Post on 04-Apr-2019
MEMBANGUNKAN MODUL PERISIAN ALAT BANTU MENGAJAR (ABM) BERASASKAN KOMPUTER BAGI TAJUK PERGERAKAN BAHAN
MERENTASI MEMBRAN PLASMA, BIOLOGI TINGKATAN EMPAT
NORHIDAYU BINTI MOKHTAR
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
MEMBANGUNKAN MODUL PERISIAN ALAT BANTU MENGAJAR (ABM)
BERASASKAN KOMPUTER BAGI TAJUK PERGERAKAN BAHAN
MERENTASI MEMBRAN PLASMA, BIOLOGI
TINGKATAN EMPAT.
NORHIDAYU BINTI MOKHTAR
Laporan projek ini dikemukakan
sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Biologi).
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
2004
ii
iii
DEDIKASI
Buat Mak, Abah tercinta,
Terima kasih atas pengorbanan kalian,
Jasa kalian tidak akan anakanda lupakan.
Untuk kekanda-kekandakaku tersayang,
Dinda amat berbangga dengan dorongan kalian.
Teman-teman dan rakan seperjuangan,
Bantuan dan sokongan kalian akan sentiasa diingatan.
“Terima kasih atas segalanya, moga kalian bahagia selamanya”.
iv
PENGHARGAAN
“Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah , Lagi Maha Mengasihani”.
Alhamdulillah, bersyukur saya kehadrat Illahi kerana hanya dengan izin dan
rahmatnya pembangunan perisian serta penulisan ini telah dapat saya siapkan di dalam
tempoh masa yang telah ditetapkan.
Untuk itu, di sini ingin saya merakamkan jutaan terima kasih saya ke atas pihak-
pihak tertentu yang telah banyak membantu di sepanjang proses pembangunan perisian
ini. Pertama sekali saya tujukan ucapan terima kasih saya kepada Tuan Haji Muslim bin
Jonid dan juga Dr. Ar’baat bin Hassan selaku pensyarah penyelia projek sarjana muda
yang telah banyak membimbing saya di dalam membangunkan perisian serta
menyiapkan penulisan ini. Mereka juga tidak jemu-jemu untuk berkongsi segala
pengetahuan dan pengalaman yang dimilki sehingga ia dapat diaplikasikan dengan
jayanya di dalam perisian yang telah dihasilkan ini. Insyallah segala jasa mereka itu
tidak akan saya lupakan dan hanya tuhan sahaja yang dapat membalasnya.
Tidak lupa juga jutaan terima kasih saya kepada kedua ibu bapa serta keluarga
yang telah banyak menghulurkan bantuan baik dalam bentuk sokongan, motivasi,
cadangan hinggalah kepada sumber kewangan.
Akhir sekali, buat sahabat-sahabat yang saya kasihi sekalian, terima kasih di atas
bantuan yang disumbangkan samada secara langsung atau tidak langsung . Allah sahaja
sebaik-baik pemberi balasan atas semua jasa kalian.
Norhidayu binti Mokhtar,
4 Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Biologi).
Program Ijazah Sarjana Muda.
v
ABSTRAK
Perkembangan pesat era Sains dan Teknologi dekad ini ternyata memberi
pengaruh yang meluas kepada kehidupan seharian. Apa yang lebih membanggakan ia
turut memberi impak yang besar di dalam sistem pendidikan negara di dalam usaha
meningkatkan lagi kualiti pengajaran dan pembelajaran. Sehubungan dengan itu,
pembangunan modul perisian alat bantu mengajar berasaskan komputer ini merupakan
satu inisiatif terbaik sebagai pengisian terhadap perkembangan era Sains dan Teknologi
dalam bidang pendidikan. Kesepaduan antara unsur-unsur multimedia yang canggih
seperti teks, grafik, audio, video dan animasi diharapkan dapat membantu menarik
perhatian pelajar untuk mempelajari subjek Biologi khususnya topik ‘Pergerakan Bahan
Merentas Membran Plasma’. Perisian yang dilengkapi dengan sesi penilaian, analogi,
penerapan kerohanian serta pengukuhan ini juga mampu menjadikan ia pilihan yang
sesuai sebagai media pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, pembangunan modul
perisian ini secara keseluruhannya merupakan satu keuntungan besar bagi guru-guru
Sains terutamanya untuk matapelajaran Biologi.
