Masalah kecacatan fizikal

Post on 20-Jun-2015

691 views 8 download

description

Hasil kerja bersama-sama rakan-rakan yang hebat. Doakan kejayaan kami semua (^_^).

Transcript of Masalah kecacatan fizikal

SIAPA KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS

OLEH:MUHAMMAD SOLLIHIN AHMAD JAMALI

AMRIL NURMAN BIN LOKMANNURUL HUSNA AB.RAHMAN

ANIS SYAFIQAH MOHAMED NOOR

MURID BERKEPERLUAN KHAS

HIPERAKTIF (ADHD & ADD) TERENCAT AKAL

MASALAH KEROSAKAN SENSORI

MASALAH PEMBELAJARAN

AUTISTIKMASALAH

PERTUTURAN DAN BAHASA

MASALAH FIZIKAL

MASALAH EMOSI DAN

TINGKAH LAKU

MASALAH PEMBELAJARAN

MASALAH PEMBELAJARAN

DISLEKSIA

DISKALKULIA

DISGRAFIA

PERATUS KANAK-KANAK BERMASALAH PEMBELAJARAN DI U.S.

• 8% bermasalah pembelajaran

• Lelaki 3x lagi mudah menghidap masalah

pembelajaran berbanding perempuan

• 5% kanak-kanak yang bersekolah menerima

perkhidmatan persekolahan untuk masalah

pembelajaran

DISLEKSIA (DYSLEXIA)

• “DYS” – kesukaran ; “lexia” – perkataan

• Kesukaran tafsir kod ayat

• Merujuk kepada masalah membaca , menulis dan mengeja

• Perkataan dan imej yang dilihat sukar untuk dihantar ke otak untuk ditafsirkan

• Tiga kategori disleksia: Disleksia visual (deria penglihatan)

Disleksia auditori (deria pendengaran)

Disleksia visual-auditori

CIRI-CIRI UMUM

• Perkembangan pertuturan & bahasa lambat• Kemahiran mengeja & membaca lemah• Keliru dengan perkataan serupa• Sukar ikut arahan• Sukar menyalin• Sukar gunakan jalan berliku

PENGAMATAN & TINGKAH LAKU

• Keliru dengan konsep arah & masa• Kerap rasa tertekan• Keliru memakai kasut yang betul• Konsep kendiri lemah

KECELARUAN PANDANGAN & PENGLIHATAN

• Mengeja tidak konsisten• Tinggalkan huruf pada awal perkataan• Tambah huruf pada akhir perkataan• Masalah dalam susunan ayat• Sukar fahami perkataan• Daya ingatan yang lemah• Sukar membayangkan perkataan

KEMAHIRAN MOTOR

• Koordinasi lemah• Pergerakan pergelangan tangan luar biasa• Lambat menulis• Tulisan buruk• Sukar pegang pensel dengan betul• Sukar menggunting• Sukar imbang badan• Sukar sepak dengan baik• Sukar naik tangga dengan betul

DISKALKULIA

• Merujuk kepada masalah yang memberi kesan terhadap operasi dalam matematik

• Menghadapi masalah dalam mengecam nombor & sering mencampuradukkan nombor

• Bermasalah dalam menyusun maklumat• Bermasalah dalam mengingat fakta dan

formula matematik

TANDA-TANDA MASALAH

• Sukar susun nombor ikut ruang dan orientasi kiri dan kanan

• Sukar fahami konsep matemaitk dan ayat• Keliru dengan nombor yang hampir sama 7 dengan 9, 3 dengan 8• bermasalah guna kalkulator• Tiada masalah dalam membaca

TANDA-TANDA MASALAH

• Sukar ingat dan fahami konsep masa dan arah• Sukar ingat nama orang• Keupayaan matematik yang rendah dan sukar

mengira wang• Tidak dapat ingat konsep matematik, formula,

faktor asas dalam operasi matematik

KEPERLUAN PEMBELAJARAN/LATIHAN

• Guru perlu galakkan murid gambarkan masalah matematik dengan cara lukis gambar

• Guru perlu latih murid membaca masalah matematik dengan kuat dan mendengar dengan teliti (kukuhkan kemahiran mendengar)

