Konsep Kokurikulum

Post on 09-Jun-2015

4.697 views 14 download

Transcript of Konsep Kokurikulum

11

KONSEP KOKURIKULUM

22

PENGENALAN

33

Kurikulum ‘Perancangan yang dibuat untuk

mengarah atau membantu pembelajaran di sekolah-sekolah, dan ia biasanya diwakili oleh dokumen-dokumen umum’ (Husen & Lethwaite, 1987)

‘Kursus pembelajaran yang terancang yang dilalui oleh pelajar di bawah kawalan kolej, sekolah, universiti atau institusi pengajian tinggi yang lain’ (Page & Thomas, 1978)

44

‘Tradisi ilmu yang terancang dan terkumpul yang terkandung di dalam mata pelajaran di sekolah atau kolej’Kurikulum - isi kandungan/ sukatan pelajaran/ silabus

55

DEFINISI KURIKULUM TAMBAHAN ATAU

‘EXTRA-CURRICULUM’

66

‘Segala aktiviti yang dilaksanakan di luar bilik darjah secara tidak formal, tidak bersifat akademik dan ketiadaan aktiviti ini tidak mencacatkan atau mengurangkan keakademikan sesuatu pelajaran yang dipelajari’.Persatuan, sukan, kumpulan dan sebagainya

77

DEFINISI KOKURIKULUM

88

Pendidikan bukan sahaja merangkumi pembelajaran ilmu yang diajar secara formal malahan merangkumi tindakan mempelajari tingkahlaku dan nilai-nilai dalam kehidupan manusiaNilai-nilai ini bukannya datang dengan sendirinya, tetapi perlu dipelajari, dihayati dan perlu diamalkan

99

SEJARAH KOKURIKULUM

DI SEKOLAH

1010

Bermula dengan tertubuhnya sesebuah sekolahBermula sebagai kegiatan di luar bilik darjah sahaja dan tidak dinilai sebagai mata pelajaran akademikJPN menubuhkan Unit kokurikulum untuk menanggani hal-hal yang berkaitan dengan kegiatan kokurikulum

1111

SEJARAH KOKURIKULUM

DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI

1212

Tidak dimasukkan ke dalam kalender akademik dan tidak diberi penilaian sebagai kursus akademikUSM - tawar kursus kokurikulum sebagai kursus akademikUUM - jadikan kursus kokurikulum sebagai kursus teras universiti

1313

FALSAFAH, MATLAMAT DAN

OBJEKTIF KOKURIKULUM

1414

Falsafah - ‘pengetahuan tentang pengertian yang dianggap sebagai ilmu yang tertinggi yang menjadi dasar ilmu-ilmu yang lain’‘Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri sendiri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara’

1515

Kokurikulum diwujudkan dengan berdasarkan kepercayaan bahawa semua orang harus mempunyai perseimbangan antara perkembangan mental, rohani dan jasmaniManusia mempunyai bakat dan minat yang boleh digilap, boleh dididik serta mendidik diri sendiri dan orang lain

1616

Pendidikan berterusan - mewujudkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani dan emosi serta jasmani

1717

1. PENDIDIKAN YANG MENYELURUH

DAN SEIMBANG

1818

Pendidikan formal yang dijalankan di dalam kelas lebih memfokuskan kepada intelektual seseorang individuPerlunya program di luar bilik darjah secara tidak formal bagi memberi ruang seseorang individu untuk memperkembangkan kemampuan rohani dan jasmani mereka

1919

2. MENGGILAP BAKAT PELAJAR

2020

Perlunya aktiviti-aktiviti kokurikulum yang berkaitan dengan bakat pelajar disusun untuk menggilap bakat mereka agar dapat dimanfaatkan sepenuhnya

2121

3. MENYEMAI DAN MEMUPUK ASPEK

KEPIMPINAN

2222

Bolehkah individu itu menjadi pemimpin atau pengikut yang baik tanpa bimbingan atau pelajaran ?Seseorang pemimpin harus mempunyai ciri-ciri tertentu sebelum mampu menjadi ikutan oleh para pengikutnyaKokurikulum – latihan kepimpinan (pemimpin dan pengikut)Latihan - perkhemahan, seminar, pertandingan, projek kemasyarakatan dsb

2323

4. PENINGKATAN DISIPLIN PELAJAR

2424

Disiplin tidak lahir secara semulajadiIanya perlu dipupuk dan diperkukuhkan supaya sebati dengan diri manusia itu sendiriDisiplin terbentuk melalui pendidikan tidak formal (keluarga) dan dimantapkan melalui aktiviti-aktiviti kokurikulum

2525

5. MEMUPUK DAN MEMPERKUKUHKAN

PERASAAN MUHIBBAH SERTA

PERPADUAN

2626

Apakah perasaan anda apabila anda keseorangan ?Manusia sememangnya dijadikan untuk berkawan – menggalakkan pergaulanMelalui pergaulan timbulnya perasaan muhibbah dan perpaduanPerpaduan yang kukuh menjamin keharmonian negaraKegiatan kokurikulum – menyemai, memupuk serta menanam perasaan kekitaan

2727

6. MENYEMAI NILAI-NILAI

PENDIDIKAN MELALUI GERAK KERJA

KOKURIKULUM

2828

Nilai-nilai murni yang telah diakui masyarakat sebagai nilai baik yang dapat membantu seseorang menjadikan anggota masyarakat mempertahankan keutuhan masyarakat.Menghormati orang tua, jujur, baik hati, bertolak ansur, bertanggungjawab, berkasih sayang dsbNilai-nilai ini dapat disemai melalui aktiviti-aktiviti kokurikulum yang dilaksanakan

2929

7. PENGGUNAAN MASA LAPANG DENGAN CARA BERFAEDAH

3030

Aktiviti yang menyeronokkan atau membolehkan anda mengurangkan ketegangan dalam diri andaPengisian masa lapang bergantung kepada minat dan nilai terhadap aktiviti yang dijalankanBoleh memilih aktiviti-aktiviti kokurikulum yang memenuhi minat dan kecenderungan seseorang individu

3131

8. MENYUMBANGKAN USAHA MEMBINA

IKLIM, BUDAYA DAN TEMPAT YANG

MENARIK SERTA MENYERONOKKAN

3232

Semakin banyak kegiatan kokurikulum di sesebuah institusi pendidikan, semakin cerialah tempat berkenaanTerbinalah satu iklim atau budaya pembelajaran yang menarik minat pelajar dan mewujudkan suasana pembelajaran serta penguasaan ilmu yang menyeronokkan

3333

OBJEKTIF KOKURIKULUM

3434

Membentuk pelajar supaya mempunyai sifat-sifat percaya kepada Tuhan, beradab, berusaha, taat, bertanggungjawab, jujur, ikhlas, dapat mengawal diri, tolong menolong, berkemahiran, berdaya tahan dan sebagainya Mewujudkan rakyat yang berguna kepada agama, bangsa dan negara