Post on 03-Jun-2018
8/12/2019 Kerja Kursus Uitm CTU 101 Kajian Surah Yassin Ayat 1- 5
1/26
1
ISI KANDUNGAN
BIL . Tajuk Muka Surat
1 Pendahuluan 2
2 Potongan Ayat surah Yaasin 1- 5 3
3 Ayat 1 4-6
4 Ayat 2 7-8
5 Ayat 3 9-10
6
Ayat 4 11-12
7 Ayat 5 13-14
8 Kesimpulan 15
9 Rujukan 16
8/12/2019 Kerja Kursus Uitm CTU 101 Kajian Surah Yassin Ayat 1- 5
2/26
2
PENDAHULUAN
Kami telah melakukan sedikit analisis mengenai 5 ayat dalam surah Yasin iaitu potongan ayat 1
5. Melalui ayat 1 - 5 dapat kami katakan bahawa ayat pertama lagi Allah telah menunjukkan
kekuasaan-Nya. Kita wajib beriman kepada Allah dan ini juga sebagai bukti kalam Allah sehingga
lemah manusia untuk menafsirkannya, dan terdapat pelbagai kisah-kisah yang dapat sekalian
manusia ikuti dari surah yang sempurna ini.
Ayat pertama dalam surah Yaasin ini, Allah telah berfirman hanya dengan dua huruf yang sangat
unik dan cantik. Allah S.W.T menggunakan huruf Ya dan huruf Sin untuk menguji manusia yang
memiliki ilmu yang sedikit untuk menafsirkan ayat ini dan untuk menguji keimanan hamba-
hambanya. Setelah kami melakukan sedikit analisis yang bersumberkan dari artikel-artikel, dapat
kami menyatakan bahawa, banyak tafsiran yang muncul daripada ayat tersebut dari ulama-ulama
dan pendapat umum, ada yang menafsirkan ayat itu sebagai panggilan Allah kepada Rasulullah
S.A.W, ada juga menafsirkan bahawa ayat itu disusun begitu untuk memanggil umat-umat
manusia untuk mendengar risalah daripada Allah dan akhir sekali, tafsiran yang disepakati
sehingga kini ialah, Yaasin, hanya Allah sahaja yang maha mengetahui akan maksudnya.
Dalam Ayat kedua daripada surah ini pula dapat kami nyatakan bahawa Allah S.W.T
bersumpah dengan Yasin dan dengan Al-Quran untuk menegaskan wahyu dan kebenaran risalah
yang diturunkan kepada Rasulullah S.A.W. Ia adalah sebagai bukti bahawa Nabi Muhammad
S.A.W bukanlah tergolong dalam golongan manusia yang berdusta. Di samping itu, kami juga
dapat mengetahui mengenai ayat ketiga bahawa Allah memberitahu baginda Muhammad S.A.W
merupakan seorang rasul yang benar-benar Allah utuskan untuk sekalian umat manusia .
Ayat keempat pula Allah S.W.T memberitahukan sifat yang paling besar bagi Rasulullah S.A.Wyang menunjukkan kerasulan Baginda, iaitu Baginda berada di atas jalan yang lurus, yang dapat
menyampaikan risalah Allah kepada umat manusia. Risalah yang disampaikan oleh Baginda
Muhammad S.A.W adalah risalah yang dapat membimbing manusia di atas jalan yang benar dan
menyelamatkan semua manusia dari seksaan akhirat kelak. Kita hendaklah beriman dan
mempercayai akan kerasulan Baginda Muhammad S.A.W dan beriman kepada ajaran Baginda
yang diturunkan oleh Allah S.W.T .
Ayat yang kelima iaitu ayat yang terakhir yang telah kami analisis pula , Allah memberitahu
bahawa , jalan yang lurus itu diturunkan oleh Tuhan Yang Maha Perkasa lagi Maha Penyayangiaitu antara sifat-sifat Allah ke dalam Al-Quran yang penuh hikmah dan syafaat dan diturunkan
sebagai jalan bagi hamba-hamba-Nya. Jalan yang lurus itu dapat menyampaikan manusia kepada
Allah dan kepada Syurga milik Allah S.W.T. Semoga kita memperoleh kejayaan dia dunia dan di
akhirat kelak. In syaa Allah.