vi
ABSTRACT
The development of Science and Technology nowadays had given a great impact
especially to human lifes. Besides, it also as a main domain to our education system in
order to increase the effectiveness of teaching and learning process. Furthermore, the
development of this software module with computer as a main tool, is one of the best
initiative for the advancement of modern science and technology especially in the fields
of education. The combination between modern multimedia technology such as text,
graphics audio, video and animation hopes to help and increase the student motivation in
learning Biology especially in the topics on “The Movement Of Materials Across
Plasma Membrane”. This application also includes the aspect of testing section,
analogy, and so on which makes it one of the best choices for the teaching and learning
medium. Nevertheless, the development of this module as a whole gives a lot of
benefits especially to the science teachers in order to teach Biology.
vii
KANDUNGAN
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
BAB PERKARA MUKA SURAT
I PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 4
1.4 Objektif Pembangunan Perisian 5
1.5 Skop Perisian 6
1.6 Kepentingan Pembinaan Perisian 6
1.7 Rasional Pemilihan Tajuk 7
II SOROTAN PENULISAN
2.1 Pengenalan 9
2.2 Multimedia 9
viii
2.2.1 Definisi Multimedia 9
2.2.2 Elemen-elemen Multimedia 11
2.2.3 Multimedia Dalam Pendidikan 14
2.2.4 Kelebihan Dan Kekurangan Multimedia 15
2.3 Alat Bantu Mengajar 17
2.3.1 Definisi 17
2.3.2 Matlamat Penggunaan ABM 17
2.3.3 Ciri-ciri ABM 18
2.3.4 Jenis-jenis ABM 19
2.4 Pengajaran Berbantukan Komputer 21
2.4.1 Definisi PBK 21
2.4.2 Klasifikasi PBK 22
2.4.3 Kelebihan PBK 22
2.4.4 Kekurangan Atau Kelemahan PBK 24
2.4.5 Strategi Pengajaran Dalam Perisian PBK 24
2.4.6 Perbandingan Antara PBK dengan ABM yang Biasa 25
2.5 Teori-teori Pembelajaran 26
2.5.1 Pengenalan 26
2.5.2 Teori Behaviorisme 27
2.5.3 Teori Kognitivisme 28
2.5.4 Teori Konstruktivisme 30
2.6 Buku Elektronik (e-Book) 33
III REKABENTUK PEMBANGUNAN
3.1 Pengenalan 34
3.2 Prosedur Pembangunan Perisian 35
3.2.1 Penentuan Tajuk Dan Skop 37
3.2.1.1 Objektif Pengajaran 38
3.2.2 Pemilihan Perisian Pembangunan 39
ix
3.2.2.1 Rasional Pemilihan Perisian Pembangunan 39
3.2.2.2 Pemilihan Perisian Multimedia 40
3.2.3 Pemilihan Perkakasan 43
3.2.3.1 Perkakasan Untuk Membangun 43
3.2.3.2 Spesifikasi Perkakasan Minimum Pengguna 44
3.2.4 Pembangunan Perisian 44
3.2.5 Carta Alir Perisian 46
IV PEMBANGUNAN PERISIAN
4.1 Pengenalan 52
4.2 Struktur Asas Perisian 53
4.2.1 Paparan Persembahan Tajuk 53
4.2.2 Paparan Manual Pengguna 55
4.2.3 Paparan Menu Utama 56
4.2.4 Paparan Topik 57
4.2.5 Paparan Penilaian 59
4.2.6 Paparan Keluar 61
4.3 Keistimewaan Perisian 62
4.3.1 Kemudahan Glosari 63
4.3.2 Paparan Analogi 64
4.3.3 Butang-butang Navigasi 65
4.4 Pempakejan Perisian 65
4.5 Cara Menggunakan Perisian 66
V PERBINCANGAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN
