Post on 28-Jan-2017
1 / 26
LAPORAN AKTIVITI SESSI 2014 – 2015
TUJUAN
Laporan ini bertujuan untuk memaklumkan kepada
semua ahli mengenai kegiatan dan aktiviti
persatuan yang telah dilaksanakan sepanjang sessi
2014 – 2015.
2 / 26
1. Mesyuarat Agong Tahunan
Mesyuarat Agong Tahunan kali ke 27 telah diadakan di pejabat JICA
Malaysia, Suite 29.03, Aras 29, Menara Citibank, Jalan Ampang, Kuala
Lumpur pada 15 Mac 2014, hari Ahad. Seramai 29 orang ahli telah hadir.
3 / 26
2. Mesyuarat Bulanan Exco
Mesyuarat EXCO diadakan hampir setiap bulan dan telah dijalankan
sebanyak 7 kali di Bilik Mesyuarat Pejabat JICA Malaysia, Kuala Lumpur,
1 kali di Guess Hotel Resort & Spa, Port Dickson, Negeri Sembilan, 1 kali
di pejabat DOSH Perak dan 1 kali di Bilik Mesyuarat, Restoran Nasi
Kandar Pelita, Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Mesyuarat yang diadakan
adalah seperti berikut:-
No. Mesyuarat Bil. Tarikh
1. Mesyuarat 1-2014/15 22 Mac 2014
2. Mesyuarat 2-2014/15 24 Mei 2014
3. Mesyuarat 3-2014/15 19 Julai 2014
4. Mesyuarat 4-2014/15 27 September 2014
5. Mesyuarat 5-2014/15 18 Oktober 2014
6. Mesyuarat 6-2014/15 15 November 2014
7. Mesyuarat 7-2014/15 20 Disember 2014
8. Mesyuarat 8-2014/15 17 Januari 2015
9. Mesyuarat 9-2014/15 14 Februari 2015
10. Mesyuarat 10-2014/15 01 Mac 2015
4 / 26
5 / 26
3. Keahlian Persatuan
Seramai lebih daripada 8,000 warga Malaysia telah menghadiri pelbagai
kursus anjuran JICA di pusat-pusat latihan di Jepun. Dari jumlah
tersebut, 4237 telah berdaftar sebagai ahli myJICA.
Yuran bayaran masuk menjadi ahli myJICA adalah RM 10.00 sementara
yuran tahunan adalah RM 20.00 bagi Ahli Biasa dan Ahli Kehormat, dan
RM 10.00 bagi Ahli Sekutu.
Sejumlah 82 ahli baru telah didaftarkan semasa taklimat pre-departure.
4. Taklimat Pre-Departure
Setiap peserta kursus anjuran JICA ke Jepun dikehendaki menghadiri
taklimat sebelum berlepas ke Jepun. Taklimat “pre-departure” diadakan
di pejabat JICA di Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Wakil myJICA yang
memberikan taklimat berkaitan myJICA adalah Tn Haji Mustapha Abd.
Kadir dan Tn Hj Harun Hussain.
Semasa taklimat dijalankan, pegawai dari pejabat JICA akan
memaklumkan mengenai persiapan yang mereka perlu buat dan elaun-
elaun yang mereka akan terima semasa berkursus. Wakil myJICA pula
akan memberikan penerangan mengenai myJICA dan mendaftarkan
mereka menjadi ahli. Mereka diberi “News Letter “ terbaru myJICA dan
6 / 26
risalah mengenai aktiviti-aktiviti myJICA. Majlis taklimat bermula jam
0930 pagi hingga 11.00 pagi.
Daripada 15 Mac 2014 sehingga 03 Mac 2015, terdapat sejumlah 11 sesi
taklimat telah diadakan. Sejumlah 83 orang peserta (82 ahli baru & 1
ahli lama) yang berkhidmat daripada pelbagai sektor dan agensi
Kerajaan telah menghadiri sesi taklimat ini. Berikut adalah pecahan
mengikut tarikh :-
Bil Tarikh Ahli
1. 02 Mei 2014 3 baru
2. 19 Mei 2014 6 baru
3. 27 Mei 2014 7 baru
1 lama
4. 30 Jun 2014 9 baru
5. 15 Ogos 2014 13 baru
6. 15 September 2014 12 baru
7. 25 September 2014 7 baru
8. 18 November 2014 3 baru
9. 18 Disember 2014 5 baru
10. 12 Januari 2015 5 baru
11. 26 Januari 2015 12 baru
JUMLAH 83 (82 baru & 1
lama)
7 / 26
Peserta-peserta yang menghadiri kursus di Jepun ini diharapkan telah
mendapat pengetahuan yang baru serta menambah pengalaman yang
berguna seterusnya dapat memberikan sumbangan kepada
penambahbaikan negara atau setidak-tidaknya menyumbang kepada
nilai tambah di tempat kerja dan pada diri masing-masing. Peserta-
peserta ini juga digalakkan untuk berkongsi pengalaman dan
pengetahuan yang diperolehi sepanjang berkursus dengan ahli-ahli
myJICA yang lain.
