Post on 06-Feb-2018
1
ISBN : 978-967-0582-32-0
Konsep Integriti Dan Nilai-Nilai Murni Terhadap Kesejahteraan Hidup Dalam Kalangan
Pelajar Universiti Yang Tinggal Di Dandar Dan Luar Bandar : Satu Kajian Di Universiti
Malaysia Sabah
Emilly Anak Sakai, Mohd Dahlan Hj. A. Malek Fakulti Psikologi dan Pendidikan, Universiti Malaysia Sabah
ABSTRAK
Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk melihat kepentingan konsep integriti
dan nilai-nilai murni serta hubungannya dengan kesejahteraan hidup dalam
kalangan pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS). Selain itu, kajian ini ingin
mengkaji perbezaan tahap kesejahteraan hidup yang dialami oleh pelajar yang
tinggal di kawasan bandar dengan pelajar yang tinggar di luar bandar. Seramai
205 pelajar terlibat sebagai responden dalam kajian ini. Kajian ini menggunakan
kaedah survei dengan menggunakan soalselidik short schwartzs value survey
bagi mengukur 10 nilai utama iaitu ; Kuasa, Pencapaian, Hedonisme,
Stimulasi/Rangsangan, Halatuju Diri, Universalisme/ Kesejagatan, Kemurahan
Hati, Tradisi, Keakuran dan Keselamatan, sebagai prinsip yang memandu hidup
(Lindeman & verkasalo, 2005) dan The Positive and Negative Affect Schedule
bagi mengukur emosi dalam kalangan pelajar. Hasil dapatan analisis
menunjukkan nilai mempunyai hubungan yang signifikan dengan kesejahteraan
hidup dalam kalangan pelajar. Implikasi kajian ini dapat membantu para pelajar
mengenal pasti kepentingn nilai-nilai murni yang menjadi asas serta pegangan
dan amalan yang baik bagi membantu kehidupan seseorang pelajar ke arah yang
lebih sejahtera.
Kata kunci : Integriti, Nilai-nilai murni, pelajar universiti, kesejahteraan hidup
Pembentang:
Emilly Anak
Sakai
Sesi :
2.30 4.30 Ptg
BS 3
2
PENGENALAN
Dalam menghadapi cabaran dunia globalisasi, antara isu utama dalam konteks pembangunan
masyarakat adalah isu yang berkaitan dengan persoalan dalam membangunkan masyarakat yang
harmoni, sejahtera dan berjaya dalam apa jua halangan yang dihadapi oleh setiap individu.
Pembangunan modal insan yang memiliki bukan sahaja dari segi ilmu intelektual malah dapat
mengimbanginya dengan kemahiran insaniah dalam menghadapi era globalisasi dan liberalisasi.
Realitinya, golongan belia merupakan nadi utama dalam pembangunan sesebuah masyarakat yang
maju, proaktif dan berinovatif. Dengan berpandukan nilai-nilai murni, ianya akan dapat melahirkan
sebuah masyarakat yang mempunyai kesejahteraan yang sebenarnya.
Nilai memainkan peranan yang cukup besar dalam mempengaruhi amalan dan pergaulan sosial dalam
diri seseorang. Nilai dapat dilihat sebagai sesuatu yang dapat memberikan manfaat kepada setiap
individu tanpa mengira apa jua keadaan. Dalam konteks masyarakat, nilai murni amat penting dalam
mengekalkan keadaan yang harmoni dan kesejahteraan hidup bersama. Amalan yang berlandaskan
nilai murni dapat memberi pengaruh ke atas tingkah laku dan tindakan yang diambil oleh sesorang
individu. Justeru, tingkah laku yang seiring dengan keadaan persekitaran akan dapat memberi manfaat
kepada kehidupan bersama.
Berdasarkan Krech (1962), nilai adalah keyakinan tentang apa yang diinginkan atau sesuatu
yang baik seperti halnya kebebasan berbicara dan apa yang tidak diinginkan atau yang buruk seperti
ketidakjujuran nilai mencerminkan kebudayaan suatu masyarakat dan di amalkan secara luas oleh
anggota masyarakat pemilik kebudayaan tersebut. Jika seseorang individu menerima suatu nilai untuk
dirinya boleh dianggap sebagai suatu tujuan yang berguna untuk dirinya.
Berdasarkan kajian lepas daripada Sufean (1995), menyatakan bahawa nilai yang buruk atau
jahat diberikan kepada perkara yang mendatangkan kemudaratan dan yang menganggu kesejahteraan
hidup. Menurut kajian Nik Aziz Nik Pa (1994), menjelaskan bahawa nilai membabitkan satu set idea
atau prinsip yang membantu individu membezakan perkara yang baik dengan perkara yang buruk dan
kemudiannya bertindak mengikuti pemilihan berasaskan perbezaan tersebut. Menurut kajian oleh
Veenhoven (2006), telah mengaitkan kesejahteraan hidup dengan kegembiraan. Kegembiraan pula di
definidikan sebagai sejauhmana seseorang itu menyukai akan kehidupan yang dilaluinya atau darjah di
mana seseorang itu menilai keseluruhan kehidupan yang baik.
Kesejahteraan subjektif didefinisikan sebagai penilaian kognitif dan afektif hidup masing-
masing dalam diri seseorang (Diener, Lucas, dan Oshi, 2002). Unsur kognitif merujuk kepada apa
sesuatu pemikiran tentang kepuasan hidup seseorang mengikut satu keseluruhan dalam masyarakat.
