Post on 10-Apr-2018
8/8/2019 MASALAH PEMBUANGAN BAYI
1/34
1.0Pengenalan
Setiap keluarga mempunyai nilai dan maruah yang dipertahankan melalui peranan
yang diharapkan daripada ahli-ahli keluarga. Keharmonian berkeluarga dicapai melalui
hubungan baik antara semua ahli keluarga. Hubungan ini merangkumi perhubungan
spiritual (agama), emosi seperti kasih saying, sifat hormat-menghormati, bertanggungjawab,
berpendidikan serta sifat-sifat kebendaan (pakaian, makanan, rumah dan sebagainya). Oleh
itu, institusi keluarga adalah institusi yang terpenting dalam proses pembentukan individu
yang sihat rohani dan jasmaninya, lagi berilmu dan bermoral.
Dalam arus pembangunan masa kini, bentuk dan fungsi institusi keluarga telah
banyak berubah. Peranan institusi keluarga pula dipindahkan kepada agen-agen sosialisasi
lain seperti sekolah, polis, pejabat agama, pusat-pusat pemulihan, dan orang gaji. Agen-
agen ini, bagaimanapun tidak dapat memenuhi peranan institusi keluarga. Perhubungan
spiritual contohnya tidak mungkin dapat disempurnakan oleh institusi bukan kekeluargaan.
Kekosongan jiwa boleh menimbulkan berbagai masalah sosial serius.
Jesteru itu kajian tentang keluarga bermasalah menjadi boleh mengenalpasti ciri-
ciri masalah dan faktor-faktor penyumbang kepada masalah, agar langkah-langkah
memantapkan institusi keluarga dapat disarankan.1.1Latar Belakang Kajian
Rancangan pembangunan di peringkat negara maupun di peringkat negeri
mengharapkan kemajuan ekonomi dan sosial yang positif. Bagaimanapun perlaksanaan
rancangan rancangan pembangunan telah mengubah peranan institusi keluarga. Pada
mulanya rancangan pembangunan telah membuka peluang pekerjaan kepada ahli keluarga.
Ramai wanita dan rakyat di luar bandar mendapat pekerjaan dalam sektor perkilangan dan
sektor awam. Penambahan pekerjaan dikalangan wanita memerlukan tugas-tugas ibu-bapa
dipindahkan kepada atau dibantu oleh agen-agen sosialisasi seperti jiran, orang gaji dan ibu-
bapa. Akhirnya banyak masalah sosial timbul akibat pemindahan peranan keluarga ini.
Begitu juga program yang dilaksanakan melalui media massa dan elektronik. Padaawalnya program ini bermatlamat untuk menyebar maklumat-maklumat dan pengetahuan
kepada masyarakat. Bagaimanapun terdapat juga rancangan atau halaman yang
meninggalkan kesan negatif. Rancangan berunsur keganasan contohnya, telah memberi
kesan negatif kepada anak-anak. Masalah sosial akhirnya menjadi fenomena yang timbul
akibat proses pembangunan yang ditumpukan kepada pembangunan fizikal. Pembangunan
sosial yang dilaksanakan pula , kurang memberi kesan positif kepada masyarakat.
Oleh kerana fahaman agama penting dalam proses pembentukan keluarga, di
Malaysia dan di negeri Johor, beberapa enakmen diluluskan bagi mengawal pembentukan
institusi keluarga (Lampiran A). Kajian Jamilah Ariffin (1992: 149-162) telah menjelaskan dan
menilai hal-hal pentadbiran Enakmen Keluarga yang digunapakai di Semenanjung Malaysia,
Sabah dan Serawak. Secara ringkasnya kajian itu menyebut bahawa pembentukan keluargaIslam adalah bidang-kuasa dan tanggungjawab kerajaan negeri dan ditadbir di bawah The
Family Law Enactment . Pembentukan keluarga bukan Islam pula menggunapakai The Law
Reform (Marriage and Divorce) (Amendmend) Act, 1980 ( Act A498).
Bagi negeri Johor, selain daripada Enakmen yang disebut di atas, kerajaan negeri
telah meluluskan Enakmen No 2, 1997 Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Tazim dan
8/8/2019 MASALAH PEMBUANGAN BAYI
2/34
telah digunapakai mulai 1 Julai, 1998. Di antara fungsi Yayasan yang berkaitan dengan
kajian ini ialah membantu dan melaksanakan matlamat bagi membentukmasyarakat harmoni, bahagia, sejahtera , penyayang dengan:a.mengukuhkan institusi keluargab. membawa wanita dalam arus pembangunan dan
c.menangani masalah sosial. (Enakmen Yayasan Pembangunan KeluargaDarul Tazim, 1998)
Bagi pengisian program yang dipertanggungjawab kepada Yayasan, kajian
Pemantapkan Institusi Keluarga Johor ini dijalankan sebagai suatu usaha ke arah mengawal
berlakunya aspek-aspek kritikal yang di alami oleh keluarga bermasalah di negeri Johor.1.2Penyataan Masalah
Keluarga adalah sebuah institusi sosial asas yang memainkan peranan penting di
dalam membentuk sahsiah dan perilaku seseorang individu. Perkembangan pemikiran,
emosi dan juga tingkahlaku seseorang bermula di dalam suasana kekeluargaan sejak
peringkat bayi lagi. Pembentukan moral anak-anak diperolehi melalui peniruan dan boleh
juga dipelajari secara formal atau tidak formal.
Akibat pekerjaan di luar rumah, hubungan ahli keluarga pada masa ini bersifat
individualistik dan egoistik kerana mengejar kejayaan kerjaya. Kos kehidupan juga
meningkat sehingga kedua-dua ibu dan bapa perlu bekerja. Dalam banyak kes ahli keluarga
juga perlu bekerja lebih masa bagi menampung perbelanjaan keluarga. Pemeliharaan dan
pendidikan anak-anak terabai.
Semua ibu dan bapa pada hakikatnya mengasihani anak-anak mereka dan menaruh
cita-cita yang tinggi untuk menikmati kehidupan berkeluarga secara harmuni dan bahagia.
Senario mengejar perbelanjaan harian ini bagaimanapun telah menimbulkan tekanan emosi
dikalangan ibu-bapa. Penceraian, penderaan dan kes juvana boleh berlaku akibat tekanan
emosi yang tinggi di samping sikap tidak sabar di kalangan ibu-bapa.
Walaupun pelbagai usaha telah dan sedang dibuat untuk mengatasi masalah dalam
keluarga, statistik jelas menunjukkan keadaan sebaliknya. Kemungkinannya, program dan
tindakan menangani masalah adalah terlalu umum seperti ceramah, perjumpaan dengan ibu
bapa dan nasihat yang diselitkan semasa majlis diadakan. Selain daripada itu, tiada
penilaian secara formal dibuat untuk mengukur keberkesanan program.
Mengikut perangkaan yang dikeluarkan oleh Bahagian Undang-Undang Keluarga
Jabatan Agama Islam Negeri Johor, keluarga yang bermasalah ialah keluarga yang
menghadapi masalah penceraian. Pada tahun 1998, terdapat 1,351 kes keluarga yang
bercerai di mana ianya menunjukkan peningkatan berbanding dengan tahun sebelumnya
yang terdapat 1161 kes. Masalah penceraian boleh meninggalkan kesan negatif kepada
sesebuah keluarga. Selain daripada Jabatan Agama Islam Negeri Johor, Biro Bantuan
Guaman juga menerima banyak permohonan menuntut cerai. Menurut perangkaan yang
dikeluarkan mereka pada tahun 1997 terdapat 32 kes penceraian yang berlaku dan bilangan
kes ini meningkat kepada 44 kes pada tahun berikutnya.
Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Johor pula melaporkan terdapat 50 kes
keganasan rumahtangga yang berlaku di negeri Johor. Kaum Melayu mempunyai bilangan
kes yang tertinggi iaitu 19 kes, diikuti oleh kaum Cina dan India masing-masing sebanyak 15
kes dan lain-lain kaum hanya satu kes. Ini menunjukkan satu peningkatan kerana pada2
8/8/2019 MASALAH PEMBUANGAN BAYI
3/34
tahun 1996 hanya terdapat 28 kes yang dilapurkan. Daerah Johor Bahru merupakan
daerah yang tertinggi sekali mempunyai laporan kes keganasan rumahtangga iatu sebanyak
34 kes untuk tahun 1996 dan 1997.
Kes keganasan rumahtangga ini bukan sahaja melibatkan penderaan fizikal seperti
memukul, menampar tetapi juga penderaan seksual kepada kanak-kanak. Biasanya yang
menjadi mangsa ialah anak sendiri, adik atau kakak dan saudara mara yang tinggalbersama dalam keluarga tersebut. Keadaan hidup yang tidak teratur merupakan punca
utama berlakunya penderaan seksual.
Dalam tahun 1997, terdapat 108 kes penderaan kanak-kanak yang dilaporkan
kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat, Johor. Bagi tahun yang sama, dianggarkan
banyak lagi kes penderaan kanak-kanak yang tidak dilaporkan. Kaum Melayu
mencatatkan kes penderaan tertinggi iaitu sebanyak 75 kes, diikuti oleh kaum Cina
sebanyak 16 kes dan kaum India sebanyak 17 kes. Ini menunjukkan bahawa kaum
Melayu mempunyai institusi keluarga yang sering bermasalah. Daerah Johor Bahru
mencatatkan kes tertinggi iaitu sebanyak 33 kes dan selebihnya di daerah- daerah lain di
negeri Johor.
Beberapa hipotesis tentang keluarga bermasalah di Johor adalah seperti berikut:i.
Tahap pendidikan yang rendah menyebabkan ketua keluarga tidak
mempunyai pekerjaan tetap. Pekerjaan sampingan /luar musim
memerlukan masa yang tidak menentu sehingga pemeliharan dan
pendidikan anak-anak terabai.ii.
Ahli keluarga ramai, pendapatan keluarga rendah dan kelulusan
akademik tidak tinggi. Keluarga bermasalah juga tinggal dalam
persekitaran yang sesak serta kurang sihat.iii.
Ketua keluarga yang berpendapatan rendah maupun berpendapatan pertengahan
mengalami tekanan emosi akibat kos hidup yang tinggi di bandar, dimana mereka bekerja.Tekanan emosi dan pendapatan yang rendah menjadi punca masalah keluarga.iv.
Anak-anak keluarga bermasalah tidak mendapat sokongan spiritual yang sempurna
kerana ibu-bapa sebok bekerja. Kekosongan jiwa kanak- kanak dan remaja boleh
menyumbang kepada kes juvana.v.Keluarga mithali sebaliknya mempunyai sikap positif dan tidakmengabaikan pendidikan akademik dan agama dan akhlak anak-anak.Mereka juga berjaya dalam banyak aspek kehidupan.Kajian ini berasaskan hipotesis di atas adalah bertepatan pada masa negaradilanda oleh masalah sosial yang berpunca daripada masalah keluarga.
1.3Matlamat dan Objektif KajianMatlamat kajian ini ialah menyediakan program-program yang sesuai untukmemantapkan institusi keluarga Johor Darul Tazim.
Pengisian program adalah berpandukan kepada kekekuatan ciri-ciri keluarga mithali
Johor. Peserta program diasaskan kepada profil utama keluarga bermasalah. Tujuan program
sebegini disarankan ialah bagi mengawal berlakunya masalah keluarga. Program pencegahan
ini lebih berekonomi dilaksanakan kerana sudah banyak program yang pernah dilaksanakan
bagi mengatasi keluarga bermasalah, namun ianya kurang berkesan.
