Post on 26-Oct-2015
KONSEP PSIKOLOGI
Secara umumnya, psikologi adalah satu disiplin ilmu yang mengkaji dan menerokai
secara saintifik tentang tingkah laku manusia atau haiwan. Terutamanya dari aspek
pemikiran, sikap, perasaan, naluri, potensi, kecerdasan, keperluan dan tindak balas manusia
terhadap persekitaran sosial.
Pelbagai pengertian psikologi telah diberikan oleh para tokoh ilmuan psikologi dunia
secara etimologinya pula Tamadun Greek Purba telah memberi definisi bahawa Psikologi
berasal dari perkataan ‘psyche’ yang bermaksud ‘jiwa’ dan ‘logos’ yang membawa
pengertian kajian mengenai sesuatu. William (1960) mendefinisikan psikologi sebagai satu
cabang kajian saintifik tentang tingkah laku dan aktiviti manusia. Manakala Whittaber (1970)
dalam bukunya “Intriduction to Psycology” menghuraikan psikologi sebagai sains tingkah
laku. Merujuk pula kepada Kamus Dewan, psikologi boleh didefinisikan sebagai kajian
tentang proses mental dan pemikiran terutamanya berhubung perlakuan manusia dan haiwan,
pola pemikiran dan perlakuan seseorang atau sesuatu kumpulan tertentu dan kebijaksananaan
memahami sifat manusia.
Kesimpulannya, definisi psikologi adalah satu cabang penyiasatan saintifik ke atas
mental dan tingkah laku manusia atau haiwan.
KONSEP ASAS PSIKOLOGI
Psikologi merangkumi empat konsep asas iaitu naluri, keperluan, desakan dan
motivasi.
Naluri adalah tenaga atau kuasa semulajadi yang mendorong seseorang individu
bertindak balas dengan cara tertentu, telah mewarisi sejak lahir dan bukan diperoleh daripada
pengalaman atau pelajaran.
Keperluan juga konsep asas psikologi yang menjelaskan tentang keinginan yang
memenuhi kekurangan seseorang individu dari aspek fisiologi dan psikologi.
Desakan ialah tindakan atau perubahan tingkahlaku akibat keperluan fisiologi yang
tidak dipenuhi kecenderungan ini adalah untuk mengekalkan keseimbangan sesuatu keadaan
fisiologi seperti lapar dan dahaga.
Motivasi adalah perangsangan yang membangkitkan dan mengekalkan minat
seseorang individu ke arah mencapai sesuatu matlamat tertentu termasuk mengubah sikap,
minat dan tingkah laku.
Secara ringkasnya, konsep-konsep asas ini wujud disebabkan oleh keperlkuan
fisiologi atau psikologi yang timbul.
SEJARAH PERKEMBANGAN PSIKOLOGI
Sejarah perkembangan psikologi telah bermula daripada zaman Greek Purba (384-322
sebelum Masihi) lagi oleh tokoh-tokoh Socrates, Plato dan Aristotle.
Terdapat beberapa pelopor beberapa fahaman dan aliran oleh beberapa tokoh dan
ilmuan psikologi:-
1. Aliran Interaksionisme (jasad dan roh)
Rene descartes (1595-1650)
- manusia terdiri dari gabungan pemikiran dan badan atau jasad dan roh.
2. Aliran Empirisme
John locke (1632-1704) dan George Berkeley (1685-1753)
- timbul pada abad ke-17 dan ke-18 di England.
- John Locke mengatakan bahawa terdapat konsep “tabula rasa” iaitu jiwa manusia
kosong semasa dilahirkan.
ALIRAN STRUKTURALISME
- Tokoh Wilhelm Wundt (1832-1920).
- Dikenali sebagai stukturalisme kerana ahli-ahlinya menumpukan kajian tentang
pengalaman sedar iaitu mengkaji apa yang boleh dinyatakan oleh seseorang di dalam
pengalaman sedarnya.
- Wundt mengkaji perasaan, sikap persepsi dan tanggapan terhadap sesuatu keadaan.
- Wundt adalah ahli psikologi moden dan membina makmal psikologi di Leipzig,
Jerman.
- Dikenali sebagai ‘ Bapa Psikologi “.
- Mempunyai 3 komponen utama pengalaman sedar:
1. Sensasi
a) Penglihatan
b) Bunyi
c) Bau
d) Rasa
e) Pemerasaan
2. Imej
- pengalaman tidak wujud seperti ingatan seseorang atau peristiwa.
3. Afeksi
- meliputi reaksi emosional seperti cinta, cemburu dan bahagia.