Unsur afektif merujuk kepada emosi, angin dan perasaan dalam diri seseorang individu tersebut.
Kualiti hidup merupakan satu darjah kesejahteraan yang dirasai atau dinikmati oleh individu atau
sekumpulan manusia (Ross dan Willigen, 1997). Kualiti hidup boleh dilihat daripada pelbagai
perspektif, serta dapat didefinisikan dalam pelbagai cara. Namun demikian, ia tidak boleh diukur
secara langsung kerana kualiti hidup bukanlah satu konsep yang konkrit.
Hubungan di antara nilai dengan kesejahteraan itu sendiri dilihat sebagai penentu kebahagian
yang bakal di alami oleh individu tersebut. Berdasarkan definisi nilai itu sendiri menggambarkan
bahawa nilai itu merujuk kepada sesuatu yang dianggap mempunyai makna yang begitu besar terhadap
seseorang individu. Nilai di sini dilihat juga sebagai penentu corak dan prinsip yang menuntun
kehidupan seseorang. Manakala kesejahteraan pula digambarkan keadaan di mana seseorang yang
mempunyai kesejahteraan adalah orang yang dilihat bahagia, gembira, tenang dan menyukai
kehidupan bermakna bagi dirinya.
Nilai adalah sesuatu dalam pertimbangan semasa membuat analisis akhir mengenai matlamat
seseorang dalam mencapai kehidupan sejahtera. Oleh yang demikian, kepentingan nilai terhadap
kesejahteraan dapat dinyatakan bahawa sesuatu nilai yang dianggap penting bagi seseorang individu
itu akan memberikan kepuasan dan kegembiraan bagi dirinya.
3
Keadaan ini bermakna bahawa setiap nilai yang diamalkan dan dipegang oleh seseorang
tersebut dipercayai dapat memberi manfaat kepada dirinya. Nilai yang dipegang dan diamalkan akan
menjadi panduan bagi seseorang individu itu untuk bertindak dalam apa jua yang mereka ingin
lakukan dalam kehidupan seharian mereka. Setiap tindakan yang ambil adalah mengikuti
pertimbangan yang diterima pakai oleh mereka berdasarkan nilai yang mempengaruhi dan
diadaptasikan oleh mereka sejak kecil lagi. Dengan kata lain, nilai ditonjolkan melalui gaya bertingkah
laku, bertutur, cara membuat pemilihan dan dijadikan tenaga pendorang bagi untuk melakukan
sesuatu. Justeru tindakan dan tingkah laku yang dilakukan oleh seseorang individu itu akan memberi
impak terhadap kesejahteraan mereka.
Kajian ini telah menggunakan teori nilai yang diasaskan oleh Schwartz (1992) untuk melihat
perkaitan diantara kesejahteraan hidup dengan pengamalan nilai-nilai yang dianggap penting.
Berdasarkan teori nilai Schwartz, menyatakan bahawa terdapat beberapa nilai yang dominan dari
pelbagai silang budaya yang telah digunakan berlandaskan matlamat motivasi bagi setiap nilai seperti
berikut:
a) Kuasa Kuasa sosial, autoriti dan kekayaan.
b) Pencapaian Kejayaan, kebolehan, cita-cita, pengaruh ke atas orang dan peristiwa.
c) Hedonisme Pemuasan nafsu, keseronokan dalam hidup dan pemuasan diri.
d) Stimulasi/rangsangan kehidupan yang berani, pelbagai dan mencabar, kehidupan yang
menyeronokkan.
e) Halatuju diri Kreativiti, kebebasan, sifat ingin tahu, berdikari, memilih matlamat sendiri.
f) Universalisme/kesejagatan Berfikir luas, kecantikan semulajadi dan kesenian, kebijaksanaan,
keadilan sosial, kelestarian dengan alam, perlindungan persekitaran.
g) Kemurahan hati Suka menolong, jujur, mudah memaafkan, kesetiaan, tanggungjawab.
h) Tradisi Menghormati tradisi, merendah diri, menerima orang lain sebagai sebahagian dari hidup,
penuh kasih sayang.
i) Keakuran Menurut perintah, menghormati ibu bapa dan orang tua, disiplin diri, sifat sopan santun.
j) Keselamatan Keselamatan negara, keluarga, norma masyarakat, kebersihan, saling berbalas budi.
Schwartz (1994), telah mengenalpasti sepuluh kumpulan nilainyang merangkumi semua nilai
asas (57 item) yang diperlukan untuk memenuhi keperluan manusia sebagai organisma biologi dan
ahli komuniti sosial. Kumpulan nilai ini seterusnya dibahagikan kepada empat dimensi iaitu dimensi
kepentingan umum (self-transcendence) nilai yang ditempatkan ialah nilai universalisme dan
kemurahan hati, manakala kuasa dan pencapaian ditempatkan dalam dimensi kepentingan peribadi
(self-enhancement), pemeliharaan (conservation) ditempatkan nilai kepatuhan dan keselamatan, dan
kesediaan untuk berubah (openness to change) pula ditempatkan nilai kepuasan diri, rangsangan dan
hedonism.
4
Dimensi nilai untuk memahami dalam terma dua perkembangan masalah yang ingin
diselesaikan. Dimensi yang pertama ialah orang yang tinggi dalam Self-Transcendence merupakan
golongan yang peka terhadap kebajikan orang lain. Manakala orang yang rendah Self-Transcendence
pula berkait rapat dengan orang yang hanya peka terhadap hasil dan tarikan personal mereka sendiri.
Golongan yang menunjukkan tinggi dalam Conservation pula merupakan orang y