ISI KANDUNGAN

6.1 Kebolehpercayaan item ujian

Kebolehpercayaan ujian merujuk kepada ketekalan ujian iaitu adakah ujian

tersebut dapat mengukur secara konsisten. Sebagai contoh sesuatu alat

pengukur itu dikatakan boleh dipercayai atau mempunyai kebolehpercayaan

yang tinggi jika ia sentiasa memberikan bacaan yang sama atau konsisten setiap

kali digunakan untuk mengukur. Begitu juga sesuatu ujian itu dikatakan

mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi jika ia memberikan markah yang

sama setiap kali diuji kepada seorang pelajar yang sama. Namun demikian perlu

diingat iaitu sesuatu item ujian itu mungkin mempunyai kebolehpercayaan yang

tinggi tetapi adakah ia dapat memenuhi objektif item tersebut(sah), iaitu apa

yang hendak diukur oleh item tersebut. Satu item yang baik mestilah memenuhi

kedua-dua perkara tersebut.

Untuk menjamin kebolehpercayaan yang tinggi sesorang guru harus mengawal

keadaan ujian supaya ia tidak menimbulkan perbezaan atau selisih antara calon.

Antara langkag-langkah yang boleh diambil ialah:

1. Gunakan bahasa serta istilah yang tepat dan mudah difahami supaya

calon tidak keliru.

2. Sediakan arahan yang jelas dan mencukupi. Arahan yang diberi secara

lisan harus juga diberi secara bertulis.

3. Bilangan soalan harus mencukupi. Semakin banyak soalan(yang setara)

semakin tinggi kebolehpercayaannya.

4. Masa yang diberikan harus mencukupi.

5. Keadaan ujian yang sama(arahan, soalan, masa dan keadaan fizikal)

harus disediakan untuk semua calon.

6. Skema pemarkahan yang objektif harus disediakan dan skema yang

sama digunakan untuk semua calon.

Page 39: Modul sce 3111

[MODUL SCE 3111 : PENTAKSIRAN DALAM SAINS] IPGKDRI

GOODLUCK IN EXAM 39

Kebolehpercayaan sesuatu ujian dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti:

1. bilangan soalan

2. panjang soalan

3. kesukaran soalan

4. kejelasan soalan

Bilangan Soalan

Pada umumnya, sekiranya faktor-faktor yang lain tidak berubah, ujian yang lebih

panjang mempunyai tahap kebolehpercayaan yang lebih tinggi. Ini bermakna

ujian yang mempunyai lebih banyak soalan adalah lebih boleh dipercayai

Panjang Soalan

Sekiranya masa ujian tetap, ujian yang mengandungi sebilangan besar soalan

pendek akan mempunyai tahap kebolehpercayaan yang lebih tinggi.

Kesukaran Soalan

Pada umumnya, ujian yang mengandungi soalan yang kesukarannya sederhana

akan mempunyai tahap kebolehpercayaan yang lebih tinggi.

Kejelasan Soalan

Soalan yang tidak jelas tugasannya akan mengurangkan tahap

kebolehpercayaan ujian.

Page 40: Modul sce 3111

[MODUL SCE 3111 : PENTAKSIRAN DALAM SAINS] IPGKDRI

GOODLUCK IN EXAM 40

6.1.1 Prosedur menganggar kebolehpercayaan skor ujian.

Terdapat dua prosedur yang sering digunakan dalam menganggarkan

kebolehpercayaan skor ujian.

1. Pentadbiran dua ujian.

(a) Kaedah uji dan uji sekali lagi (Test Retest Method)

(b) Kaedah ujian bentuk setara (Parallel Form Method) atau kaedah bentuk

selang-seli (Alternate Form Method)

Merupakan kaedah terbaik dalam membuat anggaran

kebolehpercayaan pengukuran akademik.