8/8/2019 MASALAH PEMBUANGAN BAYI
4/34
Sehubungan dengan itu, objektif kajian adalah seperti berikut:
i.Mengenalpasti profil keluarga bermasalah setiap daerah di Johorii.
Mengenalpasti faktor-faktor penyumbang masalah keluarga mengikutjenis masalah yang kritikal di Johor.iii.Mengenalpasti profil dan ciri-ciri kekuatan keluarga mithali Johoriv.Mencadangkan program-program bagi memantapkan institusi keluarga.1.4Skop KajianMasalah keluarga secara umumnya bersifat berturutan. Terdapat banyak sekalimasalah keluarga yang pernah diketengahkan seperti dibincangkan dalam kajianliteratur dalam Bab 2. Perbincangan dengan pihak Yayasan memutuskan bahawa
kajian ini ditumpukan kepada lima masalah keluarga iaitu: Penceraian, Penderaan isteri,
Penderaan anak, Keluarga tunggal, Keluarga yang terlibat dengan kes juvana.Responden dipilih daripada lapan daerah di negeri Johor iaitu Johor Bahru, Pontian,
Mersing, Kota Tinggi, Batu Pahat, Segamat, Kluang dan Muar.1.5Kepentingan Kajian
Hasil kajian dapat digunakan oleh pelbagai pihak yang berkaitan khususnya
institusi keluarga bermasalah melalui program-program yang dikemukakan. Di samping
itu, ia diharap dapat membantu pihak kerajaan dan bukan kerajaan untuk melaksanakanprogram pemantapan keluarga yang berkesan.1.6Masalah KajianBerikut adalah antara masalah yang dikenalpasti semasa kajian1.6.1Masalah Respondeni.
Terdapat alamat responden yang diperolehi daripada Mahkamah
Syariah Negeri Johor dan Jabatan Kebajikan Masyarakat Johor tidak
dapat ditemui kerana responden telah berpindah.ii.Senarai responden yang diberi kurang sesuai daripada aspek umur(iaitu umur melebihi 60 tahun)iii.Sukar mendapat kerjasama responden kecuali ibutunggal.iv.
Pembanci terdedah kepada ancaman keselamatan berikutansikap agresif responden (contohnya kes penderaan isteri, didapati
suaminya menyoal pembanci, dimanakah alamat mereka
diperolehi. Bagi kes juvana pula, ibu bapa yang disoal menjadi
marah).v.
8/8/2019 MASALAH PEMBUANGAN BAYI
5/34
Responden sukar ditemui kerana mereka bekerja di waktu
petang. Pembanci terpaksa pergi waktu malam dan berulang kali.
Ini melibatkan tempoh masa dan kos pembancian meningkat.vi.Sukar mendapat responden bukan Melayu.vii.
Tidak mendapat senarai responden daripada Biro BantuanGuaman dan NGO.viii.Bagi kes keganasan rumah tangga ( penderaan isteri dan anak),sangat sukar mendapat alamat responden kerana pihak polismenyatakan bahawa maklumat responden di kategorikan sebagaisulit. YPK diminta untuk mendapat kerjasama daripada pihak
Jabatan Polis dan Kebajikan Masyarakat.ix.
Tidak mendapat kerjasama daripada Jabatan Pendidikan NegeriJohor bagi membantu mendapatkan responden kes juvana.1.6.2. Masalah Pertindanan Data
Terdapat pertindanan data antara kes penceraian dan ibu tunggal
kerana selepas bercerai, responden menjadi ibu tunggal. Ini turut mempengaruhi
tempoh proses pembancian.
KAJIAN LITERATUR2.0Institusi Keluarga
Institusi keluarga adalah unit paling asas dan terpenting dalam proses
pembentukan masyarakat. Jika baik, sejahtera dan bahagia sesebuah keluarga maka
akan baik, sejahtera dan bahagialah generasi yang dilahirkan dalam sesebuahmasyarakat. Sekiranya institusi keluarga berpecah belah maka kesan sosial dankesan ekonominya akan dirasai oleh masyarakat dan generasi berikutnya. Oleh itumaju atau mundurnya sesebuah negara adalah berpunca daripada institusi keluarga.
Memandangkan peri pentingnya pembentukan institusi keluarga yang mantap, babini mengkaji beberapa definisi keluarga dan membandingkan apakah yang dicapai melalui
pembentukan keluarga bahagia serta apa pula kesan-kesan yang dilaporkan telah berlaku
akibat konflik dan tidak ada persefahaman antara ahli dalamsesebuah keluarga. Beberapa teori keluarga bermasalah juga dibentangkan bagimembantu usaha memantapkan institusi keluarga.2.1Definisi KeluargaColeman dan Cressey (1993: 110) mentakrifkan keluarga sebagai a group of
people by marriage, ancestry or adoption who live together in a common household,(Kamus Dewan 1994) mencatitkan definisi keluarga sebagai seisi rumahtangga yangterdiri daripada suami dan isteri sahaja atau berserta anak-anak. Mahmood (1997)
mentakrif keluarga sebagai unit sosial yang terdiri daripada bapa, ibu dan anak danyang paling penting ialah wujudnya suatu pertalian hidup tertentu dalam kelompok sosial
berkenaan.
Daripada perspektif Islam, keluarga adalah suatu unit sosial yang majmuk sifatnya
(extended). Keluarga majmuk ini terangkum dalamnya, bukan sahaja ibu bapa dan anak-
anak tetapi juga datuk, cucu cicit, adik beradik dan saudara mara. Di bawah konsep
keluarga tersebut mungkin terdapat lebih daripada sebuah rumahtangga (poligami). Dari
masa ke semasa, kelompok-kelompok rumahtangga ini boleh terpisah daripada
8/8/2019 MASALAH PEMBUANGAN BAYI
6/34
rumahtangga yang lain, tetapi dalam masa yang sama ia terangkum dalam suatu ikatan
keluarga. Dalam banyak hal ikatan ini mempunyai bentuk perhubungan berbagai hala
(Mahmood, 1997).
Takrif keluarga daripada perspektif Islam berbeza dengan perspektif Barat.
Daripada perspektif Barat, keluarga dihadkan kepada keluarga nuklear. Ia nya mengandungi
sekurang-kurangnya dua orang yang hidup bersama melalui pertalian darah, perkahwinanatau adoption. Keluarga juga terbentuk daripada pasangan yang tidak berkahwin tetapi
hidup bersama dan mungkin juga mempunyai anak (single parent family) Gullota, Adams,
Alexander (1986) dan Robins (1996).
Secara umumnya, keluarga yang sah terbentuk berasaskan ikatan perkahwinan
dan dikaitkan dengan pergaulan antara ahli keluarga. Pembentukkan sebuah keluarga
mempunyai objektif-objektif tertentu. Basri (1997) menjelaskan beberapa objektif
berkeluarga daripada perspektif Islam seperti berikut:a. Mewujudkan satu umat yang kuat. Kekuatan ini bermula dari sistemkekeluargaan yang utuh dan padu. Selain itu, ia juga merupakan asas utamakepada pembentukan masyarakat inovasi.b.
Mengekalkan generasi manusia melalui proses kelahiran hasil dariperkahwinan yang sesuai dengan tuntuan syarak dan naluri kemanusiaan
kuasa, kedudukan dan apa saja yang bersifat kebendeaan. Sebaliknya, ia adalahsesuatu yang maknawi, dapat dirasai tetapi tidak dapat diukur atau disukat.
Sesuai dengan maksud dan konsep keluarga bahagia inilah Al-Quran dan Al- Sunnah
telah memberi panduan dalam banyak aspek tentang kekeluargaan seperti objektif
pembinaannya, caraperkahwinan dikelolakan dan hubungan yangdiamanahkan antara satu sama lain.
Tentang perhubungan antara suami isteri, Allah S.W.T menerangkan bahawa
tujuan berkeluarga ialah untuk membina keluarga yang bahagia dan mewujudkan
ketenangan serta hubungan baik dan rasa kasih sayang antara satu sama lain. FirmanAllah yang bermaksud: Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadaNya dandijadikannya di antara kamu rasa kasih dan sayang. Surah Ar-Rum (30):21
Oleh itu, Allah S.W.T mengutuk perkahwinan semata-mata berasaskan kepada
tuntutan hawa nafsu dan menjelaskan bahawa kebahagiaan tidak tercapai daripada
perkahwinan berasaskan kepada hawa nafsu.
Perhubungan antara suami isteri juga perlu dihormati dengan mewujudkan
pergaulan yang baik dan menjauhkan segala perkara yang boleh mengeruhkan suasana.
Bagi membentuk keluarga bahagia, suami atau isteri perlu memahami tugas dan
tanggujawab berikut:
a.
Isteri dan anak-anak adalah amanah daripada Allah dan
membentuk keluarga bahagia adalah tanggungjawab yang wajib
disempurnakan sepenuhnya dengan baik, berakhlak dan jujur. Suami
adalah ketua keluarga.b.Mencurahkan kasih sayang, belas kasihan dan bersedia untukberkorban kerana kebahagiaan keluarga.
8/8/2019 MASALAH PEMBUANGAN BAYI
7/34
c. Memberikan bimbingan, didikan dan pengajaran menurut kehendak Islam.d.Melindungi keluarga dari segala bentuk pencerobohan danancaman di samping melindungi mereka dari neraka.e.Memberikan nafkah dan sara hidup yang selayaknya. Makanan dan
minuman, pakaian, perubatan, tempat tinggal yang sesuai.f.Berlaku adil kepada mereka. Tindak tanduk hendaklah didasarkan di atasasas bergaul yang baik.g.Menyelaraskan masalah yang timbul di antara keluarga sesama mereka ataudengan jiran tetangga dan sahabat taulan.h.
Isteri mempunyai hak di dalam mengendalikan hartanya. Suami tidak berhak di atas harta
kepunyaan isterinya. Kewajipan suami menghormati hak individu ini.i.Menyelesaikan maharnya jika belum jelas.
Setiap isteri pula bertanggungjawab melaksanakan segala tugas dan kewajipan
terhadap suami dan keluarganya dengan jujur, berakhlak dan amanah. Kesimpulan tugas-
tugas dan tanggungjawab isteri ialah:a.Wajib bagi isteri mendokong konsep sebagaimana diwajibkan ke atas suami.8
b.Patuh, taat dan menghormati suami selama mana tidak bertentangandengan syariat Islam.c.Menjaga kehormatan dirinya dan suaminya dan menjaga amanah dan hartasuaminya dan juga rahsia keluarga dan rumahtangga.d.Berhias untuk suami, isteri hendaklah sentaiasa berada di hadapan suamidalam keadaan menarik dan kemas.e.
Menjaga anak-anak denagn sempurna dan sewajarnya menurut lunas-lunas Islam,
menjaga kebersihan, kesihatan dan kebajikan anak-anak sesuai sebagai tugas ibu yang
penyayang dan bertanggungjawab.f.Menjalankan urusan rumahtangga supaya sempurna dan teraturmengendalikan kerja-kerja rumah termasauk sekitarnya.g.
Tidak meninggalkan rumah melainkan setelah mendapat izin dari suaminyaatau disebabkan mudzarat.