• Kaitkan masalah matemati dengan kehidupan seharian• Galakkan penggunaan kertas graf • Masa tambahan diberikan bagi ingat formula dan fakta• Keperluan pembelajaran individu• Hafalan guna irama muzik

DISGRAFIA

• Masalah pembelajaran spesifik• Sukar nyatakan apa yang ada dalam fikiran

dalam betuk tulisan dan graf• Kanak –kanak bermasalah pembelajaran

mengalami masalah disgrafia

TANDA-TANDA MASALAH

• Boleh berkomunikasi tetapi bermasalah dalam menulis

• Tanda bacaan digunaka tidak betul, ejaan salah, ulang ayat & perkataan sama

• Salah tafsir bagi soalan yang diberi sukar tulis nombor ikut turutan

• Campur aduk tulisan• Ayat dan perkataan tergantung• Gengaman pensel luar biasa

KEPERLUAN PEMBELAJARAN/LATIHAN

• Galakkan buat garis kasar tentang apa yang difikirkan

• Galakkan melukis apa yang tergambar dalam minda bagi setiap perenggan

• Guna pita perakam

KEPERLUAN PEMBELAJARAN/LATIHAN KESELURUHAN

• Guru berperanan dalam pengesanan awal• Guru membawa murid yang bermasalah

kepada pakar• Rujuk kumpulan pelbagai disiplin• Penempatan sekolah

HIPERAKTIF (ADHD & ADD)

• Merujuk kepada:Tidak beri tumpuanTingkah laku hiperaktif Tingkah laku Impulsif

CIRI-CIRI• Tidak boleh duduk diam lebih daripada

beberapa minit• Tulisan buruk• Susah untuk fokus dengansesuatu kerja dan

cepat bosan• Bermasalah dalam hubungan dengan rakan

sebaya• Suka bergerak-gerak

PUNCA & RAWATAN

PUNCA• 30-50% disebabkan oleh keturunan• Toksin seperti arang

RAWATAN• 85%-90% : Pengambilan ubat seperti

Ritalin/Aderall• Senaman ( Tantillo & others,2002)

MASALAH KEROSAKAN SENSORI

MASALAH KEROSAKAN

SENSORI

MASALAH PENGLIHATAN

MASALAH PENDENGARAN

MASALAH PENGLIHATAN• Dapat dibahagikan kepada buta dan penglihatan

terhad (low vision)• low vision : ketajaman penglihatan di antara

20/70 dan 20/200 pada skala Snellen• 20/20 adalah untuk penglihatan yang normal• 1 daripada 3000 kanak-kanak dilahirkan

bermasalah penglihatan• Separuh menjadi buta semasa dilahirkan; 1/3

hilang penglihatan pada tahun pertama kelahiran

CIRI-CIRI

• Memegang buku rapat dengan muka• Selalu menggosok mata• Mengadu penglihatan kabur dan perkataan

beralun-alun

CARA GURU MEMBANTU KANAK-KANAK BERMASALAH PENGLIHATAN

• Alat bantu mengajar• Susunan kelas• Pengetahuan

MASALAH PENDENGARAN

CIRI-CIRI• Mendengar di alat pembesar suara• Meminta untuk mengulang sesuatu berkali-

kali• Tidak ikut arahan• Mengadu sakit telinga

CARA GURU MEMBANTU KANAK-KANAK BERMASALAH PENDENGARAN

• Memberi pendekatan secara oral (bacaan bibir) dan manual (isyarat)

• Koklea implan• Pembedahan • Alat bantu dengar• Alat telekomunikasi

KANAK-KANAK BERMASALAH EMOSI & TINGKAH LAKU

• Melibatkan masalah berkenaan dengan hubungan, tingkah laku agresif, tekanan, dan ketakutan

• Lelaki 3x lagi mudah menghidap masalah ini.

