Manual Pengguna Sistem Penyiasatan Guna Tenaga Suku ... Pengguna... · SOALAN 6 – SENARAI...

Post on 07-Mar-2018

231 views 2 download

Transcript of Manual Pengguna Sistem Penyiasatan Guna Tenaga Suku ... Pengguna... · SOALAN 6 – SENARAI...

Manual Pengguna Sistem Penyiasatan Guna Tenaga Suku Tahunan [Modul Responden]

Bahagian Pengurusan Maklumat

Jabatan Perangkaan Malaysia

Blok C6, Kompleks C,

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,

62514 PUTRAJAYA.

2

MODUL RESPONDEN

1. AKSES DARI LAMAN WEB JABATAN

2. PILIHAN BAHASA

3. PERTAMA KALI LOGIN

4. LOGIN MASUK

5. BORANG PENYIASATAN

a. MAKLUMAT UMUM

b. SOALAN 1 – ALAMAT LOKASI

c. SOALAN 2 – PEKERJAAN DAN GAJI & UPAH

d. SOALAN 3 – KEKOSONGAN JAWATAN MENGIKUT KATEGORI

e. SOALAN 4 – KEKOSONGAN JAWATAN MENGIKUT SEBAB TERTENTU

f. SOALAN 5 – PEWUJUDAN JAWATAN MENGIKUT KATEGORI

g. SOALAN 6 – SENARAI PERINCIAN JAWATAN BARU

h. SOALAN 7 – EKSPEKTASI PEWUJUDAN JAWATAN BARU

i. SOALAN 8 – MAKLUMAT TAMBAHAN

j. PENGESAHAN, PENGHANTARAN DAN CETAK BORANG PENYIASATAN

6. AKAUN PENYENGGARAAN

7. MANUAL PENGGUNA

8. LUPA KATA LALUAN

9. HUBUNGI KAMI

3

1. AKSES DARI LAMAN WEB JABATAN

a. Sila ke www.statistics.gov.my

b. Sila klik menu RESPONDEN

c. Pautan ke Sistem Penyiasatan Guna Tenaga Suku Tahunan akan dipaparkan pada skrin seperti rajah di bawah.

4

2. PILIHAN BAHASA

Pilihan bahasa ‘Bahasa Malaysia’ atau ‘English’ ada pada paparan utama sistem seperti rajah di atas.

3. PERTAMA KALI LOGIN

a. Pada paparan antaramuka utama, klik butang Aktifkan Akaun Saya

b. Seterusnya, paparan antaramuka berikut dipaparkan. Masukkan ID NEWSS dan No. Rujukan

dan klik butang Seterusnya. ID NEWSS dan No. Rujukan akan dibekalkan oleh pihak Jabatan

Perangkaan Malaysia. ID NEWSS mestilah 12 digit.

5

c. Seterusnya, masukkan maklumat Nama Penuh, ID Pengguna dan Emel pada paparan seperti

di bawah dan klik butang Daftar. ID Pengguna merujuk kepada ID yang akan digunakan untuk

mengakses sistem dan dicadangkan menggunakan nama pertubuhan.

d. Sila pastikan alamat emel yang dimasukkan adalah sah. Kata laluan akan dihantar melalui

alamat emel tersebut.

e. Seterusnya, paparan seperti di bawah akan dipaparkan. Kata Laluan akan dihantar kepada

alamat emel yang dimasukkan pada Langkah (c). Semak emel tersebut untuk mendapatkan ID

Pengguna dan Kata Laluan. Simpan maklumat ID Pengguna dan Kata Laluan sebagai maklumat

log masuk ke sistem.

6

4. LOGIN MASUK

a. Untuk login sistem masukkan ID Pengguna dan Kata Laluan pada antaramuka seperti di

bawah dan slaid gelangsar pada paparan untuk membolehkan anda klik butang login.

b. Seterusnya paparan berikut akan dipaparkan. Klik butang Log Masuk dan paparan seterusnya

akan dipaparkan.

c. Setelah login berjaya, paparan antaramuka berikut akan dipaparkan. Sila pilih Tahun & Suku

yang diperlukan sebelum meneruskan untuk menggunakan sistem ini.

7

d. Klik butang Isi Borang Penyiasatan bagi Suku XX, Tahun YYYY untuk mengisi borang

penyiasatan.