8/12/2019 Kerja Kursus Uitm CTU 101 Kajian Surah Yassin Ayat 1- 5
3/26
3
POTONGAN SURAH YASSIN AYAT 1-5
Terjemahan Surah Yaasin Ayat 1 5
1 . Yaasin. 2. Demi Al-Quran yang mengandungi hikmat-hikmat dan kebenaran yang
tetap kukuh. 3. Sesungguhnya engkau wahai Muhammad adalah seorang Rasul dari
Rasul-rasul yang telah diutuskan. 4. Yang tetap di atas jalan yang lurus. 5. Al-Quran itu
diturunkan oleh Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani.
8/12/2019 Kerja Kursus Uitm CTU 101 Kajian Surah Yassin Ayat 1- 5
4/26
4
AYAT 1
MAKSUD
Yaasin.
TAFSIRAN
Sebahagian dari kitab mengatakan bahawa perkataan Yaasin hanya Allah S.W.T yang
mengetahui maksud sebenarnya. Sesetengah Ulama menafsirkan bahawa Yaasin ialah
sebahagian dari huruf huruf abjad yang terletak pada permulaan dari surah surah Al-Quran seperti
Alif lam mim, Alif lam raa. Ada juga yang mengatakan bahawa perkataan Yaasin. Adalah antara
nama-nama panggilan Allah kepada Rasullulah. Sebahagiannya mengatakan bahawa Yaasin
bermaksud wahai manusia. Mereka menghuraikan Ya bermaksud Wahai (Seruan). Manakala Sin
pula menerangkan tentang manusia. Ada juga yang berpendapat bahawa huruf-huruf itu disusun
untuk menarik perhatian para manusia dan pendengar bacaan Al-Quran supaya tertarik dengan
Kitab Suci Al-Quran. Selain itu, ia mungkin adalah untuk mengisyaratkan bahawa Al-Quran itu
diturunkan dari Allah dalam bahasa Arab yang tersusun abjad-abjad nya dengan rapi dan teratur
untuk menunjukkan kekuasaan Al-Quran yang tak mungkin ditulis oleh manusia biasa yang
bernama Muhammad S.W.T, kerana tahap kesusasteraan yang tinggi di dalam kitab Al-Quran
tidak mungkin dapat ditulis oleh manusia. Perkataan Yaasin tiada tafsiran yang tetap dan yang
paling betul untuk menerangkan permulaan ayat surah Yassin, sehingga sekarang. Walaupun
bangsa Arab, yang mahir dalam bidang kesusasteraan, namun ayat yang pendek dan hanya
mengandungi 2 huruf, tidak dapat ditafsirkan oleh ahli sastera mereka dengan tepat.
Menunjukkan bahawa manusia mempunyai batas ilmu dan memperlihatkan bahawa betapa
ceteknya ilmu manusia berbanding dengan pencipta sekalian alam.
8/12/2019 Kerja Kursus Uitm CTU 101 Kajian Surah Yassin Ayat 1- 5
5/26
5
HURAIAN
Daripada ayat ini dapat kami huraikan bahawa Allah mempunyai ilmu yang benar-benar hebat
dan kekuasaannya tidak dapat ditandingi oleh mana-mana makhluk ciptaannya. Walaupun
sehebat mana pun ilmu seorang manusia itu, tiada sesiapa dapat melawan perancangan, Qada'
dan Qadar Nya kerana sesungguhnya dialah Tuhan yang mentadbir sekalian alam dan maha
tinggi ilmu. Manusia bukanlah makhluk yang sempurna.
Janganlah kita membanggakan diri atau bongkak dengan ilmu atau kekayaan yang kita ada,
kerana, itu semua tidak akan di pandang oleh pencipta kita kerana, hanya amalan, dan takwa
akan menjadi bekalan kita di akhirat kelak. Kekuasaan Allah begitu hebat sehinggakan manusia
tidak dapat memikirkan dengan jelas bagaimanakah kebesaran Allah yang maha sempurna itu.