5.1 Pengenalan 67
5.2 Perbincangan 67
x
5.2.1 Masalah Yang Dihadapi Semasa Pembangunan Perisian 68
5.2.2 Kelebihan Perisian 70
5.2.3 Kekurangan Perisian 71
5.3 Cadangan 73
5.4 Kesimpulan 74
RUJUKAN 75
LAMPIRAN
xi
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
2.1 Jadual Perbandingan antara PBK 26
dengan ABM
3.1 Prosedur Pembangunan Perisian 37
3.2 Carta Alir Umum Perisian 47
3.3 Carta Alir Terperinci Pengenalan 48
3.4 Carta Alir Terperinci Struktur Membran 49
Plasma
3.5 Carta Alir Terperinci Mekanisme Pergerakan 50
Bahan Merentas Membran Plasma
3.6 Carta Alir Terperinci Osmosis 51
4.1 Paparan Persembahan Montaj 54
4.2 Paparan Persembahan Tajuk 54
4.3 Paparan Manual Pengguna 55
4.4 Paparan Menu Utama 56
4.5 Paparan Topik Pengenalan 57
4.6 Paparan Topik Struktur Membran 58
4.7 Paparan Topik Resapan 58
4.8 Paparan Penilaian Pengetahuan Sedia 59
4.9 Paparan Penilaian Formatif 60
4.10 Paparan Arahan Penilaian Sumatif 60
4.11 Paparan Penilaian Sumatif 61
4.12 Paparan Arahan Keluar 62
xii
4.13 Paparan Keluar 62
4.14 Paparan Glosari 63
4.15 Paparan Analogi 64
4.16 Butang-butang Navigasi 65
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Malaysia merupakan sebuah negara yang sedang pesat membangun dan
berkembang sejajar dengan aspirasi negara untuk muncul sebagai sebuah negara maju
menjelang tahun 2020. Untuk merealisasikan impian tersebut, keperluan untuk
meningkatkan taraf pendidikan rakyat Malaysia adalah sangat penting supaya lebih
ramai penduduk Malaysia yang memiliki pencapaian yang tinggi dalam bidang
akademik.
Dalam era ledakan maklumat kini, kita dapat lihat pengaplikasian teknologi di
dalam pelbagai aspek kehidupan seperti perniagaan, perbankan, komunikasi dan
sebagainya. Antara sedar atau tidak ia turut memberi implikasi yang besar di dalam
bidang pendidikan kerana teknologi maklumat memainkan peranan penting dalam usaha
membantu Malaysia menjadi sebuah negara yang maju. Jika diamati, senario
pendidikan dahulu dan sekarang telah menggambarkan pelbagai perbezaan baik dari segi
penyampaian ataupun penerimaan pelajar. Ini merupakan satu perkembangan positif
yang seharusnya diteruskan malah dipertingkatkan dari semasa ke semasa.
2
Multimedia Super Coridor (MSC) merupakan suatu projek teknologi maklumat
yang sangat penting ke arah meningkatkan taraf ekonomi negara, taraf pendidikan
rakyat, peningkatan sains dan teknologi, peningkatan perdagangan antarabangsa dan
pentadbiran yang lebih bersistematik. Sekolah Bestari pula adalah salah satu dari tujuh
aplikasi yang dijalankan di bawah projek MSC yang bertujuan untuk meningkatkan lagi
sistem pendidikan negara dengan memperkenalkan teknologi maklumat sebagai satu dari
komponen dalam persekitaran pengajaran dan pembelajaran. Sekolah Bestari ini akan
dibekalkan dengan pelbagai kemudahan canggih seperti komputer multimedia yang
dapat membantu menjadikan proses pengajaran pembelajaran yang lebih berkesan dan
menarik minat pelajar.
