LAPORAN AKHIR - Welcome to...

Post on 12-Oct-2019

24 views 0 download

Transcript of LAPORAN AKHIR - Welcome to...

K ESAN PENGAJARANKONTEKSTUALTERHADAP MOTIVASI

DAN PENCAPAIAN PELAJARSEKOLAH DALAM FIZIK

LAPORAN AKHIR

Oleh:Zurida Haji Ismail, Ph.D.

Ahmad Nurulazam Md. Zain, Ph.D.Mohd Ali Samsuddin

September 2004,

Q,

.I(l.-HI PUSAT PENGAJIAN II..MUPE;NDfDfKANUNIVERSITI SAINS MALAYSIA SCHOOL OF EDUCATIONAL STUDIEs '-"'--I8O",-,,,-o.HO"':::::',,,,-',,,

PENGAJARAN KONTEKSTUAL:Bolehkah Menjadikan Pengajaran dan Pembelajaran Sains Efektif!

PENGAJARAN KONTEKSTUAL:BOLEHKAH MENJADlKAN PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN SAINS EFEKTIF?

Allmad Nurulazam Molld Zain, Zurida Haji Ismaildan Mohd Ali Samsuddin

ABSTRAK

Sains seringkali dianggap sebagai suatu matapelajaran yang sukar lagimembosankan. Pengajaran guru yang lebih mengutamakanpenyampaian dan penyaluran maklumat kepada pelajar turutmempengaruhi sikap dan minat pelajar tentang sains. Justeru, guruperlu mencari alternatifkepada pengajaran secara transmisi kepadasuatu pendekatan yang boleh melibatkan pelajar secara aktifdalamproses pengajaran dan pembelajaran. Pendekatan kontekstual yangberlandaskan prinsip-prinsip konstruktivisme menjadikannya antaraalternatifterbaik untuk menghasilkan pengajaran dan pembelajaransains yang efektifdan seterusnya memperbaiki prestasi para pelajardalam mata pelajaran sains. Artikel ini membincangkan keberkesananpendekatan kontektual dalam proses pengajaran dan pembelajaranberasaskan dapatan dari kajian-kajian yang telah dijalankan.

, PengenalanAntara cabaran yang digariskan dalam Wawasan 2020 ialah mewujudkanmasyarakat saintifik dan progresif, mempunyai daya perubahan yang tinggidan memandang ke hadapan, dan bukan sahaja menjadi pengguna teknologitetapi jugapenyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi masa depan.Cabaran ini adalah berkaitan secara Iangsung dengan pendidikan sains.

Penggubalan kurikulum KBSR dan KBSM adalah selaras dengan aspirasiyang perlu direalisasikan. Sains ditawarkan sebagai satu mata pelajaran

6

PBNGAJARAN KONTHKSTUAL:Bolehkah Melljadikall Pellgajara/l dall Pembelajarall Sai/ls Efektif?

dan pelajar dan penggunaan peta konteks (Lee & Bao, 2002) bagi melihathubungan antara pengajaran kontekstual dengan motivasi pelajar dalampembelajaran fizik.

Dapatan daripada pentadbiran soal selidik Motivasi Dalam PembelajaranFizik menunjukkan bahawa pelajar yang didedahkan dengan teknikpengajaran kontekstuallebih bermotivasi mempelajari fizik berbandingpelajar yang menerima pengajaran konvensional. Analisis dilakukan terhadapskala-skala yang terkandung di dalam instrumen Motivasi DalamPembelajaran Fizik. Pemerhatian yang dilakukan ke atas kelas yang terlibatdengan pengajaran kontekstual juga mendapati pelajar memberikan responsyang positifterhadap pengajaran kontekstual. Dapatan ini juga konsistendengan dapatan hasil temubual dengan guru dan pelajaryang terlibat denganpengajaran kontekstual. Majoriti pelajar yang diminta untuk melukis petakonteks mengakui bahawa terdapat hubungan antara pengajaran kontekstualdengan motivasi mereka untuk mempelajari fizik.

Pendedahan awal secara sistematik yang diberikan kepada guru-guru sainsseharusnya membolehkan pelaksanaan pengajaran kontekstual dibuatmengikut langkah-langkah yang ditetapkan. Justeru, adalah penting guru­guru sains dibekalkan dengan pengetahuan dan kemahiran yang mencukupibagi membolehkan mereka melaksanakan kurikulum seperti yangdihasratkan. Latihan dan kursus perlu dirancang dengan struktur bantuandan amalan yang praktikal agar tidak mengganggu perjalanan kelas danmengabaikan kebajikan pelajar (Mohd Lazim & Zurida, 1994). Usaha kearah ini telah dimulakan pada bulan Januari tahun 2003 dengan penglibatanseramai lebih enam puluh guru sains sekolah menengah dari seluruh negarauntuk menjadi jurulatih utama bagi negeri masing-masing dalam kursusanjuran pihak USM, Kementerian Pendidikan dan Kementerian Tenaga danMultimedia. Guru-guru berkenaan dilatih menjadi pakar dalam TenagaDiperbaharui Dan Kecekapan Tenaga dan mereka didedahkan kepadapendekatan pengajaran secara kontekstual (Ahmad Nurulazam Md. Zain,Mohd Ali Samsudin dan Zurida Ismail, 2003). Jurulatih utama inidipeIltanggungjawabkan untuk melatih guru-guru pakar dari setiap negeriyang kemudiannya akan melatih guru-guru lain di semua sekolah menengahdi jeluruh negara.

