Melissa_Novel Tingkatan 4 ( Bahasa Melayu )

Post on 04-Aug-2015

206 views 0 download

Transcript of Melissa_Novel Tingkatan 4 ( Bahasa Melayu )

MELLISA

KUMPULAN 5NAMA AHLI KUMPULAN:

1 ) NUR IZZATI BINTI AZMI

2) NUR SYAHIRAH HIDAYAH BINTI SAIFUL HADI

3) SUVITRA

4 ) FAZILAH BINTI KAMAL

TEMA

- Cerpen ini bertemakan cinta antara dua insan yang berlainan kaum dan budaya.Mellisa sanggup menolak cinta daripada orang yang dikasihinya semata mata untuk berbakti kepada negara sebagai seorang anggota tentera.

PERSOALAN 1 ) Kepentingan nasihat yang baik kepada seorang sahabat

- Rakan Mellisa dari seberang laut mengirim sepucuk surat bagi memberikan nasihat tentang cinta sebenar kepadanya.

2 ) Kesukaran hidup akibat tiadanya perpaduan antara kaum

- Mellisa kehilangan sahabat baiknya,Hisyam akibat perisitiwa 13 Mei

3 ) Tolak ansur dalam persahabatan

- Mellisa dan Farid sering bertolak ansur ketika pendapat mereka berbeza

4 ) Bantu membantu tanpa mengira kaum

- Seorang wanita Cina sedia menghantar Jamilah pulang ketika rusuhan sedang meletus

PLOTPERMULAAN

-Farid mengajak Mellisa ke pejabat akhbar,tempat Syahid bekerja.

-Pertemuan pertama Mellisa dan Syahid mengingatkan kepada Hisyam,iaitu rakan sepermainannya ketika kecilPERKEMBANGAN-Farid yang sememangnya suka akan Mellisa

menyedari perubahan gadis itu

-Mellisa mengakui bahawa dia suka akan Syahid.Dalam hati,Mellisa juga suka akan Farid.

- Mellisa teringat isi kandungan surat kawan Muslimnya yang dihantar dari seberang laut.

KONFLIK

-Perkenalan Mellisa dengan Syahid menyebabkan dia teringat semula peristiwa 13 Mei yang mengorbankan nyawa Hisyam dan ibunya.

-Wajah dan gaya Syahid yang mirip Hisyam mengingatkan Mellisa kepada kasih sayangnya kepada Hisyam walaupun mereka masih kecil ketika itu

- Mellisa juga tertanya-tanya tentang faktor terjadinya peristiwa bunuh-membunuh antara kaum ketika itu KLIMAKS

-Syahid semakin rapat dengan Mellisa

-Mellisa dapat membayangkan Syahid semakin menagih cinta daripadanya

- Mellisa berkeyakinan,jika jodoh mereka masih ada,mereka akan berkahwin juga

PELERAIAN

-Mellisa membuat keputusan untuk menolak cinta Syahid ketika ini kerana dia mempunyai baharu,iaitu cinta akan negara

- Kajian tesisnya menyebabkan Mellisa terdorong untuk menjadi anggota tentera bagi mempertahankan negara.

WATAK DAN PERWATAKAN

MELLISA1 ) Jatuh hati pada Syahid-Mellisa jatuh hati pada Syahid ketika pertemuan pertemuan pertama Dia mulai suka dengan anak muda ini (hal.165)

2 ) Menyambung pelajaran di peringkat sarjanaMellisa dan Farid berganding bahu untuk menyiapkan tesis sarjana.…..dan sekarang waktu dia akan membuat masters menjadi kawan yang akrab (hal.156)

3 ) Mempunyai semangat patriotik yang tinggi Mellisa sangat sayang akan negara Dia sayang kepada negara ini….bangga ini….. (hal.173)

HISYAM1 ) Pandai mengambil hati

-Hisyam sangat pandai mengambil hati Mellisa Dia senang dengan Hisyam kerana Hisyam pandai mengambil hatinya…. ( hal.159 )

2 ) PENYABAR - Hisyam sabar melayani Mellisa ketika merajuk ……sabar melayaninya walaupun waktu dia merajuk ( hal.159)

3 ) Muslim yang baik

- Hisyam sentiasa ke masjid pada waktu magrib Dia tahu Hisyam mesti pulang pada waktu itu.Waktu hampir magrib…. (hal.160)

SYAHID 1 ) Seorang penulis

- Syahid merupakan seorang penulis di pejabat surat khabar Nama Syahid juga selalu mencul dalam akhbar itu kerana rencana yang ditulisnya. (hal.154)

2 ) Mempunyai perawakan yang menarik

- Hisyam merupakan lelaki yang ammpu menarik perhatian orang lain. Sifatnya yang terbuka itu menyenangkan hatinya…. (hal.155)

FARID

1 ) Bekas pensyarah di Jabatan Sejarah

- Farid pernah menjadi pensyarah Mellisa Dia sudah lama kenal dengan Farid,dahulu,sebagai pensyarahnya di Jabatan Sejarah… (hal.156 )

2 ) Mudah bertolak ansur

-Farid dan Mellisa sering bertolak ansur …Tetapi pertelagahan itu akan diakhiri dengan tolak ansur. ( hal.156)

LATARLATAR TEMPAT

- Di pejabat surat surat khabar,bilik Syahid,kampung setinggan,dan rumah Mellisa

LATAR MASA

- Masa sekarang dan tahun 60-an

LATAR

MASYARAKAT

- Masyarakat yang mementingkan negara melebihi perkara lain. - Masyarakat yang intelektuak - Masyarakat yang mementingkan perpaduan.

GAYA BAHASA 1) INVERSI - Hanya dari situ sajalah dia mengetahuinama lelaki itu,tetapi berjumpa belum (hal.154)

2 ) SIMILE - Kumisnya yang kecil bak satu garis hitam di atas bibirnya (hal.155)

3 ) PERIBAHASA - ….jatuh hati dengan anak muda itu. (hal.155)

4 ) REPETISI- Barangkali juga itu hanya suatu helahnya sahaja,suatu gimik… (hal.155)

5) SINKOPE-Mahu sambung angan-anganku,”jawabnya (hal.167)

6) BAHASA INGGERIS - ……tidak sebulu kerana sifat frankness-nya itu (hal.156)

NILAI 1) TOLENRANSI - Mellisa dan Farid sentiasa bertolak ansur ketika berhadapan dengan masalah dalam pembelajaran (hal.156)

2) SABAR- Hisyam sabar melayani kerenah Mellisa (hal 159)

3) PATRIOTISME - Mellisa sanggup mengetepikan Cinta Syahid demi mencapai cita-cita sebagais seorang tentera

PENGAJARAN

1 ) Kita hendaklah bertolak ansur dalam persahabatan - Mellisa dan farid sentiasa bertolak ansur ketika menerima dan menolak pendapat sesama mereka. (hal.156)

2) Kita hendakalah saling membantu tanpa mengira kaum.- Perempuan Cina sanggup menghantar Jamilah pulang walaupun dalam keadaan rusuhan kaum sedang berlaku.(hal 163)

3) Sebagai warganegara,kita hendaklah mengutamakan kepentingan negara berbanding dengan perkara lain. - Mellisa sanggup mengetepikan perasaan sendiri demi berkhidmat dalam pasukan tentera. (hal.171)

SUDUT PANDANGAN

Cerpen ini menggunakan sudut pandangan orang ketiga.Pengarang merupakan pencerita dan menggunakan watak orang lain bagi menghidupkan cerita.

TAMAT