- Elemen pengalaman ini dipercayai bergabung di dalam pengalaman seseorang di
dalam pengalaman seseorang dalam “ Proses Perkaitan “ ( Process of Association ).
- Pengalaman seseorang dibahagikan melalui teknik “ Analytic Introspection “.
ALIRAN FUNCTIONALISME
- Diasaskan oleh John Dewey ( 1859-1952 ) dan William James ( 1842-1910 ).
- Timbul di Amerika
- Dinamakan Functionalisme kerana menekankan pengalaman sedar dan tingkah laku.
- Fahaman ini mengkaji tentang bagaimana manusia menggunakan mindanya untuk
berfikir dan menghasilkan tingkah laku. Mereka berpendapat proses mental adalah
sentiasa aktif dan berterusan.
- Fahaman Functionalisme ini dipengaruhi oleh teori evolusi manusia yang telah
dikemukakan oleh Darwin dan falsafah Pragmatisme iaitu pemikiran yang
berdasarkan praktikal bukan teori.
- William James dianggap ahli psikologi Amerika yang pertama. Beliau menubuhkan
makmal psikologi serta turut menerbitkan dua jilid buku yang bertajuk “ The
Principles of Psychology “.
ALIRAN BEHAVIOURISME
- Diasaskan oleh J.B.Watson ( 1878-1958 ).
- Muncul di Amerika Utara dan popular dengan teori Pelaziman Klasik.
- Di mana beliau telah menjalankan kajian ke atas seorang kanak-kanak, Albert dan
seekor tikus putih.
- Watson memperkatakan tentang pendapatnya dalam artikel bertajuk “ Psychology as
the Behaviourist Views it “. Beliau menjelaskan psikologi ialah ilmu yang mengkaji
tingkah laku yang nyata ( overt behaviour ).
- Tokoh lain ialah Pavlov, Thorndike, Skinner dan Hull.
- Mereka mengkaji tentang kaitan mental antara dua peristiwa atau antara dua idea yang
membawa kepada terjadinya pembelajaran.
- Dijalankan ke atas haiwan seperti tikus, kucing dan anjing.
- Prinsip pembelajaran atau tingtkah laku yang diperoleh melalui kajian ini akan di
aplikasikan kepada tingkah laku manusia.
- Aliran ini memfokus kepada kajian tingkah laku manusia dan menolak aspek
kerohanian.
- Aliran ini dipengaruhi kuat oleh aliran falsafah logik positif ( Logikal Positivism )
iaitu yang mengemukakan pendapat bahawa semua ilmu atau pengetahuan perlu
disahkan melalui cara yang empirikal atau pemerhatian yang sistematik. Konsep
kritikal yang dikemukakan oleh aliran ini ke dalam ilmu psikologi ialah definisi
operasional ( operational definition ).
- Operasional ialah konsep saintifik yang merujuk kepada proses pengukuran kepada
sesuatu yang dikaji. Cth: lapar.
- Definisi ini tidak diterima oleh aliran logik positif kerana di dalam definisi
operasional perlu wujud pengukuran tepat tentang masa tidak mendapat makanan dan
keadaan seseorang yang berasa lapar itu.
- Jadi perlu ada satu cara pengukuran untuk mengesahkan definisi.
- Ahli Psikologi Behaviourisme menegaskan tujuan ilmu psikologi ialah menghurai,
menerang, meramal dan mengawal tingkah laku.
ALIRAN PSIKOLOGI GESTALI
- Timbul di Jerman
- Fahaman ini wujud sebagai reaksi kepada pendapat ahli Strukturalisme.
- Ahli psikologi Gestalt berpendapat manusia mempersepsi dunia di dalam bentuk satu
keseluruhan ( Unitary Whole ) atau “ Gestalt “.
- Gestalt ialah daripada perkataan Jerman iaitu gestalten dan membawa maksud “
keseluruhan “, “ pola “ atau “ terorganisasi “.
- Tokoh-tokoh fahaman ini ialah Max Wertheimer ( 1880-1943 ), Wilfgang Kohler
( 1887-1967 ) dan Kurt Koffka ( 1886-1941 ).
ALIRAN HUMANISTIK
- Diasaskan oleh Abraham Maslow ( 1908-1970 ) dan Carl Rogers ( 1902-1987 ).
- Pendekatan ini menekankan cara fikiran, pengamatan serta interprestasi seseorang
individu tentang sesuatu peristiwa atau kejadian. Mereka percaya bahawa seseorang
individu bertanggujawab ke atas tindakannya. Cthnya: Jika seseorang ingin mencapai
kecermelangan di dalam hidup, dia hendaklah bertindak atau berusaha ke arah
pencapaian matlamat hidupnya.