5. Portal myJICA.org
Portal myJICA yang baru sedang dibangunkan dan dilancarkan semasa
Majlis Makan Malam myJICA yang diadakan pada 8 Mac 2015 jam 8.00
malam bertempat di Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
Negara (NIOSH), Bandar Baru Bangi.
6. Buletin
Buletin myJICA telah diterbitkan sebanyak 2 siri dan sejumlah 500
naskah telah dicetak untuk diedarkan kepada pegawai-pegawai yang
akan berlepas ke Jepun bagi mengikuti kursus di bawah tajaan JICA.
Buletin 1 myJICA telah diedarkan. Buletin 2 myJICA diterbitkan dan
diedarkan semasa Mesyuarat Agong Tahunan (AGM) myJICA pada 8
Mac 2015.
8 / 26
7. Kejohanan Golf Tahunan myJICA
Buat pertama kalinya myJICA menganjurkan Kejohanan Golf Tahunan
pada 31 Mei 2014. Pertandingan berlangsung di Bangi Golf Resort,
Bandar Baru Bangi. Seramai 20 peserta yang terdiri daripada pelbagai
profesion telah berentap dengan penuh harmoni dan persahabatan.
Kejohanan Golf ini dirasmikan oleh Naib Presiden 2 myJICA, Puan
Jaiyah Shahbudin. Sesi Penyampaian Hadiah dan Majlis Penutup
disempurnakan oleh Tuan Presiden YBrs Tuan Ir. Haji Shaiful Azhar b.
Mohd Said. Sambutan yang diberikan sangat memberangsangkan dan
para peserta telah mencadangkan kejohanan Golf ini diadakan setiap
tahun.
9 / 26
8. Majlis Berbuka Puasa
Majlis Berbuka Puasa telah diadakan pada 17 Julai 2014 bertempat di
Corus Hotel, Kuala Lumpur. Majlis ini telah dihadiri oleh Exco-Exco
myJICA dan Ms Miura Yoshiko, wakil JICA Malaysia.
9. Majlis Jamuan Hari Raya Aidil Fitri
Majlis Jamuan Hari Raya Aidil Fitri telah diadakan pada 9 Ogos 2014
di kediaman Presiden. Majlis telah dihadiri oleh Exco-Exco myJICA.
10 / 26
10. Kelas Bahasa Jepun
Kelas Bahasa Jepun bertujuan untuk meningkatkan interaksi sosial
dikalangan rakyat Malaysia dan rakyat Jepun serta meningkatkan
persefahaman diantara kedua-dua pihak. Kelas berkenaan telah
dijalankan dengan kerjasama Persatuan Pemandu Pelancong
Bumiputra (BTGA) dan Professional Tourism Academy and
Management. (PROTAM). Kursus berkenaan terbuka kepada ahli
myJICA dan juga kepada sesiapa yang berminat untuk belajar Bahasa
Jepun. Kursus telah dimulakan pada 23 Ogos 2014.
Seramai 16 peserta telah menghadiri kursus berkenaan. Sebanyak 11
kelas telah dilaksanakan sehingga 1 November 2014. Walau
bagaimanapun kelas berkenaan terpaksa dihentikan pada 8
November 2014 disebabkan guru Bahasa Jepun sebuk dengan
komitmen lain dan tidak dapat meneruskan kelas berkenaan.
Sehingga kini, pihak PROTAM masih mencari guru Bahasa Jepun yang
sesuai untuk meneruskan kelas berkenaan.