Kebolehpercayaan bentuk setara juga disebut sebagai teknik selang

seli atau bentuk selari

Kaedah ini digunakan untuk mengelakkan calon dari mengingat item

yang diuji

Skor kedua-dua ujian yang ditadbirkan kepada calon yang sama

Sekiranya kedua-dua ujian itu ditadbirkan secara bergilir, maka pekali

kebolehpercayaan dipanggil sebagai pekali penyetaraan

Pekali ini menggambarkan variasi prestasi calon antara ujian

pertama dengan ujian kedua. Sekiranya calon diuji dengan bentuk 1

pada satu ketika dan bentuk 2 pada ketika yang lain, kedua-dua

bentuk ini adalah setara

Skornya dikorelasikan, maka kita akan dapat pekali kestabilan dan

penyetaraaan

Ujian bentuk setara ini dibina secara berasingan dan mestilah

memenuhi spesifikasi berikut:

sama bilangan

sama bentuk

sama arahan

sama tempoh ujian

sama format

Page 41: Modul sce 3111

[MODUL SCE 3111 : PENTAKSIRAN DALAM SAINS] IPGKDRI

GOODLUCK IN EXAM 41

sama kandungan

sama julat

sama aras kesukaran

soalan berbeza

2. Pentadbiran satu ujian.

Kaedah belah dua (Split half method)

(a) Kaedah Belah Dua.

Pembina memberikan satu bentuk ujian kepada satu kumpulan

calon.

Untuk menskorkan ujian, pembina membahagikan item kepada dua

sub-ujian.

Setiap ujian mengandungi ½ daripada bilangan item yang asal.

Tujuan membahagikan kepada dua sub-ujian ialah untuk

mendapatkan dua ujian yang selari mungkin.

6.2.1 Kesahan Item Ujian

Kesahan ujian merujuk kepada kualiti ujian yang betul-betul dapat mengukur dan

menilai dengan tepat. Secara ringkasnya sesuatu ujian itu dikatakan sah jika

maklumat yang diperoleh adalah benar. Kesahan ujian bergantung kepada

masa, situasi dan kumpulan sasaran yang diukur dan dinilai. Setiap ujian yang

dibina oleh guru haruslah disemak bagi menentukan penggunaannya adalah sah

setiap kali ia ditadbirkan. Kesahan ujian adalah berkaitan dengan pengertian

sejauh mana markah yang diperoleh daripada sesuatu ujian itu dapat

diinterpretasikan sebagai ukuran ciri, sifat atau konstruk yang telah dirancang

diukur itu.

Page 42: Modul sce 3111

[MODUL SCE 3111 : PENTAKSIRAN DALAM SAINS] IPGKDRI

GOODLUCK IN EXAM 42

Dalam peperiksaan, isu mengenai kesahan ujian itu difokuskan

kepada soal sama ada keperluan kesahan isi kandungan sukatan

pelajaran telah dipenuhi atau tidak. Secara ringkas, kesahan isi

kandungan adalah berkaitan dengan isu sama ada isi kandungan

sesuatu ujian itu merupakan sampel yang “representatif” bidang

pengetahuan atau kemahiran yang sepatutnya diukur. Ini diambil

menjadi satu indikator atau penunjuk bagi menunjukkan mutu

ujian tersebut.

Oleh itu sesuatu ujian itu dianggap sah selagi ujian itu dapat mengesan dan

mengukur apa yang sepatutnya ia ukur. Ia juga merujuk kepada kesesuaian,

keertian dan kebergunaan sesuatu inferens yang akan dibuat daripada interpretasi

skor ujian itu.

Kesahan boleh dibahagikan kepada tiga kategori:

1. kesahan konstruk,

2. kesahan isi kandungan, dan

3. kesahan kaitan-kriteria.

Kesahan Konstruk

Ujian boleh digunakan dalam berbagai keadaan dan untuk berbagai tujuan.

Adalah penting kita memahami apakah keertian yang boleh diberikan kepada

markah ujian yang diperoleh itu dan bagaimana ianya

diinterpretasikan berkaitan seseorang individu yang mengambil

ujian tersebut. Sesuatu ujian dibina untuk mengukur sesuatu

konstruk.

Satu ujian mungkin dibina untuk mengukur kebolehan individu

menyelesaikan masalah matematik. Kebolehan menyelesaikan

Page 43: Modul sce 3111

[MODUL SCE 3111 : PENTAKSIRAN DALAM SAINS] IPGKDRI

GOODLUCK IN EXAM 43

masalah matematik pada sesuatu peringkat adalah satu konstruk. Ujian bakat

muzik mengukur konstruk kebolehan dalam bidang muzik dan memberi petunjuk

kepada kita sama ada seseorang individu itu mempunyai kebolehan dalam

bidang muzik. Ujian Fizik SPM mengukur pencapaian pelajar pada peringkat

tingkatan 4 dan 5 dalam kurikulum Fizik SPM.

Kesahan Kandungan

Kesahan Isi Kandungan adalah aspek yang terpenting di dalam proses

pembinaan ujian.

