Post on 20-Feb-2018
LESTARI MUZIK JOHOR SEPANJANG ZAMAN
Salinah Jaafar Shafa’astussara Silahudin
Rahmah Bujang Siti Rohaizah Che Mat Universiti Malaya
Abstrak
Muzik memainkan peranan penting dalam kehidupan manusia. Manusia menggunakan muzik sebagai hiburan, sebagai alat untuk meluahkan perasaan, sebagai wahana untuk menyebarkan maklumat dan pelbagai lagi fungsi muzik dalam kehidupan manusia. Muzik dalam masyarakat Melayu berkembang seiring dengan perkembangan masyarakat Melayu secara keseluruhannya. Seni persembahan yang lahir daripada tradisi yang bermula dari istana ini kaya dengan pelbagai elemen persembahan seperti seni muzik, teater, tarian dan peralatan persembahan yang mempunyai nilai estetika yang unik dan amat tinggi nilainya. Antara seni muzik yang lahir daripada tradisi istana ialah nobat, muzik makyung dan muzik gamelan. Ciri-‐‑ciri unik kesenian ini dan nilai estetikanya boleh dilihat melalui jenis, perkembangan dan peralatan yang digunakan. kewujudan seni muzik ini dapat dilihat berdasarkan bahan-‐‑bahan kesusasteraan Melayu tradisional Malaysia yang tercatat kewujudan serta perkembangan muzik-‐‑muzik tersebut. Institusi raja Johor suatu ketika dahulu dikaitkan dengan kemasukan muzik gamelan secara tidak langsung dari Tanah Jawa. Perbincangan berkaitan muzik gamelan dan penerimaan institusi raja di Johor terhadapnya berkait rapat dengan negeri-‐‑negeri seperti Pahang dan Riau-‐‑Lingga yang berada di bawah naungan Kerajaan Johor. Hari ini, muzik nobat amat jarang kedengaran kecuali ketika berlaku upacara diraja di Johor dan negeri-‐‑negeri lain di Malaysia. Sungguhpun alat muzik gamelan berasal dari Tanah Jawa, namun apabila dibawa masuk ke Tanah Melayu, skala bunyi gamelan disesuaikan mengikut air lagu Melayu. Tidak seperti muzik nobat, muzik gamelan di Johor menjadi muzik istimewa dikalangan masyarakat Johor. Muzik gamelan bukan hanya menjadi pilihan mereka yang berketurunan Melayu-‐‑Jawa, tetapi juga golongan bukan berketurunan Jawa. Muzik gamelan kini menghiasi acara-‐‑acara kemasyarakatan seperti perkahwinan dan majlis rasmi negeri Johor. Perbincangan seni muzik Johor ini akan berfokus kepada kelestarian seni muzik Johor yang melihat kepada tokoh, sumbangan dan anugerah yang telah diterima sepanjang zaman. Kata kunci: lestari, seniman, muzik, Johor.
Pengenalan Muzik memainkan peranan penting dalam kehidupan manusia. Manusia menggunakan muzik sebagai hiburan, sebagai alat untuk meluahkan perasaan, sebagai wahana untuk menyebarkan maklumat dan pelbagai lagi fungsi muzik dalam kehidupan manusia. Muzik dalam masyarakat Melayu berkembang seiring dengan perkembangan masyarakat Melayu secara keseluruhannya. Orang-‐‑orang Melayu mempunyai seni muzik yang tersendiri sejak dari zaman animisme lagi. Sejarah muzik orang Melayu dikatakan bermula dari tepukan tangan dan hentakan kaki, kemudian tercipta alat-‐‑alat muzik yang ada pada hari ini seperti gendang, seruling, serunai dan alat-‐‑alat muzik moden yang dibawa masuk dari budaya luar. Kemasukan pengaruh-‐‑pengaruh luar seperti Islam, Hindu dan Barat, melalui proses penyerapan, telah menyebabkan berlakunya perubahan dalam seni muzik Melayu terutama dari segi bentuknya. Hasil penyerapannya ini membawa kepada kelahiran berbagai bentuk seni muzik Melayu seperti Mak Yong, Dondang Sayang, Wayang Kulit dan Ghazal, hingga membawa kepada bentuk-‐‑bentuk muzik popular seperti yang terdapat pada hari ini, iaitu muzik pop, muzik rock, jazz dan rap. Mohd. Taib Osman (1984) mengatakan: ‘The use of musical instruments – for instance, clearly illustrates this fact: what is usually referred to as traditional music like Dondang Sayang or the joget would include imported instruments like the violin or the accordian, but the tempo and the melody are strikingly Malay. On the other hand, the so-‐‑called modern music would also have some traditional elements’ Mohamed Ghouse Nasuruddin (2003) mengatakan bahawa sejarah muzik tradisional Malaysia harus dilihat dari sudut dunia Melayu lama yang merangkumi negara Malaysia, Indonesia, sebahagian Negara Thai, Kampuchea dan Filipina. Dalam konteks budaya ini terdapat banyak persamaan alat dan struktur muzik yang dihasilkan oleh warisan budaya yang sama dan dipengaruhi oleh unsur-‐‑unsur muzik dari Timur Tengah, India dan China. Penelitian sejarah terhadap kawasan ini akan memberikan gambaran yang jelas tentang interaksi sosiobudaya yang telah menghasilkan kepelbagaian genre muzik di kawasan ini. Pendapat Mohamad Ghouse ini dapat dibuktikan dengan adanya kepelbagaian genre muzik yang ada dalam kalangan masyarakat Melayu hari ini. Muzik Tradisional Johor Dengan rujukan kepada beberapa teks klasik seperti Hikayat Acheh, Hikayat Hang Tuah, Misa Melayu, Salasilah Melayu Bugis dan Sejarah Melayu di awal penulisan ini, setidak-‐‑tidaknya dapat memberi gambaran awal berkaitan bentuk persembahan budaya yang melibatkan permainan alat muzik dalam peristiwa-‐‑peristiwa penting yang melibatkan institusi raja di Kepulauan Melayu. Sungguhpun catatan dalam teks tersebut tidak menyebut secara langsung institusi raja di Johor, namun haruslah difahami bahawa situasi politik kerajaan Melayu Johor pada awalnya merupakan kelangsungan pemerintahan
Kesultanan Melayu Melaka. Tidak hanya Johor, negeri lain seperti Pahang, Perak, Kepulauan Riau dan daerah-‐‑daerah di Sumatera Timur turut menerima kelangsungan budaya dari Melaka ini. Oleh itu, maklumat berkaitan muzik tradisi dari sumber lain yang signifikan haruslah diambil perhatian.