11 / 26
11. Program Ceramah Keselamatan dan Kesihatan untuk Pelajar-
Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Presint
8(1), Presint 8, Putrajaya anjuran myJICA dengan kerjasama
Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP),
Putrajaya
Tarikh : 29 Oktober 2014 Tempat: Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Presint 8 (1),
Presint 8, Putrajaya
Program ini telah dilaksanakan pada hari rabu, 29 Oktober 2014 bermula dari
jam 8.30 pagi hingga jam 11.30 pagi. Seramai 850 pelajar-pelajar dan 20
orang guru-guru telah menyertai program ini. Ucapan pembukaan oleh
Penolong Pengetua dan ucapan perasmian program oleh Pengerusi myJICA,
iaitu Tuan Haji Shaiful Azhar Mohd Said.
Program telah dibahagi kepada 2 sesi dimana sesi pertama berupa ceramah
tentang keselamatan dan kebersihan pekerjaan oleh Presiden myJICA yang
juga Pengarah daripada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan,
Putrajaya.
Sesi kedua pula adalah demo dan penerangan berkenaan keselamatan
penggunaan tong gas masak oleh Petronas. Ianya juga diikuti dengan soal
jawab berbentuk kuiz bersama Petronas dimana pemenang diberi
hadiah/cenderahati.
Program ditamatkan pada jam 11.30 pagi dimana acara penyampaian
cenderahati oleh pihak sekolah kepada mereka-mereka yang terlibat telah
dijalankan.
Setelah tamat program, pihak sekolah dan myJICA telah mengadakan satu
sesi perbincangan berkenaan cadangan pihak Jabatan Keselamatan dan
Kebersihan Pekerjaan, Putrajaya untuk menjadikan sekolah tersebut sebagai
projek perintis Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Putrajaya.
12 / 26
12. Sesi Percambahan Fikiran untuk penghasilan Buku 25 Tahun myJICA
13 / 26
Sesi percambahan fkiran untuk penghasilan Buku 25 tahun myJICA
telah diadakan pada 20 Disember 2014 di The Guest Hotel Resort &
Spa, Port Dickson, Negeri Sembilan. Sesi ini telah dihadiri oleh Exco-
Exco myJICA.
Penghasilan buku ini merupakan inisiatif myJICA bagi merekodkan
maklumat berkenaan myJICA dan segala aktiviti-aktiviti yang telah
dijalankan oleh myJICA sejak penubuhan myJICA pada tahun 1988
sehingga 2013.
Buku 25 Tahun myJICA ini akan dilancarkan semasa Majlis Makan
Malam myJICA pada 8 Mac 2015.
14 / 26
13. Majlis Networking bersama Mr. Matsumoto Kojiro, Chief Representative JICA Malaysia
Majlis Networking bersama Mr. Matsumoto Kojiro, Chief
Representative JICA Malaysia telah diadakan pada 24 Januari 2015 di
De Palma Hotel Ampang, Kuala Lumpur.
Majlis ini diadakan bagi menyambut Chief Representative yang baru
bertugas di pejabat JICA Malaysia. Majlis ini telah dihadiri oleh barisan
exco myJICA. Turut hadir, Ms Miura Yoshiko, wakil JICA Malaysia.
15 / 26
14. Malaysian & Japanese Culinary Cultural Food Industry
Networking Session
Program ini telah diadakan pada 28 Januari 2015 bertempat di Hotel
Hilton, Kuala Lumpur dan dianjurkan oleh pihak Ministry of
Agriculture, Forestry and Fisheries of Japan dengan kerjasama JICA.
Wakil myJICA yang hadir dalam program ini termasuklah En.Norazizul
b. Abd. Aziz, Naib Presiden 1 dan Pn Jaiyah Shahbudin, Naib Presiden.
Naib Presiden 1 telah menyampaikan ucapan bagi mewakili pihak myJICA & JICA. Sambutan dari peserta yang hadir amatlah menggalakkan. Di akhir program, para peserta telah dijamu dengan makanan Jepun.
Kenyataan akhbar yang disediakan oleh pihak penganjur
16 / 26
15. Kejohanan Bowling
Kejohanan myJICA Friendly Game Bowling telah diadakan pada 30
Januari 2015 bertempat di ARL Bowl Alamanda Putrajaya. Seramai 47
orang pemain yang mewakili MAMPU, DOSH, JKR Tumpat, Puspanita
ROS, PAMAJA, Pejabat Kedutaan Jepun di Malaysia dan JICA Malaysia
menyertai kejohanan ini. myJICA merakamkan ucapan terima kasih
kepada pihak Minhakim Travel Sdn. Bhd. yang telah menaja banner
dan lane untuk kejohanan ini.