Usaha membentuk keluarga yang baik, sempurna dan bahagia bukanlah suatu
perkara yang mudah kerana ia memerlukan pengorbanan yang tinggi nilainya. MengikutKhawari dan Khawari (1989), One secret of a sucessuful family is its ability to solve problemstogether. But even more important is learning how to foster those positiveconditions that prevent problems from arising in the first place.
Namun begitu, institusi keluarga masa kini tidak lagi sama seperti
mana keluarga yang wujud lima puluh tahun lalu ( Shelan & Kameyer, 1997).
8/8/2019 MASALAH PEMBUANGAN BAYI
8/34
Perubahan bentuk dan fungsi institusi keluarga telah menganggu proses
mencapai kebahagian berkeluarga.2.3Konsep Keluarga Tidak Bahagia
Keluarga tidak bahagia membawa maksud keluarga kucau - kacir.
Terdapat banyak masalah atau krisis rumahtangga hingga menyebabkan
anggota keluarga tidak tenteram. Dalam Al-Quran kebahagian disebut sebagai
kontra kepada kecelakaan atau tidak bahagia. Dalam Surah Hud (11): 105-108,
Allah telah berfirman tentang hari akhirat yang bermaksud:Di kala datang hari itu tidak ada seorang pun yang berbicara melainkan
dengan izinNya. Maka di antara mereka ada yang celaka dan ada yang
berbahagia. Adapun orang-orang yang celaka maka (tempatnya) di dalam
neraka.
Ayat di atas membayangkan orang-orang yang berbahagia itu akan
mendapat kurnia yang terus menerus dari Allah S.W.T berbanding dengan
orang yang celaka di mana mereka itu akan terseksa terus. Meskipun ayat di
atas memperkatakan tentang kebahagiaan dan kecelakaan (tidak bahagia) diakhirat tetapi yang pentingnya bagi kita di sini ialah gambaran mengenai
kebahagiaan dan kecelakaan itu sendiri.
Melalui ayat al-Quran, banyak sekali terdapat ayat-ayat yang
menggambarkan perkataan celaka atau tidak bahagia. Di antara contoh ayat
tersebut ialah Surah Toha (20):2 dan 117, Surah Maryam (19):48, Surah Al-Lail
(92):14-16 dan Surah Al-Mukminun (23):105-106.
Berasaskan kepada penggunaan-penggunaan dalam ayat-ayat tersebut
ternyata bahawa kecelakaan atau tidak bahagia boleh ditafsirkan dalam
berbagai sifat. Antara sifat-sifat tersebut ialah rasa susah, hilang pedoman,
kecewea, sesat, tidak mampu menilai kebenaran dan hilang rasa nikmat dengan apa yangada atau dalam kata yang lain ia merujuk kepada suatu keadaan yang tidak bahagia
(Mahmood, 1997)2.4Keluarga Bermasalah
Keluarga bermasalah adalah keluarga yang mempunyai krisis yang meruncing di
dalam rumahtangga akibat daripada masalah keluarga ( Utusan Malaysia, 27 September
1990:12). Krisis-krisis ini kemudiannya telah mengakibatkan timbul berbagai keadaan
negatif dalam perhubungan keluarga tersebut. Seterusnya, keadaan negatid ini boleh
mencetuskan suasana kelam kabut dan tidak terurus dalam sesebuah keluarga.Coleman dan Cressey (1993), menyenaraikan beberapa masalah keluarga sepertiberikut:a.
Penceraianb.Penjagaan Anak-anakc.Penderaan Kanak-kanakd.Keganasan rumahtanggae.Keluarga Tunggal
8/8/2019 MASALAH PEMBUANGAN BAYI
9/34
f.Ibu bapa bekerja sepenuh masag.Konflik keluarga
Pembangunan ekonomi dan sosial telah melibatkan perubahan sistem, bentuk dan peranan
keluarga. Misalnya, peranan institusi keluarga telah banyak dipindahkan kepada agen-agen
sosialisasi (Yaacob, 1992; Fatimah,1994). Pemindahan peranan institusi keluarga ini telahtidak dapat dilaksanakan oleh pihak-pihak di atas dengan sempurna. Ini menimbulkan
permasalahan sosial yang semakin serius.
Mohd Taib (1996:8) menggambar kepincangan akhlak di kalangan generasi kedua,
contohnya, kurangnya sifat menghormati ibu-bapa, guru, orang tua dan pemimpin. Punca
timbulnya masalah kekeluargaan ini ialah kurangnya kefahaman ketua keluarga dan ibu
bapa terhadap peranan mereka. Hubungan kekeluargaan yang longgar amat menyumbang
kepada berlakunya masalah sosial masa kini. Walaubagaimanapun, masalah ini berbeza
seriusnya di pelbagai institusi keluarga berdasarkan tempat tinggal, jenis pekerjaan, taraf
pendidikan dan pengaruh media. Malah, bentuk keluarga itu sendiri banyak menyumbang
kepada fenomena sosial generasi kedua masa kini (Mohd Taib, 1996:136).
2.5Teori-Teori Masalah KeluargaColeman dan Cressey (1993) membincangkan tiga pendekatan / teori berkaitanmasalah keluarga iaitu:2.5.1 Teori Peranan (Functionalist)
Daripada perspektifTeori Peranan, keluarga bermasalah berpunca daripada
ketidakstabilan di dalam institusi keluarga akibat perubahan sosial. Perubahan sosial
berlaku apabila sumber ekonomi masyarakat yang mengamalkan sistem pertanian
berubah kepada perindustrian. Perubahan ini menyebabkan bentuk keluarga extended
berpecah dan terbentuknya sistem keluarga nuclear. Dalam proses melaksanakan
aktiviti perindustrianlah, institusi keluarga didapati gagal memberi didikan dan
penjagaan anak-anak dengan sempurna. Teori ini menerangkan juga (G.E Dickinson dan
M.R. Leming, 1995: 485) bahawa integrasi sosial adalah sebahagian daripada peraturan
perlu dalam unsur-unsur kehidupan. Setiap seorang adalah bahagian daripada
kumpulan yang mempunyai peraturan tertentu tentang perlakuan kumpulan
berkenaan.2.5.2Teori Konflik10
Teori Konflikpula mentakrifkan keluarga bermasalah berpunca daripada konflik
atau pergeseran nilai dan tingkah laku ahli keluarga. Teori ini menerangkan bahawa
masyarakat tidak stabil dan ahli kumpulan bertanding untuk punca dan khidmat yang
berkurangan. Sebagai contoh adanya ketegangan antara masyarakat kelas rendah atau
golongan miskin dengan golongan kelas tinggi. Golongan miskin tidak mendapat peluang
yang sama untuk belajar boleh menjadi punca konflik. Penderaan yang berlaku adalah
akibat keadaan keluarga yang tidak stabil. Kewangan yang tidak mencukupi boleh memberi
kesan negatif (konflik) dalam perhubungan keluarga. Mengikut Nijole V Benokraitis
(1995:32), teori ini menerangkan berbagai kesengsaraan keluarga adalah akibat daripada
masalah sosial yang berleluasa.
8/8/2019 MASALAH PEMBUANGAN BAYI
10/34
Daripada sumber (G.E Dickinson dan M.R. Leming, 1995: 485) teori ini
mencadangkan bahawa perbezaan kuasa adalah punca berlakunya kekerasan. Keluarga
yang tidak membahagikan kuasa secara sama rata, contohnya keluarga didominasi oleh
kaum lelaki mempunyai risiko yang tinggi untuk berlakunya kekerasan dalam rumah
tangga
2.5.3Teori Psikologi Sosial
Teori ini mendapati adanya kaitan antara kegagalan ibu bapa mendidik
anak dengan masalah mental dan perlakuan juvana. Masalah keluarga
berpunca daripada sikap ibu bapa yang mengabai dan membezakan anak-anak
mereka serta mendidik dengan menggunakan cara kekerasan seperti memukul
dan merotan.
Peristiwa trauma yang dialami di zaman kanak-kanak didapati boleh memberi
kesan buruk dalam kehidupan di zaman dewasa kelak. Pendidikan keluarga sama ada positif
atau negetif tidak dinafikan akan mempengaruhi konsep diri seseorang. Konsep ini dijadikan
panduan semasa bertindakbalas sehingga mempengaruhi tingkahlaku. Contohnya, jika
berlakunya konflik dan pergeseran dalam proses pendidikan keluarga, maka ianya akan
menimbulkan kesan negatif seperti perhubungan tidak harmoni sesama ahli keluarga.
G.E Dickinson dan M.R. Leming, 1995: 485 juga membincang teori ini dan
menjelaskan perlakuan seseorang di asaskan kepada imej yang diharapkan olehnya bukan
daripada keadaan nyata yang sebenar. Individu membina apakah dirinya yang sebenar dan
bertindak mengikut imej yang dibina itu. Seorang wanita misalnya percaya boleh dipukul
jika perlakuanya tidak mencapai seperti yang diharapkan oleh suaminya.2.5.4. Teori Sumber(Resource Theory)Nijole V Benokraitis (1996: 274) membincangkan dua teori masalah keluarga.Pertamanya Teori Sumber dan keduanya Teori Pertukaran.
Menurut Teori Sumber, lelaki (suami) pada umumnya mempunyai sumber,
kedudukan dan kuasa yang lebih tinggi daripada pasangan/isterinya. Sumber ini
termasuklah gaji, pendidikan dan sumber-sumber sosial. Satu bentuk sumber selalunyamelengkapi sumber yang lain. Contohnya mereka yang berpendapatan tinggi selalunya
berupaya mendapatkan pendidikan yang lebih tinggi juga. Seorang wanita yang
mempunyai sumber pendapatan, berkebolehan untuk tidak bergantung kepada
pendapatan suaminya dan boleh menanggung perbelanjaan dan pemeliharan anak-anak2.5.5. Teori Pertukaran ( Exchange Theory)
Teori Sumber boleh digabungkan dengan Teori Pertukaran untuk menerangkan
trade-off(pertukaran) yang boleh dibuat oleh suami dan isteri (Nijole V Benokraitis, 1996:
274). Contoh sumber yang boleh ditukar ialah seperti masa dan wang. Contohnya,
wanita yang menyara kehidupan keluarga tidak menolak dominansi suaminya untukmenyeimbangkanesteem suaminya.
Teori ini menerangkan juga bahawa saling tindakbalas sosial diasaskan kepada
usaha setiap orang untuk memaksimumkan ganjaran dan meminimumkan kos. Akibat
daripada usaha ini, individu akan meneruskan perhubungan selagi ia menjangkakan
ganjaran melebihi kos. Seseorang membawa bersamanya punca tidak nampak seperti
kesayangan atau punca nampak seperti kekayaan dan kecantikan untuk diperdagangkan
bagi ditukarkan dengan kebaikan daripada perhubungan sosial. Selama mana kos dapat
diseimbangkan atau kos kurang daripada faedah, selagi itu perhubungan sosial akan
8/8/2019 MASALAH PEMBUANGAN BAYI
11/34
diteruskan. Apabila kos melebihi ganjaran, kebanyakan perkahwinan dikatakan akan menuju
kehancoran atau penceraian.2.5.6 Faham Saling Tindakbalas Simbolik(Symbolic Inter Actionism)
Teori ini diutarakan oleh G.E Dickinson dan M.R. Leming ( 1995: 485) untuk
menerangkan salingbertindak dikawal oleh komunikasi simbolik seperti pengetahuan, ide,
kepercayaan dan perlakuan serta bagaimana seseorang membuat penterjemahan bagisesuatu keadaan. Setiap ahli keluarga mempunyai satu atau lebih peranan dan perlakuan
mereka adalah mengikut status serta kedudukan dalam masyarakat. Peranan simbolik ahli
keluarga membenarkan suami beranggapan bahawa isteri dan anak patut didera jika
mereka tidak melaksanakan peranan dan tidak menepati ciri-ciri institusi kekeluargaan.2.6Bentuk-bentuk Masalah KeluargaBerdasarkan huraian konsep dan teori terdapat beberapa pola masalah keluargayang dialami dalam masyarakat. Beberapa permasalahan yang berkait dengan skopkajian ini dihuraikan dibahagian berikut:2.6.1Penceraian
Menurut Coleman, penceraian berlaku akibat tekanan yang dialami oleh individu.