Ujian adalah pensampelan yang representatif tingkah laku pelajar dalam sesuatu

kurikulum, supaya markah atau skor yang diperoleh nanti

daripada ujian tersebut adalah gambaran yang representatif

pengetahuan dan kemahiran pelajar dalam kurikulum tersebut.

Untuk memperoleh kesahan ini satu Jadual Spesifikasi Ujian

(JSU) dibina. Jadual ini akan mengandungi maklumat yang

terperinci mengenai kurikulum yang diuji tentang isi kandungan

kurikulum, kemahiran yang akan diuji, taraf kesukaran, bilangan item, dan juga

wajaran atau pemberatan setiap tajuk dan subtajuk kurikulum itu. Berpegang

teguh kepada JSU menjamin ujian menguji apa yang ia sepatutnya menguji.

Kesahan Kaitan-Kriteria

Kesahan Kaitan-Kriteria mengaitkan kesahan ujian kepada sesuatu kriteria

yang ditentukan. Yang dikaitkan ialah skor ujian itu dengan kriteria. Kekuatan

pertalian skor ujian dengan kriteria diukur melalui teknik korelasi.

Sehubungan dengan ini terdapat dua jenis kesahan iaitu:

Page 44: Modul sce 3111

[MODUL SCE 3111 : PENTAKSIRAN DALAM SAINS] IPGKDRI

GOODLUCK IN EXAM 44

1. kesahan ramalan, dan

2. kesahan serentak/semasa.

Kesahan Ramalan

Kesahan Ramalan berkait rapat dengan tujuan ujian, iaitu meramal sesuatu. Ia

sangat-sangat bergantung kepada kebolehan skor ujian itu

membuat ramalan tentang prestasi masa hadapan pelajar.

Kesahan Serentak/Semasa

Kesahan Serentak/Semasa merujuk kepada kesahan sesuatu

ujian yang seiras dengan sesuatu ujian yang lain yang sedia ada.

Pertalian korelasi di antara ujian yang baru dengan ujian yang sedia ada itu

mengukur kekuatan kesahan serentak/semasa.

Kesahan ini juga digunakan apabila kita memerlukan mengujudkan satu kaedah

baru (yang lebih baik) untuk menggantikan kaedah lama yang sedia ada.

Pertalian korelasi markah ujian yang digunakan di dalam kedua kaedah itu

menggambarkan kekuatan kesahan serentak/semasa.

Faktor-faktor yang mempengaruhi kesahan kaitan-kriteria

Faktor-faktor yang mempengaruhi kesahan kaitan-kriteria adalah seperti berikut:

1. Tempoh masa di antara peramal dengan kriteria. Lebih lama jarak

masa, membolehkan peramal menambah ilmu dan pengalaman. Ini

akan mengurangkan kesahan ramalan.

2. Kebolehpercayaan ujian yang digunakan. Kebolehpercayaan yang

rendah mengurangkan kesahan.

Page 45: Modul sce 3111

[MODUL SCE 3111 : PENTAKSIRAN DALAM SAINS] IPGKDRI

GOODLUCK IN EXAM 45

3. Populasi, bilangan item dalam ujian, panjang soalan dalam ujian,

kejelasan soalan dalam ujian, panjang masa ujian, kesukaran ujian,

semuanya mempengaruhi kebolehpercayaan ujian. Dengan itu

sudah tentu akan mempengaruhi kesahan ujian.

Latihan

1. Bincangkan apakah perkaitan antara kebolehpercayaan ujian dan

kesahan ujian

2. Bagaimanakah kebolehpercayaan ujian dapat mempengaruhi

penilaian yang dilaksanakan di bilik darjah

3. Bagaimanakah seorang guru dapat membuktikan kesahan ujian

yang dilaksanakan.

Page 46: Modul sce 3111

[MODUL SCE 3111 : PENTAKSIRAN DALAM SAINS] IPGKDRI

GOODLUCK IN EXAM 46

TAJUK 7 Pembinaan Ujian Objektif

SINOPSIS

Membuat pilihan tentang jenis ujian yang akan diberikan kepada pelajar

anda bagi tujuan mengukur pencapaian mereka boleh menjadi sukar

sebagaimana membina item itu sendiri. Justeru itu memilih jenis ujian itu

bergantung kepada objektif yang ditetapkan terlebih dahulu.