Penelitian muzik nobat di daerah Indragiri membuktikan kelangsungan budaya muzik tradisi dari Kesultanan Melaka. Sungguhpun institusi raja di Indragiri sudah lenyap selepas tahun 1945 (Kartomi, 1997: 3) namun pewaris keluarga diraja masih menyimpan sebahagian alat kebesaran mereka dengan baik, sungguhpun kebanyakannya sudah hilang ketika penjajahan Belanda dan peperangan menentang Jepun. Institusi raja Johor suatu ketika dahulu dikaitkan dengan kemasukan muzik gamelan secara tidak langsung dari Tanah Jawa. Perbincangan berkaitan muzik gamelan dan penerimaan institusi raja di Johor terhadapnya berkait rapat dengan negeri-‐‑negeri seperti Pahang dan Riau-‐‑Lingga yang berada di bawah naungan Kerajaan Johor. Hari ini, muzik nobat amat jarang kedengaran kecuali ketika berlaku upacara diraja di Johor dan negeri-‐‑negeri lain di Malaysia. Sungguhpun alat muzik gamelan berasal dari Tanah Jawa, namun apabila dibawa masuk ke Tanah Melayu, skala bunyi gamelan disesuaikan mengikut air lagu Melayu. Hingga kini, gamelan yang ada di Pahang dan Terengganu dikenali sebagai gamelan Melayu. Tidak seperti muzik nobat, muzik gamelan di Johor menjadi muzik istimewa dikalangan masyarakat Johor. Muzik gamelan bukan hanya menjadi pilihan mereka yang berketurunan Melayu-‐‑Jawa, tetapi juga golongan bukan berketurunan Jawa. Muzik gamelan kini menghiasi acara-‐‑acara kemasyarakatan seperti perkahwinan dan majlis rasmi negeri Johor. Perbincangan seni muzik tradisi di Johor diteruskan dengan memfokuskan muzik tradisi masyarakat Johor. Perbincangan dihadkan dengan merujuk kepada muzik tradisi yang suatu ketika dahulu hidup mekar dalam kalangan masyarakat Melayu tradisional di negeri Johor. Masyarakat Johor Dan Muzik Tradisi Masyarakat Johor sejak sekian lama mengamalkan budaya dan resam hidup yang pelbagai dan bersandar pada warisan yang diperturunkan keluarga terdahulu. Diakui majoriti masyarakat Johor khususnya Melayu berasal daripada latar belakang budaya yang pelbagai: Jawa, Banjar, Melayu Riau, Bugis, Muzik Kempelingan Dan Latar Belakang Salah satu kesenian tradisional yang pernah diamalkan oleh masyarakat Jawa di negeri Johor ialah muzik kempelingan. Kesenian ini dikatakan dibawa dari Tanah Jawa, Indonesia masuk ke negeri Johor ketika Tanah Melayu di bawah pemerintahan British. Dasar ekonomi ketika itu yang memerlukan tanah baru dibuka untuk pertanian telah memungkinkan kemasukan tenaga buruh dari Indonesia secara besar-‐‑besaran. Tenaga buruh ini secara tidak langsung telah membawa bersama mereka bentuk-‐‑bentuk kesenian termasuk muzik kempelingan dari tanah kelahiran mereka sebagai salah satu pembawaan identiti apabila merantau atau berhijrah ke Tanah Melayu.
Muzik yang diklasifikasi sebagai salah satu kesenian masyarakat Jawa di Johor dikatakan mula bertapak di daerah Batu Pahat. Seorang tokoh muzik kempelingan bernama Wak Taib yang bekerja sebagai tukang rumah di Senggarang Batu Pahat tetapi berasal dari Sungai Batik, Tanah Jawa Indonesia merupakan orang terpenting dalam sejarah muzik kempelingan di Johor. Bermula daripada usaha beliau difahamkan kumpulan muzik kempelingan pertama telah terbentuk di daerah tersebut. Usaha Wak Taib telah diteruskan oleh seorang lagi tokoh seni kempelingan iaitu Marhaban Kasto yang berketurunan Jawa dan berasal dari daerah Kendal. (Noriah Mohamed & Kamdi Kamil, 2011: 340-‐‑341) Kumpulan yang telah mendapat bimbingan Marhaban Kasto telah diberi peluang untuk merasai pengalaman membuat persembahan muzik kempelingan ke luar negeri. Selain Batu Pahat, seni muzik kempelingan juga dikatakan boleh didapati di daerah-‐‑daerah lain seperti Muar, Pontian, Segamat dan Johor Bahru yang mana memiliki penduduk berketurunan Jawa dan mewarisi kesenian ini.
Asal usul seni kempelingan dikatakan hasil daripada ilham seorang kiyai di Tanah Jawa. Tujuan seni kempelingan pada mulanya adalah sebagai salah satu usaha menyebarluaskan kefahaman agama Islam dalam kalangan masyarakat Jawa. Kiyai berserta anak-‐‑anaknya telah menubuhkan sebuah kumpulan yang menggabungkan permainan alat-‐‑alat muzik jenis membranofon yang mengiringi bacaan-‐‑bacaan tertentu. (Noriah Mohamed & Kamdi Kamil, 2011: 341) Merujuk kepada Mohamad Hamzah Basar, Ketua Kampung Parit Kassan di Ledang Johor, beliau menjelaskan muzik kempelingan memiliki kepentingan dan kedudukan tertentu dalam masyarakat berketurunan Jawa itu tersendiri. Mereka yang tinggal di kampung-‐‑kampung tradisi suatu ketika dahulu menjadikan muzik kempelingan sebagai medium mengumpulkan penduduk agar lebih mesra dan bersatu yang dalam istilah Jawanya dipanggil ‘guyup’. (Hai Rozzaman Jalal dalam myMetro online bertarikh 1 Januari 2016)
Kesenian kempelingan (sumber: myMetro bertarikh 1 Januari 2016)
Alat Muzik Dalam Kempelingan Seperti namanya, alat muzik utama yang digunakan ialah kempeling. Permainan muzik kempelingan terdiri daripada beberapa jenis alat: empat buah kempeling, jidor dan gendang. (Noriah Mohamed & Kamdi Kamil, 2011: 341) Namun menurut Muslim Jasmin, pengerusi kepada kumpulan kempelingan dari Ledang Johor, selain melibatkan tiga jenis peralatan iaitu kempeling, jidor dan gendang, alat muzik lain iaitu karon, dan dua buah
kempol turut digunakan dalam muzik kempelingan. Kombinasi keenam-‐‑enam peralatan dapat menghasilkan alunan muzik menarik mengiringi teks-‐‑teks tertentu yang biasanya dimainkan oleh sepuluh hingga lima belas ahli. Bagi seseorang ketua kumpulan, peningkahan nada alat-‐‑alat permainan sangat diambil berat. Pemerhatian jenis alat yang digunakan dalam muzik kempelingan oleh Kumpulan Kempelingan Parit Kassan Ledang Johor pada hari ini adalah sedikit berbeza. Kumpulan ini memainkan tiga jenis alat: kempeling, jidor dan rebana. Perbincangan tiga jenis alat tersebut adalah seperti berikut: 1.Kempeling
Alat kempeling (sumber: Kumpulan Kempelingan Parit Kassan Ledang Johor)
Alat utama iaitu kempeling dikenal pasti mempunyai tiga jenis: kempeling besar,
kempeling sederhana dan kempeling kecil. Kempeling besar menghasilkan nada bunyi yang rendah dan begitu sebaliknya. Baluh atau rangka kempeling diperbuat daripada kayu pokok nangka atau cempedak. Kempeling memiliki satu muka sahaja dan diperbuat daripada kulit kambing atau lembu yang diregang dan dilekat dengan paku pada baluh. Panjang kempeling boleh menjangkau kira-‐‑kira 25-‐‑30 centimeter dengan diameter antara 15-‐‑25 centimeter.