Tekanan menyebabkan hubungan di kalangan ahli keluarga menjadi renggang.
Benokraitis mentakrifkan penceraian sebagai penamatan suatu perkahwinan yang sah
dan formal (Nijole V Benokraitis, 1996).
Keadaan keluarga yang tidak stabil dan sering bertengkar boleh menyebabkan
penceraian berlaku. Suami yang tidak menunaikan tanggungjawab dengan baik, ilmu
yang tidak lengkap dalam hal-hal pengurusan rumahtangga boleh menyebabkan keadaan
keluarga tidak teratur dan sering berlaku pertelingkahan. Kurangnya pengetahuan dalam
agama juga menyebabkan bilangan kes penceraian meningkat. Sebanyak 80% daripada
wanita yang terlibat dengan penceraian adalah mereka yang tidak pernah mendapat
didikan agama dan belajar sehingga tahun tiga sekolah-sekolah agama kerajaan Johor
(Utusan Malysia, 12 Mei 1999:10). Perangkaan yang dikeluarkan oleh Bahagian Undang-
Undang Keluarga Jabatan Agama Islam Negeri Johor tahun 1998 pula mendapati kadar
penceraian tertinggi di negeri Johor berlaku dalam tempoh perkahwinan satu hingga tiga
tahun.
Kajian Patterson dan Kim (1991), mendapati masalah komunikasi sebagai sebab
utama penceraian diikuti kecurangan, penderaan emosi dan penghakisan rasa cinta. Kesan
penceraian menyulitkan proses penjagaan dan didikan anak-anak.
Menurut U.S Bureau of the Census 1994b, kadar penceraian telah berganda sejak dua dekad
yang lalu, di mana lebih separuh daripada perkahwinan berakhir dengan penceraian (Wolf,
1996). Mereka juga bersetuju penceraian selalunya menghasilkan cabaran
ekonomi/kewangan kepada wanita dan anak-anak kerana pendapatan telah berkurangan.Davidson & Moore melaporkan, di Amerika Syarikat salah satu sebab berlaku penceraian
di sekitar tahun-tahun 1960an, 70an dan 80an adalah peningkatan penglibatan wanita12
dalam tenaga kerja (Davidson & Moore, 1996). Mengikut Henslin (dalam Davidson &
ore, 1996) terdapat lapan pembolehubah yang mempengaruhi berlakunya penceraian:
a. Ketidakserasian peranan suami isteri
b. Perbezaan cara menyelesaikan masalah antara lelaki dan perempuan
8/8/2019 MASALAH PEMBUANGAN BAYI
12/34
kerana sosialisasi yang berbeza.
c. Keperluan hidup yang bertambah
d. Kebosanan dalam kehidupan perkahwinan
e. Perubahan-perubahan fungsi perkahwinan dan kekeluargaan
f. Peningkatan usaha memenuhi emosi
g. Peningkatan sokongan terhadap wanita yang berceraih. Harapan yang keterlaluan tehadap peranan isteri/suami (mengikut tradisi)
Menurut Fisher (dalam Davidson & Moore, 1996: 657) pasangan yang menghadapi
risiko yang tinggi untuk bercerai ialah mereka yang berada dalam jangka pendek
perkahwinan yang mempunyai seorang anak iaitu antara 1-3 tahun perkahwinan. Mereka ini
tidak berjaya menghadapi cabaran cabaran alam perkahwinan dan gagal menyelesaikan
soal rumahtangga seperti masalah kewangan, penjagaan dan kesihatan anak-anak. Juga
campurtangan ibu-bapa , saudara mara menambahkan lagi kompleknya cabaran kepada
pasangan yang baru berkahwin bagi terus menyesuaikan diri mereka dengan alam
perkahwinan.
Sehingga kini, para pengkaji masih lagi tidak jelas sama ada penceraian memberi
kesan yang lebih buruk kepada keluarga atau lebih baik sekiranya ahli keluarga masihtinggal bersama walaupun tidak bahagia.2.6.2 Penderaan Kanak-kanak
Coleman dan Cressey mengkategorikan penderaan kanak-kanak dalam kes
keganasan rumahtangga. Ianya berlaku akibat gangguan emosi yang dialami oleh ibu
bapa berpunca daripada tekanan (stress). Kegagalan mengawal perasaan menyebabkan
ibu bapa bertindak melulu dengan melepaskan kemarahan kepada anak-anak. Perlakuan
mendera anak-anak boleh berterusan daripada satu generasi kepada satu generasi
melalui pembelajaran. Selain daripada itu, tabiat meminum minuman keras yang
menyebabkan mabuk juga menjadi punca kepada berlakunya penderaan (Muhammad,
1985).
Ciri-ciri kurang sihat ini mewujudkan persekitaran negatif dalam prosespendidikan dan pembesaran anak-anak. Keadaan yang tidak memberansangkan ini
dialami oleh setiap kaum.2.6.3 Keganasan Rumahtangga
Keganasan rumahtangga ditakrifkan sebagai penderaan seksual dan fizikal yang
dilakukan oleh suami kepada isteri dan anak-anak mereka sendiri (Robert, 1993).
Penderaan fizikal melibatkan perbuatan menyepak, menampar, mencucuh objek panas
seperti seterika dan bara rokok kepada tubuh badan serta memukul dengan
menggunakan objek keras seperti talipinggang dan kayu.
Ianya terjadi apabila kedua dua suami isteri tidak dapat menyelesaikan sesuatu
masalah dengan cara diplomasi. Pergaduhan mulanya berlaku hingga menyebabkan
suami mengambil tindakan mendera isteri. Mangsa penderaan bukan sahaja menghadapi
masalah mental yang serius seperti tekanan perasaan akibat daripada perbuatan
tersebut malah ianya menjejaskan kesihatan mangsa ( Tamadun, April, 1998: 23 ). Di
antara kesan yang diterima ialah lebam anggota badan, luka-luka, melecur kulit dan ada
kes penderaan yang membawa maut.
Di Amerika Syarikat penderaan isteri sering berlaku. Di antara 50-75 peratus wanita pernah
didera oleh pasangan mereka (Dickinson & Leming, 1995). Ia berlaku dalam semua lapisan
8/8/2019 MASALAH PEMBUANGAN BAYI
13/34
masyarakat di kalangan golongan kaya atau miskin, berpendidikan atau tidak berpendidikan
(Thorman, 1980).
Beberapa kajian melaporkan bahawa terdapat hubungan yang kuat antara
penyalahgunaan dadah dan minuman keras dengan keganasan rumahtangga (Hampton
& Coner-Edwards, 1993). Menurut Gullotan, Adams dan Alexander (1986), Gelles, et.al
telah membuat kesimpulan bahawa lelaki yang mendera isteri atau anak juga sama ada
pernah didera atau pernah melihat penderaan dalam keluarga sewaktu kecil. Ciri-ciri
negatif ini mewujudkan persekitaran yang tidak sihat untuk anak-anak membesar2.6.4 Keluarga Tunggal
Fenomena bapa atau ibu tunggal semakin meningkat dari sehari ke sehari. Ianya
berlaku kerana kematian pasangan atau penceraian. Perpisahan tersebut meninggalkan
penafian, emosi dan perasaan yang tidak stabil, rasa bersalah, rasa kehilangan dan
kesepian serta perasaan lega (Kavanaugh, 1972).
Menurut Dudley (1991), mereka juga merasa tertekan dengan keperluan
mencari pekerjaan dan tanggungjawab keibubapaan seperti mendidik dan
membimbing anak-anak (Wolf, 1996). Pada masa yang sama ibu/bapa tunggal
perlu memelihara kesejahteraan keluarga seperti memberi kasih sayang
secukupnya. Bukan sahaja seorang bapa tidak boleh memain peranan sebagai
seorang ibu dan sebaliknya, tetapi juga masa amat terhad untuk membolehkan
keluarga tunggal berfungsi sepenuhnya. Tanggungjawab berat yang dipikul
oleh satu pihak sahaja ini boleh mengakibatkan penjagaan anak-anak terabai.2.6.5. Ibu bapa Bekerja Sepenuh Masa
Arus pemodenan yang berlaku menyebabkan kos sara hidup semakin meningkat.
Oleh yang demikian, sumber pendapatan yang kukuh amat diperlukan untuk memastikan
keperluan keluarga dapat dipenuhi. Ini menyebabkan bilangan isteri yang bekerja
semakin meningkat untuk meringankan beban yang ditanggung oleh suami. Taraf
pendidikan yang semakin baik diterima oleh kaum wanita membolehkan mereka
mendapat jawatan atau kerja.
Apabila kedua-dua ibu bapa keluarga bekerja, masa yang dihabiskan bersama
anak- anak semakin kurang. Ini akan menyebabkan anak-anak kurang mendapat kasih
sayang. Ini kerana keluarga yang mempunyai kualiti yang baik sperti memberi kasih sayang
yang secukupnya dapat mengurangkan masalah perlakuan anak-anak (Burbach &
Borduin,1986). Anak-anak perlu disemai dengan sifat kasih sayang untuk mewujudkan rasa
yang anak-anak ini dilindungi dan disokong oleh keluarga bagi mengelakkan berlakunya
perkembangan masalah anak-anak sana ada dari luar ataupun dalam.
Pasangan dwi-bekerja memberi kesan kepada keluarga dalam banyak cara (Benokraitis,
1996). Peranan kerja mempengaruhi kualiti perkahwinan, tanggungjawab kekeluargaan dan
kesejahteraan anak-anak. Walaubagaimanapun, Higgins et.al (dalam Berokratis, 1996)
mendapati ibu yang bekerja masih dapat meluangkan masa kepada keluarga lebih daripada
bapa yang bekerja. Pengkaji-pengkaji kebelakangan ini pula mencadangkan bahawa
persoalannya bukan pekerjaan ibu semata-mata memberi kesan kepada kanak- kanak tetapi
kualiti penjagaan kanak-kanak yang perlu diberikan perhatian.2.6.6 Masalah Remaja dan JuvanaKajian Zainal (1985) membincangkan masalah remaja yang menimbulkan konflikkepada keluarga. Antaranya:
8/8/2019 MASALAH PEMBUANGAN BAYI
14/34
a. Pencanggahan pendapat dengan remaja.
b. Remaja dilayan seperti anak kecail
c. Remaja selalu dikritik oleh ibubapa
d. Keluarga menentang rancangan remaja
e. Ibubapa tidak memahami remaja
f. Remaja tidak dibenarkan keluar dengan kawan dari jantina laing. Ibubapa tidak membenarkan kanak-kanak remaja datang ke rumah
Masalah-masalah di atas berpunca daripada:
a. Masalah tiada kemahiran dan pengalaman pekerjaan
b. Tiada pendidikan sempurna14
c. Suka berangan-angan dan mudah dipengaruhi
d. Keluarga miskin atau kucar-kacir
e. Kurangnya perhubungan dua hala antara ibu bapa dan anak-anak
Hasil kajian di atas menunjukkan bahawa masalah-masalah remaja mempengaruhi
kecenderungan timbulnya konflik dalam keluarga dan iklim kekeluargaan juga memberi kesan
kepada remaja.