Tingkah laku agresif

• Kebiasaannya melibatkan murid lelaki• Suka bergaduh, mencuri dan merosakkan

harta benda sekolah• Sentiasa kasar

KERISAUAN-PENARIKAN DIRI• Berlaku dari semasa ke semasa• Tiada mood dalam beberapa jam atau hari• Individu rasa tak berguna, percaya semua

tidak menjadi baik seperti yang dijangka• Hilang selera makan dan sukar tidur• Sering berlaku dalam kalangan perempuan

CARA GURU MEMBANTU MURID BERMASALAH EMOSI DAN TINGKAH LAKU

• Guru peka dengan perubahan murid• Berkerjasama dengan ibu bapa• Penguatkuasaan peraturan• Membawa berjumpa dengan guru kaunseling• Peneguhan dan dendaan

MASALAH KECACATAN FIZIKAL

Masalah kecacatan

fizikal

Muscular dystrophy

sawan/seizure disordersCerebral palsy

1. Muscular dystrophy

• Disebabkan oleh faktor prenatal, perinatal atau postnatal.

• Merupakan sejenis penyakit yang mengakibatkan kelemahan dan kemerosotan sel-sel otot.

• Boleh dibantu dengan teknologi perubatan seperti penggunaan kerusi roda, alat pendakap dan ubat-ubatan.

2. Cerebral palsy

• Mengakibatkan kesukaran dalam pergerakan serta koordinasi tubuh badan.

• Masalah lain pertuturan, bahasa, penglihatan dan terencat akal.

• Bahan yang dapat membantu untuk belajar komputer, pen bercahaya dan papan untuk komunikasi.

3. Sawan / Seizure Disorders• Disebabkan oleh serangan sawan atau

pergerakan badan secara tersentak-sentak dan di luar kawalan.

• Serangan ini berbeza setiap individu dari segi tempoh dan kekerapan.

• Ada yang kena setiap 30 saat dan beratus kali sehari.

• Kesannya mengakibatkan hilang kawalan usus besar dan pundi kencing.

Sawan / seizure disorders

• Cara guru menguruskan masalah ini:I. tenang dan yakin pelajar yang lain.II. Kalau masalah tahap rendah guru sentiasa soal

supaya di tidak ketinggalan.III. Letakkan murid di lantai dan sendengkan di dinding. IV. Alihkan objek yang boleh mengakibatkan kecederaan.V. Guru perlu melonggarkan segala pakaian murid untuk

memastikan penafasan elok.

TERENCAT AKAL

Masalah terencat akal• Mengakibatkan fungsi intelek tidak seperti

orang normal dari segi:

Komunikasi Penjagaan diri Kehidupan harian

Sosial Kesihatan dan keselamatan Akademik

Riadah dan kerja

Masalah terencat akal

• Masalah terencat akal boleh diklasifikasikan kepada tiga:

Tahap IQ levelRingan 50-75

Sederhana 30-50

Teruk 30 ke bawah

Masalah terencat akal• Cara guru membantu murid ini:

I. Guru perlu memberikan masa yang cukup untuk murid ini.

II. Arahan secara ringkas dan mudah difahami.III. Arahan boleh dipecahkan kepada bahagian kecil dan

boleh diulang-ulang.IV. Setiap kali pengajaran perlu diulang terutamanya

melibatkan kemahiran.V. Aktiviti yang melibatkan deria sensori dan deria

motor murid.VI. Guru perlu sediakan RPI untuk murid ini.

MASALAH PERTUTURAN DAN BAHASA

Masalah pertuturan dan bahasa

• Masalah pertuturan dapat dilihat dari tiga aspek iaitu:

• Masalah bahasa adalah masalah dari segi bahasa reseptif dan bahasa ekspresif.

Suara Sebutan Kefasihan

Masalah pertuturan dan bahasa

• Ciri-ciri murid bermasalah dari segi bahasa:

Pendiam

Tidak melibatkan diri dalam aktiviti kumpulan

Banyak bergantung kepada komunikasi bukan lisan.

Masalah pertuturan dan bahasa

• Cara guru membantu murid ini:I. Guru perlu sabar dan tidak lengkapkan ayat murid

ketika bercakap.II. Elakkan meminta murid memberikan respon yang

cepat.III. Elakkan betulkan sebutan mereka dihadapan rakan

mereka.IV. Guru perlu jadi model dengan betutur dengan baik

dan jelas.

AUTISM SPECTRUM DISORDER (ASD)

Autism spectrum disorder (ASD)• Masalah yang berlaku semasa perkembangan

kanak-kanak.• Masalah dari segi:

Interaksi

Komunikasi Tingkah laku

Autism spectrum disorder (ASD)• Boleh dikesan diusia 1 hingga 3 tahun.• Mengganggu bahagian perkembangan otak

yang memberikan kesan kepada tingkah laku, bahasa dan interaksi sosial.