Roslan (2002) yang meneliti muzik kempelingan berpendapat pembuatan alat
muzik kempeling menggunakan batang kelapa tua adalah lebih mudah. Batang kelapa harus ditebuk terlebih dahulu untuk menghasilkan rongga di dalamnya. Namun, kerja menebuknya bukanlah mudah. Penggunaan pelbagai bentuk dan saiz batang kelapa secara tidak langsung mempengaruhi bunyi yang dihasilkan.
2. Jidor
Alat muzik jidor (sumber: Kumpulan Kempelingan Parit Kassan Ledang Johor)
Alat gendang dalam muzik kempelingan dikenali sebagai jidor. Jidor bersaiz lebih
besar dan berperanan sebagai muzik bass kerana bunyinya yang agak berdengung apabila dipukul. Jidor diperbuat daripada batang pokok yang lebih besar dikenali sebagai batang selumur yang banyak di hutan. Muka gendang jidor diperbuat dengan belulang lembu. Beberapa lubang angin pada alat ini berperanan mendapatkan bunyi yang lebih kuat apabila dimainkan.
3. Rebana
Rebana (sumber: Kumpulan Kempelingan Parit Kassan Ledang Johor)
Muzik kempelingan melibatkan ensembel rebana. Seperti permainan muzik yang
lain, rebana berperanan memberi tempo atau rentak kepada sesatu lagu yang dipersembahkan. Cara permainan rebana adalah pelbagai dan tidak statik. Bilangan penggunaan rebana dalam muzik kempelingan tidak terhad kepada satu rebana sahaja. Permainan rebana boleh dilakukan oleh dua hingga empat pemain; bergantung pada keperluan dalam persembahan dan kecekapan pemain itu sendiri. Teks Bacaan dalam Kempelingan
Teks-‐‑teks bacaan yang digunakan dalam kesenian kempelingan diambil daripada kitab Berzanji atau dikenali sebagai kitab Rawi. Menurut Muslim Jasmin, terdapat enam belas teks nazam dalam muzik kempelingan yang berpandukan kitab Berzanji yang
menceritakan riwayat Rasulullah. Setiap teks yang dibacakan atau secara tepat didendangkan memiliki lenggok irama yang berbeza-‐‑beza. (Hai Rozzaman Jalal dalam myMetro online, 1 Januari 2016) Kedudukan teks atau kitab berzanji dalam persembahan kempelingan diletakkan di atas rehal kayu di hadapan ahli-‐‑ahli.
Kedudukan kitab Berzanji dalam persembahan kempelingan
Sungguhpun kitab Berzanji dalam bahasa Arab, kumpulan kempelingan membuat
perubahan dalam nazam dengan menggunakan pantun-‐‑pantun Melayu dan lagu dalam bahasa Jawa bagi menarik minat golongan yang lebih muda. Merujuk kepada rakaman persembahan Kumpulan Kempeling Parit Kassan Ledang Johor, kumpulan ini telah memvariasikan teks dendangan dengan menggunakan bahasa Jawa berjudul “Lagu Kondangan” seperti berikut1:
“Lagu Kondangan” (1)
Kempling Parit Kassan; Seni Jowo dadi warisan; Irama indah daalunkei; Ben kekal selawasei. Cara mendendangkan teks (1) di atas adalah dengan membaca secara horizontal. Dendangan teks tersebut kemudian disusuli dengan beberapa teks lain termasuk teks (2) dan (3) yang sempat direkodkan. (2) Iki cerito kesan wong mantu; Wong Jowo yo wong Melayu; Sedulare kabeh diundang; ** tonggo ** (3) Nganten teko yo tengahari
1 Rujukan diakses di laman https://www.youtube.com/watch?v=7TRQPYJdagI pada 3 Februari 2016.
Jarak yo dikompangi ** yo ati-‐‑ati ** yo digambai
Sedikit sukar memerhatikan teks “Lagu Kondangan” yang didendangkan oleh
Kumpulan Kempeling menerusi laman Youtube. Tanda ** adalah simbol ketidakpastian perkataan yang digunakan dalam teks tersebut. Namun begitu, kekurangan ini tidak begitu ketara dalam membincangkan konteks bacaan atau dendangan yang dipersembahkan. Teks-‐‑teks dibaca secara beramai-‐‑ramai dan diiringi permainan alat-‐‑alat muzik kempelingan secara langsung. Teks (2) dan (3) merupakan antara teks yang dibaca selepas teks (1). Teks (2) dibaca secara menerus dan tidak ada pengulangan. Amalan yang sama turut dilakukan untuk teks (3). Namun, teks (1) diulangi sekali lagi sebagai penutup kepada bacaan teks berbahasa Jawa. Persembahan Kumpulan Kempeling Parit Kassan ditutup dengan bacaan selawat ke atas Nabi Muhammad sebanyak dua kali seperti berikut:
Allahumma solih wa salim ala saidina ya maulana Muhammad; Allahumma solih wa salim ala saidina ya maulana Muhammad.
Persembahan Kesenian Kempelingan Kumpulan kempelingan pada awalnya terdiri daripada lelaki. Persembahan kempelingan dijadikan daya tarikan dalam majlis-‐‑majlis keramaian seperti rewang di waktu malam, bertujuan menghindari rasa mengantuk. Sejajar dengan itu digunakan istilah leklekan (melek-‐‑melek) atau berjaga-‐‑jaga. (Noriah Mohamed dan Kamdi Kamil, 2011: 341). Muzik kempelingan turut dipersembahkan dalam majlis perkahwinan, khatam al-‐‑Quraan, berkhatan, menyambut kelahiran bayi dan sambutan Maulid. Merujuk pada arkib Utusan Online2 bertarikh 26 Disember 2012, kempelingan Jawa telah dipersembahkan dalam majlis khatan secara beramai-‐‑ramai yang diadakan sebuah balai raya di kawasan perumahan di Bukit Gambir Ledang. Persembahan itu diadakan pada sebelah malam dengan upacara menepung tawar dan kenduri. Persembahan kempelingan dalam majlis khatan dilihat sebagai simbolik masyarakat Jawa meraikan anak-‐‑anak mereka yang bakal menempuh alam dewasa sebelum dikhatankan secara beramai-‐‑ramai pada keesokan paginya.
