Post on 12-Aug-2015
description
Inovasi/Penambahbaikan/Pengurusan P&P dari sudut P&P
1 | P a g e
.
INOVASI DALAM
PENGAJARAN
DAN
PEMBELAJARAN
DISEDIAKAN OLEH: WIDA YANTI BT MOHD ZEN UMAR
NOTA MODUL & CD INTERAKTIF
ESS 207
Inovasi/Penambahbaikan/Pengurusan P&P dari sudut P&P
2 | P a g e
1.0 PROJEK INOVASI
Nota modul bagi melengkapkan bahan pengajaran dan pembelajaran serta CD Interaktif
sebagai alat bantu mengajar (ABM)
2.0 MAKSUD
Inovasi yang dilakukan ialah berkaitan dengan penyediaan nota modul dan alat bantu mengajar
bagi kursus ESS 207 (Pemasangan Perkakasan dan Perisian Komputer) yang dapat membantu
proses pengajaran dan pembelajaran.
3.0 SKOP
Inovasi ini membawa pembaharuan kepada proses pengajaran dan pembelajaran kursus dan
peningkatan terhadap pemahaman pelajar.
4.0 ALATAN/BAHAN
1. Nota Modul Bergambar
2. Set komputer
3. CD interaktif iC-Com
5.0 OBJEKTIF
Objektif inovasi ini adalah:
a) Mengatasi masalah ketiadaan bahan rujukan bagi kursus ESS 207
b) Menyediakan persekitaran pembelajaran secara aktif dimana menerapkan unsur
teknologi dalam penciptaan kandungan modul yang dinamik.
c) Membawa perubahan baru dalam strategi pedagogi pembelajaran yang membolehkan
pengajar dan pelajar untuk memahami lebih mendalam dalam sesuatu subjek
d) Mencipta alat bantu mengajar yang efektif dan menarik.
Inovasi/Penambahbaikan/Pengurusan P&P dari sudut P&P
3 | P a g e
6.0 PENYATAAN MASALAH
Masalah Pertama
Kursus ESS 207 Pemasangan Perkakasan & Perisian Komputer telah diajar oleh
pensyarah Program Sistem Komputer & Sokongan tanpa dibekalkan nota modul sebagai bahan
Pengajaran & Pembelajaran dalam kuliah. Pada ketika itu, pensyarah kursus mencari inisiatif
sendiri mencari dan mengumpulkan bahan-bahan untuk P&P.
Masalah Kedua
Namun begitu, kaedah pengajaran secara ‘chalk and talk’ yang biasa digunakan dalam
proses P&P untuk menerangkan sesuatu topik pembelajaran adalah kurang
memberangsangkan. Ini kerana kursus Pemasangan Perkakasan & Perisian Komputer
memerlukan pelajar memerhatikan ‘demo’ pemasangan perkakasan komputer sebelum mereka
memulakan amali yang diberikan. Pengajaran melalui nota modul sahaja adalh kurang efektif
untuk meningkatkan kefahaman pelajar kerana pelajar tidak dapat melihat dengan jelas cara-
cara pemasangan perkakasan dan perisian komputer. Kaedah memberikan perkakasan
komputer yang sebenar juga kurang sesuai kerana mungkin akan mengakibatkan kerosakan
terhadap perkakasan tersebut dan kekangan pihak kolej yang mungkin tidak dapat
menyediakan perkakasan komputer yang terkini selari dengan peredaran teknologi.
7.0 PENYELESAIAN MASALAH
Bagi Masalah 1 : Nota Modul (Penambaikan)
Bagi mengatasi masalah kekurangan ataupun ketiadaan nota modul bagi kursus ESS 207
ini, nota modul ini dihasilkan dengan menyatukan bahan-bahan daripada pelbagai sumber dan
dibukukan sebagai Nota Modul ESS 207 yang melengkapkan proses P&P di dalam kelas.
Bagi Masalah 2 : CD Interaktif (Inovasi P&P)
Berdasarkan pengalaman mengajar kursus yang sama bagi beberapa semester, satu CD
Interaktif dan slaid persembahan dibangunkan untuk melengkapkan proses P&P untuk kursus
ESS 207. CD Interaktif dan slaid persembahan ini juga telah dijadikan sebagai alat bantu
mengajar yang membantu pelajar untuk meningkatkan pemahaman mereka. Selain daripada
itu, terdapat juga kuiz interaktif di dalam CD ini bagi setiap topik kursus bagi membolehkan
pensyarah menguji pemahaman pelajar bagi topik yang diajar. Video yang telah dirakam sendiri
oleh pensyarah dapat ditonton oleh pelajar sebagai ‘demo’ kepada topik yang sedang diajar.