Ibu bapa yang mengabaikan anak-anak dan tidak konsisten dalam menjaga displin
anak menjadi punca kepada kepada keganasan dan perlakuan delinkuen remaja ( Bandura
& Walters, 1963). Mereka mengkaji faktor perhubungan keluarga dengan tingkah laku
delinkuen. Kajian mereka menghadkan sampel kepada remaja yang tidak mengalami
kerumitan kewangan dan yang mempunyai kedua-dua ibu bapa tinggal serumah. Kajian itu
telah menunjukkan tiada apa-apa perbezaan dari segi cara perhubungan ibu-anak di antara
remaja delinkuen dan bukan delinkuen. Walaubagaimanapun, perbezaan besar terdapat
dalam aspek perhubungan bapa-anak. Dapatankajianitu
menggambarkanbahawaremajadelinkuen
k
urang mengidentifikasikan diri mereka dengan bapa. Dalam hal ini pihak bapa dikatakan
gagal memainkan peranan yang baik dalam membina nilai-nilai moral kepada anak-anak
mereka.Nash turut bersetuju dengan dapatan kajian Bandura dan Walters (1963). Dari
kajian klinikal yang dibuatnya, beliau telah membuat kesimpulan bahawa perhubungan
bapa-anak terutama bapa dengan anak lelaki sangat penting bagi menentukan
kemungkinan anak remaja terpesong ke arah tingkahlaku delikuen. Antara ciri-ciri negatif
yang disebutkan adalah seperti:
a. Hukuman yang diterima daripada keluarga terlalu teruk dan ganas
b. Sikap bapa terlalu autoritarian
c. Ibu biasanya dominan di rumah
d. Remaja mempunyai imej yang rendah terhadap bapanya
e. Berlaku kegagalan berkomunikasi antara ibu bapa dan remaja
Kajian berikutnya mendapati ibu bapa yang tidak mempedulikan anak
dan menjaga displin anak dengan baik dikaitkan dengan kes juvana seperti
8/8/2019 MASALAH PEMBUANGAN BAYI
15/34
mencuri, lari dari rumah dan bergaduh (Lefkowitz,Eron,Waldert & Huesman,
1977:57).
Masalah yang sering berlaku pada remaja juga dikatakan mempunyai
hubungan dengan pengabaian tanggungjawab ibu-bapa dalam mengawasi
aktiviti dan perlakuan anak-anak (Loeber & Stoutmer,1986). Kualiti hidup
yang dilalui oleh remaja pula boleh mempengaruhi masalah juvana dan jeniskesalahan yang dilaku oleh remaja (Hadad,Barocas & Hollenback, 1991:.23).
Kajian Hadad (et al) menyokong penjumpaan Loeber & Stoutmer iaitu
perlakuan delinkuen mempunyai hubungan dengan kekurangan
tanggungjawab ibu bapa dalam mengawasi anak-anak, kurang menghabiskan
masa bersama anak-anak, tidak mengambil berat tentang pelajaran, kawan-
kawan dan aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh anak-anak mereka diluar rumah.
Kesilapan dalam corak komunikasi pula boleh melahirkan masalah dalam
keluarga dan seterusnya mencorakkan kecenderungan untuk melakukan
kelakuan yang tidak baik (Sanders & Dadds,1992:.46).
Pertambahan ibu tunggal atau bapa tunggal pada pandangan Coleman (1993)
bukan sahaja mencetuskan masalah keluarga tetapi boleh menimbulkan masalah juvana .
Masa yang dihabiskan untuk bersama anak-anak semakin berkurangan kerana ibu atau
bapa tunggal perlu bekerja lebih masa untuk menyara keluarga. Kemesraan yang wujud
dalam keluarga semakin berkurangan dan kasih sayang semakin luntur. Anak-anak semakin
menjauhkan diri mereka dan mula memencilkan diri. Akibatnya, hubungan dalam keluarga
semakin dingin dan suram. Sebagai penyelesaiannya, anak-anak menghabiskan banyak
masa mereka di luar rumah dan sering terdedah kepada pengaruh negatif kawan-kawan
mereka.
2.6.7Jenayah Agama
Beberapa kajian berkaitan dengan keluarga telah dibuat oleh ahli-ahli akademik di Malaysia.Penemuan-penemuan kajian menyatakan beberapa masalah keluarga lain belum pernah
diketengahkan dalam literatur. Sebagai contoh, kajian Amran (1993) berkaitan dengan kes-
kes jenayah agama yang dibicarakan di mahkamah- mahkamah Syariah Negeri Johor.
Kesalahan itu termasuklah:a. Minum minuman yang memabukkanb. Menjual dan membeli makanan atau minuman dalam bulan Ramadhan
c. Berkhalwat
d. Persetubuhan haram
e. Bersedudukanf. Pelacuran dan kesalah muncikari
Hasil kajian ini menunjukkan bahawa punca utama wujudnya masalah sosial di
Johor ialah keadaan latarbelakang keluarga pesalah yang mempunyai masalah-masalahseperti:a. Ibubapa dan anak-anak yang tidak mempunyai didikan agama yang
sempurna.
b. Kurang pengawasan daripada keluarga terhadap anak-anak.
c.
Hubungan antara anggota keluarga yang tidak erat.
d. Suka membuang masa di luar rumah (lepak)
e. Keluarga yang besar bilangannya.
8/8/2019 MASALAH PEMBUANGAN BAYI
16/34
f.Keluarga miskin.
g. Ibu banyak menghabiskan masa di luar rumah untuk mencari rezeki.
h. Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan.
i. Perselisihan faham antara suami isterij. Isteri-isteri yang telah ditinggalkan suami tanpa penceraian yang sah
(digantung tak bertali)2.6.8. Disiplin Pelajar
Halimah (1990) telah menyenaraikan maslah-masalah sosial dan masalah-
masalah diplin di sekolah-sekolah di Semenanjung Malaysia. Bagi masalah disipilin di
sekolah rendah dan menengah pula disenaraikan seperti:
a. Memiliki dadah
b. Mencuri
c. Berjudid. Merosak harta sekolah dan gurue. Merokokf. Mengacau
g. Mengugut guru besar, guru, pengawas dan pelajar
h. Memeras ugut
i. Mempunyai senjata merbahaya
j. Ahli kongsi gelapk. Isu sensitifl. Minum minuman keras
Kajian berkaitan dengan kekeluargaan yang dibuat oleh Hitam (1990) terhadap
kes-kes akibat halangan dalam perhubungan kemanusiaan (fokus kepada kasih sayang)
juga telah menyenaraikan masalah-masalah sosial yang ditangani oleh Jabatan Kebajikan
Masyarakat sebagai:a. Penganiayaan/pengabaian anak-anak
b. Ketidakharmonian di dalam perkahwinan
c. Ketagihan arak / dadahd. Kelahiran anak luar nikah16
e. Pesalah juvanaf. Wanita dan gadis yang terdedah kepada kerosakkan moralg. Jenayah orang dewasah. Perpecahan keluargai. Ketiadaan tempat tinggal
j. Pelacurank. Kecacatan fizikal dan mentall. Masalah kemiskinanm. Keinginan melarikan diri
Masalah-masalah yang disenaraikan merupakan masalah yang dikenalpasti punca
yang dominan sebelum tindakan susulan diambil untuk mengatasi masalah-masalah
tersebut.
Kajian Hitam (ibid) juga merumuskan bahawa keluarga bukan sahaja dapat
mengelakkan persengketaan tetapi juga anak-anak yang membesar di dalam sesebuah
keluarga yang harmoni dan sejahtera, apabila mereka dewasa kelak akan menggunakan
pengalaman-pengalaman ini bagi membina sebuah keluarganya sendiri yang bahagia.2.7
8/8/2019 MASALAH PEMBUANGAN BAYI
17/34
Faktor-Faktor Masalah Keluarga
Oleh itu perlu ada kesedaran daripada semua pihak sama ada ibu bapa, remaja dan
pendidik meneliti punca/faktor yang membawa kepada masalah keluarga. Secara amnya,
teori-teori dan kajian-kajian yang di atas mengenalpasti beberapa faktor yang menjadi
punca keluarga bermasalah. Kebanyakan faktor-faktor berikut akan dibincangkan secar
ringkas: Kemiskinan, Pengangguran, Tahap pendidikan yang rendah, Taraf kesihatanrendah, Kurang kemahiran berkomunikasi, Pengabaian tanggungjawab, Hubungan anggota
keluarga yang tidak harmoni, Urbanisasi, Perubahan nilai dan Globalisasi2.7.1 Kemiskinan
Kemiskinan ditakrifkan sebagai satu keadaan apabila sesebuah isirumah tidak
memperoleh pendapatan yang cukup bagi menampung perbelanjaan keperluan asas
(seperti makanan, pakaian, tempat tinggal) dan juga perubatan serta pengangkutan yang
diperlukan oleh ahli keluarga bagi membolehkan mereka menjalankan kegiatan harian
dengan baik (Tamadun, April 1998:18) . Ketua keluarga yang tidak memperolehi
pendapatan yang mencukupi untuk menampung keperluan sesebuah keluarga akan
berhadapan dengan masalah rumahtangga. Pendidikan formal anak-anak seperti
persekolahan juga terganggu.
Faktor luaran seperti kos sara hidup yang meningkat juga membebankan
perbelanjaan keluarga itu, lebih-lebih lagi keluarga yang tidak mempunyai sumber
pendapatan yang tetap dan mempunyai ramai anak.
Keluarga miskin yang berpindah ke bandar biasanya terpaksa tinggal di kawasan
setinggan. Akibat kesesakan di kawasan setinggan, keluarga miskin menghadapi banyak
kekurangan contohnya sesak dan tidak teratur serta menghadapi kekurangan kemudahan
asas seperti bekalan air paip, elektrik, kemudahan tandas dan tempat membuang sampah.
Kawasan setinggan yang tidak tersusun ini menjadi sarang masalah sosial seperti jenayah
dan penyalahgunaan dadah. Mereka yang tinggal di kawasan setinggan juga mudah
dijangkiti penyakit berjangkit yang mendatangkan masalah kepada keluarga (Tamadun,
April, 1998)
Apabila masalah kewangan sering berlaku dan keadaan rumah serta persekitaran
tidak selesa, ahli keluarga sering mengalami tekanan emosi. Pergaduhan dan
pertelingkahan sering berlaku di antara suami dan isteri berpunca daripada kekurangan
wang. Keadaan negatif ini berterusan menyebabkan keadaan keluarga menjadi tidak17
tenteram. Maka timbul lagi masalah keluarga yang lain, seperti penceraian dankeganasan rumahtangga.2.7.2 Pengangguran
Pengangguran ditakrifkan sebagai keadaan seseorang yang aktif daripada segi
ekonomi tetapi tidak bekerja atau tidak mempunyai sebarang pekerjaan ( Kamus Dewan,
1994). Suami tidak mempunyai pekerjaan yang tetap atau malas bekerja mengakibatkankehidupan dalam keluarganya tidak sempurna.