XX merujuk kepada Suku Semasa pelaksanaan penyiasatan. YYYY merujuk kepada Tahun Semasa pelaksanaan penyiasatan.

8

5. BORANG PENYIASATAN

a. MAKLUMAT UMUM

i. Pada paparan maklumat umum seperti antaramuka di bawah, tiada pengisian

perlu dimasukkan.

ii. Klik butang SIMPAN & TERUSKAN seperti paparan di bawah untuk ke paparan

soalan seterusnya.

9

b. SOALAN 1 – ALAMAT LOKASI

i. Pada paparan alamat lokasi, isi maklumat yang diperlukan. Tekan butang TAB

pada papan kekunci untuk menggerakkan kursor ke medan seterusnya.

ii. Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai soalan, klik ikon .

iii. Setelah kesemua maklumat selesai dimasukkan, klik butang Simpan & Teruskan

seperti paparan di bawah untuk ke paparan soalan seterusnya. Untuk ke

antaramuka sebelumnya tekan butang Sebelum atau ikon menu berwarna hijau

pada sebelah kiri paparan antaramuka.

10

c. SOALAN 2 – PEKERJAAN DAN GAJI & UPAH

i. Pada paparan pekerjaan dan gaji & upah, isi maklumat yang diperlukan. Tekan

butang TAB pada papan kekunci untuk menggerakkan kursor ke medan

seterusnya.

ii. Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai soalan, klik ikon .

iii. Pada soalan ini, terdapat satu medan pengakuan yang menunjukkan bahawa

pertubuhan adalah milik perseorangan/perkongsian dan bekerja sendiri. Sila

tandakan pada medan tersebut sekiranya pengakuan ini adalah benar.

iv. Setelah kesemua maklumat selesai dimasukkan, klik butang Simpan & Teruskan

seperti paparan di bawah untuk ke paparan soalan seterusnya. Untuk ke

antaramuka sebelumnya tekan butang Sebelum atau ikon menu berwarna hijau

pada sebelah kiri paparan antaramuka.

PENTING!!

i. Sekurang-kurangnya satu medan bilangan pekerja dan gaji &

upah pada mana-mana kategori pekerja mesti diisi.

ii. Data bagi bulan selepas tidak boleh melebihi atau kurang

daripada 15% daripada bulan sebelum. Jika benar data melebihi

atau kurang daripada 15% pengguna perlu klik Ok, jika tidak

benar pengguna perlu klik Cancel untuk pinda jawapan data.

11

d. SOALAN 3 – KEKOSONGAN JAWATAN MENGIKUT KATEGORI

i. Pada paparan kekosongan jawatan mengikut kategori, isi maklumat yang

diperlukan. Tekan butang TAB pada papan kekunci untuk menggerakkan kursor

ke ruangan seterusnya.

ii. Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai soalan, klik ikon .

iii. Setelah kesemua maklumat selesai dimasukkan, klik butang Simpan & Teruskan

seperti paparan di bawah untuk ke paparan soalan seterusnya. Untuk ke

antaramuka sebelumnya tekan butang Sebelum atau ikon menu berwarna hijau

pada sebelah kiri paparan antaramuka.

12

e. SOALAN 4 – KEKOSONGAN JAWATAN MENGIKUT SEBAB TERTENTU

i. Pada paparan kekosongan jawatan mengikut sebab tertentu, isi maklumat yang

diperlukan. Tekan butang TAB pada papan kekunci untuk menggerakkan kursor

ke medan seterusnya.

ii. Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai soalan, klik ikon .

iii. Setelah kesemua maklumat selesai dimasukkan, klik butang Simpan & Teruskan

seperti paparan di bawah untuk ke paparan soalan seterusnya. Untuk ke

antaramuka sebelumnya tekan butang Sebelum atau ikon menu berwarna hijau

pada sebelah kiri paparan antaramuka.

PENTING!!

i. Jumlah kekosongan jawatan (Soalan 4.1 + 4.2) mestilah lebih kecil

atau sama dengan Jumlah pada Soalan 3.

ii. Hasil tambah bagi (Soalan 4.1 + 4.2) bagi bulan kedua mestilah

lebih besar daripada 0 sekiranya JUMLAH bagi bulan kedua

melebihi JUMLAH bagi bulan pertama pada Soalan 3 (Kekosongan

Jawatan).