Secara umumya, penggunaan teknologi maklumat akan menjadi teras aplikasi
proses pengajaran dan pembelajaran semua mata pelajaran di sekolah-sekolah bestari
yang akan dilaksanakan sepenuhnya mulai tahun 1999. Namun begitu, penggunaan
teknologi maklumat bukanlah bertujuan untuk mengambil alih peranan guru sebagai
pendidik, malah ia akan dijadikan sebagai media utama pengajaran dan pembelajaran
dengan guru sebagai pemudah cara dalam proses tersebut (Yusof, 1997). Untuk itu,
guru-guru juga akan diberi latihan tentang kaedah pengajaran yang lebih kreatif dan
kursus untuk meningkatkan kemahiran dalam menggunakan teknologi yang dibekalkan.
Menurut Zoraini Wati Abas (1994) penggunaan komputer akan menjadikan pelajar-
pelajar lebih kemahiran daya berfikir dan dapat meningkatkan pengetahuan mereka
dalam menyediakan diri dalam corak kehidupan di abad dua puluh satu.
Oleh itu, sekalian para guru dan juga pelajar seharusnya mula membuka mata
terhadap fenomena ini agar mampu bergerak seiring dengan impian negara. Ini kerana,
segala perubahan dan inovasi yang dilakukan tidak akan bermakna seandainya guru-
guru dan pelajarnya masih alpa dan ketinggalan.
3
1.2 Latar belakang Masalah
Di dalam meniti era teknologi maklumat dan komunikasi yang sedang
berkembang dengan pesat, tidak dapat dinafikan dunia pendidikan juga menerima
implikasinya selaras dengan harapan negara untuk melahirkan generasi yang mampu
mengharungi cabaran dunia baru. Ini dapat di lihat melalui integrasi teknologi
maklumat secara berperingkat-peringkat di dalam proses pengajaran dan pembelajaran
di sekolah. Pembaharuan ini secara dasarnya di lihat sebagai satu perkembangan sihat
dalam institusi pendidikan kerana ia mendatangkan pelbagai implikasi positif baik
kepada guru atau para pelajar.
Kemampuan komputer dalam memproses maklumat secara fleksibel merupakan
salah satu faktor yang membolehkan teknologi maklumat di serapkan sebagai bahan
pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Semenjak tiga puluh tahun yang lalu,
kebanyakan penyelidikan telah membuktikan bahawa pengajaran berbantukan komputer
yang dirancang dengan teliti mampu mempertingkatkan pengetahuan dan mengubah
sikap pelajar ( Howell, 1971; Hess dan Tenezakis, 1973; Papert, 1980; Hannafin, 1984;
Menis, 1987; Ellington dan Race, 1993; Baharuddin, Mohd Salleh, Ellington dan
Mogana, 1999; Noraffandy, 1999 ).
Contoh aplikasi teknologi maklumat sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran
ialah melalui pembangunan alat bantu mengajar yang berasaskan sistem komputer dan
multimedia. Terdapat beberapa kajian yang menunjukkan bahawa bahan multimedia
interaktif mampu mempertingkatkan kadar penerimaan pelajar mengenai sesuatu bahan
yang diajar sebanyak 30% lebih daripada pelajar yang menggunakan kaedah
pembelajaran tradisional ( Crowe dan Palmera-Leynes, 1995 ).
Walaubagaimanapun, usaha untuk memperkenalkan penggunaan komputer ke
dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah membayangkan
perubahan yang dramatik di kalangan guru-guru (ZulkifIi dan Raja Maznah, 1994).
4
Perubahan yang dramatik seperti ini adakalanya sukar untuk dilaksanakan atas pelbagai
sebab atau faktor seperti kurang pengetahuan teknologi, masalah masa dan silibus serta
isu kesediaan. Kajian-kajian yang telah dilakukan di Amerika Syarikat di antara tahun
1987 dan 1992 pula mendapati bahawa penggunaan media komputer masih menjadi
suatu matlamat yang elusif bagi kebanyakan guru-guru (Sculley, 1987; Butzin, 1992).
Oleh itu kesediaan guru untuk menukar cara pengajaran yang tradisi kepada pengajaran
yang berasaskan teknologi moden adalah penting dalam merealisasikan usaha dan
harapan negara. terhadap sistem pendidikan.