Pemenang-pemenang bowling adalah seperti berikut:- Wanita Johan : S.Norlela (MAMPU) Naib Johan : Norizan (MAMPU) Tempatke-3: Khairussaadah (MAMPU)
Lelaki Johan : Faisa (MAMPU) Naib Johan:Mohd. Iqbal (MAMPU) Tempat ke-3 :Syafiq Saadon (MAMPU)
Pemenang-pemenang telah menerima hadiah wang tunai berjumlah
RM 100 (Johan), RM 75 (Naib Johan) dan RM 50 (Tempat Ke-3) untuk
kategori lelaki dan wanita. Cabutan bertuah juga turut diadakan
untuk peserta-peserta yang hadir.
Kejohanan ini telah dirasmikan dengan “balingan pertama” oleh
Mr.Matsumoto Kojiro, Chief Representative JICA Malaysia.
17 / 26
\
18 / 26
16. Program Melati Culture Discovery in Japan 2015 anjuran Kolej Melati, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam, Selangor dengan kerjasama myJICA
Tarikh : 29 Januari 2015 hingga 5 Februari 2015.
Tempat : Gifu Prefecture dan Tokyo Metropolitan, Jepun.
Program ini telah dilaksanakan dengan jayanya daripada 29 Januari
2015 hingga 5 Februari 2015. Seramai 20 peserta terdiri daripada 15
pelajar-pelajar UiTM dari pelbagai fakulti dan 5 orang pegawai dan
kakitangan pengurusan UiTM. Program ini telah mendapat kerjasama
yang baik daripada rakan sekutu myJICA di Jepun iaitu sebuah
organisasi yang diberi nama GIFU WORLD YOUTH (GWY), Gifu, Japan.
Organisasi ini telah lama menjalinkan persahabatan dengan myJICA
dan program ini adalah ulang tahun yang ke 10 bersama GWY.
Program di bahagikan kepada 2 fasa iaitu fasa pertama di Ogaki City,
Gifu:
1.Lawatan ke 2 buah Muzium iaitu Gifu City Museum of History dan
Okunohosomichi Basho’s Memorial Museum.
2.’Homestay’ bersama keluarga angkat Jepun.
3.Lawatan ke 2 buah sekolah iaitu Nakagawa Elementary School dan
Sogo-Gakuen Senior High School.
4.Lawatan ke sebuah kolej Universiti iaitu Ogaki Women’s Collage
University.
5.Kunjungan hormat ke Datuk Bandar Ogaki city.
6.Pertunjukan kebudayaan di sekolah dan semasa Jamuan Perpisahan.
7.Jamuan perpisahan/kebudayaan Malaysia.
8.Pengalaman menaiki Keretapi Laju : Shinkansen (Bullet Train ).
Fasa kedua di Tokyo Metropolitan :
1.Lawatan ke bandar-bandar seperti Ueno, Akihabara, Shinjuku d.l.l
2.Lawatan ke Masjid Tokyo di Yoyogi Uehara.
3.Lawatan ke pusat peranginan Disneyland Resort.
4.Pengalaman menggunakan pengangkutan awam di Bandaraya
Metropolitan Tokyo.
Program ini juga telah mendapat liputan akhbar di Gifu.
Kesimpulannya, program ini sedikit sebanyak telah dapat memberi
pengetahuan dan pengajaran yang berguna kepada peserta-peserta.
19 / 26
Aktiviti Program
20 / 26
21 / 26
Keratan Akhbar
22 / 26
17. Japanese Language and Mini Cultural Day di SMK Putrajaya Presint 8(1), Putrajaya anjuran Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Presint 8(1), Putrajaya dan myJICA
Tarikh : 25 Februari 2015.
Tempat : Dewan Serbaguna Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya
Presint 8(1), Putrajaya.
Program Japanese Language and Mini Cultural Day ini telah
dilaksanakan dengan jayanya pada hari rabu, 25 Februari 2015.
Program yang bermula pada jam 2.00 petang ini telah dirasmikan
oleh Pn Miura Yoshiko dari pejabat JICA, Kuala Lumpur. Tn. Hj. Ir.