Muzik kempelingan turut diberi tempat dalam majlis tahunan Kembara Mahkota Johor pada tahun 2014. Kempelingan dimainkan semasa Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bersama-‐‑sama rombongan mencemar duli bertemu rakyat di tapak Terminal Bas dan Teksi Bukit Gambir. Persembahan muzik kempelingan turut mengambil tempat dan mengiringi majlis kurniaan bungkusan kepada golongan yang memerlukan yang disempurnakan Tuanku Raja Zarith Sofia Sultan Idris Shah. (Utusan Online bertarikh 24 Jun 2014)
2 Rujukan diakses pada 3 Februari 2016 di laman http://ww1.utusan.com.my/utusan/Johor/20121226/wj_03/Kempling-Jawa-dihidupkan-semula-dalam-majlis-khatan
Bentuk persembahan kempelingan adalah berkumpulan, sama ada berarak atau duduk setempat. Ketua kumpulan kempelingan memastikan kesemua alat muzik berada dalam kedudukan teratur. Ketertiban susunan alat-‐‑alat muzik kempelingan memainkan peranan penting menghasilkan kesepaduan muzik yang dipersembahkan. Kedudukan pemain dipengaruhi jenis alat muzik yang dimainkan. Pemain jidor perlu berada di tengah; pemain-‐‑pemain alat kempeling berada di kiri dan kanan. Pemain gendang pula berada di kedudukan paling kiri. Walaupun demikian, kedudukan pemain tidaklah statik dan boleh berubah-‐‑ubah mengikut kesesuaian ruang, majlis dan permintaan ketua kumpulan.
Kumpulan muzik kempelingan juga menitikberatkan latihan berkumpulan bagi memantapkan kemahiran bermain alat muzik dan paduan suara. Mempelajari kesenian kempelingan memakan waktu yang agak panjang kerana setiap pemain diperlukan untuk menghayati rentak irama, kaedah menabuh dan cara memasukkan lagu nazam atau bacaan berzanji. Sebuah kumpulan kempelingan di Ledang Johor misalnya melakukan sesi latihan dua minggu sekali secara bergilir-‐‑gilir di rumah ahli. Dengan latihan berjadual, kumpulan yang terdiri daripada golongan tua dan pertengahan ini secara tidak langsung dapat bertukar-‐‑tukar pandangan antara satu sama lain demi memantapkan mutu persembahan di samping golongan tua menurunkan ilmu-‐‑ilmu mereka kepada golongan lebih muda. Barongan Dan Latar Belakang Binyon (1966) menyatakan bahawa terdapat tiga elemen penting dalam wayang kulit yang mana melibatkan penggunaan skrin layar yang diregangkan pada rangka, penggunaan unsur cahaya di belakang layar untuk menghasilkan bayang dan bahan boneka yang dipegang dan digerakkan di antara skrin layar dan unsur cahaya. Amalan kebiasaan wayang kulit di Asia Tenggara secara amnya dikatakan agak mudah atau senang difahami. Menurut Noriah Mohamed & Kamdi Kamil (2011: 300-‐‑301) wayang bagi masyarakat Jawa, adalah gabungan akhir daripada dua perkataan iaitu wasiat moyang dan mempunyai maksud tersendiri dalam menyampaikan sesuatu perkara. Sejarah wayang kulit Jawa dipercayai berasal daripada wayang kulit purwo di Pulau Jawa Indonesia. Matusky (1993) menjelaskan bahawa wayang kulit purwa adalah kesenian tertua di Jawa Timur dan bertapak di Tanah Melayu melalui hasil penghijrahan masyarakat Jawa. Patung-‐‑patung wayang kulit ini membawa kisah Mahabrata, Ramayana dan Kisah-‐‑kisah Panji. Namun setelah kemasukan Islam ke dunia Melayu, persembahan wayang kulit Jawa atau purwo membawa fahaman Islam dan dianggap sebagai salah satu medium dakwah Islam yang dibawa oleh Wali Sunan Kalijaga di Tanah Jawa.
Kemasukan kesenian ini di Tanah Melayu dikesan sejak 1500 masihi atau lebih awal melalui gambaran-‐‑gambaran dalam teks Melayu klasik seperti Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah. Tanah Melayu (kemudian Malaysia) merupakan negara termuda yang mewarisi kesenian ini disebabkan adanya pemboyongan masyarakat Jawa ke negeri Johor atas desakan ekonomi dan mencari kehidupan yang lebih selesa. (Noriah Mohamed & Kamdi Kamil, 2011: 302) Difahamkan bahawa kesenian wayang kulit yang dikenali sebagai wayang kulit Jawa di Johor begitu popular hingga ke hari ini di Parit Bingan Batu Pahat.
Sungguhpun penulisan berkaitan kesenian wayang kulit banyak boleh didapati pada hari ini3 namun fokus terhadap penggunaan elemen muzik dalam wayang kulit masih kurang diberi perhatian. Episod ini bercadang memberi ruang terhadap elemen muzik yang dipersembahkan dalam wayang kulit khususnya wayang kulit Jawa di Johor sungguhpun memahami perbincangan ke atas muzik tidak dapat berdiri sendiri tanpa dukungan teknikal dalam wayang kulit itu sendiri.
Antara boneka dalam wayang kulit Jawa di Parit Bingan Batu Pahat
Organisasi Dan Muzik Dalam Wayang Kulit Jawa Dalam wayang kulit Jawa di Johor, tokoh terpenting dikenali sebagai pawang atau bomoh. Peranan tokoh ini dilihat sebagai ketua bagi ritual ‘memuja’ boneka wayang kulit dengan membaca beberapa mantera dan menyediakan bahan-‐‑bahan seperti bawang, telur, ayam, beras dan kemenyan. Tok Dalang pula dianggap sebagai tulang belakang kepada sesebuah pagelaran. Tok Dalang adalah individu yang menguasai jalan cerita dan watak-‐‑watak yang ditonjolkan yang merangkumi antara tiga puluh ke empat puluh jenis dengan pelbagai watak berbeza. Selain ini Tok Dalang perlu memiliki suara yang pelbagai dan mendalami irama yang mengiringi pagelaran. Persembahan wayang kulit Jawa mengambil masa yang panjang dalam satu-‐‑satu masa. Keupayaan mengingat dan menghafal dialog di samping bijak menghasilkan nada suara yang pelbagai oleh Tok Dalang adalah elemen terpenting. Ini bertujuan untuk memberi nilai variasi dalam mutu persembahan wayang kulit yang mengambil yang lama. Tugas ini dilihat sukar kepada seorang Tok Dalang yang harus bijak mengawal
3 Lihat beberapa tulisan daripada Brandon (1974), Sweeney (1972), Yousof (1983, 1985) and Wright (1980).
persembahan dan memahami kehendak penonton. Jika perkara ini tidak diberi perhatian maka mutu persembahan wayang kulit akan menurun akibat penonton yang merasa bosan. Cara pembelajaran sebagai Tok Dalang dalam wayang kulit tidak bersandar pada teori semata-‐‑mata namun harus bersandar pada kemahuan seseorang itu menimba seberapa banyak pengalaman. Bagi sesetengah tempat atau kumpulan wayang kulit di Malaysia, kedudukan Tok Dalang ini diwarisi daripada ahli keluarga yang pernah terlibat dalam persembahan wayang kulit sejak sekian lama. Namun perkara ini bukanlah menjadi satu kelaziman pada hari ini. Jika keinginan yang tinggi dan bersedia mengikut latihan-‐‑latihan tertentu, sesiapa juga boleh ‘mengalas’ peranan sebagai Tok Dalang. Mohamad Marji merupakan antara Tok Dalang yang mewarisi bakat kesenian wayang kulit Jawa daripada ahli keluarganya dan kini masih aktif membuat persembahan di sekitar Batu Pahat.