Pandangan pelajar-pelajar dan guru-guruKajian keberkesanan pengajaran kontekstual terhadap proses pengajaran

14

PENGAJARAN KONTEKSTUAL:Bolehkah Menjadikan Pengajaran dan Pembelajararr'Sains Efektif?

dan pembelajaran sains fizik turut meninjau pandangan para guru danpelajar. Guru-guru yang ditemubual memberikan pandangan yang positifterhadap langkah menyampaikan fizik secara kontekstual. Majoriti gurumemberikan pandangan dari sudut proses pengajaran dan pembelajaranyang berlaku di dalam kelas. Antara pandangan yang diberikan ialahpendekatankontekstual menjadikan pengajaran mereka bertambah menarik,menarik minat pelajar dan memudahkan pelajar untuk memahami konsep­konsep yang ingin diajar. Terdapat juga yang melihat daripada sudutpenilaian dan pengukuran dengan merujuk kepada kecenderungan soalan­soalan yang digubal ke arah kontekstual dan ini membantu pelajar untuklebih mudah memahami soalan fizik. Analisis prestasi pelajar bagi setiapitem yang dikategorikan mengikut Taksonomi Bloom mendapati pelajar­pelajar boleh menjawab soalan-soalan aras pemikiran tinggi dengan agakbaik (Zurida, Mohd Ali & AhmadNurulazam, 2003).

Guru-guru yang ditemuramah mengakui bahawa mereka sedaya-upaya cubamelaksanakan pengajaran kontekstual di dalam kelas. Dalam aspek-aspektertentu, terdapat guru yang ditemuramah yang berkeinginan membawapelajar-pelajarke kilang-kilang dan melibatkan pelajardengan aktiviti projek­projek sains yang berkaitan dengan konsep-konsep yang cuba disampaikan,namunkekangan masa untuk menghabiskan sukatan pelajaran menyebabkanpendekatan kontekstual yang diamalkan lebih memberi tumpuan terhadapaktiviti di dalam kelas. Untuk mengatasi masalah tersebut, guru-gurudisarankan menggunakan komputer (Ahmad Nurulazam Md. Zain, 1988),AhmadNurulazam Md. Zain & Fauziah Sulaiman, 1994); Fauziah Sulaiman& Ahmad Nurulazam Md. Zain (1997) bagi membantu pelajar memahamikonsep dengan baik disampitig menjadikan aktiviti pembelajaran menarik.Program-program multimedia turutmempunyai peranannya tersendiri dalammembolehkan para pelajar melihat perkaitan antara teori dan aplikasinyadalam konteks.

fTemubual kumpulan fokus dengan beberapa orang pelajar yang mengikutipengajaran kontekstual mengakui bahawa usaha guru menghubungkan fizikdengan situasi kehidupan sebenar dalam pengajaran menarik perhatianmereka untuk mempelajari fizik. Apabila ditanya mengapa usaha gurumenghubungkan fizik dengan situasi kehidupan seharian mereka menarikperhatian mereka, pelajar-pelajar yang ditemubual menyatakan bahawamereka berasa seronok apabila mendapati wujudnya fizik dalam kehidupanseharian mereka.

15

-

,

PENGAJARAN KONTEKSTUAL:Bolehkah Melljadikall Pellgajaf{/II dall Pembelajarall Saills Efektij'l

.Penutup

Analisis prestasi pelajar menunjukkan kepada perlunya sains diajar dengancara yang lebih menarik dan bermakna jika mutu pencapaian inginditingkatkan. Pembelajaran bermakna dan pengajaran efektif dikatakanberlaku apabila pelajar-pelajar boleh mengaplikasikan pengetahuan yangdiajar dan berfikir pada aras pemikiran tinggi. Jika guru menggunakanaktiviti serta kaedah pengajaran yang sesuai, pengetahuan, kemahiran­kemahiran serta sikap yang ingin dipupuk dapat dilakukan dengan baik danberkesan. Justeru, para pendidik perlu bijak dalam mengadunkan isi pelajarandengan kaedah pengajaran dan pembelajaran. Dapatan-dapatan kajianmenunjukkan bahawa pendekatan kontekstual boleh membantu guru untukmeningkatkan minat dan kefahaman pelajardalam sains serta meningkatkankemahiran berfikir pelajar. Ciri-ciri pendekatan kontekstual yangberlandaskan prinsip-prinsip konstruktivisme menjadikannya antara aItematifterbaik untuk menghasilkan pengajaran danpembelajaran sains yang efektifdan seterusnya memperbaiki prestasi parapelajardalam mata pelajaran sains.Prinsip-prinsip pembelajaran yang memanfaatkan pengetahuan sertapengalaman awal pelajar melalui perbincangan dan aktiviti berdasarkankonteks sebenar membolehkan pe1ajar melihat aplikasi konsep-konsep sainsdalam menyelesaikan masalah. Dengan cara ini pelajar-pelajar akan membinasendiri pengertian terhadap isi pelajaran disamping meningkatkan kemahiranberfikir pada aras tinggi.

BIBLIOGRAFI

Ahmad Nurulazam Md. Zain (1988). Effectiveness of InstructionalComputing in Teaching Science, SAlNSAB, 63-70

Ahmad Nurulazam Md. Zain (1994). Activities in A Science ClassroomPrior to A Test - Kertas kerja yang dibentangkan dalam 1994ICET World Assembly, Istanbul, Turkey, 18-22 July 1994.

Ahmad Nurulazam Md. Zain & Fauziah Sulaiman (1994). A ComputerSimulation Program for the Teaching ofEnergy Conservation, Scienceand Iechnology Education in a DemandingSociety, National Institutefor Curriculum Development, Enschede, the Netherlands, 618-625,K. Boersma, K. Kortland and J. van Trammel (Ed.)

16

1!

1