Post on 04-Jun-2018
8/13/2019 Langkah Mengatasi Jerebu
1/3
JEREBU
Fenomena jerebu yang melanda negara kita kini semakin serius dan berleluasa.Hal ini menyebabkan
langit kelihatan mendung,jarak penglihatan jauh,pernafasan menjadi sesak dan sebagainya.Terdapat
beberapa punca yang menyebabkan berlakunya jerebu,antaranya pembakaran hutan,pembebasan
asap oleh kilang-kilang,pengeluaran gas oleh kenderaan serta pembakaran secara terbuka.Fenomena
jerebu menyebabkan timbulnya kesan yang terdiri daripada kesan jangka pendek dan kesan jangka
panjang.Justeru,langkah-langkah yang efektif perlu dirancang lebih awal bagi menghadapi masalah
jerebu.
KESAN-KESAN JEREBU
IMPLIKASI KESIHATAN
Kesan jangka pendek yang ketara ialah implikasi kesihatan.Jerebu mengandungi gas-gas yang
merbahaya seperti nitrogen dioksida,sulfur dioksida,dan karbon dioksida.Gas-gas ini dan zarah
terampai akan memasuki badan kita melalui pernafasan.Situasi ini akan menyebabkan mangsa
diserang penyakit lelah,asma,sakit tekak, selesema,pedih mata,bronkitis dan sebagainya.Dalam kes
yang lebih teruk,bendasing akan merosakkan tisu paru-paru,menghalang fungsi sel hemoglobin,dan
seterusnya merosakkan sistem pernafasan.Selain itu,bahan-bahan seperti plumbum boleh
menyebabkan kromosom mengalami mutasi.Di samping itu,zarah pencemar boleh menjejaskankecerdasan otak terutamanya kanak-kanak yang sedang membesar.Bahan hidrokarbon yang dibawa
oleh jerebu boleh mencetuskan kanser dan menyebabkan kerosakan otak.
DARJAH PENGLIHATAN YANG RENDAH
Fenomena jerebu juga mengakibatkan masalah penglihatan yang rendah.Masalah ini dapat
dibuktikan melalui kejadian jerebu yang berlaku di bandar Kuching apabila darjah penglihatan hanya
5 meter sahaja ketika dilanda jerebu pada tahun 1997.Darjah penglihatan yang rendah boleh
mengakibatkan kemalangan udara,darat dan laut yang ngeri.Kesan ini juga dapat dibuktikan apabiladua buah pesawat penumpang hampir-hampir berlanggar semasa berlakunya jerebu pada bulan
September 1992 kerana pandangan juruterbang tersekat ketika melintasi Kuala Lumpur.Selain
itu,pada tahun 1997 sebuah pesawat terhempas di Medan,Indonesia akibat daripada jerebu yang
telah menyebabkan penlihatan juruterbang tersekat.Malaysia juga tidak terkecuali daripada
mengalami kejadian jerebu yang teruk apabila kerajaan terpaksa mengisytiharkan darurat di
beberapa tempat yang dilanda jerebu pada tahun 2005.Di samping itu,kapal juga terdedah kepada
risiko kemalangan dalam keadaan cuaca buruk.Hal ini dapat dilihat apabila beberapa kes pelanggaran
kapal kargo berlaku di Selat Melaka.Trajedi ini bukan sahaja mengakibatkan nyawa terkorban tetapi
jga menyebabkan berlakunya pencemaran alam yang serius.
8/13/2019 Langkah Mengatasi Jerebu
2/3
EKONOMI NEGARA TERJEJAS
Salah satu kesan jangka panjang akibat jerebu ialah ekonomi negara akan terjejas.Kesan ini dapat
dilihat apabila pembatalan penerbangan kapal terbang terpaksa dibuat akibat kejadian jerebu.Salahsatu syarikat penerbangan yang mengalami kerugian besar akibat pembatalan penerbangan ialah
Syarikat Penerbangan Malaysia(MAS).Selain itu,kilang perindustrian,kuari,dan sektor pembinaan
terpaksa menghentikan operasi.Tambahan pula,industri pelancongan juga turut terkena tempias
akibat jerebu apabila pelancong membatalkan lawatan ke Malaysia.Di samping itu,pekerja-pekerja
yang yang bekerja di luar pejabat mungkin terpaksa mengambil cuti demi kebaikan kesihatan
mereka.Para nelayan juga tidak keluar kelaut kerana keselamatan dan kesihatan tidak
terjamin.Penjaja-penjaja di tepi jalan juga tidak dapat menjalankan aktiviti perniaagaan mereka
akibat jerebu.Hal ini mengakibatkan sumber rezeki dan pendapatan terjejas serta pengusaha
mengalami kerugian besar.