Satu upacara dilakukan pada awal persembahan wayang kulit Jawa. Gendang penabuh dibunyikan dengan pukulan yang kuat. Upacara ini dinamakan sebagai upacara pembukaan panggung. Acara ini bertujuan untuk memanggil penonton dan memberitahu mereka persembahan wayang kulit akan bermula. Alat muzik yang dikenalpasti sering digunakan dalam wayang kulit Jawa ialah rebab, canang, gong, mong, gendang dan kesi. Gabungan bunyi yang pelbagai dapat menarik perhatian penonton yang hadir. Muzik yang dimainkan haruslah sepadan dengan adegan atau kejadian yang ingin disampaikan Tok Dalang kepada penontonnya.
Set muzik dalam persembahan wayang kulit Jawa di Parit Bingan Batu Pahat
Permainan alat muzik gamelan turut digunakan mengikut keperluan persembahan
wayang kulit Jawa. Dua jenis rentak yang dimainkan: rentak slendro yang memiliki lima nada dan pelog yang memiliki tujuh nada. Akan tetapi di Malaysia, rentak slendro sering dipersembahkan. Penghasilan bunyi dalam rentak slendro melibatkan penggunaan beberapa alat: saron pekin yang bernada tinggi, saron barong yang bernada sederhana dan sarong demong yang bernada rendah.
Permainan gamelan mengiringi persembahan wayang kulit Jawa di Parit Bingan Batu Pahat berlangsung selama tiga puluh minit sebelum Tok Dalang memulakan penceritaan.4 Vokalisasi dalam wayang kulit Jawa perlu dititikberatkan. Wayang kulit Jawa merupakan salah satu produk teater rakyat tradisional yang melibatkan banyak elemen vokal di dalamnya. Dalam persembahan wayang kulit Jawa, bahasa yang digunakan adalah bahasa Jawa yang bercampur dialek Melayu. Ini bertujuan memudahkan penonton memahami dan boleh mengikuti isi cerita yang disampaikan. Muzik Gamelan Dan Latar Belakang Perkembangan muzik gamelan di Johor boleh dikaitkan dengan pemerintahan institusi kerajaan Johor-‐‑Pahang-‐‑Riau di masa silam. Perkataan gamelan berasal daripada perkataan ‘gamel’ yang membawa maksud ditabuh atau dipukul. Sebahagian besar daripada alat gamelan dimainkan dengan cara pukulan atau tabuh. Kesenian gamelan dipercayai telah wujud sejak kurun ketujuh belas. Ketika itu, kerajaan Pahang dan Riau-‐‑Lingga dibawah takluk Kerajaan Johor. Selain dikaitkan dengan permainan muzik, sejarah muzik gamelan berlaku serentak dengan perkembangan seni tari atau joget gamelan. Tarian jenis ini merupakan tarian istana yang popular pada zaman kesultanan Riau-‐‑Lingga khususnya ketika pemerintahan Sultan Abdul Rahman II.
Asal muzik gamelan ini adalah daripada kerajaan Kediri di Jawa Timur. Muzik ini kemudian dikembangkan ke Riau dan Johor. Sumber lain mengatakan bahawa kemasukan gamelan ke Tanah Melayu pada 1811 adalah bersempena majlis perayaan persandingan Wan Esah iaitu adik kepada Bendahara Pahang dengan Tengku Hussain, putera kepada Sultan Lingga. Perkembangan muzik gamelan di Pahang memuncak di bawah pemerintahan Sultan Ahmad (1862-‐‑1914). Namun selepas kemangkatan Sultan Ahmad, isterinya Cik Zubedah berangkat ke Terengganu untuk tinggal bersama puterinya, Tengku Mariam di Istana Maziah, Terengganu dengan membawa bersama-‐‑samanya set gamelan Pahang serta bekas penari Pahang, Yang Khoja dan Cik Meriam. Kesan daripada perkahwinan antara Tengku Mariam dari Pahang dengan Tengku Sulaiman dari Terengganu menguatkan lagi penyebaran muzik gamelan Pahang di Terengganu. Tengku Meriam dan Tengku Sulaiman begitu cintakan muzik gamelan. Baginda berdua menumpukan perhatian terhadap perkembangan muzik gamelan di Terengganu.
Di negeri Johor, muzik gamelan disesuaikan dengan kesenian pergerakan iaitu kuda kepang. Kesenian kuda kepang amat popular di daerah Batu Pahat dan Muar. Muzik gamelan dalam persembahan kuda kepang dipengaruhi oleh bentuk pergerakan tarian kuda kepang. Persembahan ini perlu dilakukan di kawasan-‐‑kawasan lapang, ekoran gerak langkah penari kuda kepang yang kadang-‐‑kala tidak terbatas. Keistimewaan alat muzik gamelan ialah penggunaan alat gangsa yang dimainkan secara pukulan atau ketukan. Alat gamelan terdiri daripada gong, saron, saron penerus, saron demung, bonang, kenong, gambang kayu dan gendang. Di Tanah Jawa, rebab dimasukkan sebagai salah satu 4 Rujukan dibuat di laman https://www.youtube.com/watch?v=FLYPTrx9zXs dan diakses pada 7 Februari 2016.
ensembel gamelan. Namun hal sebaliknya di negeri-‐‑negeri di Tanah Melayu yang mana muzik gamelan Melayu diselaraskan semula berdasarkan nada Melayu.
Dalam proses perkembangan joget gamelan, nama-‐‑nama tertentu terbentuk. Sukar menentukan nama bagi tarian gamelan di istana Riau-‐‑Lingga. Namun begitu di Pahang, joget diiringi muzik gamelan dinamakan joget gamelan Pahang. Joget gamelan Pahang telah berkembang di istana Pekan antara tahun 1821-‐‑1914. Meskipun telah berlaku penghijrahan muzik gamelan Pahang ke Terengganu, pemakaian nama joget gamelan Pahang di Terengganu dikekalkan hingga satu usaha pembentukan identiti muzik gamelan Terengganu dilakukan pada tahun 1970. Tan Sri Mubin Sheppard pernah menulis beberapa rencana mengenai joget gamelan di mana sejarah muzik, tari dan kostum dihuraikan secara ringkas. Beliau menyebut, “Pada akhir-‐‑akhir kurun kesembilan belas, terdapat satu kumpulan muzik gamelan diraja di istana Riau-‐‑Lingga dan Pahang. Alat-‐‑alat muziknya serupa sekali yang digunakan oleh gamelan Indonesia tetapi bilangannya sedikit”. Kumpulan gamelan Melayu ini mengiringi penari-‐‑penari jelita istana yang bergelar “budak joget” yang menari sekurang-‐‑kurangnya tiga puluh jenis tarian dengan diiringi tiga pilih jenis muzik.