• Ciri-ciri kanak-kanak ini:I. Mengasingkan diriII. Enggan bercakapIII. Melakukan pergerakan berulangIV. Lewat perkembanganV. Memberikan respon luar biasaVI. Perasaan ingin tahu yang melampau.

Isu-isu pendidikan yang melibatkan kanak-kanak yang berkeperluan khas

Isu-isu pendidikan yang

melibatkan kanak-kanak yang

berkeperluan khas

Aspek undang-

undang

Teknologi

Penempatan,

perkhidmatan, ibu bapa

sebagai pasangan

pendidik

Aspek undang-undang

• Public Law 94-142 (PL 94-142) telah diperkenalkan pada 29 November 1975 setelah diluluskan oleh Kongres Amerika Syarikat.

• Pengenalan PL 94-142 adalah bertitik tolak daripada pandangan yang menyatakan bahawa hak kanak-kanak adalah dinafikan apabila mereka diasingkan daripada kanak-kanak yang sebaya yang lain.

• Undang-undang hasil perkembangan pendidikan khas di Amerika Syarikat ini telah dapat menjamin pendidikan percuma kepada setiap individu yang berusia antara 3 hingga 21 tahun.

• Kanak-kanak yang menghadapi masalah kecacatan akan diberi peluang belajar bersama-sama dengan kanak-kanak biasa

• Namun kelas khas akan diwujudkan jika kanak-kanak ini tidak mampu belajar seperti kanak-kanak biasa yang lain.

Mandat-mandat Asas PL94-142

• Mandat-mandat asas PL94-142 telah diberi penekanan pada tahun 1990 , apabila Akta Pendidikan Individu Kurang Upaya (Individuals with Disabilities Act, Public Law 94-476) atau singkatannya IDEA diperkenalkan

• Mandat-mandat tersebut telah memberi penekanan terhadap pendidikan untuk semua, persekitaran yang paling tidak mengehadkan, pentaksiran yang tidak mendiskriminasi, penyediaan khidmat sokongan yang berkaitan, hak ibu bapa yang membantah dan pendidikan yang sesuai (Rancangan Pendidikan Individu).

Penempatan, perkhidmatan, ibu bapa sebagai pasangan pendidik

Penempatan kanak-kanak bekeperluan khas

• kanak-kanak kurang upaya boleh diletakkan dalam pelbagai tetapan, pelbagai perkhidmatan yang boleh digunakan untuk memperbaiki pendidikan mereka.

• Contohnya di sekolah pendidikan khas, sekolah inklusif, sekolah vokasional, politeknik dan sebagainya.

Perkhidmatan

• Perkhidmatan untuk kanak-kanak boleh disediakan oleh guru kelas biasa, guru sumber, guru pendidikan khas, doktor pakar kalobarotif, pakar profesional yang lain, atau kumpulan interaktif.

• Peningkatan sekolah inklusif, guru kelas biasa bertanggungjawab menyediakan lebih pendidikan kepada kanak-kanak yang kurang upaya.

• Guru sumber berperanan memajukan pembacaan, penulisan dan skill matematik kanak-kanak berkeperluan khas manakala guru pendidikan khas lebih berperanan daripada itu.

• Pembantu guru- berperanan membantu guru dalam menguruskan keperluan kanak-kanak khas.

• Antara perkhidmatan lain yang berkaitan termasuklah daripada pembantu guru, pakar psikologi, pekerja sosial sekolah, doktor, pakar fizikal terapi, dan pakar audiologi

• Pakar psikologi- berperanan untuk mengesahkan sama ada kanak-kanak tersebut bekeperluan khas atau tidak

• Pekerja sosial sekolah- sentiasa memberi bantuan terhadap kordinasi keluarga dan perkhidmatan komuniti terhadap kanak-kanak bekeperluan khas

• Doktor membekalkan perubatan kepada kanak-kanak tersebut

• Fizikal terapi membantu kanak-kanak sembuh daripada pemulihan fizikal dan kecatatan kognitif

Ibu bapa sebagai pasangan pendidik

• Pendidik dan pengkaji menggangap betapa penting ibubapa dan guru membimbing kanak-kanak OKU.