Tidak ada satu makhluk pun dapat menandingi ilmu Allah yang maha sempurna, kerana Allah
telah menjadikan pemikiran manusia itu terbatas dan kita tidak akan dapat mengetahui rancangan
dan rahsia Allah. Kita sebagai manusia hendaklah sentiasa memohon keampunan dan keredaan
dari Allah S.W.T .
8/12/2019 Kerja Kursus Uitm CTU 101 Kajian Surah Yassin Ayat 1- 5
6/26
6
PENGAJARAN
llmu manusia tidak akan pernah dapat menandingi kuasa Allah kerana ilmu manusia sangatlah
cetek dan segalanya adalah rahsia Allah. Manusia haruslah percaya kepada kekuasaan dan
keajaiban Al-Quran kerana mereka yang enggan percaya kepada kekuasaan Allah, adalah
mereka yang tidak celik penglihatan mereka dan tidak mahu melihat kepada kebenaran dan
kekuasaan Al-Quran. Manusia hendaklah tidak sombong dan bongkak dengan ilmu yang dimiliki.
Kita hendaklah sentiasa berkongsi ilmu yang dimiliki kerana ia adalah sebagai satu ibadah jika
ikhlas. Allah memberi sedikit ilmu kepada manusia untuk dikongsi.
8/12/2019 Kerja Kursus Uitm CTU 101 Kajian Surah Yassin Ayat 1- 5
7/26
7
AYAT 2
MAKSUD
Demi Al-Quran yang mengandungi hikmat-hikmat dan kebenaran yang tetap kukuh.
TAFSIRAN
Allah telah bersumpah dengan Al-Quran yang disifatkan penuh hikmah dan dapat menjadi
panduan yang benar kepada manusia. Sesiapa yang mempelajari AlQuran akan menjadi orang-
orang yang tenang, bertakwa, beriman dan mudah mendapat ilham dan cahaya rahmat hidayah
ke dalam hati mereka. Allah telah memberitahu manusia supaya manusia menjadikan Al-Quran
sebagai suatu panduan yang akan memberi hikmah kepada kehidupan mereka. Manusia akan
mendapat panduan yang akan membimbing kehidupan mereka di dunia dan akhirat dengan Al-
Quran. Kepada mereka yang membelakangkan Al-Quran atau yang tidak mahu mencarikebenaran, maka mereka akan sesat dan keredaan Allah sukar untuk diperoleh. Manusia dapat
menjadikan Al-Quran sebagai panduan kehidupan. Manusia dapat menggunakan ayat-ayat Al-
Quran sebagai penawar suatu penyakit, panduan untuk perniagaan, dan dapat menetapkan
hukuman kepada pesalah dengan adil, sebagai contoh, hukuman hudud. Allah juga telah
berfirman dalam Al-Quran tentang kebesarannya jadi, sebagai hamba Allah sudah tentu iman dan
akidah manusia akan menjadi teguh sekiranya manusia membaca dan menghayati kebesaran
Allah.
8/12/2019 Kerja Kursus Uitm CTU 101 Kajian Surah Yassin Ayat 1- 5
8/26
8
HURAIAN
Daripada ayat ini kita dapat huraikan bahawa Allah telah bersumpah demi Al-Quran supaya
manusia mengikut perintah Allah. Al-Quran adalah panduan kepada kehidupan manusia. Al-
Quran yang sempurna isi kandungannya merupakan mukjizat nabi Muhammad yang ditinggalkan
kepada umatnya, mengandungi pelbagai kemaslahatan untuk dijadikan panduan umat manusia
yang beriman.
Allah telah menceritakan tentang kisah kaum terdahulu yang boleh dijadikan teladan agar umat
manusia zaman sekarang tidak mengulangi kesilapan dan dosa yang sama lagi. Allah sentiasa
menolong hambaNya yang berada dalam kesusahan sekiranya hati seorang manusia itu tenang
dengan membaca Al-Quran.
Sesungguhnya Allah mengasihi hamba Nya yang melakukan suruhan Nya.