Joget gamelan Lingga dan Pahang ini kehilangan naungan apabila sultan yang terakhir bagi Kerajaan Lingga dan Pahang turun takhta dan berhijrah ke Singapura pada tahun 1912 dan Sultan Ahmad dari Pahang mangkat pada tahun 1914. Adalah dipercayai permainan ini telah lama berkembang di Pahang sekurang-‐‑kurangnya sebelum tahun 1875 dan dikenali sebagai joget Pahang. Pemerintah Pahang yang bergelar Bendahara pada awal kesembilan belas yang mempunyai taraf Raja Muda kepada Kesultanan Johor-‐‑Riau dipercayai memelihara sekumpulan penari lengkap dengan peralatan muzik gamelan di istana Pekan. Alat-‐‑alat ini serupa dengan terdapat di Penyengat. Adalah dipercayai alat-‐‑alat ini digunakan untuk persembahan bagi menyerikan perkahwinan Tuan Esah, adinda kepada Bendahara Tun Ali Bendahara Pahang yang memerintah pada tahun Masihi 1761-‐‑1812.”
Pada asasnya gamelan Melayu terdiri daripada lapan buah alat muzik: saron barong, saron penerus atau peking, gambang kayu, kerumong/bonang, kenong, gong suwuan. gong ageng dan gendang. Kesemua alat ini kecuali gendang adalah dalam kumpulan idiofon, manakala gendang termasuk dalam kumpulan membranofon. Perbincangan berikutnya adalah pengenalan kepada alat-‐‑alat muzik gamelan Melayu yang dimainkan dan mudah diperolehi di Johor dan beberapa negeri lain di Malaysia.
Alat-‐‑alat Muzik Gamelan Setiap alat muzik mempunyai fungsi tertentu dana sistem muzik gamelan. Saron menghasilkan melodi pokok dalam lagu tertentu sementara saron penerus, gambang kayu dan kerumong memperkaya melodi pokok. Gong besar seperti kenong, gong suwukan dan gong ageng berfungsi sebagai penanda masa dalam sistem muzik. Gendang dalam muzik gamelan berperanan menghasilkan rentak tertentu. Berikutnya, alat-‐‑alat muzik gamelan yang digunakan diterangkan seperti di bawah:
1. Saron barong
Alat ini mengandungi enam keping logam (zailofon logam) yang diletakkan di atas degungan kayu. Bentuk logam adalah segi empat bujur. Di antara kepingan logam dan tebing kotak dengungan ialah tali nipis dan kepingan logam ditekatkan di atas kotak secara longgar dengan paku kecil. Jarak kecil antara kepingan logam membolehkan getaran yang maksimum apabila logam diketuk. Bentuk kepingan logam yang kecil menghasilkan nada tinggi dan sebaliknya. Satu not diketuk pada tiap-‐‑tiap rentak. Alat ini diketuk dengan pengetuk kayu.
2. Saron pekin
Bentuk saron pekin menyamai saron barong, cuma saron pekin lebih kecil dan nada yang terhasil adalah tinggi. Fungsi alat ini ialah menghasilkan melodi utama tetapi kelajuannya adalah dua kali ganda daripada ketukan saron barong. Satu not dimainkan di atas rentak sementara satu lagi sebelum atau selepas rentak. Pada masa kini, cara permainan saron pekin meniru cara permainan saron barong dengan kelajuan yang sama. Seperti saron barong, saron pekin diketuk dengan pengetuk diperbuat dari kayu.
3. Gong
Gong ageng dan gong suwukan merupakan sepasang gong besar yang diperbuat daripada gangsa. Gong ini digantung secara tegak pada arak kayu. Kedua-‐‑dua gong berbusut ini berukuran 70-‐‑80 sentimeter pada garis pusat, dan menghasilkan pic tertentu apabila dipukul pada busut dengan pemukul yang berbalut.
4. Kenong
Alat muzik kenong berfungsi sebagai penanda masa dalam muzik gamelan. Ia terdiri daripada lima buah gong besar yang diletakkan secara mendatar di atas tali-‐‑tali tebal yang dipasang secara bersilang dalam kotak-‐‑kotak kayu. Apabila dipukul pada busutnya dengan menggunakan pemukul batang kayu yang berbalut, setiap kenong akan menghasilkan nada atau pic tertentu.
5. Kerumong
Kerumong atau dikenali sebagai bonang merupakan alat muzik yang terdiri dari sepuluh gong kecil yang diletak secara mendatar dalam rak atau pemidang kayu. Alat muzik ini terdiri daripada beberapa buah gong sebagai set tertentu, yang dikenali sebagai gong-‐‑chime bidang muzikologi. Seperti kenong, setiap gong gangsa akan diletak di atas tali-‐‑tali tebal yang dipasang sekali pada pemidang kayu. Gong-‐‑gong kecil diletakkan dalam dua baris secara selari yang mana gong beroktaf rendah berada dekat dengan pemain. Setiap gong akan menghasilkan pic tertentu apabila dipukul dengan batang kayu berbalut.
6. Gambang
Gambang diperbuat daripada kayu. Terdapat dua puluh lapan keping kayu keras di atas kotak kayu yang berfungsi sebagai alat bergaung. Jarak tonal gambang ialah tiga oktaf setengah dengan register rendah, sederhana dan tinggi. Kepingan kayu dipukul dengan menggunakan sepasang pemukul yang dibuat khas. Pemukul tersebut terdiri daripada pemegang lurus yang diperbuat daripada tanduk. Setiap pemegang mempunyai cakera kayu kecil yang berbalut pada hujungnya dan bahagian cakera kayu tersebut dipukul pada bahagian tengah kepingan kayu. Apabila dipukul, kepingan kayu menghasilkan pic atau nada tertentu. Kelebihan gambang ialah ia menghasilkan melodi yang berbunga dala lagu-‐‑lagu gamelan.
7. Gendang
Alat muzik gendang merupakan dram berkulit dua-‐‑muka yang mempunyai baluh berbentuk tong panjang dan bercembung. Baluh gendang diperbuat daripada kayu nangka. Dram ini terdiri daripada dua saiz iaitu saiz ‘anak’ dan saiz ‘ibu’. Saiz muka kulit dram anak dan dram ibu adalah berbeza-‐‑beza. Jenis kulit yang digunakan adalah kulit kambung bagi gendang anak, manakala kulit lembu untuk gendang ibu. Belulang akan dipasang pada baluh gendang dengan menggunakan tali rotan. Pada hari ini, tali rotan telah digantikan dengan tali nilon tebal. Teknik tiunan alat gendang ini adalah dengan cara menegangkan tali rotan ini. Joget Gamelan Joget gamelan di awal abad kesembilan belas dipersembahkan di istana untuk meraikan perayaan tertentu dan meraikan tetamu kepada sultan. Setelah kematian Sultan Sulaiman di Terengganu, joget gamelan dipindahkan dari Istana Maziah ke Istana Kolam. Di sini terdapat ruangan khas bagi membolehkan latihan joget dan permainan alat muzik gamelan dilakukan; tidak dinafikan terdapat juga sebuah dewan untuk persembahan.