Apabila suami tidak bekerja, beban untuk menyempurnakan perbelanjaan
keluarga diserahkan kepada isteri dan anak-anak. Bila isteri terpaksa bekerja untuk
menyara keluarga, pengurusan anak-anak dan rumahtangga terabai. Pengabaian ini boleh
mengakibatkan anak-anak tidak mendapat kasih sayang atau disiplin mereka tidak dikawal.
Keadaan ini membawa anak-anak terpedaya dengan aktiviti yang merugikan sehingga
timbul bermacam-macam masalah keluarga.
8/8/2019 MASALAH PEMBUANGAN BAYI
18/34
2.7.3 Taraf Kesihatan Rendah
Taraf kesihatan rendah ditakrifkan sebagai keadaan keluarga yang kerap ditimpa
sakit. Anak-anak sering sakit dan memerlukan perbelanjaan perubatan. Ibu- bapa
mengalami masalah kesihatan seperti darah tinggi, sakit jantung, lelah dan sebagainya
(Kamus Dewan, 1994: 679). Tempat tinggal yang tidak sesuai seperti di kawasan
setinggan menyebabkan masalah kesihatan keluarga bertambah serius. Kebersihanpersekitaran rumah tidak dijaga rapi, kotor dan sampah berselerak kerana kedudukan
rumah yang terlalu dekat, tidak dapat dipastikan sempadan pembersihan kawasan.
Keadaan ini memudahkan penyakit seperti denggi dan malaria merebak (Tamadun,
April,1998 : 34).
Apabila anak-anak jatuh sakit, ibu bapa keluarga yang miskin biasanya tidak
mampu menanggung kos perubatan atau kos pengangkutan untuk membawa anak-anak ke
klinik kesihatan. Anak-anak mereka tidak mendapat rawatan yang sewajarnya seperti
pemeriksaan doktor di klinik atau hospital. Sekiranya mereka mampu, ibu bapa yang miskin
akan membeli ubat yang murah, tanpa mendapatkan nasihat daripada doktor perubatan. Ini
akan meningkatkan lagi risiko anak-anak kepada penyakit yang merbahaya apabila mereka
meningkat dewasa.2.7.4. Tahap Pendidikan Rendah
Ketinggian ilmu menjadi penting dalam memelihara kebahagiaan sesebuah keluarga
(Utusan Malaysia, 12 September 1990 :11). Ilmu adalah penyuluh hidup dan ianya akan
memberi panduan dalam kehidupan seharian. Jika pendidikan rendah iaitu didikan, ilmu,
ajaran yang diterima oleh seseorang tidak tinggi (Kamus Dewan, 1994:389), pemikiran yang
di ambil tidak rasional. Keputusan yang diambil lebih mengikut perasaan tanpa mengambil
kira kesannya di kemudian nanti. Jika kekurangan ilmu, keputusan biasanya dibuat secara
individu tanpa mengambil kira pandangan orang lain. Hal ini akan menyebabkan ahli keluarga
sering bertengkar (Mohamad Hussain,1985:26). Apabila pertengkaran menjadi serius, ia
biasanya menimbulkan rasa tidak puas hati di satu pihak. Maka tiada lagi persefahaman yang
wujud dalam sesebuah keluarga.2.7.5 Kurangnya Kemahiran Berkomunikasi
Kurangnya kemahiran berkomunikasi ditakrifkan sebagai ketidakupayaan dalam
mengadakan perhubungan melalui percakapan, perbincangan, pertukaran pendapat dengan
seseorang ( Kamus Dewan,1994:456). Masalah komunikasi dan kegagalan untuk
berinteraksi dengan betul dikaitkan dengan masalah mental anak-anak, perbuatan
delinkuen dan bertindak agresif dalam setiap perbuatan ( Foster & Robin, 1989:493 ).18
Kesilapan dalam kaedah berkomunikasi boleh menimbulkan masalah dalam keluarga danseterusnya cenderung kepada pelakuan yang tidak baik.
Tiga faktor interaksi dalam keluarga yang menyebabkan berlakunya masalah
komunikasi dan menyebabkan hubungan di kalangan ahli keluarga menjadi lunturtermasuklah:a. Suka mendiamkan dirib.Menunjukkan kedegilanc.Menarik diri apabila berlaku satu proses komunikasi di dalam keluarga.2.7.6 Pengabaian Tanggungjawab
8/8/2019 MASALAH PEMBUANGAN BAYI
19/34
Ibu bapa yang tidak menunaikan tanggungjawab dengan baik akan menyebabkan
pengurusan keluarga tidak terurus dengan baik. Pengabaian tanggungjawab ditakrifkan
sebagai sikap yang tidak atau sangat sedikit memberikan perhatian kepada kewajipan yang
dipikul oleh ahli keluarga ( Kamus Dewan, 1994:237). Ibu bapa yang tidak menjaga disiplin
anak-anak menjadikan anak-anak bebas melakukan kesalahan. Ramai remaja mengalami
kekosongan jiwa dan rohani kerana tidak mendapat didikan serta perhatian sewajarnyadaripada ibu (Tamadun, Jun, 1997:14).
Selanjutnya, suami yang tidak menunaikan tanggungjawab utama seperti
memberi nafkah zahir kepada keluarga, akan memberi tekanan kepada pihak isteri dan
anak-anak untuk memikirkan cara mendapatkan wang yang cukup bagi menyara kehidupan.
Pengabaian tanggungjawab juga boleh berbentuk, tidak memberi didikan yang
sempurna pada anak-anak. Ibu-bapa sebaliknya mengharapkan institusi formal seperti
sekolah untuk memberi didikan kepada anak-anak (Tamadun, Jun ,1997: 31 ). Ibu bapa juga
kurang memberi didikan agama kepada anak-anak mereka. Ini akan menjadikan kehidupan
anak-anak terumbang-ambing tanpa sebarang panduan agama yang kukuh daripada zaman
kanak-kanak. Apabila dewasa, anak-anak akan bertindak di luar hukum agama dan
mengikut naluri bebas tanpa diberi panduan oleh ibu bapa.2.7.7 Hubungan Anggota Keluarga Tidak Harmoni
Masalah akan timbul bila perhubungan di antara keluarga tidak harmoni. Hubungan
yang tidak harmoni ditakrifkan sebagai tidak menunjukkan sebarang penyesuaian atau
persetujuan pendapat, sikap dan perasaan antara satu sama lain (Kamus Dewan, 1994:
450). Perpecahan atau pertelingkahan di antara suami dan isteri boleh menimbulkan
keadaan kucar-kacir ( Mohammad Hussain, 1985:23).
Pertelingkahan berpunca dari wujudnya sikap tidak hormat menghormati di antara
satu sama lain. Suami tidak menghormati isteri dan anak-anak pula tidak menghormati ibu
bapa. Isu poligami sering menjadi bahan perdebatan masalah kelaurga kerana suami tidak
adil dalam melayan isteri menyebabkan satu pihak (ister) tidak berpuas hati.
Apabila kerap berlaku pertengkaran, maka tiada lagi persefahaman yang wujud
dalam keluarga. Anak-anak pula merasa kurang mendapat kasih sayang dan panduan
(Minuchin, 1974:100 ). Setiap individu di dalam keluarga tidak mempedulikan hal ahli
keluarga yang lain. Perhubungan antara ahli menjadi semakin renggang dan tidak harmoni.
Apabila setiap anggota dalam sesuatu keluarga tidak memeperdulikan hal ahli
yang lain, dan tidak pula memberi galakan kepada anggota keluarga yang lain, contoh bapa
tidak mengucapkan tahniah apabila anaknya berjaya dalam sesuatu peperiksaan, maka
perhubungan tidak harmoni berlaku. Begitu juga sekiranya pasangan tidak dapat menerima
kelemahan isteri atau suami, sehingga sering kali pasangan di persalahkan. Maka hubungan
harmoni tidak wujud lagi dalam keluarga.
2.7.8 . Urbanisasi
Penumpuan kehidupan di kawasan bandar berlaku kerana peluang pekerjaan dan
kemudahan yang lebih baik ada di bandar. Urbanisasi ditakrifkan sebagai pengubahan
atau perubahan keadaan sesuatu tempat atau daerah menjadi bandar atau kawasan
perbandaran (Kamus Dewan, 1994). Menurut kajian Sharon, menjelang tahun 2025, 61%
daripada populasi penduduk dunia akan berhijrah dan menetap di kawasan bandar. Ini
akan menyebabkan kadar kemiskinan meningkat kerana wujud persaingan akibat dari
kepadatan penduduk di kawasan bandar (Sharon & Christine, 1994 :154). Tidak
semestinya semua keluarga yang berpindah ke bandar menikmati kehidupan yang
8/8/2019 MASALAH PEMBUANGAN BAYI
20/34
mereka harapkan. Mereka yang gagal mendapat pekerjaan dan pendapatan yang cukup
perlu terus bekerja lebih masa di bandar.
Biasanya ibu-bapa sibuk bekerja di bandar. Hubungan berkualiti di antara ibu
bapa dan anak-anak semakin kurang. Ini melunturkan kasih sayang anak-anak kepada ibu
bapa. Anak-anak yang tidak mendapat kasih sayang dan pengawasan rapi daripada ibu
bapa sering terpedaya dengan galakan kawan-kawan. Ramai anak muda menjadimangsa kemewahan hidup di bandar (Mohamad Hussain, 1985: 25 ). Pada mulanya
sebagai alternatif kepada kasih sayang ibu-bapa mereka, anak-anak ini keluar dari
rumah dan menghabiskan masa dengan rakan-rakan di pusat-pusat hiburan, disko dan
pub, pusat permainan video, pusat snuker yang boleh didapati dengan mudah di kawasan
bandar-bandar. Pusat-pusat hiburan dan pusat- pusat perjudian telah terbukti
bersarangnya maksiat dan ada korelasi positif dengan gejala keruntuhan akhlak remaja di
negara ini ( Tamadun, 1998: 22 ).2.7.9. Perubahan Nilai
Nilai adalah satu perasaan yang ikhlas dan dalam mengenai kehidupan,
kepercayaan, cita-cita dan harapan seorang individu (Prescott, 1957: 412). Nilai
ditakrifkan bukan sahaja bermaksud keinginan dan impian tetapi ianya adalahkepercayaaan seseorang individu. Bila nilai berubah, ianya dapat memberi kesan kepadakesihatan mental indidvidu.
Sebagai contoh, apabila nilai-nilai tradisi yang
menjadi pegangan dan panduan masyarakat telah runtuh, seseorang individu akan
menjadi bingung untuk memilih perkara-perkara yang memberi kebaikan dan seterusnya
mempertahankan pilihan tersebut (Maslow, 1964: 8-9). Keadaan ini banyak berlaku
dikalangan remaja. Akibatnya mereka tidak dapat membuat keputusan, sama ada untuk
memenuhi nilai yang mereka pegang atau nilai masyarakat dan keluarga.
Seseorang individu tidak dapat menempatkan dirinya dalam masyarakat
sekiranya tidak mempunyai nilai yang sama dengan apa yang dipegang oleh masyarakat
tersebut (Arbukle, 1970: 78). Perubahan nilai yang tidak memenuhi tuntutan masyarakat
dan keluarga akan melahirkan ketidaksefahaman. Setiap pihak cuba mempertahankan nilai
yang dipercayai sehingga mewujudkan suatu suasana tegang. Sebagai contoh, bagi
golongan tua, perbuatan melepak yang dilakukan oleh remaja adalah tidak baik dan tidak
manis dipandang masyarakat tetapi bagi golongan remaja, perbuatan melepak tidak
menyalahi nilai yang mereka pegang.