PENGAJARAN
Kita haruslah mempercayai akan kebenaran Al-Quran yang merupakan kitab yang paling
sempurna di dunia ini. Kita hendaklah beriman kepada Allah dengan sentiasa membaca Al-Quran
dan menghayati maksud-maksudnya supaya iman dan akidah menjadi teguh. Al-Quran yang
mengandungi hikmah akan menjadi bantuan dan pertolongan kita di akhirat kelak sekiranya kita
rajin dan sentiasa membaca dan memahami Al-Quran dengan ikhlas. Kita haruslah bertaubat dan
kembali ke jalan Allah iaitu jalan yang diredhai oleh Allah supaya sentiasa berada di jalan yang
benar.
8/12/2019 Kerja Kursus Uitm CTU 101 Kajian Surah Yassin Ayat 1- 5
9/26
9
AYAT 3
MAKSUD
Sesungguhnya engkau wahai Muhammad, adalah seorang Rasul dari Rasul-rasul yang telah
diutus.
TAFSIRAN
Ayat ini menerangkan bahawa Nabi Muhammad S.A.W, merupakan seorang rasul yang benar-
benar diutuskan oleh Allah, dan baginda berada di atas jalan yang lurus dan benar. Buktinya,
Allah telah bersumpah atas Al-Quran yang sempurna kandungannya dan mempunyai pelbagai
hikmah, bahawa Rasulullah merupakan seorang Rasul yang benar-benar membawa risalah dari
Allah untuk memimpin umatnya ke jalan yang lurus. Dapat Menunjukkan bahawa baginda
Muhammad S.A.W adalah seorang rasul yang benar. Bukan dari kalangan orang yang berdusta
dan penipu. Membuktikan bahawa Baginda adalah antara salah seorang rasul yang akan menjadi
penerang kehidupan kepada sekalian makhluk Manusia yang mengikut ajaran Baginda
Muhammad S.A.W akan sentiasa berada di jalan yang lurus dan akan tenang di dunia dan akhirat.
8/12/2019 Kerja Kursus Uitm CTU 101 Kajian Surah Yassin Ayat 1- 5
10/26
10
HURAIAN
Daripada ayat ini dapat dihuraikan bahawa Allah ingin memberitahu bahawa Nabi Muhammad
S.A.W adalah seorang Rasul yang benar yang diutus kepada umat manusia. Kita sebagai umat
Nabi Muhammad hendaklah mengikuti baginda dan mempelajari ilmu akhirat agar kita mendapat
syafaat dari baginda semasa akhirat kelak. Baginda sentiasa mengingati umatnya sama ada yang
beriman ataupun tidak beriman kepada Allah.
Kita sebagai umat yang mengasihi dan mencintai baginda hendaklah sentiasa mengingati
baginda dengan cara berselawat dan memohon agar kita dapat memperoleh syafaat yang akan
berguna kepada kita semasa di padang mahsyar kelak, hanya baginda Muhammad S.A.W dapat
memberi syafaat kepada umatnya, kerana rasul-rasul Allah yang lain tidak memberikan syafaat
kepada umat mereka.
Dengan sedikit analisis mengenai potongan ayat ini, baginda Muhammad S.A.W bukanlah
manusia biasa seperti manusia yang lain, baginda merupakan kekasih Allah. Allah S.W.T telah
banyak kali memberitahu bahawa baginda Muhammad merupakan Rasulullah yang benar yang
diutuskan di jalan yang lurus. Allah juga telah bersumpah dengan nama Yaasin yang menjadi
jantung Al-Quran untuk memperkukuhkan bukti bahawa baginda merupakan sorang rasul yang
benar. Allah telah menunjukkan bukti bahawa Nabi Muhammad adalah rasul yang benar, kita
wajib mengikuti baginda, janganlah kita tergolong dalam golongan yang syirik dan terpesong.