1.3 Pernyataan Masalah
Untuk menyahut cabaran negara terhadap kemajuan sektor pendidikan merentas
teknologi maklumat, guru-guru sememangnya memikul tanggungjawab yang cukup
besar. Ini terbukti apabila kemantapan dan keberkesanan proses pengajaran dan
pembelajaran dengan menggunakan teknologi maklumat bergantung kepada keupayaan
dan kebolehan aplikasi teknologi maklumat yang ada pada guru-guru dan pelajar-pelajar
yang terlibat. lsu ini memberi satu cabaran yang besar terhadap kadar penerimaan dan
persiapan mental dan kompetensi dalam penggunaan teknologi maklumat di kalangan
guru-guru secara amnya.
Masalah ini cuba ditonjolkan berikutan kekurangan penghasilan dan juga
penggunaan modul perisian alat bantu mengajar di kalangan guru-guru dalam proses
pengajaran dan pembelajaran . Ini tidak seharusnya berlaku memandangkan
penggunaan alat bantu mengajar berkomputer ini sudah terbukti dapat meningkatkan
mutu penerimaan pelajar terhadap apa yang disampaikan serta menarik minat pelajar
melalui kaedah yang unik. Ia selaras dengan pandangan Sandholtz (1993) yang
mengatakan bahawa komputer dapat memperkayakan teknik pengajaran dan menjadi
pelengkap kepada penyampaian pengajaran yang berkesan manakala pada 1997 beliau
5
telah menyuarakan bahawa penggunaan teknologi boleh memudahkan pengajaran dan
pembelajaran.
Oleh itu, penghasilan modul perisian alat bantu mengajar ini diharapkan dapat
menyedarkan para guru terhadap kelebihan yang bakal diperolehi melalui
pengadaptasian teknologi maklumat ke dalam pendidikan. Ia juga membantu memupuk
kesediaan mereka di dalam menerima perubahan yang berlaku meliputi anjakan peranan
yang dijalankan selama ini kepada sebagai pemudah cara dengan menggunakan
teknologi maklumat di hadapan pelajar-pelajar mereka. Ini kerana, Giesert dan Futrell
(1990) menegaskan bahawa seseorang guru yang menggunakan komputer dalam
pengajaran pembelajaran boleh dikategorikan sebagai mempunyai bakat dan kebolehan
tambahan.
Akhir sekali, pembinaan modul perisian ini juga diharap menjadi perintis kepada
perkembangan penghasilannya di masa akan datang untuk memperbanyakkan lagi
penggunaannya di dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
1.4 Objektif Pembangunan Perisian
Objektif bagi pembangunan modul perisian alat bantu mengajar ini ialah :
( i ) Menarik perhatian pelajar untuk mempelajari tajuk ‘Pergerakan Bahan
Merentasi Membran Plasma’ dengan bantuan grafik, teks, audio, video dan
animasi.
( ii ) Meningkatkan pemahaman pelajar serta mengurangkan kadar miskonsepi
dengan berbantukan animasi serta video yang dapat menunjukkan gambaran
sebenar konsep-konsep tersebut.
6
( iii ) Menyediakan satu alat bantu mengajar yang canggih dan menarik bagi
kegunaan para guru Biologi untuk mengajar tajuk ini.
1.5 Skop Perisian
Modul perisian alat bantu mengajar yang dibangunkan ini adalah meliputi
beberapa subtajuk bagi ‘Pergerakan Bahan Merentas Membran Plasma’ di mana di
antara subtajuk tersebut ialah pengenalan serta kepentingan pergerakan bahan merentas
membran plasma, struktur membran plasma dan mekanisme pergerakan bahan merentas
membran plasma. Mekanisme pergerakan bahan merentas membran yang diterangkan
adalah secara pengangkutan pasif iaitu resapan biasa, resapan berbantu serta osmosis.
Di samping itu, modul ini juga diselitkan dengan sesi penilaian yang bertujuan
untuk menguji sejauh mana keberkesanannya, analogi-analogi untuk memudahkan
pemahaman serta nilai-nilai murni sebagai penerapan sampingan.