Saiful Azhar Mohd Said, Presiden, En. Norazizul Abd. Aziz, Naib
Presiden 1 dan En. Sabaruddin Exco myJICA turut hadir. Seramai 800
pelajar-pelajar dan lebih 12 orang guru telah hadir di dalam program
ini.
Tenaga pengajar adalah daripada My Aikido Dojo, Selangor manakala
bagi Kimono, masakan makanan Jepun dan tarian Bon Odori adalah
terdiri daripada sukarelawan Jepun sendiri.
Program yang dijalankan adalah:
Aikido Demo.
Ini adalah salah satu seni mempertahankan diri Jepun yang telah
lama diamalkan malah salah satu seni mempertahankan diri yang
masyur di seluruh dunia. Demo telah dijalankan oleh ahli-ahli My
Aikido Dojo, Selangor.
Kimono Demo.
Kimono adalah pakaian tradisi Jepun yang sangat popular diseluruh
dunia. Cara pemakaian dan jenis-jenis kimono telah ditunjuk ajar olen
Puan Ineko Machida yang berasal dari Nagano, Jepun. Beberapa
orang pelajar telah menjadi model memakai dan menggayakan
pakaian kimono ini.
Masakan Jepun : Tempura
23 / 26
Tempura juga adalah makanan Jepun yang popular dikalangan
rakyat Malaysia. Sukarelawan Jepun iaitu Puan Kaoru Miyazaki, Puan
Etuko Hirooka dan Puan Akiyo Imai telah menunjukan kemahiran
mereka memasak tempura. Guru dan beberapa pelajar juga telah
mencuba untuk memasak tempura ini.
Tarian Bon Odori
Tarian Bon Odori yang sering dilakukan di Jepun dan beberapa
negara di dunia telah ditunjukan sempena program kali ini. Ianya
diketuai oleh sukarelawan Jepun iaitu Puan Ineko Machida. Hampir
keseluruhan peserta telah bersama-sama menyertai tarian tersebut.
Program diakhiri dengan penyampaian sijil penghargaan kepada
peserta-peserta yang menjadi tenaga pengajar bagi program kali ini.
24 / 26
25 / 26
18. Outreach Program
Outreach Program ini telah diadakan pada 1 Mac 2015 di pejabat
DOSH Perak. myJICA merakamkan ucapan terima kasih kepada Ir.
Hj.Dasuki b. Mohd Heak, Pengarah DOSH negeri Perak kerana telah
memberikan kebenaran menggunakan kemudahan bilik dan peralatan
untuk outreach program yang diadakan.
Program ini telah dihadiri oleh seramai 19 alumni dari myJICA
termasuklah yang mewakili agensi seperti Majlis Perbandaran
Manjung, JKR Cawangan Kejuruteraan Negeri Perak, Institut Latihan
Perindustrian Perak (ILP), DOSH Terengganu, DOSH Sandakan,
DOSH Pulau Pinang, DOSH Putrajaya dan lain-lain. Antara pengisian
program termasuklah ucapan aluan dari Presiden myJICA, taklimat
mengenai myJICA oleh Naib Presiden 1 myJICA dan sesi soal jawab.
26 / 26
19. Sarawak Chapter
Ahli-ahli myJICA Sarawak Chapter telah mengadakan sesi perjumpaan
khas pada 28 Februari 2015 di Kuching, Sarawak bagi membincangkan
perancangan aktiviti-aktiviti myJICA di Sarawak bagi tahun 2015.
Antara aktiviti-aktiviti yang telah dicadangkan termasuklah:-
(i) Perjumpaan myJICA Sarawak Chapter bersempena sambutan
Hari Raya Aidil Fitri pada bulan Ogos 2015
(ii) Projek Community Education Awareness di Pulau Bruit, Sarawak
pada bulan September 2015
Aktiviti-aktiviti ini akan dibincangkan dengan lebih terperinci di dalam
Mesyuarat Exco yang akan datang.
20. Sabah Chapter
Buat masa ini, belum ada aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh Sabah
Chapter. Ahli-ahli myJICA dari Sabah Chapter sedang dikenal pasti,
dikumpulkan dan diselaraskan.
Perjumpaan khas di kalangan ahli-ahli myJICA Sabah Chapter akan
diadakan dalam tahun 2015 ini untuk membincangkan aktiviti-aktiviti
yang boleh dilaksanakan.
21. OSH Awareness-Pelancaran Guideline on Safe Use of Power Press Machine-OSH