PENGAJARAN
Kita hendaklah mengetahui kebenaran sesuatu perkara sebelum mempercayai atau mengkuti
sesuatu perkara Kita haruslah beriman dan bertaqwa kepada Allah dan rasulnya supaya kita
tergolong dalam golongan orang-orang yang beriman. Kita mestilah sentiasa menjadi insan yang
mengikut ajaran Rasullulah, dengan mengamalkan sunnah dalam kehidupan agar kita dapat
peroleh syafaat di akhirat kelak.
8/12/2019 Kerja Kursus Uitm CTU 101 Kajian Surah Yassin Ayat 1- 5
11/26
11
AYAT 4
MAKSUD
Yang tetap di atas jalan yang lurus.
TAFSIRAN
Ayat ini menerangkan bahawa Rasulullah S.A.W, adalah rasul yang tetap di atas jalan
yang lurus, iaitu jalan yang diredai Allah S.W.T. Ayat ini jelas menerangkan tentang
hakikat kenabian. Rasulullah adalah sebenar-benar Rasul yang berada di jalan yang lurus
dan berada di atas hakikat yang sebenar. Ayat ini jelas menerangkan tentang hakikat
kenabian. Setiap nabi, lebih-lebih lagi Nabi Muhammad S.A.W berada di atas jalan yang
benar. Ia perlu di ikuti dan menjadi contoh kepada setiap yang mencari jalan yang benar
untuk kembali kepada Allah. Sesungguhnya Rasulullah S.A.W berdiri di atas jalan
kebenaran yang menyampaikan kepada Allah. Lantaran itu kita mendapati banyak
golongan yang menyeru kepada jalan hidup yang sejahtera tetapi menolak ajaran
Rasulullah, mereka tidak sampai kepada jalan Allah yang sebenarnya. Umpamanya
golongan anti hadis yang mendakwa kononnya menerima Al Quran semata-mata dan
menolak hadis-hadis Nabi S.A.W.
8/12/2019 Kerja Kursus Uitm CTU 101 Kajian Surah Yassin Ayat 1- 5
12/26
12
HURAIAN
Lurus yang ditulis dalam Yaasin adalah merupakan jalan yang diredhai Allah S.W.T.
Jalan yang lurus adalah jalan yang hamba-hamba Allah S.W.T harus ikuti. Kita sebagai
umat Nabi Muhammad yang melakukan ibadah hanya kepada Allah, hendaklah mengikuti
ilmu yang di bawa oleh Nabi Muhammad S.A.W kerana ilmu tersebut akan dijadikan
panduan kehidupan kita dan kita akan mengatur perjalanan hidup kita sendiri
berpandukan syariat Islam. Nabi Muhammad sebagai Rasul yang terakhir adalah rasul
yang berada di jalan yang lurus sama seperti rasul-rasul yang terdahulu dan merupakan
pemimpin kepada umat manusia untuk mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat.
Islam merupakan jalan yang lurus untuk orang-orang Muslim yang beriman kepada satu
pencipta iaitu Allah. Golongan-golongan ini akan berjaya di dunia dan di akhirat. Kita
hendaklah memperteguhkan akidah dan iman dengan membaca Al-Quran dan menimba
ilmu yang disampaikan oleh pewaris-pewaris nabi iaitu, orang Alim dan Ulama.
PENGAJARAN
Kita hendaklah sentiasa mempercayai dan meyakini bahawa Nabi Muhammad
merupakan rasul yang terakhir dan merupakan seorang rasul yang berada di jalan yang
lurus. Kita juga haruslah mengimani ajaran Rasullulah S.W.T kerana baginda telah
menunjukkan jalan yang lurus untuk umatnya dan jalan yang terbaik untuk mendekatkan
diri kepada Allah. Nabi Muhammad juga telah menyelamatkan umatnya dari kejahilan dan
kesesatan. Kita juga haruslah tidak menjadi manusia yang munafik yang hanya mengaku
diri Islam tetapi tidak mengamalkan cara hidup Islam dan suka bercakap bohong kerana ia
merupakan sifat orang yang munafik. Baginda Muhammad S.A.W bukanlah tergolong
dalam golongan orang yang munafik dan pendusta.
8/12/2019 Kerja Kursus Uitm CTU 101 Kajian Surah Yassin Ayat 1- 5
13/26
13
AYAT 5
MAKSUD
Al-Quran itu diturunkan oleh Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani.