1.6 Kepentingan Pembinaan Perisian
Modul perisian alat bantu mengajar yang dibangunkan ini mempunyai beberapa
kepentingan yang tidak boleh dinafikan. Ini kerana ia amat berguna untuk menarik
perhatian pelajar serta mengekalkan tumpuan mereka semasa proses pengajaran dan
pembelajaran. Ia adalah satu elemen yang penting di dalam memastikan apa yang cuba
disampaikan dapat diterima oleh para pelajar dengan sebaiknya. Penggunaan perisian
ini juga mampu menyediakan persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan, selesa
serta tidak membosankan.
7
Di samping itu, perisian ini dapat memberi pelajar gambaran sebenar secara
visual setiap konsep-konsep penting seperti osmosis dan resapan yang sebelum ini hanya
diterangkan menggunakan gambarajah statik. Pemahaman yang utuh ini seterusnya
memudahkan proses mengingat dan menghafal.
Akhir sekali, projek ini menerapkan perkaitan sesuatu isi dengan persekitaran
pelajar ( penggunaan analogi ) yang dipercayai dapat memudahkan pelajar membuat
generalisasi di samping membantu pemahaman mereka.
1.7 Rasional Pemilihan Tajuk
Tajuk yang dipilih untuk dibangunkan di dalam projek ini ialah ‘Pergerakan
Bahan Merentas Membran Plasma’, Biologi Tingkatan 4 KBSM. Secara logiknya,
setiap keputusan yang dibuat sudah tentu ada rasional disebaliknya. Begitu jugalah
dengan pemilihan tajuk ini yang dipengaruhi oleh beberapa faktor.
Berdasarkan temubual rambang yang dilakukan terhadap pelajar-pelajar
tingkatan 4 Pengajian Islam Syariah 1 (4 PIS 1) dan 4 Sains 1 (4 SC 1) Sekolah
Menengah Kebangsaan Tun Mamat semasa latihan praktikal, didapati tajuk ini
mempunyai dua kelemahan utama. Kelemahan pertama ialah ia merupakan salah satu
tajuk matapelajaran Biologi yang membosankan. Kelemahan ini dikesan melalui satu
soalselidik di mana majoriti pelajar bagi kedua-dua kelas terbabit memilih tajuk ini
sebagai tajuk yang membosankan untuk dipelajari. Fenomena ini mungkin disebabkan
oleh penekanan konsep yang banyak dan sukar, kekurangan grafik yang menarik seta
ditambah pula kaedah pengajaran guru yang linear tanpa penggunaan alat bantu
mengajar yang sesuai.
8
Masalah kedua dan paling serius ialah tajuk ini sukar difahami dan kerapkali
berlaku miskonsepsi di antara konsep-konsep yang diutarakan. Ini dapat dilihat dengan
jelas apabila pembangun diberi peluang untuk menanda kertas ujian 1 Biologi bagi kelas
4 PIS 1 dan 4 SC 1 di mana jawapan yang diberikan jelas menunjukkan mereka belum
berjaya menguasai tajuk ini sepenuhnya. Sebagai contoh, mereka dapat memberi satu
penerangan proses yang lengkap tetapi nama proses yang dinyatakan adalah salah.
Oleh itu, membangunkan tajuk ini ke dalam bentuk modul perisian alat bantu
mengajar merupakan jawapan terbaik bagi kedua-dua permasalahan yang telah
dinyatakan. Ini kerana gabungan teks, grafik, animasi, video dan audio telah terbukti
mampu menarik perhatian pelajar untuk mempelajari tajuk ini. Ia juga dapat mengubah
tanggapan pelajar bahawa tajuk ini tidaklah sebosan yang disangkakan. Tanggapan ini
amat penting bagi memastikan para pelajar tidak hilang arah dan tumpuan. Di samping
itu, penggunaan animasi dan video juga dapat membantu meningkatkan pemahaman
pelajar terhadap konsep-konsep yang ditekankan berbanding dengan penggunaan buku
teks serta carta pegun yang sukar untuk memberi gambaran sebenar.