• Ia penting bagi perkembangan kanak-kanak OKU kerana mereka bersama sejak lahir.

Strategi bekerja dengan kanak-kanak yang memiliki kurang upaya

• Berkomunikasi dengan ibu bapa, pelajar itu sendiri, dan sesiapa sahaja yang terlibat dengan pendidikan khas

• Menjadi lebih berpengatahuan berkenaan jenis-jenis pelajar yang kurang upaya di dalam kelas tersebut

• Berhati-hati dalam melebelkan kanak-kanak tersebut

• Membantu kanak-kanak normal untuk memahami dan menerima kanak-kanak kurang upaya

• Sentiasa melihat perkembangan teknologi dalam mengajar kanak-kanak kurang upaya.

• Menggunakan bantuan yang ada dan melihat pada bantuan yang lain

TEKNOLOGI DAN PELAJARAN

• 2 jenis teknologi yang boleh digunakan untuk memajukan pengajaran terhadap kanak-kanak yang berkeperluan khas iaitu ‘instructional’ teknologi dan ‘assistance’ teknologi.

• ‘instructional’ teknologi melibatkan pelbagai jenis hardware dan software yang digunakan dalam kaedah mengajar untuk memenuhi keperluan pembelajaran murid di dalam bilik darjah. Contoh videotap, komputer dan program-program yang terdapat di dalam komputer.

• ‘assistance’ teknologi terdiri daripada perkhidmatan dan device untuk membantu pelajar-pelajar kecacatan fungsi di dalam persekitarannya. Contohnya, alat komunikasi, kunci tetekan komputer alternatif, alat bantu dengar dan sebagainya.

• Pakar profesional yang lain juga seringkali menggabungkan kedua-dua teknologi tersebut sebagai penambahbaikan proses pembelajaran murid-murid bekeperluan khas

Teknologi dan Pelajaran

• Pada zaman sekarang, teknologi semakin maju dan juga melampaui jangkaan kita sejak dahulunya.

• Ia telah memberi banyak bantuan dan juga pengetahuan yang lebih meluas.

• Tambahan pula, ia telah membuka banyak kemudahan kepada pendidikan dan segalanya.

• Ia turut memberi faedah kepada OKU terutamanya dalam ICT seperti pendidikan multimedia untuk pengguna masalah pendengaran, perisian pendidikan, e-learning, teknologi pendidikan berasaskan komputer atau pembelajaran berbentukkan komputer (PBK).

• Pengunaan teknologi dapat memaksimakan kebolehan OKU iaitu menaip, melukis, melihat dan sebagainya.

Kanak-kanak Pintar

• Seorang kanak-kanak yang mempunyai kebolehan kognitif yang lebih tinggi daripada kalangan rakan sebaya.

• IQnya biasanya lebih daripada tahap 130.

• Mahir dalam seni, muzik atau matematik.

• Tahap pembelajarannya lebih pantas berbanding dengan tahap pembelajaran orang normal.

• Ciri-cirinya boleh dikenal pasti melalui:-– Kebolehan intelek umum– Kebolehan intelek khusus– Pemikiran kreatif– Kepimpinan– Kebolehan psikomotor– Kesenian visual/persembahan– Sosial emosi Terdapat kanak-kanak pintar tidak menjadi dewasa

yang pintar kerana terlalu dipaksa oleh guru dan ibubapanya. Contohnya: Sufian.

• Kepintaran kanak-kanak selalunya disahkan secara formal melalui ujian psikologi bersistem ke atas kemampuan mental, sosial dan perkembangan.

• Ia dilakukan oleh pakar psikologi klinikal, psikologi perkembangan atau psikologi pendidikan yang bertugas dengan kanak-kanak, dan memahami bidang kepintaran.

• Kanak-kanak yang mendapat markah melebihi paras 1 peratus julat kemampuan intelektual untuk kumpulan usia mereka mempunyai sesetengah kemampuan mental yang lebih maju berbanding rakan sebaya.

• Walaupun keperluan asas kanak-kanak pintar sama seperti kanak-kanak lain, dia berbeza di segi cara berfikir, bertindak dan tingkah laku.