- Mengikut aliran ini, kuasa motivasi seseorang individu ialah kecenderungannya untuk
berkembang serta mencapai pemenuhan kendiri ( self-actualisation ). Jadi, setiap
individu mempunyai keperluan untuk mengembangkan potensinya ke tahap yang
maksimum.
- Kecenderungan semulajadi ialah untuk mencapai pemenuhan kendiri.
- Konsep pemenuhan kendiri ini di pelopori oleh Maslow.
ALIRAN KOGNITIVISME
- Di pelopori oleh tokoh-tokoh psikologi Gestalt, Piaget, Vygotsky, Gagne, Bruner dan
Ausubel.
- Aliran ini mengkaji pemikiran manusia, persepsi, penanggapan, kognisi, metakognisi,
kemahiran berfikir kritis dan kreatif, kemahiran belajar, motivasi dan lain-lain.
ALIRAN KONSTUKTIVISME
- Dikenali sebagai Faham Binaan.
- Diasaskan oleh Von Glasser Feld, Piaget, Vygotsky, Confrey dan Seymour Peppert.
- Berkisarkan tentang bagaimana seseorang individu membina kefahaman terhadap
bahan yang mereka pelajari.
- Menekankan peranan aktif pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
- Pendekatan pembelajaran ini sangat digemari sebagai kaedah mengajar matematik
dan sains.
Kesimpulannya, pelbagai persamaan dan perbezaan wujud berdasarkan konsep-konsep
psikologi yang wujud. Ianya boleh dipraktikkan mengikut keadaan.
KONSEP PENDIDIKAN
Secara etimologinya, pendidikan ialah aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan
pembentukan dan perkembangan ilmu, kemahiran, kerohanian dan jasmani.
Pendidikan juga boleh adalah aktiviti persekolahan. Ini bermakna pendidikan adalah
aktiviti-aktiviti yang mempunyai objektif, rancangan dan organisasi untuk mendidik
murid-murid supaya menjadi insan yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia dan
menguasai kemahiran tertentu untuk menyesuaikan diri dalam masyarakat.
Matlamat utama pendidikan ialah menyediakan seseorang individu untuk memainkan
peranan yang positif dan berkesan dalam masyarakat.
Matlamat utama pendidikan ialah menyediakan seseorang individu untuk memainkan
peranan yang positif dan berkesan dalam masyarakat.
Pendidikan adalah suatu agen untuk menyebarkan dan mengekalkan kebudayaan yang
sesuai dengan kemajuan dan pembangunan semasa.
PENGERTIAN PENDIDIKAN
- John Macdonald di dalam bukunya yang bertajuk A Philosophy of Education, telah
menghuraikan perbezaan pendidikan di antara masyarakat primitif dengan masyarakat
moden.
- Pengertian pendidikan di dalam masyarakat primitif ialah latihan vikasional, pelajaran
adat resam, kepercayaan dan cara sembahyang disampaikan secara tidak langsung
daripada keluarga atau pergaulan dengan orang dewasa.
- Pengertian pendidikan dalam masyarakat moden merupakan latihan khusus untuk
menguasai kemahiran dan memperolehi ilmu pengetahuan yang penting untuk
kehidupan dan disampaikan secara langsung daripada guru yang berilmu tinggi dan
berkemahiran mengajar.
- Pakar pendidikan T.H. Hixley ( Science of Education ), dalam bukunya menegaskan
orang yang berpendidikan sempurna akan bersedia berkhidmat untuk kemajuan diri
dan masyarakat, rela melaksanakan kerjanya dgn ikhlas, patuh pada undang-undang
alam, penuh bertenaga, bersemangat, berseni dan bermasyarakat.
- Menurut tokoh Islam, proses pendidikan ialah penyatuan semua ilmu pengetahuan di
bawah Al-Quran yang menjadi teras pendidikan.
- Menurut tokoh pendidikan timur, peranan utama pendidikan ialah membina tingkah
laku manusia supaya menjadi orang yang berakhlak mulia mengikut peraturan, taat
dan cinta kepada perintah dan negara.
- Menurut Sharifah Alwiah Alsagoff R.La dalam bukunya Falsafah pendidikan
menghuraikan tentang pengertian pendidikan sebagai proses:-
a) Proses persekolahan
b) Proses latihan
c) Proses perkembangan fizikal, intelek, sosial dan emosi seseorang individu.
d) Proses indoktrinasi bertujuan supaya pelajar mempunyai apap yang disampaikan.
e) Proses yang berterusan untuk kemajuan individu seumur hidup.
f) Aktiviti bersepadu untuk mencapai matlamat.
g) Suatu disiplin, seni dan sains.