TAFSIRAN
Dalam menerangkan tentang Al-Quran yang penuh dengan pelbagai hikmat yang memandu
manusia ke jalan yang benar, Allah menyebutkan dua namanya yang menjadi dalil yang kukuh
dan sandaran yang kuat dalam memperjelaskan kehebatan kandungan hikmat yang terdapat
dalam Al Quran. Dua sifat Nya yang sekali gus menjadi nama Nya, iaitu Al Aziz Maha Perkasa
yang tidak akan di tandingi bermaksud segala perbuatan Nya termasuklah menurunkan Al Quran
tidak akan dapat di tandingi oleh sesiapapun dan Ar Rahim Maha Penyayang untuk mengampuni
dan merahmati hambanya yang telah melakukan perbagai dosa tetapi ada keinginan untuk
bertaubat setelah mempelajari kitab panduan Nya.
HURAIAN
Allah merupakan pencipta kepada sekalian isi dan makhluk yang berada di dunia ini, Allah
adalah Maha penyayang. Al-Quran yang mengandungi pelbagai hikmat diturunkan oleh Allah
yang berkuasa ke atas setiap makhluk. Allah yang maha sempurna ingin menceritakan bahawa
Al-Quran diturunkan oleh Nya dengan memperlihatkan kekuasaanya di dalam Al-Quran dengan
cara mengasihi hamba-hambanya yang taat kepada Nya.
Allah yang maha sempurna ilmu Nya juga telah memperlihatkan kekuasaanya yang tiadabandingannya dengan menunjukkan dua huruf arab yang singkat tidak dapat ditafsirkan oleh
Manusia yang terbatas ilmunya. Manusia bukanlah bersifat sempurna, kita janganlah sombong
dengan manusia yang lain.
8/12/2019 Kerja Kursus Uitm CTU 101 Kajian Surah Yassin Ayat 1- 5
14/26
14
PENGAJARAN
Allah yang Maha mengasihani telah menunjukkan sifat kasihnya Allah kepada Manusia juga
sepatutnya bertaubat kepada Allah yang maha mengasihi kerana walau jahat mana sekalipun.
Allah yang maha berkuasa dan maha mengasihani menunjukkan bahawa kita sebagai hambanya
hendaklah sentiasa memohon keampunan dan perlindungannya semoga kita berada bersamadengan orangorang yang beriman di akhirat kelak.
8/12/2019 Kerja Kursus Uitm CTU 101 Kajian Surah Yassin Ayat 1- 5
15/26
15
KESIMPULAN
Kesimpulan petikan dari surah yaasin ayat 15, perihal pemberitahuan Allah mengenai
kebenaran kerasulan Baginda Muhammad dan Al-Quran yang diturunkan mempunyai pelbagai
hikmat yang dapat dijadikan panduan kepada umat manusia untuk mendapat keredaan Allah
S.W.T. Dalam Surah Yaasin potongan ayat 1-5 ini, Allah menyatakan tentang kekuasaan dan
menunjukkan ilmu Allah yang sangat sempurna sehinggakan tafsiran menjadi sesuatu yang
susah, kerana hanya Allah sahaja yang maha mengetahui segala-galanya. Kekuasaan dan ilmu
Allah telah menunjukkan kesempurnaan sifat Allah. Allah adalah pencipta segala-galanya, Allah
adalah maha mengetahui dan maha mengasihani terhadap semua perkara, Allah menyuruh umat
manusia untuk sentiasa mengingati Nya dengan kembali bertaubat kepada Allah. Allah telah
menunjukkan kekuasaannya dalam kitab Al-Quran, umat manusia hendaklah mempelajari ilmu
agama untuk mendekatkan diri kepada pencipta kita dan mengikut segala perkara yang telah
diajarkan kepada kita melalui baginda Muhammad S.A.W.