• Dia melihat dunia secara terperinci yang tidak dilihat dengan jelas oleh orang lain, menyerap setiap butiran seperti span, dan menganalisis semua situasi.

• Rakan-rakan mereka kecewa kerana gagal memahami melihat situasi atau maklumat pada tahap yang sama seperti anak pintar tersebut.

• Anak pintar perlu menerima diri sendiri seadanya dan berasa selesa.

• Dia perlu diberi peluang memajukan kebolehan istimewanya.

• Pada usia yang sangat awal, anak pintar berminat memajukan potensinya, tetapi sering tertahan disebabkan oleh sistem pendidikan, dan dimarahi kerana mahu belajar lebih banyak.

• Akhirnya, dia hilang semangat. Satu kebolehan yang dahulunya istimewa kini hilang selama-lamanya.

• Di segi emosi, anak pintar sedar dia memang berbeza di segi cara berfikir, bercakap dan bertindak berbanding rakan sebaya.

• Kerana tiada persamaan dia menganggap mereka membosankan. Lalu rakan sebaya meninggalkannya.

• Akibatnya, dia sukar mengekalkan persahabatan.

Bagaimana bantu kanak-kanak pintar• Anak pintar belajar lebih pantas dan berbeza berbanding

yang lain.

• Bentukkan tugasan kerja rumah mingguan yang mencabar anak pintar anda.

• Jika boleh cuba letakkan anak itu di dalam kelas yang lebih maju.

• Meletakkan anak dengan kanak-kanak lebih tua yang berkongsi minat mungkin bermanfaat di segi sosial dan intelektual dan menghasilkan kurikulum yang lebih sesuai.

• Terdapat sekolah memberikan program tambahan pada hari sabtu bagi kanak-kanak pintar.

• Tambahan pula, menyediakan servis mentor, tuisyen perkembangan diri dan sebagainya.

• Beberapa sekolah telah membuat program istimewa agar kanak-kanak pintar dapat bergaul dengan kanak-kanak tidak pintar.

Mengajar Kanak-kanak Pintar

• Terdapat cara untuk mengajar kanak-kanak pintar, kita hendaklah membuat terlebih awal.

• Tanpa cabaran, kanak-kanak pintar akan membuat masalah seperti ponteng kelas dan hilang minat.

• Oleh itu, kita hendaklah membuat kelas istimewa untuk mereka.

• Mempercepatkan proses pembelajaran. Hal ini disukai oleh kanak-kanak pintar kerana mereka suka belajar dengan cepat dan juga mudah berasa bosan jika belajar dalam tempoh yang lama.

• Memberikan latihan sukar dan lebih daripada yang biasa untuk kanak-kanak pintar.

Sekian terima kasih...

RUJUKAN• Abd. Rahim Bin Talib. (2006). Pengenalan Pendidikan Kanak-

Kanak Masalah Pembelajaran. Selangor Darul Ehsan: Meteor Doc. Sdn.Bhd.

• Abdul Rashid Bin A. Latif. (2007). Autisme, Suatu Pengenalan Dan Pengalaman. Selangor Darul Ehsan: Venton Publishing(M)Sdn.Bhd.

• Dr. Abdullah Yusof. (2006). Pengenalan Pendidikan Khas. Selangor Darul Ehsan: Meteor Doc. Sdh. Bhd.

• Haliza Hamzah, Joy N. Samuel, Rafidah Kastawi. (2008). Perkembangan Kanak-Kanak Untuk Program Perguruan Pendidikan Rendah Pengajian Empat Tahun. Selangor Darul Ehsan: Ug Press Sdn. Bhd.

• Jamila K.A. Mohamed. (2005) Pendidikan Khas Untuk Kanak-Kanak Istimewa. Selangor Darul Ehsan:Pts Professional Publishing Sdn,Bhd.

• Tiada Nama Pengarang. (2007). Psikologi Dan Perkembangan Kanak-Kanak Masalah Pembelajaran. Selangor Darul Ehsan: Meteor Doc. Sdn. Bhd.

• Zharulnizam Shah Z.A.(2010). Kepimpinan Dan Pengurusan Pendidikan Khas. Selangor Darul Ehsan: Yeohprinco. Sdn.Bhd.