Bila pertentangan nilai berlaku alam keluarga, maka ianya menyebabkan
perhubungan di antara ibu bapa dan anak menjadi keruh. Hidup berkeluarga menjadi
penghalang kepada pelakuan-pelakuan nilai yang dianuti / dipercayai. Pada saat-saat
hubungan keluarga menjadi renggang, banyak peranan institusi keluarga tidak berfungsi.2.7.10. GlobalisasiGlobalisasi ditakrifkan sebagai satu proses penyatuan atau penggabungan
berbagai bangsa, ekonomi, politik dan sosio-budaya yang dikuasai oleh syarikat-syarikat20
multinasional bagi mewujudkan satu keadaan di mana setiap negara di dunia ini tidak
lagi mempunyai sempadan, sebaliknya dunia ini adalah satu pasaran ekonomi bebas dan
terbuka lagi seragam budayanya (Sharon & Christine, 1994 :153).
Kesan globalisasi telah banyak mengubah struktur dan corak kehidupan setiap
negara di dunia. Negara miskin pula menerima banyak kesan kerana terdedah kepada
ancaman kemajuan teknologi, kesesakan, pencemaran dan pembuangan sisa toksik.
8/8/2019 MASALAH PEMBUANGAN BAYI
21/34
Perkara ini terjadi kerana negara- negara ini tidak dapat mengawal perniagaan pasaran
mereka kerana ianya telah dikuasai oleh pasaran dunia yang lebih mantap. Individu dan
organisasi lebih kompetitif sifatnya.
Globalisasi juga menyebabkan berlakunya monopoli dalam bidang media
massa. Budaya masyarakat telah dikawal oleh media yang lebih bersifat
komersil dan menganggap masyarakat adalah pelanggan yang menjadi sumberkewangan kepada syarikat yang mengendalikan media massa. Dalam zaman
globalisasi, kanak-kanak tidak lagi dididik oleh institusi keluarga, sekolah dan
agama, tetapi lebih terdedah kepada media eletronik seperti internet dan
kemudahan siaran televisyen berangkaian keseluruh dunia. Media
keseluruhannya mengambil tempat dalam proses pembesaran anak-anak
menyebabkan anak-anak dididik tanpa belaian kasih sayang ibu-bapa (Harris,
1996:5).
Kemunculan budaya akibat globalisasi yang dikuasai oleh syarikat-syarikat besar
memudahkan penonton membeli barangan melalui internet. Rancangan-rancangan yang
disiarkan lebih bercorak komersil dan intelektual. Ianya menyebabkan berlakunya
perubahan nilai dan cara hidup masyarakat akibat dari pengaruh yang dibawa oleh media(Dahl, 1998:65).
Hasil kajian Dahl menunjukkan bahawa bagi mengurangkan masalah sosial di dalam
masyarakakt, tumpuan perlu dihala kepada institusi keluarga dengan tujuan untuk mencari
punca dan faktor-faktor penggalak kepada permasalahan-permasalahan sosial terutama di
kalangan anak-anak muda. Masalah dan cabaran dalam kehidupan berkeluarga akan terus
berlalu, tetapi yang penting ialah keupayaan keluarga menghadapi cabaran-cabaran serta
tekanan hidup tanpa menjejaskan keharmonian, kestabilan dan kebahagian hidup
berkeluarga.21
LAMPIRAN APeruntukan Perundangan Pemantapan Keluarga Negeri Johor
Pengawasan masalah keluarga boleh berbentuk institusional. Dalam hal ini
kerajaan negeri Johor sudah mengkanunkan peruntukan bagi menyokong pemantapan
institusi keluarga. Enakmen awal termasuklah contoh:(i)Enakmen Pentadbiran Agama Islam 1978
Enakmen ini mengawasi proses perkahwinan (Bahagian V: Nikah, Cerai, Rujuk),
nafkah tanggungan dan hadarah (Bahagian VI) serta kesalahan (Bahagian VIII) antaranya
isteri tidak taat, minuman memabukkan, penceraian, pelacuran, melarikan anak dara dan
isteri orang.(ii)
Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam 1990Secara umumnya Enakmen ini mengawasi proses-proses berhubungan dengan
perkahwinan (Bahagian II), pembubaran perkahwinan (Bahagian V), nafkah isteri dan anak
(Bahagian VI), penjagaan hadarah (Bahagian VII), contohnya pengiktirafan perkahwinan di
luar Johor, penalti (Bahagian IX), contohnya, poligami tanpa kebenaran mahkamah,
menganiayai isteri/suami, penceraian tanpa kebenaran mahkamah.(iii)Enakmen Kanun Prosedur / Kesalahan Jenayah Syariah 1997.
8/8/2019 MASALAH PEMBUANGAN BAYI
22/34
Enakmen ini mengawasi hal-hal berkaitan dengan prosedur jenayah syariah bagi
mahkamah syariah di negeri Johor yang diluluskan pada 9 Julai 1998. Contoh kes jenayah
syariah termasuklah: enggan menjawab soalan pegawai agama yang diberikan kuasa
menyoal menghina pegawai agama dalam mana-mana peringkat proseding kehakiman,
pampasan jika tuduhan tidak berasas.
(iv)Enakmen Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Tazim 1997
Enakmen yang terbaru memantau aktiviti pemantapan institusi keluarga di Johor
ialah Enakmen Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Tazim 1997 yang digazetkan pada 8
Oktober 1997.
Fungsi Yayasan ialah: menggalak, membantu dan melaksanakan matlamat bagi
membentuk masyarakat yang harmoni, bahagia, sejahtera dan penyayang dengan:
Mengukuhkan institusi keluarga;Membawa wanita dalam arus pembangunan; dan
Menangani masalah sosialYayasan akan beriktiar menjalankan kegiatan supaya terdapat kemudahan danperkhidmatan bagi maksud:
Mengkaji dan mengumpulkan maklumat mengenai masalah-masalah berkaitan institusi
keluaraga serta mengenal pasti tindakan, program untuk mengatasi masalah tersebut;Memberi bimbingan untuk membantu keluarga memanfaat kekuatan dan potensiuntuk menyelesaikan masalah yang dihadapi;Memberi perlindungan dan pembelaan kepada mereka yang mengalamipenganiayaan fizikal, seksual, emosi dan lain-lain masalah; dan
Menggabungkan semua badan sukarela untuk sama-sama berusaha menanganimasalah sosial dalam masyarakat.
8/8/2019 MASALAH PEMBUANGAN BAYI
23/34
Memukul pasangan kerana mabuk1.550.58Mendera pasangan kerana bersikapkurang sabar2.110.98KesihatanMasalah kesihatan sebab hubungankeluarga renggang1.780.79
TanggungjawabPasanganseringabaitanggungjawab2.191.00Sering bimbing kerja sekolah anak-anak
8/8/2019 MASALAH PEMBUANGAN BAYI
24/34
2.920,87UrbanisasiPindah ke bandar renggangkanhubungan kekeluargaan2.60
1.06Meminati gaya hidup di bandar2.131.13Dapat ramai kawan di bandar2.621.02Sering ke pusat hiburan2.230.92Kelurga tidak rasa sesuai hidup dibandar2.851.02Sukar dapat pekerjaan yang baik dibandar2.911.07Pekerjaan di bandar menarik danmudah2.540.97Tekanan hidup di bandar lebih tinggi3.361.05Kehidupan di bandar ubah gayahidup keluarga anda2.981.13Perpindahankebandarmengakibatkan tekanan perasaan3.191.07
sub skala tekanan hidup di bandar lebih tinggi. Skor min perpindahan ke bandar
mengakibatkan tekanan perasan diberi skor min 3.19. Mereka memberi sebab-sebab
kepada tekanan emosi iaitu (43%) memberi pandangan banyak tanggungan, (32%)
pendapatan tidak cukup , suami tidak memberi nafkah, suami mabuk dan sikap ibu bapa
mereka yang negatif (2.3 %) masing-masingnya, tidak mempunyai pekerjaan yang tetapdan kos sara hidup tinggi.
Faktor ketiga yang menyumbang kepada masalah juvana pada pandangan
responden ialah faktorpengangguran . Sub-skala (sukar mendapat pekerjaan sesuai dengan
kelulusan) diberi skor min 3.32. Lebih separuh responden berpendapat, pekerjaan sukar
diperolehi kerana kelulusan tidak tinggi, (10%) memberi alasan umur yang sudah tua dan
tidak kuat bekerja. Hampir 5% responden berpendapat kerja mengikut musim dan
memelihara anak yang masih kecil. Ditanya sebab-sebab mereka menganggur 20%
8/8/2019 MASALAH PEMBUANGAN BAYI
25/34
keluarga memberi pandangan malas bekerja, 14 % kerana bersara, 14% kerana umur yang
tua.
Faktorkomunikasi iaitu (pasangan suka berleter, skor min = 3.13) dikaitkan sebagai
faktor penyumbang kepada masalah juvana. Sub-skala anak tidak dengar cakap diberi skor
min yang rendah (2.84).
Pada pandangan responden, faktor-faktor seperti perhubungan denganahli keluarga lain, nilai, tanggung jawab, kesihatandan pendidikantidakmenyumbang kepada anak-anak mereka terlibat dengan kes juvana.Secara keseluruhannya, sampel responden bersetuju bahawafaktorekonomi, urbanisasi, pengaggurandan komunikasimenjadi penyumbangkepada berlakunya masalah juvana di Johor.38
4.4Penderaan IsteriKes penderaan isteri mewakili 6% responden kajian. Ia terdiridaripada suami yang dilaporkan pernah mendera isteri atau isteri yangmengadu pernah didera.4.4.1 Profil Keluarga
Daripada jumlah responden penderaan isteri, 75 % adalah anak Johor. Tidak ramai
wanita (8 %) yang datang membuat pengaduan. Selebihnya melibatkan lelaki. Sebanyak 52
% sampel terdiri daripda bangsa Melayu, 25 % Cina, 19 % India dan 4 % lain-lain. Oleh itu
majoriti yang mendera isteri beragama Islam. Hampir 20% beragama Hindu, Kristian (2 %)
dan agama Buddha (23 %). Lebih separuh yang mendera isteri (55%) berumur 30 49 tahun
mempunyai bilangan anak 1 hingga 3 orang (44%) dan 4 hingga 6 orang (42 %).Ahli keluarga lain yang tinggal bersama keluarga mendera isteri ini ialah 27 % ibu
bapa, 21 % lagi ibu mertua. Tahap pendidikan sekolah menengah rendah adalah seramai
49% dan sekolah menengah atas 35 %.
Tempoh perkahwinan bagi kes penderaan isteri ialah 1 5 tahun, apabila lebih
30% keluarga terlibat. Begitu juga bagi tempoh perkahwinan 6 10 tahun, lebih 30%
keluarga yang terlibat dalam masalah mendera isteri. Oleh itu, tempoh perkahwinan kritikal
ialah antara 1 hingga 10 tahun, dimana kadar penderaan 3:1 dijumpai (setiap 3 keluarga,
satu/sebuah keluarga terlibat dalam kes penderaan isteri).