Sebagai umat nabi Muhammad kita hendaklah beriman dengan ilmu yang disampaikan oleh
Rasullulah S.A.W kerana ia bukanlah sekadar ilmu yang kosong yang datang dari perbualan yang
menggunakan nafsu manusia, tetapi ia adalah ilmu dan wahyu yang diturunkan dari Allah. Nabi
Muhammad merupakan kekasih Allah. Kita hendaklah sentiasa mengingati Baginda dengan cara
berselawat ke atas nabi kerana tanpa baginda, umat zaman kini akan menjadi sejahil-jahil
manusia tanpa agama dan panduan kehidupan. Jika zaman kini kita merupakan tergolong dalam
golongan yang jahil dunia akan menjadi huru-hara tanpa belas kasihan dan kekejaman akan
berlaku di mana-mana.
Allah S.W.T memberitahu di dalam yaasin bahawa Al-Quran diturunkan daripada Allah yang
maha kuasa lagi maha mengasihani. Allah S.W.T ingin menunjukkan bahawa, jika seseorang
manusia itu melakukan kesalahan atau tidak menunjukkan sifat seorang hamba kepada pencipta-
Nya, Allah tetap mengasihani hamba-hamba Nya dan sentiasa menerima taubat yang akan
dilaksanakan oleh hambanya. Kita hendaklah sentiasa bersyukur dan sentiasa ingat bahawa
orang yang beriman akan berjaya di dunia dan di akhirat.
Sekalian umat manusia yang beriman kepada Allah sewajarnya kita muhasabah sertamemotivasikan diri sendiri dengan amalan kebaikan untuk persiapan diri serta ketenangan jiwa
menghadapi alam akhirat kelak. Moga-moga amalan yang ikhlas, tawaduk, serta istiqamah itu
menempatkan kita ke tempat orang yang beriman. Insyaallah .
8/12/2019 Kerja Kursus Uitm CTU 101 Kajian Surah Yassin Ayat 1- 5
16/26
16
RUJUKAN
KITAB
Subhi Salleh . 1978 . Kajian Al-Quran. Percetakan Dewan Bahasa Dan Pustaka : Kuala Lumpur .
hlm 3-9 , 145-147 , & 371-384 .
Sayyid Quthub . 1982 . Dibawah Naungan Al-Quran. PT Bina Ilmu , Offset : Surabaya . hlm 11-
21
Abbas Mahmud Al-Aqqad . 1986 . Manusia Diungkap Al-Quran. PT Temprint : Jakarta . hlm 11-
19
Afif Abdullah . 1989 . Nabi-Nabi Dalam Al-Quran. PN . Klang , Klang Book Centre : Selangor . hlm
549-552
Tahar Ben Jelloun . 2002 . Islam Explained. The New Press : New York . hlm 16-25
ARTIKEL
Zahazan Mohamed . Wahyu Ilahi. Artikel dalam Gen-Q , 28 Mac 2013 .
8/12/2019 Kerja Kursus Uitm CTU 101 Kajian Surah Yassin Ayat 1- 5
17/26
17
8/12/2019 Kerja Kursus Uitm CTU 101 Kajian Surah Yassin Ayat 1- 5
18/26
18
8/12/2019 Kerja Kursus Uitm CTU 101 Kajian Surah Yassin Ayat 1- 5
19/26
19
8/12/2019 Kerja Kursus Uitm CTU 101 Kajian Surah Yassin Ayat 1- 5
20/26
20
8/12/2019 Kerja Kursus Uitm CTU 101 Kajian Surah Yassin Ayat 1- 5
21/26
21
8/12/2019 Kerja Kursus Uitm CTU 101 Kajian Surah Yassin Ayat 1- 5
22/26
22
8/12/2019 Kerja Kursus Uitm CTU 101 Kajian Surah Yassin Ayat 1- 5
23/26
23
8/12/2019 Kerja Kursus Uitm CTU 101 Kajian Surah Yassin Ayat 1- 5
24/26
24
Ayat ini menerangkan
8/12/2019 Kerja Kursus Uitm CTU 101 Kajian Surah Yassin Ayat 1- 5
25/26
25
8/12/2019 Kerja Kursus Uitm CTU 101 Kajian Surah Yassin Ayat 1- 5
26/26