Joget gamelan hanya ditarikan oleh penari wanita sahaja. Para penari memakai pakaian yang direka khas dan berwarna-‐‑warni serta mengikut ragam joget yang dipersembahkan. Hiasan kepala seperti gandek, gerak gempa, tajok goyang dan tengkuk menjadikan persembahan lebih menarik. Hiasan lainnya adalah gelang kaki, gelang tangan dan dokoh. Terdapat tiga puluh sembilan jenis joget gamelan. Sebahagiannya dicipta oleh Tengku Meriam berdasarkan cerita-‐‑cerita panji. Setiap joget mempunyai cerita tersendiri yang ditunjukkan menerusi pergerakan kaki dan ayunan tangan.
Joget Taman Sari merupakan salah satu jenis joget gamelan. Joget ini yang mengisahkan Permaisuri Raja Daha yang pergi bersuka-‐‑ria di Taman Sari bersama-‐‑sama dengan inang pengasuhnya. Di taman tersebut mereka bermandi-‐‑manda, memakan sirih dan menjala ketam. Contoh lainnya adalah joget Ketam Renjong. Joget jenis ini memerlukan ‘budak joget’ menari mengikut gerak-‐‑geri ketam. Joget ini dikhabarkan dicipta oleh seorang pembesar Jawa yang mengarahkan inang pengasuhnya untuk menari mengikut gerak
ketam yang dilihatnya di tepi pantai. Joget gamelan yang pernah direkodkan dan masih diingati hingga kini ialah Ayak-‐‑ayak, Timang Burung, Lantai Lima dan Perang Manggong. Ghazal Dan Latar Belakang Muzik ghazal Melayu Johor telah bertapak pada awal abad kesembilan belas serta mempamer hasil pertembungan pengaruh Parsi-‐‑Hindustan dalam irama, tema dan alat muzik yang digunakan. Perkataan ghazal dipinjam daripada perkataan Arab. Ghazal dalam Encyclopedia of Islam (Lewis Pellet & Schacht, ed. 1966: 1036) adalah bermaksud lagu dan puisi kasih. Ghazal juga memberi definisi nyanyian dalam bentuk puisi yang menimbulkan suasana riang ria di samping memiliki ciri-‐‑ciri dan fungsi yang berhubungan dengan budaya Melayu.
Mohd Ishak (1978: 5) menjelaskan bahawa pembentukan ghazal Johor berkaitan dengan keluarga Diraja Riau-‐‑Lingga. Muzik ghazal dijadikan dendangan istana dalam majlis kebesaran diraja. Hubungan erat antara Johor dan Riau-‐‑Lingga ketika itu menyebabkan golongan raja dan bangsawan Johor sering berulang-‐‑alik ke Riau-‐‑Lingga. Seni muzik ghazal dipelajari dan dibawa pulang ke istana Johor. Perkembangan ghazal di Johor juga berkemungkinan dipengaruhi muzik wayang bangsawan. Rahmah Bujang (1975: 44) menjelaskan muzik ghazal mengambil tempat dalam persembahan wayang bangsawan menerusi babak extra-‐‑turn. Ketika itu, pertunjukan muzik dalam bangsawan menggunakan alat-‐‑alat seperti tabla, harmonium dan gendang.
Salah seorang pembesar Johor yang meminati seni muzik ghazal ialah Datuk
Bentara Luar, Mohamed Salleh bin Perang. Dikatakan anak-‐‑anak buah Datuk Bentara Luar ramai yang pandai memainkan alat muzik ghazal. Cucunya, Haji Musa bin Yusuf telah menguasai alat-‐‑alat harmonium, table serta dapat menyanyikan lagu-‐‑lagu syair cinta Parsi dan Hindustan dengan fasih. (Rohaya Ahmad, 2007: 20) Tokoh ini yang dikenali sebagai Pak Lomak juga yang bertanggungjawab mempelopori ghazal Johor sehingga menimbulkan minat dalam kalangan masyarakat Johor selepas itu.
Pada awal abad kedua puluh, ghazal berkembang sehingga diminati ramai, terutama
dalam kalangan anggota angkatan tentera Johor yang dikenali ketika itu sebagai Johor Military Force. (Rohaya Ahmad, 2007: 21) Penyusunan muzik yang dipadukan dengan unsur Parsi-‐‑Hindustan oleh tokoh Pak Lomak pada waktu itu melahirkan irama yang memiliki corak tertentu di samping menggunakan pantun-‐‑pantun Melayu sebagai seni kata lagu. Alat Muzik Ghazal Irama lagu ghazal dipengaruhi Parsi-‐‑Hindustan sehingga penggunaan alat muzik juga adalah kurang lebih menyamai dengan budaya tersebut. Kemunculan ghazal yang pada awal dikenali sebagai bergamat, terdapat empat jenis peralatan muzik yang digunakan: syaringgi, sitar, harmonium dan tabla. Namun, pemuzik Johor pada awal 1900an telah melakukan pengubahsuaian sebahagian peralatan yang mana syaringgi dan sitar telah ditukarkan dengan masing-‐‑masing biola dan gambus. Pada hari ini, ensembel ghazal Johor
merangkumi harmonium, tabla, biola, gitar, gambus, marakas dan tamborin. Setiap alat muzik mempunyai fungsi iaitu sama ada pembawa melodi (harmonium, gambus dan biola) dan peningkah (tabla, gitar, tamborin dan marakas). Nyanyian Dalam Ghazal Johor Nyanyian ghazal melibatkan penggunaan pantun Melayu sebagai seni kata. Terdapat tema-‐‑tema tertentu dalam persembahan nyanyian ghazal Johor mengikut acara yang berbeza. Karangan pantun disesuaikan dengan irama lagu yang dicipta. Daerah Ledang, muzik kempelingan masih wujud apabila sekelompok generasi tua dan muda masih menyayangi kesenian warisan turun temurun dan berusaha menghidupkannya. Sebuah kumpulan kempelingan dari Parit Kassan Ledang telah memulakan inisiatif mengidupkan kesenian ini bermula sejak tahun 1990-‐‑an. Dengan penubuhan semula kumpulan itu, golongan tua yang mahir dengan kempelingan menurunkan ilmu mereka kepada generasi pertengahan dan anak-‐‑anak muda yang berminat mempelajarinya. Sungguhpun demikian, terdapat kekangan yang dialami kumpulan itu, misalnya faktor usia dan keuzuran golongan tua.
Menyentuh serba sedikit tentang tokoh ghazal di negeri Johor yang dikenali sebagai ‘Pak Lomak’. ‘Pak Lomak’ merupakan nama yang diambil sempena nama rakan karibnya yang berbangsa Jerman yang bernama Lomak. Hal ini menjadi satu kebiasaan pada rakan-‐‑rakan beliau yang mengambil nama asing seperti Ahmad Capel dan sebagai nya. Pak Lomak telah dilahirkan pada 2 Mac 1889 dan mendapat didikan agama, dan bersekolah Melayu dan Inggeris. Beliau mula bekerja sebagai kerani di Pejabat Menteri Besar Johor pada tahun 1914 dan memasuki JMF pada tahun 1915 sehingga mendapat pangkat Lt. Kolonel. Beliau telah melibatkan diri dalam kegiatan bahasa di Johor dan pernah dilantik sebagai setiausaha kepada Pakatan Bahasa Melayu, Persuratan Buku DiRaja Johor, pada tahun 1955. Sumbangan beliau dalam persuratan dan penulisan bahasa sedikit sebanyak membantu penciptaan pantun yang baik dalam lagu-‐‑lagu ghazal ciptaan beliau.