13

f. SOALAN 5 – PEWUJUDAN JAWATAN MENGIKUT KATEGORI

i. Pada paparan pewujudan jawatan mengikut kategori, isi maklumat yang

diperlukan. Tekan butang TAB pada papan kekunci untuk menggerakkan kursor

ke medan seterusnya.

ii. Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai soalan, klik ikon .

iii. Setelah kesemua maklumat selesai dimasukkan, klik butang Simpan & Teruskan

seperti paparan di bawah untuk ke paparan soalan seterusnya. Untuk ke

antaramuka sebelumnya tekan butang Sebelum atau ikon menu berwarna hijau

pada sebelah kiri paparan antaramuka.

PENTING!!

i. Jumlah Pewujudan Jawatan Baru (Soalan 5.1 + 5.2 + 5.3 +

5.4 + 5.5) mestilah sama dengan nilai pada Soalan 4.1.

ii. Jumlah Pewujudan Jawatan Baru (Soalan 5.1, 5.2, 5.3, 5.4,

5.5) mestilah sama atau lebih kecil dengan Jumlah

Kekosongan Jawatan pada (Soalan 3.1, 3.2, 3.3, 3.4, 3.5).

14

g. SOALAN 6 – SENARAI PERINCIAN JAWATAN BARU

i. Pada paparan senarai perincian jawatan baru seperti rajah di bawah, isi

maklumat yang diperlukan. Pengisian adalah mengikut kategori pekerja iaitu

Pengurusan, Profesional dan Juruteknik & Profesional Bersekutu.

ii. Pilih maklumat jawatan berkaitan seperti rajah di bawah (Rujuk No 1). Carian juga

boleh dilaksanakan dengan masukkan kata kunci pada ruangan pilihan tersebut.

Sekiranya maklumat yang berkaitan tiada dalam senarai pilihan, masukkan

maklumat pada ruangan Lain-lain.

iii. Seterusnya, masukkan bilangan pekerja pada ruangan bilangan seperti rajah di

bawah dan klik butang TAMBAH (Rujuk No 2). Maklumat yang dipilih atau

dimasukkan akan dipaparkan pada jadual seperti rajah di bawah (Rujuk No 3)

15

iv. Untuk menghapus maklumat yang telah dimasukkan, klik ikon Hapus seperti pada

rajah di bawah (Rujuk No. 4) dan ulang Langkah (i) hingga Langkah (iii).

v. Setelah kesemua maklumat selesai dimasukkan, klik butang Simpan & Teruskan

seperti paparan di bawah untuk ke paparan soalan seterusnya. Untuk ke

antaramuka sebelumnya tekan butang Sebelum atau ikon menu berwarna hijau

pada sebelah kiri paparan antaramuka.

1

2

3

4

PENTING!!

i. Bilangan pewujudan jawatan baru bagi kategori Pengurusan &

Profesional di Soalan 6 mestilah sama dengan hasil tambah

kesemua bulan bagi pewujudan jawatan baru Pengurusan &

Profesional di Soalan 5.

ii. Bilangan pewujudan jawatan baru bagi kategori Juruteknik &

Profesional Bersekutu di Soalan 6 mestilah sama dengan hasil

tambah kesemua bulan bagi pewujudan jawatan baru Juruteknik &

Profesional Bersekutu di Soalan 5.1.

16

h. SOALAN 7 – EKSPEKTASI PEWUJUDAN JAWATAN BARU

i. Pada paparan kekosongan jawatan mengikut kategori, pilih maklumat yang

diperlukan. Tekan butang TAB pada papan kekunci untuk menggerakkan kursor

ke medan seterusnya.

ii. Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai soalan, klik ikon .

iii. Setelah kesemua maklumat selesai dimasukkan, klik butang Simpan & Teruskan

seperti paparan di bawah untuk ke paparan soalan seterusnya. Untuk ke

antaramuka sebelumnya tekan butang Sebelum atau ikon menu berwarna hijau

pada sebelah kiri paparan antaramuka.

PENTING!!

i. Ekspektasi Pewujudan Jawatan Baru bagi tahun semasa

mestilah ada pengisian jika soalan 4.1 diisi.

ii. Ekspektasi Pewujudan Jawatan Baru bagi tahun semasa

mestilah melebihi atau sama dengan jumlah bilangan pengisian

pada Soalan 4.1.