HASIL PEMBELAJARAN

1. Menjelaskan definisi item objektif

2. Membincangkan format soalan objektif

3. Memperihalkan skema pemarkahan

ISI KANDUNGAN

Item Objektif

Definisi Garis Panduan Jenis

Page 47: Modul sce 3111

[MODUL SCE 3111 : PENTAKSIRAN DALAM SAINS] IPGKDRI

GOODLUCK IN EXAM 47

7.1 Definisi Item Objektif

Item objektif memerlukan pelajar membuat pilihan jawapan yang betul daripada

beraneka pilihan atau memberikan jawapan dalam bentuk perkataan, jawapan

pendek dan melengkapkan ayat.

7.1.1 Item Lengkapkan

Item jenis ini adalah dalam bentuk satu ayat dengan perkataan atau rangkai kata

tertentu diganti dengan tempat kosong untuk diisi oleh pelajar. Ayat boleh

mengandungi satu atau lebih tempat kosong.

7.1.2 Item Betul-Salah

Satu pernyataan diberi dan calon dikehendaki membuat pilihan, iaitu sama ada

dia bersetuju atau tidak dengan pernyataan itu. Item ini merupakan sejenis

soalan yang paling mudah dibina. Peluang untuk mendapat jawapan adalah

separuh (kelemahan utama).

7.1.3 Item Padanan

Item ini memerlukan seseorang calon memilih perkara di ruang kanan dengan

perkara di sebelah

7.1.4 Item Pengkelasan

Item ini hampir sama dengan item padanan. Beberapa pernyataan atau tajuk

diberi dan kemudian diberikan beberapa soalan berasaskan pernyataan atau

tajuk tersebut. Pelajar dikehendaki memilih perkataan/rangkai kata/ pernyataan

yang paling berkaitan dengannya. Huruf ditulis atau ditandakan di sebelahnya.

Page 48: Modul sce 3111

[MODUL SCE 3111 : PENTAKSIRAN DALAM SAINS] IPGKDRI

GOODLUCK IN EXAM 48

7.1.5 Item Objektif Jenis Anika Pilihan

Item jenis ini mestilah mempunyai tiga komponen asas yang penting;

a. Stimulus/rangsangan

Rangsangan dimaksudkan kepada teks, grafik, jadual, perbualan dan

seumpamanya.

b. Stem/ pokok soalan

Pokok soalan ialah bahagian yang mengandungi tugasan dan

kebiasaannya berbentuk ayat lengkap, ayat tidak lengkap dan soalan

c. Pilihan/ opsyen bermaksud perkara yang diberikan sebagai jawapan

berbentuk angka, simbol, frasa, gambarajah dan jadual. Komponen ini

berfungsi sebagai pilihan betul dan juga pengganggu.

Item jenis anika pilihan ini boleh dibahagikan kepada beberapa bentuk yang berbeza

antonim , sinonim ,jawapan disenaraikan ,interpretif ,mencari kesilapan

cantuman dan kloz.

7.2 Garis Panduan Pembinaan Item Objektif

7.2.1 Reka Bentuk Ujian

Objektif sesuatu topik dan subtopik perlu dirujuk terlebih dahulu agar tahap

pengetahuan dan kefahaman murid boleh diukur secara lebih spesifik.

7.2.2 Menulis Soalan Ujian

Terdapat banyak jenis item objektif ini, item aneka pilihan, mengisi tempat

kosong, jawapan soalan pendek, soalan betul-salah dan soalan padanan namun

pilihannya bergantung kepada hasil pembelajaran dan topik dalam sukatan

pelajaran.

Page 49: Modul sce 3111

[MODUL SCE 3111 : PENTAKSIRAN DALAM SAINS] IPGKDRI

GOODLUCK IN EXAM 49

Perkara berikut perlu diberi perhatian ketika menyediakan item ujian;

a. Arahan bagi setiap jenis soalan mestilah mudah, ringkas dan tidak

mengelirukan.

b. Bahasa yang digunakan juga mestilah jelas dan tidak mengelirukan

c. Menulis item soalan ini memerlukan pengetahuan yang spesifik

d. Penulisan dalam bentuk negetif boleh mengelirukan pelajar dan sepatut

dielakkan

7.3 Skema Pemarkahan

Menilai prestasi pelajar dengan menggunakan item objektif ini amat mudah

berbanding dengan penyediaan soalan. Tiada perbezaan markah dicatatkan

walaupun skrip jawapan diperiksa oleh pemeriksa yang berbeza.