Kebanyakan lagu-‐‑lagu yang masyhur yang telah dicipta oleh Pak Lomak adalah
seperti lagu ‘Seri Mersing’, ‘Pak Ngah Balik’, ‘Musalmah’ dan ‘Makan Sirih’. Beliau telah kembali ke Rahmatullah pada 27 Mac 1960 ketika sedang memberi penerangan mengenai ghazal. Lagu-‐‑lagu ciptaannya, seperti ‘Seri Mersing’ masih berkumandang di udara walaupun sudah diubah bentuknya. Banyak di antara lagu-‐‑lagu Pak Lomak telah ditiru oleh penggubah-‐‑penggubah lain misalnya diubah senikata lagu atau mempunyai tajuk lagu yang berbeza. Di antara rakan-‐‑rakan sezaman Pak Lomak dan anak-‐‑anak muridnya yang bersama-‐‑sama memperkenalkan seni muzik Ghazal Melayu Johor (GML), iaitu Encik Mokhtar Zam Zam, Tuan Haji Yusuf Agil (Kumpulan Kusumawati), Encik Yusof Abdullah (Kumpulan Kusumawati), Encik Mohamed bin Hussien, Encik Mohd. Salleh Ibrahim, Encik Ibrahim Bujal dan Encik Md. Noor Said (Kumpulan Seri Melati). Kesemuanya masih hidup dan masih melibatkan diri dalam ghazal (Rohaya Ahmad, 2007).
Rumusan Muzik menjadi peranti untuk menghibur manusia bahkan muzik turut menjadi elemen perhubungan antara manusia dengan kuasa spiritual. Dalam erti kata, muzik merupakan sebuah seni yang meliputi aktiviti senggang dan aktiviti amalan bagi manusia amnya; kerana seni muzik dan nyanyi merupakan pengisian hiburan dan ritual bagi ahli masyarakat. Lebih penting lagi ialah mengapa manusia mengisi kehidupan dengan seni muzik. Seni muzik menjadi perantara yang sangat berkesan untuk manusia menyatakan perasaan dan pemikiran serta untuk berhubung antara satu sama lain. Setiap manusia perlukan sesuatu kaedah untuk menyatakan pengalaman, perasaan dan berita. Begitu juga halnya dalam manusia berhubung dengan kuasa lain. Kata-‐‑kata perlu disesuaikan dengan corak pengalaman, perasaan atau cerita. Ungkapan perlu dipelbagai ragamkan untuk mengesankan sesuatu penyampaian. Sejak mula keperluan itu didaya kreatifkan dengan kata-‐‑kata yang diolah sebagai bahasa berirama, berlagu dan bahkan beriringan dengan alat bunyian. Setiap masyarakat, setiap bangsa di setiap negara memiliki sesuatu khazanah kreatif bersabit muzik dan nyanyian; dan khazanah itu turut menjadi identiti yang menentukan mereka sebagai bangsa yang memiliki tamadun tertentu. Rujukan A. Ghafar Abdullah. (1989 Oktober). Ahmad Fadzil yang mengabdikan diri pada seninya.
Majalah Dewan Budaya, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jilid 3, Bil. 10, (p30-‐‑33). A.Samad Ahmad. (1993). Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka. Ab Samad Kechot & Azhar Abdul Latiff. (2011). Seni muzik istana dalam kesusasteraan
Melayu:sastera merentasi disiplin dalam himpunan makalah Persidangan Pengajian Sastera dan bahasa Melayu. Pulau Pinang: Pusat Pengajian Ilmu Kemanusian Universiti Sains Malaysia.
Abu Bakar A. Hamid, Md Ismail Zamzam, Romdi Ismail, (2006). Johor mengenang
sumbangsihmu. Johor: Yayasan Warisan Johor. Ahmad Omar Ibrahim. (2005). Joget gamelan Terengganu & Pahang. Kuala Lumpur: Jabatan
Kebudayaan dan Kesenian Negara. Aziz Deraman & Wan Ramli Wan Mohamad. (1999). Muzik dan nyanyian tradisi Melayu.
Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd. Aziz Deraman & Wan Ramli Wan Mohamad. (1994). Siri pengetahuan popular: muzik dan
nyanyian tradisi Melayu. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn Bhd. Azlan Mohamed Said. (2013). 1900-‐‑1965 Musika arena silam di Malaya. Singapura:
Stamford Printing and National Arts Council.
Dwiono Herantoro. (2010). Notasi lagu muzik gamelan. Johor: Universiti Teknologi Malaysia.
Fuziah Hanim Abdul Rahman. (1985). Profil penyanyi lagu-‐‑lagu asli dan lagu-‐‑lagu ghazal
Rosiah Binti Abdullah (Latihan Illmiah). Kuala Lumpur: Jabatan Sosio-‐‑Budaya, Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya.
Hishamuddin Mansor. (1989 Mac). Fadzil Ahmad: Gambus dan peranan media massa.
Majalah Dewan Budaya, Dewan Bahasa dan Pustaka, (p8-‐‑9). Kassim Ahmad. (Ed.). (1966). Hikayat Hang Tuah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka. Lewis Pellet & Schacht, ed. (1966). Encyclopedia of Islam. Leiden: Brill. M. Ghouse Nasruddin. (1989). Muzik Melayu Tradisi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka. Matusky, Patricia Ann & Tan Sooi Beng. (1997). The music of Malaysia: the classical, folk and
syncretic traditions. Aldershot, Hampshire: Ashgate. Matusky, Patricia Ann. & Tan, Sooi Beng. (1997). Muzik Malaysia: tradisi klasik, rakyat dan
sinkretik. Pulau Pinang: The Asian Centre. Mohd Ghouse Nasaruddin. (1989). Muzik Melayu Tradisi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka. Nik Mustapha Nik Mohd. Salleh. (1999). Alat muzik tradisional dalam masyarakat Melayu di
Malaysia. Kuala Lumpur: Percetakan Watan Sdn. Bhd. Noriah Mohamad & Kamdi Kamil. (2011). Masyarakat keturunan Jawa Johor. Johor Bahru:
Yayasan Warisan Johor. Patricia Matusky & Tan Sooi Beng. (2012). Muzik Malaysia tradisi klasik, rakyat dan
sinkretik. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. Pejabat Kebudayaan Negeri Pahang. (2003). Koleksi pengenalan tarian dan muzik
tradisional negeri Pahang. Pahang: Pejabat Kebudayaan Negeri Pahang. Rohaya Ahmad. (2007). Ghazal Melayu Johor. Johor Bahru: Yayasan Warisan Johor. Roslan Sulaiman. (1999). Kompang dan peranannya dalam masyarakat keturunan Jawa di
Kampung Sungai Kapal, Pengerang, Jurnal Warisan Johor 3: Yayasan Warisan Johor, (171)-‐‑184.