17

i. SOALAN 8 – MAKLUMAT TAMBAHAN.

i. Soalan ini perlu diisi sekiranya data yang dilaporkan dalam soal selidik ini adalah termasuk

cawangan lain.

ii. Pada antaramuka seperti di bawah, klik pada butang Tidak, dan masukkan maklumat bagi

Ibu Pejabat dan cawangan yang berkaitan.

iii. Bagi maklumat cawangan, isi maklumat yang diperlukan seperti antaramuka di bawah

dan klik butang dan maklumat akan dipaparkan pada jadual di bawah.

18

iv. Untuk menghapus maklumat cawangan, klik ikon pada paparan jadual dan maklumat

akan dihapuskan.

v. Setelah kesemua maklumat selesai dimasukkan, klik butang Simpan & Teruskan seperti

paparan di bawah untuk ke paparan soalan seterusnya. Untuk ke antaramuka

sebelumnya tekan butang Sebelum atau ikon menu berwarna hijau pada sebelah kiri

paparan antaramuka.

PENTING!!

Jika Jawapan Tidak, sila isi maklumat Cawangan.

19

j. PENGESAHAN, PENGHANTARAN DAN CETAK BORANG PENYIASATAN

i. Anda boleh mencetak Ringkasan Borang Penyiasatan yang telah dilengkapkan

sebelum membuat pengesahan. Klik butang seperti rajah di bawah.

ii. Klik pada kotak checkbox pengesahan untuk membolehkan anda mengisi

maklumat pengesahan seperti rajah di bawah.

iii. Masukkan ke semua maklumat yang diperlukan pada antaramuka di bawah.

20

iv. Setelah ke semua maklumat lengkap dan pengakuan telah disahkan,

klik butang Hantar Penyiasatan untuk menyimpan data. Maklumat yang

telah dihantar tidak boleh dikemaskini semula. Untuk mengemaskini

maklumat, boleh menghubungi pihak Jabatan Perangkaan Negeri yang

berkaitan.

iii. Untuk mencetak Borang Penyiasatan, klik ikon pada

antaramuka seperti di bawah.

iv. Setelah klik ikon tersebut, antaramuka seperti rajah akan dipaparkan.

Pada paparan tersebut, kesemua maklumat yang telah diisi akan

dipaparkan.

v. Klik butang Print untuk mencetak borang tersebut dan

klik Save untuk menyimpan borang tersebut.

21

6. AKAUN PENYENGGARAAN

a. Klik Akaun Penyenggaraan pada antaramuka seperti di bawah mengemaskini profil dan

reset kata laluan.

b. Untuk mengemaskini maklumat, pengguna boleh tukar Nama, Jawatn, No Telefon, No

Faksimili, Email Dan Bahasa Pilihan.

c. Bagi reset kata laluan pengguna perlu memasukkan maklumat Kata Laluan Lama dan Kata

Laluan Baru dan Sahkan Kata Laluan Baru.

22

7. MANUAL PENGGUNA

a. Modul ini adalah untuk rujukan kepada pengguna dan sistem aliran setiap modul yang

ada dalam Sistem Penyiasatan Guna Tenaga Suku Tahunan.

b. Pengguna juga boleh mencetak soal Manual Pengguna dengan klik pada ikon . Selain

itu, pengguna juga boleh menyimpan soft copy manual ini dengan klik ikon .

8. LUPA KATA LALUAN

a. Sekiranya lupa kata laluan, masukkan maklumat pada seksyen LUPA KATA LALUAN seperti

antaramuka di bawah. Seterusnya, klik butang Menghantar Kata Laluan Saya .

b. Seterusnya, mesej seperti berikut akan dipaparkan dan kata laluan baru akan dihantar pada

emel yang dimaklumkan.

23

9. HUBUNGI KAMI

a. Untuk menghubungi pihak Jabatan Perangkaan berkenaan sebarang masalah, maklumat

pegawai dihubungi disediakan pada paparan utama sistem seperti rajah di bawah.

b. Bagi maklumat pegawai dihubungi di Jabatan Perangkaan Negeri, klik pautan seperti

rajah di atas dan antaramuka seperti di bawah akan dipaparkan.

d. Klik pada ikon untuk paparan maklumat pegawai dihubungi Jabatan Perangkaan

Negeri.