- Ahli-ahli pendidik mentafsirkan pendidikan sebagai proses penyediaan kanak-kanak
untuk menghadapi kehidupan masa depan, membina sahsiah yang harmonis dan
seimbang.
Kesimpulannya, pendidik ialah suatu proses atau aktiviti yang berusaha untuk
mengembangkan fizikal, intelek, sosial dan emosi seseorang individu serta
menambahkan kebolehan, pengetahuan dan pengalaman mereka supaya dapat
memberi kegembiraann, faedah dan kehidupannya, membantu dan mendorongnya
bertindak dengan cara yang sihat bagi faedah diri serta masyarakat, bangsa dan
negaranya.
PENGERTIAN PSIKOLOGI PENDIDIKAN
Secara umumnya, psikologi pendidikan adalah gabungan bidang psikologi dan
pendidikan iaitu kajian saintifik terhadap tingkah laku murid dalam situasi pendidikan.
Aspek – aspek psikologi pendidikan dalam kajian meliputi tingkah laku murid
terhadap segala aktiviti pengajaran- pembelajaran dalam situasi bilik darjah.
Menurut Atan Long (1976) telah menghuraikan bahawa psikologi pendidikan sebagai
pendidikan sebagai sains yang mengkaji tingkah laku pelajar dalam suasana pembelajaran di
dal;am bilik darjah.
Smith (1978) pula mengangap psikologi pendidikan termasuklah prinsip-prinsip dan
kaedah pengajaran dan pembelajaran yang digunakan untuk menyelesaikan masalah
pendidikan.
Slavin (1991) menjelaskan psikologi pendidikan ialah kajian tentang murid,
pengajaran, dan pembelajaran yang memfokuskan proses-proses pengetahuan, kemahiran,
nilai dan sikap dialihkan daripada guru kepada murid.
KAITAN PENGETAHUAN PSIKOLOGI PENDIDIKAN DALAM MEMBUAT
PEMERHATIAN, MERAMAL DAN MENGAWAL TINGKAH LAKU MURID.
Bidang pendidikan sangat berkait rapat dengan ilmu psikologi seperti pemikiran dan
tingkah laku murid terhadap pembelajaran.
Psikologi pendidikan yang berasaskan pembelajaran merangkumi teknik kajian
psikologi ke atas cara seseorang murid belajar dan bagaimana pula dengan keberkesanan
proses pembelajaran mereka. Kebanyakan teori pembelajaran dihasilkan daripada kaji
sel;idik, pemerhatian, dan pemikiran logik berasaskan falsafah.
Untuk membentuk teori pembelajaran pelbagai jenis penyelidikan telah dikaji. Jenis-
jenis penyelidikan ini ialah :
Penyelidikan kuantitatif iaitu menggunakan data untuk menjelaskan fenomena
pembelajaran .
Penyelidikan kualitatif iaitu menggunakan bahasa untuk menjelaskan fenomena
pembelajaran yang mempunyai ciri khusus yang kompleks. Contohnya teknik pemerhatian,
kajian kes, dan interviu.
Pendidikan psikologi akan memberikan ilmu pengetahuan tentang teori dan prinsip
psikologi kepada guru supaya dapat mengamalkannya dalam bilik darjah.
Melalui psikologi pendidikan juga, seorang guru akan dapat membezakan murid-
muridnya dari segi mental, fizikal dan minat supaya beliau boleh mengajar murid- muridnya
mengikut kebolehan mereka dengan menggunakan aktiviti berkumpulan.
Dengan psikologi pendidikan juga, guru dapat mencegah masalah disiplin yang tidak
diingini dalam bilik darjah dengan lebih berkesan.
Psikologi pendidikan juga melengkapkan ilmu psikologi murid tentang sahsiahnya
agar dapat guru membantu untuk membentuk personaliti murid-murid yang sihat. Ini pasti
akan meningkatkan kualiti pengajarannya dalam bilik darjah dengan menggunakan teori dan
prinsip teknologi.
Selain itu, guru-guru sepatutnya boleh menggunakan teknik motivasi yang berkesan
untuk mengatasi masalah sosial yang berlaku dikalangan murid-murid serta dapat juga
mewujudkan hubungan baik di antara murid dan guru.
Secara ringkasnya, pengetahuan psikologi pendidikan dalam membuat pemerhatian,
meramalkan dan mengawal tingkah laku murid adalah penting untuk para guru yang pastinya
akan mendidik murid-murid melalui aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan
lebih berkesan.