Inovasi/Penambahbaikan/Pengurusan P&P dari sudut P&P
4 | P a g e
8.0 KEPENTINGAN NOTA MODUL & CD INTERAKTIF ESS 207
1. Bahan Rujukan.
Nota modul yang dibukukan telah menjadi rujukan utama oleh pensyarah dan pelajar.
2. Praktikal.
Boleh digunakan oleh semua pensyarah dan pengajar yang mengajar kursus ESS 207
kerana kaedah mengendalian mudah.
3. Penjimatan sumber dan masa.
Inovasi yang dihasilkan boleh digunapakai setiap masa. Ia dapat mengurangkan masa
persediaan Alat bantu mengajar pensyarah.
4. Kesan Positif kepada motivasi dan pencapaian pelajar.
Penggunaan media yang berbeza menarik minat para pelajar. Peningkatan kepada
pemahaman pelajar terhadap kursus ESS 207.
5. Berpotensi untuk diguna sama.
Berlaku perkongsian ilmu dan idea bersama para pensyarah yang lain dan boleh
digunakan oleh semua lapisan masyarakat yang ingin mempelajari Pemasangan
Perkakasan & Perisian Komputer baik di rumah, sekolah rendah mahu pun menengah
serta pekerja di sektor pekerjaan.
Rajah 1 : Menu Utama CD Interaktif ESS 207
Rajah 2 : Gabungan elemen teks, suara, video dan grafik
Inovasi/Penambahbaikan/Pengurusan P&P dari sudut P&P
5 | P a g e
6. Memudahkan Proses P&P
Memudahkan proses Pengajaran dan Pembelajaran pensyarah dan juga pelajar jarak
jauh.
7. Tambah Nilai Kecanggihan Teknologi Dalam P&P
Penggabungan elemen teks, suara, video dan grafik menerapkan nilai-nilai teknologi
dalam proses P&P.
9.0 KESAN / IMPAK
1. Nota Modul ESS 207
Pensyarah
Pensyarah dapat membuat persediaan sebelum memulakan kuliah dengan
mengulangkaji nota kursus.
Menambah keyakinan pensyarah untuk mengajar kerana mempunyai rujukan
yang menepati silibus kursus.
Pelajar
Menjadi buku teks atau rujukan utama semasa proses P&P dijalankan
Dapat membantu pelajar mengulangkaji pelajaran untuk menghadapi soalan
teori dalam kuiz, ujian dan peperiksaan akhir.
2. CD Interaktif ESS 207
Kajian Keberkesanan CD Interaktif ESS 207
Kajian keberkesanan penggunaan CD Interaktif telah dilakukan oleh Zarulrizam Ab Jalil, Zaini Ahmad dan Noor Fardzilawati Md Nasir dalam kertas kajian mereka yang bertajuk ‘Kesan Penggunaan Cd Interaktif Dalam Meningkatkan Kemahiran Pelajar Dalam Pemasangan Perkakasan Komputer’, 2010. Hasil daripada kajian mendapati penggunaan CD Interaktif Kemahiran Pemasangan Komputer di kalangan pelajar adalah amat praktikal bagi meningkatkan kefahaman pelajar. Hasil kajian adalah seperti yang dilampirkan.
Penilaian Terhadap Prestasi Pelajar
Prestasi pelajar sebelum dan selepas penggunaan CD Interaktif adalah dapat
dibezakan melalui keputusan peperiksaan rasmi pelajar. Perbandingan keputusan
peperiksaan ESS 207 bagi sesi Julai 2009 dan Januari 2010 telah dilakukan. Pelajar bagi
sesi Januari 2010 (selepas penggunaan CD Interaktif) mempunyai keputusan yang lebih
baik daripada pelajar sesi Julai 2009 (sebelum penggunaan CD Interaktif). Lembaran
markah adalah seperti yang dilampirkan.
Inovasi/Penambahbaikan/Pengurusan P&P dari sudut P&P
6 | P a g e
10.0 RUMUSAN
Secara keseluruhannya, hasil inovasi yang dihasilkan dapat membantu mempertingkatkan
prestasi dan minat pelajar dalam mempelajari kursus ESS 207 Pemasangan Perkakasan &
Perisian Komputer khususnya dan semua pelajar yang ingin mempelajarinya. CD interaktif ini
juga dapat dijadikan sumber pengajaran dengan menjadikan pengajaran lebih perinformasi dan
dalam masa yang sama dapat meningkatkan penglibatan pelajar di dalam kelas.