Post on 30-Jul-2015
Nama aktiviti : Carta 100
Objektif : Pada akhir aktiviti ini guru boleh :-
1. Murid dapat mengenal nombor genap dan nombor ganjil
2. Murid dapat mengenal ciri-ciri nombor genap dan nombor ganjil
3. Membandingkan nombor genap dan nombor ganjil
Kemahiran :
1. Mewarna mengikut arahan
2. Membanding-bezakan nombor genap dan nombor ganjil
3. Mengenalpasti ciri-ciri nombor genap dan nombor ganjil
Bahan yang diperlukan : Carta 100 yang kosong, carta nombor 100 yang siap diisi,
pensel warna.
Arahan :
1. Guru mengedarkan murid carta 100 yang telah diisi dengan nomor 1 hingga
100.
2. Guru meminta murid untuk mewarnakan nombor 1,3,5,7,9,11,... dengan
warna kegemaran murid.
3. Guru meminta murid untuk mewarnakan nombor 2,4,6,8,10,... dengan
warna kegemaran murid.
4. Guru mengedarkan pula carta 100 yang kosong.
5. Guru meminta murid untuk mengisikan nombor 1 hingga 100 ke dalam
petak kosong yang telah disediakan.
6. Guru menerangkan kepada murid bahawa nombor ganjil akan berakhir
dengan nombor 1,3,5,7 atau 9 manakala nombor genap akan berakhir
dengan nombor 2,4,6 atau 8.
7. Sekiranya nombor yang mempunyai dua digit, hasil tambah kedua-dua digit
nombor tersebut akan menentukan sama ada nombor berkenaan nombor
ganjil atau nombor genap.
8. Guru akan menyebut beberapa nombor dan murid akan meneka sama ada
nombor berkenaan nombor ganjil atau nombor genap.