Ujian objektif adalah dibentuk daripada beberapa item objektif yang boleh

diperiksa secara objektif, pemeriksa yang berlainan memperolehi skor yang

sama ketika memeriksa kertas yang sama.

Grondlund,1977

Latihan 1

1. Jelaskan apa maksud soalan esei berjawapan pendek

2. Berikan kekuatan dan kekangan soalan berbentuk ini

3. Berikan contoh-contoh soalan yang sesuai untuk menjelaskan kekuatan dan

kekangan soalan berbentuk ini

Membuat Nota

Page 50: Modul sce 3111

[MODUL SCE 3111 : PENTAKSIRAN DALAM SAINS] IPGKDRI

GOODLUCK IN EXAM 50

TAJUK 8 Pembinaan Ujian Subjektif

Sinopsis

Item subjektif ini mampu menguji kedalaman pengetahuan dan kemahiran

pelajar terhadap sesuatu topik serta memupuk kemahiran berfikir untuk

menyelesaikan permasalahan yang timbul.

Hasil Pembelajaran

1. Menyatakan definisi item subjektif secara jelas dengan mengemukakan

contoh yang sesuai.

2. Menyenaraikan kata tugas yang sesuai untuk menunjukkan tugasan yang

hendak diselesaikan.

3. Memperihalkan jenis-jenis item ujian subjektif

Isi Kandungan

Item Subjektif/

Item Esei

Definisi Kata Tugas Garis Panduam Jenis

Page 51: Modul sce 3111

[MODUL SCE 3111 : PENTAKSIRAN DALAM SAINS] IPGKDRI

GOODLUCK IN EXAM 51

8.1 Definisi

Item subjektif merupakan satu pernyataan bersifat pertanyaan dalam instrumen

pentaksiran untuk menguji pengetahuan, pengalaman, kemahiran serta tahap

kebolehan kognitif pelajar calon melalui respon secara tulisan.

8.2 Kata Tugas

Kata tugas atau kosa kata ini bermaksud arahan yang terdapat di dalam tugasan

yang diberikan untuk pelajar memberi respon. Kegagalan menggunakan kata

tugas yang sesuai menyebabkan pelajar gagal memberi respon yang

dikehendaki oleh tugasan dan seterusnya mengganggu proses penilaian guru.

Bil Kata Tugas Respon Yang Diharapkan

1. Apakah Memberi maklumat yang khusus.

2. Anggarkan Memberikan nilai kuantitatif yang dianggap sesuai

dengan jangkaan.

3. Analisiskan Membuat pernyataan terperinci tentang sesuatu

aspek atau perkara.

4. Bandingkan Menyatakan persamaan dan perbezaan antara dua

atau lebih item.

5. Bincangkan Perkongsian bersama mengenai sesuatu perkara.

6. Bezakan Menyatakan kelainan, ketidaksamaan antara dua

atau lebih perkara.

7. Berikan Justifikasi Membuat rumusan setelah semua pertimbangan

diambil kira.

Page 52: Modul sce 3111

[MODUL SCE 3111 : PENTAKSIRAN DALAM SAINS] IPGKDRI

GOODLUCK IN EXAM 52

8.3 Jenis Item Esei

Item jenis ini paling digemari oleh guru kerana senang disediakan berbanding

dengan item objektif. Namun begitu permasalahan timbul untuk memarkatkan

markah, adalah guru menggunakan skema tertentu atau model jawapan untuk

membuat pertimbangan ketika member markah. Banyak pendapat mengatakan

bahawa item esei lebih baik berbanding ujian objektif kerana boleh memberikan

petunjuk sebenar pencapaian pelajar. Pelajar perlukan pengetahuan yang

mencukupi bagi membolehkan mereka menghubungkan fakta, konsep dan

prinsip untuk membentuk idea yang mantap. Keupayaan ini membolehkan item

esei ini mengukur idea pelajar yang lebih komplek.

8.3.1 Item Gerakbalas Terhad

Item ini menghadkan isi dan bentuk jawapan calon, isi biasanya dihadkan melalui

skop topik yang disoal, panjang gerak balas yang diperlukan ditentukan oleh

cara soalan dikemukakan. Untuk menghadkan gerak balas jawapan calon ini,

suatu ruangan terhad sahaja diperuntukkan di dalam kertas soalan. Namun

begitu kelemahan yang mungkin timbul adalah perbezaan saiz tulisan pelajar

yang menghadkan penulisan jawapan mereka. Dalam menyediakan soalan jenis

ini, guru bukan sekadar membina item jenis mengingatkan fakta dan kefahaman

sahaja tetapi mesti menjurus kepada kemahiran menyelesaikan masalah.