Keluarga yang telah berkahwin antara 11 hingga 15 tahun terlibat juga dengan
penderaan isteri (19%) dan 14 % lagi antara 16 hingga 20 tahun. Seramai 4% dikalangan
mereka juga berkahwin sejak 26 hingga 30 tahun lalu. Majoriti besar(91%) kes penderaan isteri ini berlaku daripadakeluarga monogami.
Tahap pendidikan sampel keluarga yang mendera isteri ialah , 16 % tidak
bersekolah dan berpendidikan sekolah rendah, 49 % bersekolah menengah rendah, 35 %
bersekolah menengah atas. Kadar penderaan tinggi bagi keluarga berpendidikan menengah
rendah ( 100 sampel : 11 penderaan isteri ). Kadar seperti dinyatakan dalam Jadual 4 7,
diukur berasaskan keseluruhan sampel mengikut tahap pendidikan.
8/8/2019 MASALAH PEMBUANGAN BAYI
26/34
Sampel mengikut aliran pendidikan mencatitkan 46 % aliran kebangsaan Melayu,
hampir separuh (49%) pendidikan jenis kebangsaan Cina / Tamil, lebih 2% aliran Inggeris
dan aliran Agama (lebih 2%). Jika diukur berasaskan sampel aliran pendidikan, kadar
penderaan isteri dikalangan aliran jenis kebangsaan lebih tinggi daripada aliran kebangsaan,
Inggeris dan Arab.
Jadual 4.7: Kadar penderaan setiap 100 sampel mengikut tahap pendidikanSampel mengikut tahap pendidikan100 sampel : bilanganpenderaanSekolah rendah100 : 3Sekolah menengah rendah100 : 11Sekolah menengah atas100 : 7
Lebih separuh (63%) sampel melaporkan menerima pendapatan RM 501 hingga RM
1000 sebulan, 12 % berpendapatan RM 1001 hingga RM 1500 manakala 7 % lagi
berpendapatan RM 1501 hingga RM 2000 sebulan, 7 % lagi berpendapatan antara RM 2001
hingga RM 3000. Hampir 5% responden yang39
8/8/2019 MASALAH PEMBUANGAN BAYI
27/34
8/8/2019 MASALAH PEMBUANGAN BAYI
28/34
mendera isteri berpendapatan lebih RM 3000. Mereka yang mendera isteritidak memiliki rumah sendiri (35%) dan 2 % tidak memiliki tanah.
Kadar penderaan isteri bertambah dua kali ganda bagi setiap 100
sampel berpendapatan kurang RM 1000 dibanding dengan setiap 100 sampel
berpendapatan lebih RM 1000 sebulan. Perbandingan kadar penderaanmengikut tingkat pendapatan ialah seperti di Jadual 4. 8.
Jadual 4.8 Kadar penderaan setiap 100 sampel mengikut tahap pendapatanSampel mengikut tahap pendapatan100 sampel : bilangan penderaan< RM 500100 : 1RM 501 < RM 1000100 : 9> RM 1000100 : 184.4.2 Latar Belakang Keluarga
Ramai responden (70%) yang mendera isteri mencatitkan ibu-bapa mereka masih
berkahwin dan 40 % melaporkan wujud keganasan fizikal di kalangan ibu bapa mereka,
manakala 35% responden pernah melihat adik beradik mereka didera. Seramai 29%
responden mengakui pernah didera sewaktu kanak-kanak.
Sebahagian besar (lebih 60%) keluarga mendera isteri melaporkan kehidupan
mereka semasa kecil tidak aman dan latar belakang keluarga mereka terdiri daripada
keluarga yang tidak mengamal agama dengan baik. Mereka (40%) menyatakan
pengetahuan agama ibu-bapa tidak mendalam. Tidak ada ibu bapa responden yang
8/8/2019 MASALAH PEMBUANGAN BAYI
29/34
mendera isteri terlibat dengan penagihan dadah, 23% ibu-bapa mereka terlibat dengan
minuman keras dan 21% berjudi.
Jika diambil daripada sampel ibu-bapa keluarga bermasalah di Johor yang
melaporkan ibu-bapa mereka terlibat dengan minuman keras, lebih separuh (55%) adalah
ibu-bapa keluarga yang mendera isteri dan daripada sampel ibu-bapa yang berjudi pula,
47% adalah ibu-bapa keluarga yang mendera isteri.4..4 .3 Faktor penyumbang kepada masalah penderaan isteriPersepsi responden tentang faktor menyumbang kepadapender aanisteriditunjukkan dalam Jadual 4.9.
Jadual 4 .9 Skor Min Faktor Penyumbang Penderaan IsteriPersepsi Responden Terhadap FaktorSkor Min SisihanPiawaiEkonomi:Tidak mampu berbelanja mewah3.480.81Pendapatan cepat habis
3.170.91Sering alami tekanan emosi3.001.11Pekerjaan/ PengagguranSukar mendapat pekerjaan sesuai dengankelulusan3.320.89Tidak mendapat pekerjaan tetap2.20.78
KomunikasiMemukul pasangan untuk beri pengajaran3.290.83Pasangan suka berleter3.310.80Pasangan tidak dapat fahami kemahuan anda3.520.68Pasangan /anak tidak dengar cakap3.210.81
Bila bergaduh guna kata-kata kesat3.160.85Sentiasa enggan berbincang3.260.7740
8/8/2019 MASALAH PEMBUANGAN BAYI
30/34
Sering berleter3.310.81Sering sakiti hati pasangan3.27
8/8/2019 MASALAH PEMBUANGAN BAYI
31/34
0.85Perhubungan dengan ahli keluargaKurang mesra dengan anak2.910.85Ahli keluarga tidak bekerjasama
3.130.66Anda tidak suka ibu bapa mertua2.90.90Perubahan NilaiPasangan patut dipukul/kuasa memukul/anak2.720.74Anda sangat cemburu2.970.87Kuasa memukul hak anda2.930.66Kekerasan cara mengubah tingkah laku2.890.85Memukul pasangan kerana kalah judi2.471.01Memukul pasangan kerana ketagih dadah2.200.87Memukul pasangan kerana mabuk2.430.92Memukul pasangan kerana merasa puas2.410.76Mendera pasangan kerana bersikap kurang sabar3.080.84Anda tidak begitu mesra dengan jiran3.060.83KesihatanMasalah kesihatan sebabkan hubungan keluargarenggang2.42
0.81Tidak ambil berat tentang kesihatan pasangan2.500.90
TanggungjawabPasangan sering abaikan tanggungjawab3.040.87Mendera kerana tidak bersedia jalankan peranan
8/8/2019 MASALAH PEMBUANGAN BAYI
32/34
ibu bapa2.370.64UrbanisasiPindah ke bandar renggangkan hubungankekeluargaan
3.320.89Meminati gaya hidup di bandar3.420.94Sering ke pusat hiburan3.391.17Dapat ramai kawan di bandar3.331.05Keluarga tidak rasa sesuai hidup di bandar3.480.93Sukar mendapat pekerjaan yang baik di bandar3.480.90Pekerjaan di bandar menarik dan mudah3.280.89Tekanan hidup bandar lebih tinggi3.790.70Perpindahan ke bandar sebab tekanan perasaan3.810.66Kehidupan di bandar ubah gaya hidup keluargaanda3.860.96
Skor min tertinggi (3.81) diberi kepada sub skala faktorurba nisasi iaitu
perpindahan ke bandar menyebabkan tekanan perasaan dan skor min 3.71 diberi kepada
faktor tekanan hidup di bandar lebih tinggi.
Faktorkomun ikasi diletak sebagai faktor kedua. Faktor ini yang dipecahkan
kepada beberapa sub-skala, mendapati pandangan responden mengenai mendera isteri
ialah kerana pasangan tidak dapat memahami kemahuan suami (skor min = 3.52), dan
semua sub-skala lain yang disenaraikan dibawah faktor komunikasi diberi skor min diantara
3.16 hingga 3.31. Faktorekonomi (tidak mampu berbelanja mewah (skor min = 3.48),
sering alami tekanan emosi (3.00). Selanjutnya mereka diminta memberi sebab- sebab
mengalami tekanan emosi: 61% sampel memberi alasan pendapatan tidak cukup, dan 26%
sampel menjawab kos sara hidup tinggi, sebahagian kecil responden (4.3%) menjawab
kerana suami mabuk .41
8/8/2019 MASALAH PEMBUANGAN BAYI
33/34
Faktorpengangguran disenaraikan selepas faktor ekonomi. Sub skala skor
min bagi faktor ini ialah 3.32 (sukar mendapat pekerjaan yang sesuai dengan kelulusan ).
Responden yang mendera isteri memberi beberapa sebabpengangguran: 40% mereka menjawab, kelulusan tidak tinggi , 20% tiada
kerja yang sesuai dan 20% sampel melaporkan malas bekerja. Sekiranya mereka tidak
mempunyai pekerjaan tetap, separuh daripada responden memberi sebab kelulusan rendah,dan 17% responden lagi mempunyai masalah di tempat kerja, dan 17% lagi tiada minat.
Bagaimanapun mereka tidak mengaitkan faktor pekerjaan tidak tetap dengan penderaan.Perhubungan dengan ahli keluarga lain seperti saudara, ipar dan mertua
boleh dikait dengan penderaan isteri apabila responden memberi skor min 3.13 kepada
faktor ahli keluarga tidak bekerja sama. Seperti juga responden yang menghadapi masalah
penceraian , pendera mesra dengan anak-anak dan suka ibu-bapa mentua. Hanya dua sub
skala faktorperubahan nilaidilihat sebagai menyumbang kepada penderaan isteri, iaitu
mendera pasangan kerana kurang sabar (3.08) dan tidak mesra dengan jiran (skor min =
3.06). Pada pandangan mereka, penderaan bukan sebab mereka cemburu, tidak juga sebab-
sebab mereka kalah judi, mabuk dan ketagih dadah. Penderaan dilakukan bukan sebab
merasa puas bila isteri dipukul. Walaupun mereka mendera, kekerasaan pada pendapatmereka, bukan cara mengubah tingkah laku. Pendera isteri di Johor mengakui mereka tidak
mesra dengan jiran (skor min 3.06).Penderaanberlakusekiranyapasanganseringmengabaikantanggungjawab.Faktorsub-skalatanggungjawab
(pasangan
s
ering mengabaikan tanggungjawab menguruskan keluarga) diberi skor min 3.04, tetapi
pendera menjawab mereka mendera bukan kerana mereka tidak bersedia menjalankan
peranan sebagai seorang bapa. Responden yang mendera isteri tidak bersetuju dengan
faktorkesihat an sebagai penyumbang kes penderaan.
Boleh dirumuskan , persepsi pendera tentang faktor yang menyumbang kepada
penderaan ialah: tekanan perasaan akibat suasanaurbanisasi, kebanyakan
aspekkomunikasi, tekanan emosi atas sebab-sebabekonomi,pengangguran, perhubungan ahli keluarga lain, perubahan nilaidantanggungjawab. Mereka berpendapat, tidak sampai isteri didera sekiranya
mereka tidak mendapat pekerjaan tetap. Seperti yang diakui oleh responden,penderaan isteri boleh berlaku walupun dalam keadaan/suasana berikut:pendera mempunyai hubungan baik dengan ibu-bapa mertuamesra dengan anak-anak,isteri mengambil berat tentang kesihatan ahli keluarga,
8/8/2019 MASALAH PEMBUANGAN BAYI
34/34
pendera tidak mabuk / tidak cemburu