HASIL DAN KUALITI PERTANIAN TERJEJAS
Jerebu juga telah mengakibatkan hasil dan kualiti sektor pertanian terjejas.Hal ini berlaku apabila
jerebu menghalang kepadatan cahaya rendah yang diperlukan oleh tanaman untuk membesar.Kadar
pancaran cahaya yang rendah mengurangkan proses fotosintesis tanaman.Hal ini menyebabkan
tempoh matang tanaman menjadi lebih panjang.Selain itu,aktiviti serangga pemangsa juga terjejas
seterusnya menyebabkan letusan populasi makhluk perosak akan berlaku.Justeru,pendebungaanjuga akan terganggu.Gejala seumpama ini telah menyebabkan hasil pertanian negara terjejas
sebanyak 30 peratus.Lantaran itu,hasil dan kualiti tanaman akan merosot.
LANGKAH-LANGKAH MENGATASI MASALAH JEREBU
MENDIDIK MASYARAKAT
Langkah yang paling efektif bagi mengatasi masalah jerebu ialah dengan mendidik masyarakat.Media
massa harus memainkan peranan menyiarkan kesan-kesan yang timbul akibat jerebu.Melalui langkah
ini,masyarakat akan lebih memahami dan menyedari tentang kesan-kesan gejala tersebut.Oleh
itu,masyarakat akan lebih bertanggungjawab dan menitikberatkan setiap kegiatan yang dilakukan
oleh mereka misalnya tidak membakar sampah secara terbuka.Seruan kerajaan untuk menghijaukan
alam,menggunakan petrol tanpa plumbum,dan sebagainya juga akan mendapat sambutan dan
sokongan daripada masyarakat.Orang ramai juga akan memberikan kerjasama dengan menghubungi
atau melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya ada pihak yang mencetuskan maslah ini.
8/13/2019 Langkah Mengatasi Jerebu
3/3
MENGURANGKAN PENGELUARAN ASAP PENCEMAR
Salah satu langkah yang penting bagi menangani masalah jerebu ialah mengurangkan pengeluaran
asap pencemar.Kempen berkongsi kereta akan mengurangkan bilangan kenderaan di jalan danlangkah ini juga akan mengurangkan pengeluaran asap pencemar yang dibebaskan oleh
kenderan.Penggunaan petrol tanpa plumbum dan pemasangan alat penukar bermangkin akan dapat
mengurangkan asap pencemar kenderaan.Alat penukar bermangkin berfungsi sebagai alat yang
menukarkan hidrokarbon dan nitrogen dioksida kepada karbon dioksida,nitrogen dan wap air yang
tidak berbahaya.Selain itu,motosikal berenjin dua lejang harus diharamkan dan digantikan dengan
motosikal berenjin empat lejang.Di samping itu,gas pencemar kilang industri juga mesti dikurangkan
dengan penggunaan teknologi tinggi agar tidak mencemari atmosfera.Oleh yang
demikian,pengeluaran gas beracun dapat dikurangkan.
KERJASAMA ANTARABANGSA
Salah satu langkah yang tidak kurang pentingnya untuk mengatasi masalah jerebu ialah kerjasama
antarabangsa.Kerjasama ini diperlukan untuk memadamkan kebakaran hutan.Kerajaan Indonesia
harus mengawal kebakaran hutannya dengan ketat.Selain itu,Indonesia juga harus mementingkan
kemajuan bersama negara jiran yang lain.Di samping itu,satu tabung kewangan untuk membeli
alatan pemadam api yang canggih boleh diwujudkan dalam kalangan negara ASEAN.Alatan itu boleh
dikongsi bersama untuk memadamkan api hutan.Penghantaran tentera,ahli bomba,dan pakar keIndonesia untuk memadamkan kebakaran hutan merupakan kerjasama yang baik.Negara maju juga
perlu membantu dengan menghulurkan bantuan kepakaran dan teknologi memadamkan api.Sikap
negara Barat yang berpeluk tubuh menyaksikan kebakaran hutan di Indonesia selama beberapa
bulan lamanya perlu dikikis.