Ciri-ciri gerak balas terbuka.

Menghadkan bentuk dan respons pelajar melalui:-

– skop yang disoal

– ruangan jawapan tersedia

– respons dalam satu frasa

– beberapa ayat atau satu perenggan

Page 53: Modul sce 3111

[MODUL SCE 3111 : PENTAKSIRAN DALAM SAINS] IPGKDRI

GOODLUCK IN EXAM 53

– kerencaman konstruk

– Tidak sesuai untuk menguji konstruk lebih tinggi

– Sukar mengumpulkan maklumat yang mencukupi tentang kemahiran

kognitif

– Kemungkinan banyak respons meneka

– Peraturan pemarkahan perlu jelas dan komprehensif

– Terangkan maksud wati subahah

– Bezakan antara kolonialisi dengan penjelajahan

– Terangkan dengan ringkas empat sebab utama mengapa Melaka

menjadi pelabuhan terpenting pada awal kurun ke-15

8.2.2 PANDUAN MEMBINA ITEM RESPONS TERHAD

Item jenis respons terhad boleh dibina dengan dua

bentuk:-

soalan

lengkapan

Contoh :

Senaraikan dua keburukan dan kebaikan membeli barang secara ansuran.

Soalan bentuk lengkapan haruslah ada tempat kosong di bahagian akhir

pernyataannya.

8.3.2 Item Gerak Balas Terbuka

Bebas:-

melahirkan Idea

merangka, memilih, mengorganisasi fakta / isi

mempersembahkan idea dalam pelbagai cara secara lisan atau

tulisan

Menyatu dan menggabungjalinkan pelbagai pengetahuan, idea dan

maklumat daripada pelbagai sumber pembelajaran

Menghasilkan sesuatu idea yang asli

Page 54: Modul sce 3111

[MODUL SCE 3111 : PENTAKSIRAN DALAM SAINS] IPGKDRI

GOODLUCK IN EXAM 54

Membuat pertimbangan dan penilaian tentang sesuatu idea atau

maklumat

Menerokai pelbagai pilihan, cara atau pendekatan bagi

menyelesaikan masalah

Masa yang panjang untuk menskor berbanding dengan soalan

objektif

Pemeriksa yang terlatih untuk menskor

Penyediaan set peraturan pemarkahan yang jelas dan komprehensif

Tulisan perlu jelas dan boleh dibaca

Penskoran secara subjektif

Boleh wujudkan kesan halo

Huraikan kejadian air pasang surut

Terangkan kemajuan ilmu yang dicapai oleh Kerajaan Islam di Acheh

pada abad ke-16

Bincangkan masalah keruntuhan akhlak di kalangan pelajar masa

kini

8.3.3 PANDUAN MEMBINA ITEM RESPONS TERBUKA

Pastikan perkara yang hendak ditaksir

Peringkat mana perkara itu akan ditaksir

Aras kesukaran yang ditetapkan

Aspek penting dalam kurikulum diberikan perhatian

Untuk memastikan kesahan, soalan hendaklah meliputi tajuk yang

luas dan pelbagai aras kemahiran

Kata tugas yang digunakan seperti;

“Huraikan”, “Terangkan”, “Bincangkan”, “Bezakan”, “Bandingkan”,

“Nilaikan”, “Rancangkan”, “Tunjukkan”

Page 55: Modul sce 3111

[MODUL SCE 3111 : PENTAKSIRAN DALAM SAINS] IPGKDRI

GOODLUCK IN EXAM 55

Untuk keobjektifan dan kebolehperca-yaan item, peraturan

permarkahan hendaklah disediakan

Tugasan dalam soalan perlu jelas

Tetapkan masa

Sertakan markah setiap soalan

Untuk mengelakkan salah faham dan kekeliruan, istilah dan bahasa

yang digunakan dalam soalan hendaklah spesifik

Periksa dan uji kualiti soalan dengan mencuba dahulu menulis

jawapan. Ini menolong mengenal pasti kerumitan yang dihadapi oleh

pelajar

Latihan 2

1. Jelaskan apa maksud soalan esei berjawapan pendek

2. Berikan kekuatan dan kekangan soalan berbentuk ini

3. Berikan contoh-contoh soalan yang sesuai untuk menjelaskan kekuatan dan

kekangan soalan berbentuk ini